Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 04-12-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Burung yang akan mati hanya berjalan, tidak lagi terbang
-- Peribahasa Red Indian

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 60
Ahli: 0
Jumlah: 60




  Yang Masuk Ke Sini
Martyr: 1 hari, 58 minit yang lalu
Muslim1987: 7 hari yang lalu

Cinta Remaja
 Posted on Jumaat, 03 Mac 2006 @ 9:25:32oleh istisafa
Semasa syahbi menulis Cinta ketika remaja, adakah ia perlu, harus atau tidak? Terdapat pelbagai pendapat tentang hal ini namun bagi saya cinta sesama insan ketika remaja boleh dijalinkan asalkan masing-masing tahu batasan dan mengawal perasaan cinta itu.

Perasaan untuk mencintai dan dicintai memang tidak dapat dielakkan oleh semua insan terutamanya bagi remaja. Perhubungan ini seharusnya membawa kesan yang positif bagi remaja kerana mereka mempunyai pendorong untuk memberi galakan atau persaigan dalam bidang pelajaran selain daripada ibu bapa mereka yang sentiasa mendoakan kejayaan mereka.

Namun remaja haruslah mengamalkan sikap berhati-hati dan tidak melanggar batasan adat timur dan agama semasa bercinta. Mereka seharusnya mengikut perasaan remaja mereka dan sama-sama belajar untuk menjadi orang dewasa yang lebih baik.

Ramai pasangan yang melafazkan cinta, tetapi sebenarnya mereka tidak mengetahui mengapa dan Kenapa mereka bercinta. Alam percintaan sememangnya indah, bagi pasangan yang sedang asyik dilamun cinta, dunia ini ibarat mereka yang punya.

Namun begitu masih ramai yang tidak mengetahui apa itu cinta dan bagaimana mahu menjadikan ikatan cinta yang dijalin akan terus membawa ke jinjing pelamin. Kefahaman tentang konsep cinta antara lelaki dan wanita perlu diketahui serba sedikit agar hubungan cinta yang dijalin tidak membawa kepada kekecewaan.

Bagi wanita cinta adalah sejenis emosi. Kepada orang lelaki cinta adalah suatu peristiwa, suatu kejadian dan bukannya emosi. Setiap peristiwa mempunyai permulaan dan penghujung. oleh itu bagi orang lelaki sekali mereka jatuh cinta dengan wanita, maka cinta itu akan terus kekal jika tiada halangan yang menimpa.

Oleh sebab itu, lelaki apabila telah melafazkan cintanya kepada wanita, tidak kiralah melalui apa sekali pun, sama ada ikatan janji yang diucapkan sesama sendiri, ikatan tali pertunangan, mahupun melalui pernikahan, maka baginya selepas itu perkataan cinta tidak perlu disebut-sebut lagi.

Berlainan pula dengan wanita, mereka mahu sentiasa mendengar kata-kata belaian kasih dibisikan di telinga mereka walaupun seribu kali dalam sehari. Inilah yang menjadi perbezaan ketara istilah "cinta" bagi lelaki dan wanita.

 

  Semasa


Komen


"Cinta Remaja" | Login/Mendaftar | 11 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Re: Cinta Remaja
oleh miezaunique (mizaunix) pada Sabtu, 04 Mac 2006 @ 16:17:57
(Info AHLI)


semua orang punyai pandangan yang berbeza bila bercakap tentang cinta... terpulanglah pada kita sniri untuk menilai apakah yang dikatakan CINTA itu....
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Cinta Remaja
oleh khazinatulsyouqoh pada Isnin, 06 Mac 2006 @ 21:37:08
(Info AHLI)


assalamualaikum

cinta memang indah, tapi betul2 kah anti/akhi pasti akan setiap perkataan yang dicoret bahawa remaja boleh bercinta asalkan boleh menjaga batas2 tertentu mereka. ana ada satu kemusykilan....kalau hati telah diikat dengan perasaan cinta adakah anti/akhi pasti cinta tuhan boleh juga diisi? bagaimana perasaan yang berbunga2 sentiasa mengingati si idaman hati? ya, memang kadagkala mempunyai orang yang disayangi akam menjadi pendorong untuk belajar dan sbgainya tapi tidakkah ia terlalu obvious bhawa ia menjadi bukti bhawa niat menuntut ilmu pun tak betul bukan kerana tuhan tapi kerana manusia, jagn katakan senang untuk menggekalkn perhbgn mengikut syariat, ketahuilah tiada hbgn cinta ikut2 syariat ni, cinta yang suci hanyalah selepas kahwin. sahabat janganlah meggunakan istilah seperti cinta mgikt syariat untuk menjustikfikasikan sesuatu yang memang tiada......memang kita tak boleh nak halang perasaan itu,kerana ianya sendiri kurniaNya tapi pernahkah kita terfikir bahawa itulah ujian namanya, ujian tuhan boleh datang dalam pelbagai bentuk, mahupun dalam bentuk perasaan, Dia mahu kita merintih padaNya menunjukkan jalan bukan buat keputusan sendiri! igtlah ,tuhan tunjukkan kasih sayang dengan menghamparkan permaidani yang penuh duri, tapi manusia menujkkna kasih sayang dengan kata-kata manis dan indah, lihatlah sendiri betapa berbezanya kasih sayng tuhan dan manusia, lemahnya kita, sebab itulah kita perlu bergantung padaNya...istillah cinta anta & anti bersulamkan ukhwah fillah dan mengikut syariat sepatutnya dikaji semula akan kesahihannya, jangan kerana kata-kata, kita kehilangan iman...ana hanyalah menyampaikan sedikit ilmu yang tidak seberapa, jika ada kesalahan maaflah
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]


Re: Cinta Remaja
oleh Hamas_Ayasy pada Khamis, 23 Mac 2006 @ 13:23:07
(Info AHLI)
saya sokong apa yang anti cakap tu..tapi jage2.cakap memang mudah,jangan anti sendiri terjerat 1 hari nanti dah la..banyak dah tjadi..sstgah tu cakap saja pandai..nauzubillah..
]

Re: Cinta Remaja
oleh aisyahusna pada Selasa, 07 Mac 2006 @ 17:28:33
(Info AHLI)


Ana setuju dengan khazinatulshouqah..istilah cinta sebelum kahwin memang tidak pernah wujud dalam Islam..
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Cinta Remaja
oleh mestica89 pada Rabu, 08 Mac 2006 @ 16:13:46
(Info AHLI)


Pada pendapat ana , cinta remaja sebaiknya dielakkan kerana cinta remaja ini hanyalah wujud disebabkan rasa ingin mencuba sesuatu yang baru tanpa memikirkan apakah kesan dan akibatnya kemudian....sebaik-baiknya di waktu remaja ini kita hendaklah menyemai cinta kepada Allah s.w.t supaya kelak kita dapat memilih jalan yang diredhai-Nya ... Dan sememangnya cinta yang kekal itu adalah cinta pada-Nya...
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Cinta Remaja
oleh khazinatulsyouqoh pada Rabu, 08 Mac 2006 @ 18:33:07
(Info AHLI)


salam.......

ana bukanlah orang yang pakar dalam membicarakan soal hati dan perasaan tapi rasanya menjadi tanggungjwab ana, untuk membetulkan sedikit perkara yagn agak mengelirukan.....mencuba......ya! Mungkin itu salah satu daripada reasonnya, tapi ana sendiri tidak mahu membuat sebarang spekulasi mengikut pemikiran ana saja...sprti yang ana katakan cinta itu milik Dia, kepda Dia kita bermohon bukan kepda makhluk....
perempuan sememangnya dijadikan dari rusuk seorang lelaki, menjadi tulag belakang seorang lelaki bernama suami bukan alat ekploitasi....bercinta atau lebih tepat lagi "couple", istilah ini tiada dalam kamus islam sebenarnya....apa yang ana nampak ialah kaum hawa sekarang lebih agresif meniru cara hidup barat seperti britney spears, madonna, dan ramai lagi,,,persoalannya kemana perginya nilai-nilai mulia seorang perempuan yang disorot dari zaman srikandi islam...diamana fatimah, rabiatul adawiyah dan siti khadijah? memang kita tak boleh nak ikut 100% jejak wanita mulia ini tapi mengapa tidak dijadikan teladan dan panduan? mereka memang seorang wanita, tapi wanita yang memperjuangkan kesucian agama islam, mencintai suami kerana tuhan dan mengharap redhanNya! sedarlah! berbalik la pada pandangan islam tentang persoalan ini, jagalah hati, jagalah setiap inci perbuatan,. tuhan itu maha pemurah, kemana kita nak cari barakah tuhan kalau dah bercinta sebelum kahwin....

wasslam....
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Cinta Remaja
oleh najeeh pada Ahad, 12 Mac 2006 @ 14:41:29
(Info AHLI)


Assalamualaikum..

cinta tu tak salah..
cinta satu perasaan yang suci..
tapi juga sesekali menodainya dengan melakukan sesuatu yang di tegah oleh Allah...
bercintalah kerana Allah..
berlandaskan al-qurn ad assunnah..
jangan sesekali membiarkan nafsu merajai diri..
astaghfirullahal'azim..
sama-sama lah sentiasa menginsafi diri..
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Cinta Remaja
oleh zeolous_muslim ([email protected]) pada Selasa, 28 Mac 2006 @ 19:08:06
(Info AHLI)


salam..

conpius..banyak pendapat..tapi saya sokong cinta slepas kawin...cinta sebelum kawin tidak dinafikan ada...tapi bcinta or suka..sayang ssog itu mestilah kerana Allah..cintakan manusia kerana peribadinya..ibadatnya..agamanya...

tapi hakikatnya bercinta lah slepas kawin..lagi afdal..um..ustazah saya pernah gtau cinta banyak jenis..cinta pada Pencipta..Allah...mak ayah..cinta manusia sesama manusia..um..cinta itu smestinya kerana Allah jua..

wanita perhiasan dunia..penyejuk mata..penawar hati..

hidup mcari keredhaan Allah..
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]


Re: Cinta Remaja
oleh Tetamu pada Jumaat, 31 Mac 2006 @ 22:31:17
assalamulaikum


cinta remaja....tak perlu la untuk bercinta ketika kita ini masih lagi lemah dari mencintai ALLAH..
cinta la dengan cara yang sah,bersandarkan cinta kepada ALLAH dengan niat untuk bernikah dan meramaikan lagi umat rasululah,itu lah sebaik2 cinta selepas berkahwin..wallahualam
]

Re: Cinta Remaja
oleh nur_ukhuwah ([email protected]) pada Ahad, 23 Julai 2006 @ 15:05:29
(Info AHLI) http://www.myspace.com/atiemar_7435565/


ana bersetuju kepada sesiapa yang mengatakan bahawa cinta yang diterima oleh Allah adalah cinta selepas perkahwinan.dan...ana juga bersetuju bahawa tiada isltilah cinta/couple dalam Islam.sedarlah umat Islam.jangan terlalu mengikut nafsu.jika kita mengasihi seseorang yang kita sayang....bawalah ia ke jalan Allah.wallahu'alam.
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Cinta Remaja
oleh mouslimin ([email protected]) pada Sabtu, 04 November 2006 @ 2:08:29
(Info AHLI)


Assalamualaikum...
saudara.. mana lebih penting? perintah Allahkah atau kehendak hati kita? tentulah perintah Allahkan.. saudara.. cuba fikir.. kalau saudara bercinta dengan seorang perempuan, adakah saudara boleh tidak mengingatinya? bolehkah saudara tidak melihatnya? bolehkah saudara tidak mendengar suara manjanya? boleh saudara menghalang nafsu saudara naik apabila mendekatinya? kita ni manusia saudara bukannya malaikat.. manusia ni bernafsu.. sebab itulah Allah melarang kita jangan menghampiri zina.. bukan Allah larang kita jangan mendekati zina.. jangan cakap ikut sedap hati saja saudara.. jangan di sebabkan pendapat saudara itu banyak yang terpesong.. kita ni manusia.. hanya MANUSIA...fikirkanlah wahai saudaraku..
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]





Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.078801 saat. Lajunya....