Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti :: Ukhwah.com
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Profil Liputan Media Impian & Harapan Hubungi Kami Laman Peribadi  








Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

Mutiara Kata
"Kebahagiaan yang sebenar lagi utama terletak pada kemenangan dalam memerangi hawa nafsu dan menahan kehendak-kehendak yang berlebih-lebihan."
-- Imam Al-Ghazali

Menu Utama

Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 82
Ahli: 0
Jumlah: 82




Yang Masuk Ke Sini
nasiruddin: 1 hari, 7 jam, 13 minit yang lalu
Kang: 20 hari yang lalu
lidah-penghunus: 22 hari yang lalu
muslimin23: 30 hari yang lalu


[ Mari BERSELAWAT kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Ukhwah.com ini ]


BENARKAH MUHAMMAD DISEBUT DALAM KITAB-KITAB HINDU DAN BUDDHA?
Disiarkan pada Ahad, 08 Februari 2004 @ 15:13:19 oleh Hanan

Semasa Howling_wolf menulis: "Kisah Rasulullah SAW juga terdapat dalam kitab-kitab agama Hindu dan Buddha. Kitab-kitab ini tidak disebutkan di dalam al-Quran dan as-sunnah sebagai kitab Allah. Namun Pengarah Pusat Islam di Halifax, Kanada yang juga ahli jawatankuasa Majlis Fiqah Persatuan Islam Amerika Utara (ISNA), Profesor Dr. Jamal Badawi berpendapat, walaupun tidak ada sebarang nas menunjukkan para pengasas dan kitab-kitab agama Hindu, Buddha dan yang seumpamanya adalah utusan daripada Allah , namun kita tidak boleh menolak kemungkinan ia datang daripada Allah SWT berdasarkan nas-nas tertentu, antaranya firman Allah SWT yang bermaksud, “Dan Kami mengutus rasul-rasul yang kami kisahkan tentang mereka kepadamu dahulu, dan rasul-rasul yang tidak Kami kisahkan tentang mereka kepadamu.”-surah An Nisa’ ayat 164.

Sehubungan dengan ini, Dr. Ved Prakash Upaddhayaya, seorang pakar bahasa Sanskrit daripada Universiti Prayag, merumuskan, Muhammad SAW disebut di dalam Vedas dan Purana dengan empat nama dan gelaran:
Narashangsa – Yang Terpuji
Antim Rishi – Utusan Terakhir
Kalki Avatar – Utusan Akhir Zaman
Mamaha dan Ahamiddhi – Muhammad dan Ahmad

Narashangsa di dalam bahasa Sanskrit bermaksud ‘yang terpuji’ dan maksud ini selari dengan maksud ‘Muhammad.’ Di dalam Atharvaveda 20:127:2 dijelaskan, Narashangsa akan mengenderai unta dan beliau mempunyai 12 orang isteri. Sifat-sifat ini selari dengan sifat Rasulullah SAW yang memang mengenderai unta dan memiliki 12 orang isteri termasuk seorang hamba perempuan yang bernama Mariah al-Qibtiah yang dihadiahkan oleh Raja Mesir kepada baginda.

Di dalam kitab-kitab agama Buddha, Gautama Buddha pernah mengingatkan anak muridnya, Ananda, berkenaan Buddha akhir zaman yang bergelar ‘Maitreya.’ Maitreya bermaksud ‘pembawa rahmat’ dan maksud ini selari dengan Rasulullah SAW yang disebutkan di dalam surah Al-Anbiya 21, ayat 107 sebagai ‘pembawa rahmat bagi seluruh alam.’

Pendakwah masa kini perlu memahami semua ini agar dakwahnya lebih efektif bukan sahaja kepada mereka yang belum Islam juga kepada mereka yang beragama Islam. Keunggulan Rasulullah SAW perlu disebarkan untuk pengetahuan semua.

Kisah Rasulullah SAW juga terdapat dalam kitab-kitab agama Hindu dan Buddha. Kitab-kitab ini tidak disebutkan di dalam al-Quran dan as-sunnah sebagai kitab Allah. Namun Pengarah Pusat Islam di Halifax, Kanada yang juga ahli jawatankuasa Majlis Fiqah Persatuan Islam Amerika Utara (ISNA), Profesor Dr. Jamal Badawi berpendapat, walaupun tidak ada sebarang nas menunjukkan para pengasas dan kitab-kitab agama Hindu, Buddha dan yang seumpamanya adalah utusan daripada Allah , namun kita tidak boleh menolak kemungkinan ia datang daripada Allah SWT

"

Semasa


Artikel yang paling banyak dibaca dalam Semasa:


Memilih Pasangan

Recent News About Semasa:




Misc





Untuk Mencetak    Hantar Artikel ini kepada sahabat




Komen


"BENARKAH MUHAMMAD DISEBUT DALAM KITAB-KITAB HINDU DAN BUDDHA?" | Login/Mendaftar | 1 Komen
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Re: BENARKAH MUHAMMAD DISEBUT DALAM KITAB-KITAB HINDU DAN BU
oleh syed ([email protected]) pada Sabtu, 28 Februari 2004 @ 20:42:19
(Info AHLI) http://www.adpiuniti.cjb.net


assalamulaikum wbt..
terpegun ana lihat kenyataan ni..ape2 pun ade jugak kebenaranya..sebab ape..satu hari tuk guru saya ade cakap.."kita tak boleh nak katakan yang gautama budha itu nabi dan bukan nabi"..ape2 pun kajian yang di buat sepertimana di atas adalah baik..akhir kalam wassalam
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

 



Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.15506 saat. Lajunya....