Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 19-04-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Burung yang akan mati hanya berjalan, tidak lagi terbang
-- Peribahasa Red Indian

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 68
Ahli: 0
Jumlah: 68




  Yang Masuk Ke Sini
Kang: 12 hari yang lalu
lidah-penghunus: 14 hari yang lalu
muslimin23: 22 hari yang lalu


Copy & Paste
Topik: Dari degup jantungku - Luahan Rasa Tok Guru Nik Aziz


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Copy & Paste
    »» Dari degup jantungku - Luahan Rasa Tok Guru Nik Aziz

Please Mendaftar To Post


Oleh Dari degup jantungku - Luahan Rasa Tok Guru Nik Aziz

cucu
Warga 4 Bintang
Menyertai: 22.07.2004
Ahli No: 10226
Posting: 226
Dari: Bumi Milik Allah

russia  


posticon Posting pada: 02-08-04 10:36



Monday, August 02 @ 10:23:34 MYT


Oleh Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
INILAH barangkali kali pertama saya diberikan liputan meluas berupa pengiktirafan yang agak positif oleh media perdana di sepanjang hampir 40 tahun bergiat dalam politik. Itu pun setelah saya diganggu dengan serangan jantung pada usia 73 tahun bermula 22 Julai 2004 yang lalu.

Saya pernah diisytiharkan mati melalui SMS yang dibiarkan liar merebak ke angkasa oleh setengah-setengah pihak. Walau bagaimanapun, rupanya takdir Allah sentiasa mengatasi tadbir khianat yang diatur oleh manusia. Allah huakbar.

Sambil mematuhi proses rawatan seperti yang diatur jadualnya oleh pakar-pakar jantung di Hospital Perdana, Hospital USM, Kubang Kerian dan kini di IJN, fikiran saya masih tidak henti-henti bertanya akan kebaikan tujuan setiap pihak yang selama ini amat kelihatan memusuhi saya.

Datuk Seri Perdana Menteri misalnya pernah menghantar arahan dari Perancis mengarahkan para pakar jantung terbaik dari Kuala Lumpur diterbangkan ke Kota Baru untuk memberikan rawatan terbaik kepada saya.

Rencana tetap di dalam Mingguan Malaysia yang sangat sinis terhadap saya selama ini entahkan bagaimana sedia membuat temu ramah dengan beberapa orang pemimpin UMNO dan menurunkan respon yang cukup bersahabat mengenai saya. Ia berbunyi seperti:

i) “Mursyidul Am PAS itu mempunyai banyak jasa kepada agama, bangsa dan negara.†(Abdul Kadir Sulung, Kubang Kerian, Kelantan).

ii) “Sebagai seorang Muslim, saya berdoa kepada Allah agar mengembalikan kesihatan Nik Aziz supaya beliau dapat terus memimpin ummah. Beliau masih diperlukan ummah.†(Datuk Shafie Daud, Gong Kiat, Kuala Terengganu).

iii) “Saya juga turut berdoa memohon kepada Allah agar Nik Aziz cepat sembuh dan dapat kembali berkhidmat sebagai Menteri Besar Kelantan seperti sedia kala.†(Timbalan Pengarah Jasa, Terengganu, Abdul Hamid Ahmad).

Petikan kata-kata ini boleh disemak dalam Mingguan Malaysia bertarikh 25 Julai 2004.

Ringkasnya, saya baru diberi ruang dan mula dihujani dengan pujian setelah cemas menyabung nyawa. Begitu rupanya nasib manusia pembangkang di Malaysia!

Saya melihat perkembangan ini dalam dua kemungkinan. Satu, dengan berpandangan baik dan satu lagi agak meragui keikhlasan layanan Pihak Berkuasa.

Jika kita berpandangan baik, ia boleh jadi begini. Boleh jadi, saya sememangnya tidak salah dalam menegur pihak kerajaan. Saya memang berhujah. Semua pendirian dan teguran saya yang dibina berdalilkan al-Quran dan al-Sunnah tidak pernah menyeleweng. Boleh jadi selama ini UMNO menolak dan mengherdik saya, ada kalanya menyekat, menyembunyi malah memutuskan saya dari berkomunikasi dengan rakyat; bukan sangat kerana dakwah saya yang songsang. Boleh jadi, hati kecil mereka berkata “yaâ€, tetapi kerana dendam (baghyan), dengki (hasadan) dan sengaja suka berbuat jahat(‘adwan); mereka terpaksa mengatakan “tidakâ€.

Oleh sebab itu, tidak hairanlah apabila saya sentiasa diserang di atas apa jua kenyataan yang saya keluarkan. Semua yang saya kata akan ditafsirkan sebagai tidak kena. Lebih malang apabila saya dinafikan langsung hak untuk berhujah, menjelas dan mempertahankan diri dengan selesa. Jika dikeluarkan sekalipun, keluar ekor hilang kepala. Terbit kepala hilang ekornya!

Saya berani mengatakan bahawa setiap isu yang saya jawab sering ditutup atau diredakan serta merta apabila terlihat mata panah jawapan saya mengenai batang hidung UMNO dan sekutunya.

Boleh jadi juga, UMNO sudah tidak mampu lagi melawan arus pengaruh yang dibawa oleh pemimpin PAS. Mereka terpaksa mengakuinya, suka atau tidak. Dalam keadaan pengaruh PAS yang tidak mati-mati, UMNO sedar bahawa menyekat dan bertindak terlebih dan keterlaluan ke atas PAS boleh memusnahkan UMNO.

Dalam kesempatan saya keuzuran ini, UMNO cuba memakai imej satu parti yang penyayang dan penuh kasihan belas. Mereka tentu sedar bahawa jika saya terus diremehkan, masyarakat Malaysia akan membenci UMNO. Menyekat pengaruh PAS dalam suasana ini boleh melemaskan mereka. UMNO akan dilihat zalim, tidak logik dan hilang kewarasan jika masih degil menyerang saya atau menyembunyikan saya dari pemberitaan. Menekan saya secara berterusan bererti merosakkan UMNO secara berpanjangan.

Perkataan-perkataan berupa harapan dan penghargaan dari pemimpin UMNO dalam Mingguan Malaysia seperti yang telah saya petik benar-benar membuktikannya. UMNO sudah tidak mampu menolak. Jadi, jika saya diiktiraf sebagai seorang yang banyak berjasa, didoakan agar cepat sembuh dan kembali semula menjadi Menteri Besar Kelantan dan Al-Mursyidul Am, maka dapatlah kita lihat dimana letaknya gesaan pemimpin-pemimpin UMNO negeri yang selalu memperlekehkan saya sebelum ini dan selama ini.

Mana satu yang jujur? Mereka jujur mahu saya tinggalkan jawatan kerana kononnya tidak mampu atau kembali mengetuai pemerintahan untuk menyambung kerjaya mulia saya yang cemerlang membuat jasa kepada rakyat seperti yang diiktirafkan sendiri oleh pemimpin UMNO juga. Mana satukah?

Kunjungan YBM Ku Li menziarahi saya misalnya benar-benar mengukuhkan lagi andaian bahawa kehadiran pembangkang cukup penting untuk mengimbangi kuasa dan mengawal penyalahgunaan kuasa Parti UMNO dari berleluasa di dalam kerajaan.

Sebaliknya, jika saya membaca perkembangan layanan terhadap saya dari sudut negatif, ia boleh pula dilihat begini. Pertama, kenapa baru sekarang menghargai saya? Lambat benarkah untuk menilai sumbangan pemikiran? Kenapa perlu tunggu setelah saya tenat untuk memuji dan menghargai? Kenapa tidak dari awal apabila saya meminta UMNO kembali kepada al-Quran dan Hadith?

Alangkah bermenafaatnya negara ini jika menerima saranan PAS untuk kembali kepada petunjuk dan pimpinan dari langit. Ubah perlembagaan UMNO dan ubah perlembagaan Malaysia. Letakkan al-Quran dan Hadith secara bertulis mengatasi segala-galanya. Dari situ, kita pun senang untuk berkerjasama.

Saya bimbang, UMNO cuma meniru sikap seorang yang bernama Abdullah bin Ubai. Orang ini pernah membina sebuah masjid yang dinamakan masjid Dhirar. Walaupun membina masjid itu baik tetapi apabila tujuannya tidak baik, maka ia tetap diarah untuk dibakar oleh Rasulullah s.a.w. Di sini, tokoh munafik ini berbuat baik untuk menudung (menutup) kejahatan. Bila di tegur oleh Rasulullah SAW,dia berdalih malah bersumpah(halaf) yang dia sedang mengusahakan kebaikan. Sebenarnya, dia hanya bermaksud mahu diterima kepimpinannya sedangkan dia masih tetap mahu mengkhianati agama Islam. Kerja ini hampir sama dengan kerja pemimpin UMNO.

UMNO isytihar Malaysia negara Islam tanpa apa-apa perubahan. Nampak mahukan negara di Islamkan. Tentulah ini sangat baik tetapi, al-Quran dan Hadith tidak mahu diterima. Ini Islam jenis apa? Mahu terap Islamlah dan mahu Islam hadarilah.

Dalam keadaan yang kononnya mahukan Islam itu, kenapa disekat bantuan perkapita kepada semua sekolah SAR? Lesen arak dan premis judi tak terkawal. Mengeluarkan lesen judi dan kadang-kadang kerajaan sendiri, malah Tabung Haji sendiripun terlibat sama dalam kerja berjudi. Ini berdosa atau tidak berdosa? Ini jenis kerja mahu majukan Islam atau mahu jahanamkan Islam?

Oleh sebab itu, kita ditimpa bencana demi bencana. Malaysia sudah ada tidak kurang dari sejuta penagih dadah. Khabarnya, 70% hingga 80% adalah terdiri daripada anak-anak orang Islam. Zina. Rogol. Liwat. Anak luar nikah. Sumbang mahram. Ragut. Peras ugut. Bakar. Culik. Bunuh. Macam-macam. Saya tidak terkejut apabila Perdana Menteri sendiri kesal, sedih dan kecewa dengan trend peningkatan kes jenayah di Malaysia. (Berita Minggu, 1 Ogos 2004).

Habis, apa usaha UMNO dalam menangani gejala kerosakan moral menggunakan kaedah iman dan takwa? Saya sebut tentang pahala dan dosapun boleh menimbulkan kemarahan oleh pemimpin UMNO. Saya di cop memberi rasuah pahalalah!

Dalam hubungan ini, saya menyokong keputusan mesyuarat mufti-mufti yang memutuskan “Konsert Sureheboh†sebagai haram. Itu saya petik berita pada 30 Julai 2004. Hari ini pula saya sudah mula nampak yang ia cuba dikendurkan. Esok, tengoklah nanti apa yang akan terjadi.

Pertimbangan agama akan tunduk dan patah pada lazimnya. Ia akan diatasi oleh Perlembagaan Persekutuan yang memang meletakkan Islam setakat agama rasmi persekutuan. Islam dari jenis yang tidak bercanggah dengan hawa nafsu dan bukan Islam yang tidak bercanggah dengan al-Quran dengan Hadith. Islam dari jenis yang bukan memerintah tetapi diperintah. Disuruh duduk, duduk. Disuruh bangun, bangun. Disuruh diam, diam.

Dalam hal terpaksa mengiktiraf saya sebagai ulama yang berjasa, saya masih nampak hajat yang keruh akhbar-akhbar di Malaysia, khususnya yang bertarikh 25 Julai 2004. Dalam pada penulis Mingguan Malaysia memuji saya, ia cuba pula menghadkan skop kepimpinan saya yang cemerlang dari aspek “ketokguruan†saya sahaja. Ini pemikiran tidak betul. Inilah cara orang sekular berfikir. Agama itu dikira suku dari pemerintahan dan kerajaan.

Sebenarnya, masa saya bertazkirah, saya seorang tok guru. Berceramah, saya tok guru. Berjemaah, saya tok guru. Saya meninjau kuil dan bercakap-cakap dengan sami Budha, saya tok guru. Mempengerusikan mesyuarat, saya tok guru. Berucap merasmikan Minggu Sains, saya tok guru. Menghadiri mesyuarat majlis Raja-raja, saya tok guru dan berbahas di sidang DUN pun saya tetap tok guru. Hatta, saya sakit ini pun, saya tok guru.

Orang menghargai saya bukan kerana nama saya Nik Abdul Aziz, tetapi kerana tiada pemimpin yang diberi kesempatan memimpin lalu memerintah dan berusaha untuk patuh kepada titah perintah Allah s.a.w.

Demokrasi memberi kuasa kepada ulama untuk berkuasa. Saya pula tidak mengkhianati kuasa yang rakyat berikan itu. Saya terima amanah Allah untuk memerintah berasaskan kitabullah. Mana yang boleh saya laksanakan terus, saya laksanakan. Mana yang disekat oleh UMNO untuk dilaksanakan, maka kami mencari jalan dan ikhtiar.

Untuk makluman setengah orang-orang dalam Utusan Malaysia, masyarakat Malaysia termasuk rakyat Thai yang berada di empat wilayah menghargai saya kerana saya sedang memainkan peranan ini. Saya lebih banyak menasihat, menegur dan mengkritik dari membangkang UMNO secara membabi buta. Sesyumul Islam, saya menegur dan bergiat dalam semua lapangan walaupun di haling.

Di samping itu, kami buktikan komitmen kami melalui perlaksanaan Islam di Kelantan secara hikmah dan berperingkat-peringkat mengikut kemampuan. Kami serius walaupun kami dilihat perlahan. Ertinya, disamping saya berkempen dan berdakwah, saya juga beramal dengan Islam dalam tugas-tugas memerintah. Kami membangun kerajaan yang membangun bersama Islam.

Dalam keadaan saya sakit-sakit dan terlantar di katil ini pun, saya masih enggan berhenti untuk menegur dan menyuarakan kebenaran. Walaupun saya menjunjung kasih yang tidak terhingga kepada KDYMM Yang Dipertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong, KDYMM al-Sultan Kelantan dan Raja Perempuan Kelantan, serta menghargai Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang menunjukkan simpati, Timbalan Perdana Menteri dan isteri, menteri-menteri dan timbalan-timbalan menteri, semua Ketua Jabatan, yang berhormat Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi, YBM Ku Li, Encik Lim Kit Siang, Datin Seri Wan Azizah, Dr Syed Husin Ali, Azmin Ali, Tien Chua, seluruh pempinan pembangkang dan seluruh lapisan rakyat tanpa mengira strata, keturunan, bangsa dan bahasa; namun saya masih tetap beristiqamah dan tidak berganjak untuk menegakkan kebenaran dan keadilan.

Saya tidak akan tutup mulut saya dari menegur mana yang salah kerana inilah jalan yang dilalui oleh Rasulullah s.a.w. Ini bukan kerana saya berdegil tetapi saya kuat mempercayai bahawa Malaysia hanya akan selamat jika sedia kembali kepada Allah. Malaysia tidak akan menjadi Islam hanya dengan permainan istilah.Ia akan hanya berubah dengan ikhtiar dan kesungguhan setiap pemimpin untuk melaksanakan Islam.

Di sini, kita boleh terus berbeda pendapat. Anjurlah majlis untuk bermuzakarah. Insya-Allah, kami akan hadir untuk bekerjasama. Islam memberi peluang yang seluas-luas untuk berdialog samaada dengan orang Islam atau Non-Islam. Samaada engkau yang benar atau kami yang benar(wa inna au iyya kum),ini semangatnya.

Akan tetapi, Allah S.W.T sangat berpesan kepada kita bahawa “jika kamu berselisih dan berbeda pendapat, kamu hendaklah kembali kepada kitab Allah dan rasulnyaâ€dan bukannya Perlembagaan Negara. Selagi kita sedia berdialog untuk akhirnya kembali kepada petunjuk langit, saya tidak ada masalah. Jika tidak, dalam terbaring di hujung katil ini pun, saya akan tetap bingkas dan tidak mengalah. Biar gelung-gelung wayar ini menjadi saksi akan istiqamah seorang pemimpin parti pembangkang yang tetap enggan menyerah!

Menteri Besar Kelantan dan Al-Mursyidul Am PAS.
Wad CCU, Tingkat 1,
Institut Jantung Negara.

1 Ogos 2004.



Bookmark and Share

    


  Member Information For cucuProfil   Hantar PM kepada cucu   Quote dan BalasQuote

MeowHidayah
WARGA SETIA
Menyertai: 30.07.2003
Ahli No: 2702
Posting: 1171
Dari: Di bawah kerajaan langit

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 02-08-04 12:21


Allahuakbar...

..jauhnye bezaa...

-----------------
Ke arah memantapkan 'Aqeedah Tauhid... mendidik JIWA HAMBA...



Bookmark and Share

    


  Member Information For MeowHidayahProfil   Hantar PM kepada MeowHidayah   Pergi ke MeowHidayah's Website   Quote dan BalasQuote

mujahadatunnafsi
WARGA SETIA
Menyertai: 12.11.2003
Ahli No: 5068
Posting: 745
Dari: Kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 02-08-04 16:38



Allahuakbar !!!

inilah ulama' yang sebenar yang patut kita kasih, yang patut kita sanjung dan hormati, Tuan Guru sebagai Mursyidul AM PAS sebenarnya bukanlah menghentam, mengkritik, mengata, mencemuh kerajaan sebaliknya beliau menjalankan tanggungjawab beliau menasihati ( berpesan-pesan dengan kebenaran ). Dengan anugerah ilmu yang dikurniakan Allah SWT kepada beliau, beliau telah menjalankan peranan beliau, beliau amanah dengan ilmu yang ada pada dirinya.......SALAHKAH apa yang beliau buat selama ini selama berpuluh-puluh tahun menasihati kerajaan untuk kembali kepada islam, kembali kepada berpegang Al-Quran dan Hadith

Bookmark and Share

    


  Member Information For mujahadatunnafsiProfil   Hantar PM kepada mujahadatunnafsi   Quote dan BalasQuote

al-Jawzi
Warga 1 Bintang
Menyertai: 01.05.2004
Ahli No: 8722
Posting: 27
Dari: Sana nak ke Sana

Johor  


posticon Posting pada: 02-08-04 17:26


Subhanallah...

Dimanakah kita ?? Itu persoalan utama



-----------------
Ibnu Al-Jawzi :Kekurangan ilmu disebabkan kelemahan cita-cita, dan kesudahan sesuatu ilmu ialah keupayaan untuk mengamalkannya.

Bookmark and Share

    


  Member Information For al-JawziProfil   Hantar PM kepada al-Jawzi   Quote dan BalasQuote

al-Jawzi
Warga 1 Bintang
Menyertai: 01.05.2004
Ahli No: 8722
Posting: 27
Dari: Sana nak ke Sana

Johor  


posticon Posting pada: 02-08-04 17:27


Subhanallah...

Dimanakah kita ??



-----------------
Ibnu Al-Jawzi :Kekurangan ilmu disebabkan kelemahan cita-cita, dan kesudahan sesuatu ilmu ialah keupayaan untuk mengamalkannya.

Bookmark and Share

    


  Member Information For al-JawziProfil   Hantar PM kepada al-Jawzi   Quote dan BalasQuote

nur_islami
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 28.05.2003
Ahli No: 858
Posting: 991
Dari: serambi mekah

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 02-08-04 19:29


Allahuakhbar..hidup ISLAM!!!!

-----------------
hadiah yang paling berharga dalam ertikata sahabat yang sebenarnya ialah memberi yang terbaik dalam diri anda sendiri..

Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_islamiProfil   Hantar PM kepada nur_islami   Pergi ke nur_islami's Website   Quote dan BalasQuote

filzah
Warga Rasmi
Menyertai: 04.10.2003
Ahli No: 3982
Posting: 18
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 02-08-04 20:38


assalamualaikum

akhwat sekalian...sama2lah kita fikirkan....

-----------------
2. "Ukhuwwah itu bukan terletak pada pertemuan,bukan pada manisnya ucapan di bibir tetapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya di dalam doanya"-Al-Ghazali

Bookmark and Share

    


  Member Information For filzahProfil   Hantar PM kepada filzah   Pergi ke filzah's Website   Quote dan BalasQuote

mech_muslim
Warga 1 Bintang
Menyertai: 21.07.2004
Ahli No: 10187
Posting: 30
Dari: kangaroo state

Kelantan  


posticon Posting pada: 02-08-04 20:43


allahuakbar!

diharapkan ia menjadi teladan untuk meningkatkan dakwah islam kita.amin

Bookmark and Share

    


  Member Information For mech_muslimProfil   Hantar PM kepada mech_muslim   Pergi ke mech_muslim's Website   Quote dan BalasQuote

hafezad
Warga Rasmi
Menyertai: 31.07.2004
Ahli No: 10415
Posting: 12
Dari: kelantan

Kelantan  


posticon Posting pada: 02-08-04 21:10




Inilah pemimpin yang patut dijadikan contoh kepada generasi yang akan datang. Saya doakan agar kesihatan Tok Guru Nik Aziz sihat sejahtera selalu semoga Allah memberikan kesihatan Buat To Guru.... Amin..

I

Bookmark and Share

    


  Member Information For hafezadProfil   Hantar PM kepada hafezad   Quote dan BalasQuote

hafezad
Warga Rasmi
Menyertai: 31.07.2004
Ahli No: 10415
Posting: 12
Dari: kelantan

Kelantan  


posticon Posting pada: 02-08-04 21:12




Inilah pemimpin yang patut dijadikan contoh kepada generasi yang akan datang. Saya doakan agar kesihatan Tok Guru Nik Aziz sihat sejahtera selalu semoga Allah memberikan kesihatan Buat To Guru.... Amin..

I

Bookmark and Share

    


  Member Information For hafezadProfil   Hantar PM kepada hafezad   Quote dan BalasQuote

yasminjamilah
Warga Rasmi
Menyertai: 29.06.2004
Ahli No: 9717
Posting: 15
Dari: terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 03-08-04 09:09


Allah matlamat kita
al-Quran peraturan kita
Ulamak pemimpin kita
Jihad jalan kita
Mati syahid cita-cita kita...

Allahuakbar!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For yasminjamilahProfil   Hantar PM kepada yasminjamilah   Quote dan BalasQuote

nuraini
WARGA SETIA
Menyertai: 02.07.2003
Ahli No: 1900
Posting: 1110
Dari: ***Anti-KekejamaN WaNiTa***

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 03-08-04 09:49






'KAU' tetap Idolaku...

ALLAHUAKBAR...!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurainiProfil   Hantar PM kepada nuraini   Quote dan BalasQuote

alifmimyanun
WARGA SETIA
Menyertai: 19.06.2003
Ahli No: 1540
Posting: 2292
Dari: langit kujunjung bumi kupijak

Johor  


posticon Posting pada: 03-08-04 15:16


ya bennaarrrrr...!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For alifmimyanunProfil   Hantar PM kepada alifmimyanun   Pergi ke alifmimyanun's Website   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 03-08-04 19:58


ya Allah jadikanlah ramai org sepertinya..agar dunia ini..sejahtera..selamanya..

Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

Usmad
WARGA SETIA
Menyertai: 24.02.2004
Ahli No: 7517
Posting: 597
Dari: Parit Buntar

libya   avatar


posticon Posting pada: 04-08-04 12:46


Takbirrrrrr

ALLAHUAKBAR



Bookmark and Share

    


  Member Information For UsmadProfil   Hantar PM kepada Usmad   Pergi ke Usmad's Website   Quote dan BalasQuote

sasician
WARGA SETIA
Menyertai: 04.05.2004
Ahli No: 8783
Posting: 453
Dari: Melaka

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 04-08-04 21:33


semoga bertambah sihat tuan guru...
itulah bezanya antara pemimpin umno dan PAS

Bookmark and Share

    


  Member Information For sasicianProfil   Hantar PM kepada sasician   Pergi ke sasician's Website   Quote dan BalasQuote

sasuke-kun
WARGA SETIA
Menyertai: 21.09.2004
Ahli No: 11297
Posting: 525
Dari: klate-jepun

Kelantan  


posticon Posting pada: 21-09-04 21:34


ana rasa tok guru dah sehat so moga2 kesihatan tok guru bertambah2 sihat lagi amin...........

Bookmark and Share

    


  Member Information For sasuke-kunProfil   Hantar PM kepada sasuke-kun   Quote dan BalasQuote

itsjustme
WARGA SETIA
Menyertai: 22.08.2004
Ahli No: 10665
Posting: 790
Dari: Cheras KL

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 22-09-04 20:44


Allahu akbar!!! To Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat tokoh pemimpin yang patut dibanggakan...ana bertuah berada dalam pimpinanmu...

-----------------
Umarete kara shinu made zutto narai thuzukete kudasai

Bookmark and Share

    


  Member Information For itsjustmeProfil   Hantar PM kepada itsjustme   Quote dan BalasQuote

riyas
WARGA SETIA
Menyertai: 14.06.2004
Ahli No: 9464
Posting: 1054
Dari: Alam Kayangan,Bumi Allah

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 30-09-04 13:55


semoga Tuhan memberi kesihatan yg baik utk Tok Guru Nik Aziz supaya dapat terus berjuang menegakkan ajaran agama Allah...

Allahu akbar!!! Allahu akbar!!! Allahu akbar!!!

-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For riyasProfil   Hantar PM kepada riyas   Pergi ke riyas's Website   Quote dan BalasQuote

mariatulqibtiah
Warga Rasmi
Menyertai: 09.01.2005
Ahli No: 13618
Posting: 19
Dari: Kedah

Kedah  


posticon Posting pada: 15-02-05 12:04


ALLAHUAKBAR!!! Kita perlu memilih pemimpin yg benar2 menegakkan khilafah Islamiyah di muka bumi ini. Bukankah itu tujuannya kita dihantar oleh Allah di muka bumi ini? Untuk menjadi khalifah, menegakkan yg ma'ruf dan mencegah yg munkar. Sama2lah kita fikirkan. Wallahua'lam.

Bookmark and Share

    


  Member Information For mariatulqibtiahProfil   Hantar PM kepada mariatulqibtiah   Quote dan BalasQuote

wanina
Warga 3 Bintang
Menyertai: 17.01.2005
Ahli No: 13762
Posting: 99
Dari: kota bharu

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 16-02-05 15:13


Quote:

On 2004-08-02 16:38, mujahadatunnafsi wrote:

Allahuakbar !!!

inilah ulama' yang sebenar yang patut kita kasih, yang patut kita sanjung dan hormati, Tuan Guru sebagai Mursyidul AM PAS sebenarnya bukanlah menghentam, mengkritik, mengata, mencemuh kerajaan sebaliknya beliau menjalankan tanggungjawab beliau menasihati ( berpesan-pesan dengan kebenaran ). Dengan anugerah ilmu yang dikurniakan Allah SWT kepada beliau, beliau telah menjalankan peranan beliau, beliau amanah dengan ilmu yang ada pada dirinya.......SALAHKAH apa yang beliau buat selama ini selama berpuluh-puluh tahun menasihati kerajaan untuk kembali kepada islam, kembali kepada berpegang Al-Quran dan Hadith



Bookmark and Share

    


  Member Information For waninaProfil   Hantar PM kepada wanina   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.875592 saat. Lajunya....