Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti :: Ukhwah.com
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Profil Liputan Media Impian & Harapan Hubungi Kami Laman Peribadi  








Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

Mutiara Kata
Keep your friends close, and your enemies closer
-- Sun-Tzu

Menu Utama

Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 28
Ahli: 0
Jumlah: 28




Yang Masuk Ke Sini
nasiruddin: 3 hari yang lalu
Kang: 22 hari yang lalu
lidah-penghunus: 24 hari yang lalu
muslimin23: 32 hari yang lalu


[ Mari BERSELAWAT kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Ukhwah.com ini ]




Sukan dan Riadah
Topik: Asyik mencandat sotong... SIAPA SUKA SOTONG???


Carian Forum

Moderator: Administrator, mohamad
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Sukan dan Riadah
    »» Asyik mencandat sotong... SIAPA SUKA SOTONG???

Please Mendaftar To Post


Oleh Asyik mencandat sotong... SIAPA SUKA SOTONG???

ami_haiqal
Warga 2 Bintang
Menyertai: 29.06.2004
Ahli No: 9712
Posting: 55
Dari: malaysia

ghana  


posticon Posting pada: 27-07-04 20:52


JIKA Pulau Redang, Terengganu sinonim dengan Pesta Candat Sotong, perairan Bachok dan Tumpat di Kelantan juga tidak ketinggalan menjadikan kegiatan mencandat sotong sebagai produk baru pelancongan negeri itu.

Dengan kelebihan beberapa `kandang sotong', panggilan bagi tempat pembiakan sotong oleh masyarakat nelayan tempatan, perairan Bachok dan Tumpat mampu menarik pelancong tempatan dan luar negara untuk menikmati keseronokan mencandat spesies laut itu.

MOHD Haslan Omar
menunjukkan sotong yang
dicandatnya.

Kandang sotong, adalah lubuk yang dijadikan tempat pembiakan haiwan kumpulan moluska itu kerana ia sesuai sebagai tempat bertelur berikutan keadaan dasarnya berpasir, arus sesuai dan subur dengan makanan yang terdiri daripada anak ikan.

Lazimnya, sotong jenis katak dan mengabang berbentuk bulat, gemar menjadikan kawasan yang dipenuhi tukun tiruan terdiri daripada bot lama yang ditenggelamkan dan binaan konkrit sebagai tempat pembiakan.

Bagi sotong torak dan cumi-cumi yang mempunyai bentuk panjang serta lurus pula, gemar menjadikan kawasan dasar berpasir sebagai tempat bertelur.

Kegiatan mencandat sotong lazimnya dilakukan sekitar akhir Mac hingga Julai kerana dalam tempoh ini, adalah musim haiwan itu bertelur.

Peluang mengikut kegiatan itu kali pertama bersama 110 lagi peserta Pesta Mencandat Sotong anjuran Jabatan Perikanan Kelantan, baru-baru ini, memberi pengalaman yang sukar dilupakan terutama ketika menaikkan sotong yang mengena umpan yang kelihatan seolah-olah kristal di bawah pancaran lampu bot.

Memulakan perjalanan menaiki bot nelayan dari Jeti Perikanan Tawang, Bachok, ke kandang sotong yang terletak di kedudukan sembilan batu nautika selepas waktu Asar, mengambil masa kira-kira dua jam untuk sampai ke lubuk itu.

Ketika senja mula berlabuh, sotong mula menghampiri bot kerana tertarik dengan cahaya lampu yang dipasang di sekeliling bot. Difahamkan, sotong mula menghampiri permukaan laut waktu senja sehingga jam 8 malam dan antara jam 4 hingga 6 pagi ketika waktu Subuh.

Bagaimanapun, peserta perlu berhati-hati ketika menaikkan sotong yang mengena umpan kerana haiwan itu akan memancutkan cecair hitam sebagai perisai keselamatannya.

Kehadiran sekumpulan ikan lumba-lumba dengan mengeluarkan bunyi beberapa kali mengeliling bot nelayan pada malam itu, menarik perhatian peserta yang begitu asyik mencandat sotong.

Selain itu, kerdipan lampu yang dipasang sekeliling bot nelayan turut menarik perhatian ular laut yang tidak jemu mengeliling bot itu, tetapi haiwan berbisa itu, tidak mengganggu peserta yang sibuk mencandat.

Kepenatan mencandat tentunya berbaloi melihatkan hasil yang diperoleh hampir memenuhi bekas selain dapat menikmati kemanisan sotong segar yang digoreng di atas bot nelayan itu.

Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Perikanan negeri, Hussain A Rahman berkata pihaknya bercadang menjadikan acara itu sebagai kegiatan tahunan selain menjadi pilihan kegiatan riadah di kalangan masyarakat negeri ini khususnya belia.

"Kita mahu kegiatan ini menjadi produk baru pelancongan di Kelantan, selain berharap ia dapat membolehkan orang ramai memahami kehidupan nelayan yang turun ke laut selama beberapa hari," katanya ketika ditemui di Bachok, Kelantan, baru-baru ini.

Bagi mereka yang berminat untuk mengalami sendiri pengalaman mencandat sotong boleh menyewa bot nelayan di beberapa pengkalan termasuk Jeti Kompleks Lembaga Kemajuan Perikanan (LKIM) Kuala Besar, Kota Bharu; Jeti Kompleks LKIM Geting, Tumpat dan Pengkalan Petah, Tawang, Bachok.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ami_haiqalProfil   Hantar PM kepada ami_haiqal   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 28-07-04 22:55


ai...pening kepalo den ni..ahli ukhwah semuanya tak pernah candat sotong ker??makan sotong ker??tgk ker??pening2..bagi ana sotong spesis paling sedap lah..nok2 lagi bila di bakar....dan di ratah begitu saja...buat goreng pedas lagilah mengan cam..wasslam

Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

Hafiz_Qiee
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 22.05.2003
Ahli No: 785
Posting: 762
Dari: Serdang, Selangor

Kedah  


posticon Posting pada: 27-08-04 20:20


Hafiz doakan pertandingan mencandat sotong ni..diadakan di peringkat
antarabangsa..hehehe

-----------------
Hanya diri ku dan Allah s.w.t.. yang mengetahui segalanya.. itu lah kehidupan .. dicelah lautan..

Bookmark and Share

    


  Member Information For Hafiz_QieeProfil   Hantar PM kepada Hafiz_Qiee   Pergi ke Hafiz_Qiee's Website   Quote dan BalasQuote

MeowHidayah
WARGA SETIA
Menyertai: 30.07.2003
Ahli No: 2702
Posting: 1171
Dari: Di bawah kerajaan langit

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 27-08-04 23:30


Jangan jadi 'sotong' udah leee...

-----------------
Ke arah memantapkan 'Aqeedah Tauhid... mendidik JIWA HAMBA...



Bookmark and Share

    


  Member Information For MeowHidayahProfil   Hantar PM kepada MeowHidayah   Pergi ke MeowHidayah's Website   Quote dan BalasQuote

Bunga_Raya_Putih
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.04.2004
Ahli No: 8358
Posting: 219
Dari: Pulau Pinang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 04-02-05 12:27


ada dengar pasal sotong tsunami..hehe..berlaku di Kg Perlis..aku tak sure kat mana lah..di ceritakan oleh Pak Jang aku kepada aku...mereka jumpa mayat penuh dengan sotong..bila ditarik sotong itu...keluar isi manusia sekali..lepas tue apa nak buat..jemur mayat tu tengah panas dah luruhlah semua sotong itu..apa bila ditimbang...berat keseluruhan soton=60kilo... seorg pak cik tue jual kat cina mana ntah RM8 sekilo..aku tak tau kes nie benar atau tidak...cuma kelogikannya ada ler..

Bookmark and Share

    


  Member Information For Bunga_Raya_PutihProfil   Hantar PM kepada Bunga_Raya_Putih   Quote dan BalasQuote

maisarahlisa
WARGA SETIA
Menyertai: 29.12.2003
Ahli No: 6068
Posting: 466
Dari: Pahang~Selangor~Dubai

Pahang  


posticon Posting pada: 04-02-05 12:35




Menarik juga aktiviti nie.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For maisarahlisaProfil   Hantar PM kepada maisarahlisa   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 
 



Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.238351 saat. Lajunya....