Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 13-04-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
We can't change the past, but we can change the future.
-- Anonymous

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 34
Ahli: 0
Jumlah: 34




  Yang Masuk Ke Sini
Kang: 6 hari yang lalu
lidah-penghunus: 8 hari yang lalu
muslimin23: 17 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Alasan bahasa Inggeris Cuba Tutup Peluang Melayu...


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Alasan bahasa Inggeris Cuba Tutup Peluang Melayu...

Please Mendaftar To Post


Oleh Alasan bahasa Inggeris Cuba Tutup Peluang Melayu...

suhaimi_sr
WARGA SETIA
Menyertai: 08.07.2004
Ahli No: 9901
Posting: 1256
Dari: Sg Buloh, Selangor ada

Perak   avatar


posticon Posting pada: 21-07-04 12:35


Saya secara peribadi menyokong dan bangga kerana bukan saya saja berasa apa yang saudara dan saudari rasakan malah ramai lagi di luar sana, cuma tidak ada pemimpim yang dapat menyatukan saudara dan saudari sekalian bawah satu payung. Saya benci dan mengutuk keras pemimpin yang mengubah subjek sains dan matematik ke dalam Bahasa Inggeris. Bukankah datok nenek kita berjuang untuk memartabatkan bahasa melayu ? kita berlari berundur kebelakang semata-mata kononnya subjek itu ditegur telah jatuh statistiknya. Saya percaya Bahasa adalah budaya melayu yang akan menyatukan kita. Bila bahasa diletakan sebagai matlamat politik maka rosaklah bangsa. Apa yang saudara saudari cuba tegaskan menunjukkan contoh gejala "TIDAK APA" dalam masyarakat kita.

Saya cadangkan kepada semua bagaimana kita mampu untuk mengubah semua perkara-perkara bangsa melayu yang kita nampak remeh. Saya percaya salah seorang daripada kita adalah pemimpin politik, rumah dan sesuatu organisasi yang mampu mengubah dan membuat keputusan kita semua.
- Parti politik - reformasi penyatuan bukan sekadar berkata
Alasan : Bagaimana saya rasa parti merupakan alat untuk mencapai matlamat
- Pendidikan - Saya percaya untuk memberhentikan segala malapetaka keputusan pemimpin yang kurang berkelayakan prinsipnya, kita harus melatih bakal pemimpin yang bakal digantikan mempunyai prinsip-prinsip yang tegas tanpa kompromi.
(1.) bahasa melayu adalah bahasa kebangsaan, tidak akan ada apa yang diubah dalam negara kita malah setiap organisasi akan diubah 100% ke bahasa melayu. Kenapa kita harus korbankan bahasa kita semata kerana globalisasi. Buktinya Filipina yang rakyatnya majoriti mengunakan bahasa Inggeris tetapi masih tetap negara termiskin di dalam Asean. Korea dan Jepun sudah membuktikan, apa perlunya kita mengikut orang lain untuk maju.
(2.) Kuota Pendidikan tetap tidak akan diubah, kerana kita telah berkerjasama untuk menerima bangsa lain untuk menjadi warganegara malaysia. Kenapa ada lagi pemimpin tak tahu cakap bahasa melayu dengan betul ?
(3.) Perpaduan adalah matlamat, parti politik adalah alat.

- Parti Politik ialah alat untuk mencapai matlamat untuk menyatukan Melayu
- Jika ada pertandingan pilihlah pemimpin Melayu yang berprinsip


Akhir sekali saya merayu di setiap diri kita samada anda suri rumahtangga, pekerja sosial, kerajaan swasta atau pemimpin yang membuat keputusan, tolonglah semat dengan prinsip perpaduan bangsa Melayu dengan dasarnya bahasa melayu, Islam dan Budaya adalah teras. Tiada orang lain yang mampu mengubah apa-apa selain daripada kita. Janganlah gunakan kuasa atau ego semata-mata alat untuk kekal sebagai pemimpin. Saya memohon ampun dan maaf jika luahan ini menguris hati sesiapa


-----------------
Menjual & Membeli Dinar dan Jongkong Emas/Perak Mengikut Harga Pasaran Antarabangsa. Layari www.hatiemas999.blogspot.com

Bookmark and Share

    


  Member Information For suhaimi_srProfil   Hantar PM kepada suhaimi_sr   Pergi ke suhaimi_sr's Website   Quote dan BalasQuote

yasminjamilah
Warga Rasmi
Menyertai: 29.06.2004
Ahli No: 9717
Posting: 15
Dari: terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 21-07-04 12:50


heh...

buat BI dalam sains & mate telah melanggar akta bahasa kebangsaan...ni apa ni pemimpin sendiri langgar akta yang dibuat sendiri...tak ke haru tu...abis la anak melayu akan datang...

Bookmark and Share

    


  Member Information For yasminjamilahProfil   Hantar PM kepada yasminjamilah   Quote dan BalasQuote

Engku_Salina

Menyertai: 13.05.2003
Ahli No: 5
Posting: 462
Dari: Terengganu - KL

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 21-07-04 13:10


Bahasa Melayu mmg perlu dimartabatkan...
Bagaimana caranya???
Bknnya dgn memperlekehkan bahasa lain terutamanya bahasa inggeris...
bahasa2 lain perlulah dikuasai terlebih dahulu sebelum memartabatkan bahasa sendiri...
kalau sekadar menguasai Bahasa Melayu shj, mcm mana kita nak mengkaji ilmu2 dlm bahasa lain...
akibatnya kita akan semakin jauh ketinggalan...


-----------------
Hai org-org yang beriman, jika datang kpdmu org fasik membawa suatu berita maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui kdaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu. (Al-Hujurat

Bookmark and Share

    


  Member Information For Engku_SalinaProfil   Hantar PM kepada Engku_Salina   Pergi ke Engku_Salina's Website   Quote dan BalasQuote

dayangamirahasbullah
Warga Rasmi
Menyertai: 14.07.2004
Ahli No: 10045
Posting: 2

Selangor  


posticon Posting pada: 21-07-04 17:22


jangan lupa bahasa kebangsaan kita sudahla..
kalau macam tu, hapuskan pusat pelancongan yang ada di malaysia..
apa nie, kebanyakkan yang ira tengok dalam ukhwah nie, semua soalan yang tak patut kita soalkan..
yela, bagaimana nak bercakap dengan pelancong yang masuk dalam negara kita..
tak bangga ker anak malaysia belajar di oversea..
pikir dululah, sebelum nak bersuara..
yang penting cakap BI tak jadi mat salleh..
sori...pendapat ira saja ok???????

Bookmark and Share

    


  Member Information For dayangamirahasbullahProfil   Hantar PM kepada dayangamirahasbullah   Quote dan BalasQuote

Kang

Menyertai: 09.05.2003
Ahli No: 2
Posting: 1921

usa   avatar


posticon Posting pada: 21-07-04 19:08


Bahasa Inggeris penting? Lihat fakta ini:

1. Jepun: mencari orang yang boleh berbahasa Inggeris di Jepun sama mencari jarum di hutan. Tapi maju... sangat maju, tanpa perlu menguasai bahasa Inggeris. Sesiapa yang nak belajar di Jepun kena belajar bahasa Jepun selama 6 bulan. Bukan belajar bahasa Inggeris.

2. Korea: Pun sama. Samsung, Hyundai, Saba dah menguasai dunia tanpa rakyatnya menguasai bahasa Inggeris.

3. Thailand: Negara yang tak pernah dijajah ini maju, lebih maju dari Malaysia, jiran kita. Mencari yang boleh bercakap Inggeris sama mencari jarum dalam hutan.

4. Perancis, Jerman tidak berbahasa Inggeris.

Jadi, Bahasa English bukan semestinya bahasa kemajuan. Tak boleh dibanggakan sangat. Sekadar sampingan.

Murid sekolah kena berbahasa English dalam Sains dan Matematik hanyalah "bahan ujikaji" dan bahan publisiti. Selama ini menggunakan Bahasa Melayu tak ada satu masalah pun.

-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For KangProfil   Hantar PM kepada Kang   Pergi ke Kang's Website   Quote dan BalasQuote

abu_luqman
Warga 3 Bintang
Menyertai: 07.08.2003
Ahli No: 2853
Posting: 121
Dari: Kajang

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 21-07-04 19:59




Saya hormati semua pandangan terutama dari Kang sendiri.

Kita mempunyai acuan yg jauh berbeza dengan Jepun atau Korea. Mentaliti dan budaya jauh sgt berbeza. Di Jepun atau Korea, buku yg diterbitkan di US atau Negara lain akan keluar versi bahasa mereka dlm masa seminggu. Mmg mereka tidak akan ketinggalan. Negara kita ini purata seorang baca 2 biji buku setahun. Kerja penterjemahan jgn nak cakap.

Pada saya kita patut sentiasa mengambil sikap posiitf dalam hal ini dan menyahut cabaran ini tanpa menidakkan kedaulatan bahasa melayu. Pembuat dasar di malaysia masih lagi orang melayu.

FIkir fikirkan...

Bookmark and Share

    


  Member Information For abu_luqmanProfil   Hantar PM kepada abu_luqman   Pergi ke abu_luqman's Website   Quote dan BalasQuote

alea13
WARGA SETIA
Menyertai: 05.01.2004
Ahli No: 6228
Posting: 1483
Dari: melaka

Melaka  


posticon Posting pada: 22-07-04 08:45




saya setuju dgn pendapat abu_luqman.. sbb berdasarkan pengalaman sendiri.. kita ni kalo tak kene push, lambat sket ndak gerak.. samalah dlm hal bhs inggeris ni, kalo tak diwajibkan.. ramai yg tak ambil kisah..

mmg tak semua negara guna bhs inggeris.. tp kita lihat mentaliti masyarakat mrk cam ner plak.. jepun, korea, jerman.. disiplin mrk sgt tinggi.. etika kerja mrk.. masya Allah, kadang2 rasa tak terkejar.. kalo kita sanggup ikut rentak diorang, insya Allah tak der masalah.. jadi nyer pandanglah drp sudut yg positif.. jgnlah asek nak fikir govt. ader agenda yg tersirat jekk..

cuma yg saya tak setuju tu, govt. kita ni suka sgt buat kerja tergesa-gesa.. tak kaji abih teliti terus2 ndak laksana.. kejap dasar cam ni.. pas tu dasar cam tu plak.. tukar menteri baru, dasar pon tukar baru.. akhir nyer yg jadi mangsa adalah pelajar2 melayu sendiri.. hasrat mmg baik tp perlaksanaan tak efisyen.. buat bazir duit rakyat jekk, tp hasil tak memuaskan..



Quote:
jangan lupa bahasa kebangsaan kita sudahla..
kalau macam tu, hapuskan pusat pelancongan yang ada di malaysia..
apa nie, kebanyakkan yang ira tengok dalam ukhwah nie, semua soalan yang tak patut kita soalkan..
yela, bagaimana nak bercakap dengan pelancong yang masuk dalam negara kita..
tak bangga ker anak malaysia belajar di oversea..
pikir dululah, sebelum nak bersuara..
yang penting cakap BI tak jadi mat salleh..
sori...pendapat ira saja ok???????




kalo yer ndak bagi pendapat pon, jgn cakap perkara yg tak logik.. aper plak kaitan pembelajaran sains & maths dlm bhs inggeris dgn tutup pusat pelancongan kat m'sia tu?? cuba ira visit europe.. germany, france.. pas tu cubalah ckp bhs inggeris dgn org2 kat situ.. brp ramai yg bleh faham aper yg anda ckp?? brp ramai yg ndak layan anda?? tak semestinya tak berbhs inggeris tak boleh ndak komunikasi dgn pelancong.. actually diorang lbh kagum kalo kita ckp dlm bhs kita sendiri, tunjukkan identiti kita.. w/pun mrk tak faham.. tak sumer mat saleh suka bhs inggeris nih.. & tak semestinya belajar kat oversea kene ckp bhs inggeris.. kat uni saya, dlm course saya sendiri.. boleh bilang dgn jari jer brp kerat students yg betul2 fasih berbhs inggeris.. bkn students jer.. professor2 yg dpt title Dr. tu pon ader yg tak reti berbhs inggeris.. so jgn fikir europe, overseas.. sumer berbhs inggeris jer dikk..

[ Posting ini telah di edit oleh: alea13 pada 2004-07-22 08:46 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For alea13Profil   Hantar PM kepada alea13   Pergi ke alea13's Website   Quote dan BalasQuote

suhaimi_sr
WARGA SETIA
Menyertai: 08.07.2004
Ahli No: 9901
Posting: 1256
Dari: Sg Buloh, Selangor ada

Perak   avatar


posticon Posting pada: 22-07-04 09:10


Secara jelasnya, semua pendapat2 yg anda utarakan semuanya ada kebenarannya. Tak disangka2, anda mempunyai idea2 yg bernas dan boleh digunapakai. Saya pun tak pasti apa akan jadi dgn bahasa kebangsaan kita ni dlm 20 thn akan dtg. Skrg ni pun dah nampak terumbang ambing, ni kan pula 20 thn akan dtg. Sama2lah kita berdoa agar ianya dimartabatkan..amin.

-----------------
Menjual & Membeli Dinar dan Jongkong Emas/Perak Mengikut Harga Pasaran Antarabangsa. Layari www.hatiemas999.blogspot.com

Bookmark and Share

    


  Member Information For suhaimi_srProfil   Hantar PM kepada suhaimi_sr   Pergi ke suhaimi_sr's Website   Quote dan BalasQuote

JoshuaIsfahan
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 701
Posting: 1577
Dari: Damansara

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 23-07-04 19:18


Bahasa Melayu mmg perlu dimartabatkan...
Bagaimana caranya???
Bknnya dgn memperlekehkan bahasa lain terutamanya bahasa inggeris...
bahasa2 lain perlulah dikuasai terlebih dahulu sebelum memartabatkan bahasa sendiri...
kalau sekadar menguasai Bahasa Melayu shj, mcm mana kita nak mengkaji ilmu2 dlm bahasa lain...
akibatnya kita akan semakin jauh ketinggalan...


- saya setuju..bukan meminggirkan Bahasa Kebangsaan...tapi keperluan..kalau rasa ada degree Sains tapi nak kerja jual burger,cubalah jangan cakap Bahasa Inggeris..itu keperluan pasaran...Malaysia dan Jepun mahupun Korea berbeza....kita tidak boleh menyamakan kita dengan mana-mana negara...
Kalau rasa nak jadi pejuang Bahasa Kebangsaan,masa interview cakaplah Bahasa Melayu......

Bookmark and Share

    


  Member Information For JoshuaIsfahanProfil   Hantar PM kepada JoshuaIsfahan   Quote dan BalasQuote

muslimin23
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 678
Posting: 3086
Dari: ~senawang ~ dublin ~ kl~

iran   avatar


posticon Posting pada: 27-07-04 15:54


hehehehe.....

dah banyak kita berbincang tentang penggunaan bahasa di malaysia ni.....kita patut sedar bahawa bahasa ingeris bukanlah satu tikit untuk malaysia menjadi negara maju....ia tak lebih dari menyekat golongan melayu untuk untuk pergi lebih jauh lagi....saya tak kate pulak yang bahasa ingerris tu tak paah di pelajari...

tapi cuba kita fikirkan..apa gunanya kerajaan menyatakan tak kan melayu hilang di dunia....kalau bahasa melayu disekat...tak lahir lah perkataan bahasa menunjukkan bangsa dalam jiwa anak-anak muda sekaran ni...

saya tahu ia bukanlah perkara yang serius..tapi cuba kita lihat negara kita sekarang..lebih kuran 50 peratus penduduk di malaysia yang tak tahu berbahasa ingeris....cuba kita fikirkan apakah yang berlaku kepada mereka kalau syor ini dilulskan?????jatuh ke maruah kita kalau tak belajar bahasa ingeris????? kuno ke kite ni....lain kali bertindak janan ikut kepentingan diri.... selidik dulu keburukan dan kebaikaannya...

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimin23Profil   Hantar PM kepada muslimin23   Pergi ke muslimin23's Website   Quote dan BalasQuote

Jackie_uniten7
WARGA SETIA
Menyertai: 20.09.2003
Ahli No: 3664
Posting: 1845
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 27-07-04 17:47


Bahasa Melayu perlu dimartabatkan, perlu dijadikan salah satu bahasa rasmi dunia. tapi betul macam kata abu_luqman. rakyat kita ni tak ramai yg membaca. translator pun kurang. even kita ni 100 percent guna bahasa Melayu, rakyat akan semakin kurang ilmu.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Jackie_uniten7Profil   Hantar PM kepada Jackie_uniten7   Quote dan BalasQuote

alea13
WARGA SETIA
Menyertai: 05.01.2004
Ahli No: 6228
Posting: 1483
Dari: melaka

Melaka  


posticon Posting pada: 27-07-04 19:50




muslimin23, kita bljr bhs inggeris utk kemajuan je ker?? menguasai byk bhs kan salah satu kunci utk menguasai ilmu.. mmg ramai lagi anak2 melayu yg blm mampu menguasai bhs inggeris dgn baik, sbb tu la kadang2 pelajar2 ni perlu dipaksa.. pd usia masih muda la senang ndak utk mrk menguasai bhs inggeris ni.. nak melentur buluh biar drp rebungnya, rite??

lg pon kalo ndak harapkan buku rujukan dlm bhs melayu brp byk sgtlah yg boleh jumpa.. pd thp sekolah menengah mungkin byk la, tp bila dah masuk uni nanti.. kalo dpt kuasai bhs inggeris dgn baik kan lbh luas sumber rujukan utk pelajar.. tp bila asas tak cukup kuat, pljr pon payah nak buat rujukan.. sbb tu gak penguasaan bhs inggeris ni perlu dimulakan drp awal.. bkn sbb kemajuan, bkn sbb maruah, bkn sbb ego.. tp sbb ILMU tu..


Bookmark and Share

    


  Member Information For alea13Profil   Hantar PM kepada alea13   Pergi ke alea13's Website   Quote dan BalasQuote

Hanan

Menyertai: 13.05.2003
Ahli No: 4
Posting: 3991

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 27-07-04 21:20




Saya setuju kita belajar bahasa Inggeris kerana ILMU. Dan seharusnya kita mempelajarinya sebagai salah satu usaha dakwah kepada non muslim. Walau bagaimanapun, saya tidak setuju bahasa Inggeris dijadikan bahasa pengantar dan sedikit demi sedikit telah menggantikan bahasa Melayu dalam pelbagai penggunaan. Sebenarnya yang sering kita lupa, orang Melayu sendiri sudah tidak mampu menguasai bahasa Melayu itu sendiri. Tidak perlu lihat kepada skop yang luas, di portal ini sahaja sudah cukup. Bahkan berapa ramai yang dapat A dalam SPM. Hanya sejumlah kecil rasanya. Bukan sahaja Bahasa Melayu yang terpinggir bahkan budaya dan adat Melayu juga sudah lama terhakis. Memakai baju Kurung dan Melayu juga sudah mula mengundang malu di kalangan masyarakat kita.

Sepatutnya yang ditumpukan ialah usaha untuk meramaikan penulis Melayu, meramaikan profesor yang membuat kajian dalam pelbagai bidang ilmu. Jangan kerana terlalu fokus pada masalah bahasa sampai semua ilmu lain terkorban.

wassalam

-----------------



Hargai semasa ada....

Bookmark and Share

    


  Member Information For HananProfil   Hantar PM kepada Hanan   Pergi ke Hanan's Website   Quote dan BalasQuote

Engku_Salina

Menyertai: 13.05.2003
Ahli No: 5
Posting: 462
Dari: Terengganu - KL

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 04-08-04 11:39


Kerancuan Bahasa - Penyakit masyarakat dan negara

MASALAH pencemaran bahasa sebenarnya hanya memburukkan lagi kemelut dan kredibiliti bahasa Melayu yang telah memberikan kesan langsung kepada usaha mempertahankan martabat dan peranannya dalam kehidupan moden negara.

Apatah lagi kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan tidak tercitra secara mutlak dalam gagasan tingkah dan pemikiran warga penuturnya sehingga meletakkan nasibnya di hujung tanduk.

Nasib bahasa kebangsaan ini menjadi lebih buruk apabila berdepan dengan krisis keyakinan dan imej, khususnya sebagai bahasa ilmu tinggi dan bahasa dagang.

Keadaan menjadi lebih buruk apabila pengguna bahasa bahasa ini gagal bertutur dengan baik, atau lebih memilih menggunakan bahasa asing dalam pertuturan.

Peranan

Lantaran itu untuk mengembalikan peranan, kedudukan dan martabat bahasa Melayu, ia memerlukan pendekatan menyeluruh atau sekadar lagu bangau oh bangau.

Seminar Pembanterasan Bahasa Rojak di Melaka baru-baru ini dalam resolusinya menyatakan perlunya memberikan kuasa pentadbiran kepada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), biar pun ia seolah-olah meletakkan badan berkanun tersebut sebagai polis atau penguat kuasa bahasa.

Seminar tersebut dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan dan Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia (Iksep).

Kelebihan ini perlu dimiliki oleh DBP misalnya dalam memastikan semua papan iklan atau perniagaan perlu mendapat kelulusan badan berkanun ini sebagai salah satu syarat memberi kelulusan.

Pemberian kuasa pentadbiran tersebut dianggap sebagai salah satu cara membasmi penyalahgunaan bahasa yang dilakukan sama ada di media cetak, elektronik serta badan-badan kerajaan dan perniagaan.

Pada masa yang sama bagi mengelakkan keadaan guru kencing berdiri, murid kencing berlari, para pemimpin politik, perniagaan dan masyarakat sepatutnya memperlihatkan teladan baik dalam penggunaan bahasa.

Sebaliknya, masalah penggunaan bahasa caca-merba sering berlaku dalam golongan ini yang sering dipaparkan dalam media elektronik dan menjadi tatapan khalayak.

Langkah ini barangkali bersifat drastik dan keras, namun permasalahan yang silih bertandang memerlukan suatu penegasan tanpa perlu adanya tolak-ansur yang merugikan bahasa, bangsa dan negara.

Resolusi tersebut juga menyatakan bahawa selain DBP, pihak berkuasa tempatan (PBT) sama ada bandar raya, perbandaran dan daerah mempunyai tanggungjawab untuk memastikan penggunaan bahasa Melayu yang baku tanpa sebarang pencemaran atau pengabaian.

PBT sewajibnya menjalankan penguatkuasaan dan pengawasan secara bersepadu sama ada untuk bahasa papan iklan, papan perniagaan, nama jalan, nama bangunan dan taman perumahan.

Cadangan

Turut dicadangkan dalam resolusi tersebut adalah ketetapan semua majlis rasmi kebangsaan dan negeri dilangsungkan dengan menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya. Malah keutamaan tetap diberikan kepada bahasa Melayu jika sesuatu majlis memerlukan penggunaan bahasa Inggeris atas sebab tertentu.

Sementara dalam bidang penyiaran resolusi tersebut menggesa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia memastikan garis panduan yang mensyaratkan 60 peratus siaran dalam bahasa Melayu dipatuhi oleh stesen radia dan televisyen swasta.

Ketegasan dalam melaksanakan resolusi ini perlu dan ia akan memperlihatkan sejauh mana kesungguhkan badan-badan kerajaan untuk mengambil peduli aspirasi ini.

Peranan pihak-pihak terbabit amat diperlukan memandang begitu kerap dan mudah untuk mendapati penggunaan bahasa Melayu yang bercampur-aduk seumpama separuh ular, separuh belut dalam bahan-bahan penyiaran.

Sementara itu Pengarah, Jabatan Bahasa DBP, Dr. Awang Sariyan semasa membentangkan kertas kerja Sekitar Isu Bahasa Rojak: Punca, Kesan dan Kaedah Menanganinya berkata, masalah yang timbul memperlihatkan sikap dan kurangnya pemahaman serta kekeliruan yang merumitkan terhadap masalah sebenar bahasa kebangsaan.

Beliau menjelaskan masalah kerancuan bahasa terutamanya dalam urusan rasmi, ilmu, budaya dan sebagainya sepatutnya tidak pernah timbul jika penggunanya mengamalkan bahasa yang santun.

Sebab itu juga penyerapan dan pengambilan bahasa asing ke dalam bahasa Melayu tidak boleh dikaitkan dengan gejala bahasa rojak kerana ianya adalah perkara yang berbeza daripada aspek fonologi dan morfologi bahasa itu sendiri.

``Kalau kita bercakap tentang tamadun tinggi, kita tidak boleh meremehkan mutu bahasa. Saya selalu melihatnya sebagai keseimbangan. Kedua-duanya mesti diberi penekanan yang sama; dasar bahasa penting dan mutu bahasa pun penting,'' jelas beliau.

Kerancuan

Bagi mengatasi masalah kerancuan bahasa atau bahasa pijin Dr. Awang memberitahu, penggunaan bahasa yang baku boleh dibudayakan melalui pendidikan; penguatkuasaan dan pengawasan bersepadu dan lebih radikal beliau menyarankan agar sistem penolakan mata dalam prestasi diperkenalkan terhadap pegawai-pegawai kerajaan yang gagal menggunakan bahasa Melayu dengan baik.

Malah beliau turut menyarankan perlunya menubuhkan Jabatan Audit Bahasa yang bertindak sebagai pemantau dan pelapor masalah kerancuan bahasa terus kepada Jabatan Perdana Menteri, yang mana jabatan ini mempunyai kuatkuasa undang-undang memantau, menegur dan mengeluarkan arahan berhubung isu-isu bahasa.

Penjelasan

Sementara itu penjelasan Prof. Madya Dr. Teo Kok Seong dari Universiti Kebangsaan Malaysia mengenai musibah bahasa rojak, khususnya penggunaan bahasa Inggeris merupakan ingatan agar tindakan segera dan tangkas perlu diambil.

Pensyarah Pusat Bahasa Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu itu menyatakan bahawa terdapatnya masalah seperti racun kepada kepada autonomi atau kekuasaan, prestij dan martabat bahasa Melayu.

Lantaran itu beliau turut menekankan perlunya penggunaan bahasa Melayu bestari, yakni yang tidak bercampur aduk dengan bahasa Inggeris kerana merupakan amalan kebahasaan yang penting.

Malah lebih lantang lagi penggunaan bahasa Melayu rojak disifatkan sebagai penghinaan rakyat Malaysia sendiri terhadap warisan bangsanya.

Sehubungan itu Dr. Teo menyarankan agar amalan baku dalam ejaan dan sebutan bahasa Melayu perlu dipertegaskan bagi melindunginya dari bahasa rojak.

``Penggunaan perkataan bahasa Inggeris yang tidak dipinjam dan penyebutan perkataan bahasa Inggeris, yang sama ada dipinjam atau sebaliknya dalam bahasa Melayu rojak, boleh juga dilihat sebagai meremeh-remehkan kemampuan persuratan bahasa Melayu yang sebenarnya tinggi.

Sumber

``Bahasa Melayu memiliki sumber bahasa dan akal linguistik yang tidak kurang agamnya untuk mengungkap dan mewacanakan segala gagasan dan pengalaman di atas muka bumi ini, bersifat konkrit atau abstrak dalam bentuk yang tidak perlu dirojakkan,'' jelasnya semasa membentangkan kertas kerja berjudul Bahasa Melayu Rojak: Persoalan Kemurnian dan Jati Diri Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Rasmi Negara.

Seminar tersebut dirasmikan oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam, sementara ucap utamanya disampaikan oleh Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim.

Sumber: Utusan Online (04/08/04)

-----------------
Hai org-org yang beriman, jika datang kpdmu org fasik membawa suatu berita maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui kdaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu. (Al-Hujurat

Bookmark and Share

    


  Member Information For Engku_SalinaProfil   Hantar PM kepada Engku_Salina   Pergi ke Engku_Salina's Website   Quote dan BalasQuote

czarcam
Warga 4 Bintang
Menyertai: 08.10.2004
Ahli No: 11715
Posting: 207
Dari: padang Rengas, Kuala Kangsar.

Perak   avatar


posticon Posting pada: 28-09-05 04:33


/

Bookmark and Share

    


  Member Information For czarcamProfil   Hantar PM kepada czarcam   Quote dan BalasQuote

czarcam
Warga 4 Bintang
Menyertai: 08.10.2004
Ahli No: 11715
Posting: 207
Dari: padang Rengas, Kuala Kangsar.

Perak   avatar


posticon Posting pada: 28-09-05 04:42


.... jadi kesimpulan yang boleh kita buat... bukan bahasa yang menyebabkan kita ini tak berpeluang untuk maju.... semua nya bergantung pada diri dan sikap kita....

quote pepatah orang Melayu :

'nak 1000 daya, tak mahu macamĀ² dalih lah yang dok buat'

Wallahua'lam..... ;)

/
[ Telah diedit oleh: czarcam pada 28-09-05 04:43 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For czarcamProfil   Hantar PM kepada czarcam   Quote dan BalasQuote

srikandi_syahadah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 23.02.2005
Ahli No: 14660
Posting: 202
Dari: kuantan

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 28-09-05 15:50


KUASAILAH banyak BAHASA SUPAYA kita MAMPU MENEGAKKAN AGAMA..

Bookmark and Share

    


  Member Information For srikandi_syahadahProfil   Hantar PM kepada srikandi_syahadah   Quote dan BalasQuote

ridwan_daie
WARGA SETIA
Menyertai: 26.06.2004
Ahli No: 9665
Posting: 1409
Dari: Kuantan

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 28-09-05 16:01


Pada 28-09-05 15:50 , srikandi_syahadah posting:

!!! QUOTE !!!

KUASAILAH banyak BAHASA SUPAYA kita MAMPU MENEGAKKAN AGAMA..


ye betul tu teacher

Bookmark and Share

    


  Member Information For ridwan_daieProfil   Hantar PM kepada ridwan_daie   Pergi ke ridwan_daie's Website   Quote dan BalasQuote

hyunckel_asyraf
WARGA SETIA
Menyertai: 12.01.2005
Ahli No: 13668
Posting: 414
Dari: United Kingdom

uk  


posticon Posting pada: 28-09-05 18:09


pada saya, penguasaan bahasa inggeris adalah penting untuk menuntut ilmu dan proses globalisasi.banyak advantage yang kita ada kalau kita kuasai BI.

tak payahla nak bagi contoh korea,jepun sebab mentaliti,disiplin,work ethics kita masih jauh daripada mereka.mereka ada teknologi sendiri jadi mereka boleh berdiri dengan sendiri tanpa perlu mengambil berat tentang ilmu2 dari barat.kita,to a great extent,boleh berdiri sendiri juga,tapi kalau kita pilih untuk terus menimba ilmu2 dalam bahasa inggeris,tentu kita dapat bergerak ke arah kemajuan dengan lebih pantas

isu kedaulatan bahasa,cuba tengok students malaysia yang belajar di UK.masa belajar atau bincang dalam kelas cakap inggeris,tapi bila sesama sendiri kebanyakannya cakap melayu nya.inikan pula budak2 sekolah rendah yang baru nak belajar bezakan 'practice' dan 'practise' tu.tak akan mereka lupa bagaimana nak cakap melayu bila belajar sains dan math dalam BI

saya tak pasti apakah approach kerajaan dalam melaksanakan program ni,tapi pada pendapat saya elok kalau dimulakan dengan belajar dan exam sains dan math dalam dwibahasa so students boleh adapt perlahan2.

think outside the box,jangan jadi katak bawah gelas,nampak sekeliling tapi tak ambil tahu....

p/s buku2 rujukan perubatan kat IPTA banyak dalam BM ke BI ek?

Bookmark and Share

    


  Member Information For hyunckel_asyrafProfil   Hantar PM kepada hyunckel_asyraf   Quote dan BalasQuote

chibi_maruko
WARGA SETIA
Menyertai: 28.06.2005
Ahli No: 16933
Posting: 474
Dari: terawang-awangan

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 28-09-05 18:45


belajar BI tu penting sebab sekarang ini dah banyak gunakan BI. lagipun BI tu kan bahasa antarabangsa. tapi BM jangan dilupakan...


-----------------
Hakikat Kejayaan Adalah Kebahagiaan Dalam Hidup....


Bookmark and Share

    


  Member Information For chibi_marukoProfil   Hantar PM kepada chibi_maruko   Quote dan BalasQuote

musafir_alan
Warga 2 Bintang
Menyertai: 24.03.2005
Ahli No: 15302
Posting: 67
Dari: Quantan

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 28-09-05 20:36


mempelajari bahasa inggeris amat perlu kerana kalau kita masih tidak mahu menerima perubahan bahawa kita perlu fasih dan amat perlukan bahasa inggeris akan menyebabkan kita susah untuk maju.

bahasa melayu bahasa ibunda, tapi jangan lupa bahawa kita perlukan juga bahasa inggeris untuk berkomunikasi dengan baik.

try to keep that in mind. always be reasonable and updated with the world.

Bookmark and Share

    


  Member Information For musafir_alanProfil   Hantar PM kepada musafir_alan   Pergi ke musafir_alan's Website   Quote dan BalasQuote

FIRDAUSNUR
WARGA SETIA
Menyertai: 01.05.2005
Ahli No: 16229
Posting: 1085
Dari: kedah darulaman

Kedah  


posticon Posting pada: 28-09-05 21:55


bahasa inggeris memang penting..apapun kalau kita lemah... belajar2lah kita... :-)



Bookmark and Share

    


  Member Information For FIRDAUSNURProfil   Hantar PM kepada FIRDAUSNUR   Quote dan BalasQuote

khairi
Warga 3 Bintang
Menyertai: 03.06.2003
Ahli No: 920
Posting: 147
Dari: ::selatan semenanjung::

Johor   avatar


posticon Posting pada: 28-09-05 21:55


sebagai seorang pelajar yang menjadikan bahasa inggeris sebagai teras maka saya ingin menyumbang sedikit pendapat....dengan menyalahkan bahasa inggeris sebagai penyebab bahasa melayu dipinggirkan adalah kurang relevan..ini kerana kebanyakan kita yang mengaku melayu tetapi telah banyak mengubah bahasa melayu itu sendiri...kita tidak boleh terus menyalahkan bahasa inggeris...adalah lebih baik andai kita dapat menguasai banyak bahasa dan bahasa inggeris adalah salha satu bahasa yang sangat baik untuk dipelajari bagi mempertingkatkan diri selain bahasa arab....yang menjadi masalah kini adalah penggunaan bahasa kebanyakan dari kita telah menjdai serabut...bahasa melayu dan inggerisnya bercampur, maka adakah itu cara kita memartabatkan bahasa melayu??bahasa merupakan satu mekanisma yang sangat produktif dan sentiasa berkembanga, maka saya berpendapat, dari terus menyalahkan bahasa inggeris adalah lebih baik andai kita berusaha menguasainya tanpa melupakan bahasa ibunda kita....kalau dilihat pada sejarah, para cendekiawan barat mempelajari bahasa arab kerana ingin mempelajari ilmu yang ketika itu berpusat di baghdad, maka adakah salah andai kita mempelajari bahasa inggeris untuk mempelajari ilmu yang pada ketika ini banyak karyanya dalam bahasa inggeris???bersamalah kita fikirkan...... :-) :-)

*saya tidak menyatakan pendapat saya benar cuma adalah silapa andai kita hanya tahu mengutuk tanpa mengambil apa-apa daripadanya....dari kita mengehantam bahasa inggeris, adakah mendapat sesuatu yang bermanfaat darinya??bukankah ilmu ALLAH itu luas dan bahasa inggeris itu adalah salah satu dari cabang ilmu itu......
[ Telah diedit oleh: khairi pada 28-09-05 21:56 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For khairiProfil   Hantar PM kepada khairi   Quote dan BalasQuote

sea-tea
Warga 4 Bintang
Menyertai: 24.02.2005
Ahli No: 14701
Posting: 171
Dari: bumi Allah

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 28-09-05 22:54


assalamualaikum...
topik ni bagus sebenarnya buat ana..yelah,sebagai pelajar bahasa, ana memang concern lah dengan isu bahasa ni. tak salah rasanya kita belajar bahasa inggeris. memang benar, jepun, korea maju tanpa memartabatkan bahasa inggeris. tapi, bolehkah kita? ya, penat benar lelahnya nenek moyang kita memartabatkan bahasa melayu. tapi ramai mana di antara kita sekarang yangmeneruskan tradisi memartabatkan bahasa tu? apa guna memartabatkan bahasa tapi nilai estetika melayu kita abaikan? lihat saja pemakaian bangsa kita hari ini. bukan saja pemakaian, yang menyedihkan lagi pemikiran kita turut dijajah. nak salahkan siapa? bahasa jugak ke? belajar bahasa tu kan mengelakkan kita dari ditipu daya? Kenapa kena menyempitkan minda dengan perkara sebegitu?renung balik kemampuan bangsa kita sendiri...kalau tak,takkan mantan perdana menteri boleh keluarkan 'fatwa' "melayu mudah lupa"?
fikir2 kan,renung2kan...

p/s:kita kan boleh guna bahasa inggeris untuk menyebarkan dakwah? think positive...if u look at certain things negatively, it will turn out to b negative. try to look at it posotively then it will b positive...

wallahuta'ala a'lam bissawab

Bookmark and Share

    


  Member Information For sea-teaProfil   Hantar PM kepada sea-tea   Quote dan BalasQuote

cheekmate
Warga 4 Bintang
Menyertai: 22.05.2005
Ahli No: 16664
Posting: 287
Dari: perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 29-09-05 09:38


BAHASA!!!!!!!!!!!!
bahasa melambangkan bangsa
bahasa melambangkan peribadi
bahasa melambangkan kelakuan
bahasa melambangkan kecekapan
bahasa melambangkan kesopanan
bahasa melambangkan kemuliaan

jadi belajarlah bahasa mengikut peredaran zaman untuk kepentingan diri, agama, negara dan keluarga!1    :)
bahasa tak bersalah jangan dipertikaikan
ada kebaikkan yang belum kita nampak, ada keburukkan yang kita dah nampak!!!!!!!!!!!!
FIKIR, FIKIR, FIKIR    :):)

Bookmark and Share

    


  Member Information For cheekmateProfil   Hantar PM kepada cheekmate   Pergi ke cheekmate's Website   Quote dan BalasQuote

imni_1612
Warga 4 Bintang
Menyertai: 10.09.2008
Ahli No: 34904
Posting: 336
Dari: Kuala Lumpur

Perak   avatar


posticon Posting pada: 26-11-08 16:17


Bahasa melambangkan bangsa..patutlah ramai anak muda sekarang cakap omputih tonggang tebalik sebab tu cara kehidupan dyorang dah tonggang tebalik..:-O

Bookmark and Share

    


  Member Information For imni_1612Profil   Hantar PM kepada imni_1612   Quote dan BalasQuote

panahpena
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.11.2008
Ahli No: 35854
Posting: 160
Dari: Johor Bharu

Johor   avatar


posticon Posting pada: 26-11-08 16:54


Apakah matlamat pembelajaran Matematik dan Sians dalam BI tu? Agar pelajar menguasi BI. Tercapaikah matlamatnya? Di manakah laporan yang menunjukkan bahawa pelajar sekarang boleh berbahasa Inggeris dengan baik akibat pembelajaran Matematik dan Sains ini? Yang saya tahu keputusan Matematik dan Sains tidak merosot sahaja. Itu sahaja kah matlamat Kementerian? Menukar buku teks Matematik dan Sains kepada BI dengan kos berpuluh malah beratus juta wang rakyat, hanya untuk "Matematik dan Sains tidak merosot" itu sahaja? Mana lebih baik jika prasarana pelajaran Bahasa Inggeris dipertingkatkan dan skopnya diperluaskan dengan wang itu?

Saya dapati BI saya lebih baik daripada BI yang digunakan oleh guru Matematik dan Sains anak saya walaupun saya tidak pernah mengambil Kursus TMSE (ke apakah bendanya). Mewakili kebanyakkan guru Matematik dan Sains yang lain.

'English in Education' is not as simple as formal English for daily communication. The educator must THINK in English! The student also must be able to THINK in English. Only then, the process of learning is perfomed in the correct manner.

Maksudnya, BI dalam P&P bukan semudah BI formal untuk behasa harian. Pendidik perlu BERFIKIR dalam BI! Pelajar juga harus boleh BERFIKIR dalam BI. Ketika itu sahajalah, pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan berkesan.

Matlamat untuk menguasai BI boleh diletakkan dalam pelajaran Bahasa Inggeris dan diperluaskan skopnya dalam pelbagai aktiviti di sekolah. Salah satu aktiviti penguasaan BI ialah minggu BI setiap bulan. Daripada Pengetua hingga ke kerani berbahasa Inggeris walaupun haru biru 1 minggu dalam setiap bulan tu.

I think my English is better than our Minister of Education's English.

Bookmark and Share

    


  Member Information For panahpenaProfil   Hantar PM kepada panahpena   Quote dan BalasQuote

sayang_semuanya
WARGA SETIA
Menyertai: 23.03.2007
Ahli No: 29304
Posting: 486
Dari: Pasir Ris

singapore   avatar


posticon Posting pada: 26-11-08 20:04


tidak ada salahnya gunakan bahasa inggeris dalam subject maths dan science... mungkin ia membawa kita ke arah yang lebih jauh untuk practice english, dan seandainya, kita kena berkerja sama dengan orang bukan melayu..

walau apa pun terjadi, melayu tetap melayu.. dan kita harus bangga kan diri kerana kita orang melayu... tak kan hilang melayu di dunia

HIDUP MELAYU

Bookmark and Share

    


  Member Information For sayang_semuanyaProfil   Hantar PM kepada sayang_semuanya   Quote dan BalasQuote

Saifuddin
WARGA SETIA
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3878
Posting: 1421

Kelantan  


posticon Posting pada: 27-11-08 09:46


assalamualaikum
saya memang sokong jika sains dan matematik di ajar dalam BM kembali sama zaman masa saya mambil SPM 21 tahun lalu...


ni semua kerja bodoh cet det masa dia jadi PM...yang menanggung kesukaran adalah pelajar melayu di zaman ini yang terpaksa baca buku rujukan sains seperti fizik bilogi kimia dalam english

saya ni memang bijak english sebab dah ke England....cuma saya kashian melihat anak sauadara yang di kampung yang mana englishnya amat kurang penguasaannya,...


zaman saya dah berlalu...

nowaday saya nak ambil master sains...harap sahabat doakan saya berjaya...


lkasihan saya lihat anak saudara saya yang mak abahnya kerja petani...tak faham bila baca buku rujukan dalam English...cuma dia pandai mengaji al Qur'an....


pada saya english ni kita pakai sehingga usia 58 tahun masa kita berkerja...lepas tu kita harus kuasa bahasa Arab sebab nak faham islam dengan lebih baih sebab nak kuasai ilmu hadis Rasulullah...
buat masa ini saya kuasai bahasa Arab serta English...cuma saya suka kecek Kelate...



Tan Sri abdul rahman yang membuat penyata Rahman ada menasihati supaya sains dan matematik di ajar kembali ke dalam BM seperti tertulis dalam akhbar dalam bulan ini...
maka seharusnya kementerian mempercepatkan m

Bookmark and Share

    


  Member Information For SaifuddinProfil   Hantar PM kepada Saifuddin   Quote dan BalasQuote

panahpena
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.11.2008
Ahli No: 35854
Posting: 160
Dari: Johor Bharu

Johor   avatar


posticon Posting pada: 27-11-08 10:25


Ini Dr M kata semalam,

He said the amount of new knowledge was coming out "fast and furious" and Malaysians needed to grasp the knowledge, which were mostly in English.

"I hope I can stop the government from going back to using Bahasa Malaysia to teach Maths and Science but I am no more in power. We have to accept whatever the decision although it may not be that good for the country."

He said the reason that Malaysia lacked teachers to teach the two subjects in English should not be an excuse because teachers could be substituted by computer software, "which is better than teachers sometimes".

Memang tiada salahnya belajar apapun dalam BI. Tetapi layakkah semua murid itu belajar dan diajar dalam BI. Sejauh mana kemampuan mereka mencerna ilmu yang diajar jika mereka berfikir dalam BM?

Korea dan Jepun mampu melahirkan tamadun tinggi lebih baik daripada barat, pernahkah mereka dari peringkat permulaan (primary) diajar dalam BI. Mereka bertungkus lumus menterjemah semua ilmu asas ke dalam bahasa ibunda mereka. Ketika di peringkat pertengahan barulah mereka diperkenalkan dengan bahasa asing. Setahu saya bahasa asing langsung tidak termasuk dalam sukatan pelajaran diperingkat rendah. Mereka perlu belajar sendiri untuk menguasai bahasa asing.

Prasarana penterjemahan di Malaysia perlu lebih maju. Segala ilmu asas perlu diterjemahkan ke dalam BM. Itulah wawasan syarikat saya Intens Idea International S/B demi merealisasi idea bangsa.

Ada tak sesiapa yang nak jawab, meningkatkah penguasaan pelajar dalam BI setelah 6 tahun Matematik dan Sains diajar dalam BI? Atau siapa boleh jawab syarikat siapakah yang untung daripada arahan ini?

Saya boleh politikkan perkara ini sebab saya mempunyai asas yang kukuh bahawa PELAJAR TIDAK BEROLEH MANFAAT LANGSUNG DARIPADA PENGAJARAN MATEMATIK DAN SAINS DALAM BI, TETAPI PUSAT TUISYEN, SYARIKAT PENERBITAN TERTENTU DAN SYARIKAT YANG MENJALANKAN KURSUS kepada KEMENTERIAN PELAJARAN SAHAJA YANG MENDAPAT MANFAAT KEWANGAN.

Maaf sayang_semuanya latarbelakang kita tak serupa walaupun sebangsa. Anda mungkin membesar dalam suasana BI. Beruntung boleh berfikir dalam BI dan berupaya mencerna informasi dalam BI. Namun, 75% Melayu di Malaysia tidak sebegitu bertuah. Memang menguasai bahasa asing akan menempatkan kita lebih kehadapan, tetapi pendekatan yang lebih pragmatik harus dilakukan tanpa ada penyelewengan oleh ahli politik yang rakus.

Orang Islam perlu sedar bahawa mereka harus menguasai bahasa asing. Rasullullah sendiri menyarankan agar kita berdakwah melalui "bahasa mereka" agar ajaran Islam mudah diterima. Tetapi, belajar Matematik dan Sains dalam BI di peringkat rendah tidak dapat memenuhi sebarang matlamat ini. Mereka harus menguasai BI melalui pelajaran BI serta aktiviti kokurikulum yang berkesan. Latihan berkomunikasi dalam BI yang berterusan serta membudayakan komunikasi BI di sekolah. Saya rasa itu lebih berkesan dan tiada impak negatifnya. Di rumah mereka berkomunikasi dalam BM / bahasa ibunda mereka di sekolah dalam BI untuk selama 6 tahun mereka akan fasih. Selepas itu barulah boleh diajar dan belajar dalam BI.

Saya memerhatikan, bakal PM kita tidak begitu berkaliber apabila berbahasa Inggeris begitu juga Menteri Pelajaran. Pemilihan perkataan yang tidak tepat serta intonasi yang tidak jelas walaupun mereka terdidik dan membesar di luarnegara. Bagaimanakah 75% murid dapat memahami matapelajaran Matematik dan Sains dengan sempurna sedangkan mereka tidak langsung terdidik dalam BI?

Saya akui mantan PM Tun M memang jurucakap yang berkesan dan penguasaan BI yang boleh mendidik. Berjaya menyampaikan mesejnya dalam intonasi dan perkataan yang tepat dan seimbang. Berapa ramaikah guru BI, Mataematik dan Sains yang mempunyai karakter sedemikian? Kenapa tidak dipertingkatkan keupayaan pendidik hingga setinggi itu?

Wang yang telah dibelanjakan itu sepatutnya diberikan kepada semua pelajar IPT untuk mengambil tuisyen BI. Itu cadangan saya.

Bookmark and Share

    


  Member Information For panahpenaProfil   Hantar PM kepada panahpena   Quote dan BalasQuote

Saifuddin
WARGA SETIA
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3878
Posting: 1421

Kelantan  


posticon Posting pada: 27-11-08 10:52


dalam bahasa arab lagi banyak ilmu than bahasa English...dah baca kitab tajul Adab, bidayah wan nihayah...ihfazillah yahfazuka...dan banyak kitab arab...


cet det ni fikir dunia ...banyak sangat...



dalam bahasa jepun...banyak jua ilmu
dalam bahasa china banyak jua ilmu...


saya setuju jika English di utaamakan di peringkat Universiti...


saya tak setuju SPM dalam english sebab ini akan menyekat peluang anak melayu untuk masuk Universiti sebab kurang penguasaan english...ana hanya kasihan anak melayu
ana ni english dah fluent dah...arab level al Azhar...
sampai masa ni ana masih study english serta Arab...banyak yang ana tak tahu...

kita ini manusia yang terhad ilmu...


cuma anak minta hisyamuddin yang baik hati kembalikan BM untuk peperiksaan SPM...
nak English di Universiti ana setuju...sebab masa di universiti kita sudah banyak terdedah dengan English...semua atau kebayakan rujukan dalam sains adalah dalam English...tesis tahun akhir ana tulis dsalam english...


ana cuma kasihan pelajar yang nak ambil SPM yang mana BM perlu dikembalikan dalam subjek fizik kimiam biologi dalam bahawa melayu.


ramai yang jadi pakar kedoktoran walaupun pada 21 tahun lalu ambil SPM dengan BM...


English masa di Universiti memang sesuailah...kalau masa di U masih tak rajin nakl baca journal scientifik dalam english...maka siswa tersebut perlu fikirlah sendiri.


memang banyak info dalam English ..itu adalah kenyataan di zaman ini...10 tahun lagi...mungkin ramai rakyat negara ini dah pandai cakap Arab sebab Pak lah dah buat jQAF...dah ramai yang bijak baca al qur'an al hadis...dah kenal siapa nasiruddin al bani dah kenal kisah hidup imam AsSyafie , dah kenal Syeikh Fakrhuddin ibnu Asakir pengarang kitab Aqidatul Musyidah. dah kenal Syeikh Muhyiddin ibnu Arabi yang disebut syeikh Akbar

dah kenal Syeikh Uthaimin
dah kenal Rabiatul Adawiyah
dah kenal Hasan al basri
dah kenal Rasulllah, Sahabat Nabi, Auliya'.
sudah baca Kita al Muntaqa
ilmu ni luas...kita hanya ada sedikit Ilmu dari Ilmu yang luas...

syair syair arab syair iqbal syair Tok kenali...ana tak habis membacanya.

seperti ayat hikmah ini


ArRiqoyah khairun min ilaj
mean dalam English
prevention is batter than cure/ treatment
mean pencegahan lebih baik dari merawat

seperti baik kita cegah diri kita dari merokok sebelum kita dapat penyakit yang mana perlu kita rawat penyakit tersebut...


cuba kita bertemu dengan pensyarah di Universiti Yaman yang ada mengajar sains di dalam bahasa Arab...
cd dia bertajuk sign of the creator...
sains di ajar dalam BM ...OK


sejak merdeka ramai cendikiawan anak melayu cuba mencari perkataan yang sesuai yang sains seperti perkataan respiration...kita sebut respirasi.


kamus Dewan dwi bahasa yang diterbitkan oleh Dewan bahasa dan Pustaka yang mana telah menelan budget yang besar untuk mencari perkataan...term yang sesuai di dalam BM

tiba-tiba cet det telah membazirkan usaha cendikiawan melayu sejak merdeka dengan menukar pengajaran sains dan mata matik ke English...


saya masih setuju jika English di luaskan penggunaannya semasa di universiti ...saya cuma kurang setuju di level SPM sebab saya kasihan anak melayu kampung...yang kurang penguasaan English...sedangkan masuk universiti adalah suatu anjakan paradigm untuk meningkatkan ekonomi famili.
petani ingin melihat anaknya berjaya memiliki ijazah di menara gading...









pandangan ana yang dhaif

Bookmark and Share

    


  Member Information For SaifuddinProfil   Hantar PM kepada Saifuddin   Quote dan BalasQuote

hafeezzul

Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN

Perak  


posticon Posting pada: 27-11-08 12:44


English penting hanya untuk ILMU. Sebernanrnya banyak bahasa tahu lagi bagus, banyak faedah nya tapi bukan semua org mampu mengusai semua bahasa. So jangan lah tak tahu langsung any language ini. At least tahu english ni pun dah ok lah.

So siapa yang tak belajar apa-apa bahasa lagi make sure lah diri kat dilengkapi any bahasa dan paling2 kurang pun english sebab nowdays untuk pergi international dan globalisasi english memang penting lah.

Cuma tak perlu hapuskan bahasa Melayu, kerana itu khazanah nak milik kita. Apa yang special mengenai kita, salah satu adalah bahasa kita. Jadi siapa lagi yang perlu pertahan dan bangga kan kalau bukan org Melayu sendiri

Bookmark and Share

    


  Member Information For hafeezzulProfil   Hantar PM kepada hafeezzul   Quote dan BalasQuote

Saifuddin
WARGA SETIA
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3878
Posting: 1421

Kelantan  


posticon Posting pada: 02-12-08 10:11


sampai nowaday saya tak dapat nak kuasai bahasa China...sebab tak ada guru...

jika ada sahabat dalam ni yang mahir bahasa china boleh buat satu thread ...jom belajar bahasa china...


permintaan saya...

Bookmark and Share

    


  Member Information For SaifuddinProfil   Hantar PM kepada Saifuddin   Quote dan BalasQuote

panahpena
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.11.2008
Ahli No: 35854
Posting: 160
Dari: Johor Bharu

Johor   avatar


posticon Posting pada: 02-12-08 10:36


Nak menguasai sesuatu bahasa perlu ada komitmen yang tinggi kerana bahasa adalah budaya, budaya adalah sesuatu amalan yang dilakukan oleh sesebuah masyarakat setiap hari. Maka jika kita ingin menguasai bahasa kita kena membudayakan bahasa itu dalam kehidupan kita. Baru ia dapat dikuasai dan diamalkan.

Jika nak belajar bahasa asing perlu ada guru yang mengajar dan rakan untuk mengamalkan apa yang dipelajari. Cara ini lebih berkesan untuk apa jua bahasa asing.

Satu bukti yang kerajaan gagal dalam mengintegrasi masyarakat apabila orang Melayu gagal diajar untuk menguasai bahasa Mandarin dan Tamil dalam skala yang menyeluruh.

Bagus juga adanya thread belajar bahasa Mandarin atau apajua bahasa asing di Ukhwah.

Di sini ramai ngaji Arab, kita mulakan dengan Madrasatul fil Arabia. Jom Berbahasa Arab, sesiapa yang mahir tu mulakanlah, ok.

Bookmark and Share

    


  Member Information For panahpenaProfil   Hantar PM kepada panahpena   Quote dan BalasQuote

Saifuddin
WARGA SETIA
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3878
Posting: 1421

Kelantan  


posticon Posting pada: 02-12-08 12:16


saudara panahpena boleh masuk laman al-ahkam.net untuk belajar BA ...di laman tersebut ada Ustaz mahir bahasa Arab buka thread..jom belajar bahasa arab
sukacita saya telah berjaya download buku bahasa Arab dari Universir=ti madinah level 1 hingga level 3...free jae...

buku satu serta buku dua ada 200 halaman
buku 3 ada 140 halaman lebih...


cepat download ... di http://al-ahkam.net

Bookmark and Share

    


  Member Information For SaifuddinProfil   Hantar PM kepada Saifuddin   Quote dan BalasQuote

nasrun_qalbi
Warga 3 Bintang
Menyertai: 11.12.2007
Ahli No: 31989
Posting: 104
Dari: baiti jannati

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 04-12-08 10:23


nak kuasai bahasa inggeris, kena betul-betul belajar bahasa inggeris tu sendiri..bukan diterjemah habis penerangan dan kosnsep2 sains dan matematik ke dalam bahasa inggeris..kan sains tu patut diajar dalam bahasa ibunda sendiri...so dapat memahamkan pelar dengan lebih mendalam tentang dunia sains..bukan main hafal ayat2 bahasa inggeris untuk menerangkan berkenaan proses ke apa ke dalam paper exam nanti...

p/s: kasihan cikgu2 yang dah berpuluh tahun berepengalaman mengajar subjek sains dan matematik, kena kursus balik sebab semua dah ditukar dalam bahasa inggeris..natijahnya, pengajaran dalam kelas jadi terhad

mungkin ada solusi yang lebih baik...

Bookmark and Share

    


  Member Information For nasrun_qalbiProfil   Hantar PM kepada nasrun_qalbi   Quote dan BalasQuote

sasuke-kun
WARGA SETIA
Menyertai: 21.09.2004
Ahli No: 11297
Posting: 525
Dari: klate-jepun

Kelantan  


posticon Posting pada: 04-12-08 10:52


bahasa jiwa bangsa
guna bahasa hari ini dan setiap hari

Bookmark and Share

    


  Member Information For sasuke-kunProfil   Hantar PM kepada sasuke-kun   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.173512 saat. Lajunya....