Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Selalunya, bila kita berusaha menenggelamkan kapal orang lain, kita lupa untuk mengawal kapal kita sendiri. Kapal kita tenggelam terlebih dahulu.

-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 165
Ahli: 0
Jumlah: 165




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 14 jam, 33 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Pengetahuan Am
Topik: Bosan Dengan Kehidupan Ini?


Carian Forum

Moderator: Administrator, syemarly
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Pengetahuan Am
    »» Bosan Dengan Kehidupan Ini?

Please Mendaftar To Post


Oleh Bosan Dengan Kehidupan Ini?

safiee_iiu
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 18.07.2003
Ahli No: 2434
Posting: 339
Dari: 475, felda air tawar 1, 81920 kota tinggi, johor

Johor  


posticon Posting pada: 15-07-04 13:51


Seorang pemuda datang mengunjungi gurunya lalu mengatakan, "Guru, saya
sudah bosan hidup. Sudah jenuh betul. Rumahtangga saya porak peranda.
Usaha saya tak menjadi. Apapun yang saya lakukan selalu berantakan. Saya
ingin mati."
Guru dengan tersenyum berkata, "Oh, kamu sakit."

"Tidak Guru, saya tidak sakit. Saya sihat. Hanya jenuh dengan kehidupan.
Itu sebabnya saya ingin mati."

Seolah-olah tidak mendengar pembelaannya, Guru meneruskan, "Kamu sakit.
Dan penyakitmu itu sebutannya, 'Alergik Hidup'. Ya, kamu alergik
terhadap kehidupan."

Banyak sekali di antara kita yang alergik terhadap kehidupan. Kemudian,
tanpa disedari kita melakukan perkara yang bertentangan dengan norma
kehidupan. Hidup ini berjalan terus. Sungai kehidupan mengalir terus,
tetapi kita menginginkan status-quo. Kita berhenti di tempat, kita tidak
ikut mengalir. Itu sebabnya kita jatuh sakit. Kita mengundang penyakit.
Resistensi kita, penolakan kita untuk ikut mengalir bersama kehidupan
membuat kita sakit.

Yang namanya usaha, pasti ada pasang surutnya. Dalam perkara
berumahtangga, pertengkaran-pertengkaran kecil itu memang wajar, lumrah.
Persahabatan pun tidak selalu selamanya, tidak abadi. Apa kah yang
selamanya, yang abadi dalam hidup ini? Kita tidak menyedari sifat
kehidupan. Kita ingin mempertahankan suatu keadaan. Kemudian kita gagal,
kecewa dan menderita.

"Penyakitmu itu dapat disembuhkan, asal kamu ingin sembuh dan bersedia
mengikuti petunjukku." demikian ujar pak guru.

"Tidak guru, tidak. Saya sudah betul-betul jenuh. Tidak, saya tidak
ingin hidup." pemuda itu menolak tawaran pak guru.

"Jadi kamu tidak ingin sembuh. Kamu betul-betul ingin mati?"

"Ya, memang saya sudah bosan hidup."

"Baik, besok petang kamu akan mati. Ambillah botol obat ini. Setengah
botol diminum malam ini, setengah botol lagi di minum esok jam enam
petang dan jam delapan malam kau akan mati dengan tenang."

Giliran dia menjadi bingung. Setiap guru yang dia datangi selama ini
selalu berupaya untuk memberikannya semangat untuk hidup. Yang satu ini
aneh. Ia bahkan menawarkan racun. Tetapi, kerana dia memang sudah
betul-betul jenuh, dia menerimanya dengan senang hati. Pulang kerumah,
dia langsung menghabiskan setengah botol racun yang disebut "obat" oleh
guru tadi. Dan, dia merasakan ketenangan sebagaimana tidak pernah dia
rasakan sebelumnya.

Begitu rileks, begitu tenang! Tinggal 1 malam, 1 hari, dan dia akan
mati. Dia akan bebas dari segala macam masalah. Malam itu, dia
memutuskan untuk makan malam bersama keluarga di sebuah restoran.
Sesuatu yang sudah tidak pernah dia lakukan sejak beberapa tahun
kebelakangan ini.

Oleh kerana ini adalah malam terakhir, dia ingin meninggalkan sebuah
kenangan manis. Sambil makan, dia bersenda gurau. Suasananya amat
mendamaikan! Sebelum tidur, dia mengucup bibir isterinya dan membisik di
telinganya, "Sayang, aku mencintaimu." Kerana malam ini adalah malam
terakhir, dia ingin meninggalkan sebuah kenangan manis!

Esoknya; bangun tidur dia membuka jendela bilik dan melihat ke luar.
Tiupan angin pagi menyegarkan tubuhnya. Dan dia tergoda untuk melakukan
jalan pagi. Pulang kerumah setengah jam kemudian, dia menemukan
isterinya masih tertidur. Tanpa membangunkannya, dia masuk ke dapur dan
membuat 2 cawan kopi. Satu untuk dirinya, satu lagi untuk isterinya.
Kerana pagi itu adalah pagi terakhir, dia ingin meninggalkan kenangan
sebuah manis! Isterinya yang merasakan sesuatu kelainan, berkata dalam
hati "Selama ini, mungkin aku salah. Maafkan aku, sayang."

Di pejabat, dia menyapa setiap orang, bersalaman dengan setiap orang.
Pekerjanya menjadi bingung, "Hari ini, Boss kita ganjil ya?" Dan sikap
mereka pun langsung berubah. Mereka pun menjadi lembut. Kerana siang itu
adalah siang terakhir, dia ingin meninggalkan sebuah kenangan manis!

Tiba-tiba, segala sesuatu di sekitarnya berubah. Dia menjadi ramah dan
lebih toleran, bahkan apresiatif terhadap pendapat-pendapat yang
berbeza. Tiba-tiba hidup menjadi indah. Dia mula menikmatinya.

Pulang kerumah jam 5 petang, dia menemukan isteri tercinta menungguinya
di beranda depan. Kali ini justeru isteri yang memberikan ciuman
kepadanya sambil berkata, "Abang, sekali lagi saya minta maaf, kalau
selama ini saya selalu menyusahkan abang."

Anak-anak pun tidak ingin ketinggalan, "Ayah, maafkan kami semua. Selama
ini, ayah selalu stress kerana perilaku kami."

Tiba-tiba, sungai kehidupannya mengalir kembali. Tiba-tiba, hidup
menjadi sangat indah. Dia membatalkan niatnya untuk membunuh diri.
Tetapi bagaimana dengan setengah botol yang sudah dia minum, petang semalam?

Dia pergi bertemu dengan gurunya lagi.

Apabila melihat raut wajah pemuda itu, rupanya guru langsung mengetahui
apa yang telah terjadi, "Buang sahaja botol itu. Isinya air biasa. Kau
sudah sembuh, Apabila kau hidup dalam kekinian, apabila kau hidup dengan
kesedaran bahawa maut dapat menjemputmu bila-bila sahaja, maka kau akan
menikmati setiap detik kehidupan. Leburkan egomu, keangkuhanmu,
kesombonganmu. Jadilah lembut, selembut air. Dan mengalirlah bersama
sungai kehidupan. Kau tidak akan jenuh, tidak akan bosan. Kau akan
merasa hidup. Itulah rahsia kehidupan. Itulah kunci kebahagiaan. Itulah
jalan menuju ketenangan."

Dia mengucapkan terima kasih dan bersalaman dengan guru, lalu pulang ke
rumah, untuk mengulangi pengalaman malam sebelumnya. Konon, dia masih
mengalir terus.

Dia tidak pernah lupa hidup dalam kekinian. Itulah sebabnya, dia selalu
bahagia, selalu tenang, selalu HIDUP!

Hidup bukanlah merupakan suatu beban yang harus dipikul, tapi merupakan
suatu anugerah untuk dinikmati

Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu dan limpahilah ke atas kami
khazanah rahmatMu, wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku.
Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku



Bookmark and Share

    


  Member Information For safiee_iiuProfil   Hantar PM kepada safiee_iiu   Pergi ke safiee_iiu's Website   Quote dan BalasQuote

alifmimyanun
WARGA SETIA
Menyertai: 19.06.2003
Ahli No: 1540
Posting: 2292
Dari: langit kujunjung bumi kupijak

Johor  


posticon Posting pada: 15-07-04 16:19


tidak aku bosan.

Bookmark and Share

    


  Member Information For alifmimyanunProfil   Hantar PM kepada alifmimyanun   Pergi ke alifmimyanun's Website   Quote dan BalasQuote

HeArtBroKenkiD
WARGA SETIA
Menyertai: 08.09.2003
Ahli No: 3385
Posting: 629
Dari: » Anak Jati Kuala Lumpur @ MCIIUM «
KualaLumpur  


posticon Posting pada: 15-07-04 16:57


untuk yang single ada tak? hehe.. mean yg belum berumah tangga belum ada sesapa..

apa² pun, syukran jazilan..



-----------------
Hayy Qum bi ar-Ruuh al-Jadiid!!!
.: Bertemu Dan Berpisah Kerana Allah :.

Bookmark and Share

    


  Member Information For HeArtBroKenkiDProfil   Hantar PM kepada HeArtBroKenkiD   Quote dan BalasQuote

telekung
Warga 5 Bintang
Menyertai: 28.07.2003
Ahli No: 2666
Posting: 386
Dari: pusat bandaraya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 20-07-04 09:57


bosan x bosan hidup mesti diteruskan juga....setiap masalah ada penyelesaiannya.....
p/s: huhu...dah habis ikhtiar ke nak bunuh diri????

Bookmark and Share

    


  Member Information For telekungProfil   Hantar PM kepada telekung   Quote dan BalasQuote

mohdhanis
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.07.2004
Ahli No: 9883
Posting: 189
Dari: pahang, selangor, penang

Selangor  


posticon Posting pada: 21-07-04 23:24


aslkm.........
bosan.............?
jgn kata yg bukan2................
pikir dulu sblm berkata,
agar kita tak merana,
hidup yg bosan....?
jgn cuba 2

sabar dari duggan itu caranya......

lagi?
berusaha...contohnya..
kita boleh bincang bersama.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For mohdhanisProfil   Hantar PM kepada mohdhanis   Pergi ke mohdhanis's Website   Quote dan BalasQuote

ummu_qistina
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.05.2003
Ahli No: 398
Posting: 283
Dari: bumi ALLAH

egypt  


posticon Posting pada: 21-07-04 23:54


assalammulaikum ...
kalau rase bosan dengan kehidupan taqarublah pade allah yang satu.insya allah jiwa akan menjadi tenang ..
waalahualam ..wassalam

-----------------
IJLIS BINA NU'MIN SAAH......BeSt 4 iSlAm...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummu_qistinaProfil   Hantar PM kepada ummu_qistina   Quote dan BalasQuote

Usmad
WARGA SETIA
Menyertai: 24.02.2004
Ahli No: 7517
Posting: 597
Dari: Parit Buntar

libya   avatar


posticon Posting pada: 24-07-04 18:22


HIDUP ITU INDAH.


null

Bookmark and Share

    


  Member Information For UsmadProfil   Hantar PM kepada Usmad   Pergi ke Usmad's Website   Quote dan BalasQuote

alifmimyanun
WARGA SETIA
Menyertai: 19.06.2003
Ahli No: 1540
Posting: 2292
Dari: langit kujunjung bumi kupijak

Johor  


posticon Posting pada: 31-07-04 11:02


hidup itu memenatkan.

Bookmark and Share

    


  Member Information For alifmimyanunProfil   Hantar PM kepada alifmimyanun   Pergi ke alifmimyanun's Website   Quote dan BalasQuote

itsjustme
WARGA SETIA
Menyertai: 22.08.2004
Ahli No: 10665
Posting: 790
Dari: Cheras KL

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 13-09-04 00:20


HIDUP mesti di teruskan....

-----------------
Umarete kara shinu made zutto narai thuzukete kudasai

Bookmark and Share

    


  Member Information For itsjustmeProfil   Hantar PM kepada itsjustme   Quote dan BalasQuote

riyas
WARGA SETIA
Menyertai: 14.06.2004
Ahli No: 9464
Posting: 1054
Dari: Alam Kayangan,Bumi Allah

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 13-09-04 17:20


memang hidup membosankan tetapi fikirkan....
perjuangan masih belum selesai....


-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For riyasProfil   Hantar PM kepada riyas   Pergi ke riyas's Website   Quote dan BalasQuote

hakimabdulrahman
WARGA SETIA
Menyertai: 13.07.2004
Ahli No: 10003
Posting: 541
Dari: kawan

singapore  


posticon Posting pada: 13-09-04 18:10




Mengapa hidup mesti bosan.......
Selagi kita hidup di dunia ni ......
Selagi itu kita dicoba dengan berbagai dugaan..
Baik yang dah kahwin,single.janda,duda dan blah..blah...blah...
Jadi semuanya diduga..
Carilah kemanisan hidup..
Sonang dikato tapi susah dipraktikkan..





[ Posting ini telah di edit oleh: hakimabdulrahman pada 2004-09-13 18:12 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For hakimabdulrahmanProfil   Hantar PM kepada hakimabdulrahman   Pergi ke hakimabdulrahman's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.335373 saat. Lajunya....