Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Keep your friends close, and your enemies closer
-- Sun-Tzu

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 142
Ahli: 0
Jumlah: 142




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Copy & Paste
Topik: RENUNGAN BUAT MUSLIMAHKU


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Copy & Paste
    »» RENUNGAN BUAT MUSLIMAHKU

Please Mendaftar To Post


Oleh RENUNGAN BUAT MUSLIMAHKU

CakciboR
Warga Rasmi
Menyertai: 15.06.2003
Ahli No: 1434
Posting: 4
Dari: Ipoh/Tg malim

Perak  


posticon Posting pada: 14-07-04 01:14


Renungan buat Muslimahku
Dunia bukan syurga


wbt,

Kata orang "bila dah sayang, semuanya indah belaka".Dengan perkataan
lain , sesuatu yang indah itu tidak dapat diukur dengan satu alat
pengukur, seperti kata orang alam ini indah, bergantung kepada rasa
dan pandangan masing-masing, bergantung kepada rasa dan pandangan
orang yang mengatakannnya.Oleh itu sesuatu yang indah, ukurannya
terletak kepada orang yang bersangkutan sahaja.

Jika seseorang itu tergoda dengan seorang perempuan dan merasakan
bahawa perempuan itu amat cantik tetapi adalah mungkin orang lain
tidak merasakan sedemikian.Oleh kerana itu pemuja kecantikan adalah
fitnah dan memburunya akan membuka jalan-jalan fitnah yang lain.

Antara para penyair dan para solihin serta muttaqin mereka tidak
sependapat dalam memandang dan menilai sesuatu objek yang indah,
namun kedua-dua golongan ini sependapat bahawa keindahan itu adalah
sesuatu yang menarik dan disukai.Titis embun yang melekat pada
bebungaan , oleh penyair boleh dianggap sesuatu hal yang indah yang
diciptakan sedemikian rupa olah kuasa langit.Manakala bagi para
solihin dan muttaqin memandang akan hal itu sebagai bukti bahawa
tumbuhan juga berzikir dan beribadat kepada Khaliknya…Seperti inilah
pandangan dan penilaian seseorang terhadap keindahan bergantung
kepada penerimaan hati dann perasaan seseorang.

Berbicara soal keindahan sebenarnya kita tidak dapat menyangkal
pengertian keindahan yang terdapat pada diri wanita dan daya tarikan
yang ada pada mereka.Ramai penyair yang tertarik dengan suara
wanita, terkadang mereka tenggelam memuji dan memuja wanita.Lihat
sajalah lirik-lirik lagu yang banyak memuji kecantikan seseorang
wanita, sedang Islam menegaskan bahawa suara wanita itu adalah aurat
yang mesti ditutup dengan diam, kerana suara mereka kunci hati
lelaki yang dapat membuka pintu untuk pelbagai fitnah.

Kerana sebab yang sama, Allah melarang perempuan melembutkan suara
mereka di hadapan lelaki, sebab suara yang demikian akan mengundang
reaksi yang tidak baik di hati lelaki yang mengidap penyakit.Yang
dimaksudkan dengan hati yang sakit ini bukanlah kerana urat-urat
darah yang tidak berjalan lancar atau radang paru-paru yang
selainnya daripada penyakit jasmani(fizikal), akan tetapi ia adalah
hati yang dihuni oleh penyakit syahwat, yang apabila ada sedikit
sebab sahaja ia pun bergelora dan terangsang ingin menerkam sahaja.

Kalau mata suka memandang kepada sesuatu yang indah dan molek,
telinga pula suka mendengar suara atau bunyi yang merdu dan manja
serta sedap didengar.Buktinya lihat sahajalah bagaimana perhatian
lelaki apabila mendengar lagu-lagu yang dinyanyikan oleh penyanyi
perempuan.

Ramai lelaki yang menghafal banyak senikata lagu tetapi tidak boleh
menghafal bacaan sembahyang.Seorang penyair buta, Basyar bin Baroh
bermadah, "Wahai teman, cinta bukan milik sebahagian orang, cinta
bukan bagi orang yang celik sahaja tapi ia juga dimiliki oleh orang
yang dapat mendengar kerana telinga lebih dahulu mencintai daripada
mata".

Jadi fitnah yang ditimbulkan oleh suara itu tidak terbatas hanya
pada suara penyanyi perempuan sahaja tetapi ianya juga boleh timbul
daripada semua suara perempuan.Sehingga ketika dalam solat pun
wanita tidak boleh mengangkat suara sekiranya imam (imam lelaki)
tersalah bacaannya tetapi disuruh menepuk tangan sahaja.Suara wanita
itu ditakuti mengganggu kekusyukan orang lain.Sesungguhnya, nabi
Muhammmad SAW telah memperingatkan fitnah suara wanita ini dengan
sabdanya:
" Sesiapa yang duduk mendengar suara perempuan menyanyi pada hari
kiamat kelak telinganya akan disumbat dengan ini (benda
cair)".Kerana biasanya lagu itu akan menggerakkan nafsu yang ada
dalam hati seseorang dan ini akan menghalang seseorang itu daripada
mengingati Allah dan bersembahyang.Kemudian membuatkan seseorang itu
suka kepada perkara-perkara yang haram.Bergurau senda dengan
perempuan adalah satu sebab paling kuat untuk mendengar suara
mereka , suara yang menjadi pesona luar biasa bagi lelaki.

Kerana tertariknya mereka kepada suara perempuan maka mereka
memandangnya sebagai satu perkara yang harus dipuja.Apakah hal ini
bukan fitnah namanya? Kebanyakan wanita setiap kali bercakap akan
diikuti dengan senyuman.Ini adalah adat mereka.Dengan cara ini
berangkali mereka merasa harga diri mereka terjaga.Ini juga fitnah
yang dahsyat.

Sekarang kita berpindah dari fitnah suara dan perkataan kepada
fitnah mata dan pandangan, dari fitnah yang boleh bercakap kepada
fitnah bisu.Adakalanya kebisuan itu lebih bermakna daripada ratusan
kata-kata.Ada sesetengah perempuan gemar bercakap dengan lelaki,
mereka tidak merasakan ianya satu kesalahan.Di samping bercakap
dengan mulut, mereka juga bercakap dengan pandangan dan isyarat mata.

Ada juga wanita yang tidak gemar bercakap dengan lelaki, cukup
dengan pandangan mata mereka sahaja.Rupa-rupanya kepandaian bercakap
dengan mata ini adalah sifat yang dimiliki oleh semua wanita.Tidak
ada pengecualian antara mereka yang pemalu atau tidak.Hubungan
antara mata dan hati adalah hubungan yang tidak dapat
disembunyikan.Apa yang terdetik di hati, akan kelihatan di mata.

Di dalam al-Quran telah digambarkan bahawa selamanya hati dengan
mata mempunyai hubungan yang rapat.Allah mengatakan bahawa setiap
yang tersembunyi di relung hati dan yang terkandung pada mata adalah
jelas dengan ilmuNya.Firman Allah yang bermaksud:
"Allah mengetahui pengkhianatan mata dan apa yang tersembunyi di
dalam hati".

Yang menjadi fitnah bukanlah kerana mata perempuan itu indah dan
mempersonakan sahaja, bukan pula kerana perempuan itu mempunyai bulu
mata yang panjang dan alis yang lentik sehingga mudah menerobos ke
dalam tanpa izin , bukan pula kerana anak mata hitam pekat berkilat
atau kebiru-biruan.Yang sebenarnya fitnah itu adalah kemampuan
wanita itu menggunakan matanya dalam menyatakan keinginan hatinya,
melontarkan pandangan yang lembut seolah-olah ia mengajak dan
memanggil lelaki.

Agar tidak terpengaruh oleh kecantikan dan pesona mata perempuan ,
Islam menyuruh supaya jangan memandang mereka dengan arahan supaya
kaum muslimin dan muslimat agar menundukkan pandangan mereka.Kerana
memandang sesuatu yang menarik hati akan mudah jatuh cinta
kepadanya.Demikian juga kaum wanita, diperintah agar tidak memandang
kaum lelaki dan mengelakkan diri daripada dipandang oleh lelaki.Oleh
kerana itu, dia sendiri merupakan fitnah yang berganda.Pertamanya,
kecantikannya akan menggoda hati lelaki dan keduanya pandangan
matanya mengisyaratkan apa yang diingini hatinya.

Perempuan juga memiliki kuasa sakti yang menggoncang perasaan lelaki
dengan hanya melepaskan pandangannya kepada lelaki.Dengan matanya
perempuan boleh menundukkan lelaki dan jatuh cinta kepadanya.Tidak
ada hati lelaki yang tidak luluh apabila perempuan memandangnya
dengan mata yang bercahaya penuh kerinduan atau dengan mata yang
digenangi air mata.Sepasang mata perempuan adalah fitnah.

Adakalanya ia menggunakannya dengan pandangan yang lembut dan
jernih, adakalanya dengan lelehan air mata.Dengan kedua-dua cara ini
mereka boleh mencapai hasrat mereka.Kata orang , fitnah yang timbul
dari mata dan suara sama-sama merbahaya kerana perempuan tahu mereka
memiliki kedua-dua senjata ini.Mereka kadang-kadang tidak memakainya
kepada yang disuruh iaitu suami mereka tetapi menggunakannya untuk
lelaki lain.

Oleh itu Islam melarang mereka memandang benda-benda haram seperti
wanita memandang lelaki ajnabi dan juga sebaliknya kerana pandangan
itu lamanya cuma satu atau dua saat tetapi kesannya kekal di dalam
hati sepanjang hayat.

Salah satu yang menarik perhatian lelaki pada diri seseorang
perempuan adalah dandanan rambutnya.Perempuan tahu akan hal ini.Oleh
itu perempuan berusaha menyisir dan membentuk rambut mereka supaya
lebih menarik minat dan perhatian kaum lelaki.Selalunya perempuan
berhias itu adalah bertujuan untuk mempamerkan kecantikannya
terutama kepada lain jantina dan ia merasa megah apabila dipuji oleh
lain jantina akan kecantikannya itu.

Apabila suara wanita yang lembut dan intonasi yang sedap didengar
mampu menggetarkan hati lelaki, mata yang dicelak dapat menundukkan
hati lelaki maka rambut yang cantik dapat menawan hati lelaki.

Oleh kerana itu Islam mewajibkan kaum wanita memakai hijab..menutup
aurat.Dengan menutup aurat maka kaum wanita akan terpelihara
daripada dosa dan noda serta fitnah, juga ia meletakkan wanita pada
tempat yang selamat dari penglihatan kaum lelaki yang ada penyakit
di dalam hatinya.Rasullullah bersabda yang bermaksud, "Ada dua
golongan yang bakal menghuni neraka di mana belum pernah aku
melihatnya, iaitu golongan yang memiliki cambuk seperti ekor lembu,
mereka memukul wanita dengannya dan wanita yang berpakaian seperti
telanjang , memereng-merengkan kepalanya seperti bonggol unta.Mereka
ini tidak masuk syurga, tidak mencium bau syurga dan sesungguhnya
bau syurga itu boleh dicium dari jarak yang sangat jauh".

Sesungguhnya kita sebagai wanita muslimah yang mempunyai agama dan
maruah diri, janganlah kita melakukan sesuatu untuk memuaskan nafsu
semata-mata, tetapi ingatlah bahawa hidup di dunia ini hanyalah
sementara sedang yang kekal hanyalah Allah dan kehidupan yang kekal
adalah kehidupan akhirat yang mana telah dijanjikan oleh Allah SWT
kenikmatan syurga yang tiada tolok bandingnya bagi orang-orang yang
beriman dan beramal soleh.Insya-Allah…


-----------------
You don't have to find a perfect person to be your perfect friend. its just nice to have a friend who is perfect for each other when both of you together.


Bookmark and Share

    


  Member Information For CakciboRProfil   Hantar PM kepada CakciboR   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 14-07-04 02:21


banyak pengajaran ni..kalau muslimah kita ni dok pakai....

Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

nuraini
WARGA SETIA
Menyertai: 02.07.2003
Ahli No: 1900
Posting: 1110
Dari: ***Anti-KekejamaN WaNiTa***

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 14-07-04 07:44


erm......lelaki dan perempuan sama sahaja....


dunia sekarang nak cari yg elok...yg comel....yg bagus dari segi pe'el perangai memang payah.....
so, takyahlah duk menunding jari pada kaum muslimah sahaja....


sama-samalah kita beringat dan berubah...klu diri sendiri tak berubah....siapa lagi yg mampu ubah keperibadian diri kita.....?
fikirkan......


....aku, insan yg lemah...








[ Posting ini telah di edit oleh: nuraini pada 2004-07-14 07:45 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurainiProfil   Hantar PM kepada nuraini   Quote dan BalasQuote

KhilafahIslamiyah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 12.02.2004
Ahli No: 7208
Posting: 104

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 14-07-04 12:20


Assalammualaikum wbt..

Sekadar pendapat..Sebab itulah muslimat diibaratkan sebagai barang yang berharga dan sepatutnya diletakkan pada tempat yang sepatutnya diletak..Bukannya barang berharga itu diletakkan dalam tong sampah..Tak bernilailah jadinya..

Dan sebagai muslimin dan muslimat kita seharusnya menjaga etika pergaulan kita. Saling tegur menegur sebagai perkara penting...Yang penting tazkiyatun Nafs perlu dilakukan dari masa ke semasa sebagai muhasabah diri dan membentuk diri agar kita terjaga dan insyaAllah sedikit sebanyak dapat menjaga suasana sekitar..

Sekadar tu je dari ana yang dhaif..Wsalam

Bookmark and Share

    


  Member Information For KhilafahIslamiyahProfil   Hantar PM kepada KhilafahIslamiyah   Pergi ke KhilafahIslamiyah's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.137647 saat. Lajunya....