Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 02-12-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Air yang mengapungkan kapal, air juga yang menenggelamkan kapal
-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 88
Ahli: 0
Jumlah: 88




  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 14 hari yang lalu
nur_takwa88: 20 hari yang lalu
kismis: 20 hari yang lalu
qaulah_atrah: 31 hari yang lalu
muaz9768: 35 hari yang lalu
Rashdin: 41 hari yang lalu


Pengetahuan Am
Topik: Jenis Darah:Lambang Peribadi...?


Carian Forum

Moderator: Administrator, syemarly
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Pengetahuan Am
    »» Jenis Darah:Lambang Peribadi...?

Please Mendaftar To Post


Oleh Jenis Darah:Lambang Peribadi...?

nuraini
WARGA SETIA
Menyertai: 02.07.2003
Ahli No: 1900
Posting: 1110
Dari: ***Anti-KekejamaN WaNiTa***

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 12-07-04 13:21





Adakah jenis darah yang mengalir dalam tubuh kita mampu menggambarkan personaliti sebenar diri sendiri?

Menurut salah sebuah institut di Jepun, kajian yang dilakukan ke atas jenis-jenis darah yang mengalir di dalam tubuh manusia ternyata mampu memberi gambaran terdekat mengenai keperibadian individu itu sendiri. Ingin berkongsi rahsia mengenainya?


DARAH O

Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan sebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap keupayaan dan kebolehan diri sendiri. Selain itu individu dari kategori ini juga sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja berkumpulan.

Sekiranya menginginkan sesuatu, kamu akan! berusaha untuk mencapai matlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun. Ada kalanya kamu dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat. Selain itu kamu juga terlalu serius dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan tekanan kepada diri kamu sendiri.

Oleh yang demikian kamu harus lebih bijak mengawal emosi diri mu agar tidak dikuasai dengan tekanan.


DARAH A

Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup kamu. Kamu gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan kamu juga gemar melibatkan diri dengan berpersatuan. Kamu bijak bergaul dengan individu di sekeliling mu dan ternyata mereka juga sentiasa berasa senang untuk bekerjasama dengan mu. Sikap sensitif, Sabar, dan bertimbang rasa yang ada dalam diri kamu itu melambangkan bahawa kamu tergolong dalam kategori individu yang memiliki keperibadian penyayang.

Walau bagaimanapun ada kalanya kamu agak degil dan terlalu kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untuk berehat. Kamu harus ingat, kesihatan juga perlu diutamakan. Jangan kerana terlalu leka dengan kerja-kerja kamu itu, kesihatan diri pula yang terabai.


DARAH B

Sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat dengan mu. Kamu lebih selesa dengan kesederhanaan. Dalam perhubungan pula kamu adalah individu yang terlalu jujur dan lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara.

Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, kamu lebih gemar melaksanakannya dengan cara kamu sendiri. Kamu adalah individu yang kreatif dan fleksibel, mudah bagi diri kamu untuk meletakkan diri sendiri dalam apa jua situasi mahupun kelompok golongan tertentu.

Kamu adalah individu yang bijak bersosial. Namun ada kalanya sikap kamu yang gemar berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain itu, mampu mendatangkan masalah buat diri mu dan sekali gus memperlihatkan kelemahan pada diri sendiri. Kamu harus ingat bahawa, tidak semua perkara kita boleh menyelesaikannya secara bersendirian.


DARAH AB

Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelas terpancar dalam diri individu yang tergolong dalam kategori darah berjenis AB ini. Kamu juga sentiasa menghormati orang lain dan ini menjadikan individu yang berada di sekeliling mu berasa selesa untuk berdampingan dengan mu.

Kamu juga memiliki sikap humor semula jadi dalam diri dan sentiasa bersikap menghiburkan dan ceria. Namun ada satu perkara yang harus kamu perbaiki dalam diri kamu itu. Kamu perlu lebih bijak dan berani untuk membuat keputusan sendiri.
Jangan biarkan orang lain membuat keputusan untuk diri kamu sendiri.


Benarkah ini semua....?
Hanya ALLAH saja Yang Maha Mengetahui...









Bookmark and Share

    


  Member Information For nurainiProfil   Hantar PM kepada nuraini   Quote dan BalasQuote

Prof_Muslim

Menyertai: 15.07.2003
Ahli No: 2348
Posting: 3179
Dari: Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 12-07-04 13:30


hhmm..rupa-rupanya jenis darah boleh..menceritakan serba sedikit perangai...
Kalau tak nak percaya bukan maalahnya...tapi ianya adalah kajian...berdasarkan fakta bukan rekaan semata-mata....

Masing-masing tahu jenis darah tak ?
Nak tahu masa derma darahlaaa....

[ Posting ini telah di edit oleh: Prof_Muslim pada 2004-07-12 14:26 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For Prof_MuslimProfil   Hantar PM kepada Prof_Muslim   Quote dan BalasQuote

izz_iman
Warga 3 Bintang
Menyertai: 17.11.2003
Ahli No: 5188
Posting: 74
Dari: UTEC

Perak   avatar


posticon Posting pada: 12-07-04 13:35






time kasih atas info ni....blh thn jgk kepersisannya...

Bookmark and Share

    


  Member Information For izz_imanProfil   Hantar PM kepada izz_iman   Pergi ke izz_iman's Website   Quote dan BalasQuote

nuraini
WARGA SETIA
Menyertai: 02.07.2003
Ahli No: 1900
Posting: 1110
Dari: ***Anti-KekejamaN WaNiTa***

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 12-07-04 13:39



Quote:

On 2004-07-12 13:30, Prof_Muslim wrote:

Masing-masing tahu jeis darah tak ?
Nak tahu masa derma darahlaaa....


***************************************

ehek...kita ni jenis spesis 'mabuk darah'.........
pantang tengok.....klu terpandang....rasa nak pitam.....tak tahulah kenapa jadi lagu tu........

ai camne lah nanti klu ter'masuk hospital suatu hari nanti.....


moga dipermudahkan........


Bookmark and Share

    


  Member Information For nurainiProfil   Hantar PM kepada nuraini   Quote dan BalasQuote

Hanan

Menyertai: 13.05.2003
Ahli No: 4
Posting: 3991

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 12-07-04 13:45


Quote:

On 2004-07-12 13:39, nuraini wrote:
ehek...kita ni jenis spesis 'mabuk darah'.........
pantang tengok.....klu terpandang....rasa nak pitam.....tak tahulah kenapa jadi lagu tu........



Ana pernah check jenis darah di USM Kubang Kerian. Masa tu ada ekspo tak silap ana. Ana pun rasa nak pitam padahal cucuk setitik aje darahnya.. hehe

Rasa ada gak sifat yang kena dengan ana..



-----------------



Hargai semasa ada....

[ Posting ini telah di edit oleh: Hanan pada 2004-07-12 13:46 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For HananProfil   Hantar PM kepada Hanan   Pergi ke Hanan's Website   Quote dan BalasQuote

ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 14.12.2003
Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 12-07-04 14:45


wbt...

ader iras2 lah ngan ana..

nak caya ke tak nak.. nak caya ke tak nak...

hanya kajian ......

-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_atikahProfil   Hantar PM kepada ismi_atikah   Quote dan BalasQuote

sasician
WARGA SETIA
Menyertai: 04.05.2004
Ahli No: 8783
Posting: 453
Dari: Melaka

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 12-07-04 16:30



ada sikit persamaan,thanks kak nuraini for the info,kak hanan! takkan kene cucuk sikit dh nak pitam?

Bookmark and Share

    


  Member Information For sasicianProfil   Hantar PM kepada sasician   Pergi ke sasician's Website   Quote dan BalasQuote

Prof_Muslim

Menyertai: 15.07.2003
Ahli No: 2348
Posting: 3179
Dari: Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 12-07-04 17:03


DARAH O

Mari lihat darah O akan sifatnya,
Seorang yang setia, sabar & yakin diri,
Ada sifat kepimpinan dalam diinya,
Itulah orang yang kita cari-cari.

Jika dia inginkan akan sesuatu,
Diusahakan dengan apa cara sekalipun,
Juga seorang yang kuat cemburu,
Jangan terlalu serius dalam apapun.



DARAH A

Sentiasa ingin aman dan harmoni,
Kerja dalam kumpulan atau persatuan,
Bijak bergaul dan sentiasa disenangi,
Boleh kata mudah mendapat teman.

Sikap sensitif, sabar dan bertimbang rasa,
Malah juga ada sifat yang penyayang,
Adakala bersifat degil juga,
Sehingga tiada rehat dan sibuk memanjang.



DARAH B

Perkataan sempoi sejiwa dengannya,
Dalam perhubungan boleh dipercayai,
Bersikap jujur dan terus terang orangnya,
Namun gemar suka bersendiri.

Dia adalah individu bijak bersosial,
Malah adakala gemar berdikari,
Mempunyai daya kreatif dan fleksibel,
Sukar juga selesaikan masalah sendiri,



DARAH AB

Campuran darah A & B lain pula,
Tenang dan pandai mengawal emosi,
Itulah sinar dalam keperibadiannya,
Bersama orang lain begitu menghormati.

Perangai kelakar dan menghiburkan,
Itulah membuat dirinya begitu ceria,
Namun perlu bijak buat keputusan,
Pandangan lain boleh diambil kira.


p/s: sekadar ...pantun yg digubah...

[ Posting ini telah di edit oleh: Prof_Muslim pada 2004-07-12 20:04 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For Prof_MuslimProfil   Hantar PM kepada Prof_Muslim   Quote dan BalasQuote

Hanan

Menyertai: 13.05.2003
Ahli No: 4
Posting: 3991

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 12-07-04 20:00


Prof sempat reka pantun lagi..
Anta darah jenis apa ye?
Manalah tau sama, kalau ana kurang darah boleh minta derma kat anta.. hehe


-----------------



Hargai semasa ada....

Bookmark and Share

    


  Member Information For HananProfil   Hantar PM kepada Hanan   Pergi ke Hanan's Website   Quote dan BalasQuote

Prof_Muslim

Menyertai: 15.07.2003
Ahli No: 2348
Posting: 3179
Dari: Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 12-07-04 20:07


Quote:

On 2004-07-12 20:00, Hanan wrote:
Prof sempat reka pantun lagi..
Anta darah jenis apa ye?
Manalah tau sama, kalau ana kurang darah boleh minta derma kat anta.. hehe



Itu nak buat siap meniliti satu-persatu..
senang org nak faham...kan?

Prof ada darah jenis apa yer?
Rahsia.....hehehe
Nak sikit......boleh..

Bookmark and Share

    


  Member Information For Prof_MuslimProfil   Hantar PM kepada Prof_Muslim   Quote dan BalasQuote

kasihmu-amanahku
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 09.10.2003
Ahli No: 4140
Posting: 709
Dari: rahsia

PulauPinang  


posticon Posting pada: 12-07-04 21:49




kalau darah warna putih, apa maknanya?

Bookmark and Share

    


  Member Information For kasihmu-amanahkuProfil   Hantar PM kepada kasihmu-amanahku   Quote dan BalasQuote

widad
Warga 4 Bintang
Menyertai: 20.05.2003
Ahli No: 647
Posting: 199
Dari: bumi allah

malaysia  


posticon Posting pada: 12-07-04 23:22


...semoga semua sahabat2 drahmati Allah....

ermmmmm.....darah putih nih keturunan mahsuri kot???

wah...best nyer darah putih....

wallahua'lam

Bookmark and Share

    


  Member Information For widadProfil   Hantar PM kepada widad   Quote dan BalasQuote

nuraini
WARGA SETIA
Menyertai: 02.07.2003
Ahli No: 1900
Posting: 1110
Dari: ***Anti-KekejamaN WaNiTa***

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 13-07-04 07:58



Quote:

On 2004-07-12 20:07, Prof_Muslim wrote:
Nak sikit......boleh..




eh....seramlah ana dengar ayat ni.......
Prof kita ni ada 'bela' apa-apa ke....?







Bookmark and Share

    


  Member Information For nurainiProfil   Hantar PM kepada nuraini   Quote dan BalasQuote

riyas
WARGA SETIA
Menyertai: 14.06.2004
Ahli No: 9464
Posting: 1054
Dari: Alam Kayangan,Bumi Allah

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 13-07-04 12:08




boleh caye ke? hemm...bolehla sikit2. oooo hanan n nuraini takut darah rupanye...selama ni x pernah derma darahla ye? selalunye orang yang takut darah ni lemah semangat. Prof pun takut darah ke? dah berapa kali derma?
ana dari kumpulan darah O. tak ingatla dah berapa kali derma... lagi pun ana bekerja di hospital...selalu tengok darah... kalau sesiape yang perlukan darah, panggilla ana sebab darah O ni sesuai untuk semua jenis darah....darah O diketegorikan sebagai penderma....

wasalam

Bookmark and Share

    


  Member Information For riyasProfil   Hantar PM kepada riyas   Pergi ke riyas's Website   Quote dan BalasQuote

Prof_Muslim

Menyertai: 15.07.2003
Ahli No: 2348
Posting: 3179
Dari: Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 13-07-04 12:20


Hehehe....
Prof bukan takut darah...
dah masuk 6 kali derma darah....

Riyas ada jenis darah O rupanya...
golongan ini memang sukar nak dptkan penderma tapi boleh dermakan kepada semua kategori...

Hanan ngan Nuraini..kesian mereka kan..Riyas...
hehehehe........



Bookmark and Share

    


  Member Information For Prof_MuslimProfil   Hantar PM kepada Prof_Muslim   Quote dan BalasQuote

Prof_Muslim

Menyertai: 15.07.2003
Ahli No: 2348
Posting: 3179
Dari: Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 13-07-04 12:27


Quote:

On 2004-07-12 21:49, kasihmu-amanahku wrote:


kalau darah warna putih, apa maknanya?





Jika dikaji tentang jenis darah,
Hanya jumpa A, B, AB & O sahaja,
Walaupun apa jenis tetap Merah,
Tetapi warna Putih sukar diduga.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Prof_MuslimProfil   Hantar PM kepada Prof_Muslim   Quote dan BalasQuote

nuruludz
Warga 3 Bintang
Menyertai: 11.10.2003
Ahli No: 4225
Posting: 148
Dari: pahang darul peace

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 13-07-04 12:35



wah,wah Abg prof kita siap reka pantun..
ana teringin nak derma darah tapi tak berkesempatan
syukran dgn info ni..adalah kena,bukan sikit2 tapi semua...anyway,WALLAHU'ALAM..
kak hanan dan kak nuraini ni darah pe?cian kat akak2 berdua ni...susahlah klu takut tgk drh..hehehe..
dr cni pun kita boleh tau ciri2 seseorang..awas wanita jgn sampai muslimat ambil kesempatan ini,untuk kebaikan apa salahnya,tul x?
wassalam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For nuruludzProfil   Hantar PM kepada nuruludz   Quote dan BalasQuote

riyas
WARGA SETIA
Menyertai: 14.06.2004
Ahli No: 9464
Posting: 1054
Dari: Alam Kayangan,Bumi Allah

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 13-07-04 13:32


haha....betulla Prof....kak hanan n kak nuraini ni darah jenis ape ye? or memang tak tahu sebab x pernah derma darah?hehe nuruludz macam mane plak,darah jenis pe? jenis takut darah gak ke? jangan marah ha,nanti kena jual.....


Bookmark and Share

    


  Member Information For riyasProfil   Hantar PM kepada riyas   Pergi ke riyas's Website   Quote dan BalasQuote

Hanan

Menyertai: 13.05.2003
Ahli No: 4
Posting: 3991

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 13-07-04 19:55


Quote:

On 2004-07-13 13:32, riyas wrote:
haha....betulla Prof....kak hanan n kak nuraini ni darah jenis ape ye? or memang tak tahu sebab x pernah derma darah?hehe nuruludz macam mane plak,darah jenis pe? jenis takut darah gak ke? jangan marah ha,nanti kena jual.....




Ana jenis darah B
Cek masa Ekspo di USM.. tu yang terasa nak pitam tu..
Belum pernah derma darah sebab syarat pun tak cukup. Ana rasa ana pun perlukan darah lagi.. Siapa yang sama darah tu sudi2lah menderma.. hehe



-----------------



Hargai semasa ada....

[ Posting ini telah di edit oleh: Hanan pada 2004-07-13 19:56 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For HananProfil   Hantar PM kepada Hanan   Pergi ke Hanan's Website   Quote dan BalasQuote

hakimabdulrahman
WARGA SETIA
Menyertai: 13.07.2004
Ahli No: 10003
Posting: 541
Dari: kawan

singapore  


posticon Posting pada: 13-07-04 20:15


,

..ana dari jenis darah O plus dan maknanya hampir serupa.......bab ana dah jadi ketua tempat kerja ni.......
adakala bagus juga kalu semua orang dibubuhkan kategori jenis darah kat kad pengenalan kita.........

Bookmark and Share

    


  Member Information For hakimabdulrahmanProfil   Hantar PM kepada hakimabdulrahman   Pergi ke hakimabdulrahman's Website   Quote dan BalasQuote

lidah-penghunus
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 17.05.2003
Ahli No: 407
Posting: 1308
Dari: Parlimen Kapar, Dun Meru.

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 13-07-04 23:59




lorr, darah pun boleh dikaitkan dgn perlakuan diri ye. emm, saya masa derma darah dulu dpt tahu yg saya darah kump O. tapi takde la semua yg dinyatakan betul mengena pada diri saya, lebih2 bab ingin jadi ketua, saya tak berapa suka jadi ketua sbb amanah dia berat.

-----------------
Hunusan lidah itu lebih berbisa daripada hunusan keris sang pendekar

Bookmark and Share

    


  Member Information For lidah-penghunusProfil   Hantar PM kepada lidah-penghunus   Pergi ke lidah-penghunus's Website   Quote dan BalasQuote

Prof_Muslim

Menyertai: 15.07.2003
Ahli No: 2348
Posting: 3179
Dari: Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 14-07-04 00:05


Ala....oraitla..darah O lidah_penghunus.... seorang pakar menghunus ..hehehe
Biasalah kajian tak semesti tepat atas semua org..
lagipun ini mungin boleh diambil dengan melihat dari sudut pandangan lain...
amanah memang berat tapi siapa lagi nak pikul amanah jika kita sendiri orgnya jika layak...
betul tak syeikh ?

- -

Darah Putih belum sempat dikaji...hehehe

Bookmark and Share

    


  Member Information For Prof_MuslimProfil   Hantar PM kepada Prof_Muslim   Quote dan BalasQuote

kamalhisyam
WARGA SETIA
Menyertai: 10.06.2003
Ahli No: 1259
Posting: 526
Dari: dari satu tempat ke satu tempat

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 14-07-04 10:35



he he he... hanan, rupanya kita berada dalam kumpulan darah yang sama... tapi kan... ana tak rasa cam kena je kajian tu dengan ana...

Bookmark and Share

    


  Member Information For kamalhisyamProfil   Hantar PM kepada kamalhisyam   Quote dan BalasQuote

Maisarah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 05.08.2003
Ahli No: 2803
Posting: 205
Dari: Singapore

singapore   avatar


posticon Posting pada: 14-07-04 12:27



Alhamdulilah, ana gak jenis B....
Ada terkene gak....

Bookmark and Share

    


  Member Information For MaisarahProfil   Hantar PM kepada Maisarah   Quote dan BalasQuote

alifmimyanun
WARGA SETIA
Menyertai: 19.06.2003
Ahli No: 1540
Posting: 2292
Dari: langit kujunjung bumi kupijak

Johor  


posticon Posting pada: 15-07-04 16:08


saye tak tau le saye ni jenis darah ape.

Bookmark and Share

    


  Member Information For alifmimyanunProfil   Hantar PM kepada alifmimyanun   Pergi ke alifmimyanun's Website   Quote dan BalasQuote

kamal_82
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 31.08.2003
Ahli No: 3201
Posting: 462
Dari: KUALA LUMPUR

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 16-07-04 15:40



emm ana darah jeni o+
hehehe mcm betul ajer dgn sikap ana...

DARAH O

Mari lihat darah O akan sifatnya,
Seorang yang setia, sabar & yakin diri,
Ada sifat kepimpinan dalam diinya,
Itulah orang yang kita cari-cari.

Jika dia inginkan akan sesuatu,
Diusahakan dengan apa cara sekalipun,
Juga seorang yang kuat cemburu,
Jangan terlalu serius dalam apapun.


Bookmark and Share

    


  Member Information For kamal_82Profil   Hantar PM kepada kamal_82   Pergi ke kamal_82's Website   Quote dan BalasQuote

fairuzah
WARGA SETIA
Menyertai: 15.02.2004
Ahli No: 7304
Posting: 440
Dari: negeri sembilan

syria   avatar


posticon Posting pada: 19-07-04 00:56




darah saya A+

yg sy tau sy ni lebih suka bersendirian...tak selesa nak bergaul sangat....

Bookmark and Share

    


  Member Information For fairuzahProfil   Hantar PM kepada fairuzah   Quote dan BalasQuote

Jackie_uniten7
WARGA SETIA
Menyertai: 20.09.2003
Ahli No: 3664
Posting: 1845
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 19-07-04 21:23


wah. langsung tak sama

Bookmark and Share

    


  Member Information For Jackie_uniten7Profil   Hantar PM kepada Jackie_uniten7   Quote dan BalasQuote

raihan2004
Warga 5 Bintang
Menyertai: 11.01.2004
Ahli No: 6388
Posting: 375
Dari: kedah

egypt   avatar


posticon Posting pada: 21-07-04 12:45



Adalah sikit persamaan dgn ciri2 ana.Ana darah O.Darah O dikenali dgn penderma universal,murah hatila katakan.hehe.Tapi susah nak dapat penderma kalau org darah O perlukan darah utk blood transfusion sbb org berdarah O hanya blh terima darah jns O aje.susah skit kalau ada emergency.Ikhwah dan akhawat semua dah tau ke blm jns darah anda?Klau blm tahu,blhlah dtg USM kubang kerian 29-31 julai ni,ada ekspo kampus dan pameran,blh buat blood test.Blhla tau blood group.Anda semua dialu2kan datang.Ni nak promote sama ni......hehehe

Bookmark and Share

    


  Member Information For raihan2004Profil   Hantar PM kepada raihan2004   Quote dan BalasQuote

de_riyadh
Warga 1 Bintang
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 664
Posting: 21
Dari: Kunak

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 05-09-04 23:13


widad darah putih ker? heheheh

Bookmark and Share

    


  Member Information For de_riyadhProfil   Hantar PM kepada de_riyadh   Pergi ke de_riyadh's Website   Quote dan BalasQuote

hajidah_aiman
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 17.05.2003
Ahli No: 358
Posting: 542
Dari: Perlis Indera Kayangan

Perlis  


posticon Posting pada: 05-09-04 23:46



menarik juga pasal kategori darah ni ye...tak sangka ada jugak sesuatu yang diafsir sebalik jenis darah ni

Bookmark and Share

    


  Member Information For hajidah_aimanProfil   Hantar PM kepada hajidah_aiman   Pergi ke hajidah_aiman's Website   Quote dan BalasQuote

itsjustme
WARGA SETIA
Menyertai: 22.08.2004
Ahli No: 10665
Posting: 790
Dari: Cheras KL

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 13-09-04 00:16


Darah O, A, B, AB mana satu agaknya ana punya...

-----------------
Umarete kara shinu made zutto narai thuzukete kudasai

Bookmark and Share

    


  Member Information For itsjustmeProfil   Hantar PM kepada itsjustme   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.131785 saat. Lajunya....