Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti :: Ukhwah.com
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Profil Liputan Media Impian & Harapan Hubungi Kami Laman Peribadi  








Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

Mutiara Kata
Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk
-- Al-Baqarah: 45

Menu Utama

Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 128
Ahli: 0
Jumlah: 128




Yang Masuk Ke Sini
nasiruddin: 1 hari, 19 jam, 35 minit yang lalu
Kang: 20 hari yang lalu
lidah-penghunus: 22 hari yang lalu
muslimin23: 30 hari yang lalu


[ Mari BERSELAWAT kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Ukhwah.com ini ]




Rawatan Tradisional
Topik: mandi bunga!


Carian Forum

Moderator: Administrator, Meow
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Rawatan Tradisional
    »» mandi bunga!

Please Mendaftar To Post


Oleh mandi bunga!

nur_ilahi
Warga Rasmi
Menyertai: 10.06.2003
Ahli No: 1277
Posting: 14
Dari: Dari Pulau Pinang, currently di Melaka

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 11-06-03 20:21


Assalamualaikum sahabat semua.Saya ingin mengutarakan satu pertanyaan untuk di kupas bersama-sama bagi menambah ilmu pengetahuan.Di era dunia tanpa sempadan, mandi bunga masih dipraktikkan.Malah mandi bunga di katakan dapat membantu seseorang itu mencari jodoh,memperbaiki aura dan sebagainya.Jadi apakah pendapat sahabat-sahabat semua mengenai isu ini dan wujudkah kajian saintifik yang dapat membuktikannya?

Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_ilahiProfil   Hantar PM kepada nur_ilahi   Pergi ke nur_ilahi's Website   Quote dan BalasQuote

izdham
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 14
Posting: 1521
Dari: german

germany  


posticon Posting pada: 22-06-03 23:31


mandi bunga? kekekke ada lagi ke??? bukan ke jodoh tu di tangan Allah.. apakah kita tak percaya qada &qadar NYa????

Bookmark and Share

    


  Member Information For izdhamProfil   Hantar PM kepada izdham   Quote dan BalasQuote

a_whole_new_world
Warga 4 Bintang
Menyertai: 18.06.2003
Ahli No: 1503
Posting: 195
Dari: s\'pore

singapore  


posticon Posting pada: 23-06-03 21:43


tak semuanya perlukan scientific proof......
mungkin itu hanya satu adat...dan adat walau aper terjadi tetap diamalkan.....tak semua yg dapat dicari sebabnya.....it happen subtlely atau it's just a mystery.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For a_whole_new_worldProfil   Hantar PM kepada a_whole_new_world   Quote dan BalasQuote

Hafiz_Qiee
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 22.05.2003
Ahli No: 785
Posting: 762
Dari: Serdang, Selangor

Kedah  


posticon Posting pada: 26-06-03 21:36


macam dah putus asa jer..!!

-----------------
Hanya diri ku dan Allah s.w.t.. yang mengetahui segalanya.. itu lah kehidupan .. dicelah lautan..

Bookmark and Share

    


  Member Information For Hafiz_QieeProfil   Hantar PM kepada Hafiz_Qiee   Pergi ke Hafiz_Qiee's Website   Quote dan BalasQuote

JoshuaIsfahan
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 701
Posting: 1577
Dari: Damansara

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 07-07-03 18:01


Mandi bunga?saya langsung tak percaya kaedah begitu..bukankah ketentuan setiap perjalanan hidup manusia ditentukan oleh Allah SWT.

Bookmark and Share

    


  Member Information For JoshuaIsfahanProfil   Hantar PM kepada JoshuaIsfahan   Quote dan BalasQuote

akuzakie
WARGA SETIA
Menyertai: 23.06.2003
Ahli No: 1623
Posting: 448
Dari: Muar Tanah Air T'Cinta

Johor  


posticon Posting pada: 07-07-03 19:24


A'kum.... dalam kehidupan kita, pelbagai perkara kita lalui... setiap kepercayaan ada penyebabnyer.. t'utama mandi bunga, bila sebut mandi bunga.. tentu kita terpikir perkara mistik.. d'luar pengetahuan @ bidang pengetahuan kita.. tp, bagi mereka yg mengkaji pula bagaimana? setiap penyakit itu ada penawarnya kecuali mati, dan kaedah mandi bunga sebagai satu ikhtiar... utk lebih lanjut layarilah laman web ini b'kenaan kaedah warna ,mandi bunga dan sebagainya dari segi saintifik... http://www.harmonisers.net/index.html anda akan dpt melihat kajian2 yg d'lakukan.. sekian utk d'kongsi bersama.. wallahua'lam

-----------------

[B] "Apa yang Kita Paling Nak.. Itu Yang Kita Takkan Dapat" -KARTINI- [/B]

Bookmark and Share

    


  Member Information For akuzakieProfil   Hantar PM kepada akuzakie   Pergi ke akuzakie's Website   Quote dan BalasQuote

Kang

Menyertai: 09.05.2003
Ahli No: 2
Posting: 1921

usa   avatar


posticon Posting pada: 07-07-03 19:56


Kalau untuk kesihatan memang ada. Contohnya Aromathrapy. Kalau untuk jodoh, itu akal bomoh penipu (99.9% bomoh memang kerjanya menipu).

Jodoh tidak ada kaitan dengan mandi bunga, sebab jodoh, pertemuan, rezeki, maut hak Allah 100%.

Kalau mandi dengan sabun wangian bunga-bungaan boleh dapat jodoh ke? Bunga jugak kan? Bunga yang diteknologikan. Heheheheh...

-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For KangProfil   Hantar PM kepada Kang   Pergi ke Kang's Website   Quote dan BalasQuote

luqmanulhaqim
Warga Rasmi
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 672
Posting: 9
Dari: Selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 07-07-03 20:27


Assalamualaikum?
Mengenai amalan mandi bunga ini, bagi pendapat ana ianya hanyalah salah satu usaha untuk menyihatkan badan dan mendapatkan khasiat daripada bunga yang mewangi. Mungkin dengan badan yang segar dan wangi ini dapat memudahkan pengamal mandi bunga ini mendapatkan jodoh.
Namun ianya hanyalah sekadar usaha, bukannya penentu jodoh seseorang.
Wassalam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For luqmanulhaqimProfil   Hantar PM kepada luqmanulhaqim   Quote dan BalasQuote

Hafiz_Qiee
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 22.05.2003
Ahli No: 785
Posting: 762
Dari: Serdang, Selangor

Kedah  


posticon Posting pada: 07-07-03 22:15


cakap kang tu betul jugak..
mandi pakai sabun..bunga..
bunga jugak kan..ehehe..

-----------------
Hanya diri ku dan Allah s.w.t.. yang mengetahui segalanya.. itu lah kehidupan .. dicelah lautan..

Bookmark and Share

    


  Member Information For Hafiz_QieeProfil   Hantar PM kepada Hafiz_Qiee   Pergi ke Hafiz_Qiee's Website   Quote dan BalasQuote

akuzakie
WARGA SETIA
Menyertai: 23.06.2003
Ahli No: 1623
Posting: 448
Dari: Muar Tanah Air T'Cinta

Johor  


posticon Posting pada: 08-07-03 12:06


bab2 jodoh nie.. mmg xder kena mengena..

-----------------

[B] "Apa yang Kita Paling Nak.. Itu Yang Kita Takkan Dapat" -KARTINI- [/B]

Bookmark and Share

    


  Member Information For akuzakieProfil   Hantar PM kepada akuzakie   Pergi ke akuzakie's Website   Quote dan BalasQuote

kens2005
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 715
Posting: 647
Dari: Kyoto

japan   avatar


posticon Posting pada: 08-07-03 18:04


betui..betui!! kalu nak cakap dia buleh kasik jodoh...tu tipu la. Tapi kalau nak cakap utk treat penyakit buleh percaya... sebab color2 yg ada pada bunga itu mampu mengubati sesetengah penyakit!! apa org kata...color vabration treatment...cenggitu la bunyiknya kut!!

-----------------
:: Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak ::

Bookmark and Share

    


  Member Information For kens2005Profil   Hantar PM kepada kens2005   Pergi ke kens2005's Website   Quote dan BalasQuote

annamuslimah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 15.06.2003
Ahli No: 1423
Posting: 149
Dari: Kuantan

Pahang  


posticon Posting pada: 11-07-03 18:41


Bagi saya tak semestinya kalau dah mandi bunga tu senang nak dapat jodoh. Kalau tak mandi bunga pun kalau dah ditentukan jodoh oleh Allah masanya akan sampai jugak nanti. Betul tak?

Bookmark and Share

    


  Member Information For annamuslimahProfil   Hantar PM kepada annamuslimah   Quote dan BalasQuote

cahaya_syuhada
Warga 1 Bintang
Menyertai: 19.09.2003
Ahli No: 3643
Posting: 23
Dari: egypt

egypt  


posticon Posting pada: 19-09-03 12:27


Assalamualaikum..
Kalo mandi ngan limau nipis plak, apa maksudnya? Takkan nak cepatkan jodoh gaks..
kompius,kompius..

Bookmark and Share

    


  Member Information For cahaya_syuhadaProfil   Hantar PM kepada cahaya_syuhada   Pergi ke cahaya_syuhada's Website   Quote dan BalasQuote

SaLaFiaN
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 191
Posting: 719
Dari: • Tämäń Mëläwätî, Küälä Lumpur

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 19-09-03 12:49


Berkenaan dengan amalan mandi bunga, ana ada satu artikel yang cukup ilmiah, hasil karangan Ustaz Hazman Hassan yang kini sedang menyiapkan tesis PhD di Universiti Sains Malaysia...

---

Assalamualaikum Warahmatullah,

Seorang guru dan sahabat saya yang sangat saya muliakan ada menghantar email yang berbunyi:

Seorang rakan isteri saya yang masih single telah pergi berjumpa bomoh meminta petua atau dijampi supaya mudah menemui jodoh. Si bomoh pula telah menyuruh dia mandi dengan air yang dicampuri beberapa bahan seperti daun, bunga, limau dan sebagainya (mandi bunga?).

Peliknya, bomoh berpesan selepas mandi jangan dibersihkan bahan-bahan tersebut dari lantai bilik air. Ia hendak dilakukan oleh orang lain. Setakat ini kami berjaya meyakinkan dia untuk tidak mandi dan jangan berbomoh lagi di masa depan. Akan tetapi yang menarik untuk kajian saya ialah ASAL USUL dan SEBAB/TEORI di sebalik mandi bunga. Boleh sesiapa membantu ?

Syukran jazilan, wassalam.

ULASAN :

Mandi bunga memang merupakan ritual orang Melayu yang mempunyai unsur-unsur yang sudah tersinkretis antara kepercayaan Dinamisme, Hindu-Buddha dan ‘Popular Islam’.

Dinamisme ialah kepercayaan adanya ‘tenaga tak berperibadi’ dalam diri manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan, benda-benda hidup, perkataan yang diucap atau ditulis, dalam tanda-tanda yang dirakamkan dan sebagainya (O.K Rahmant S.H,1983:. Dalam bidang antropologi, tenaga ini juga biasa disebut sebagai ‘mana’ dengan meminjam istilah rumpun suku Polynesia. Ia dikenali sebagai ‘sahala’ oleh orang Batak dan ‘kesakten’(kesaktian) oleh orang Jawa. Untuk orang Melayu, ‘mana’ dikenali sebagai ‘semangat’ (rujuk konsep ‘lemah semangat’ dan ‘kus semangat’). Di kalangan orang Melayu, ‘mana’ bagi raja-raja dikenali sebagai ‘daulat’ dan ‘tulah’ sedangkan bagi orang-orang ‘agama” (mulanya pawang dan dukun, kemudian sami dan ‘Tok Ca’, akhirnya alim-ulama’) dipanggil dengan ‘berkat’ dan ‘keramat’.

Dalam kepercayaan Hindu, tumbuh-tumbuhan mempunyai banyak kegunaan di dalam serba-serbi ritual yang dijalankan. Limau berfungsi mengusir hantu dan syaitan, sedangkan bentuknya yang bulat-bujur melambangkan dunia sebagai ‘chakra’ di sebuah makrokosmos di dalam falsafah occultisme Hindu. Saya pernah melihat ketika Thaipusam, salah satu varieti Kavadi yang dibawa dengan tujuan mahu bertaubat dan bersyukur kepada dewa-dewi, mencucuk bahagian-bahagian badannya dengan set cangkuk-cangkuk besi yang tajam.

Satu set cangkuk terdiri daripada dua cangkuk dihubungkan dengan seutas tali khas. Satu cangkuk akan dibenamkan menembusi kulit dan daging pembawa kavadi sedangkan satu cangkuk lagi akan dibenamkan dengan buah limau nipis yang akan dibiarkan berjuntai sambil berat buah limau itu akan menambahkan ‘efek’ cangkuk yang dibenamkan ke dalam badan yang pertama tadi (mungkin lebih sakit dan lebih susah maka lebih banyak pahala dan keampunan dosa yang diberikan??). Sesiapa yang sempat meneliti koleksi poskad tentang tema seperti ‘Malaysian Festival’ atau ‘Penang’ Insya-Allah akan dapat melihat sendiri, kalaupun tidak mahu memerhati dengan lebih dekat akan perarakan di Batu Caves atau Pulau Pinang.

Mandi juga merupakan salah satu ritual yang popular di kalangan penganut Hindu,misalnya mandi untuk menyucikan dosa-dosa di Sungai
Ganges atau mandi minyak pada pagi Deepavali.

Unsur-unsur ‘Islam’ (‘Popular Islam as been understood’, bukan Islam yang berteraskan al-Qur’an dan Sunnah yang sahih) akan ketara apabila bacaan mantera akan dimasukkan lafaz basmalah, dan diakhiri dengan hamdalah dan syahadah (Haron Daud,2001). Orang yang mandi akan disuruh berselawat, membaca surah-surah tertentu, malah ada yang disuruh menghadap kiblat dan mandi ketika azan bergema. Semua ini lebih ketara apabila mandi bunga dianggap sebagai suatu wasilah kepada ‘ikhtiar dan tawakkal’. Lebih pening lagi apabila bomoh sendiri berpesan ‘Allah sahajalah yang menolong awak, saya cuma berikhtiar’(??).

Mandi Bunga juga cuba dirasionalkan sebagai ‘agama’ sebagaimana mandi-mandi lain yang disyari’atkan oleh al-Qur’an dan al-Sunnah yang sahih seperti mandi junub, mandi kerana menganut Islam, mandi sunnat hari jumaat, mandi sunnat Hari Raya, dan sebagainya. Unsur ‘Popular Islam’ juga ketara apabila teori ‘bau’ dapat difahami. Ada orang Islam yang percaya bahawa salah satu makanan makhlus halus khususnya jin dan roh ialah asap dan bau yang tertentu. Oleh itu, salah satu tujuan kemenyan dan setanggi akan dibakar dalam pelbagai upacara ialah untuk menguatkan kedatangan makhlus halus yang tertarik dengan ‘makanannya’. Sebaliknya makhluk halus yang jahat seperti hantu dan syaitan suka dengan ‘bau’ yang lain pula seperti darah dan benda-benda kotor sebagai makanan.

Maka, kononnya apabila bau tertentu dihasilkan, makhluk yang suka kepadanya akan datang dan makhluk yang membencinya akan lari. Oleh itu, aroma daun, bunga dan limau dalam mandi bunga akan menjauhkan makhluk jahat tertentu dan mendatangkan makhluk lain yang ‘baik’ (malaikat 44, jin Islam, roh wali-wali Allah, roh ‘Puteri Gunung Ledang’ dll ?) sebagai khadam atau ‘pendamping’.

Mandi Bunga dilakukan dengan tujuan untuk membuang sial pada pelakunya, menjauhkan gangguan makhluk halus serta sekaligus menaikkan seri dan mendatangkan tuah (‘ong’ kata orang cina) bagi dirinya (Amran
Kassimin,1993:34). Daun, bunga dan limau dengan sifat tertentu (contoh daun bertemu urat, warna tertentu etc.) dan bilangan tertentu (contoh tujuh jenis bunga dipetik ketika pagi masih berembun) ditambah dengan mantera yang dibaca oleh bomoh akan mendatangkan ‘mana’ atau tenaga tak berperibadi yang tersendiri yang akan mendatangkan manfaat yang diinginkan. Wujud juga varieti mandi untuk ‘membuang sial’ yang lain dikenali sebagai mandi tolak bala, ‘mandi pengantin’ untuk bakal pengantin, ‘mandi bertabal’ untuk pertabalan raja yang baru dan sebagainya.

Kenapa orang lain yang kena bersihkan sisa mandian? Sebab ‘sial’ (‘sueh’ kata orang cina) itu sudah ‘tumpah’ ke bahan-bahan mandian, maka kalau orang yang mandi juga yang bersihkan sisa tersebut maka nanti ‘sial’ itu ‘hinggap’ semula, tuah yang dijemput akan lari dan apa yang dihajati tidak dicapai.

Secara peribadi, saya berpandangan bahawa limau bersama-sama sirih pinang adalah merupakan ‘tiang seri’ dan ramuan utama dalam adat-istiadat orang Melayu. Misalnya:

i. Air tepung tawar yang ‘basic’ terdiri daripada campuran air, bahan-bahan lain dan tidak ketinggalan limau purut yang dihiris (O.K Rahmat,1983:11)
ii.Kajian A.Aziz Bidin dan Aishah Muhammad (1998:180) terhadap tumbuhan ritual mendapati limau nipis digunakan sebagai pengeras bagi pelajar silat dan perubatan tradisional. Limau purut pula diperah dan dicampurkan dengan air bagi mengubat penyakit terkena buatan orang.
iii. Upacara ‘mandi-mandi’ atau ‘berlimau’ diadakan
sebagai pakej adat perkahwinan Melayu selepas kedua-dua pengantin bersatu dengan pengantin berpakaian lengkap dan duduk di bawah kain yang diregangkan dengan pegangan dua orang di kiri dan kanan. Air dan campuran limau, sintuk dan sebagainya akan dijiruskan daripada atas menerusi kain tersebut (Syed Alwi,1986:41)
iv.Kajian Amat Juhari Moain (1990:105) di Sungai Dacing, Lenggeng Negeri Sembilan mendapati dalam upacara berdoa’ dan memanggil semangat padi, pawang akan mengambil limau-limau yang disediakan untuk 'ditawarkan’ dengan cara menepung tawar, menjampi dan meludahnya tiga kali. Selepas itu, limau akan dipotong-potong dan dibawa ke sawah untuk ditempatkan di tapak semaian padi agar padi subur dan selamat dari bencana.

Demikianlah sedikit analisis tentang sebab dan teori mandi bunga, mohon dibetulkan mana yang salah. Adapun tentang kedudukannya di sisi aqidah dan syari’ah Islamiyyah , diserahkan kepada mereka yang lebih berilmu untuk menanggapinya, Insya-Allah.

Rujukan:
A.Aziz Bidin & Aishah Muhammad. (199. Kegunaan Tumbuh-tumbuhan. dalam Wan Hashim Wan Teh & Ismail Hamid,ed. Nilai Budaya Masyarakat Desa : Kajian Etnografi Di Wang Kelian Perlis. Kuala Lumpur : DewanBahasa dan Pustaka.

Amat Juhari Moain. (1990). Kepercayaan Orang Melayu Berhubung Dengan Pertanian. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Amran Kassimin. (1993). Istiadat Perkahwinan Melayu Yang Bukan Daripada Ajaran Islam. Kuala Lumpur: Dinie Publishers.

Haron Daud. (2001). Mantera Melayu : Analisis
Pemikiran. Pulau Pinang : Penerbit USM.

O.K. Rahmat S.H. (1983). Pencemaran Akidah Di
Nusantara. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Syed Alwi Sheikh Al-Hadi. (1986). Adat Resam dan Adat Istiadat Melayu. Cetakan Ketujuh. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Allahu Ta'ala a'lam...





-----------------
Biarkanlah pena menari, lalu sejarah yang menghakimi. Bertintakan hikmah, tertamsil jiwa hamba yang bersujud di hadapan Ilahi.

[ Posting ini telah di edit oleh: SaLaFiaN pada 2003-09-20 13:51 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For SaLaFiaNProfil   Hantar PM kepada SaLaFiaN   Pergi ke SaLaFiaN's Website   Quote dan BalasQuote

dinulhuda1422h
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 19.07.2003
Ahli No: 2447
Posting: 793
Dari: Serambi Mekah

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 20-09-03 04:01


entahlaa...ni laaa adab orang dulu2...jgn sampai percaya sampai jadi syirik dah.......kalau mandi nak bagi wangi...tu tak perlaaa kot....apa-apa hal pun semua benda yang kita buat bergantung pada niat....

Bookmark and Share

    


  Member Information For dinulhuda1422hProfil   Hantar PM kepada dinulhuda1422h   Quote dan BalasQuote

jasmine0981
Warga 2 Bintang
Menyertai: 18.08.2003
Ahli No: 2990
Posting: 43
Dari: pahang

Kelantan  


posticon Posting pada: 09-11-03 06:36


Bunga2 ni masing2 ada keistimewaan die. kalau mandi bunga dia kena ada tujuh jenis ke berapa entah. Elok utk segarkan badan...hilangkan stress dan sebagainya. ada satu jenis tu bunga cempaka ke apa lupa lak..tapi nama saintifik die ylang ylang. Itu utk stress. Aroma dia boleh bantu kita hilangkan stress. Kalau nak tau lebih banyak pasal aroma ni kena cari2 info aromaterapi la...tapi saya yakin ngan pengubatan menggunakan alam semulajadi yang Allah jadikan. Tidaklah dijadikan setiap benda itu sia-sia.

wassalam

Bookmark and Share

    


  Member Information For jasmine0981Profil   Hantar PM kepada jasmine0981   Quote dan BalasQuote

Saifuddin
WARGA SETIA
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3878
Posting: 1421

Kelantan  


posticon Posting pada: 18-11-03 16:15


assalammualaikum
mandi bunga adalah suatu ikhtiar bagi seseorang perempuan yang terkena sihir sehingga jodohnya cuba dihalang oleh penyihir tersebut.Biasanya perempuan yang mandi bunga, warna bunga dan baunya boleh menyegarkan badan dan menyihatkan fikiran. ana nak bagi nasihat berkenaan mandi bunga ini. sebenarnya ada dua jenis satu ikut syariat islam dan satu lagi adalah sihir, jadi pastikan siapa yang mengubat kita adakah dia seorang Ustaz Alhafiz atau seorang tukang sihir.
Pastikan dulu siapa yang buat ramuan mandi bunga tersebut.supaya kita tidak dirosakkan oleh tukang sihir.
Jika ramuan tersebut dibuat olah seorang alhafiz InsyaAllah mujarab.
semua ikhtiar yang Allah benarkan,pastikan ianya ikut syariat.
setiap yang Allah ciptakan ada manafaatnya lebih lagi bunga yang ada khasiatnya.
betullah kata akuzaki, sesiapa yang mengkaji insyaallah temui jawapan nya secara saintifik.
warna-warna pada bunga tersebut memancarkan gelombang warna, ini dapat dibuktikan dengan sains.
cuba dapatkan kajian jarak gelombang bagi warna.


Bookmark and Share

    


  Member Information For SaifuddinProfil   Hantar PM kepada Saifuddin   Quote dan BalasQuote

amyla
Warga Rasmi
Menyertai: 18.12.2003
Ahli No: 5782
Posting: 2

Johor  


posticon Posting pada: 18-12-03 10:16


pasal mandi bunga tu boleh dpt jodoh tu kene pikir logik ler....sbbkalau kita mandi guna bhn2 yg wangi secara automatik ler badan kita jd lebih segar& wangi,so kan nam-ak ler diri kite ni lebih segar gitu...pernah gak terbaca yg mandi bunga ni dpt merawat hati dan perasaan.ini kerana buga adalah pencerap tanaga matahari yg paling baik.mandi dgn air yg dicampaur dgn bunga memungkinkan anda mendapat kebaikan2 tenaga matahari yg dicerap dan diproses olleh bunga.
Tenaga dari bunga dikatakan mamapu memintas @menghapuskan tenaga2 yg tidak baik dlm tubuh sesorg.Mandi dgn buga spt membersihkan diri drpd racun.Cara mandi pun kene betul...jgn dok tibai semcm...cara mandi yg betul,dr bwh keatas...dimulakan dgn bismilah....yg mandi wajib kene amik wuduk dulu... tu jek yg dpt di kongsi.








Bookmark and Share

    


  Member Information For amylaProfil   Hantar PM kepada amyla   Quote dan BalasQuote

mdfakhri
WARGA SETIA
Menyertai: 25.03.2006
Ahli No: 23701
Posting: 1082
Dari: Terengganu Darul Iman

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 02-04-06 05:16


tak salah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For mdfakhriProfil   Hantar PM kepada mdfakhri   Quote dan BalasQuote

akwa
WARGA SETIA
Menyertai: 23.11.2005
Ahli No: 20434
Posting: 729
Dari: tganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 02-04-06 05:24


mandi bunga tuk percepatkan jodoh..
tak ramai orang praktik warisan melayu ni...

Bookmark and Share

    


  Member Information For akwaProfil   Hantar PM kepada akwa   Pergi ke akwa's Website   Quote dan BalasQuote

zilzal
WARGA SETIA
Menyertai: 12.03.2006
Ahli No: 23382
Posting: 854
Dari: somewhere in jordan

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 02-04-06 11:49


doa banyak2 lepas solat...ada kawan zilzal dia doa hari2 nak kahwin selama 2 bulan..lepas tu Allah tunaikan wish dia....

p/s: Allah nak tahu setakat mana pengharapan kita..

Bookmark and Share

    


  Member Information For zilzalProfil   Hantar PM kepada zilzal   Quote dan BalasQuote

cahaya_imani
Warga 2 Bintang
Menyertai: 23.03.2006
Ahli No: 23668
Posting: 70
Dari: AloQ sTaQ

Kedah  


posticon Posting pada: 02-04-06 18:21


saya rasa kalau mandi bunga semata2 untuk untuk segarkan badan tak salah........sebab bunga2 yang digunakan mungkin ada khasiat yang tersendiri.........tapi kalau mandi bunga semata2 nak cepatkan jodoh pelik.........saya pun hairan..........apa ada dekat bunga yang kita gunakan untuk mandi itu sehinggakan boleh mempercepatkan jodoh......pelik...pelik

Bookmark and Share

    


  Member Information For cahaya_imaniProfil   Hantar PM kepada cahaya_imani   Quote dan BalasQuote

akwa
WARGA SETIA
Menyertai: 23.11.2005
Ahli No: 20434
Posting: 729
Dari: tganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 03-04-06 00:47


Pada 02-04-06 18:21 , cahaya_imani posting:

!!! QUOTE !!!

apa ada dekat bunga yang kita gunakan untuk mandi itu sehinggakan boleh mempercepatkan jodoh......pelik...pelik


itu kenela tanya ahli sains..
mungkin ada sesuatu yang tersembunyi didalam bunga agaknya....
jangan pelik ye..


-----------------
bekerjalah bersungguh-sungguh seolah-olah hidup selama-lamanya,beribadatlah dengan ikhlas seolah-olah mati esok hari.


Bookmark and Share

    


  Member Information For akwaProfil   Hantar PM kepada akwa   Pergi ke akwa's Website   Quote dan BalasQuote

tasbih_30
WARGA SETIA
Menyertai: 27.02.2006
Ahli No: 23040
Posting: 1952
Dari: PERAK

congo  


posticon Posting pada: 25-05-06 23:44


mandi bunga untyuk perubatan memang ada... ada dikaitkan dengan kodoh kononnya untuk buang sihir yang dikenakan bagi menghalang jodoh ,,, ana percaya mandi bunga sebagai langkah dalam perubatan tradisional... namun untuk mempercepatkan jodoh itu adalah hal karut...


-ada satu peristiwa menimpa saudara hamba...ketika meminang perempuan tu cantik... malam angkat nikah di masjid tiba-tiba muka perempuan tu yang sebenar kelihatan... satu hari perempuan tu kerasukan... guru hamba pergi mengubatnya..ketika tu terbongkar satu persatu cerita rupanya perempuan tu pakai sihir yang menggunakan kaedah mandi bunga untuk mencantikkan wajah(menipu pandangan)...selain tu macam-macam benda perempuan tu pakai..selit macam-macam dalam rumah antaranya bungkusan kain kuning dijahit dalam bantal suaminya..

ditakdirkan kini pasanagn tersebut telah bercerai...

Bookmark and Share

    


  Member Information For tasbih_30Profil   Hantar PM kepada tasbih_30   Quote dan BalasQuote

amira_aqilah
WARGA SETIA
Menyertai: 28.11.2005
Ahli No: 20523
Posting: 900
Dari: planet bumi

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 26-05-06 10:04


Pada 25-05-06 23:44 , tasbih_30 posting:

!!! QUOTE !!!


-ada satu peristiwa menimpa saudara hamba...ketika meminang perempuan tu cantik... malam angkat nikah di masjid tiba-tiba muka perempuan tu yang sebenar kelihatan... satu hari perempuan tu kerasukan... guru hamba pergi mengubatnya..ketika tu terbongkar satu persatu cerita rupanya perempuan tu pakai sihir yang menggunakan kaedah mandi bunga untuk mencantikkan wajah(menipu pandangan)...selain tu macam-macam benda perempuan tu pakai..selit macam-macam dalam rumah antaranya bungkusan kain kuning dijahit dalam bantal suaminya..

ditakdirkan kini pasanagn tersebut telah bercerai...
owh...so sad...
bersyukurla dengan apa yang ada... 8-)
mohon dan yakin pada Allah

Bookmark and Share

    


  Member Information For amira_aqilahProfil   Hantar PM kepada amira_aqilah   Quote dan BalasQuote

fizah_862000
WARGA SETIA
Menyertai: 07.08.2004
Ahli No: 10528
Posting: 844
Dari: seremban

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 26-05-06 16:48


:-(


-----------------
"Jika Allah menolong kamu, tiada sesiapa pun yang dapat mhalang kamu..."surah Ali Imran:129
[ Telah diedit oleh: fizah_862000 pada 03-06-06 20:38 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For fizah_862000Profil   Hantar PM kepada fizah_862000   Pergi ke fizah_862000's Website   Quote dan BalasQuote

fizah_862000
WARGA SETIA
Menyertai: 07.08.2004
Ahli No: 10528
Posting: 844
Dari: seremban

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 26-05-06 16:54


em.em.em. bagi saya, mndi bnga merupakan satu usaha jugak..tapi, tengoklah siapa yang buatkan air bunga tu.. :-) mmm...mandi bunga @ mandi dengan air limau kasturi pun ikutla. dua-dua wangi.. :-)
kan Syaitan tak suka dengan wangi2 ni? apa yang penting, mandilah setiap hari, jangan xmandi pulak...nanti banyak benda yang mlekat kat badan.
Allah Taala a'lam


-----------------
"Jika Allah menolong kamu, tiada sesiapa pun yang dapat mhalang kamu..."surah Ali Imran:129


Bookmark and Share

    


  Member Information For fizah_862000Profil   Hantar PM kepada fizah_862000   Pergi ke fizah_862000's Website   Quote dan BalasQuote

tasbih_30
WARGA SETIA
Menyertai: 27.02.2006
Ahli No: 23040
Posting: 1952
Dari: PERAK

congo  


posticon Posting pada: 03-06-06 11:34


Pada 26-05-06 16:48 , fizah_862000 posting:

!!! QUOTE !!!

huhuhu...sad lah jugak cerita tu...huhu




enti gelakk ke tu...?

Bookmark and Share

    


  Member Information For tasbih_30Profil   Hantar PM kepada tasbih_30   Quote dan BalasQuote

fizah_862000
WARGA SETIA
Menyertai: 07.08.2004
Ahli No: 10528
Posting: 844
Dari: seremban

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 03-06-06 20:37


Pada 03-06-06 11:34 , tasbih_30 posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 26-05-06 16:48 , fizah_862000 posting:

!!! QUOTE !!!

huhuhu...sad lah jugak cerita tu...huhu




enti gelakk ke tu...?



ish...sedihlah...takkan nak gelak..

~peace no war~ muslims are united~


-----------------
"Jika Allah menolong kamu, tiada sesiapa pun yang dapat mhalang kamu..."surah Ali Imran:129


Bookmark and Share

    


  Member Information For fizah_862000Profil   Hantar PM kepada fizah_862000   Pergi ke fizah_862000's Website   Quote dan BalasQuote

alSubhi
Warga 3 Bintang
Menyertai: 27.01.2007
Ahli No: 28403
Posting: 137
Dari: KL, melbourne, australia

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 26-03-07 10:27


Usaha, Doa and Tawakal...

Usaha dia mandi bunge... lepas itu berdoa lah... lepas itu tawakal...

Am i right? Usaha, Doa, Tawakal...

Bookmark and Share

    


  Member Information For alSubhiProfil   Hantar PM kepada alSubhi   Quote dan BalasQuote

damiaamiesha
Warga Rasmi
Menyertai: 15.03.2007
Ahli No: 29188
Posting: 9
Dari: ukm bangi

Johor  


posticon Posting pada: 26-03-07 11:22


bagi saya mndi bnga 2 sebagai usaha.. kita kena berusaha....
tapi jangan lah percaya 100% lepas mndi 2 terus boleh dapat jdoh
yang penting kita usaha pas 2 doa dan tawakkkal pada Allah
tak salah kan kalau kita mncuba :-D

Bookmark and Share

    


  Member Information For damiaamieshaProfil   Hantar PM kepada damiaamiesha   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 26-03-07 11:40


tak salah mandi bunga, sebab adat orang dedulu adat bersendikan syarak.

kita melakukan sesuatu sebagai ikhtiar atau musabab.

seperti adat membaling baju pengantin ke atap rumah supaya pada hari majlis tidak hujan dan kenduri dapat dijalankan dengan lancar. kalau kita pikio, tak logik kan?

Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

eme86
WARGA SETIA
Menyertai: 13.07.2005
Ahli No: 17258
Posting: 2026
Dari: Temerloh, Pahang.

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 26-03-07 13:53


:roll: Yang penting kita ikhtiar dahulu, lepas tu baru serahkan pada Allah....manusia merancang, tetapi yang menentukan ialah Allah.......


-----------------
Sungguh sukar perjalanan menuju MU, jadikanlah aku orang-orang yang bersyukur dan hampir dengan MU...


Bookmark and Share

    


  Member Information For eme86Profil   Hantar PM kepada eme86   Quote dan BalasQuote

eyla05
WARGA SETIA
Menyertai: 17.10.2005
Ahli No: 19884
Posting: 546
Dari: perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 26-03-07 14:03


tidak pasti lah....tapi terpulang pada individu itu sendiri sama ada percaya atau tidak percaya kesahihannya.........

Bookmark and Share

    


  Member Information For eyla05Profil   Hantar PM kepada eyla05   Quote dan BalasQuote

tero_1809
Warga 2 Bintang
Menyertai: 14.10.2005
Ahli No: 19818
Posting: 56
Dari: negeri sembilan

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 14-04-07 17:55


salam
tah..
nenek saya tukang urut.........
dia kata mandi bunge ini dapat segarkan badan..........
mungkin kalau badan segar seri muka pun naik ka.
logik tak......................
nenek saya yang cakap.................

Bookmark and Share

    


  Member Information For tero_1809Profil   Hantar PM kepada tero_1809   Pergi ke tero_1809's Website   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 14-04-07 18:00


logik sebab bunga ada kandungan yang berkhasiat untuk badan manusia.. cuba tengok beraoa banyak alat solek wanit a macam krim muka dari bunga...

Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

Wuddah
WARGA SETIA
Menyertai: 04.03.2007
Ahli No: 29021
Posting: 508
Dari: Chenderong Balai

Perak  


posticon Posting pada: 14-04-07 18:24


Assalamualaikum...tak tahulah....tapi ramai yang cakap tentang khasiat mandi bunga...

Bookmark and Share

    


  Member Information For WuddahProfil   Hantar PM kepada Wuddah   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 
 



Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.456091 saat. Lajunya....