Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti :: Ukhwah.com
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Profil Liputan Media Impian & Harapan Hubungi Kami Laman Peribadi  








Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

Mutiara Kata
Sesiapa yang menolak kata-kata buruk terhadap kehormatan diri saudaranya, nescaya Allah menolak api neraka daripada mengenainya pada hari kiamat.
-- -- Hadis riwayat Ahmad dan Tirmizi

Menu Utama

Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 107
Ahli: 0
Jumlah: 107




Yang Masuk Ke Sini
nasiruddin: 3 hari yang lalu
Kang: 22 hari yang lalu
lidah-penghunus: 24 hari yang lalu
muslimin23: 32 hari yang lalu


[ Mari BERSELAWAT kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Ukhwah.com ini ]




Sukan dan Riadah
Topik: Greece boeh, Malaysia juga boleh


Carian Forum

Moderator: Administrator, mohamad
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Sukan dan Riadah
    »» Greece boeh, Malaysia juga boleh

Please Mendaftar To Post


Oleh Greece boeh, Malaysia juga boleh

dakwah_ilahi
WARGA SETIA
Menyertai: 04.03.2004
Ahli No: 7735
Posting: 1108
Dari: Eropah

uk   avatar


posticon Posting pada: 09-07-04 17:46




Oleh Fahmi Omar
[email protected]

SAYA antara jutaan rakyat Malaysia yang mengunci jam pada 2.30 pagi, untuk bangun dan membuat kopi sebelum memasang televisyen untuk menyaksikan siaran langsung bola sepak Euro 2004, yang berakhir awal pagi Isnin lalu.

Malah, pagi seumpama itu sudah berlarutan sejak 13 Jun lalu, semata-mata saya sebagai peminat sukan bola sepak, ingin menyaksikan kehebatan saingan kejohanan terunggul di Eropah.

Perjalanan kehidupan seharian juga berubah sepanjang Euro 2004, kerana terpaksa bersengkang mata hingga Subuh dan hampir terlelap sepanjang siang hari.

Selepas semuanya selesai, Greece dinobatkan juara selepas menewaskan tuan rumah, Portugal 1-0 di perlawanan akhir, satu keputusan yang tidak pernah diduga.

Greece sebelum kejohanan diletakkan pilihan 150-1 untuk memenangi Euro 2004, tetapi di bawah jurulatih Otto Rehhagel, pasukan sederhana dan kerdil itu menafikan segala tanggapan untuk mengejutkan dunia dengan keputusan yang seharusnya tidak pernah terlintas dek akal.

Barisan Greece tidak diwarnai pemain bintang terkenal, malah nama kaptennya, Theodoros Zagorakis, pun susah nak sebut apatah lagi Nikopolidis, Seitaradis, Fyssas, Katsouranis, Giannakopoulos atau Vryzas.

Bukankah lebih mudah jika ramalan lima ‘kuasa besar’ bola sepak Eropah - Jerman, Perancis, England, Itali dan Sepanyol - tepat untuk menenangi Euro 2004?

Senanglah sikit untuk kita menyebut Ballack, Henry, Zidane, Beckham, Owen, Vieri mahupun Raul apabila pasukan terbabit menang, kerana semua nama itu sudah meniti di bibir peminat bola sepak dunia sekian lama.

Bagaimanapun, dalam bola sepak, apa saja boleh terjadi dan tiada apa yang mustahil.

Malah, keajaiban yang dijelmakan Greece tempoh hari, sebenarnya menyaksikan tidak mustahil Malaysia, ‘kalau kena caranya’ juga tidak boleh diperlekehkan untuk menjuarai Piala Dunia satu hari nanti.

Greece sudah membuktikan beberapa pengajaran berguna buat skuad bola sepak kebangsaan dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) khususnya, dalam usaha kita untuk menempa nama di peringkat antarabangsa.

Antara paling ketara, saiz bukan penentu untuk kejayaan. Sebagai sebuah negara kecil, ia tidak semestinya kerdil dalam saingan bola sepak atau apa-apa jenis sukan sekalipun.

Seharusnya atlit negara khususnya pemain bola sepak kita, tidak terlalu merendah diri dengan mengakui Malaysia begitu kerdil untuk menentang skuad lebih ternama.

Dalam erti kata lain, mereka sudah mengaku kalah sebelum turun ke padang sedangkan Greece membuktikan, ia adalah sebaliknya.

Semangat melawan sebelum perlawanan berakhir, perlu ada dalam setiap sanubari atlit negara.

Saya juga tertarik dengan komen Naib Presiden FAM, Datuk Seri Dr Ibrahim Saad, dalam satu rancangan televisyen malam Isnin lalu. Beliau berkata:

“Kita makan nasi, orang Korea (Selatan) pun makan nasi. Tapi jika dilihat rata-rata pemain Korea badannya lebih besar dan tinggi. Itu sebab mereka bagus bermain (bola sepak).”

Kenyataannya itu seolah-olah menggambar beliau sudah mengaku kalah semata-mata pemain kita tidak sebesar pemain Korea Selatan. Jika benar fizikal atau susuk badan memainkan peranan, FAM seharusnya menekankan aspek pemakanan dan diet bagi pemainnya.

Dalam konteks ini, bukannya FAM perlu menjurus kepada pembentukan pemain sedia ada, kerana pemain yang ada sekarang sudah ‘kematu’ badannya malah sesetengah yang menyarung jersi kebangsaan, sudah dianggap kuda tua.

Jika FAM sedar fizikal pemain penting, faktor pemakanan dan diet sudah bermula dari peringkat skuad remaja atau akar umbi.

Malangnya, pada pendapat saya, aspek pembangunan pembentukan pemain pelapis berkaliber negara, agak kurang diberi perhatian. Malah kadang-kala dilihat seperti diabaikan oleh FAM.

Itulah sebabnya pemain kita berbadan kecil (tidak setegap pemain Korea seperti yang dikehendaki Dr Ibrahim), tetapi sebenarnya ia berpunca daripada FAM sendiri yang ‘terlupa’ memberi makanan berkhasiat kepada pemain skuad remajanya, beberapa tahun lalu.

Pengajaran kedua Greece yang boleh dijadikan iktibar ialah semangat dan kerjasama berpasukan lebih penting daripada kebolehan bermain secara individu.

Memang satu atau dua pemain berbakat hebat boleh menukar hala tuju pasukan dalam permainan, tetapi kejituan dan persefahaman kesebelasan pemain lebih utama termasuk dari segi moral dan semangat berpasukan, serta keazaman untuk menang.

Jika kita ada pemain seperti Zidane, Henry, Raul, Ballack dan bintang terkenal lain, ia tidak semestinya mampu menjanjikan kejayaan jika semua pemain itu gagal menyinar sebagai satu pasukan.

Pengajaran Greece seterusnya mungkin daripada sentuhan jurulatih itu sendiri, seorang yang pakar menentukan kesesuaian corak yang ingin dipersembahkan untuk mencatat kemenangan.

Seorang jurulatih yang baik dapat membantu pemain mencapai tahap optimum potensinya, seterusnya mengadunkan kesebelasan utama bergerak sebagai satu unit atau mesin yang lancar tanpa sebarang geseran mekanikal.

Jurulatih itu juga perlu bijak merangsang pasukannya untuk mewujudkan semangat pasukan, mempunyai moral yang tinggi dan azam untuk menang.

Dalam nada yang sama, FAM perlu melantik seorang pakar strategi dan taktik pasukan, yang tahu menilai kekuatan dan kelemahan lawan untuk menyediakan strategi tersendiri bagi mengalahkan lawan.

Jika semua ini dapat dijelmakan, tidak mustahil Malaysia juga boleh menjadi Greece satu hari nanti di arena bola sepak antarabangsa.

Namun, untuk menanti FAM melakukan langkahnya membentuk skuad kebangsaan sehebat Greece, biarlah saya mengunci jam seawal 6.30 pagi pula selepas ini.

Ini kerana saingan Copa America sudah bermula, apatah lagi pasukan idola saya, Brazil memperagakan kehebatannya.

Dan pasti perjalanan kehidupan saya berubah lagi buat beberapa minggu mendatang, dengan harapan skuad kebangsaan kita berubah wajah sehebat Greece kelak.



Bookmark and Share

    


  Member Information For dakwah_ilahiProfil   Hantar PM kepada dakwah_ilahi   Pergi ke dakwah_ilahi's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 
 



Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.295753 saat. Lajunya....