Oleh |
koleksi jenaka pendek |
darul_numan81
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 16.05.2003 Ahli No: 239
Posting: 1548
Dari: Batu Pahat,Johor
|
Posting pada: 11-06-03 18:03
citer 1 Seorang perempuan tua berjumpa seorang doktor dan bertanya, "Doktor, saya ada masalah dengan perut yang selalu berangin, tapi ianya tidak pernah menganggu saya...kentut saya tak pernah berbau, dan senyap. Jadi saya selalu kentut. Doktor meminta penjelasan lebih lanjut dari perempuan tua itu..., dan perempuan tua itu berkata, "Sebenarnya, saya sudah kentut sebanyak 20 kali ketika berada dihadapan doktor. Mungkin doktor tak tau sebab kentut saya tidak berbau dan senyap." Sambil menarik nafas.. dan tersekat2 ..Doktor itu menjawab, "Ok, sekarang ambil pil ini dan datang jumpa saya minggu depan." Seminggu selepas itu, perempuan tua itu kembali. "Tuan Doktor," panggilnya sambil marah-marah, "Saya tak tau pil apa yang yang doktor beri pada saya, tapi sekarang kentut saya... walaupun masih senyap...tapi baunya sangat busuk." Doktor itu membalas, "Bagus!!! kita sudah mengubati hidung makcik yang tersumbat , sekarang,mari saya periksa telinga makcik." moral of the story : berjaga jagalah ketika lepaskan angin tu.. walaupun kita tak bau.. tak dengar.. tak bermakna orang lain pun tak dengar gak ! hehehehe.. ----------------- Kehidupan adalah satu ujian...
|
darul_numan81
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 16.05.2003 Ahli No: 239
Posting: 1548
Dari: Batu Pahat,Johor
|
Posting pada: 11-06-03 18:05
citer 2 Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat. Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong berwarna merah."Atok buat apa tu?" "Atok bagi surat kat kawan atok, cu!"jawap atoknya. Cucunya bertanya lagi,"Apa bodoh sangat kawan atok duduk dalam tong merah tu?" ----------------- Kehidupan adalah satu ujian...
|
darul_numan81
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 16.05.2003 Ahli No: 239
Posting: 1548
Dari: Batu Pahat,Johor
|
Posting pada: 11-06-03 18:09
Peter yg telah lama bertugas di Hong Kong terkejut apabila tunangnya tiba2 ingin memutuskan pertunangan. Wanita itu juga meminta dikembalikan semua gambarnya. Lalu Peter memungut semua gambar yg ada dalam simpanannya kemudian dibungkus dalam kotak besar lalu diposkan kepada tunangnya bersama nota: "Maaf, aku lupa yg mana satu gambarmu. Pilihlah sendiri gambar tu..tapi ingat .. selebihnya kembalikan kepada aku" ----------------- Kehidupan adalah satu ujian...
|
darul_numan81
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 16.05.2003 Ahli No: 239
Posting: 1548
Dari: Batu Pahat,Johor
|
Posting pada: 11-06-03 18:16
citer ke-4 Satu hari ada tiga orang sahabat naik menara KL .Bila dah sampai kat atas diorang rasa tersangat lah boringnya... so diorang buatlah satu pertandingan... diorang kena campak jam tangan ke bawah dan sambut. Siapa sempat dikira menang lah. So org pertama campak jam dia keluar tingkap. Baru dua anak tangga dia turun, jam dia pecah berderai !!! Org kedua pun cuba plak... dia campak jam dia dan baru dia nak angkat kaki, jam dia dah pecah berderai... orang ketiga plak...Dia campak jam dia, dia turunlah dari KL tower tu, beli surat khabar,lepas tu beli burger, pas tu dia duduk lepak-lepak kat bangku. Lepas tu dia sambut jam dia dan naik atas semula... Yang dua orang tadi punyalah pelik dan hairan ... diorang punnn tanya ... "eh! camana kau boleh sempat sambut haa ? Siap boleh baca paper la, beli burger la...??" ` Oh,,jam tangan aku lambat 30 minit lah ` ----------------- Kehidupan adalah satu ujian...
|
darul_numan81
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 16.05.2003 Ahli No: 239
Posting: 1548
Dari: Batu Pahat,Johor
|
Posting pada: 11-06-03 18:23
citer ke-5 Pada suatu pagi, Cik Tina ingin menghantar anaknya, Farid ke sekolah dengan menggunakan kereta barunya. Semasa hendak mengundurkan keretanya itu Cik Tina pun berpesan kepada anaknya : Cik Tina : Farid, tolong tengok-tengokkan belakang kereta. Kalau langgar pokok beritahu ibu. Farid: Baiklah , ibu! Cik Tina: Kena tak ? Kena tak? Farid: Belum, belum. Undurlah lagi ibu. Cik Tina: Kena tak ? Kena tak? Farid: Undur lagi, lagi, lagi . Tiba-tiba terdengar bunyi yang kuat , bang !! Farid: Okay ibu, dah kena pun pokok ! Cik Tina: Alamak ! Macam mana boleh terlanggar pokok? Habis kereta aku ! Farid: Kata ibu bila kena pokok beritahu, dah kena pokoklah tu ! ----------------- Kehidupan adalah satu ujian...
|
darul_numan81
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 16.05.2003 Ahli No: 239
Posting: 1548
Dari: Batu Pahat,Johor
|
Posting pada: 11-06-03 18:30
Citer 6 Satu hari, seorang pilot telah di tugaskan untuk membawa 30 pesakit jiwa berpindah ke satu kawasan yang baru dengan menaiki kapal terbang yang akan di pandunya.Pada keesokan hari, seperti yang dijanjikan juruterbang itu pun membawa 30 pesakit jiwa tersebut.29 pesakit tersebut terlalu gembira dapat menaiki kapal terbang itu.Mereka semua melompat-lompat di dalam kapal terbang itu.Bagaimanapun cuma seorang pesakit sahaja yang hanya mendiamkan diri. Tiba-tiba kapal terbang yang mereka semua naiki bergegar akibat 29 pesakit yang melompat-lompat itu.Pilot menjadi geram akibat perbuatan 29 pesakit itu. Dia tidak dapat mengawal kapal terbang yang bergegar itu. Pilot tersebut memanggil pesakit jiwa yang pendiam itu dan menyuruh supaya dia memberitahukawan-kawannyasupaya berhenti bermain. Lima minit kemudian, pilot itu mendapati kapal terbang kembali stabil. Pilot memangggil sekali lagi pesakit jiwa yang pendiam itu dan bertanya "kenapa semuanya boleh menjadi senyap dalam sekelip mata. apa yang kau bagi tau sama kawan-kawan kau itu". Pesakit itu pun menjawab " Saya bagitau kat kawan-kawan saya ..... kalau nak melompat lompat..pergi main kat luar !!!!! ----------------- Kehidupan adalah satu ujian...
|
putera_manis
WARGA SETIA Menyertai: 14.05.2003 Ahli No: 22
Posting: 593
Dari: Segamat
|
Posting pada: 11-06-03 19:34
hahahaha...  lawaknyer..... sungguh lawak... ----------------- 
MAta BErtENTanG,kAn tIMBul kaSIH SAyanG....
HAti berTEMU HatI,KAn laHIr rASa kaSIh.....
BiLA dAHI BERtemu SEjaDah,BAruKAN teRAsA KeBESaraN iLAhi...
KetENAngan Jua DiPerolehi..
|
izdham
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 14.05.2003 Ahli No: 14
Posting: 1521
Dari: german
|
Posting pada: 11-06-03 20:40
boleh tahan lawaknya....boleh buat koleksi ni
|
budu_cap_ketereh
Warga Rasmi Menyertai: 20.05.2003 Ahli No: 603
Posting: 12
|
Posting pada: 11-06-03 21:21
ooo...rupanye ini keje dia ye...asyik berforum je.keje dh siap blum?
|
darul_numan81
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 16.05.2003 Ahli No: 239
Posting: 1548
Dari: Batu Pahat,Johor
|
Posting pada: 12-06-03 23:45
as'kum..kerja dah siapler..sbb tu sempat berforum dlm ni.. isk..isk..dia ni, bos pun tak marah... bos tahu pekerja dia yg sorang ni mmg rajin wassalam  ----------------- Kehidupan adalah satu ujian...
|
simba
Warga 4 Bintang Menyertai: 15.05.2003 Ahli No: 184
Posting: 251
Dari: BAnGi
|
Posting pada: 13-06-03 00:13
Uihh,lawak sungguh kak numan ye...ermm,boleh la masuk pertandingan bercerita cerita lawak peringkat kebangsaan nanti..he he he
|
aza
WARGA SETIA Menyertai: 14.05.2003 Ahli No: 27
Posting: 834
Dari: kuala lumpur
|
Posting pada: 13-06-03 22:15
hehehe...lawaknya..sampai sakit mulut dok tegelak ....
|
amad
Warga 3 Bintang Menyertai: 14.05.2003 Ahli No: 64
Posting: 147
Dari: Cleveland
|
Posting pada: 15-06-03 00:51
 ana tak tahan yg pesakit jiwa tuh... ----------------- ~berjalan, melihat, mentafsir..~
|
SaLaFy
Warga 3 Bintang Menyertai: 16.05.2003 Ahli No: 341
Posting: 99
Dari: Taman Melawati, KuaLa LumpUR, BuMi A||aH SwT...
|
Posting pada: 15-06-03 18:15
|
-sakura-
Warga 4 Bintang Menyertai: 15.05.2003 Ahli No: 120
Posting: 218
Dari: IICM GOMBAK
|
Posting pada: 17-06-03 13:05
heheheheh... ----------------- ~wAnItA hIaSaN dUnIa, SeInDaH hIaSaN aDaLaH wAnItA sOlEhAh~
::jaga diri hiasi peribadi::
|
darul_numan81
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 16.05.2003 Ahli No: 239
Posting: 1548
Dari: Batu Pahat,Johor
|
Posting pada: 23-06-03 11:13
as'kum...ana nak sambung lagi... citer 7: Aku nak cepat la !!! Semua kaunter pemeriksaan tiket di KLIA penuh dengan penumpang. Semasa sedang check-in, para petugas pula kelihatan sibuk. Didalam keadaan sesak itu, tiba-tiba seorang lelaki meluru kehadapan kaunter J dan menyerahkan tiketnya. Petugas disitu mengerutkan dahi dan menggeleng-gelengkan kepala. "Encik tak boleh buat macam ni, nanti penumpang lain marah. Orang lain dah lama beratur." kata petugas kaunter. "Lama sangat dah setengah jam saya tunggu" jawab lelaki itu. "Kami telah berusaha untuk melakukan sepantas mungkin, maaf, encik terpaksa juga beratur dibelakang sana" kata petugas kaunter. "Berani awak kata macam tu kepada saya, awak tahu siapa saya ?" sergah lelaki itu sambil bercekak pinggang. Petugas kaunter menggeleng kepala lalu mencapai mikrofon dan membuat pengumuman "Tuan-tuan dan puan-puan, ada seorang lelaki didepan kaunter J yang tidak tahu siapa dirinya. Sesiapa yang mengenali lelaki ini, sila kedepan. Terima kasih" ----------------- Kehidupan adalah satu ujian...
|
darul_numan81
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 16.05.2003 Ahli No: 239
Posting: 1548
Dari: Batu Pahat,Johor
|
Posting pada: 23-06-03 14:05
citer 8 Pemohon Yang Jujur Seorang penganggur sedang mengisi borang memohon pekerjaan sebagai seorang Pengawal Keselamatan di sebuah bank. Dia sedang menjawab satu soalan berbunyi "Pernahkan anda ditangkap?". Dia mencatatkan jawapan "Tidak Pernah" Soalan seterusnya adalah untuk dijawab jika jawapannya adalah "Ya" bagi soalan sebelumnya. Soalannya berbunyi "Kenapa?" Tetapi penganggur itu menjawab juga soalan itu dengan menulis "Kerana tidak pernah dapat ditangkap". ----------------- Kehidupan adalah satu ujian...
|
putera_manis
WARGA SETIA Menyertai: 14.05.2003 Ahli No: 22
Posting: 593
Dari: Segamat
|
Posting pada: 23-06-03 14:16
lawak.....lawak..... ----------------- 
MAta BErtENTanG,kAn tIMBul kaSIH SAyanG....
HAti berTEMU HatI,KAn laHIr rASa kaSIh.....
BiLA dAHI BERtemu SEjaDah,BAruKAN teRAsA KeBESaraN iLAhi...
KetENAngan Jua DiPerolehi..
|
darul_numan81
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 16.05.2003 Ahli No: 239
Posting: 1548
Dari: Batu Pahat,Johor
|
Posting pada: 23-06-03 16:12
citer 9 Peristiwa dlm keretapi Masa aku balik dari Singapore menaiki keretapi adalah tiga orang yang duduk bersama, dua didepan aku satu kat sebelah. Yang kat depan aku ni, orang American dan disebelahnya orang Cuba. Sebelah aku pulak orang Bangladesh. Dalam perjalanan tu kami pun berborak- boraklah pasal negara sendiri...borak punya borak, tiba-tiba si American ni pun keluarkan duit dollar dia lalu dibakarnya, dikeluarkannya sebatang rokok lalu dibakarnya rokok itu dengan duit tadi, lepas tu dibuangnya duit itu keluar. Terkejutlah semua melihat kelakuan Mat salleh tu tadi...bertanyalah si orang Cuba tadi "Why you do that for?". Dengan selamba mat salleh tu menjawab "Don't worry, i got a lot american dollar in my country". Tercenganglah masing-masing. Belum habis tercengang... si Cuba ni pun tiba-tiba mengeluarkan sebatang curut (curut Cuba adalah antara yang termahal didunia) luarkan sebatang curut (curut Cuba adalah lalu dinyalakannya. Belum sempat beberapa sedut...terus dia membuangnya keluar tingkap..."Why you do that for" kata american tadi... "Don't worry, i got a lot cigar in my country". Terkejutlah aku dibuatnya. Masa tu aku tengok Bangladesh tu tengah pikir apa nak dibuat pulak. Masa dia tengah fikir. Aku pun apa lagi...tangkap Bangla tu terus aku campak ke luar tingkap...belum sempat dia orang tanya lagi aku pun cakap lah..., "DON'T WORRY, I GOT A LOT BANGLADESH IN MY COUNTRY" ----------------- Kehidupan adalah satu ujian...
|
darul_numan81
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 16.05.2003 Ahli No: 239
Posting: 1548
Dari: Batu Pahat,Johor
|
Posting pada: 23-06-03 17:52
citer 10 Seorang gadis sedang sibuk menulis di atas meja di dalam pejabat pos. Tiba - tiba dia didatangi oleh seorang lelaki separuh umur. "Maaf kan saya,"kata lelaki itu. "Saya nak minta tolong sedikit ni....boleh tak saudari menulis dan menghantar poskad ini bagi pihak saya?" Gadis tersebut bersetuju dan meminta barang - barang tersebut. Dia juga tidak kisah untuk menandatanganinya selepas menulisnya nanti. "O.k! Siap,"kata gadis tersebut tersenyum sambil menghulurkan poskad yang telah ditulis dan ditandatanganinya. Gadis itu pun meminta diri . Tak sampai beberapa langkah berjalan, gadis itu berhenti kerana dipanggil oleh lelaki tadi. Sambil senyum gadis itu bersuara;"Er...ada apa-apa lagi yang boleh saya lakukan untuk encik?" "Ya," jawab lelaki tersebut. "Di bahagian bawah poskad ini tolong tuliskan : P/S - Maafkan saya kerana tulisan ini tidak cantik." ----------------- Kehidupan adalah satu ujian...
|
johnny_islam
Warga 1 Bintang Menyertai: 06.06.2003 Ahli No: 1125
Posting: 21
Dari: bumi Allah swt
|
Posting pada: 23-06-03 20:42
bestla lawak2 kak numan ni ... post ler banyak2 lagu yer ....
|
darul_numan81
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 16.05.2003 Ahli No: 239
Posting: 1548
Dari: Batu Pahat,Johor
|
Posting pada: 24-06-03 12:27
citer 11 Pisang 3 Orang pemuda telah ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah atas sebab berkelakuan tidak bersenonoh di Zoo Negara. Dalam perbicaraan tersebut Hakim bertanyakan kepada pemuda-permuda tersebut. Hakim: Kamu bertiga didapati bersalah kerana berkelakuan tidak senonoh di Zoo Negara tempoh hari. Jadi saya ingin bertanya nama kamu dan apakah tuduhan kamu?? Pemuda pertama: Nama saya Ali. Saya ditanggap kerana dituduh mencampak pisang ke dalam kandang Gajah. Pemuda kedua: Nama saya Abu. Saya dituduh membantu Ali besama-sama untuk mencampak pisang ke dalam kandang Gajah. Hakim: Kamu wahai pemuda ketiga? Siapa nama kamu dan apa kaitan kamu dgn mereka berdua ini? Pemuda ketiga: Saya ker tuan hakim?? Errr...nama saya PISANG. Sayalah yang kena campak ke dalam kandang Gajah tu ----------------- Kehidupan adalah satu ujian...
|
hajidah_aiman
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 17.05.2003 Ahli No: 358
Posting: 542
Dari: Perlis Indera Kayangan
|
Posting pada: 24-06-03 12:38
|
izdham
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 14.05.2003 Ahli No: 14
Posting: 1521
Dari: german
|
Posting pada: 24-06-03 23:35
kurus Jenny yg mempunyai masalah berat badan menemui doktor utk mendapatkan nasihat. Daripada pertemuan singkat itu dia dinasihatkan supaya berlari 16 km sehari selama sebulan. Doktor juga memberi jaminan bahawa cara itu amat berkesan. Jenny mengikut nasihat yg diberikan. Selepas 30 hari mengamalkannya, berat badannya turun sebanyak 10 kg. Dia terlalu gembira lalu menelefon doktor berkenaan. "Tapi doktor, saya ada satu lagi masalah besar,"katanya. "Apa dia?"doktor bertanya. "Macam mana saya nak balik...sekarang ni saya berada 480km dari rumah!"
|
izdham
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 14.05.2003 Ahli No: 14
Posting: 1521
Dari: german
|
Posting pada: 24-06-03 23:35
kurus Jenny yg mempunyai masalah berat badan menemui doktor utk mendapatkan nasihat. Daripada pertemuan singkat itu dia dinasihatkan supaya berlari 16 km sehari selama sebulan. Doktor juga memberi jaminan bahawa cara itu amat berkesan. Jenny mengikut nasihat yg diberikan. Selepas 30 hari mengamalkannya, berat badannya turun sebanyak 10 kg. Dia terlalu gembira lalu menelefon doktor berkenaan. "Tapi doktor, saya ada satu lagi masalah besar,"katanya. "Apa dia?"doktor bertanya. "Macam mana saya nak balik...sekarang ni saya berada 480km dari rumah!"
|
khalifah
 Menyertai: 15.05.2003 Ahli No: 204
Posting: 485
Dari: kg batu muda,sentul, KuaLa LUmpUr
|
Posting pada: 24-06-03 23:48
kuikuikui...... ----------------- khalifah Allah di muka bumi......
|
darul_numan81
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 16.05.2003 Ahli No: 239
Posting: 1548
Dari: Batu Pahat,Johor
|
Posting pada: 25-06-03 00:15
as'kum...thanx akhie izdham sebab sudi berkongsi lawak tu..  . kepada yg lain..jom join sekalli..takkan asyik komen jer.. wassalam ----------------- Kehidupan adalah satu ujian...
|
syurga_ik
Warga 4 Bintang Menyertai: 16.05.2003 Ahli No: 309
Posting: 195
Dari: Australia
|
Posting pada: 01-07-03 18:42
|
putera_manis
WARGA SETIA Menyertai: 14.05.2003 Ahli No: 22
Posting: 593
Dari: Segamat
|
Posting pada: 01-07-03 19:28
hahahaha......... ----------------- 
MAta BErtENTanG,kAn tIMBul kaSIH SAyanG....
HAti berTEMU HatI,KAn laHIr rASa kaSIh.....
BiLA dAHI BERtemu SEjaDah,BAruKAN teRAsA KeBESaraN iLAhi...
KetENAngan Jua DiPerolehi..
|
darul_numan81
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 16.05.2003 Ahli No: 239
Posting: 1548
Dari: Batu Pahat,Johor
|
Posting pada: 01-07-03 22:35
citer 13 Aku mungkin tua dan kampungan Mary Sue datang ke sebuah kota besar untuk pertama kalinya. Dia check-in disebuah hotel mewah dan seorang pelayan membawakan beg nya menuju kamar yang akan ditempati Mary Sue. Mary Sue mengikuti langkah-langkah pelayan itu dan ketika pelayan tersebut menutup pintu, Mary Sue melihat ke sekeliling ruangan dan marah-marah kepada pelayan tersebut. "Anak muda, aku mungkin tua dan kampungan, tapi tidak bererti aku ini bodoh! Aku membayar mahal untuk tinggal di hotel ini tapi ruangan ini bukanlah ruangan yang sesuai dengan bayaran itu! Ruangan ini begitu kecil, tidak ada televisyennya,tidak ada perabutnya , bahkan tempat tidur pun tidak ada!" "Nyonya, ini adalah lift" ----------------- Kehidupan adalah satu ujian...
|
akuzakie
WARGA SETIA Menyertai: 23.06.2003 Ahli No: 1623
Posting: 448
Dari: Muar Tanah Air T'Cinta
|
Posting pada: 02-07-03 03:37
|
darul_numan81
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 16.05.2003 Ahli No: 239
Posting: 1548
Dari: Batu Pahat,Johor
|
Posting pada: 02-07-03 09:10
citer 14 Lembu Suatu ari hampir waktu maghrib, sorang petani baru saja pulang dari kebunnya melintasi sekor lembu yang sedang makan ditepi jalan. Lembu itu pun bertanya kat petani tu, " ello bang aji, baru balik kaaa ?" Maka petani tu pun menjawab " ya ". Sembang punya sembang, kedengaran lah azan. Lembu itu tanya kat petani tu " Itu suara apa bang aji ? " Oooo itu bunyi azan menandakan masok waktu sembahyang magrib". Jawab petani tu. Maka lembu tu pun tanya lagik, Bang Aji tak pi sembahyang ker ? Takkkk...letih lah...jawab petani tu. OoooOo..kata lembu tu...seterusnya lembu tu pun cakap kat bang aji petani tu.... "serupa lah kita ye..saya pun tak sembahyang juga !!!... " morale:hihihih  jgn serupa lembu tak sembahyang.. p/s:akuzakie..mana ada bosan cuma seronok posting citer lawak ni..wassalam. ----------------- Kehidupan adalah satu ujian...
|
sepi_indah
Warga 2 Bintang Menyertai: 03.06.2003 Ahli No: 943
Posting: 45
Dari: Pulau Pinang
|
Posting pada: 02-07-03 21:47
seorang ibu meminta anaknya mencabut uban dkepalanya. ANAK: mak, knape uban tumbuh aa? MAK: sebab..setiap kali anak buat nakal, rambut ibu akan tumbuh uban tau! ANAK: ooo..kalau begitu nenek lagi kesian..mak mesti sangat nakal sampai habis satu kepala nenek dipenuhi uban. ----------------- Sepi itu indah...
|
sepi_indah
Warga 2 Bintang Menyertai: 03.06.2003 Ahli No: 943
Posting: 45
Dari: Pulau Pinang
|
Posting pada: 02-07-03 21:50
Dilema Seorang Kuli Bila aku tak buat kerja, aku pemalas.... Bila bos tak buat kerja, dia sibuk. Bila aku main telefon, aku salah guna kemudahan pejabat. Bila bos main telefon, diamenguruskan hal perniagaan. Bila aku baca surat khabar, aku buang masa. Bila bos baca surat khabar, dia mengikuti perkembangan masa. Bila aku memerintah, aku besar kepala. Bila bos memerintah, dia beribawa. Bila aku buat sesuatu tanpa disuruh. aku nak tunjuk terror, Bila bos buat benda serupa, dia terror. Bila aku berhenti, aku mencari susah. Bila bos berhenti, Yahooo..........! aku lagi lagi la suka!!!!! ----------------- Sepi itu indah...
|
darul_numan81
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 16.05.2003 Ahli No: 239
Posting: 1548
Dari: Batu Pahat,Johor
|
Posting pada: 02-07-03 22:28
as'kum..thanx sepi indah.. citer 17 susu lembu Di dalam sebuah kelas,seorang guru bertanya, "Apakah cara yang paling baik untuk mengelakkan susu lembu daripada masam dan tahan lama ?," Berdiri seorang murid dengan penuh keyakinan menjawab soalan gurunya tadi "Mudah jer cikgu, Biarkan susu itu berada di dalam perut lembu." ----------------- Kehidupan adalah satu ujian...
|
AyuHumaira
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 12.06.2003 Ahli No: 1342
Posting: 294
Dari: IIUM, Garden of Knowledge & Virtue.
|
Posting pada: 04-07-03 16:59
ahaaa... ana ader citer nak kongsi... tak tau ler sahabat2 sume dah baca ke belum.... pada satu hari, aku sedang mendengar radio...tiba-tiba ada iklan"panadol".. ada suara orang yang berbunyi "aduh,sakit kepala!"..aku ketawa terbahak-bahak..kah.kah.haaahahhaa...tiba-tiba,black out...macam nak nangis aku dibuatnya..dahlah waktu malam..black out pulak...tiba-tiba ada orang ketuk pintu...menggigil aku..aku bersiap sedia dengan sebatang penyapu kalau-kalau dia perompak,penyamun atau pun HANTU...aku pun membuka pintu... tanpa dia bercakap sepatah perkataan pun,aku sudah menghayun penyapu tadi... *PAP* bunyi penyapu terkena dimuka dia...rupa-rupanya orang TNB..... mampus aku kerjakan dia tadi.... moral: majulah sukan untuk negara. ----------------- Bilaku menjejak tapak ke pasir,
Ikutlah dibelakangku sebagai pejuang,
Bila kuseru,"Perjuangan itu pahit!!"
Maka kau sahut kembali,"Syurga itu manis!!!"
HADIAHKANKU DARAH SYAHIDMU...
|
AyuHumaira
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 12.06.2003 Ahli No: 1342
Posting: 294
Dari: IIUM, Garden of Knowledge & Virtue.
|
Posting pada: 04-07-03 17:03
nii ader satu lagi..... Di dalam sebuah kampung, tinggal seorang nenek tua bersama cucunya yang baru berusia dua tahun. Ibu bapa kepada budak ini tinggal di kota tetapi terpaksa meninggalkan anak mereka di kampung kerana ada urusan perniagaan penting. Pada satu malam, si cucu tersebut terjaga dan menangis. Nenek pun bertanya, "Kenapa cu?" Nak kencing, jawab cucunya. Nenek tua tersebut pun membawa cucunya ke tandas dan membiarkan cucunya membuang air. Oleh kerana si nenek tua amat memelihara tatasusila dan kesopanan, dia menasihatkan cucunya agar lain kali, jika hendak membuang air kecil, katakan 'nak nyanyi'. Si cucu mengangguk tanda faham. Selang beberapa hari, ibu bapa budak itu membawa anak mereka pulang ke kota. Kerana teramat rindukan anaknya, si ibu tak lekang daripada bermain dengannya. Tiba waktu tidur, anak kecil tersebut mula menangis. Terus kepada ibunya dia berkata, "Nak kenccc...". Dia teringat pesan neneknya lalu membetulkan ayatnya, "Nak nyanyi". Si ibu yang agak mengantuk dengan selamba menjawab, "Nyanyilah kat telinga ibu." Maka terlepaslah hajat si anak ke dalam telinga ibunya! moral: satu perkataan ader banyak maksud. ----------------- Bilaku menjejak tapak ke pasir,
Ikutlah dibelakangku sebagai pejuang,
Bila kuseru,"Perjuangan itu pahit!!"
Maka kau sahut kembali,"Syurga itu manis!!!"
HADIAHKANKU DARAH SYAHIDMU...
|
kens2005
WARGA SETIA Menyertai: 21.05.2003 Ahli No: 715
Posting: 647
Dari: Kyoto
|
Posting pada: 04-07-03 17:42
hemmoh.....lagilagi!! ----------------- :: Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak ::
|
putera_manis
WARGA SETIA Menyertai: 14.05.2003 Ahli No: 22
Posting: 593
Dari: Segamat
|
Posting pada: 06-07-03 09:53
lawak....lawak.. ----------------- 
MAta BErtENTanG,kAn tIMBul kaSIH SAyanG....
HAti berTEMU HatI,KAn laHIr rASa kaSIh.....
BiLA dAHI BERtemu SEjaDah,BAruKAN teRAsA KeBESaraN iLAhi...
KetENAngan Jua DiPerolehi..
|
Hafiz_Qiee
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 22.05.2003 Ahli No: 785
Posting: 762
Dari: Serdang, Selangor
|
Posting pada: 06-07-03 16:55
banyak nye cite,.. best lak tuh.. pandai la kak numan ni eheh ----------------- Hanya diri ku dan Allah s.w.t.. yang mengetahui segalanya.. itu lah kehidupan .. dicelah lautan..
|
darul_numan81
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 16.05.2003 Ahli No: 239
Posting: 1548
Dari: Batu Pahat,Johor
|
Posting pada: 05-08-03 22:15
citer 20 Melebihi Limit Seekor kanggaru di Zoo Melaka sentiasa keluar dari kawasan kurungannya. Menyedari hal itu, seorang pegawai menasihatkan seorang pekerja supaya membina pagar yang lebih tinggi. Menyedari bahawa kanggaru itu tidak dapat melompat tinggi, pekerja itu memasang pagar dengan ketinggian lima kaki. Esoknya, pegawai itu menerima laporan bahawa kanggaru itu keluar dari kawasan kurungannya lagi. Pegawai itu mengarahkan pekerjanya memasang pagar yang lebih tinggi lagi. Begitulah yang berlaku setiap kali beliau mendapat laporan tentang kanggaru yang suka kelauar dari kawasan kurungannya itu. Sehingga cerita ini ditulis, sudah 30 kaki tinggi pagar kurungan kanggaru itu. Esoknya kanggaru itu terlepas lagi. Pada sebelah petangnya, selepas kanggaru itu dimasukkan kembali ke kawasan kurungannya, jiran sebelahnya iaitu seekor unta pun bertanya kepada kanggaru itu, "Agak-agak kau sehingga berapa tinggi mereka akan memasang pagar ini?". Kanggaru itu menjawab, "Mungkin sehingga beratus kaki, kecuali seseorang mengunci pintu pagar pada malam ini dan malam-malam seterusnya". ----------------- Kehidupan adalah satu ujian...
|
darul_numan81
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 16.05.2003 Ahli No: 239
Posting: 1548
Dari: Batu Pahat,Johor
|
Posting pada: 05-08-03 22:50
citer 21 PANIK Ada seorang pekerja lelaki bekerja di tingkat 13 menara KLCC.Tiba-tiba dia mendengar seseorang menjerit.. "Omar.. Omar.. isteri engkau telefon ada kecemasan..!" Kerana panik, lelaki ini terus meloncat keluar melalui tingkap...dari tingkat 13 itu...Ketika dia menghampiri tingkat 9, baru dia teringat bahawa dia tidak tidak ada isteri..setelah dia menghampiri tingkat 5,baru dia tersedar yang dia belum berkahwin..Dan ketika dia hampir menyentuh tanah.... barulah dia sedar yang namanya bukanlah Omar.. ----------------- Kehidupan adalah satu ujian...
|
putera_manis
WARGA SETIA Menyertai: 14.05.2003 Ahli No: 22
Posting: 593
Dari: Segamat
|
Posting pada: 07-08-03 11:53
haha.......lawak.......lagi...... ----------------- 
MAta BErtENTanG,kAn tIMBul kaSIH SAyanG....
HAti berTEMU HatI,KAn laHIr rASa kaSIh.....
BiLA dAHI BERtemu SEjaDah,BAruKAN teRAsA KeBESaraN iLAhi...
KetENAngan Jua DiPerolehi..
|
Huwaina
Warga 3 Bintang Menyertai: 05.06.2003 Ahli No: 1062
Posting: 138
Dari: kedah
|
Posting pada: 24-08-03 23:20
|
MuSaFiR_SaYYaFF
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 03.06.2003 Ahli No: 905
Posting: 572
Dari: Daerah Perjuangan
|
Posting pada: 07-09-03 01:40
Assalamualaikum.. PANIK Ada seorang pekerja lelaki bekerja di tingkat 13 menara KLCC.Tiba-tiba dia mendengar seseorang menjerit.. "Omar.. Omar.. isteri engkau telefon ada kecemasan..!" Kerana panik, lelaki ini terus meloncat keluar melalui tingkap...dari tingkat 13 itu...Ketika dia menghampiri tingkat 9, baru dia teringat bahawa dia tidak tidak ada isteri..setelah dia menghampiri tingkat 5,baru dia tersedar yang dia belum berkahwin..Dan ketika dia hampir menyentuh tanah.... barulah dia sedar yang namanya bukanlah Omar.. Ekekeekekek.. Tergelak sakan.. Ukhtie, mana dapat idea buat cerita ni? Tapi kan, kalau dapat suami sikit mnye prihatin macam ni.. waduh... best nyee... ----------------- Genggam bara api, biar sampai jadi abu!
|
zunah
Warga 4 Bintang Menyertai: 30.08.2003 Ahli No: 3189
Posting: 207
Dari: malaysia
|
Posting pada: 07-09-03 10:42
|
darul_numan81
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 16.05.2003 Ahli No: 239
Posting: 1548
Dari: Batu Pahat,Johor
|
Posting pada: 19-10-03 17:24
citer 22 SEKOLAH BARU Seorang murid yang baru berpindah sekolah ditanya oleh guru kelasnya.. Guru : "Kamu ni murid baru kan ?" Murid : " Ya.. cikgu" Guru : "Nama kamu siapa?" Murid : "Man" Guru : "Nama panjang kamu?" Murid : "Mannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn.. cikgu" ----------------- Kehidupan adalah satu ujian...
|
darul_numan81
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 16.05.2003 Ahli No: 239
Posting: 1548
Dari: Batu Pahat,Johor
|
Posting pada: 19-10-03 17:26
citer 23 TEH PANAS Pada suatu hari.. seorang lelaki pergi kesebuah restoran untuk minum petang...Disebabkan wang yang dibawanya cuma 70 sen saja... dia cuba bertanya harga segelas teh panas dan teh sejuk... lalu pelayan restoran menjawab.. "Teh Panas 70 Sen & Teh Sejuk RM 1.20" Lelaki itu terus meminta teh panas dan apabila pelayan menghantar segelas teh panas mendidih itu,lelaki itu tanpa teragak-agak terus meneguk teh panas itu sampai habis dengan lajunya.... Pelayan itu melihat dengan penuh kehairanan.. kerana teh panas mendidih itu boleh habis dalam sekelip mata sahaja... Lalu lelaki itu memberi wang 70 sen dan berkata, "Kalau lambat diminum... air ini jadi sejuk... kalau sejuk tak pasal2 saya kena bayar RM 1.20.. lebih baik cepat-cepat diminum kerana wangku hanya ada 70 sen saja" ----------------- Kehidupan adalah satu ujian...
|
darul_numan81
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 16.05.2003 Ahli No: 239
Posting: 1548
Dari: Batu Pahat,Johor
|
Posting pada: 19-10-03 17:28
citer 24 DIET Doktor menyuruh seorang lelaki yang sangat gemuk untuk melakukan diet. Doktor berkata kepadanya... "Anda mesti memakan sedikit roti panggang... sebiji buah-buahan dan segelas air kosong..." Lelaki menjawab..."Baik lah doktor... jadi... Itu semua harus saya makan sebelum atau sesudah makan, Doktor?" ----------------- Kehidupan adalah satu ujian...
|
darul_numan81
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 16.05.2003 Ahli No: 239
Posting: 1548
Dari: Batu Pahat,Johor
|
Posting pada: 19-10-03 17:33
citer 25 PERKAHWINAN KERABAT Khairul adalah murid darjah satu disebuah sekolah rendah.... Dia mempunyai seorang kawan perempuan disekolahnya yang bernama Tengku Nazira..Tengku Nazira seorang yang sangat cantik dan menawan... walaupun masih kecil... Secara tidak disengajakan Khairul telah jatuh cinta pada Tengku Nazirah... Lalu dia meluahkan perasaannya kepada Tengku Nazirah.. "Naz... sebenarnya saya cinta padamu... tapi sayang kita masih terlalu kecil... bolehkan bila kita sudah dewasa nanti.. kita berkahwin...?" Dengan wajah yang malu... Tengku Nazira menjawab.."Khairul.. bukannya saya tak sudi... Tapi dalam keluarga kami.. kami hanya berkahwin sesama kerabat sahaja..... Atuk berkahwin dengan nenek... Bapak sedara berkahwin dengan emak sedara.. dan bahkan papa berkahwin dengan mama.... sedangkan awak bukan kerabat saya Khairul...." ************************************************* citer 26 PERANCIS Kamarul : "Nasib baik aku tidak dilahirkan di Perancis." Rosdi : "Kenapa pulak..?" Kamarul : "Sebab sampai sekarang aku tak pandai berbahasa Perancis" ----------------- Kehidupan adalah satu ujian...
|
darul_numan81
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 16.05.2003 Ahli No: 239
Posting: 1548
Dari: Batu Pahat,Johor
|
Posting pada: 19-10-03 17:38
citer 27 TUNGGAKAN SEWA Seorang wanita yang sedang hamil 8 bulan pergi ke bank untuk membayar hutang rumahnya yang tertunggak sebanyak 3 bulan... Setelah mendapat gilirannya di kaunter.. pegawai berkenaan terus bertanya tentang sewa yang ingin dibayarnya... "Berapa bulan, Puan...?" Dengan tersipu-sipu wanita itu menjawab. "Dah Masuk lapan bulan ni..." sambil mengusap2 perutnya ************************************************** citer 28 TEKA AYAM Firdaus : "Apa yang engkau bawa tu?" Ahmad : "Ayam... Cuba teka.. berapa jumlahnya? Kalau tekaanmu tepat.. kesemua dua ekor ayam yang aku bawa ini akan aku kasi pada mu!" Firdaus : "Emmmm.. tiga kot..?" ----------------- Kehidupan adalah satu ujian...
|
darul_numan81
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 16.05.2003 Ahli No: 239
Posting: 1548
Dari: Batu Pahat,Johor
|
Posting pada: 19-10-03 17:47
citer 29 AYAT YG BETUL Masa rehat disekolah.. dua murid lelaki sedang berbual berkaitan pelajaran Bahasa melayu... "Mana ayat yang paling baik ? .. 'Arjuna, apa kabar?' atau 'Apa kabar, Arjuna?' " tanya murid pertama. "Apa kabar, Arjuna?" kata murid kedua. Murid pertama menjawab, "Kabar baik, Mohammad" ************************************************** citer 30 HUTANG Seorang anak disuruh oleh ibunya ke kedai untuk berhutang beras. Anak : "Pakcik.. emak suruh saya hutang beras boleh?." Penjual : "Boleh.. mahu berapa kilo?" Anak : "2 kilo pakcik" Penjual : "Nah ambik ni.. balik tu jalan elok2 tau.." Anak : "Eh... pakcik.. wang bakinya mana? buat-buat lupa plak dia..." ************************************************** citer 31 TERLALU BANYAK Tiga orang perompak berjaya merompak sebuah bank di ibu kota.. Apabila sampai di tempat persembunyian... mereka bercadang hendak membahagi-bahagikan wang yang telah dicuri tadi.. "Mari kita bahagikan wang ini secepat mungkin dan terus lari keluar negara..!" kata bos Tiba2 mereka jadi pening kerana terlalu banyak wang yang ada diatas meja itu dan tidak larat hendak mengira kesemua sekali... Tiba-tiba salah seorang dari mereka berkata.."Apa susah2.. malam ni kita tidur aje.. esok pagi kita tengok dalam akhbar.. berapa jumlah wang ini" ----------------- Kehidupan adalah satu ujian...
|
darul_numan81
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 16.05.2003 Ahli No: 239
Posting: 1548
Dari: Batu Pahat,Johor
|
Posting pada: 19-10-03 18:07
citer 32 RAWATAN KECEMASAN Seorang wanita menolong seorang mangsa kemalangan di tengah kerumunan orang ramai. Tiba©˜ seorang lelaki menghampirinya dan berkata dengan kasar.. "Puan ketepi...! Biar saya yang buat... saya baru saja tamat kursus rawatan cemas!" Wanita itu ketepi dan memandang lelaki melakukan tugasnya..Jelas lelaki itu belum begitu mahir... Lalu.. dengan tenang wanita itu berkata. "Kalau akhirnya Saudara memerlukan seorang doktor, saya ada di sini." ************************************************** citer 33 100% MARKAH "Mama.. hari ini saya dapat markah 100% di Sekolah," kata Yani kpd mamanya. "Iya ke??.. macam ni lah anak Mama yang pintar.. Pelajaran apa yang kamu dapat markah 100%?" Tanya ibunya. "Matematik 30%, Bahasa Melayu 50%, dan Sejarah 20%." ----------------- Kehidupan adalah satu ujian...
|
adeq_shiFa
Warga 4 Bintang Menyertai: 17.05.2003 Ahli No: 410
Posting: 315
Dari: BuMi
|
Posting pada: 19-10-03 18:35
alamak..adeq tak paham 25 ngan 26 lah.. cuba trang kan sket.. ----------------- � Allah knows what's the best for us � ^_^
|
uqu
WARGA SETIA Menyertai: 05.07.2003 Ahli No: 2057
Posting: 640
Dari: KUCHING
|
Posting pada: 03-12-03 22:17
|
darul_numan81
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 16.05.2003 Ahli No: 239
Posting: 1548
Dari: Batu Pahat,Johor
|
Posting pada: 04-12-03 16:56
Quote:
| On 2003-10-19 18:35, adeq_shiFa wrote: alamak..adeq tak paham 25 ngan 26 lah.. cuba trang kan sket..
|
| oo..ok.. yg ke-25 iaitu PERKAHWINAN KERABAT menceritakan yg budak perempuan tu salah faham dgn maksud "kerabat"...dia ingat kalau "mak" mesti kawin ngan "ayah", "atuk" ngan "nenek". biasalah..bebudak lagi. dlm cerita ni sengaja bubuh nama budak perempuan tu "Tengku"... cerita yg ke-26, PERANCIS, menceritakan tentang seorang mamat tu yg tak pandai cakap bahasa perancis sbb dia lahir kat malaysia. tapi.. kalau kita lahir kat perancis dan tinggal kat sana dari kecil.. dah tentu pandai cakap perancis kan? err uqu... Ana takut nak tambah cerita lawak lagi ni.. sbb takut anti sakit perut sebab asyik ketawa memanjang wassalam  ----------------- Kehidupan adalah satu ujian...
|
hijjazin
Warga 1 Bintang Menyertai: 13.07.2003 Ahli No: 2302
Posting: 32
Dari: utara semenanjung
|
Posting pada: 02-01-04 00:55
|
hijjazin
Warga 1 Bintang Menyertai: 13.07.2003 Ahli No: 2302
Posting: 32
Dari: utara semenanjung
|
Posting pada: 04-01-04 14:46
ish.... jelouslah... banyak sangat idea 2... saya nak bg satu... tpi entah dah posting atau x.. citer 34 Begini ceritanya.... Pada satu malam adalah sorang polan ni naik motor jalan2 kat luar kononnyelah nak hilangkan tension...... naiklah motor sorang2....sambiul nyanyi..... cok cok kendong kendong menari-nari...... anak itik tokwi mandi dalam kolam...... opocots..... terkejut dia sbb ada seorang singg(polis) tahan dia.... katanya : sy nak saman kamu sbb x pasang lampu.... ni adalah satu kesalahan.... cakap sapa nama?.... si polan ni berdegil x nak bg tau nama dia.... dia cakap kat polis 2: apa gadoh, sana lampu.... sini lampu..... si polois dalam hati geram x terkata.... btul gak kata budak ni..... oleh sbb nak cover malu, polis ni x jadi saman... c polan ni best takder dah...... start motor balik..... dalam perjalanan tiba2.... tayr motor pancit....geram akder dah...lepas satu satu plak yang kena... sambil tolak motor, nak balik umah terdengar bunyi motor dari belakang....dalam hati: bagusla boleh orang ni tolong aku... tgk punya tgk... rupanya orang 2 polis td... alamak malunya aku... Si polis bertanya: kenapa tonton motor 2? motor unutk naik bkn untuk tonton kan? C Polan : Alah " Tok" motor ni xder anginlah.... Si Polis: Apa gaduh, sana angin, sini angin... sambil gelak besar.... C Polan : nah padan muka aku... kena balik..... moral: kita ingat kita powerkan.... tgk... dah kena balik... kahhh..kah..ka..kah... [ Posting ini telah di edit oleh: darul_numan81 pada 2004-01-07 13:06 ]
|
darul_numan81
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 16.05.2003 Ahli No: 239
Posting: 1548
Dari: Batu Pahat,Johor
|
Posting pada: 07-01-04 13:22
terima kasih hijjazin.. kalau ada cerita lawak lagi, silalah tambah yea ****************************** citer 35 KULIAH Seorang professor sedang memberikan kuliah pada 300 orang muridnya di sebuah universiti. Kata professor "Kalau anda tidak berminat dengan kuliah yang saya berikan, Anda boleh keluar pada bila-bila masa". Semasa kuliah berjalan selama 30 minit sedikit demi sedikit penuntut di kuliah tersebut keluar sehingga hanya tinggal seorang saja yang tinggal. Setelah professor menghabiskan kuliahnya professor berkata, "Terima kasih kerana sudi mendengar kuliah saya." "Tidak mengapa tuan, sayakan driver tuan" balas orang itu. wassalam  ----------------- Kehidupan adalah satu ujian...
|
hijjazin
Warga 1 Bintang Menyertai: 13.07.2003 Ahli No: 2302
Posting: 32
Dari: utara semenanjung
|
Posting pada: 07-01-04 14:42
ader lagik satu cerita.....x tahu nak klasifikasikan sbg apa...lawak ker aper ker.... D dalam sebuah kampung terdapat 3 pemuda yang bersahabat baik. Apa2 benda atau kerja sekalipun mesti buat bersama sebabnya xder orang nak kawan ngan diorang(muka n satu tubuh badan hitam sangat) shb pertama hitam,yang kedua lebih hitam dari yang pertama,yang ketiga lak lebih hitam berbanding 2 lagi. Dalam perjalanan tok pergi memancing mereka terserempak dengan batu geliga yang boleh bercakap (jgn percaya,kurafat).... batu 2 berkata: buatlah apa2 permintaan yang kamu nak... ke3 tiga sahabat ni saling memandang satu sama lain... salah sorang dari mereka amik batu 2 n buat hajat...hajatnya: bagilah aku putih dari 2 orang sahabat aku nih... pling#@$ dgn tiba2 dia jadik putih...seronok x terkata  shbt yang kedua jelousla....jadik dia amik batu 2 n buat hajat....aku nak jadik lebih putih dari yang pertama.....kedebum..... jadilah putih lebih dari yang pertama....lg srnlah yang kedua nih shbt yang ketiga nih lagi dengki bertambah cemburu.... dia amik batu 2 n buat hajat....lama punya lama tunggu.... batu berkata.... mana boleh, x boleh jadik putih lagi dah sbb yang shbt kedua adalah limit keputihan....lgi sedihlah dgr macam 2.... jadi,dia mintak......kalau x bleh putih.....hitamkan yang kedua lebih hitam dari aku...... dan yang pertama lebih hitam dari kedua kami...... kedebabum....bush...... maka jadilah mereka hitam sehitamnya.... lawak tak?macam x lawak jer pun...kah kah kui kuih muih.... p/s jangan jadi tamak n dngki /alangkah bagus kalau mereka ni mintak semua mereka jadik putih...x payah mintak untuk menjadi lebih...... sahabat aper ek namanya 2?
|
QasruAddini
Warga 2 Bintang Menyertai: 04.06.2003 Ahli No: 1014
Posting: 61
Dari: Kuala Lumpur
|
Posting pada: 12-01-04 22:58
kak numan ni mesti rajin beli mastika.
|
syura
Warga 3 Bintang Menyertai: 15.05.2003 Ahli No: 200
Posting: 109
Dari: :~:jalan sabak:~:
|
Posting pada: 15-02-04 08:27
KISAH SEORANG AYAH MENTUA DAN MENANTU LELAKI. SI MENANTU KUAT MAKAN DAN SI MENTUA TAK SUKA SEMBAHYANG. KETIKA MAIN DAM, SI MENANTU ASYIK MAKAN JE..SI MENTUA PUN MEMERLI "PATUTLA GEMUK...ASYIK MAKN JE..." MANAKALA SI MENTUA ASYIK NAIK AJI..SI MENANTU PULA BERKATA"AIK...TAK SEMBAHYANG PUN BOLEH NAIK AJI????'
|
syura
Warga 3 Bintang Menyertai: 15.05.2003 Ahli No: 200
Posting: 109
Dari: :~:jalan sabak:~:
|
Posting pada: 15-02-04 08:30
Pesakit: saya mempunyai masalah kesihatan yang kronik. lihat ni, jika saya sentuh kaki saya, saya akan berasa sakit. jika saya sentuh badan saya pula, juga saya akan berasa sakit. Jika saya sentuh kepala saya, saya juga akan berasa sakit. Doktor: kamu hanya mengalami patah tangan!!.
|
syura
Warga 3 Bintang Menyertai: 15.05.2003 Ahli No: 200
Posting: 109
Dari: :~:jalan sabak:~:
|
Posting pada: 15-02-04 08:35
seorang ustaz mengajar adab2 ketika berada dlm jamban.. ustaz:tak baik kita bercakap dlm jamban sebab jamban tu rumah syaitan. keesokan harinya ketika sedang mengajar bangun seorang murid... murid:ustaz..! saya nak gi ziarah rumah syaitan kejap... ustaz:bertuah betul budak ni...
|
syura
Warga 3 Bintang Menyertai: 15.05.2003 Ahli No: 200
Posting: 109
Dari: :~:jalan sabak:~:
|
Posting pada: 15-02-04 08:41
Dalam suatu penerbangan semua penumpang tidak siuman. Mereka berlari, melompat, memanjat. Pilot panggil seorang penumpang yang pendiam: "Mat suruh mereka diam". Lepas 10 minit, sunyi sepi. Pilot tanya Mat: "Macamana semuanya diam?" Mat: "Saya buka pintu kapalterbang, suruh mereka bermain di luar"
|
nur_malam99
WARGA SETIA Menyertai: 15.10.2003 Ahli No: 4371
Posting: 1239
Dari: bumi Allah
|
Posting pada: 15-02-04 08:48
koleksi lawak jenaka di sini memang best best belaka...... jangan ketawa kuat sangat... senyum sikit dah laa.... senyum sokmo....
|
mahadir
Warga 2 Bintang Menyertai: 22.05.2003 Ahli No: 768
Posting: 69
|
Posting pada: 15-02-04 09:47
hehe...lawaknye
|
lidya_haryati
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 01.07.2003 Ahli No: 1892
Posting: 255
Dari: temerloh
|
Posting pada: 19-02-04 21:06
|
smile_roses
WARGA SETIA Menyertai: 21.09.2003 Ahli No: 3694
Posting: 895
Dari: Bumi Allah
|
Posting pada: 18-04-04 13:11
|
SrikandiSejati
Warga 3 Bintang Menyertai: 12.04.2004 Ahli No: 8352
Posting: 110
Dari: Malaysia
|
Posting pada: 09-05-04 23:03
Ada satu lagi yg best gak... Aku terpaku m'mandang wajahmu, hatiku tertanya benarkah...? Nafasku tertahan kau tertunduk malu lalu aku bertanya,kau kentut ye...
|
great_teacher
WARGA SETIA Menyertai: 03.01.2004 Ahli No: 6195
Posting: 739
Dari: ...:::BANDAR DI RAJA MENUJU KE SERAMBI MAKKAH:::...
|
Posting pada: 10-05-04 07:25
|
darul_numan81
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 16.05.2003 Ahli No: 239
Posting: 1548
Dari: Batu Pahat,Johor
|
Posting pada: 11-05-04 15:24
terima kasih kepada yg sudi memenuhkan "Koleksi Jenaka Pendek" ni.. setakat ni, semuanya dah ada 42 buah cerita. Jom.. kita sambung lagi..  * * * * * * CITER 43 LANGSIR Encik Singh: I mahu langsir untuk komputer saya Penjual : Tapi Encik, komputer tak perlu langsir Encik Singh: Helloooo komputer saya ada 'window' ----------------- Kehidupan adalah satu ujian...
|
zilal
Warga 4 Bintang Menyertai: 16.05.2003 Ahli No: 319
Posting: 317
Dari: btGajah~alorSetaq
|
Posting pada: 18-05-04 16:14
Tatau lah kot dah ader yg posting citer nih... ROSMAN diterima bekerja sebagai pelatih di sebuah syarikat multimedia.Selepas melaporkan diri pada hari pertama dia masuk kebiliknya ... terus mendail ... "tolong buatkan saya kopi cepat!" katanya sambil menegking. "maaf,awak sudah salah sambungan.Awak tahu dengan siapa awak bercakap ni ?" "tidak," jawab Rosman "saya pengarah urusan syarikat ni,awak tahu? Rosman terkejut.Barulah dia sedar dia tersalah dail.Hajatnya mahu menghubungi kantin. "encik tahu dengan siapa encik bercakap?" tanya Rosman. "tak , awak siapa?"balas pengarah urusan itu. "kalau tak tahu bagus..." kata Rosman terus meletakkan gagang telefon.
|
zilal
Warga 4 Bintang Menyertai: 16.05.2003 Ahli No: 319
Posting: 317
Dari: btGajah~alorSetaq
|
Posting pada: 18-05-04 16:17
Tukang Gaji Al-kisah ada sorang tukang gaji Indonesia yang baru jer kena pecat oleh majikan cinanya. Tukang gaji nie rasa tak puas hati sebab dia rasa dia nie pekerja yang taat dan rajin. Sebelum dia pergi, dengan sedihnya dia pun mengeluarkan wang RM5 dan memberinya kepada anjing majikannya. Majikannya berasa hairan lalu bertanya. "Apa pasal lu bagi itu anjing duit? Dia mana tau pakai duit" Tukang gaji Indon tu pun menjawab, "Dia bespren gue. Gue nggak mau lupa sama teman yang slalu nolongin gue buat kerja" "Apa keje dia tolong?" soal majikan tu lagi. "Dia nolongin gue bersihkan semua pinggan mangkuk. Jadi gue nggak perlu cuci ya bu"
|
zilal
Warga 4 Bintang Menyertai: 16.05.2003 Ahli No: 319
Posting: 317
Dari: btGajah~alorSetaq
|
Posting pada: 18-05-04 16:23
Orang Gila Ini adalah cerita benar yang berlaku di sebuah tempat di Kota Bharu Kelantan. Nama tempat itu terpaksa dirahsiakan untuk menjaga keaiban tempat itu. Ceritanya begini. Pada suatu hari, ada seorang gila cuba hendak membunuh diri dengan terjun dari tangki air di kampungnya. Maka hebohlah seluruh kampung dan Pasukan Bomba dan Penyelamat dipanggil serta merta untuk memujuk orang gila itu. Tetapi mereka tidak berjaya memujuk orang gila itu supaya turun dari tangki air, termasuklah penduduk kampung tersebut. Ditakdirkan Allah di saat-saat yang genting, seorang hamba Allah telah mencadangkan supaya orang gila lain disuruh memujuk orang gila itu. Secara kebetulan di kampung itu ada lagi seorang gila yang juga member kepada orang gila itu. Orang gila yang disuruh memujuk itu meminta pisau cukur dari seorang tukang gunting dan menghampiri tangki air itu sambil memegang pisau cukur. Dia menjerit dalam Bahasa Kelate, 'Hoi ore gilo, mu turun cepat, kalu mu dok turun, aku tebang tiang taki air nih. Cepat turun, gila ko mu ni'. Maka orang gila yang hendak bunuh diri ni pun berfikir, 'Kalu aku dok turun, dia ni tebang sungguh nih. Baik aku turun, dia ni bukan buleh wat kira, dia ni gila, lamo dia tebang sungguh?. Jadi orang gila itu pun terpaksa membatalkan niatnya untuk bunuh diri. Moral: Orang gila hanya boleh dilayan dengan orang gila
|
zilal
Warga 4 Bintang Menyertai: 16.05.2003 Ahli No: 319
Posting: 317
Dari: btGajah~alorSetaq
|
Posting pada: 18-05-04 16:27
erkk jd mcm jenaka pjg lah pulak ek... Sorrylah...maleh nak wat topic baru... selit sini pon boleh kot...
|
pu3_solehah
Warga 3 Bintang Menyertai: 21.06.2004 Ahli No: 9597
Posting: 136
Dari: seberang jaya
|
Posting pada: 25-08-04 20:14
ni mesti ciplak nih.. sebab semuanya puteri dah penah baca dah... jgn marah..
|
Usmad
WARGA SETIA Menyertai: 24.02.2004 Ahli No: 7517
Posting: 597
Dari: Parit Buntar
|
Posting pada: 02-09-04 19:35
Hehehehehe huhuhuhuhuh hahahahahaha lawaknnnnnyyyeeee Tak tahan lagi2 cite 4 tu huhuhuhu
|
eme86
WARGA SETIA Menyertai: 13.07.2005 Ahli No: 17258
Posting: 2026
Dari: Temerloh, Pahang.
|
Posting pada: 18-09-06 20:50
 huhuuu....macam-macam ada....lawak juga cerita-cerita ini..... ----------------- Sungguh sukar perjalanan menuju MU, jadikanlah aku orang-orang yang bersyukur dan hampir dengan MU...
|
zaitihamdan
Warga 4 Bintang Menyertai: 21.08.2006 Ahli No: 25957
Posting: 242
Dari: Bintulu, Sarawak
|
Posting pada: 19-09-06 00:52
cerita no 6 tu buat ana senyum tak sudah sampai tidur....
|