Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti :: Ukhwah.com
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Profil Liputan Media Impian & Harapan Hubungi Kami Laman Peribadi  








Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

Mutiara Kata
Jika anda berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang ke tangga tetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut.
-- ummimq (Kaunselor)

Menu Utama

Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 80
Ahli: 0
Jumlah: 80




Yang Masuk Ke Sini
nasiruddin: 10 hari yang lalu
Kang: 29 hari yang lalu
lidah-penghunus: 31 hari yang lalu
muslimin23: 39 hari yang lalu


[ Mari BERSELAWAT kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Ukhwah.com ini ]




Jejak Ukhwah
Topik: Siapa sanggup derma organnya???


Carian Forum

Moderator: Administrator, halesolurun_84
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Jejak Ukhwah
    »» Siapa sanggup derma organnya???

Please Mendaftar To Post


Oleh Siapa sanggup derma organnya???

kakyongju
Warga 3 Bintang
Menyertai: 22.04.2004
Ahli No: 8571
Posting: 120
Dari: perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 06-07-04 14:57




Siapa sanggup derma organnya bila mati???
Kak yong secara ikhlasnya rasa tak sanggup nak dermakan apa2 organ kak yong bila nak mati nanti..Sebab Kak yong rasa semua tu bukan milik kak yong tapi milik Allah S.W.T Adik2 pulak mcm mana yer..sanggup ker tidak..sapa sanggup angkat tangan??? Masing2 punya alasan tersendiri.Kalau derma masa hidup untuk tolong org yg tersayang,mcm hati ker,buah pinggang ker utk mak,abah atau adik2 tu..kak yong akan cuba usahakan terutama utk mak atau abah...ermm bukan apa,kakyong bangkitkan kan cerita ni bila terbaca artikel dibawah...

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
Melayu masih kurang derma organ

Oleh Khalid Yasin
[email protected]

KES berkaitan kegagalan organ seperti buah pinggang, jantung, hati, paru-paru dan pankreas serta tisu seperti kornea dan injap jantung meningkat setiap tahun.

Kegagalan organ dan tisu yang dihadapi pesakit ini menjadi penyebab terjejasnya kualiti kehidupan seharian pesakit yang secara langsung turut memberi kesan kepada keluarga, masyarakat dan negara.

Sehubungan itu, lebih ramai masyarakat diminta tampil mendaftar sebagai penderma organ atau tisu untuk memberi sinar baru kepada golongan yang memerlukan agar dapat meneruskan kehidupan secara lebih sempurna.

Sehingga 30 Mei lalu, 78,150 orang sudah mendaftar sebagai penderma organ berbanding cuma 2,264 orang sebelum kempen itu dijalankan pada 1998.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Awam, Pendermaan Organ Kebangsaan, Tan Sri Lee Lam Thye, berkata kesedaran masyarakat mengenai pendermaan organ semakin meningkat dengan pelbagai kempen kesedaran yang dijalankan.

Menurutnya, kesedaran masyarakat Melayu mendaftar sebagai penderma organ meningkat daripada cuma 38 orang pada 1997 kepada 6,948 orang sehingga Mei tahun ini.

Bagaimanapun jumlah itu masih kecil berbanding kaum lain mengikut statistik daripada Pusat Sumber Transplan Nasional, iaitu Tionghua 66 peratus, India (21 peratus), Melayu (8.9 peratus) dan lain-lain (2.9 peratus).

Berikutan itu, beliau berkata, pihaknya sedang bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk meningkatkan kesedaran di kalangan Melayu mengenai perkara ini melalui khutbah Jumaat setiap minggu, selain kempen ke kawasan luar bandar.

Katanya, walaupun jumlah mereka yang mendaftar meningkat tetapi tidak semua dapat mendermakan organ mereka selepas kematian.

“Ini berikutan tentangan daripada ahli keluarga yang enggan membenarkan pembedahan organ ahli keluarganya dilakukan walaupun si mati sudah mendaftar sebagai penderma.

“Ahli keluarga perlu menghormati individu yang mahu mendermakan organ mereka selepas kematian kerana terdapat banyak kes seperti itu,” katanya selepas majlis pelancaran dan Forum Awam Kempen Kesedaran Pendermaan Organ negeri Melaka, di sini baru-baru ini.

Berikutan masalah yang dihadapi untuk mengambil organ mereka yang sudah mendaftar untuk mendermakan organ mereka selepas kematian, Lee menasihatkan mereka yang ingin berbuat demikian supaya berbincang dengan anggota keluarga supaya hasrat mereka dapat menjadi kenyataan.

“Kita mahu anggota keluarga dimaklumkan mengenai perkara itu supaya apabila berlaku kematian, organ mereka dapat disumbangkan kepada pihak lain yang memerlukannya.

“Organ si mati tidak boleh diambil sekiranya mendapat tentangan daripada keluarga, walaupun mereka sudah mendaftar untuk mendermakan organ mereka,” katanya.

Menurutnya, Malaysia tidak mempunyai undang-undang membolehkan organ si mati diambil, berbanding dengan beberapa negara Barat, termasuk Singapura yang mempunyai undang-undang mengenainya.

Negara berkenaan, katanya, mewajibkan organ didermakan kecuali mendapat permohonan daripada ahli keluarga yang tidak mahu organ anggota keluarga mereka diambil.

Sebenarnya, ramai belum sedar mengenai keharusan menderma organ walaupun Majlis Fatwa Kebangsaan sudah mengeluarkan kenyataan mengenai hukum pendermaan organ seawal 1962.

Kajian Jabatan Urologi dan Nefrologi Hospital Kuala Lumpur (HKL) mendapati hanya 10 peratus daripada masyarakat Islam menyatakan kesanggupan untuk menderma organ.

Selebihnya beranggapan mayat akan terseksa jika tubuh mereka tidak lengkap apabila dikebumikan ke liang lahad dan mayat perlu dihormati.

Sebenarnya, negara Islam lain seperti Arab Saudi, sudah melakukan beribu-ribu kes pendermaan organ sejak 1975 hingga 1997.

Malah, ia meliputi 1,092 kes pemindahan buah pinggang membabitkan penderma hidup sementara 731 kes membabitkan penderma cadaveric (penderma yang sudah meninggal dunia).

Malah, sejak 1986 hingga 1995, sebanyak 375 kes dilaporkan membabitkan kejayaan mengambil organ dari penderma yang diisytiharkan mati otak (brain death).

Bagaimanapun, keadaan ini jauh berbeza di negara ini di mana kecenderungan menderma organ masih kurang memuaskan.

Pendermaan organ, sekiranya dilihat dari perspektif kemanusiaan, sebenarnya suatu amalan yang mulia membabitkan sifat kasih sayang sesama insan.

Di Malaysia, semua agama membolehkan pendermaan organ dan menyokong perbuatan ini sebagai suatu perkara mulia. Islam turut mengizinkan pemindahan organ berdasarkan keputusan mesyuarat Majlis Fatwa Kebangsaan pada Jun 1970.

Kementerian Kesihatan melancarkan Promosi Pendermaan Organ selaras dengan pelancaran kad derma organ oleh bekas Menteri Kesihatan, Datuk Chua Jui Meng, pada 16 Disember 1999.

Sebuah jawatankuasa induk yang diberi nama Jawatankuasa Transplantasi Pendermaan Organ Kebangsaan telah ditubuhkan dan jawatankuasa ini bertujuan memantau kegiatan pendermaan organ pada peringkat hospital mahupun pertubuhan bukan kerajaan.

Di bawah jawatankuasa itu, ditubuhkan pula Jawatankuasa Kecil Pendidikan Awam Pendermaan Organ yang berfungsi untuk menjalankan promosi dan pendidikan kesihatan berkaitan pendermaan organ dengan lebih terperinci.

Jawatankuasa ini turut menyelaras dan menyediakan bahan pendidikan berkaitan pendermaan organ untuk disalurkan kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira peringkat umur serta bangsa melalui pelbagai saluran komunikasi, termasuk media cetak dan elektronik.

Sehubungan itu, empat matlamat promosi pendermaan organ yang diberikan penekanan ialah:


Memberi pengetahuan kepada masyarakat umum agar tampil menderma organ secara ikhlas dan sukarela;


Mendapatkan sokongan pihak berwibawa dari aspek agama berkaitan pendermaan organ;


Memberi tumpuan terhadap harapan individu yang memerlukan organ; dan


Memberi pendidikan kepada waris terdekat penderma berkaitan pendermaan organ.

Secara langsung dapat dijelaskan promosi pendermaan organ ini disasarkan kepada masyarakat umum, waris penderma, pesakit, ahli agama dan pemimpin masyarakat.

Hakikatnya, pendermaan organ ini, dapat membantu pesakit seperti pesakit buah pinggang daripada terus bergantung kepada dialisis setiap minggu.

Setiap tahun hampir 2,000 warga Malaysia mengalami masalah buah pinggang, jantung, paru-paru, mata, tulang dan kerosakan kulit tetapi daripada jumlah itu lebih daripada separuh pasti meninggal dunia kerana kekurangan rawatan.



Bookmark and Share

    


  Member Information For kakyongjuProfil   Hantar PM kepada kakyongju   Quote dan BalasQuote

Prof_Muslim

Menyertai: 15.07.2003
Ahli No: 2348
Posting: 3179
Dari: Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 06-07-04 20:46


Sesuatu perkara menarik selain topik tentang Derma Darah yg pernah dikeluarkan.

Jika Prof pula ....sanggup jika ia boleh digunakan untuk orang masih hidup yang memerlukan. Bukan sengaja nak melawan fakta Kakyongju ..ini cuma personal pendapat Prof.

DERMA DARAH .....kini DERMA ORGAN

Apa fakta yg Prof ketahui di China & India atau mana-mana negara termiskin kes jual organ spt Buah Pinggang adalah begitu popular.....bukan DERMA..tapi JUAL....

Sama kes Derma Darah.........bukan 6 bulan sekali malah tiap-tiap hari...pun ada....sebab faktor kemiskinan.

Quote:

Hakikatnya, pendermaan organ ini, dapat membantu pesakit seperti pesakit buah pinggang daripada terus bergantung kepada dialisis setiap minggu.

Setiap tahun hampir 2,000 warga Malaysia mengalami masalah buah pinggang, jantung, paru-paru, mata, tulang dan kerosakan kulit tetapi daripada jumlah itu lebih daripada separuh pasti meninggal dunia kerana kekurangan rawatan.



Yg Prof quote ini antara fakta perlu kita ambil kira...dan perhatian.

Wassalam





Bookmark and Share

    


  Member Information For Prof_MuslimProfil   Hantar PM kepada Prof_Muslim   Quote dan BalasQuote

hurun_ein
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 18.10.2003
Ahli No: 4470
Posting: 317
Dari: utm, skudai

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 06-07-04 21:08


..
scr peribadi, ein sanggup...ein pun ada m'daftar sbg malaysian donor..
cuma kdg2 ein keliru, ada yg kata xboleh sbb nnti siksa mayat..ada yg kata boleh, sbb untuk kemaslahatan..tu yg ein confius..mcmana ek?

-----------------
ana..ukhtukum fil Islam..

Bookmark and Share

    


  Member Information For hurun_einProfil   Hantar PM kepada hurun_ein   Pergi ke hurun_ein's Website   Quote dan BalasQuote

cahayamataku
Warga 3 Bintang
Menyertai: 27.06.2004
Ahli No: 9688
Posting: 85
Dari: baling

Kedah  


posticon Posting pada: 07-07-04 08:11


erm.....bagi saya kalau benda tu x salah di sisi Islam apa salahnya... tapi x mau la masa tgh idup ni.....

-----------------
sEmAkiN jaUH kU dArIMu...sEmaKIn deKaT pULa KaU mEngHaMpIri Daku.....Oh TuhAn yG mAha PeNgAsiH ....SiApaLAh dIriKu di pAndaNGANmu....

Bookmark and Share

    


  Member Information For cahayamatakuProfil   Hantar PM kepada cahayamataku   Pergi ke cahayamataku's Website   Quote dan BalasQuote

lidah-penghunus
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 17.05.2003
Ahli No: 407
Posting: 1308
Dari: Parlimen Kapar, Dun Meru.

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 07-07-04 13:01




bagi diri saya sendiri memang tak sanggup sbb ini bukannya hak mutlak kita. lagipun banyak lagi benda yg blh kita infakkan. macam derma darah tu pulak bagi saya ia berbeza dgn organ sbb darah ni ianya sebenar diganti dgn yg baru. kalau kita derma darah kita 1 pain misalnya, badan kita akan dpt darah yg baru yg lebih bersih dlm badan kita, secara tak langsung ini baik utk badan kita. wallahu alam.

-----------------
Hunusan lidah itu lebih berbisa daripada hunusan keris sang pendekar

Bookmark and Share

    


  Member Information For lidah-penghunusProfil   Hantar PM kepada lidah-penghunus   Pergi ke lidah-penghunus's Website   Quote dan BalasQuote

alongayuni
Warga Rasmi
Menyertai: 01.07.2004
Ahli No: 9768
Posting: 12
Dari: Bumi Malaysia

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 07-07-04 16:18


saya ada belajar tentang perbankan tisu iaitu cara nak proses tulang dan juga selaput pada placenta untuk digunakan apabila diperlukan seperti untuk transplant atau sebagainya.Dr saya cakap masa dia nak ambil organ atau tisu orang yang hendak menderma dia akan lakukan dengan baik seperti melakukan operation kerana untuk menghormati orang yang menderma.
Dekat malaysia ni organ tidak boleh dijual beli sebaliknya hanya boleh didermakan.Itu adalah syarat Bank Tisu di Malaysia ni.Tiada bayaran untuk organ yang didermakan.Kerana ianya mestilah ikhlas.


Bookmark and Share

    


  Member Information For alongayuniProfil   Hantar PM kepada alongayuni   Quote dan BalasQuote

ZahRaTuL_RaiHaNaH81
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 17.05.2003
Ahli No: 426
Posting: 861
Dari: .: SaBah :.

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 07-07-04 17:21




saya sokong pendapat kak yong...bukannya ape...saya baru je belajar bab2 organ badan kita...

Organ2 kita sebenarnya bukan hak mutlak kita..ia adalah milik Allah s.w.t..andainya bila kita sudah mati..organ dlm badan kita jugak akan terasa sakit..apabila kita ambik atau cabut dari tubuh badan manusia....kita jugak dilarang menjual beli organ2 manusia..kerana ianya adalah hak Allah sepenuhnya.

Memanglah tak salah kalau kita dermakan..tapi ada syarat2 tertentu yang membolehkan ianya di dermakan kepada pesakit lain...

Antara syaratnya ialah:

~Pastikan minta keizinan dari keluarga si mangsa..sama ada magsa itu masih hidup ataupun mati..

~Hendaklah tujuan perubatan..untuk pesakit yang memerlukan...

~Peratus untuk hidup si pesakit lebih tinggi,berbanding risiko kepada kematian..


wallahua'lam...



-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For ZahRaTuL_RaiHaNaH81Profil   Hantar PM kepada ZahRaTuL_RaiHaNaH81   Quote dan BalasQuote

aieyda
WARGA SETIA
Menyertai: 02.04.2004
Ahli No: 8177
Posting: 1241
Dari: jurassic park naungan puteri cik siti wan kembang

australia   avatar


posticon Posting pada: 11-07-04 09:14



saya tak berani nak derma organ saya sebab organ tu semua adalah hak ALLAH,kita cuma pinjam je.takkan barang pinjam kita nak bagi kat orang kot.
pendapat saya le

Bookmark and Share

    


  Member Information For aieydaProfil   Hantar PM kepada aieyda   Pergi ke aieyda's Website   Quote dan BalasQuote

nurkamar
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 35
Posting: 1798

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 20-11-07 20:18


suka nak menderma...

tapi.. harap-harap keluarga pun suka dan rela nak lepaskannya...
**takkan nak bangun kejap 'time tu' nak make sure keluarga beri doktor ambil,kan?

ehehe.....;)

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurkamarProfil   Hantar PM kepada nurkamar   Pergi ke nurkamar's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 
 



Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.105439 saat. Lajunya....