Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-11-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Usah merungut bila gelap; pasang lampu teranglah ia
-- Peribahasa Jawa

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 49
Ahli: 0
Jumlah: 49




  Yang Masuk Ke Sini
Muslim1987: 1 hari, 10 jam, 48 minit yang lalu


Kelakar
Topik: Surat Memujuk Kekasih


Carian Forum

Moderator: Administrator, halesolurun_84
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Kelakar
    »» Surat Memujuk Kekasih

Please Mendaftar To Post


Oleh Surat Memujuk Kekasih

nurulain
WARGA SETIA
Menyertai: 05.05.2004
Ahli No: 8792
Posting: 450
Dari: somewhere i belong

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 04-07-04 08:31


Dalam kesuraman ultra lembayung tika tujuh bulan menumpahkan cahaya dibawah kaki langit khirmizi, tiba-tiba aku terkenangkan eurika nostalgia cinta lama yang kita palitkan berdua.

Kehadiranmu bersama molekul-molekul hidrogen menerjang segala kekusutan yang membelit tali perutku. Dan kehadiranmu itu mengajar aku erti rindu gelora dan syahdu. Kau juga mengajarku erti cinta, singalaut, beruang kutub, penguin, kambing salji, mee rebus, cendol, koridor, kotak pensil, tali kasut dan pasu bunga. Kala itu, kita bagaikan Nobita dan Sizuka. Kau dan aku umpama Kurt Cobain dan Rafea Buang yang tidak dapat dipisahkan.

Malangnya percintaan yang mendapat liputan meluas hingga ke planet Ziku itu telah mengundang perpisahan yang akhirnya telah mengecewakan seluruh penternak Lipan di Burma. Kau pergi jua ketika Kuala Lumpur sedang bersiap sedia menjadi Tuan rumah Sukan Komanwel 1998. Sesungguhnya perpisahan itu berpunca daripada penebangan pokok getah secara besar-besaran di Lembah Klang.

Pemergianmu menyebabkan aku menghidap penyakit resdung dan hepatitis-B secara mengejut. Ketiadaanmu memaksa aku memakai topi keledar setiap masa sebagai langkah keselamatan. Aku seperti tidak percaya dengan apa yang telah terjadi. Aku bagaikan tergelincir dari orbit bumi dan terpelanting ke ruang angkasa, apabila daya tarikan graviti terhadapku tiada lagi berfungsi setelah aku tersungkur dalam percintaan yang berlarutan hingga ke rubber-set. Seluruh perjalanan hidupku menjadi gelita bagaikan terperangkap di dalam gua yang gelap dan ditemani stalagtit dan stalagmit yang bagai sembilu.
Kondominium cinta yang kita bina dari makgat basikal dan kipas helikopter akhirnya musnah setelah kau berpaling tadah. Ternyata sikapmu mulai berubah bila Malaysia mula melancarkan satelit MEASAT-1 ke ruang angkasa raya. Sejak itu kau sering melarikan diri bila terserempak dengan abang iparku. Akhirnya aku menyedari bahawa diri ini tidak diperlukan lagi.

Sejak kau tiada, aku sering menyendiri berbual-bual dengan pokok betik untuk mengisi masa lapang. Kadang-kadang aku mengikat botol Oren pada tiang rumah agar nampak lebih cantik. Saban hari aku termenung didalam peti sejuk mengenangkan dirimu yang entah kemana menghilang. Aku cuba bermain badminton sambil makan mi hailam untuk melupakanmu, tetapi aku tak berdaya. Lalu aku membakar mesin basuh dan membelasah empat ekor itik serati jiran sebelah sebagai tanda aku tidak bersalah.

Mengapa? Mengapa sayang? Mengapa ini semua boleh terjadi? Mengapa setelah kaucuri hatiku, kau rompak cintaku lantas kau bunuh cintaku sehingga aku terbunuh dalam kemalangan cinta yang ngeri. Aku bagaikan terhimpit dan dihimpit oleh guni-guni batu yang kau timpakan diatas belakangku. Derita yang kau timpakan itu adalah bebanan yang terlalu berat untuk ku tanggung bagaikan mendukung 75 ekor biawak dan 386 ekor anak beruk.

Dan kini segala harapanku hancur berkecai bagaikan aku terjatuh dari Menara Kuala Lumpur dan dihempap oleh Menara Berkembar Petronas lalu tersangkut di celah landasan LRT dan kemudiannya digilis pula keretapi Komuter hingga aku hancur berkecai.

Oh! Terlalu berat dugaan yang ku tempuhi kini. Kini segalanya telah pun berakhir. Aku sedar siapa aku .Aku hanya insan biasa yang suka makan mi segera. Aku bukannya McGyver, McDonald's, Superman atau Kesatria Baja Hitam. Aku juga bukanlah Ultraman seperti yang kau idam-idamkan. Aku menyedari kekurangan diri dan kekurangan kemudahan awam di tempat sendiri.

Tak perlu dikesali lagi kerana nasi telah menjadi capati dan tin sardin yang ku genggam ini telah pun luput tarikhnya.

Segalanya sungguh mengharukan dan semua hadiah pemberianmu termasuk enjin kapal selam telah pun aku cincang untuk dibuat makanan lembu.

Walaupun segalanya telah pun berakhir,di sini, di atas pokok getah ini aku tetap menunggu kau akan kembali. Selagi ada nafas ini, selagi ada kompleks membeli-belah SOGO, selagi ada kedai kasut selipar disekitar Argentina, selagi kumpulan metallica tidak berpecah, aku tetap menunggumu sehinggalah mentari terbelah lapan. Namun aku menyedari bahawa penantianku hanyalah sia-sia belaka. Akhirnya aku mengambil keputusan muktamad untuk menunggu tiang elektrik dihadapan rumahku berbuah. Kalau tiang elektrik berbuah nanti, aku poskan buahnya kepadamu. Nak tak?






Bookmark and Share

    


  Member Information For nurulainProfil   Hantar PM kepada nurulain   Quote dan BalasQuote

alifmimyanun
WARGA SETIA
Menyertai: 19.06.2003
Ahli No: 1540
Posting: 2292
Dari: langit kujunjung bumi kupijak

Johor  


posticon Posting pada: 08-07-04 23:28


ha ha ha.. surat jiwang ape ni. kalu bg gerenti tak jadik nak clash. hihi

Bookmark and Share

    


  Member Information For alifmimyanunProfil   Hantar PM kepada alifmimyanun   Pergi ke alifmimyanun's Website   Quote dan BalasQuote

Prof_Muslim

Menyertai: 15.07.2003
Ahli No: 2348
Posting: 3179
Dari: Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 08-07-04 23:33


Nie nak luah ke atau skrip kelakar ?
Forum Kelakar atau kat sini ke ?

Bookmark and Share

    


  Member Information For Prof_MuslimProfil   Hantar PM kepada Prof_Muslim   Quote dan BalasQuote

Bisikan_Nurani_Jr
Warga Rasmi
Menyertai: 17.12.2003
Ahli No: 5771
Posting: 3
Dari: markas

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 09-07-04 00:00


kekasih boleh menjadi racun dan penawar..pedoman[LIST]

Bookmark and Share

    


  Member Information For Bisikan_Nurani_JrProfil   Hantar PM kepada Bisikan_Nurani_Jr   Pergi ke Bisikan_Nurani_Jr's Website   Quote dan BalasQuote

Bisikan_Nurani_Jr
Warga Rasmi
Menyertai: 17.12.2003
Ahli No: 5771
Posting: 3
Dari: markas

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 09-07-04 00:22


Quote:

[IMG]www.pedoman.cjb.net[/IMG]

-----------------
Dihati , Bersama , Mengembara

Bookmark and Share

    


  Member Information For Bisikan_Nurani_JrProfil   Hantar PM kepada Bisikan_Nurani_Jr   Pergi ke Bisikan_Nurani_Jr's Website   Quote dan BalasQuote

shahbila
Warga Rasmi
Menyertai: 29.04.2004
Ahli No: 8687
Posting: 10
Dari: bumi Allah

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 09-07-04 14:12


Dah pernah baca la surat ni, tapi dimana ye!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For shahbilaProfil   Hantar PM kepada shahbila   Quote dan BalasQuote

kuahdurian
Warga 4 Bintang
Menyertai: 03.07.2004
Ahli No: 9793
Posting: 312
Dari: UiTM Shah Alam

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 09-07-04 17:05


WAHLAUWEI!!! ni lah surat paling best pernah saya baca. Tuan-tuan dan puan-puan, ni lah lawak yang berkualiti namanya.

Bookmark and Share

    


  Member Information For kuahdurianProfil   Hantar PM kepada kuahdurian   Pergi ke kuahdurian's Website   Quote dan BalasQuote

mawarputih
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 146
Posting: 283
Dari: Bangsar, K.Lumpur

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 10-07-04 10:08


Quote:

On 2004-07-08 23:33, Prof_Muslim wrote:
Nie nak luah ke atau skrip kelakar ?
Forum Kelakar atau kat sini ke ?



Setuju dengan Prof_Muslim

Ana pindahan posting nie ke Forum Kelakar....



Bookmark and Share

    


  Member Information For mawarputihProfil   Hantar PM kepada mawarputih   Quote dan BalasQuote

srikandi_islam
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.10.2003
Ahli No: 4481
Posting: 260
Dari: BANGI + KB

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 10-07-04 10:49


muaaahahahahaha....lawaks giler
memang best
keep up d good work bebeh

Bookmark and Share

    


  Member Information For srikandi_islamProfil   Hantar PM kepada srikandi_islam   Pergi ke srikandi_islam's Website   Quote dan BalasQuote

islamic_thinker
Warga 1 Bintang
Menyertai: 16.11.2003
Ahli No: 5165
Posting: 35
Dari: Universiti Al-Azhar,Iskandariah

egypt   avatar


posticon Posting pada: 10-07-04 12:48


kelakar nya surat nak pujuk kekasih....heheheh...

-----------------
Semakin jauh ku dari-MU,
Semakin dekat pula KAU menghampiri daku,
Oh Tuhan...yang Maha Pengasih,
Siapalah diriku di pandangan-MU...

Bookmark and Share

    


  Member Information For islamic_thinkerProfil   Hantar PM kepada islamic_thinker   Pergi ke islamic_thinker's Website   Quote dan BalasQuote

banat_alex
Warga Rasmi
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 344
Posting: 11
Dari: iskandariah

egypt   avatar


posticon Posting pada: 10-07-04 20:30


lawaknya surat macam ni....surat jiwang ke apa ni??
bolehllaahh lawak surat jiwang ni...

-----------------
SaYaNgI DiRi HiAsI PeRiBaDi

Bookmark and Share

    


  Member Information For banat_alexProfil   Hantar PM kepada banat_alex   Quote dan BalasQuote

darul_numan81
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 239
Posting: 1548
Dari: Batu Pahat,Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 12-07-04 17:29




Topik ini telah ada di dalam forum.. sila lihat di sini--> surat cinta kelakar abad ini

Makanya..topik ini akan dikunci.. harap maklum.
wassalam

-----------------
Kehidupan adalah satu ujian...

Bookmark and Share

    


  Member Information For darul_numan81Profil   Hantar PM kepada darul_numan81   Pergi ke darul_numan81's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.094976 saat. Lajunya....