Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 13-12-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Jikalau semua umat Islam itu berjemaah pada solat Subuh, nescaya kekuatan kami tidak dapat menandingi Islam
-- -- Pembesar Yahudi

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 46
Ahli: 0
Jumlah: 46




  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 25 hari yang lalu
nur_takwa88: 31 hari yang lalu
kismis: 31 hari yang lalu
qaulah_atrah: 42 hari yang lalu
muaz9768: 46 hari yang lalu
Rashdin: 52 hari yang lalu


Cerpen
Topik: Isteriku Nurjannah - Sebuah Kisah


Carian Forum

Moderator: Administrator, NaZa_FirmaN
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Cerpen
    »» Isteriku Nurjannah - Sebuah Kisah

Please Mendaftar To Post


Oleh Isteriku Nurjannah - Sebuah Kisah

alea13
WARGA SETIA
Menyertai: 05.01.2004
Ahli No: 6228
Posting: 1483
Dari: melaka

Melaka  


posticon Posting pada: 01-07-04 17:41




terjumpa citer ni kat Tokeikedai ttg pengorbanan seorang isteri..


Isteriku Nurjannah - Sebuah Kisah

Sebak! Hati ini terlalu sebak. Lutut ini terasa lumpuh untuk menanggung beban yang teramat berat. Tak mampu lagi dipikul oleh bahuku, apatah lagi di usia yang telah agak banyak ini. Kalaulah aku tahu beginilah hatinya, sumpah aku tidak lakukan semua ini. Dia tetap berwajah tenang. Tidak kelihatan walau secalit resah di kelopak mata, di pipinya
>malah bibirnya. Segalanya masih sama seperti dulu. Aku leka. Leka dengan setiap kehendak hatiku. Semua tingkah laku ku tidak pernah dipersoalkan.

Cuma ketika dia menurunkan tanda tangan keizinan, aku lihat ada titisan air mata gugur di pipinya. Itulah kali terakhir aku lihat dia menangis. Dia tidak menuntut apa-apa dariku untuk dirinya selain dari mengingati aku tentang nafkah anak-anak kami yang seramai lima orang. Dia meninggalkan perkarangan mahkamah, setelah sedikit sesi kaunseling selesai. Aku mempelawa untuk menghantar pulang. Dalam senyuman yang
kukira dibuat-buat, dia menolak dengan alasan, mulai dari hari ini dia akan belajar untuk mengurus hidupnya sendiri.

Aku tidak ambil pusing dengan perkara itu. Aku meneruskan niatku mengahwini Normi. Dia tidak sedikit pun membentak bila aku memintanya
menggosok sepasang baju Melayu, pakaian pengantinku. Cuma di kala itu aku kehilangan senyuman manja daripadanya. Dia terus berwajah tenang dan syahdu. Sebelum aku melangkah pergi, dia masih seperti selalunya, bersalaman dan mencium tanganku sambil berpesan jaga diri baik-baik. Aku mengahwini Normi setelah setahun menjalin persahabatan. Aku sendiri kurang pasti mengapa aku tertarik dengan Normi. Cuma yang aku sedar, aku kasihankan kepada anaknya yang sedari awal memanggil aku ayah. Mungkin juga kerana Normi cantik. Perwatakannya yang manja membuatkan ramai lelaki tergoda. Dan akulah yang paling kalah dengan kemanjaannya.

Walau apa pun alasan, antara aku dan Normi memang ditakdirkan ada jodoh, kerana itu kami berkahwin. Walau ibu dan ayahku malah s audara mara menentang hebat kemahuanku. Apa kurangnya Nurjannah, soal mereka. Memang aku akui, tiada cacat celanya Nurjannah. Dia memiliki semuanya. cantik dan seorang perempuan yang lengkap memenuhi ciri-ciri seorang isteri, ibu dan pengasuh anak-anak yang baik. Dia juga pernah menjadi rebutan pemuda sekampung. Di antara mereka, aku orang yang paling bertuah menjadi pilihan Nurjannah. Tuah itu aku sambut dengan penuh rasa kesyukuran. Dia melahirkan zuriatku seramai lima orang. Dia tidak pernah mengeluh keletihan melayan kerenah anak-anak walau aku kurang membantu. Keperluanku juga dijaga sepenuhnya. Tiada apa yang dimusykilkan
di hati ini terhadapnya. Segalanya cukup sempurna. Pendidikan agama untuk anak-anakku juga diberikan oleh Nurjannah.

Semua anak-anakku khatam Al Quran di usia sepuluh tahun. Semua itu Nurjannah yang ajarkan. Anak-anakku tahu akan tanggungjawab mengerjakan sembahyang seawal usia enam tahun. Itu juga Nurjannah, isteriku juga yang
ajarkan. Bukan sekadar anak-anak malah aku sendiri pun diuruskan oleh Nurjannah. Ketika aku sedang mandi, pakaian kerjaku dari baju hinggalah ke stokin Nurjannah sudah aturkan. Aku cuma capai sahaja. Ketika aku berwuduk, Nurjannah telah siap membentang sejadah sembahyang. Setiap kali aku pulang kerja, sekurang-kurangnya, segelas minuman telah tersedia di ruang rehat. Nurjannah tidak pernah menyusahkan aku walau menghantarnya ke pasar. Katanya, dia boleh pergi sendiri. Selama sebelas tahun hidup bersamanya,
Nurjannah faham benar seleraku. Selama sebelas tahun itu juga seingatku tidak pernah sekalipun Nurjannah menyakiti hatiku.

Menjelang hari-hari perayaan, ketika rakan-rakan sepejabatku mengeluh kerana isteri di rumah minta menukar langsir baru, Nurjannah isteriku di rumah terbongkok-bongkok mencuci langsir lama. Bila kami diberi bonus tahunan oleh majikan, rakan-rakanku resah kerana isteri masing-masing turut meminta imbuhan untuk membeli seutas dua barang kemas. Tetapi isteriku Nurjannah tidak pernah meminta semua itu. Nurjannah menasihati aku agar menyimpan wang lebihan. Untuk kegunaan masa depan katanya. Akhirnya aku menggunakan wang simpanan tersebut untuk perkahwinanku dengan Normi, madu Nurjannah. Setelah berkahwin dengan Normi, barulah aku merasai segala masalah seperti yang dihadapi teman-teman sepejabatku. Apa nak buat, terlajak perahu boleh diundur, terlajak perbuatan sepahit mana sekalipun, terpaksalah ditelan jua. Apatah lagi aku dan Normi telah dikurniakan seorang cahaya mata.

Sepanjang perkahwinan dengan Normi, aku memang jarang-jarang sekali pulang ke rumah Nurjannah. Kadang-kadang seminggu sekali, kadang-kadang sebulan sekali. Itupun untuk memberi wang perbelanjaan anak-anak. Nurjannah tetap dengan sifat sabarnya. Walau aku memperlakukannya sedemikian, dia tidak pernah marah-marah apalagi mengamuk. Setiap kali
kepulanganku, dia sambut tanpa secebis riak kemarahan. Bersalam dan mencium tanganku. Dia tetap menyediakan makanan kegemaranku. Cuma yang amat aku terasa, aku ke! hilangan senyuman mesranya. Dia pernah meminta izinku membantu abangnya yang berniaga di kedai runcit berhampiran dengan rumah kami. Aku sedar, mungkin perbelanjaan harian dariku tidak mencukupi, tetapi aku buat-buat tidak tahu. Lagipun Nurjannah tidak pernah menyebutnya. Aku lihat tubuhnya kurus sedikit. Aku bertanya padanya apakah dia sakit atau ada apa-apa masalah.
Namun dia hanya menggeleng kepala.

Aku tidak pasti reaksi anak-anak terhadapku setelah aku berkahwin lain. kelima-lima anakku dengan Nurjannah tidak pernah menunjukkan
tanda-tanda membantah atau marah. Cuma antara kami kurang mesra, mungkin kerana sudah jarang berjumpa. Alhamdulillah aku punyai anak-anak sebaik Nurjannah.

Kelima-lima anakku sudah berjaya. Semuanya sudah menjejaki menara gading. Terasakan begitu cepat masa berlalu. Anak-anakku sudah menjangkau dewasa. Fahmi anakku yang sulung menjawat jawatan doktor, Fariza menjadi pensyarah, Fakhrul pu la pegawai di jabatan kerajaan, Farihin seorang guru dan Farina telah tamat dan majlis konvokesyennya akan diadakan dua hari lagi. Aku pulang hari ini, di atas permintaan Farina agar aku dan ibunya hadir di majlis bersejarah baginya. Seingat aku telah dua bulan aku tidak menjengah Nurjannah. Namun kepulanganku tetap disambut baik oleh Nurjannah. Bersalam dan mencium tanganku seperti dulu-dulu. Dia tidak pernah menunjukkan riak kurang senang padaku. Walhal sudah banyak perkara yang telah aku lukai hatinya, namun sukar untuknya menunjukkan rasa memberontak. Kesabarannya banyak mengajarku apa erti kesetiaan seorang suami. Aku akui bukan seorang suami yang adil. Adil dalam mencurahkan kasih sayang. Mungkin juga pengaruh isteri mudaku, namun aku tidak menyalahinya. Keterlanjuranku mengahwini memberi satu perbandingan yang nyata antara keduanya.

Namun kesalahan masih berpihak padaku seolah-olah tidak mampu untuk berlaku adil.! Hari ini Nurjannah memasak lauk kegemaranku, udang masak lemak cili padi. Selera sungguh aku makan. Suasana di meja makan sunyi sepi. Fariza yang juga makan bersama kami, aku lihat asyik menyuap nasi ke mulut. Nurjannah membisu seribu bahasa dan aku sendiri bagai kehilangan cerita. Sebenarnya jauh di sudut hati, aku terlalu lama rindukan gelak tawa Nurjannah. Entah kenapa hari ini aku kehilangan punca mencari kemesraannya. Sesudah makan malam aku duduk-duduk di ruang tamu di samping Fariza. Nurjannah menghampiriku sambil menghulur satu sampul surat berwarna
jingga. Aku masih ingat, itulah sampul surat kad undangan perkahwinanku dengan Normi. Aku bagaikan tersentak. Borang permohonan cerai. Telah lengkap diisi hampir terlepas dari tanganku. Aku terpempan. Terkedu. Hilang sudah segala kekuatan yang ada. Aku cuba menolak rasa sangsi. Adakah aku berdepan dengan realiti atau sebaliknya. Aku lihat reaksi Nurjannah, tenang dan bersahaja. Ada sesuatu yang ingin diutarakannya.
Aku menunggu dengan sabar, mahu penjelasan yang wajar darinya. "Bang, lapan belas tahun yang lalu, Jannah dengan rela hati menandatangani borang permohonan poligami, Jannah harap abang juga boleh melakukannya sekarang," pintanya dengan suara yang aku rasakan bagai belati menghiris hati. Rasanya ingin gugur air mata lelakiku.

Namun kutahan. Adakah ini balasan untuk pengorbanan yang telah kau lakukan.

Kukira langkah mu tidak akan terlanjur sejauh itu. Nurjannah, barang kali beginilah deritanya hatimu dulu, ketika mahu melepas pergi orang yang dikasihi.. 'Jannah tak mahu abang terus dihumban dosa kerana sememangnya abang tidak pernah berlaku adil. Selama ini pun Jannah hanya tak mahu kehidupan anak-anak kita terganggu lantaran sikap kita. Jannah rasa pengorbanan Jannah sudah sampai ke penghujungnya. Lagi pun kesabaran
Jannah sudah tinggal sia-sia. Jannah tidak mahu jadi isteri derhaka apabila kesabaran sudah tiada lagi. Anak-anak kita pun sudah dewasa, mereka sudah boleh hidup sendiri," Nurjannah bersuara lagi tanpa sebarang riak api kebencian kepadaku.

"Kami adik beradik telah lama kumpul wang untuk hantar ibu tunaikan fardhu haji tahun ini," sambung Fariza. Aku merenung mata Fariza dalam-dalam. Lama. Sehinggalah Fariza bersuara. "Kami bukan tak mahu hantar ayah ke Mekah, tapi kalau ayah pergi nanti, siapa nak jaga mak cik Normi, kan ayah tak pernah tinggal mak cik Normi sorang-sorang." "Jannah, abang tak mahu kehilangan Jannah, biar abang tinggalkan Normi," pintasku cuba melerai! kekusutan yang membelit diri. "Sejauh mana sekali pun abang tinggalkan Normi, hati Jannah tetap terluka. Tanda tangan borang tu bang," pinta Nurjannah sungguh-sungguh.

Aku rasakan itulah dentuman petir yang paling kuat pernah memanahi pendengaranku dan beban yang teramat sarat yang menghempap bahuku. Tiba-tiba aku terkenangkan sejadah yang sering dihampar oleh Nurjannah isteriku. Dengan langkah yang longlai aku mengambil wuduk, Nurjannah hanya memerhati dari jauh. Di dalam bilik sembahyang aku mencari-cari sejadah yang terbentang. Tiada. Aku jatuh terduduk.

Bookmark and Share

    


  Member Information For alea13Profil   Hantar PM kepada alea13   Pergi ke alea13's Website   Quote dan BalasQuote

nursolehah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 15.04.2004
Ahli No: 8420
Posting: 72
Dari: depan pc

Perak   avatar


posticon Posting pada: 01-07-04 18:13




sedihnye..moga jd teladan buat insan yg bergelar suami...

-----------------
ukhwah itu bukan terletak pada pertemuan, bukan pada manisnya ucapan dibibir tetapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya di dalam doanya...

Bookmark and Share

    


  Member Information For nursolehahProfil   Hantar PM kepada nursolehah   Quote dan BalasQuote

hafiz_along_83

Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3139
Posting: 772
Dari: cheras

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 01-07-04 18:35


sedih rasa bila baca kisah ni.. takut2 jadi kat diri sendiri pulak.. kisah benar atau main2 je??

apa pun, kisah ni betul ke tak ke.. sbnrnya ada something yg kita boleh dpt from it, betul tak??

nurjannah jika dilihat spt mmg cukup perfect pd pndgn pembaca spt sy dlm t'jwbnya sbg isteri.. segala2 yg diperlukan tlh si lelaki ni dpt x kira zahir maupun batin.. zuriat yg ada bkn skdr dilahirkan sebegitu mlhn dididik dgn begitu baik sekali.. pendek kata semua yg bersangkutan dgn hal ehwal rmhtgga dilaksana dgn bagus.. namun, akhirnya si lelaki ni tetap mencari normi.. shbt lamanya..

mgkn ada yg melihat si lelaki sbg sorg yg x prnh rasa cukup dgn apa yg ada.. apa xnye, zaujah dia bkn main baik tp dia seolah2 takde apa2 perasaan terima kasih.. atas kesetiaan dan pengorbanan si zaujah tu..

sy x reti nk ckp pnjg.. skdr cetusan dr pikiran ni.. moga2 sy dpt psgn idup yg mmg sesuai.. dan semua lelaki2 lain juga.. yang masih belum ada.. apa pun, soal begini bknlah sstu yg boleh dipndang remeh sbb ini persoalan pd j'masa yg pnjg.. perjanjian antr idup dan mati la lebih kurang.. mlhn ALLAH akn tanya akhirat nanti.. jgn main2 tau..

apapun, poligami tetap ada baiknya dan kelemahannya.. bkn ALLAH sengaja ciptanya begitu tp ada sbbnya.. nak tgk camne manusia dpt amik manfaat dari apa jua yg DIA beri..

segala yg baik dr ALLAH dan yg buruk dr kelemahan sy sndiri.. wassalam..

Bookmark and Share

    


  Member Information For hafiz_along_83Profil   Hantar PM kepada hafiz_along_83   Quote dan BalasQuote

nur_malam99
WARGA SETIA
Menyertai: 15.10.2003
Ahli No: 4371
Posting: 1239
Dari: bumi Allah

Sarawak  


posticon Posting pada: 01-07-04 23:01


.....

kadang kala kita terlupa sesuatu yang berharga yang telah kita punyai.

kita tidak tahu menghargai sesuatu yang kita miliki.
kita terlalu sibuk mencari cari sesuatu untuk memnuhi kehendak kita, sedangkan sebenarnya kita sudah mendapat apa yang kita ingini.

setelah kita kehilangan, barulah kita tersedar.
namun, biasanya, pada ketika itu, semuanya sudah terlambat...

wallahu'alam...

[ Posting ini telah di edit oleh: nur_malam99 pada 2004-07-01 23:40 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_malam99Profil   Hantar PM kepada nur_malam99   Pergi ke nur_malam99's Website   Quote dan BalasQuote

kakyongju
Warga 3 Bintang
Menyertai: 22.04.2004
Ahli No: 8571
Posting: 120
Dari: perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 02-07-04 00:44



dik alea13 ,buatla cerita tu jadi drama tv lak. apaa lea ni..cari cerita sedih. apa2 pun bukan senang nak berlaku adil wahai si suami yg berkahwin lebih dari satu....dan buat wanita2 yg redha bermadu,percayalaa payung emas menunggu kamu..Kak yong cakap bolehlaa,sbb belum kahwin lagi...cuba dah kahwin...silap2 jadi mcm Nurjannah jgk..jgn lagi teruk sudah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For kakyongjuProfil   Hantar PM kepada kakyongju   Quote dan BalasQuote

ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 14.12.2003
Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 02-07-04 01:14


:-| wbt...

begitulah biasanya realiti kehidupan.... sering melihat apa yang mendatang, tetapi jarang sekali mahu menjengok apa yang telah datang...


kt sukar menghargai apa yang dimiliki.. tetapi sering mengharapkan apa yang diimpi...



-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_atikahProfil   Hantar PM kepada ismi_atikah   Quote dan BalasQuote

alea13
WARGA SETIA
Menyertai: 05.01.2004
Ahli No: 6228
Posting: 1483
Dari: melaka

Melaka  


posticon Posting pada: 03-07-04 00:34




hehe, takkan ndak citer happy jer kak yong..

lumrah manusia.. apa yg ada jarang disyukuri.. apa yg tiada sering dirisaukan..

Bookmark and Share

    


  Member Information For alea13Profil   Hantar PM kepada alea13   Pergi ke alea13's Website   Quote dan BalasQuote

cahayamataku
Warga 3 Bintang
Menyertai: 27.06.2004
Ahli No: 9688
Posting: 85
Dari: baling

Kedah  


posticon Posting pada: 03-07-04 02:00


sungguh menyayat hati..ana harap ana x jadi cam tu bila kawin nanti.tu la manusia akan menghargai bila benda tu dah tak de.....semoga ia akn menjadi teladan kpd kita semua x kira muslimin mahupun muslimat.

-----------------
sEmAkiN jaUH kU dArIMu...sEmaKIn deKaT pULa KaU mEngHaMpIri Daku.....Oh TuhAn yG mAha PeNgAsiH ....SiApaLAh dIriKu di pAndaNGANmu....

Bookmark and Share

    


  Member Information For cahayamatakuProfil   Hantar PM kepada cahayamataku   Pergi ke cahayamataku's Website   Quote dan BalasQuote

islamic_thinker
Warga 1 Bintang
Menyertai: 16.11.2003
Ahli No: 5165
Posting: 35
Dari: Universiti Al-Azhar,Iskandariah

egypt   avatar


posticon Posting pada: 10-07-04 12:06


moga pasangan suami isteri lebih mengahargai pasangan masing2 lepas ni...

-----------------
Semakin jauh ku dari-MU,
Semakin dekat pula KAU menghampiri daku,
Oh Tuhan...yang Maha Pengasih,
Siapalah diriku di pandangan-MU...

Bookmark and Share

    


  Member Information For islamic_thinkerProfil   Hantar PM kepada islamic_thinker   Pergi ke islamic_thinker's Website   Quote dan BalasQuote

majidah
WARGA SETIA
Menyertai: 24.08.2004
Ahli No: 10691
Posting: 492
Dari: Macquarie University Village

Kedah  


posticon Posting pada: 02-09-04 16:29


Infidelity?Apa yg tak cukup?Kenapa harus tambah?No comment.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For majidahProfil   Hantar PM kepada majidah   Pergi ke majidah's Website   Quote dan BalasQuote

tirmidziy02
WARGA SETIA
Menyertai: 17.09.2004
Ahli No: 11209
Posting: 586
Dari: PULAU MUTIARA

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 27-09-04 21:33


bagus citer nih, khas sebagai renungan untuk para lelaki yg bakal bergelar vsuami, dan yg dah pun bergelar suami, tapi masih lagi tercari-cari untuk isteri kedua, ketiga mahupun keempat.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For tirmidziy02Profil   Hantar PM kepada tirmidziy02   Pergi ke tirmidziy02's Website   Quote dan BalasQuote

khatijah
Warga Rasmi
Menyertai: 02.03.2005
Ahli No: 14869
Posting: 6
Dari: kuching,sarawak

Sarawak  


posticon Posting pada: 07-03-05 11:57


assalamualaikum,
Kita akan terasa kehilangannya dan baru menyedari keistemewaan dirinya terutamanya bila ia tiada di sisi kita.Tetapi kita juga harus tahu jodoh pertemuan dan maut di tangan Allah.Mungkin hanya setakat itu jodoh mereka.Andai Allah s.w.t ingin memanjangkan jodoh mereka sudah pasti isterinya menerima semula.tetapi semua itu Qadak dan qadar Nya.

Bookmark and Share

    


  Member Information For khatijahProfil   Hantar PM kepada khatijah   Pergi ke khatijah's Website   Quote dan BalasQuote

siti_nurhaliza93
Warga Rasmi
Menyertai: 17.02.2005
Ahli No: 14442
Posting: 17
Dari: n9

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 17-03-05 01:00


....
sedih nyer citer nie. macam drama plak.ape pun citer nie jadi pengajaran buat kaum lelaki bergelar suami...

Bookmark and Share

    


  Member Information For siti_nurhaliza93Profil   Hantar PM kepada siti_nurhaliza93   Pergi ke siti_nurhaliza93's Website   Quote dan BalasQuote

putripuisi
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.04.2005
Ahli No: 15926
Posting: 156
Dari: Allah & kepada-Nya jua

Kelantan  


posticon Posting pada: 03-02-06 22:39


Assalamualaikum.....

apa yang patut ana katakan?

isteri yang tidak sabar
@
suami yang tidak adil?

Bookmark and Share

    


  Member Information For putripuisiProfil   Hantar PM kepada putripuisi   Pergi ke putripuisi's Website   Quote dan BalasQuote

husna_nasiha
Warga 4 Bintang
Menyertai: 23.01.2006
Ahli No: 22138
Posting: 233
Dari: UPM

Perak  


posticon Posting pada: 03-02-06 22:57


Pada 01-07-04 23:01 , nur_malam99 posting:

!!! QUOTE !!!

.....


Hmmm..bagi ana,kalau nak berpoligami pun,biarlah betul niatnya..sama ada nak mengelakkan maksiat ataupun membantu kaum wanita yang lemah..seperti yang dilakukan olah Nabi Muhammad S.A.W..kalau sekadar memuaskan nafsu..mungkin lain pula jadinya nanti..

kalau yakin boleh berlaku adil,tiada salahnya,tapi ingat..manusia ni lemah,seringkali membuat kesilapan..syaitan tidak akan berhenti menggoda anak Adam sehinggalah rohnya terpisah dari badan..sebagai pemimpin,sebelah kaki dah ke neraka..jangan sampai terjerumus kedu-duanya sekali..Nauzubillah..


-----------------
Pernikahan menginsafkan kita..
Perlunya iman dan taqwa meniti sabar dan redha..
Bila masa senang syukuri nikmat Tuhan..
Susah mendatang tempuh


Bookmark and Share

    


  Member Information For husna_nasihaProfil   Hantar PM kepada husna_nasiha   Quote dan BalasQuote

zura04
Warga 2 Bintang
Menyertai: 22.11.2003
Ahli No: 5325
Posting: 56

Kedah  


posticon Posting pada: 03-02-06 23:07


Assalqammualaikum..

:-( :-( :-( :-( :-( sedihnya...rasa macam nak nangis saja bila baca kisah ini..sedih2..aper2pun dapat jadi tauladan pada pasangan yang akan dan sudah bergelar suami isteri..sama-sama ambil iktibar dr kisah ini dan moga dapat mencapai konsep rumahku syurgaku.InsyaAllah.. ;-)


-----------------
it\'s so haRD to find true frenz


Bookmark and Share

    


  Member Information For zura04Profil   Hantar PM kepada zura04   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.102434 saat. Lajunya....