Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 22-09-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
If we don't succeed, we run the risk of failure
-- Dan Quayle

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 67
Ahli: 0
Jumlah: 67




  Yang Masuk Ke Sini
HIKAL: 1 hari, 15 jam, 9 minit yang lalu


Pengetahuan Am
Topik: yang ni lagi best...manfaat dari bercouple..kena baca ni


Carian Forum

Moderator: Administrator, syemarly
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Pengetahuan Am
    »» yang ni lagi best...manfaat dari bercouple..kena baca ni

Please Mendaftar To Post


Oleh yang ni lagi best...manfaat dari bercouple..kena baca ni

i_shahdamaii
Warga 4 Bintang
Menyertai: 03.06.2003
Ahli No: 931
Posting: 243
Dari: iium,gombak

egypt  


posticon Posting pada: 11-06-03 10:59


Apa pekara yang ber"manfaat" daripada ber'couple';

1) Seronok(dapat fitnah)

2) Seronok(dapat dosa)

3) Seronok(dapat geng dgn syaitan)

4) Dapat luahkan segala masalah(ALLAH kan ada)

5) Banyak habis duit(lebih baik guna utk bersedekah)

6) Banyak risau(takut awek orang lain kebas.... berapa kali dah miss sembahyang pasal dok asyik berdating tak risau)

7) Banyak termenung dan senyum sendiri(pasal ingat peristiwa riang dgn awek... kita sebagai muslim patutnya banyak mengingatkan MATI yg boleh datang bila-bila masa)

Lebih mengutamakan awek drp orang lain(hidup dlm dunia sendiri, dia dan awek dia.... lain dah tak kisah.

9) Menepati masa dan janji(takut awek marah/sakit hati...... sembahyang fardu lewat tak takut pulak) 10)Lain2 lagi yang memberikan faedah dlm menambah saham DOSA drp saham PAHALA

Pada mereka yg sudah ber'couple', nak ber'couple' atau cuba2 nak ber'couple'(ditujukan khas buat lelaki pasal dia orang le selalu dok start dulu,perempuan pula ibarat spark plug kereta petrol kalau tak de 'spraking' tak start le tapi enjin kereta disel tak pakai spark plug pun boleh start ye dak?) toksah le, rentikan tak sior(kata orang Perak) dan getik aku nengoknye(kata orang Perak lagi) pasal "manfaat"nya spt yg disebut di atas cukup banyak, apa kata kita cari manfaat lain yg lebih dan benar bermanfaat.

Hasil daripada pengalaman/pemerhatian/analisa/kajian saya terdapat beberapa sebab yang menyebabkan PENDORONG mengapa ber'couple' terjadi;

1) Banyak sekolah/pusat pengajian campur i.e. perempuan dan lelaki satu kelas tanpa ada usaha drp pihak yg bertanggungjawab untuk mengawal percampuran ini supaya tidak bercanggah dgn syarak.

2) Pekara ini sudah jadi kebiasaan maka didapati ada pendapat(tak tahu le dalil mana dia guna) mengatakan tak apa ber'couple' asalkan tak melanggar batas2 syarak..... Nauzubillah. Pada pendapat mereka keluar buat date kat khalayak ramai, bukanya berduaan ditempat sunyi, tak pegang tangan, jalan pun tak rapat2 dan si awek tu pula pakai tudung.... so tak pe le dosa pun sikit je. Nanti dah kahwin settle dan taubat le. Saya bab nie yg payah nak jawab... ada aje alasan dia orang untuk melepaskan diri. Orang kata kalau dah nak buat tu memang macam2 helah. Kita nasihat kot sini dia corner kot lain. Banyak bersabar aje le dan teruskan usaha kita insya-ALlah lama2 dia sedar le.

3) Sudah menjadi naluri manusia ingin dibelai dan kasih, maka sebab itu ALlah jadikan lelaki dan perempuan ada tarikan macam cas -ve dan +ve. Hasil drp didikan/pentarbiahan Islam yang tidak kukuh dari luarga menyebabkan attraction between the charge can't be control to act in a much more appropriate manner.... maka terjadinya perhubungan(kawan2) sebelum ada ikatan yang sah, dan ada setengah ibubapa dgn selamba kata,"Tak pe le dia orang dah besor....dah remaja, dah pandai fikir mana baik dan mana buruk.. bior le". Betul juga kata ibubapa tersebut, patutnya kita dah besor, tahu le menilai yg baik dan yang buruk... tapi tanggungjawab kedua ibubapa mendidik anak pun tak boleh abaikan seperti maksud hadis yg selalu kita dengar, riwayat Bukhari, Sabda Rasulullah;

TIAP-TIAP ANAK YG DILAHIRKAN ITU BERSIH & SUCI(mengikut fitrah) MAKA IBUBAPA LAH YANG AKAN MENJADIKANNYA YAHUDI, NASRANI DAN MAJUSI.

4) Bertambahnya perempuan yang tidak menutup aurat, kalau tutup aurat pun, aurat lain tidak dijaga i.e. cara bergaul, bercakap.... etc. Maka ini membuka ruang pada lelaki2 untuk memulakan projek mereka. Tak percaya pergi lepak(bukan lepak macam Mat Lepakian.... lepak dgn tujuan untuk mengambil iktibar) kat K.L.(kat sini macam2 jenis orang boleh jumpa) ada yg elok tutup aurat tapi bila time sembang... tu dia, ketawa kalah lelaki.... lepas tu pandai cubit2 dan pukul2 pula tu, lelaki apa lagi... ada chance nie.

5) Ramai perempuan semakin berani.... berani menghadapi cabaran untuk jadi setanding dgn lelaki maka mereka pun goda le lelaki so dapat banyak boyfriend..... macam Mat Cintan dan Mat Bunga yg banyak dapat awek.

6) Ramai lelaki rasa bangga kalau dia ada awek, kalau tak de awek maka macam ada satu kekosongan dlm jiwa..... lebih2 lagi kalau tengok member2 lain dia ada awek. Faktor sekeliling mempengaruhi suasana.

7) Lelaki cuba nak tunjuk pada lelaki lain yang dia tu pakar dlm bab tackle/ meng'ayat' awek...lelaki nie biasa le EGO..... ego tak kena tempat.

Haaaaa..... nie paling memalukan kaum lelaki.... lelaki nie cepat sangat PERASAN so dia pun naik syeikh plus naik semangat untuk kacau awek. Mula2 perasan yg awek tu minat kat dia(padahal tak minat pun), end up awek tu minat betul2.. ye le dah usaha sikit punya susah nak meng'ayat'/meng'tackle, awek tu pun accept le mat tu. Ada juga awek yg manja(dah memang fitrah wanita sebegitu) sikit bila nak minta tolong maka lelaki akan terperasan yg awek tu minat kat dia maka akan try meng'ayat'. Maka diajurkan pada kaum Hawa agar tidak menonjolkan sifat kemanjaan anda pada tempat yg tak kena. Pada kaum Adam pula.... jgn le dok perasan cepat sangat.



9) Ada kaitan dgn fakta ke 8.... perempuan cepat sangat kesian bila tengok lelaki bersusah-payah untuk dia. Tolong nie tolong tu, tolong buat assingment ke sebagai contoh. Bila lelaki yg dok tolong tu 'ayat' sikit aje dengan mudah perempuan tersebut termakan kata-kata manis lelaki tersebut..... yg lelaki tu pula tolong tak ikhlas, tu yg jadi macam tu.

10) Fakta yg kesepuluh ini cukup sensitif pasal mereka(lelaki) ber'awek' disebabkan niat mereka cukup ikhlas dan jujur. Tujuannya ialah untuk untuk kenal antara satu sama lain dan memahami satu sama lain.... ada ngam ke tak ngam sebelum berjanji untuk sehidup semati.

Alhamdulillah niat bagus.... tapi niat tak boleh menghalalkan cara, yg haram akan tetap haram, sebagai mana hadis Rasullullah, Daripada Abu Abdullah Al-Nu'man bin Basyir(ra): Sabda Rasulullah(saw);

"SESUNGGUHNYA YG HALAL ITU NYATA(terang) DAN YANG HARAM ITU PUN NYATA(terang) DAN DIANTARA KEDUANYA ADA PEKARA2 YANG KESAMARAN, YG TIDAK DIKETAHUINYA OLEH KEBANYAKKAN MANUSIA. MAKA BARANG SIAPA MEMELIHARA(dirinya dari) SEGALA YG KESAMARAN, SESUNGGUHNYA IA MEMULIAKAN BAGINYA AGAMANYA DAN KEHORMATANYA. DAN BARANG SIAPA JATUH KE DLM PEKARA KESAMARAN JATUHLAH IA SPT. PENGEMBALA YG MENGEMBALA DI SEKELILING KAWASAN LARANGAN HAMPIR SANGAT(ternakanya) MAKA DI DLMNYA. KETAHUILAH BAHAWA TIAP2 RAJA ADA KAWASAN LARANGAN. KETAHUILAH BAHAWA LARANGAN ALLAH ADALAH SEGALA YANG HARAM. KETAHUILAH BAHAWA DI DLM BADAN ADA SEKETUL DAGING, APABILA IA BAIK, BAIKLAH SELURUHNYA DAN APABILA IA ROSAK , ROSAKLAH SEKELIANNYA. KETAHUILAH, ITULAH YANG DINAMAKAN HATI".

[Bukhari & Muslim
Sesaper yang terase tu... mintak mahaap la banyak2 yer...

Bookmark and Share

    


  Member Information For i_shahdamaiiProfil   Hantar PM kepada i_shahdamaii   Quote dan BalasQuote

ar_rafiq
Warga 2 Bintang
Menyertai: 17.05.2003
Ahli No: 405
Posting: 53
Dari: uk

uk  


posticon Posting pada: 11-06-03 11:32


assalamualaikum...
kenape terbau unsur2 gender bias?
wasalam

-----------------
~syahid!! that's my aim~

Bookmark and Share

    


  Member Information For ar_rafiqProfil   Hantar PM kepada ar_rafiq   Quote dan BalasQuote

AsYraF_AmiRuLamiN
Warga 1 Bintang
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 216
Posting: 34
Dari: Perak Darul Ridzuan

Perak  


posticon Posting pada: 11-06-03 11:36


btul apa yg dikatakan oleh i_shahdamaii tu...
boleh dijadikan info dan panduan masa skarang dan akan datang...


Bookmark and Share

    


  Member Information For AsYraF_AmiRuLamiNProfil   Hantar PM kepada AsYraF_AmiRuLamiN   Quote dan BalasQuote

insaflahdiri
Warga 2 Bintang
Menyertai: 20.05.2003
Ahli No: 588
Posting: 64
Dari: nowhere

ussr  


posticon Posting pada: 11-06-03 13:31


Quote:

On 2003-06-11 11:32, ar_rafiq wrote:
assalamualaikum...
kenape terbau unsur2 gender bias?
wasalam



berbau la jugak sikit2
idung kite nie sensitif kot

Bookmark and Share

    


  Member Information For insaflahdiriProfil   Hantar PM kepada insaflahdiri   Quote dan BalasQuote

peng_yu
Warga 3 Bintang
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 17
Posting: 120
Dari: terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 11-06-03 15:56


byk memberi manfaat..tq

-----------------
membangun menurut islam
TeReNggAnU DaRuL IMaN

Bookmark and Share

    


  Member Information For peng_yuProfil   Hantar PM kepada peng_yu   Quote dan BalasQuote

erra_83
Warga 1 Bintang
Menyertai: 22.05.2003
Ahli No: 737
Posting: 23
Dari: sg buluh

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 12-06-03 08:52


askum...
memang benar kata i_shahdamii...saya menyokong kerna kita sudah biasa melihat apa yg telah berlaku di kalangan masyarakat kita yg sudah terlampau dalam batas2 agama....
kita sebagai remaja harus habiskan masa kita dalam pelajaran dan menggunakan masa utk beribadat.sesungguhnya ajal dan maut ditentukan Allah s.w.t.
Wahai remaja sekalian insafkanlah diri kamu sebelum kamu dinsafkan.
wassalam.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For erra_83Profil   Hantar PM kepada erra_83   Quote dan BalasQuote

Firdaus_Azimi
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 288
Posting: 1705
Dari: menara condong

Perak   avatar


posticon Posting pada: 12-06-03 11:00


mmmmmmmm..
saya sokong apa yg dikatakan oleh i_shahdamii
tapi secara logiknya...
manusia walau siapapun dia..
walau apapun darjatnya....kedudukannya...
ia tetap mahu dicintai dan mencintai...
saya rasa i_shahdamii juga begitu...
ia adalah lumrah dlm kehidupan manusia...
siapa pun akan berasa bahagia bila dicintai dan mencintai....
tapi dlm kita bercinta sesama insan...
kita perlu ingat....perkara yg harus diberi keutamaan terlebih dahulu...
cinta kepada ALLAH...
cinta kepada rasul...
kepada agama...kepada keluarga..kepada negara...
dan cinta kepada pelajaran...
perkara yg wajib kena diutamakan dulu...

"Kebahagiaan yang sebenar lagi utama terletak pada kemenangan dalam memerangi hawa nafsu dan menahan kehendak-kehendak yang berlebih-lebihan."
-- Imam Al-Ghazali

jika percintaan itu disulam dengan nafsu...
maka hancurlah percintaan itu dengan dosa...
jika percintaan itu disulam dengan iman...
nescaya bahagia lah hubungan itu.....
ALLAH tak larang bercinta sesama manusia...
cuma nafsu dikawal.....
adab dijaga....INSYA ALLAH...berjaya....

p/s...ia hanyalah pandangan teman.....
kalo ada salah...tunjuk2kan lah..

-----------------
Cintailah ALLAH sepenuh jiwa.
Sayangilah rasul setulus budi.
Kasihkanlah ibu bapa seikhlas hati
rindukan syurga firdaus sejujur rasa

Bookmark and Share

    


  Member Information For Firdaus_AzimiProfil   Hantar PM kepada Firdaus_Azimi   Quote dan BalasQuote

Arcaine
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 246
Posting: 237
Dari: Johor

Johor  


posticon Posting pada: 12-06-03 12:47


Betul gak apa yg diutarakan tu. Banyak berlaku sekarang dimana-mana.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ArcaineProfil   Hantar PM kepada Arcaine   Quote dan BalasQuote

izdham
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 14
Posting: 1521
Dari: german

germany  


posticon Posting pada: 12-06-03 14:06


Quote:

On 2003-06-11 11:32, ar_rafiq wrote:
assalamualaikum...
kenape terbau unsur2 gender bias?
wasalam


apa yg di utarakan tu betul tapi macam satu pihak je yg kena...tangan klu sebelah bertepuk tak berbunyi

Bookmark and Share

    


  Member Information For izdhamProfil   Hantar PM kepada izdham   Quote dan BalasQuote

permata_munawwarah
Warga 1 Bintang
Menyertai: 04.06.2003
Ahli No: 973
Posting: 36
Dari: selayang,selangor

Selangor  


posticon Posting pada: 12-06-03 17:43


A'kum..em,ana ader amik info ni dlm sahabat hijjaz dulu pastu bg kat kegkawan bacerr>>saper makan cili dier yg terase pedas:>

Bookmark and Share

    


  Member Information For permata_munawwarahProfil   Hantar PM kepada permata_munawwarah   Quote dan BalasQuote

JoshuaIsfahan
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 701
Posting: 1577
Dari: Damansara

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 12-06-03 17:47


sokong sokong.......bau tak bau tetap sokong..bercouple tak bayar bil telefon,bercouple tak bayar sewa rumah,bercouple tak bagi 3.8 dlm gpa,bercouple tak bayar nasi ayam....apa guna bercouple?baik belajar dan enjoy diri sendiri....kawan kawankan lagi baik....saya suka berkawan...sape nak kawan dengan saya boleh contact secreatary saya...Darul Numan..(hahahaha)kalau pasal cinta pun leh tanya dia...love experts...




p/s...cintakan tuhan dan ibu bapa...

Bookmark and Share

    


  Member Information For JoshuaIsfahanProfil   Hantar PM kepada JoshuaIsfahan   Quote dan BalasQuote

ar_rafiq
Warga 2 Bintang
Menyertai: 17.05.2003
Ahli No: 405
Posting: 53
Dari: uk

uk  


posticon Posting pada: 15-06-03 11:48


assalamualaikum....
mmg le terasa pedas sket sbb artikel nih mengenai lelaki. sebenarnya, dua2 pun menjadi punca. takpe, InsyaAllah saya buat artikel psl perempuan pulak nanti...

-----------------
~syahid!! that's my aim~

Bookmark and Share

    


  Member Information For ar_rafiqProfil   Hantar PM kepada ar_rafiq   Quote dan BalasQuote

darul_numan81
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 239
Posting: 1548
Dari: Batu Pahat,Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 15-06-03 17:53


Quote:

On 2003-06-12 17:47, JoshuaIsfahan wrote:
saya suka berkawan...sape nak kawan dengan saya boleh contact secreatary saya...Darul Numan..(hahahaha)kalau pasal cinta pun leh tanya dia...love experts...


as'kum...ni apa pulak citer ni joshua? erm, nak berkawan tu mmg tak salah asalkan tahu batas2 dan adab dlm agama.

Buat kawan2 yg masih bujang

HIDUP COUPLE...
~ MAKSIAT~

HIDUP SINGLE...
~BORING~

HIDUP STUDY...
~BEBAN~

HIDUP SKANDAL...
~BERDOSA~

HIDUP BERUMAHTANGGA.....................
BILA LAGI???!!
wassalam







-----------------
Kehidupan adalah satu ujian...

Bookmark and Share

    


  Member Information For darul_numan81Profil   Hantar PM kepada darul_numan81   Pergi ke darul_numan81's Website   Quote dan BalasQuote

Firdaus_Azimi
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 288
Posting: 1705
Dari: menara condong

Perak   avatar


posticon Posting pada: 16-06-03 11:57


hehehe.........
cam pernah tgk je apa yg darul type nih...
maybe darul amik dr sms ....
maybe la yek ....

Buat kawan2 yg masih bujang

HIDUP COUPLE...
~ MAKSIAT~

HIDUP SINGLE...
~BORING~

HIDUP STUDY...
~BEBAN~

HIDUP SKANDAL...
~BERDOSA~

HIDUP BERUMAHTANGGA.....................
BILA LAGI???!!

apapun.......bercinta tak salah.....
berkasih sayang antara ummat juga perlu....
tapi ada batas,adab dan caranya.......
apapun tahniah kepada darul kerna telah naik pangkat menjadi SU.......

p/s..jgn biarkan hidup anda diselubungi maksiat...

-----------------
Cintailah ALLAH sepenuh jiwa.
Sayangilah rasul setulus budi.
Kasihkanlah ibu bapa seikhlas hati
rindukan syurga firdaus sejujur rasa

Bookmark and Share

    


  Member Information For Firdaus_AzimiProfil   Hantar PM kepada Firdaus_Azimi   Quote dan BalasQuote

Firdaus_Azimi
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 288
Posting: 1705
Dari: menara condong

Perak   avatar


posticon Posting pada: 16-06-03 11:57


hehehe.........
cam pernah tgk je apa yg darul type nih...
maybe darul amik dr sms ....
maybe la yek ....

Buat kawan2 yg masih bujang

HIDUP COUPLE...
~ MAKSIAT~

HIDUP SINGLE...
~BORING~

HIDUP STUDY...
~BEBAN~

HIDUP SKANDAL...
~BERDOSA~

HIDUP BERUMAHTANGGA.....................
BILA LAGI???!!

apapun.......bercinta tak salah.....
berkasih sayang antara ummat juga perlu....
tapi ada batas,adab dan caranya.......
apapun tahniah kepada darul kerna telah naik pangkat menjadi SU.......

p/s..jgn biarkan hidup anda diselubungi maksiat...

-----------------
Cintailah ALLAH sepenuh jiwa.
Sayangilah rasul setulus budi.
Kasihkanlah ibu bapa seikhlas hati
rindukan syurga firdaus sejujur rasa

Bookmark and Share

    


  Member Information For Firdaus_AzimiProfil   Hantar PM kepada Firdaus_Azimi   Quote dan BalasQuote

farafisya
Warga Rasmi
Menyertai: 08.06.2003
Ahli No: 1185
Posting: 4

Kedah  


posticon Posting pada: 16-06-03 12:28


saya sokong seratus peratus
saya ade jugak kengkawan yang ade boyfriend

bila kita tanya
dia ade pegang tangan ko tak...
dengan selambe dan bangga sekali
dia kata ade
bepimpin tangan masa nak melintas jalan.

ish...pening kepala den memikirkan nya
mase tak de boyfriend tahu la pulak melintas jalan tapi bila dah ade terus jadik cam budak2

nak kate tak tahu...tapi
sekolah agama
nak lebih2...
nanti kate orang suka jage tepi kain dia....
so macam mane tu...

masalah nya
kalau tepuk sebelah tangan tak berbunyi
tapi dah dua-dua buta disebabkan cinta...
maka tersebutlah kisah...



COUPLE IS TROUBLE,
SINGLE IS SIMPLE.





































Bookmark and Share

    


  Member Information For farafisyaProfil   Hantar PM kepada farafisya   Quote dan BalasQuote

darul_numan81
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 239
Posting: 1548
Dari: Batu Pahat,Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 16-06-03 16:48


Quote:

On 2003-06-16 11:57, Firdaus_Azimi wrote:
apapun tahniah kepada darul kerna telah naik pangkat menjadi SU.......


as'kum...isk..isk..ni SU??apa yg anta maksudkan ni wahai akhie firdaus_azimi??





[ Posting ini telah di edit oleh: darul_numan81 pada 2003-06-17 13:20 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For darul_numan81Profil   Hantar PM kepada darul_numan81   Pergi ke darul_numan81's Website   Quote dan BalasQuote

Hafiz_Qiee
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 22.05.2003
Ahli No: 785
Posting: 762
Dari: Serdang, Selangor

Kedah  


posticon Posting pada: 16-06-03 18:38


batasan pergaulan..mesti ade!!!..tu baru leh membawa pada satu pehubungan yang mendapat kejayaan..disisi islam..insya Allah..

-----------------
Hanya diri ku dan Allah s.w.t.. yang mengetahui segalanya.. itu lah kehidupan .. dicelah lautan..

Bookmark and Share

    


  Member Information For Hafiz_QieeProfil   Hantar PM kepada Hafiz_Qiee   Pergi ke Hafiz_Qiee's Website   Quote dan BalasQuote

farafisya
Warga Rasmi
Menyertai: 08.06.2003
Ahli No: 1185
Posting: 4

Kedah  


posticon Posting pada: 28-06-03 16:09




"La yu'minu ahadukum hatta yuhibbu li akhihi ma yuhibbu li nafsihi"
"Tiada beriman seorang kamu hingga ia mencintai untuk saudaranya apa yang ia cintai untuk dirinya."

Hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim ini adalah antara hadis-hadis pendek tetapi banyak memberikan kesan kepada kehidupan manusia seluruhnya sekiranya ia dihayati sepenuhnya.

Cinta itu adalah kasih-sayang. Cinta itu merupakan elemen motivasi yang paling kuat dalam hidup manusia. Orang yang hidup tanpa wujudnya perasaan cinta di dalam dirinya kehidupannya adalah kosong dan sia-sia.
Kalau kita ini pembaca komik-komik kungfu Cina, kita akan dapati seorang hero itu akan melakukan apa sahaja demi menyelamatkan kekasihnya dan orang-orang yang dicintainya. Dengan semangat cinta itu juga dia berjaya mencapai kedudukan tertinggi dalam ilmu persilatan yang dipelajarinya.

Kerana cinta jugalah, kita mendengar kata-kata, "Lautan api sanggup ku renangi demi untuk membuktikan cintaku padamu." atau kata-kata, "Ambillah kapak dan belahlah dadaku ini." Orang yang tidak bercinta tidak akan sanggup mengeluarkan kata-kata yang membunuh diri seperti ini.

Seseorang itu adalah menipu sekiranya mengatakan dirinya tidak memerlukan cinta. Kerana cinta itu satu perasaan luhur anugerah Allah kepada semua hamba-hambanya. Orang yang bercinta merasakan hidupnya berwarna-warni dan sentiasa merasakan keseronokan kerana dilamun perasaan cinta.

Maka alangkah ruginya sekiranya dalam diri kita ini tiada langsung apa yang dinamakan perasaan cinta dan kasih sayang.
Cintanya Nabi saw kepada umatnya tidak pernah padam. Hatta sehingga saat sakaratulmaut pun, Nabi saw masih mengingati umatnya. Nabi begitu kasihkan kita sebagai umatnya sehingga umat akhir zaman ini dimohon diberikan pelbagai nikmat dan rahmat.

Umat terdahulu seperti kaum Aad telah dimusnahkan akibat keengganan mereka tunduk kepada ajaran Nabi Hud a.s, kaum Sadum pula telah diterbalikkan bumi mereka kerana mereka engkar kepada ajaran Nabi Lut a.s, kaum Nabi Nuh pula telah ditenggelamkan semua mereka yang menolak ajaran baginda.

Namun, disebabkan doa Rasulullah, umat akhir zaman ini diberi peluang untuk bertaubat sehingga ke hari Akhirat, malah di dalam bulan Ramadhan, dikurniakan pula satu malam yang mana ianya lebih baik daripada seribu bulan. Umat akhir zaman ini masih belum dimusnahkan walaupun sudah seribu satu maksiat berleluasa di muka bumi ini.
Cinta para sahabat kepada Rasulullah tiada taranya. Kisah perang Uhud membuktikan tujuh sahabat Nabi termasuh seorang wanita, sanggup mengorbankan nyawanya dengan membentuk perisai bagi melindungi nyawa baginda.

Cinta Saidina Abu Bakr kepada baginda pula, sanggup membiarkan ular mematuk tangannya ketika sama-sama bersembunyi di gua Thur. Cinta Saidina Umar terhadap baginda, hinggakan beliau tidak dapat menerima hakikat pada peringkat awalnya ketika wafatnya Nabi saw, cintanya Saidina Uthman kepada Nabi sehingga beliau sanggup membelanjakan keseluruhan kekayaannya demi perjuangan Islam. Cintanya Saidina Ali, beliau sanggup menggantikan tempat tidur Nabi saw dalam peristiwa hijrah walaupun itu adalah pilihan untuk mati.

Muazzin Rasulullah, Bilal b Rabah terus jatuh sakit dan akhirnya menyusuli kewafatan Nabi saw apabila beliau diberitahu yang Nabi saw telah tiada lagi di muka bumi. Ini semua adalah sebahagian kisah cinta generasi sahabat kepada Nabi saw.

Cinta generasi sahabat sesama mereka pula, juga dinukilkan dalam peristiwa Hijrah. Tanyalah diri kita pada hari ini, siapakah di antara kita yang sanggup menceraikan salah satu dari isteri-isterinya untuk diberikan kepada sahabat yang dicintainya? Tanyalah kepada diri kita, siapakah yang sanggup membahagikan hartanya kepada 2 demi untuk sahabat yang dicintainya?

Sedangkan cinta golongan Muhajirin dan Ansar itu, golongan Ansar sanggup menceraikan satu isteri-isteri mereka untuk menjadi pasangan saudaranya dari golongan Muhajirin. Golongan Ansar sanggup membahagi 2 harta kekayaan mereka demi cinta mereka kepada golongan Muhajirin.

Adakah cinta kita sudah menyamai cinta mereka? Berapa ramai di antara kita yang medermakan barang-barang yang paling disukai untuk diberikan kepada pelarian-pelarian perang yang seagama dengan kita? Adakah baju dan pakaian yang kita dermakan itu pakaian yang buruk dan lusuh ataupun masih cantik dan masih disukai oleh kita sendiri?

Berapa ramaikah yang sanggup memberikan derma sehingga kita sendiri tidak dapat makan untuk sehari? Sedangkan itulah yang dilakukan oleh Nabi dan para sahabat, mendermakan semua rezeki yang mereka dapat pada hari itu kepada golongan yang lebih memerlukan.

Cinta itu suci. Tetapi ia menjadi kotor bila kita sempitkan cinta itu hanya untuk cinta lelaki dan perempuan. Cinta lelaki dan perempuan itu suci sekiranya ianya telah disambung dengan ikatan pernikahan.

Sedangkan cinta itu luas. Cinta kita kepada Allah Yang Maha Pencipta, cinta kepada Rasul, cinta kita kepada ibu bapa dan cinta kita kepada saudara-saudara Islam yang lainnya.
Umat Islam hari ini telah kehilangan cinta dan kuasa cinta. Umat Islam hari ini hanya mengenal cinta yang dicorakkan oleh musuh-musuh Islam iaitu cinta asyik masyuk, iaitu cinta Valentine itulah. Cinta yang dibaluti oleh nafsu yang melesukan.

Umat Islam yang cintakan saudaranya tidak akan membenarkan negerinya menempatkan pengkalan-pengkalan tentera untuk menyerang saudaranya.

Umat Islam yang cintakan saudaranya tidak akan menggunakan undang-undang yang zalim untuk menindas saudaranya itu.Umat Islam yang cintakan saudaranya akan bangkit menyahut seruan jihad bila saatnya telah tiba.Tidak menyahut seruan jihad bererti kita tidak cinta kepada Islam. Menghalang seruan jihad menunjukkan kita sudah hilang perasaan cinta itu dalam diri kita. Takut-takut untuk menyokong gerakan jihad menunjukkan kita masih lemah imannya.

Ini semua menunjukkan cinta kita adalah cinta kepada dunia dan takut kepada maut. Tidak pernah memohon untuk mati syahid, bererti kita lebih mencintai neraka dari syurga.

Love is a verb. Maka buktikanlah cinta kita melalui perbuatan. Islam tidak akan tertegak sekiranya perbuatan kita masih tidak berlandaskan syariat.Islam akan terus tertindas sekiranya kita masih belum memboikot barangan pemodal kapitalis-kapitalis Yahudi.Islam akan terus dizalimi, sekiranya kita masih belum mahu bergerak dalam gerakan Islam, menyokong dan mengundi parti-parti Islam.

Islam akan terus diperintah, sekiranya ayat-ayat Quran itu hanya tercetak cantik di mushaf-mushaf dan tersusun di rak-rak.Islam akan makin dipersenda, sekiranya kita masih menyakini kata-kata intelektual kuffar berbanding nasihat para ulama' pewaris nabi.Islam akan terus berpecah, sekiranya kita masih diselebungi semangat kebangsaan tidak bertempat yang akhirnya menutup usaha membina khilafah yang satu.Maka didiklah diri kita ini untuk mencintai Islam sepenuh hati kerana hati yang cinta kepada Islam sahaja yang akan terus hidup dan bersemangat untuk memastikan ketuanan Islam akan ditegakkan kembali.

Wallahu'alam.


Bookmark and Share

    


  Member Information For farafisyaProfil   Hantar PM kepada farafisya   Quote dan BalasQuote

kens2005
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 715
Posting: 647
Dari: Kyoto

japan   avatar


posticon Posting pada: 29-06-03 08:04


hemoh... tak paham!!

-----------------
:: Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak ::

Bookmark and Share

    


  Member Information For kens2005Profil   Hantar PM kepada kens2005   Pergi ke kens2005's Website   Quote dan BalasQuote

sweet_smile_schue
Warga Rasmi
Menyertai: 08.07.2003
Ahli No: 2165
Posting: 12

Johor  


posticon Posting pada: 20-07-03 13:39


Jangan main api... Nanti terbakar....

Bookmark and Share

    


  Member Information For sweet_smile_schueProfil   Hantar PM kepada sweet_smile_schue   Pergi ke sweet_smile_schue's Website   Quote dan BalasQuote

Hafiz_Qiee
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 22.05.2003
Ahli No: 785
Posting: 762
Dari: Serdang, Selangor

Kedah  


posticon Posting pada: 20-07-03 16:11


masya Allah..
ape kene mengena ngan api
eheh

wasalam..

-----------------
Hanya diri ku dan Allah s.w.t.. yang mengetahui segalanya.. itu lah kehidupan .. dicelah lautan..

Bookmark and Share

    


  Member Information For Hafiz_QieeProfil   Hantar PM kepada Hafiz_Qiee   Pergi ke Hafiz_Qiee's Website   Quote dan BalasQuote

in
Warga Rasmi
Menyertai: 23.07.2003
Ahli No: 2544
Posting: 5

Pahang  


posticon Posting pada: 02-08-03 23:37


Quote:

On 2003-06-12 08:52, erra_83 wrote:
askum...
memang benar kata i_shahdamii...saya menyokong kerna kita sudah biasa melihat apa yg telah berlaku di kalangan masyarakat kita yg sudah terlampau dalam batas2 agama....
kita sebagai remaja harus habiskan masa kita dalam pelajaran dan menggunakan masa utk beribadat.sesungguhnya ajal dan maut ditentukan Allah s.w.t.
Wahai remaja sekalian insafkanlah diri kamu sebelum kamu dinsafkan.
wassalam.....


Sebelum kita nak melangkah ke dunia percintaan, periksa diri dulu sejauh manakah cinta kita kpd Allah s.w.t. kerana cinta kpd Allah adalah cinta yg kekal abadi.

Bookmark and Share

    


  Member Information For inProfil   Hantar PM kepada in   Pergi ke in's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.117257 saat. Lajunya....