Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Nothing Last Forever
-- Sidney Sheldon

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 263
Ahli: 0
Jumlah: 263




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 6 jam, 9 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu


Copy & Paste
Topik: Sistem CF wajar diganti


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Copy & Paste
    »» Sistem CF wajar diganti

Please Mendaftar To Post


Oleh Sistem CF wajar diganti

Engku_Salina

Menyertai: 13.05.2003
Ahli No: 5
Posting: 462
Dari: Terengganu - KL

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 28-06-04 09:00


Cadangan kerajaan memansuhkan keperluan sijil layak menduduki (CF) seperti diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi cukup melegakan para pembeli rumah sekarang dan akan datang.

Saban tahun ada sahaja isu baru dan lama masalah perumahan di negara ini dibangkitkan. Selain menghadapi masalah projek rumah terbengkalai, rumah yang sudah siap tetapi lambat mendapat CF pun banyak. Akibat kelambatan CF ada yang tidak sanggup menanggung beban sewa rumah dan bayaran pinjaman bank lalu terpaksa mengambil risiko mendiami rumah yang mereka beli walaupun serba kekurangan.

Apa yang kita harapkan ialah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang diarah menyediakan kertas kerja Kabinet mengenai cadangan itu perlu menyiapkannya segera.

Saya percaya dengan memansuhkan penggunaan CF, ia akan menyebabkan kita dapat mengatasi beberapa masalah yang dihadapi selama ini.

Antara perkara yang jelas daripada pemansuhan CF ialah masalah kelewatan untuk pemaju menyerahkan kunci kepada pemilik rumah akan dapat diatasi.

Sebenarnya tugas memastikan dan menilai sesebuah projek perumahan itu mesti memenuhi syarat yang ditetapkan serta selamat diduduki boleh diambil alih oleh golongan profesional seperti arkitek dan jurutera.

Soal penyelewengan berlaku jika pihak berkenaan meluluskan projek yang tidak selamat, saya berpendapat mereka tidak akan dapat melarikan diri selama-lamanya daripada tanggungjawab tersebut.

Seperti mana kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ong Ka Ting cadangan pemansuhan CF boleh dilaksanakan jika golongan arkitek dan jurutera sanggup memikul tanggungjawab berat untuk memperakui sesuatu bangunan itu selamat diduduki. Ini kerana keselamatan orang ramai tidak boleh dikompromikan.

Selama ini beban memastikan sesebuah bangunan itu selamat diduduki ditentukan selepas CF dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan. Pemaju biasanya tidak mahu bertanggungjawab selepas CF dikeluarkan walaupun banyak aduan pembeli dibuat tentang mutu pembinaan bangunan yang mereka duduki.

Jadi pemansuhan CF ada kesannya juga baik kepada kerajaan, pemaju dan orang ramai.

Di samping cadangan itu dapat mempercepatkan kelulusan penyerahan kunci kepada pembeli, ia juga mengurangkan pemantauan pihak berkuasa tempatan di bawah kerajaan negeri terhadap projek pembinaan rumah yang sudah siap di kawasan masing-masing.

Malah kita tidak dapat jaminan sama ada mutu rumah akan menjadi lebih baik atau bertambah buruk jika pihak yang memperakui sesebuah bangunan itu terlibat dengan rasuah.

Perkara ini perlu dikaji semasak-masaknya oleh kerajaan supaya orang ramai terutama pembeli tidak teraniaya.

Oleh itu pihak yang akan dipilih untuk memperakui sesebuah bangunan itu selamat diduduki perlu telus dan beramanah dalam memikul beban tanggungjawab yang akan mencabar kewibawaan mereka sendiri. Untuk itu, memang wajar Persatuan Arkitek Malaysia (PAM) dan Institut Jurutera Malaysia (IEM) serta persatuan pemaju perumahan dibawa berbincang.

Sebenarnya kelewatan pengeluaran CF pada masa kini dan berpuluh tahun sebelum ini dikatakan berpunca daripada kegagalan pemaju memenuhi syarat yang ditetapkan. Keadaan ini ditambah burukkan oleh kerenah birokrasi pihak berkuasa tempatan yang lambat memberi kelulusan walaupun jabatan kerajaan tertentu sudah memberi perakuan.

Saya berpandangan memang wajar kerenah birokrasi dalam sistem pengeluaran CF ini dimansuhkan. Pun begitu kita harapkan satu pendekatan yang fleksibel juga dilakukan terhadap birokrasi di Jabatan Tanah agar proses yang melibatkan pembelian atau penukaran nama pada hartanah dapat diganti dengan sistem yang lebih mudah dan cepat. Bukan seperti sekarang yang mengambil masa berbulan-bulan.

Pada saya kesungguhan bekerja di kalangan semua petugas di jabatan kerajaan adalah hampir sama dengan di sektor swasta, yang membezakan mereka adalah sistem kerja. Jadi sistem kerja yang berunsur birokrasi perlu diganti.

- ANIS SOFEA AZMAN, Gombak, Selangor.

Sumber: Utusan Online (28/06/04)

-----------------
Hai org-org yang beriman, jika datang kpdmu org fasik membawa suatu berita maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui kdaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu. (Al-Hujurat

Bookmark and Share

    


  Member Information For Engku_SalinaProfil   Hantar PM kepada Engku_Salina   Pergi ke Engku_Salina's Website   Quote dan BalasQuote

rahmat_hidayat
Warga 3 Bintang
Menyertai: 27.04.2004
Ahli No: 8654
Posting: 135
Dari: Johor Darul Ta'zim - UKM Bangi

Johor  


posticon Posting pada: 28-06-04 09:57




Pengeluaran CF sememangnya menimbulkan banyak masalah kepada pembeli-pembeli rumah di Malaysia.

Secara umumnya, saya melihat CF masih lagi penting untuk memastikan mutu binaan rumah adalah terbaik untuk pembeli. Namun, oleh kerana kerenah birokrasi yang terlampau di PBT, maka timbullah kelewatan yang membebankan pembeli.

Dalam hal ini, kerenah birokrasilah yang harus dikurangkan dalam proses pengeluaran CF. Dengan penggunaan teknologi moden, tidak mustahil untuk kita mengeluarkan CF seperti cekapnya jabatan pendaftaran mengeluar My Card.

Adalah ditakuti jika CF dimansuhkan maka tahap kualiti dan keselamatan rumah akan terus terabai lebih-lebih lagi rumah kos rendah untuk rakyat. Tahap kepercayaan dalam menjalankan sesuatu urusan tidak boleh dijadikan ukuran yang bijak.

Dalam hal ini, sekali lagi kita memberi ruang kepada rasuah dan sogokkan dikalangan pegawai-pegawai PBT yang terlibat. Hal ini tidak mustahil kerana manusia yang sememangnya lebih mudah merasuah untuk melancarkan lagi sesuatu urusan.

-----------------
IMAN ASAS KEHIDUPAN MUSLIM - 0192458410


Bookmark and Share

    


  Member Information For rahmat_hidayatProfil   Hantar PM kepada rahmat_hidayat   Pergi ke rahmat_hidayat's Website   Quote dan BalasQuote

Engku_Salina

Menyertai: 13.05.2003
Ahli No: 5
Posting: 462
Dari: Terengganu - KL

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 28-06-04 14:58


Kerajaan cadang mansuh CF

Oleh: NOR ZAINAH NORDIN

PUTRAJAYA 25 Jun - Kerajaan bercadang memansuhkan sijil layak menduduki (CF) yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi setiap bangunan rumah yang siap dibina.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, sebaliknya CF itu akan diganti dengan perakuan yang dikeluarkan oleh jurutera atau arkitek projek berkenaan mengenai tahap kelayakan mendudukinya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, beliau telah mengarahkan Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan supaya mempercepatkan proses mengemukakan kertas kerja mengenai pemansuhan CF itu kepada Jemaah Menteri.

Katanya, beliau sendiri yang mencadangkan pemansuhan sijil tersebut sebulan yang lalu tetapi tidak mahu kementerian tergesa-gesa mengkaji cadangan itu memandangkan banyak perkara yang perlu diperhalusi sebelum keputusan dibuat.

``Kita boleh mengambil pendekatan yang sama dalam hal ini iaitu maklumat dan perakuan yang dibuat oleh arkitek serta profesional lain yang telah memberikan pengesahan bahawa bangunan itu berada dalam keadaan yang baik dan dengan itu, CF tidak diperlukan lagi.

``Dalam hal ini adalah amat penting sekali bagi pihak yang membuat perakuan nanti bahawa bangunan itu dibina dengan betul mengikut spesifikasi dan selamat,'' katanya kepada pemberita selepas mesyuarat dengan Ketua-Ketua Setiausaha (KSU) kementerian di sini hari ini.

Abdullah berkata, kerajaan akan mengenakan tindakan keras sekiranya mendapati golongan profesional yang membuat perakuan berkenaan memberikan maklumat yang salah.

Katanya, ini kerana kerajaan tidak mahu berlaku sebarang pembohongan hanya kerana mahu mengatasi masalah CF, selain mahu melindungi orang awam daripada sebarang kecuaian.

Ketika diminta mengulas lanjut mengenai pelaksanaan kebenaran menduduki bangunan tanpa CF, Abdullah berkata, kementerian perlu menghantar kertas kerja kepada Kabinet terlebih dahulu.

Katanya, dalam perkara yang membabitkan keperluan memberi perakuan, ia perlu ditandatangani dan diisytiharkan bahawa semuanya berada dalam keadaan baik oleh jurutera dan arkitek berlesen.

``Kita boleh terima amalan ini kerana pada masa dulu, kita kekurangan jurutera dan arkitek membuatkan Jabatan Kerja Raya (JKR) diperlukan tetapi sekarang sudah ramai profesional dan kita boleh pakai pandangan mereka.

``Ini adalah pendekatan yang berasaskan kepada saling mempercayai,'' tambah beliau.

Menjawab soalan mengenai perkembangan projek perumahan berkonsepkan bina dan jual, Perdana Menteri berkata, laporan itu mungkin sudah diserahkan kepada pegawai-pegawai berkenaan dan beliau masih belum menerimanya.

Bagaimanapun, katanya, daripada laporan dan pandangan yang disiarkan di dalam media massa serta melalui pemaju yang ditemuinya, beliau mendapati konsep itu hanya menjadi masalah kepada pemaju yang kurang modal.

``Itu yang menjadi masalah yang mana perlu cari cara untuk mengatasinya,'' katanya.

Dalam pada itu, Abdullah berkata, pasukan petugas khas yang ditubuhkan untuk menyelesaikan tunggakan kerja berkaitan tanah mencapai kejayaan cemerlang apabila berjaya menurunkan jumlah kes tertunggak sebanyak 63.15 peratus atau 205,700 daripada keseluruhan 325,744 kes sejak penubuhannya pada Disember tahun lalu.

Beliau berkata, penurunan itu dicatatkan di beberapa buah negeri iaitu Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Pahang, Kelantan, Terengganu, Kedah dan Melaka.

Katanya, kes-kes tertunggak itu berkaitan dengan urusan tanah yang ada hubung kait dengan urusniaga dan ia merupakan sasaran pertama yang mahu diselesaikan sebelum kerajaan menumpukan kepada tunggakan lain yang berkaitan dengan pentadbiran tanah.

``Saya gembira banyak kerja yang telah dilaksanakan dan kejayaan yang telah dicapai walaupun saya akui masih banyak lagi yang perlu dilaksanakan,'' tambah beliau.

Sumber: Utusan Online (26/06/04)

-----------------
Hai org-org yang beriman, jika datang kpdmu org fasik membawa suatu berita maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui kdaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu. (Al-Hujurat

Bookmark and Share

    


  Member Information For Engku_SalinaProfil   Hantar PM kepada Engku_Salina   Pergi ke Engku_Salina's Website   Quote dan BalasQuote

zaidah83
Warga 2 Bintang
Menyertai: 17.06.2003
Ahli No: 1486
Posting: 62
Dari: n9

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 28-06-04 16:09


kesian kat org yang baru first time nak dok umah sendiri...perabot dah ade, kerusi meja almari langsir dah siap order, CF plak yang tak dapat hehe... ape2 pun kalau CF dimansuhkan, alternatif lain untuk memastikan keselamatan rumah tersebut perlu dijalankan dengan efisyen.... jgn nanti buang satu masalah, timbul masalah lain plak...

Bookmark and Share

    


  Member Information For zaidah83Profil   Hantar PM kepada zaidah83   Quote dan BalasQuote

izdham
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 14
Posting: 1521
Dari: german

germany  


posticon Posting pada: 28-06-04 17:07


CF ni penting sebenarnya, mungkin org anggap ianya leceh @ melambat kan proses menduduki sesuatu rumah. C F ni adalah sijil yg menyatakan sesuatu bangunan tu selamapt diduduki. klu guna pengakuan arkitek atau engineeer , kemungkinan rasuah akan berlaku dan menyebabkan sesuatu bagunan tu tak selamat dduduki.

Bookmark and Share

    


  Member Information For izdhamProfil   Hantar PM kepada izdham   Quote dan BalasQuote

Engku_Salina

Menyertai: 13.05.2003
Ahli No: 5
Posting: 462
Dari: Terengganu - KL

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 29-06-04 09:11


Pemansuhan CF rumah cuma libatkan projek akan datang

KUALA LUMPUR 28 Jun - Pemansuhan sijil layak menduduki (CF) untuk bangunan rumah yang siap dibina hanya akan melibatkan projek-projek akan datang.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ong Ka Ting berkata, buat masa ini, semua projek perumahan yang sedang berjalan masih tertakluk dengan peraturan-peraturan dan syarat-syarat sedia ada.

Jelasnya, Kabinet akan menentukan bila pemansuhan CF itu boleh berkuat kuasa setelah semua kajian yang dijalankan oleh kerajaan dan badan-badan profesional diluluskan.

``Kerajaan akan mengambil kira semua pandangan yang dikemukakan dalam kertas kerja berkenaan.

``Ia akan dibentangkan secepat mungkin,'' katanya pada sidang akhbar di majlis perasmian Balai Bomba dan Penyelamat Taman Melati dekat sini, hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada Jumaat lepas mengumumkan cadangan pemansuhan CF yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi setiap bangunan rumah yang siap dibina.

Perdana Menteri berkata, CF itu akan diganti dengan perakuan yang dikeluarkan oleh jurutera atau arkitek projek berkenaan mengenai tahap kelayakan mendudukinya.

Beliau telah mengarahkan Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan supaya mempercepatkan proses mengemukakan kertas kerja mengenai pemansuhan CF itu kepada Jemaah Menteri.

Menurut Ka Ting, kementeriannya telah menubuhkan sebuah jawatankuasa khas pada awal bulan ini bagi menyiapkan kertas kerja berkenaan.

Katanya, jawatankuasa itu terdiri daripada agensi-agensi kerajaan yang berkaitan serta badan-badan profesional seperti arkitek dan jurutera.

Beliau memberitahu, semua perkara yang melibatkan keselamatan dan kepentingan pembeli akan menjadi perkara utama dalam kajian itu.

``Kerajaan tidak akan memandang ringan soal keselamatan dan kepentingan orang awam.

``Kita mahu pastikan badan profesional ini benar-benar bertanggungjawab dalam memperakui tahap kelayakan menduduki,'' jelas Ka Ting lagi.

Sumber: Utusan Online (29/06/04)

-----------------
Hai org-org yang beriman, jika datang kpdmu org fasik membawa suatu berita maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui kdaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu. (Al-Hujurat

Bookmark and Share

    


  Member Information For Engku_SalinaProfil   Hantar PM kepada Engku_Salina   Pergi ke Engku_Salina's Website   Quote dan BalasQuote

Engku_Salina

Menyertai: 13.05.2003
Ahli No: 5
Posting: 462
Dari: Terengganu - KL

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 06-07-04 13:08


Kerajaan setuju mansuhkan CF

Oleh: NOR AZIAH JAAFAR

PUTRAJAYA 5 Julai - Kerajaan bersetuju untuk memansuhkan sijil layak menduduki (CF) yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi setiap bangunan yang dibina dan memberi jaminan langkah itu tidak akan menimbulkan sebarang masalah kepada pembeli.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, sebagai satu idea, kerajaan mendapati langkah pemansuhan CF itu tidak akan merugikan pembeli rumah jika perakuan yang dikeluarkan oleh jurutera dan arkitek projek berkenaan mengikut peraturan yang ditetapkan.

Untuk tujuan itu, menurut beliau, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sedang menghalusi semua aspek yang berhubung kait dengan pemansuhan itu untuk dibentangkan kepada Jemaah Menteri secepat mungkin.

``Kita telah setuju pada prinsipnya...tetapi kita mahu dalam pelaksanaannya itu ia tidak menimbulkan apa-apa kesusahan dan masalah terutama kepada penghuni bangunan itu sendiri,'' katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Persidangan Pertubuhan Perancang-Perancang Bandar Negara Komanwel 2004 di sini hari ini.

Kerajaan sebelum ini mengumumkan cadangan pemansuhan CF dan akan digantikan dengan perakuan yang dikeluarkan oleh jurutera atau arkitek projek berkenaan mengenai tahap kelayakan mendudukinya.

Sehubungan itu, Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan kerajaan Tempatan diarah supaya mempercepatkan proses mengemukakan kertas kerja mengenai pemansuhan itu kepada Jemaah Menteri.

Sumber: Utusan Online (06/07/04)

-----------------
Hai org-org yang beriman, jika datang kpdmu org fasik membawa suatu berita maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui kdaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu. (Al-Hujurat

Bookmark and Share

    


  Member Information For Engku_SalinaProfil   Hantar PM kepada Engku_Salina   Pergi ke Engku_Salina's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.101028 saat. Lajunya....