Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 23-09-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Kepuasan itu terletak pada usaha bukannya pada pencapaian. Usaha sempurna adalah kemenangan sempurna.
-- Mahatma Ghandi

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 80
Ahli: 0
Jumlah: 80




  Yang Masuk Ke Sini
HIKAL: 2 hari yang lalu


Jejak Mahasiswa
Topik: Bilangan pelajar lelaki ke IPTA meningkat


Carian Forum

Moderator: Administrator, istisafa
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Jejak Mahasiswa
    »» Bilangan pelajar lelaki ke IPTA meningkat

Please Mendaftar To Post


Oleh Bilangan pelajar lelaki ke IPTA meningkat

Engku_Salina

Menyertai: 13.05.2003
Ahli No: 5
Posting: 462
Dari: Terengganu - KL

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 21-06-04 12:18


Pelajar lelaki - Bilangan ke IPTA meningkat 10 peratus

Oleh MARZITA ABDULLAH

NISBAH pelajar lelaki berbanding pelajar perempuan di semua Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) pada sesi akademik 2004/2005 menunjukkan peningkatan 10 peratus.

Pada sesi akademik kali ini, nisbah pelajar lelaki berbanding perempuan ialah 40:60 berbanding pada sesi akademik 2003/2004, 30:70.

Walau bagaimanapun Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr. Shafie Mohd Salleh masih tidak berpuas hati dengan nisbah berkenaan malah menyifatkan gejala tersebut sebagai amat serius.

``Apa sebenarnya yang terjadi kepada pelajar lelaki kita, masyarakat sendiri apabila diberitahu mengenai perkara ini akan tertawa.

``Tetapi kita kena ingat..ini bukan perkara jenaka tetapi suatu fenomena yang serius,'' tegasnya.

Sambil menegaskan gejala tersebut akan menimbulkan masalah pada masa akan datang, beliau mahu pelajar lelaki memikirkan perkara itu secara serius.

``Bagi pelajar lelaki yang sudah berjaya menjejak kaki ke IPTA, peluang ini jangan sesekali disia-siakan,'' tegasnya.

Justeru para pelajar lelaki perlu bekerja keras dan memastikan mereka menghabiskan pengajian dan bergraduat, kata Dr. Shafie.

Beliau berkata demikian semasa memberi ucapan pada program Bersama Pemimpin Negara sempena Minggu Suai Kenal Pelajar Baru Universiti Putra Malaysia (UPM) di Serdang, baru-baru ini.

Katanya, pelajar lelaki tidak harus mudah terpengaruh dengan unsur-unsur luar yang menggugat penumpuan terhadap pelajaran dan pembelajaran masing-masing.

``Jumlah pelajar lelaki sudahlah sedikit, jangan pula yang sedikit ini pula banyak yang rosak akibat pengaruh-pengaruh jahat,'' tegasnya.

Shafie mengingatkan pelajar lelaki supaya mengekalkan keazaman dan semangat belajar sehingga ke penghujung pengajian.

``Saya tidak mahu pelajar lelaki hanya bersemangat pada semester pertama sahaja. Masuk semester kedua atau ketiga mulalah semuanya lembik macam sotong,'' tegasnya.

Mengasah

Dalam pada itu beliau menggalakkan para pelajar mengasah bakat kepemimpinan semasa berada di universiti.

Katanya, persatuan pelajar atau majlis perwakilan pelajar merupakan medan yang terbaik untuk mengasah bakat sedemikian tetapi dengan syarat pelajar bijak menguruskan masa.

``Saya akui bahawa kepemimpinan pelajar tidak boleh dipinggirkan dalam kehidupan kampus yang di dalamnya terhimpun para cerdik pandai generasi muda,'' katanya.

Namun beliau mengingatkan para pelajar berkenaan supaya tidak menjadi alat kepada anasir tertentu yang mampu memudaratkan kepentingan negara.

``Dakyah yang tidak bertanggungjawab mesti dibanteras sehingga ke akar umbi daripada mempengaruhi pelajar universiti,'' katanya.

Tegas beliau, kewujudan fenomena seumpama itu akan menggugat usaha pencapaian kecemerlangan akademik dan pembentukan sahsiah para pelajar.

``Saya percaya gerakan-gerakan yang tidak bertanggungjawab itu akan sentiasa mencari ruang untuk mempergunakan pelajar universiti bagi melebarkan pengaruh dan kepentingan mereka,'' katanya.

Malah menurut beliau, jika ruang itu dibiarkan kumpulan berkenaan akan menyemai budaya hasutan untuk membenci kerajaan dan negara.

``Semangat patriotik dan cintakan negara akan cuba dimusnahkan melalui anasir sedemikian,'' katanya.

Shafie juga berharap pentadbiran universiti, para pensyarah, pegawai dan kakitangannya turut bertanggungjawab dalam menguruskan para pelajar.

``Kolej kediaman juga memainkan peranan dalam membangunkan sahsiah para pelajar. Justeru entiti fakulti dan kolej kediaman perlu saling melengkapi dalam membina kecemerlangan akademik dan sahsiah pelajar,'' katanya.

UPM menerima kira-kira 5,362 pelajar baru pada sesi kali ini dan daripada jumlah tersebut 16 pelajar merupakan kumpulan pertama Bacelor Kejururawatan.

Sumber: Utusan Online (21/06/04)

-----------------
Hai org-org yang beriman, jika datang kpdmu org fasik membawa suatu berita maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui kdaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu. (Al-Hujurat

Bookmark and Share

    


  Member Information For Engku_SalinaProfil   Hantar PM kepada Engku_Salina   Pergi ke Engku_Salina's Website   Quote dan BalasQuote

Iskandaruddin
Warga Rasmi
Menyertai: 18.06.2004
Ahli No: 9543
Posting: 15

Pahang  


posticon Posting pada: 21-06-04 14:36




Sukran, terima kasih atas maklumat tersebut.

wassalam

Bookmark and Share

    


  Member Information For IskandaruddinProfil   Hantar PM kepada Iskandaruddin   Quote dan BalasQuote

Prof_Muslim

Menyertai: 15.07.2003
Ahli No: 2348
Posting: 3179
Dari: Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 21-06-04 15:04


Alhamdulillah...dah ada peningkatan org lelaki ni yer?
Semoga ia berterusan dan meningkat lagi....
Minta jauh2 dari turun semulaa...Amin

Bookmark and Share

    


  Member Information For Prof_MuslimProfil   Hantar PM kepada Prof_Muslim   Quote dan BalasQuote

Hanan

Menyertai: 13.05.2003
Ahli No: 4
Posting: 3991

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 21-06-04 15:34


Quote:

On 2004-06-21 15:04, Prof_Muslim wrote:
Alhamdulillah...dah ada peningkatan org lelaki ni yer?
Semoga ia berterusan dan meningkat lagi....
Minta jauh2 dari turun semulaa...Amin



Baguslah, tak adalah siswi aje penuh di IPT..
Ana yakin lelaki memang lebih bijak..
cuma masa SPM dulu masih lom matang lagi..
dan malas nak belajar..

InsyaAllah bila di IPT, result akan meningkat..
Ni nak bagi semangat pada siswa2 Ukhwah..
Nanti nak jadi ketua keluarga lagi.. ketua masyarakat..
Belajar rajin2 ek..
wassalam

-----------------



Hargai semasa ada....

Bookmark and Share

    


  Member Information For HananProfil   Hantar PM kepada Hanan   Pergi ke Hanan's Website   Quote dan BalasQuote

RuMaishaaa

Menyertai: 22.05.2003
Ahli No: 749
Posting: 1276
Dari: Kg.Batu Muda, KL

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 21-06-04 15:59




Ini satu perkembangan yg baik..krn selama ini kita hanya mendengar lelaki mendominasi di hotel batu jer..

Tp..nak melebihi siswi satu perkara yg mustahil..krn nisbah perempuan dan lelaki di dunia ni pun ketara beza jauhnya..

Apapun:SELAMAT BELAJAR KPD SEMUA MAHASISWA-MAHASISWI.SEMOGA RESULT SENTIASA GEMPAK!

Bookmark and Share

    


  Member Information For RuMaishaaaProfil   Hantar PM kepada RuMaishaaa   Quote dan BalasQuote

ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 14.12.2003
Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 21-06-04 19:31




erm, mmg meningkat pengambilan pelajar lelaki pada kali ini... kat kolej ni pun perempuan hanya 30% sahaja daripada pengambilan... kalo sblm ni lebih kurang sama byk antara lelaki dan perempuan...



-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_atikahProfil   Hantar PM kepada ismi_atikah   Quote dan BalasQuote

ismi_safiza
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3152
Posting: 1368
Dari: PutraJaya

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 21-06-04 22:04



alhamdulillah, peningkatan mahasiswa lelaki di ipt...sekaligus ia akan mengurangkan kritikan bahawa ipt ketandusan siswa lelaki.
siswa lelaki sebenarnya memerlukan masa untuk "terjaga" drp lena "kelalaian"..dan ana rasa ini adalah salah satu drp perintis drp kempen kesedaran yg dijalankan sejak di peringkat sek menengah lagi.
jalan yg terbaik adalah, peringkat tadika sebenarnya pelajar lelaki wajar diberikan perhatian jika dan seandainya kita masih ingin melihat "wujud" mahasiswa lelaki di IPT.
wslm

-----------------
Lilypie 1st Birthday Ticker

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_safizaProfil   Hantar PM kepada ismi_safiza   Pergi ke ismi_safiza's Website   Quote dan BalasQuote

adlan
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2003
Ahli No: 1053
Posting: 467
Dari: Planet Pumpkin

uk  


posticon Posting pada: 21-06-04 22:32




ahaa...% laki di ipta bertambah ekk..
bagus2...satu perkembangan positif..

p/s: teringat masa ada football match di uitm s.alam, ana & kwn2 ana sesat masa cari stadium, tnmpk sekumpulan muslimah tgh jln kaki, kitorang tnyelah..
ikut pnye ikut direction yg diorg kasi, skli salah direction rupenye..
apele cikkak2 tu...
mgkn student baru kot...

-----------------
"Perjuangan Ibarat Mata Rantai.. Kita Bukanlah Orang Yang Pertama Dan Kita Bukanlah Orang Yang Terakhir...Wallahua'lam"

Bookmark and Share

    


  Member Information For adlanProfil   Hantar PM kepada adlan   Pergi ke adlan's Website   Quote dan BalasQuote

iman7
Warga 4 Bintang
Menyertai: 11.05.2004
Ahli No: 8907
Posting: 265
Dari: Gunung Ledang

hong_kong   avatar


posticon Posting pada: 22-06-04 22:28


kalau kita survey pelajor pelajo KOLEJ UNIVERSITI KEJURUTERAAN UATARA MALAYSIA (KUKUM) Perlis , majoriti pelajornye adalah lelaki.mungkin disebabkan kos engineering maka pelajar lelaki dari pompuan di sini

Bookmark and Share

    


  Member Information For iman7Profil   Hantar PM kepada iman7   Quote dan BalasQuote

simba
Warga 4 Bintang
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 184
Posting: 251
Dari: BAnGi

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 22-06-04 22:51


hemm,dah meningkat ke?tak sedar pulak,nampak dari dulu macam sama je

Bookmark and Share

    


  Member Information For simbaProfil   Hantar PM kepada simba   Quote dan BalasQuote

Firdaus15
WARGA SETIA
Menyertai: 26.12.2003
Ahli No: 5978
Posting: 805
Dari: Kota Bharu

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 23-06-04 01:02


satu fenomena yang membanggakan. betul kate saudara iman7 tujuh tu ye. kalau tak percaya mai le ke negeri perlis. hehe...

Bookmark and Share

    


  Member Information For Firdaus15Profil   Hantar PM kepada Firdaus15   Pergi ke Firdaus15's Website   Quote dan BalasQuote

servant
Warga 1 Bintang
Menyertai: 04.01.2004
Ahli No: 6210
Posting: 28
Dari: bdr tun hussein onn

senegal  


posticon Posting pada: 27-06-04 04:44



hehe...ana ada masa die ckp tu..tapi tak dgr sangat,sebab ana tertido..huhu..maklum ler..aktiviti sampai tgh malam..pastu pagi2 lagi dah nak kne pegi dewan besar...pergh!!penat beb!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For servantProfil   Hantar PM kepada servant   Quote dan BalasQuote

Fairuzfirdausi
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.11.2003
Ahli No: 5074
Posting: 304

japan  


posticon Posting pada: 29-06-04 10:00


tapi kalo nak ramai lelaki kat ipta..kat kolej2 engneering memang pot diorang jer..pompuannye alahai..naik seram nak jalan pon

Bookmark and Share

    


  Member Information For FairuzfirdausiProfil   Hantar PM kepada Fairuzfirdausi   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.101374 saat. Lajunya....