Oleh |
LAPORAN LENGKAP JK KELANTAN 2004 |
fatimah
Warga 3 Bintang Menyertai: 13.07.2003 Ahli No: 2292
Posting: 76
Dari: kelantan
|
Posting pada: 18-06-04 22:08
LAPORAN LENGKAP JK KELANTAN 2004 Alhamdulillah.. JK Kelantan 2004 ini telah berjalan dengan jayanya. Seramai 22 ahli ukhwah.com telah menghadiri JK ini beserta dengan 30 org anak yatim dari Darul Aitam. Heris merupakan peserta paling awal tiba di kelantan iaitu pada pagi 17 Jun 2004. Pada 18 Jun, peserta tiba seawal 5 pagi.. dimulai dgn ketibaan Hanan, Khalifah dan Hanisah ( dari KL). Kemudian diikuti oleh irda_82 beserta ctmuslimah (dari Kedah). Selepas itu, Helmi_techno dan kawan (dari Batu Pahat). Berikut adalah senarai ahli ukwhah.com yg telah menghadiri JK ini..: 1. Hanan 2. Hanisah 3. Khalifah 4. Heris 5. Irda82 6. ctmuslimah 7. detective_alam 8. helmi_techno 9. melissa 10. jundullah_al-asad 11. syaheada 12. permaisuri_hati 13. kawan syaheada ~1 14. kawan syaheada ~ 2 15. zahratul_wardah 16. naza_firman 17. kawan naza_firman ~1 18. kawan naza_firman~2 19. fahmi 20. rumaishaa Program bermula agak lewat kerana menunggu ketibaan adik-adik dari Darul Aitam. Berikut adalah agenda yg telah berlangsung sepanjang JK Kelantan 2004. 0800 pagi ~ Sarapan 0830 pagi ~ Sesi pendaftaran bermula. 0930 pagi ~ ucapan alu-aluan dari Pengerusi Majlis (ana sendiri). 0935 pagi ~ sesi taaruf: "Permainan Belon Bernama" ~ diuruskan oleh darul_numan81 1015 pagi ~ ketibaan Tetamu jemputan : Dr. Suzina Syeikh Abd.Hamid (wakil Dr.Dinsuhaimi) dan penceramah undangan; En.Jalil Abdullah(timb. Rektor HEP KOLEJ JAIPETRA). 1020 pagi ~ ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis. 1025 pagi ~ bacaan doa. 1030 pagi ~ Ucapan dari Pengarah Program JK Kelantan 2004 (nur_islami) 1035 pagi ~ ucapan dari Penasihat JK Kelantan 2004 (hanan) 1040 pagi ~ ucapan perasmian oleh Dr. Suzina. 1045 pagi ~ ceramah Motivasi 1215 tgh/hari ~ LDK bermula..; Peserta telah dibahagikan kepada 5 kump.(dikendalikan oleh darul_numan81). 12.45 thg/hari ~ makan tengahari/ solat Jumaat 2.30 ptg ~ LDK disambung semula. Pertandingan kuiz peringkat individu (khas utk ahli ukhwah saja) bermula. Pemenang utama ditentukan dgn penghantaran jawapan yg terpantas (dimenangi oleh saudara Jundullah_Al asad) dan pemenang tempat ke-2 (saudara khalifah) & ke-3 (saudara fahmi) ditentukan dgn cabutan undi. 3.15 ptg ~ Persembahan peserta dari setiap kump. Ada yg mempersembahkan nyanyian, sajak, seloka dan sketsa. Diadili oleh juri profesional.. --> nur_islami dan alhafizah_girl. 4.05 ptg ~ Persembahan urusetia; nasyid solo oleh saudara Shahrum Abd.Rahman. 4.20 ptg ~ Penyampaian hadiah dan cenderamata. 4.45 ptg ~ sesi bergambar/ minum ptg 5.00 ptg ~ Majlis bersurai. Tambahan; 6.30 ptg.. hidangan makan malam bagi para peserta yg masih ada di balai Islam. Hingga ke saat laporan ini ditulis, masih ada 4 peserta dari luar kelantan yg belum pulang. Mereka dijangka akan bertolak pada 19 Jun. # kepada sesiapa.. terutama para Ajk JK Kelantan.. silalah tambah mana-mana yg terkurang dalam laporan ini. Wassalam p/s: terima kasih kepada para peserta yg telah bersama-sama menjayakan Jejak Kasih Kelantan 2004. Mohon maaf di atas segala kekurangan dan kesulitan sepanjang kami mengendalikan program ini. TERIMA KASIH DAUN KELADI... LAIN KALI DATANG LAGI Disediakan oleh: Setiausaha JK Kelantan 2004 ----------------- hanya redha Allah jua yangku harapkan
|
irda82
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 19.05.2003 Ahli No: 565
Posting: 462
Dari: Sg Petani,Kedah
|
Posting pada: 18-06-04 22:15
erm...masih terkandas di sini ... -baguslah,ada program utk anak yatim . Menarik juga waktu diorang buat persembahan. -ceramah motivasi...bukan saja utk anak2 yatim tapi juga utk peserta. -best -kena paksa makan kot [ Posting ini telah di edit oleh: irda82 pada 2004-06-18 22:19 ]
|
nur_islami
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 28.05.2003 Ahli No: 858
Posting: 991
Dari: serambi mekah
|
Posting pada: 18-06-04 22:20
Alhamdulliah..selesai sudah berlangsungnya JK KELANTAN 2004 seperti yg dirancang walaupun byk dugaan dan cabaran yg terpaksa kami pihak ajk2 JK KELANTAN 2004 lalui. Disini ana ingin mengucapkan setinggi penghargaan buat semua ajk2 pelaksana JK KELANTAN 2004 kerana bertungkus-lumut bagi menjayakan program ini. terima kasih kpd semua yg terlibat dlm menjayakan JK KELANTAN 2004. setakat ini dulu dr ana.... ----------------- hadiah yang paling berharga dalam ertikata sahabat yang sebenarnya ialah memberi yang terbaik dalam diri anda sendiri..
|
pErMaIsUrI_hAtI
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 16.05.2003 Ahli No: 244
Posting: 116
Dari: IIUM KuAnTaN CamPuS
|
Posting pada: 18-06-04 22:26
Tahniah..~! Mabrook..~!! Congrats..~!! program berjaya dgn lancarnya... ceramah motivasi oleh Encik Abd Jalil ttg Harga Diri mmg meninggalkn kesan buat ana... gembira dpt bergaul dgn pesrta dr Darul Aitam walaupon diorg nih 'agak' nakal.. tahniah skl lagi kpd semua AJK JK Kelantan 2004.. p/s : lawa la cendera kenangan tu... wallahu'alam ----------------- Kuli kepada Dakwah... Hamba kepada Allah... hidup mulia @ mati syahid..!!
|
darul_numan81
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 16.05.2003 Ahli No: 239
Posting: 1548
Dari: Batu Pahat,Johor
|
Posting pada: 18-06-04 22:27
syukur...segalanya berjalan lancar. Harap yg telah dtg jk ni tidak serik utk dtg lagi. p/s: skrg ni ahli ukhwah sedang berada di opis ana... wassalam ----------------- Kehidupan adalah satu ujian...
|
ctmuslimah
Warga 4 Bintang Menyertai: 19.02.2004 Ahli No: 7405
Posting: 334
Dari: Baling
|
Posting pada: 18-06-04 22:28
Firstly, saya ingin mengucapkan tahniah kepda pihak ajk jk kelantan yang telah berjaya menjalankan program kali ini. Jutaan terima kasih kepada pihak ajk yg bersusah payah menjemput kami dan memberikan sebaik-baik layanan kepada ahli2 ukhwah yang hadir... akan saya kenang sampai bila2... Semoga program seperti ini akan terus dijalankan dengan lebih meriah dan lebih ramai penglibatan dari ahli ukhwah... wassalam..
|
wardah_qlate
Warga 3 Bintang Menyertai: 22.02.2004 Ahli No: 7473
Posting: 143
Dari: qlate
|
Posting pada: 19-06-04 01:22
a'kum.. tahniah atas jk kelantan yang berlangsung.......tak capai gak hajt ana nak join jk klate. tu sbb dah blk png,sekolah.......tak pe laharap cuti panjang ni ade lagi........
|
Kang
Menyertai: 09.05.2003 Ahli No: 2
Posting: 1921
|
Posting pada: 19-06-04 01:40
TAHNIAH! TAHNIAH! TAHNIAH! Anda semua memang hebat!! Jadi kehadiran lebih kurang 50 orang ye: 20 warga Ukhwah.com dan 30 warga Baitul Aitam. Makin lama Kang tengok... warga Ukhwah.com makin profesional dalam pengendalian JK dan program. Makin berwarna-warni di sebalik nama JK -- bukan setakat gathering biasa. Makin pandai mengharumkan nama Portal Ukhwah.com. Berkat kepandaian anda semua, kabarnya, ramai yang berbangga menyebut, "Saya warga Ukhwah.com." TAHNIAH SEKALI LAGI! Bak kata ucapan penasihat: Program pertama tapi bukan yang terakhir! Kita akan sentiasa mengulang sejarah. Kabarnya orang besar dari JAIPETRA tu masih kenal Hanan lagi walaupun dah bertahun keluar dari Jaipetra sebelum ke Nilam Puri.... heheheh... Kisahnya Kang pulak: Flight lewat... ada masalah. So sampai Pengkalan Cepa pukul 5 lebih. Sampai ke Balai Islam Lundang dah tak ada orang... patah balik KL.... siannya... heheheh SEKALI LAGI TAHNIAH PADA AJK JK KELANTAN 2004!! Tahniah juga kepada peserta yang datang (hanya yang datang dengan ikhlas) dari jauh dan dekat. TAHNIAH!!! -----------------
|
ummimq
Menyertai: 17.09.2003 Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor
|
Posting pada: 19-06-04 08:18
Wa'alaikumussalam wr wb Assalamu'alaikum wr wb Alhamdulillah tahniah semua dan semoga kerja-kerja Islam kita diredhai Allah SWT. teruskan demi memartabatka al Islamu ya'lu walayu'la 'alaih. umi sekedar mampu mendoakan (umi di kelantan minggu pertama cuti sekolah jadi tak dapat bersama.. afwan ya). Wassalamu'alaikum wr wb ummimq ps- Dari Ibnu Mas'ud r.a. bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w.; "Manakah amal yang lebih utama ?", Rasulullah s.a.w. menjawab; "Sembahyang dalam waktunya, berbakti kepada ibu bapa dan berjuang di jalan Allah." - Sahih Bukhari
|
AyuHumaira
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 12.06.2003 Ahli No: 1342
Posting: 294
Dari: IIUM, Garden of Knowledge & Virtue.
|
Posting pada: 19-06-04 10:19
alhamdulillah....sume dah selamat dgn jayanya.... tahniah kpd semua krn bertungkus lumus menjayakan jk kali ni.... ana tak dpt attend laa...sedih jugak.... tapi, kak zah, ana dah cuba yg terbaik.... nur_islami...tima kacih byk2..... syukran.... kak zah, semalam masa kak zah suruh call anak2 yatim tu, ana nak naik bas dah...tiba2 berat hati nak tinggal kelate... sayu hatiku.....
|
Jundullah_Al_Asad
Warga 3 Bintang Menyertai: 20.05.2003 Ahli No: 623
Posting: 93
Dari: Daerah Perjuangan
|
Posting pada: 19-06-04 11:08
alhamdulillah.. telah berlangsungnya satu lg program yg menarik... tahniah kepada sumer jawatankuasa penggerak yang telah bertungkus lumus menjayakan program ini.. keramahan antum senantiasa tersemat dlm hatiĀ² kami peserta jk klate... dan ni sajak pendek ana yg ana ilhamkan masa bengkel lepas jumaat... JK Kelantan 2004 - Masih Ada Yang Sayang Sehari di sini Tompok-tompok hidup Bergomolan pada kanvas Dan rencam itu Terlukis indah Catan hidup hidup ini! 3.17 pm dan moga jk ini perintis kpd jkĀ² lain yg lebih besar lg.. insyaallah... maaf atas segala kekurangan... salam perjuangan... ----------------- "Dan berJIHADlah pada JALAN ALLAH dengan sebenar-benar JIHAD"
"Dan janganlah kamu menyangka sesiapa yang terbunuh pada JALAN ALLAH itu mati. Bahkan mereka terus hidup di sisi TUHAN mereka dan diberi rezeki"
|
RuMaishaaa
Menyertai: 22.05.2003 Ahli No: 749
Posting: 1276
Dari: Kg.Batu Muda, KL
|
Posting pada: 19-06-04 11:56
TAHNIAH KHUSUS BUAT PELAKSANA JK KELANTAN.. Sampai pg tu kat balai islam..terkejut jugak dan terdetik di hati..ada ke takde ni...orgnya tak nampak..akhirnya kedtganku disambut oleh adik safa,kak zah and as...-bukan minta disambut tp sbb kita tak kenal org kat situ..silap-silap melilau hulu-hilir..payah gak... and then..prog berjalan dan berjalan..kelewatan waktu..kesilapan teknikal tu perkara biasa yg dibincangkan lbh2 lagi time post mortem.. apapun:keseluruhan prog ALHAMDULILLAH:SHUKUR PD ALLAH DIBERI PILIHAN UTK HADIR DISINI,BERUKHWAH DGN AKAK-AKAK DAN SHBT2 YG KENAL TAK KENAL AND JUA MAIN-MAIN DGN ADIK-ADIK YG 'NAKAL,MALU,AGRESIF AND PENING2 KEPALA GAK DIBUATNYA".. part tiup belon cukup menakutkan..apatah lagi bunyi belon pecah..mak oi..degup jantung berganda-ganda..takut mak...terjerit2 kami dibuatnya..terketar-ketar pun sama..!ada org tu tak cukup nafas nak tipu belon.. ceramah motivasi.bagus sgt!..suka dgr penerangan beliau..kata-kata mahal yg kucuri drnya:ADAKALANYA,TINGKAH LAKU LEBIH DIPERCAYAI DRP KATA-KATA!!sbb ku turut terpedaya seketika dgn apa yg dilakonkannya.. persembahan adik2 melucukan,mendidik dan ada mesegnya...almaklumlah..mendpt didikan dr fasi2 yg mantap..apapun bakat ada..mutu persembahan masih kurang...pemalu katakan dan unsur kekampungan itu ada!ini bukan hinaan..tp ini adalah realiti yg berlaku kpd adik2 kita..rata-rata mrk akan terus begini!jika kita tak hadir bg sumbangan idea dan hiburan kpd mrk,mrk mungkin tak dpt nak bergaul dan memahami dunia luar dan bertemu dgn pelbagai ragam org lagi! Jadi..saya amat bersetuju dgn cdgn akhir kak zah..yg sempat diutarakan utk wajudkan mentor-menti..at least hubungan kami dgn adik2 tak putus..sbb tempoh brsama agak singkat..nak kenal rapat pun tak sempat..InsyaALLAH,saya nak jugak kongsi-kongsi ilmu yg ada..tp..kak zah,saya nak gak ada mentor!teringin sgt Apabila prog tamat-meskipun tak smpt bersalam-salaman dgn adik2..kami berkemas dan merayau dan merayap sekitar Kb seblm berangkat pulang ke destinasi masing-masing! JK KELANTAN DLM LIPATAN DIARI DAN MEMORI
|
simba
Warga 4 Bintang Menyertai: 15.05.2003 Ahli No: 184
Posting: 251
Dari: BAnGi
|
Posting pada: 19-06-04 13:11
wahh,tahniah buat Ajk dan perserta yang terlibat..Ambo pesa' budu mano wehh??
|
Hanan
Menyertai: 13.05.2003 Ahli No: 4
Posting: 3991
|
Posting pada: 19-06-04 14:27
Alhamdulillah, ana baru sahaja sampai pagi tadi. Rasa seronok sangat walaupun sehari sahaja dapat bersama dengan JK Kelantan. Tahniah sekali lagi kepada AJK Pelaksana Program yang telah bersusah payah menyediakan yang terbaik buat kami. Tahniah juga kerana inilah program pertama melibatkan anak2 yatim. Quote:
| part tiup belon cukup menakutkan..apatah lagi bunyi belon pecah..mak oi..degup jantung berganda-ganda..takut mak...terjerit2 kami dibuatnya..terketar-ketar pun sama..!ada org tu tak cukup nafas nak tipu belon |
| Memang menakutkan!!.. Kak Alin yang conduct program ni. Rasa nak pitam aje dengar bunyi meletup. Dahla pen yang nak digunakan utk sign atas belon tu tajam.. debaran betull Ceramah Motivasi yang disampaikan menyentuh mengenai nilai diri. Mmeang bagus ceramah tersebut, lain kali boleh undang lagilah ye. 'Letak Tangan di Dagu'.. Kelakar betul part ni.. Persembahan pun menarik juga. Ada group yang buat persembahan pasal ibu.. Ada yang buat iklan Tak Nak..(Ramai yang tak faham iklan ni.. hehe.. ingatkan tanak berlakon sebab malu..) Terima kasih juga untuk mug yang comel. Memang bermakna betul JK Kelantan kali ini. Walaupun hanya sehari, tapi rasa puas. Ramai sahabat2 baru yang ditemui. Moga dapat bertemu lagi terutama rakan2 sebilik, Melly dan CTmuslimah.. Jumpa lagi InsyaAllah.. wassalam -----------------
Hargai semasa ada....
|
heris
Warga 4 Bintang Menyertai: 17.05.2003 Ahli No: 388
Posting: 250
Dari: bumi Allah
|
Posting pada: 19-06-04 15:16
Masya Allah..best.. , thax kak long, jemput kita..thax semua AJk... . Semoga Allah memberkatimu..
|
abu_nawas80
Warga 3 Bintang Menyertai: 08.01.2004 Ahli No: 6314
Posting: 103
Dari: Pantai Dalam,KL
|
Posting pada: 19-06-04 17:12
emm,selalu je tak dapat join xtvt ukhwah... apa2pun tahniah lah ek semua yg dah berjaya menjalankan xtvt JK Kelantan... ----------------- Ya Allah,layakkah ana untuk merindui syurgaMu di mana syaitan dan hawa nafsu sentiasa membisikkan ana supaya melupakan suruhan2MU.Ya Allah,selamatkanlah ana
|
Prof_Muslim
Menyertai: 15.07.2003 Ahli No: 2348
Posting: 3179
Dari: Terengganu
|
Posting pada: 19-06-04 21:01
Tahniah!!!!!! kepada Jawatankuasa...JK Kelantan. Prof tumpang gembira dan sedih tak dapat hadir ke JK Kelantan... Disebabkan masalah last minute.... Prof sebenarnya dah hampir nak sampai..tapi terpaksa cancel 1 jam dari masanya bermula.. sebab masalah2 tertentu yg tak dapat Prof elakkan... Prof teringin sangat nak pergi.. tempat JK Kelantan ini berlangsung adalah tempat / kampung Prof pernah membesar dan bersekolah ...dulu.... p/s:UWaaaaaaaaaaaaaaa................
|
NaZa_FirmaN
Menyertai: 23.05.2004 Ahli No: 9138
Posting: 491
Dari: SEREMBAN
|
Posting pada: 19-06-04 21:18
hmmm gembiranya dapat join JK KELANTAN ni...lepas JK HOSPITAL..ana terbang ke negeri serambi MEKAH..join JK KELANTAN..syukran buat darul_numan n safa yg berkesudian menjemput ana n 2 orang sahabat ana di KOLEJ JAIPUTRA..x tahu plak yg penceramah motivasinya adalah lecture ana sendiri...kalu ana tahu pg tu naik van lecture ana je ke balai islam lundang... tp tetap rasa seronok coz ana dapat berjumpa ngan 2 orang student ana(dr darul aitam),sewaktu pratikal kaunselor di Ar-Rahmah Kenali(ARK) dulu... kenangan yg x dapat dilupakan ialah melihat persembahan n bakat anak2 yatim darul aitam tu..rupa2nya ada jg bakat2 yg terpendam yg perlu digilap.....apa2 pun TAHNIAH pd AJK pelaksana krn berjaya menjalankan misi n visi yg telah dirancang... Walaupun kulit berbeza,biar pun jarak memisah, Namun kita tetap bersaudara,Punya UKHWAH, Walaupun berbeza bangsa,Kitakn tetap bersama, Kerna IMANlah neracanya,Di akhirat sana....... [IMG]null[/IMG]
|
nur_islami
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 28.05.2003 Ahli No: 858
Posting: 991
Dari: serambi mekah
|
Posting pada: 19-06-04 22:30
terima kasih byk2 kpd peserta2 yg sama2 menjayakan jk kelantan ni..runsing gak kalo2 ada peserta2 yg kurang berpuas hati dgn agenda2 yg telah kami susun buat anda semua...tapi..alhamdulillah..tgk pd respon anda semua.. igt lagi pertanyaan kak lin... "pasni nak buat lagi tak JK?"..insyaAllah... la... kang, tul ke..kita org ada lagi la masa tu.. disekempatan ini ana ingin mengucapkan setinggi2 penghargaan terima kasih kpd semua yg terlibat dlm menjayakan JK KELANTAN ini...sronok sgt dpt jumpa anda semua.. kak hanan,hanisah,kak mar n khalifah..ana mintak maaf byk2 coz xsempat nk hantar balik kb..tahu2 tny kak zah,dah balik dah semua...sedih plak..xsempat pon nk salam... ----------------- hadiah yang paling berharga dalam ertikata sahabat yang sebenarnya ialah memberi yang terbaik dalam diri anda sendiri..
|
Hanan
Menyertai: 13.05.2003 Ahli No: 4
Posting: 3991
|
Posting pada: 19-06-04 22:39
Quote:
| kak hanan,hanisah,kak mar n khalifah..ana mintak maaf byk2 coz xsempat nk hantar balik kb..tahu2 tny kak zah,dah balik dah semua...sedih plak..xsempat pon nk salam |
| Maaflah sebab balik mengejut. Masa balik tu AJK semua tengah buzy. Sempat jumpa Kak Zah aje, yang lain tak dapat dikesan.. Saja nak ambil peluang berjalan2 kejap kat KB. Maklum datang sehari aje.. Terima kasih cik pengarah program atas layanan baik selama di sana wassalam -----------------
Hargai semasa ada....
|
ainul_nabila
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 14.05.2003 Ahli No: 55
Posting: 394
Dari: Serikembangan/putrajaya
|
Posting pada: 19-06-04 23:24
syukur alhamdulillah...ana baru sempat nak online..semalm masa kat office kat alin ana pening takleh nak posting! .. mintak maaf la klu ada apa2 kekurangan buat semua yg hadir.....walaupun penat dan byk dugaan tapi ana rasa sgt2 berbaloi.Ada sesuatu yg ana dapat dan byk hikmahnya walaupun terpaksa berpenat lelah dan byk dugaan.. sbenarnya ana tadi baru lepas gi hantar 2 org pesrta ,yg terpaksa balik mlm ni krn tiket abis(tapi ada hikmatnya )..2 peserta ni ialah irda82 dan CT muslimah(kak CT),ana bawak diorang dtg umah..(jk umah ainul.. )ana mintak maaf klu ada apa2 kekurangan atau layanan kurang memuaskan buat irda dan kak CT.ana sgt gumbira inilah kali pertama kwn yg jauh dtg ke umah ana..bestla diorang ni!!dtg la lagi yer ...ana tgh rindukan korang berdua ni..teringat2 ptg tadi.. ----------------- HidUp Ini InDah Jika segaLAnYa kErAnA ALLAH!!! http://img75.photobucket.com/albums/v229/irda82/ainul3.jpg
|
ainul_nabila
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 14.05.2003 Ahli No: 55
Posting: 394
Dari: Serikembangan/putrajaya
|
Posting pada: 19-06-04 23:31
erm buat kak lin,kak safa,kak zah mintak maaf klu selama bekerjasama ana ada buat tersa hati atau apa2..best!!diorang ni mmg best..rinduuunya..2 mlm dok sebilik bergembira bersama walauapa rintangan yg dtg tidak tersa.. dan maaf buat semua peserta klu ada salah dan silap..ana tak sempat nak bersalaman sms diorang balik..mintak maaf yer..byk pengalaman yg diperolehi..alhamdulillah.. ----------------- HidUp Ini InDah Jika segaLAnYa kErAnA ALLAH!!! http://img75.photobucket.com/albums/v229/irda82/ainul3.jpg
|
fatimah
Warga 3 Bintang Menyertai: 13.07.2003 Ahli No: 2292
Posting: 76
Dari: kelantan
|
Posting pada: 20-06-04 13:00
.... Hari ini sambung tugas semula setelah bercuti dua hari tuk persediaan JK...pagi2x lagi Dr Dinsuhaimi tanya saya how was the JK? Penceramah Ok ke tak?...and beliau sempat ucap tahniah tuk para AJK... sebenarnya pukul 7.20 pagi 18 JUN tu Dr Din call saya dari KLIA (beliau baru sampai dari Amsterdam), bertanya sama ada pemangku die dapat hadir ke tak?...Nasib baik dpt hadir, kalau tak die terpaksa la 'kerah' isteri die tuk datang .... Alhamdulillah everything settled, cuma perlu uruskan bebera perkara yang kecik2x ...insyaAllah esok atau lusa, sy akan posting nama2x peserta JK dan adik angkat masing2x...tungguuuuuu ... wassalam ----------------- hanya redha Allah jua yangku harapkan [ Posting ini telah di edit oleh: fatimah pada 2004-06-20 13:33 ]
|
Jundullah_Al_Asad
Warga 3 Bintang Menyertai: 20.05.2003 Ahli No: 623
Posting: 93
Dari: Daerah Perjuangan
|
Posting pada: 21-06-04 15:55
ana nak tambah sket lg penghargaan buat semua peserta jk kelantan kali ni... thanks a lot.. keramahan ikhwan heris.. firdaus.. helmi.. irda.. luqman.. detective_alam.. kak hanan.. kak hanisah.. kak fatimah.. kak alin.. kak zah.. kak su.. and all of u guyz.. may da jk brings us a lot of life.. see u all nex tyme wit da blessingz of ALLAH... wassalam... ----------------- "Dan berJIHADlah pada JALAN ALLAH dengan sebenar-benar JIHAD"
"Dan janganlah kamu menyangka sesiapa yang terbunuh pada JALAN ALLAH itu mati. Bahkan mereka terus hidup di sisi TUHAN mereka dan diberi rezeki"
|
Engku_Salina
Menyertai: 13.05.2003 Ahli No: 5
Posting: 462
Dari: Terengganu - KL
|
Posting pada: 21-06-04 16:14
Alhamdulillah... JK Kelantan berlangsung dgn jayanya... tahniah kpd para AJK pelaksana... tanpa anda semua, JK ini tak dpt direalisasikan... tahniah juga buat peserta yg sudi menghadiri JK ini... kehadiran anda telah memeriahkan lg JK ini... mmg terasa rugi krn tak dpt bersama2 sahabat semua... moga dpt bersua di JK Kelantan kali ke-2... InsyaAllah... ----------------- Hai org-org yang beriman, jika datang kpdmu org fasik membawa suatu berita maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui kdaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu. (Al-Hujurat
|
Hanan
Menyertai: 13.05.2003 Ahli No: 4
Posting: 3991
|
Posting pada: 21-06-04 16:27
Quote:
| On 2004-06-20 13:00, fatimah wrote: insyaAllah esok atau lusa, sy akan posting nama2x peserta JK dan adik angkat masing2x...tungguuuuuu...
|
| Terima kasih kak fatimah.. Moga sama2 kita dapat teruskan usaha JK Kelantan ini.. Ana akan cuba menjaga adik2 tu nanti.. Sahabat2 Ukhwah jangan buli2 adik2 tu yer.. Masih Ada Yang Sayang...-----------------
Hargai semasa ada....
|
khalifah
Menyertai: 15.05.2003 Ahli No: 204
Posting: 485
Dari: kg batu muda,sentul, KuaLa LUmpUr
|
Posting pada: 21-06-04 23:47
....tak tahu nak kata apa dah...yg pastinya seronok......first time smpai kelantan katakan.........walaupun penat tak hilang lagi,tapi saya berpuas hati....byk juga kenangan tak kira semasa pergi atau pun pulang////// ----------------- khalifah Allah di muka bumi......
|
fatimah
Warga 3 Bintang Menyertai: 13.07.2003 Ahli No: 2292
Posting: 76
Dari: kelantan
|
Posting pada: 22-06-04 15:03
... BERIKUT ADALAH NAMA-NAMA AJK DAN JUGA PESERTA JK KELANTAN 2004 BESERTA ADIK ANGKAT MASING PESERTA MUSLIMIN 1. Heris Mohd Nazri Ali (Del) M. Firdaus Abd Rahman (Firdaus) 2. khalifah Mohd hamizan Yusoff (hamizan) Mohd. Saharuddin hassan (din) 3.Helmi_techno Wan mohd Harul Azhar wan Hussin (hasrul) 4.irda82 Mohd Khairul Padhli Baduldin (Fadhli) 5. Jundullah_Al-Asad Mohd Rozaini Shamsudin (Ja) 6. Fahmi Mohd Farid Ismail (yek) 7. Detective_alam Mohd Fikri Abd rahman (Yie) AJK DAN PESERTA MUSLIMAT 1. Nur_islami Ismail awang (Pok ya) 2. Darul_numan81 Muhd Azman Mat Husin(Man) Siti Noorasiah Tajudin (Siti) 3. Al_Hafizahgirl Marlisa Sailay Alias (Lisa) 4. Fatimah Mohd Rasli Zakaria (Rasli) Nurul Syuhada Hassan (Sue) 5. Ainul_nabila Nor Mariati Ismail (Maria) 6. Hanan Mohd Suhaimi Othman 7. Hanisah Nik Roslina Mohamad (Nik) 8. Wan Fatimah (fawwaz) Mohd Norsyafiq Nawasir (sya) 9. Nik Solihah Mujahidah Nik Mohd Nor Siti Nur Suraya (suraya) 10.halijah Sulaiman Che ferteri Islah Che Ahmad (putri) 11. Siti Mellyssa Esman Normasitah Osman 12. Permaisuri_hati Nik Nurul Adila Mohamed 13. ctmuslimah Wan zainab wan Ali (zainab) 14. Noor Zalifah Ibrahim Khawash B. Shukri (him) 15. zahratul_wardah muhd Fazuan Musa 16. RuMaishaaa Siti Nurfatehah Kadir (fatehah) 17. SyahEeda Norashimah ghafar (Shima) 18. Raihan Mohamed Nor (AAN) Nik Nor Farhana Abd latiff (Farah) 19. NaZa_Firman Nor Harma Abdullah p/s: sila contact mereka, dan jalankan tanggungjawab anda sume ....alamat nanti saya posting kemudian... sidqi, kak fatimah dan kak zah orang yang sama laa dik wassalam ----------------- hanya redha Allah jua yangku harapkan [ Posting ini telah di edit oleh: fatimah pada 2004-06-22 15:09 ]
|
fatimah
Warga 3 Bintang Menyertai: 13.07.2003 Ahli No: 2292
Posting: 76
Dari: kelantan
|
Posting pada: 22-06-04 15:24
... Ni die alamat adik2x tu: DARUL AITAM PUTERA (RUMAH KEBAJIKAN ANAK-ANAK YATIM) MAJLIS AGAMA ISLAM KELANTAN, JALAN DATO LUNDANG, 15200 KOTA BHARU, KELANTAN DARUL AITAM PUTERI (RUMAH KEBAJIKAN ANAK-ANAK YATIM), JKR 27_N, JALAN RAJA DEWA, 2/20 15150 KOTA BHARU, KELANTAN... P/S; sekiranya ada sebarang kemusykilan, pm akak k ... senarai yang sama akan dihantar ke Darul Aitam, so adik2x tu akan tau yang diorg ada abg n kakak angkat... wassalam ----------------- hanya redha Allah jua yangku harapkan
|
SyAhEeDa
WARGA SETIA Menyertai: 15.05.2003 Ahli No: 207
Posting: 571
Dari: Kelate
|
Posting pada: 22-06-04 16:39
Wah!... bagusnya kak zah~ walaupun bertemu hanya sehari.. namun ukhuwah dengan ahli Darul Aitam terus dikekalkan... tak sangka dapat adik angkat pulak... huhu... entah2 kakak kot~.. ana tak igt lak yg mana satu hashimah.. huhu... f3 agaknya.. neway.. tahniah buat semua AjK... memang best! siap dapat mug comel gitu~ thank u!!....uhuhu..moga ada JK 2!... ehee WaSSaLaM ----------------- ++ 'Aish 'Azeezan au Mut Syaheedan ++ Live a glory life, or die a noble death ++
|
nur_islami
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 28.05.2003 Ahli No: 858
Posting: 991
Dari: serambi mekah
|
Posting pada: 22-06-04 16:47
erm...adik angkat ana..ismail awang(pok ya)..mana satu ek...?erm..bagus gak..lagipun ana xdek adik lelaki... ----------------- hadiah yang paling berharga dalam ertikata sahabat yang sebenarnya ialah memberi yang terbaik dalam diri anda sendiri..
|
BrotherMon
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 31.07.2003 Ahli No: 2708
Posting: 1087
Dari: Kuala Lumpur
|
Posting pada: 22-06-04 21:42
Tahniah buat semua ajk pelaksana dan warga ukhwah yang menjayakan jk ni.... sorry tak dpt join.... insyaAllah..lain kali buleh kot.... lo ni susoh nok tubik... tahniah tahniah tahniah !~
|
Hanan
Menyertai: 13.05.2003 Ahli No: 4
Posting: 3991
|
Posting pada: 22-06-04 22:20
Quote:
| 6. Hanan Mohd Suhaimi Othman |
| Ni anak buah group mana ye.. sesiapa yang kenal citer sket pasal adik baru ana.. kak zah ada butir2 ringkas peserta ke.. nak tahu serba sedikit dahulu.. ana tak pandai sangat berangkat2.. tapi ana cubala.. Thanks kak zah.. -----------------
Hargai semasa ada....
|
fatimah
Warga 3 Bintang Menyertai: 13.07.2003 Ahli No: 2292
Posting: 76
Dari: kelantan
|
Posting pada: 23-06-04 08:37
... nak jk lagi ye iman?...insyaAllah,kali ini akak akan pastikan muslimin terlibat sama sebagai AJK, amacam muslimin??? boleh tak??...iman,akak rasa adik angkat iman tu sebaya kot, tapi takpe, iman boleh jadi pembimbing rakan sebaya ... hanan, suhaimi othman tu group 5, group helmi_techno...akak cari gak nama hanan dlm mana2x group sbb nak bg adik angkat yg dah ader kat group masing2x, tapi tak jumpa ...maklumat akak takde tapi nanti akak cuba dptkan dari darul aitam k... Tuk pengetahuan sume, nama2x u all akak akan simpan sebagai rujukan, mana tau jk2 terlaksana boleh akak 'kerah' u all dtg lagi wassalam ----------------- hanya redha Allah jua yangku harapkan
|
helmi_techno
Warga 4 Bintang Menyertai: 03.10.2003 Ahli No: 3955
Posting: 228
Dari: Batu Pahat-->Seremban-->Shah Alam-->UIA Gombak
|
Posting pada: 24-06-04 08:55
berkenaan dengan suhaimi tue , dier ok jekr .. tapi satu jek.. dier nie aktif sikit .. tapi apa yang ana tau dier ok .. tak buat maslaah ,,, akak .... amy dan melly nyer lak dapat orang maner ?? dari group maner ???/
|
RuMaishaaa
Menyertai: 22.05.2003 Ahli No: 749
Posting: 1276
Dari: Kg.Batu Muda, KL
|
Posting pada: 24-06-04 10:19
|
Hanan
Menyertai: 13.05.2003 Ahli No: 4
Posting: 3991
|
Posting pada: 24-06-04 13:34
Quote:
| On 2004-06-23 08:37, fatimah wrote: ... hanan, suhaimi othman tu group 5, group helmi_techno...akak cari gak nama hanan dlm mana2x group sbb nak bg adik angkat yg dah ader kat group masing2x, tapi tak jumpa...maklumat akak takde tapi nanti akak cuba dptkan dari darul aitam k... Tuk pengetahuan sume, nama2x u all akak akan simpan sebagai rujukan, mana tau jk2 terlaksana boleh akak 'kerah' u all dtg lagi wassalam |
| Terima kasih kak zah. Hari tu memang ana tak ada group. Ana menumpang group Hanisah, Jundullah al asad dan Permaisuri Hati. Tapi ana tak kisah siapa pun, terima aje. InsyaAllah, boleh jumpa lagi di lain JK kalau ada kelapangan masa dan waktu.. Rumaishaa kalau ke kelantan tengok2 kan adik ana sekali ye.. hehe -----------------
Hargai semasa ada....
|
AyuHumaira
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 12.06.2003 Ahli No: 1342
Posting: 294
Dari: IIUM, Garden of Knowledge & Virtue.
|
Posting pada: 26-06-04 10:44
errr....kak zah, ayu tak de ke adik angkat dr anak2 darul aitam tu? takkan tak nak bg.....nak la jugak......
|
darul_numan81
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 16.05.2003 Ahli No: 239
Posting: 1548
Dari: Batu Pahat,Johor
|
Posting pada: 28-06-04 13:33
Quote:
| On 2004-06-24 13:34, Hanan wrote: Hari tu memang ana tak ada group. Ana menumpang group Hanisah, Jundullah al asad dan Permaisuri Hati.
|
| ooo.. baru teringat, masa ana bahagikan group hari tu.. hanan dah turun gi makan menemani Pengarah JK Kelantan beserta Dr. Suzina Syeikh Abd.Hamid dan penceramah undangan; En.Jalil Abdullah(timb. Rektor HEP KOLEJ JAIPETRA). tapi apa2pun hanan dapat dah adik angkat kan? alahai..kesiannya kat AyuHumaira.. ana ada 2 adik angkat tu. kalau nak ambiklah satu.. Quote:
| 2. Darul_numan81 Muhd Azman Mat Husin(Man) Siti Noorasiah Tajudin (Siti)
|
| wassalam ----------------- Kehidupan adalah satu ujian...
|
fatimah
Warga 3 Bintang Menyertai: 13.07.2003 Ahli No: 2292
Posting: 76
Dari: kelantan
|
Posting pada: 30-06-04 08:02
... jgn risau ayu, insyaAllah akak akan bg ...kalau umur panjang, insyaAllah kita akan buat susulan lak, jk2 , kalau ada rezeki n panjang umurlaa....amacam lin?? ok tak??
|
darul_numan81
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 16.05.2003 Ahli No: 239
Posting: 1548
Dari: Batu Pahat,Johor
|
Posting pada: 30-06-04 11:49
Quote:
| On 2004-06-30 08:02, fatimah wrote: insyaAllah kita akan buat susulan lak, jk2, kalau ada rezeki n panjang umurlaa....amacam lin?? ok tak??
|
| ana ok je asalkan akak ada.. heheh wassalam ----------------- Kehidupan adalah satu ujian...
|
islamic_thinker
Warga 1 Bintang Menyertai: 16.11.2003 Ahli No: 5165
Posting: 35
Dari: Universiti Al-Azhar,Iskandariah
|
Posting pada: 10-07-04 12:45
sori kak zah...fatiha bz ngan majlis nikah ari tue...sekarang baru leh relaks skit dan jenguk ukhwah ni..dah lama tak jenguk..rindula plak....sori ya kak zah n sahabta yg lain2? ----------------- Semakin jauh ku dari-MU,
Semakin dekat pula KAU menghampiri daku,
Oh Tuhan...yang Maha Pengasih,
Siapalah diriku di pandangan-MU...
|
darul_numan81
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 16.05.2003 Ahli No: 239
Posting: 1548
Dari: Batu Pahat,Johor
|
Posting pada: 19-07-04 16:45
ana dah upload beberapa keping gambar sepanjang JK Kelantan 2004 ni di galeri ahli. silakanlah melihat kepada yg sudi tetapi jgn jelous bila lihat kemeriahan semasa JK Kelantan ni . Apa2pun.. mohon maaf atas kelewatan utk menyiarkan gambar-gambar ini.. wassalam ----------------- Kehidupan adalah satu ujian...
|
tirmidziy02
WARGA SETIA Menyertai: 17.09.2004 Ahli No: 11209
Posting: 586
Dari: PULAU MUTIARA
|
Posting pada: 16-10-04 11:37
|
Detective_Alam
Warga 3 Bintang Menyertai: 09.01.2004 Ahli No: 6331
Posting: 103
Dari: Kelate
|
Posting pada: 06-03-05 21:09
soalan yang ringkas ingin dikemukakan .... tahun nie (2005) nie JK Kelantan tak buat ape-ape ke?
|
akwa
WARGA SETIA Menyertai: 23.11.2005 Ahli No: 20434
Posting: 729
Dari: tganu
|
Posting pada: 25-12-05 23:32
tahniah buat anda semua kerana menjayakan program dengan jayanya
|
nahrulhayat
Warga 1 Bintang Menyertai: 25.06.2005 Ahli No: 16846
Posting: 24
Dari: Malaysia
|
Posting pada: 22-03-06 11:54
Pada 18-06-04 22:08 , fatimah posting:!!! QUOTE !!!
assalamu'alaikum boleh ana nak tahu, apa pengisian secara detail tentang slot ta'aruf - permainan belon bernama" dan juga slot ldk yang dikendalikan oleh darul_numan81? harap dapat dikongsi bersama ye.. syukran wassalam
|