Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti :: Ukhwah.com
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Profil Liputan Media Impian & Harapan Hubungi Kami Laman Peribadi  








Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

Mutiara Kata
Kita hidup biar macam biskut Oreo, hitam di luar tak mengapa asal putih kat dalam, manis pula tu..
-- SHAMR (Warga Ukhwah.com)

Menu Utama

Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 60
Ahli: 0
Jumlah: 60




Yang Masuk Ke Sini
Kang: 13 hari yang lalu
lidah-penghunus: 15 hari yang lalu
muslimin23: 23 hari yang lalu


[ Mari BERSELAWAT kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Ukhwah.com ini ]




Sajak
Topik: ...ingin nak kahwin...tapi...?


Carian Forum

Moderator: Administrator, kasih_kekasih
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Sajak
    »» ...ingin nak kahwin...tapi...?

Please Mendaftar To Post


Oleh ...ingin nak kahwin...tapi...?

nuraini
WARGA SETIA
Menyertai: 02.07.2003
Ahli No: 1900
Posting: 1110
Dari: ***Anti-KekejamaN WaNiTa***

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 18-06-04 07:59



.


Forward from E~MeL....bukan Karang sendiri ye....sekadar suka~suka....


Ayah ! Ibu ! Tolonglah aku !
Aku ingin kahwin, Tapi tak mampu!
Nak buat kecil-kecilan, Ibu tak setuju.

Apa nak buat, sudah nasibku.
Despatch rider, pekerjaanku
Gajiku pulak, tak sampai seribu..

Tapi bakal isteriku tu, cikgu
Mak dia mintak hantaran, sampai sepuluh ribu !!
Hai.. Aku pun tak tahu..

Apa nak jadi, dengan bangsaku.
Makin jauh dan tenggelam,
Dalam keduniaan dan pembaziran.
Sampai nak kahwin pun, Jadi satu kesusahan.

Aku bukan pelokek, Aku bukan kedekut,
Tapi kalau mahal sangat, Memanglah tak patut !
Bersanding kan adat Hindu,
Apasallah kita ni, dungu ?
Kitakan dah Islam..

Beratus tahun dahulu ?
Kenduri kahwin tu, bukannya salah
Asalkan dibuat, mengikut sunnah
Takde pembaziran, takde bid'ah
Lebih gembira, lebih meriah !
Kalau duit tu, kita buat sedekah
Dirikan masjid ke, atau madrasah
Kan lebih baik, dan barakah ?
Mendekatkan kita, kepada Allah ?

Aku nak kahwin, dan merasa bahagia..
Nikmat bekeluarga, ingin kurasa
Tapi kalau begini, macam mana ?
Boleh jadi papa kedana !

Hai Muslim.. Hai Muslimah..
Bilakah kita, akan berubah ?
Ikutilah cara Rasulullah..
Kan lebih baik, dan diberkati Allah ?



KELUHAN SI DARA.....

Ayah ! Ibu !
Ampunkan Daku !
Bukan Ku Sengaja, Bukan ku Tak Mahu !

Kahwin itu besar pengertiannya
Bukan sekadar suka-suka
Semua orang kahwin minta bahagia
Aku pun mahu berteman juga

Bukan harta benda ataupun rupa
Mahupun bujang atau yang duda
Aku tak kisah tua ke muda
Asalkan baik hati budinya

Ku cuba cari teman sejati
Yang memahami hati ini
Seorang yang berjiwa murni
Teguh peribadi dan positif personaliti

Seorang Muslim yang solehah
Gaya hidup mengikut Sunnah
Menjadi contoh anak isteri
Membimbing keluarga yang mithali

Duit hantaran dan persandingan
Itu semua bukan jaminan mahligai dunia akan aman
Yang penting pernikahan
Adat resam mesti dijaga
Asal tidak melanggar Aqidah

Ramai Melayu masih lupa
Bersanding - dalam Islam memang bercanggah
Buatlah majlis yang sederhana
Ijab kabul biar sempurna
Pasangan mempelai diraikan bersama
Sebagai pengumuman pada semua

Duit hantaran jangan dibazirkan
Buat simpanan masa hadapan
Suami isteri harus muafakat
Agar ekonomi keluarga terselamat!

Wahai Ayah ! Wahai Ibu !
Ku mohon doa ku mohon restu
Biar pun lambat jodoh ku temu
Asal bahagia berkekalan sepanjang hayat ku




aha....tu dia........maka kesimpulannya.....kalau dah jumpa pasangan dah suka sama suka tu...bila dah kenal hati budi citarasa masing....maka cepat-cepatlah masuk meminang......!
kita orang perempuan ni cuma tunggu signaL hijau jer....he......he............










Bookmark and Share

    


  Member Information For nurainiProfil   Hantar PM kepada nuraini   Quote dan BalasQuote

Engku_Salina

Menyertai: 13.05.2003
Ahli No: 5
Posting: 462
Dari: Terengganu - KL

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 18-06-04 08:55




ewah (2x)!!! Cik Nur kita ni...
nak kahwin ya...
dah ada calon ke belum???
meh akak tolong carikan...



-----------------
Hai org-org yang beriman, jika datang kpdmu org fasik membawa suatu berita maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui kdaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu. (Al-Hujurat

Bookmark and Share

    


  Member Information For Engku_SalinaProfil   Hantar PM kepada Engku_Salina   Pergi ke Engku_Salina's Website   Quote dan BalasQuote

nuraini
WARGA SETIA
Menyertai: 02.07.2003
Ahli No: 1900
Posting: 1110
Dari: ***Anti-KekejamaN WaNiTa***

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 18-06-04 09:01




Eh...eh.....Cik Sal kita...mana ada.......
tak sampai seruan lagi ni......
kenalah kakak kita ni dulu yang naik pelamin...aha...lepas tu barulah kita menyusul kemudian....he...he.......

pakat wak kat tranung kitte nanti ye Cik Sal kita....





Bookmark and Share

    


  Member Information For nurainiProfil   Hantar PM kepada nuraini   Quote dan BalasQuote

kaze
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 12.10.2003
Ahli No: 4270
Posting: 1592
Dari: Tawau - Seri Kembangan

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 18-06-04 15:30


Quote:
pakat wak kat tranung kitte nanti ye Cik Sal kita....


hemmm... hehehehe kak sal komen skit hehe

Bookmark and Share

    


  Member Information For kazeProfil   Hantar PM kepada kaze   Pergi ke kaze's Website   Quote dan BalasQuote

Salman_Alfarisi
Warga 3 Bintang
Menyertai: 13.12.2003
Ahli No: 5667
Posting: 122

Selangor  


posticon Posting pada: 18-06-04 22:45


hehe... bestla tulisan ni... rase tak sabo lak..hihii

~ teringat kat seseorang...~

Bookmark and Share

    


  Member Information For Salman_AlfarisiProfil   Hantar PM kepada Salman_Alfarisi   Pergi ke Salman_Alfarisi's Website   Quote dan BalasQuote

ain_wahida
Warga Rasmi
Menyertai: 18.06.2004
Ahli No: 9550
Posting: 4

Johor  


posticon Posting pada: 18-06-04 23:16




nice topik...but, dont have any idea yet...


-----------------
ukhuwah FILLAh...
TUHAN cinta agung
perjuangkan TUHAN

Bookmark and Share

    


  Member Information For ain_wahidaProfil   Hantar PM kepada ain_wahida   Quote dan BalasQuote

Hanan

Menyertai: 13.05.2003
Ahli No: 4
Posting: 3991

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 27-06-04 20:54



Quote:
Hai Muslim.. Hai Muslimah..
Bilakah kita, akan berubah ?
Ikutilah cara Rasulullah..
Kan lebih baik, dan diberkati Allah ?


InsyaAllah, kalau betul-betul niat nak kahwin untuk mendapatkan keredhaan Allah, akan dipermudahkan usaha tersebut. Yang penting ialah nikah. Kahwinlah ikut kemampuan masing2.

Quote:
Wahai Ayah ! Wahai Ibu !
Ku mohon doa ku mohon restu
Biar pun lambat jodoh ku temu
Asal bahagia berkekalan sepanjang hayat ku



Suka part ni. Moga semua dapat jodoh yang akan membahagiakan hingga ke akhirnya. Biar lambat jumpa asalkan benar2 dialah jodohnya..

wassalam

-----------------



Hargai semasa ada....

Bookmark and Share

    


  Member Information For HananProfil   Hantar PM kepada Hanan   Pergi ke Hanan's Website   Quote dan BalasQuote

Prof_Muslim

Menyertai: 15.07.2003
Ahli No: 2348
Posting: 3179
Dari: Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 27-06-04 21:30


hahahahahehehehehehehahaha


Kiasan Teruna

Si Teruna bukan tak nak
Org tua yg bermain syarat
Bukan senang nak lepas anak
Kalu memang tak cukup syarat

Si Dara diam membisu
Tak nak melawan kata org tua
Hati menangis siapa yg tahu
Di dalam hatinya hanyalah "abang" dia

Si Teruna terus berusaha
mencari kerja yg bagus
Supaya lebih menampung
Boleh bini dan mertua sekaligus

......... sekian slot 1



p/s: ukhtie Nuraini ..betul ke org Pompuan selau tunggu dan signal hijau..
Biasa ..kat traffic light..org lelaki dah tak tunggu hijau tetap go on..hehehe


[ Posting ini telah di edit oleh: Prof_Muslim pada 2004-06-27 21:32 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For Prof_MuslimProfil   Hantar PM kepada Prof_Muslim   Quote dan BalasQuote

ummu_qistina
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.05.2003
Ahli No: 398
Posting: 283
Dari: bumi ALLAH

egypt  


posticon Posting pada: 28-06-04 00:07




-----------------
IJLIS BINA NU'MIN SAAH......BeSt 4 iSlAm...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummu_qistinaProfil   Hantar PM kepada ummu_qistina   Quote dan BalasQuote

ZahRaTuL_RaiHaNaH81
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 17.05.2003
Ahli No: 426
Posting: 861
Dari: .: SaBah :.

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 28-06-04 00:48


Quote:

On 2004-06-18 07:59, nuraini wrote:


Ku cuba cari teman sejati
Yang memahami hati ini
Seorang yang berjiwa murni
Teguh peribadi dan positif personaliti

Seorang Muslim yang soleh
Gaya hidup mengikut Sunnah
Menjadi contoh anak isteri
Membimbing keluarga yang mithali

Bersanding - dalam Islam memang bercanggah
Buatlah majlis yang sederhana
Ijab kabul biar sempurna
Pasangan mempelai diraikan bersama
Sebagai pengumuman pada semua

Duit hantaran jangan dibazirkan
Buat simpanan masa hadapan
Suami isteri harus muafakat
Agar ekonomi keluarga terselamat!

Wahai Ayah ! Wahai Ibu !
Ku mohon doa ku mohon restu
Biar pun lambat jodoh ku temu
Asal bahagia berkekalan sepanjang hayat ku..






~Semoga mendapat jodoh yang sesuai dan menerima kita seadanya...Aku redha dengan pilihan keluargaku.............



-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For ZahRaTuL_RaiHaNaH81Profil   Hantar PM kepada ZahRaTuL_RaiHaNaH81   Quote dan BalasQuote

centric
Warga 4 Bintang
Menyertai: 08.03.2004
Ahli No: 7819
Posting: 335

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 28-06-04 08:23




memang nice topik. setuju sangat yang bersanding tu tak payahlah especially kalau belanja untuk pelamin tu sampai beribu-ribu lemon. kalau nak juga buat pelamin yang berpatutan (ikut kemampuan) dan ambil gambar dan dilihat oleh saudara-mara aja. tak payahlah merenjis ke. alhamdulillah masa ana dulu tak ada merenjis, in fact ana tak berinai pun walau disuruh oleh pihak perempuan. sebab nanti lepas kahwin duit banyak lagi nak guna i.e. deposit sewa rumah, beli barang2 keperluan dan etc. tak guna kita spend banyak sangat duit lepas tu berhutang banyak lepas tu lepas kahwin susah sebab nak langsaikan hutang tapi kalau yang berkemampuan apa salahnya tapi jangan membazirkan.

Bookmark and Share

    


  Member Information For centricProfil   Hantar PM kepada centric   Quote dan BalasQuote

centric
Warga 4 Bintang
Menyertai: 08.03.2004
Ahli No: 7819
Posting: 335

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 28-06-04 08:23




memang nice topik. setuju sangat yang bersanding tu tak payahlah especially kalau belanja untuk pelamin tu sampai beribu-ribu lemon. kalau nak juga buat pelamin yang berpatutan (ikut kemampuan) dan ambil gambar dan dilihat oleh saudara-mara aja. tak payahlah merenjis ke. alhamdulillah masa ana dulu tak ada merenjis, in fact ana tak berinai pun walau disuruh oleh pihak perempuan. sebab nanti lepas kahwin duit banyak lagi nak guna i.e. deposit sewa rumah, beli barang2 keperluan dan etc. tak guna kita spend banyak sangat duit lepas tu berhutang banyak lepas tu lepas kahwin susah sebab nak langsaikan hutang tapi kalau yang berkemampuan apa salahnya tapi jangan membazirkan.

Bookmark and Share

    


  Member Information For centricProfil   Hantar PM kepada centric   Quote dan BalasQuote

nuraini
WARGA SETIA
Menyertai: 02.07.2003
Ahli No: 1900
Posting: 1110
Dari: ***Anti-KekejamaN WaNiTa***

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 28-06-04 08:44




Ye betul tu…ikut pada kemampuan….
Kalau kahwin habis beribu-ribu pun tapi seandainya keberkatan tu…tarak…maka punah-ranah jugak akhirnya…..

Yang paling penting…buat secara sederhana…
Utamakan yang ‘WAJIB’….
Insya~ALLAH…akan kekal bukan setakat anak cucu jer….tapi…..klu panjang umur…dah jadi arwah….sampai bertemulah jua….ke Syurga…..
KEKAL BERSAMA DALAM KEREDHAAN ALLAH….
Amin…….





Bookmark and Share

    


  Member Information For nurainiProfil   Hantar PM kepada nuraini   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 
 



Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.181438 saat. Lajunya....