Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-11-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Air yang mengapungkan kapal; air juga yang menenggelamkan kapal
-- Peribahasa Lama

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 44
Ahli: 0
Jumlah: 44




  Yang Masuk Ke Sini
Muslim1987: 21 jam, 49 minit yang lalu


Cerpen
Topik: Kad Jemputan Kahwin


Carian Forum

Moderator: Administrator, NaZa_FirmaN
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Cerpen
    »» Kad Jemputan Kahwin

Please Mendaftar To Post


Oleh Kad Jemputan Kahwin

mamat_com
Warga 3 Bintang
Menyertai: 10.04.2004
Ahli No: 8315
Posting: 141
Dari: pendalaman sarawak

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 18-06-04 00:56


Kad Jemputan Kahwin

Kisah bermula di Kampung Padang Lumat, Kuala Telemong.

1

Namaku Jali, anak keempat daripada 13 adik beradik. Usia baru mencecah 6 tahun. Tinggal di kampung Padang Lumat, Kuala Telemong. Aku anak pak tani tua. Ayahku penoreh getah. Jam 4 pagi, ayahku keluar memotong getah. Ibuku suri rumah tangga sepenuh masa. Kadang-kadang menolong ayahku menoreh getah. Aku tinggal di gubuk buruk di celah-celah pokok pisang. Rumahku berlantai kepingan batang nibung manakala dinding rumahku berdindingkan buluh. Atap pula daripada rumbia. Bila hujan turun aku sekeluarga terasa bagaikan dunia hampir kiamat. Goncangan membuatkan adik perempuanku menangis. Hanya sabar dan redha menjadi senjata ampuh yang menetas ketahanan diri menghadapi cabaran hidup. Sedih hatiku mengenang nasibku sekeluarga.


2

ketika usiaku 7 tahun, aku berada di tahun satu, tergiang-giang ditelingaku kata-kata ayah, ‘Jali, belajar sungguh-sungguh...kita ni orang susah’ kata seorang ayah yang hanya tahu membaca jawi. Aku ingat pesan ayah...aku cuba belajar dan terus belajar. Ketika usiaku 9 barulah aku dapat membaca dan mengira. ‘lambat pikat’ kata cikgu Nora dalam loghat Terengganu semasa bercakap dengan ayahku setelah mesyuarat PIBG di sekolah. Begitulah nasibku. Ayahku tidak berpelajaran, ibuku tidak pandai membaca. Abangku seorang pelajar yang cerdik, tapi sayang kecerdikannya tak pergi kemana. Berlegar di ladang getah ekoran kedaifan keluarga. Keluarga ini memerlukan kudrat abang bukan ijazah tanpa kerja. Abang akur ketentuan Ilahi


3

Peperiksaan SPM semakin hampir. Ini kali ke 10 aku menyertai peperiksaan SPM. Aku tetap terasa gundah. Bukan tidak rajin menelaah pelajaran tetapi kelembapan otakku menguasai pelajaran telah menghantui hidupku. Aku bimbang, aku takut, aku gagal lagi. ‘abang jangan bimbang, kita usaha, kita tawakal, kalau ada rezeki, kita berjaya’ kata isteriku yang memberi peransang dan kata-kata semangat. Isteriku adalah salah seorang tenaga pengajar di sebuah TADIKA KEMAS. Dengan kudrat isteriku, keluarga ini terus hidup. Dialah yang bekerja siang malam. Siang di tadika, malam sebagai tukang jahit. Aku juga bekerja di kilang papan di Wakaf Tapai, tapi pendapatanku tidak mencukupi untuk menampung keluarga. Yang payahnya, isteriku selalu mendesak aku supaya mengambil peperiksaan SPM. Jenuh diriku terkejar-kejar, siang di tempat kerja, malam mengambil kelas tuisyen SPM. Satu hari aku terdengar: ‘abang...abang, abang berjaya lulus cemerlang dalam SPM’ laung isteriku selepas mengambil surat daripada posmen. Bagai naik ‘rakt’(baca; terlampau gembira), langit dunia nak runtuh rasanya bila aku mengetahuinya. Syukur terhadap Ilahi, aku mendapat pangkat 1 agregat 10. Keputusan ini memberi sinar baru kepada hidupku sekeluarga.

4

‘sejuknya...abang’ itulah gambaran isteriku 8 tahun dulu ketika baru sampai di England dalam musim sejuk. Kini ia telah menjadi kebiasaan. Aku berjaya melanjutkan pelajaran dengan tajaan JPA. Syukur......tetapi aku terkilan kerana gagal membalas jasa ayah dan ibu. Mereka meninggal dunia 5 dan 2 tahun lepas. Sedih dan pilu..mengenang kesusahan dan keperitan hidup mereka. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas pengorbanan mereka dalam mendidikku dan adik beradikku yang lain. Mereka bukan mendidikku dengan subjek matematik, sejarah, fizik atau anatomi tetapi mendidik kami menjadi manusia. Manusia beragama...manusia mengenal makna kegetiran hidup...TERIMA KASIH AYAH, TERIMA KASIH IBU.

5

‘ha...ha.....engko beli kereta BMW warna hijau, ha....ha...baik engko beli warna biru....ha..ha...’ kuat sungguh aku ketawa dan rakan-rakan elitku semasa berjenaka di kelab golf di Tok Jembal. Masa terluangku di padang golf..seronok jika hidup bersama masyarakat elitku. 3 tahun setelah pulang, aku bekerja sebagai pensyarah di KUSZA. Aku seorang Dokter...ada PHD....hebat bukan..ni anak penoreh yang berjaya walaupun tidak seberjaya Hashim Yaakob, NC Universiti Malaya. Ya..aku seorang DR...nak panggil aku, panggil DR...nak letak nama aku, letak DR. didepannya. Walaupun hidupku senang, aku tetap memberi duit belanja pada adik-beradikku tapi sekarang mereka juga hidup senang, ada doktor gigi, ada guru, ada tentera, ada peguam, Cuma abangku sorang yang tak mahu berubah. Tetap sebagai penoreh getah. Dulu, kini dan selama-lamanya. ‘biar aku meneruskan tradisi keluarga kita, aku selesa hidup begini’ kata abangku semasa adik keenamku meminta abangku berhenti kerja sebagai penoreh. Abangku degil, kolot tak mahu perubahan. Kini, aku membina rumah mewah di kampungku. Satu-satunya rumah mewah di kampung Padang Lumat. Bagai istana...ha..ha...kalau orang bertanya, rumah siapa tu?. Pasti jawapannya adalah rumah DR Jali......alamatnya DR. Jali Bin Dato Ayub(aku tukar nama ayahku, nama sebenar ayah Botok. Nama ayah terlalu berimej kampung, tak sesuai bagi anaknya, seorang DR. Aku beli anugerah dato kat Mindanoa, Filipina. Kan gelaran dato boleh dibeli dan berlambak di pasaran. Baru ayahku nampak hebat dengan gelarannya). Itulah diriku DR. Jali.

6

‘jali...jali...kenapa jadi begini’ begitulah bisikan beberapa pengumpat harian hal ehwal semasa masyarakat di kedai kopi makcik Limah...hari tu kebetulan aku pergi kedai membeli rokok. Jarang sekali aku keluar rumah dan bersiar-siar di kampung. Aku elergi dengan nyamuk, ungas-ungas dan pacat. Lama dah meninggalkan suasana desa, terasa jijik pulak. Lagipun, aku kan seorang DR..mana boleh bergaul dengan orang kampung berfikiran jawi, buta internet. Fikiran aku berorientasikan British. Fikiranku, fikiran antarabangsa...kan aku seorang DR. Ada PHD, pasti fikiran lebih bernas daripada tok ayah lulusan pondok Mat Syafie, Losong. Ekoran kata-kata orang itu, aku buat research ...setelah diselidik juak-juak ini tak puas hati dengan kad kahwin anak sulungku, si IR. CT Tracy....aku tempah kad tersebut;



@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

IR. CT Tracy Binti DR. Jali

akan melangsungkan perkahwinan dengan

Leftenan Muda Chedd Bin Prof. Dato. Dr. Zakaria


pada 23.6.2020.... dato/dr/jeneral/tuan-puan dipersilakan hadir

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Mereka tak puas hati, aku mana ambil peduli...aku kan DR... hak aku menempah kad kahwin, hak aku nak tulis dalam kad kahwin anak aku. Aku tak kisah. Dah menantu aku leftenan muda, aku letak leftenan muda la..dah usaha aku menjadi DR, aku letak DR. Sepadanlah dengan usaha aku. kalau anak korang guru, letak la guru, kalau anak korang tukang sapu, letaklah tukang sapu. Penoreh getah? Letak sajalah. Mana aku ambil peduli.. orang kampung mana penting bagiku, mereka hanya pandai cakap je..saja aku ajak orang kampung...kalau tak ajak, jadi buah mulut mereka...kata aku sombong pulak, tak mengenang budi pulak...aku pun tak kisah sangat kalau mereka tak datang...yang datang, pasti...Jeneral..DR...Tan Sri... Dato... Prof.. dah cukup dah...ha..ha...sepadanlah dengan statusku seorang DR.

7

Rumahku meriah dengan orang berjenama...dato..jeneral..tan sri, semua datang... ‘eh...DR. Jali, mana orang kampung..tak datang ke? Tak meriahlah majlis perkahwinan jika orang seperti kita sahaja meraihnya’ tergaman aku mendengar kata Dr. Lee, seorang bekas ahli parlimen dan sekarang bergiat dengan NGO berkaitan pencegahan dadah. Memang, majlis perkahwinan anakku ini kekurangan orang kampung yang kolot tu. Mungkin mereka segan nak bergaul dengan masyarakat berjenamaku ini. Oleh kerana orang kampung tak ramai hadir, tak ada masyarakat pekerja dalam majlisku terumatamanya pengangkat lauk-lauk. Lembap rasanya gerak kerja majlis ini...orang kampung tu rajin, suka tolong-menolong tapi kolot. Kalau mereka tolong, aku bayar lah. Tapi aku tak peduli dengan mereka..aku kan DR.

8

‘TERBAKAR: RUMAH PENSYARAH KUSZA MUSNAH’, begitulah tajuk akhbar perdana pada muka 13 bertarikh 24.6.2020....dalam peristiwa itu, rumahku musnah, isteriku gagal diselamatkan dan kakiku telah cacat akibat ditimpa almari yang terbakar. Redha dengan kejadian ini. Ini mungkin pembalasan untuk diriku. Seorang DR.. ‘kan engko seorang DR’ sinis aku semasa bermonolog dengan aku ketika aku berada di tingkat lapan hospital besar Kuala Terengganu sambil memandang keindahan suasana petang di Laut China Selatan.
Ha...ha....kan aku seorang DR....aku ketawakan aku. Gilakah aku?

mamat.com

16.06.04


p/s; mengenal diri, mencari makna sebuah kehidupan....KISAH KAD JEMPUTAN KAHWIN adalah satu monolog seorang insan bernama DR. Jali, anak penoreh, anak kampung. Insan teranaiya oleh diri sendiri. Justeru, awas anak kampung, jangan jadi pembodek, jangan gila kuasa, gila glamour dan gila harta. SEDAR!!! Akan asali diri kita...jangan hanyut, dan terus hanyut dengan amalan dunia yang sementara.

AMARAN: Bahasa ala kekampungan. Banyak kesalahan tatabahasa. Tidak sesuai digunakan dalam penulisan formal.

Kisah ini tidak berkaitan dengan manusia yang sudah menetas, belum menetas atau tengah menetas. Jika bersamaan juga, anggap ia sebagai ‘telur melang’ dalam hidup manusia yang ditetas.



Bookmark and Share

    


  Member Information For mamat_comProfil   Hantar PM kepada mamat_com   Pergi ke mamat_com's Website   Quote dan BalasQuote

Hanan

Menyertai: 13.05.2003
Ahli No: 4
Posting: 3991

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 10-07-04 00:47




Menarik kisah ni. Orang miskin yang jadi kaya kemudian lupa diri. Moga kisah ini menjadikan kita insan yang lebih bersyukur. Bila ada rasa syukur dan kehambaan dalam diri, kita tidak akan meninggi diri. Nikmat di dunia hanya sementara, jangan biar kita jadi hamba pada kemewahan dunia. Biasakan diri hidup besederhana. Memang ramai orang yang mengalami culture shock apabila dapat kemewahan selepas biasa susah. Kekayaan adalah ujian yg lebih berat dr kemiskinan..

wassalam

-----------------



Hargai semasa ada....

Bookmark and Share

    


  Member Information For HananProfil   Hantar PM kepada Hanan   Pergi ke Hanan's Website   Quote dan BalasQuote

istisafa

Menyertai: 16.12.2003
Ahli No: 5723
Posting: 626
Dari: Kelana Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 10-07-04 09:01




menarik kisah ni.. peringatan buat semua..

Bookmark and Share

    


  Member Information For istisafaProfil   Hantar PM kepada istisafa   Quote dan BalasQuote

islamic_thinker
Warga 1 Bintang
Menyertai: 16.11.2003
Ahli No: 5165
Posting: 35
Dari: Universiti Al-Azhar,Iskandariah

egypt   avatar


posticon Posting pada: 10-07-04 11:55


menariklah...apepun moga berjaya dlm ape jua bidang yg diceburi...

-----------------
Semakin jauh ku dari-MU,
Semakin dekat pula KAU menghampiri daku,
Oh Tuhan...yang Maha Pengasih,
Siapalah diriku di pandangan-MU...

Bookmark and Share

    


  Member Information For islamic_thinkerProfil   Hantar PM kepada islamic_thinker   Pergi ke islamic_thinker's Website   Quote dan BalasQuote

darul_numan81
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 239
Posting: 1548
Dari: Batu Pahat,Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 15-07-04 15:43


Quote:

On 2004-06-18 00:56, mamat_com wrote:
1. Ini kali ke 10 aku menyertai peperiksaan SPM.

2. ‘sejuknya...abang’ itulah gambaran isteriku 8 tahun dulu ketika baru sampai di England dalam musim sejuk.

3. Mereka meninggal dunia 5 dan 2 tahun lepas.

4. 3 tahun setelah pulang, aku bekerja sebagai pensyarah di KUSZA.


err.. ana duk congak berapa agaknya usia DR.Jali ketika dia dapat gelaran DR. tu.. mesti dah tua sangat kan.. heheh..
wassalam

-----------------
Kehidupan adalah satu ujian...

Bookmark and Share

    


  Member Information For darul_numan81Profil   Hantar PM kepada darul_numan81   Pergi ke darul_numan81's Website   Quote dan BalasQuote

mamat_com
Warga 3 Bintang
Menyertai: 10.04.2004
Ahli No: 8315
Posting: 141
Dari: pendalaman sarawak

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 16-07-04 23:59


memang tua....bijak.....tapi berbangga dengan status...moga Allah menjauhkan diri kita daripada virus bangga...

p/s; mamat selalu baca kitab bidayatul hidayah..kita yang cukup baik untuk dipraktikalkan.


Bookmark and Share

    


  Member Information For mamat_comProfil   Hantar PM kepada mamat_com   Pergi ke mamat_com's Website   Quote dan BalasQuote

kasihmu-amanahku
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 09.10.2003
Ahli No: 4140
Posting: 709
Dari: rahsia

PulauPinang  


posticon Posting pada: 17-07-04 02:38




karya yg menarik dr mamat_com. byk gk baca tulisan mamat dlm ukhwah ni. mmg hasil tulisan sendiri (t'masuk idea) atau copy/paste?

Bookmark and Share

    


  Member Information For kasihmu-amanahkuProfil   Hantar PM kepada kasihmu-amanahku   Quote dan BalasQuote

mamat_com
Warga 3 Bintang
Menyertai: 10.04.2004
Ahli No: 8315
Posting: 141
Dari: pendalaman sarawak

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 18-07-04 22:37


melalui pembacaan dan pengalaman yang mendewasakan kita. jarang copy, kalau ambil idea terpaksa nyatakan rujukan. begitulah caranya.

banyak lagi perlu belajar



Bookmark and Share

    


  Member Information For mamat_comProfil   Hantar PM kepada mamat_com   Pergi ke mamat_com's Website   Quote dan BalasQuote

majidah
WARGA SETIA
Menyertai: 24.08.2004
Ahli No: 10691
Posting: 492
Dari: Macquarie University Village

Kedah  


posticon Posting pada: 22-12-04 21:55


Dalam banyak tak banyak cerpen mamat_con hantar kat Ukhwah.com, yang ni terlepas pandang pulak.

Tahniah la mamat_com, sebuah lagi cerpen "mata tajam" dari anda.

Kitab bidayatul hidayah???

Bookmark and Share

    


  Member Information For majidahProfil   Hantar PM kepada majidah   Pergi ke majidah's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.088036 saat. Lajunya....