Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Tiada apa yang paling berharga di dunia ini selain dari kebahagiaan..tiada apa yang paling memilukan selain dari kesedihan
-- Seminar

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 187
Ahli: 0
Jumlah: 187




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Pengetahuan Am
Topik: Tahukah anda makna perkataan IDOL?


Carian Forum

Moderator: Administrator, syemarly
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Pengetahuan Am
    »» Tahukah anda makna perkataan IDOL?

Please Mendaftar To Post


Oleh Tahukah anda makna perkataan IDOL?

rahmat_hidayat
Warga 3 Bintang
Menyertai: 27.04.2004
Ahli No: 8654
Posting: 135
Dari: Johor Darul Ta'zim - UKM Bangi

Johor  


posticon Posting pada: 16-06-04 11:42




Mungkin anda pernah mendengar perkataan IDOL tetapi anda tidak terlalu mengambil tahu makna sebenar perkataan itu. Mungkin juga anda menganggap perkataan itu sama maknanya dengan perkataan IDOLA dalam bahasa Melayu lantaran bunyi sebutannya yang hampir sama. Tahukah anda bahawa tanggapan anda ini SALAH sama sekali!.

Mengikut takrifan kamus Oxford (Edisi ketiga 2001), IDOL dalam bahasa Inggeris membawa maksud patung; berhala; pujaan; orang atau benda yang terlampau disanjung. Dalam konteks pengunaan, perkataan ini lebih sesuai menjurus kepada pemujaan benda, patung atau berhala. Hal ini dapat dilihat dengan jelas melalui beberapa terbitan perkataan lain seperti berikut :

1. IDOLATRY = Penyembahan berhala
2. IDOLATER = Penyembah berhala; musyrikin
3. IDOLATROUS = (Bersifat) menyembah atau memuja
4. IDOLIZE = (Terlampau) menyanjung.
5. IDOLIZATION = Pemujaan; pendewaan.

Daripada terbitan perkataan-perkataan ini, jelaslah kepada kita bahawa pengunaan perkataan IDOL hanya sesuai digunakan untuk mengambarkan sifat terlalu ta’sub, menyembah, memuja dan terlalu menyanjung sesuatu yang bukan bersifat benda hidup atau dalam makna lain menyembah berhala / patung.

Isu pengunaan perkataan ini saya bangkitkan agar sahabat-sahabat muslim sedia maklum tentang satu propaganda baru musuh Islam melalui penerbitan rancangan MALAYSIA IDOL yang sedang giat dipromosikan di TV3 dan TV8. Buat pengetahuan sahabat-sahabat muslim sekalian, idea penerbitan rancangan ini bermula dari Amerika Syarikat. Di sana dinamakan AMERICAN IDOL. Modus operandi rancangan ini kemudiannya disebarkan ke beberapa buah negara kononnya untuk mencari bakat-bakat baru dalam dunia seni hiburan dari seluruh dunia. Di Indonesia, pencarian bakat baru untuk rancangan ini telah berjaya menarik penyertaan beratus ribu belia. Mereka sanggup beratur dan berpusu-pusu ditempat uji bakat semata-mata untuk merebut gelaran INDONESIA IDOL. Paling menarik, belia-belia ini yang juga beragama Islam lupa segala-galanya, makan minum diabaikan….apatah lagi waktu solat….semuanya sibuk berlatih untuk menghadiri sesi uji bakat. Hal yang sama sebenarnya turut berlaku di negara kita. Secara sedar atau tidak, satu jarum licik propaganda jahat musuh-musuh Islam berjaya menusuk di jiwa anak muda muslim.

Apakah tindakan kita sebagai muslim?. Langkah pertama pastinya kita perlu menimbulkan kebencian dengan memboikot rancangan ini. Jelaskan dengan terperinci kepada anak-anak muda kita tentang propaganda jahat musuh Islam ini. Larang mereka daripada menyertai uji bakat yang hanya membuang masa, wang dan tenaga. Paling penting, pemerintah harus di desak agar lebih prihatin dengan isu-isu sensitif seperti ini.

Rahmat Hidayat Sabari
Exco Perhubungan dan Informasi,
Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan,
Universiti Kebangsaan Malaysia.



-----------------
IMAN ASAS KEHIDUPAN MUSLIM - 0192458410


Bookmark and Share

    


  Member Information For rahmat_hidayatProfil   Hantar PM kepada rahmat_hidayat   Pergi ke rahmat_hidayat's Website   Quote dan BalasQuote

muslimin23
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 678
Posting: 3086
Dari: ~senawang ~ dublin ~ kl~

iran   avatar


posticon Posting pada: 16-06-04 11:48


huh....

tanks for the information....tak tahu pulak asal usul perkataan tu.....ape pun terima kasih banyak-banyak....

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimin23Profil   Hantar PM kepada muslimin23   Pergi ke muslimin23's Website   Quote dan BalasQuote

Engku_Salina

Menyertai: 13.05.2003
Ahli No: 5
Posting: 462
Dari: Terengganu - KL

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 16-06-04 11:59




syukran jazilan atas maklumat tersebut...
ana pernah posting ttg perkara ni sebelum ni...
tp maklumatnya taklah selengkap yg anta bg...

sila rujuk topik ---> Siapa Idola Sahabat semua..

-----------------
Hai org-org yang beriman, jika datang kpdmu org fasik membawa suatu berita maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui kdaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu. (Al-Hujurat

Bookmark and Share

    


  Member Information For Engku_SalinaProfil   Hantar PM kepada Engku_Salina   Pergi ke Engku_Salina's Website   Quote dan BalasQuote

centric
Warga 4 Bintang
Menyertai: 08.03.2004
Ahli No: 7819
Posting: 335

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 16-06-04 12:06




very good information. You are so right IDOL can be meant as someone such as a film star or pop star, who is greatly admired or loved by the public.

It also means a statue that is worshipped by people who believe that it is a God.

Memang ana rasa niat mereka untuk dua dalam satu bagi mengelirukan kita umat Islam.

Semoga umat Islam lebih peka

Bookmark and Share

    


  Member Information For centricProfil   Hantar PM kepada centric   Quote dan BalasQuote

Muhseen
Warga 1 Bintang
Menyertai: 29.02.2004
Ahli No: 7631
Posting: 34

thailand  


posticon Posting pada: 16-06-04 12:42


Ana dah menyampah tgk kat TV. Mcm2 ada... AF, Malaysian IDOL lah,takde keje lain ke? penyokong pun ramai, sanggup tunggu dpn tv tgk rancangan tu. tah apa2 ntah. Jgnlah jadi Islam Had 'hari-hari'

Bookmark and Share

    


  Member Information For MuhseenProfil   Hantar PM kepada Muhseen   Quote dan BalasQuote

Subuhku
Warga 4 Bintang
Menyertai: 24.04.2004
Ahli No: 8613
Posting: 209

Johor   avatar


posticon Posting pada: 16-06-04 13:38


BAHAYA NIH!!! Ini Semua Keje YAHUDI LAKNATULLAH mari kita sebarkan propaganda ini

Bookmark and Share

    


  Member Information For SubuhkuProfil   Hantar PM kepada Subuhku   Quote dan BalasQuote

zilal
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 319
Posting: 317
Dari: btGajah~alorSetaq

Perak  


posticon Posting pada: 16-06-04 14:23


Thanks for the info..
akak memang ak gomar bonar ngan rancangan yg nak cungkil² bakat org nih kunun²nye..
padahal merosakkan adelah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For zilalProfil   Hantar PM kepada zilal   Pergi ke zilal's Website   Quote dan BalasQuote

din_arif
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.04.2004
Ahli No: 8486
Posting: 166

Johor  


posticon Posting pada: 16-06-04 17:29



Menurut Merriam Webster Dictionary

idol [ME, fr. OF idole, fr. LL idolum, fr. Gk eidolon image, idol; akin to Gk eidos form--more at idyll] (13c) 1: a representation or symbol of an object of worship; broadly: a false god 2 a: a likeness of something b obs: pretender, impostor 3: a form or appearance visible but without substance 4: an object of extreme devotion ; also: ideal 2 5: a false conception: fallacy

Copyright © 1994 Merriam-Webster, Inc.


    


  Member Information For din_arifProfil   Hantar PM kepada din_arif   Quote dan BalasQuote

LaTomatina
Warga 1 Bintang
Menyertai: 16.06.2004
Ahli No: 9514
Posting: 25
Dari: Univ Sains Malaysia

Perak  


posticon Posting pada: 16-06-04 22:14


tak pnh tgk pun rancangan tuh....
by da way...thanx 4 da info...
tak tau lak IDOL tu lain maksud nyer..
ingatkan IDOLA la...

Bookmark and Share

    


  Member Information For LaTomatinaProfil   Hantar PM kepada LaTomatina   Pergi ke LaTomatina's Website   Quote dan BalasQuote

kakyongju
Warga 3 Bintang
Menyertai: 22.04.2004
Ahli No: 8571
Posting: 120
Dari: perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 16-06-04 22:40



Terima kasih atas info yg cukup terperinci tu..Sebelum ini dalam rancangan Al-kuliyyah TV3 pernah membincangkan bab idola ni...Mmg istilah idola itu tidak boleh digunakan oleh kita untuk menjadikan seseorg itu sbg idola kita..kak yong dah lupa tajuk al-kuliyyah tu..tapi salah seorang ustaznya adalah ustaz wan sohor bani sulaiman( sorry kalau silap nama ustaz tu)..mungkin ada sesiapa yang menonton sama tajuk tu bolehlaa response..rancangan tu lama dah..tahun lepas kot..wallahu'alam

Bookmark and Share

    


  Member Information For kakyongjuProfil   Hantar PM kepada kakyongju   Quote dan BalasQuote

ummu_qayyum
Warga 3 Bintang
Menyertai: 14.05.2004
Ahli No: 8967
Posting: 133
Dari: egypt

egypt   avatar


posticon Posting pada: 17-06-04 00:04




idola.........qudwah hassanah...



-----------------
"I aM ThE BeSt ThAt I CaN Be.."

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummu_qayyumProfil   Hantar PM kepada ummu_qayyum   Pergi ke ummu_qayyum's Website   Quote dan BalasQuote

sayasarah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 225
Posting: 294
Dari: atas tanah jeh

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 17-06-04 00:34




oh gitu...terima kasih maklumat tu...

dah brape byk derang nak buat..AF, malaysian idol, who will win, audition....bintang rtm...pekdah nya takde

mende2 gini byk org support ..itu sebab menjadi2

-----------------
Pimpin daku dalam Redha-Mu
Kasihi daku dalam Rahmat-Mu

Bookmark and Share

    


  Member Information For sayasarahProfil   Hantar PM kepada sayasarah   Quote dan BalasQuote

Martyr
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 31.10.2003
Ahli No: 4810
Posting: 1099
Dari: Hujung Sana

yemen  


posticon Posting pada: 17-06-04 03:56


... isu yang pernah di bangkit kan oleh Ustaz Wan Sohor Bani Leman terhadap penggunaan IDOLA....erm.. response yg sama...

-----------------



    


  Member Information For MartyrProfil   Hantar PM kepada Martyr   Pergi ke Martyr's Website   Quote dan BalasQuote

Firdaus15
WARGA SETIA
Menyertai: 26.12.2003
Ahli No: 5978
Posting: 805
Dari: Kota Bharu

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 22-06-04 02:15


dasatnye.... tak sangka plak sampai mcm tu skali. teruk betul serangan yahudi yer

Bookmark and Share

    


  Member Information For Firdaus15Profil   Hantar PM kepada Firdaus15   Pergi ke Firdaus15's Website   Quote dan BalasQuote

Salman_Alfarisi
Warga 3 Bintang
Menyertai: 13.12.2003
Ahli No: 5667
Posting: 122

Selangor  


posticon Posting pada: 22-06-04 10:58


thanks 4 d info...

Bookmark and Share

    


  Member Information For Salman_AlfarisiProfil   Hantar PM kepada Salman_Alfarisi   Pergi ke Salman_Alfarisi's Website   Quote dan BalasQuote

qaulah_atrah
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 79
Posting: 646
Dari: gombak

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 22-06-04 18:07


assalamu'alaikum..

terimer kasih bebanyak atas info nihh..
qaulah teramat m'hargainyer..


wassalam

-----------------
"kutemui diriku, apabila mencariMu."

Bookmark and Share

    


  Member Information For qaulah_atrahProfil   Hantar PM kepada qaulah_atrah   Quote dan BalasQuote

sayyidah_nafisah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 12.06.2004
Ahli No: 9433
Posting: 90

PulauPinang  


posticon Posting pada: 22-06-04 23:37


thanks a lot for da info

ingatkan idol tuh idola saja

maybe kat m'sia nih yg buat program2 nih saja nak menambah pendapatan negara di samping merosakkan akidah umat Islam sendri
(eh, org yang menganjurkan program2 camni org Islam(melayu) ke bukan?)

Bookmark and Share

    


  Member Information For sayyidah_nafisahProfil   Hantar PM kepada sayyidah_nafisah   Quote dan BalasQuote

blueberryz
Warga 1 Bintang
Menyertai: 23.05.2004
Ahli No: 9144
Posting: 27
Dari: selatan tanah air

Johor  


posticon Posting pada: 23-06-04 00:39


subhanallah. saya tak tau pun pasal ni sume. time kasih kpd yg memberi maklumat

Bookmark and Share

    


  Member Information For blueberryzProfil   Hantar PM kepada blueberryz   Quote dan BalasQuote

skater
WARGA SETIA
Menyertai: 24.04.2004
Ahli No: 8611
Posting: 542
Dari: Kuala Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 25-06-04 10:37



terima kasih di atas maklumat itu..

Bookmark and Share

    


  Member Information For skaterProfil   Hantar PM kepada skater   Pergi ke skater's Website   Quote dan BalasQuote

sahabat_amin
WARGA SETIA
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 123
Posting: 1288
Dari: Bumi Darul Iman

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 25-06-04 19:00


terima kasih atas penerangan secara terperinci ..

# Malaysian Idol - taktik halus Barat merosakkan umat Islam



Bookmark and Share

    


  Member Information For sahabat_aminProfil   Hantar PM kepada sahabat_amin   Pergi ke sahabat_amin's Website   Quote dan BalasQuote

Long
Warga 2 Bintang
Menyertai: 06.03.2004
Ahli No: 7790
Posting: 52
Dari: sabah

Sabah  


posticon Posting pada: 26-06-04 13:12




tima kasih banyak atas maklumat tu...semoga kita sentiasa dibawah lindungnya.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For LongProfil   Hantar PM kepada Long   Pergi ke Long's Website   Quote dan BalasQuote

fieyza
Warga 1 Bintang
Menyertai: 14.09.2003
Ahli No: 3560
Posting: 39
Dari: Perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 04-07-04 22:23



Inilah salah satu tanda-tanda dunia akhir zaman apabila terlalu ramai manusia yg menjadi penyanyi. Memang sedih melihat org-org Islam kini yg terlalu fanatik dgn dunia hiburan sebegini terutama Malaysian Idol, termasuklah AF serta Bintang RTM. Amerika mmg tlh berjaya mencapai targetnya untuk menghapuskan ISLAM DI MUKA BUMI INI. Hanya didikan agama yg sempurna yg dapat menyelamatkan generasi baru yg bakal lahir.

Bookmark and Share

    


  Member Information For fieyzaProfil   Hantar PM kepada fieyza   Pergi ke fieyza's Website   Quote dan BalasQuote

mujahadatunnafsi
WARGA SETIA
Menyertai: 12.11.2003
Ahli No: 5068
Posting: 745
Dari: Kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 08-07-04 14:29



Masalahnya sekarang, rancangan seumpama ini diizinkan dan dibenarkan untuk disiarkan untuk tontonan umat islam di malaysia. Kabinet tak bawa benda ni untuk berbincang, ini mungkin bukan satu masalah dan ancaman bagi mereka walaupun muka-muka baru dalam kabinet adalah mereka yang dikatakan ulama' dan ahli agama. Kita harapkan ahli parlimen pembangkang ( PAS ) dapat membawa isu ini ke parlimen untuk diutarakan kepada kementerian penerangan atau pihak yang bertanggungjawab membenarkan program seumpama ini supaya diHARAMkan secepat mungkin bagi mengelakkan ramai lagi anak melayu islam yang akan rosak. Juga kepada pemimpin-pemimpin mahasiswa, buat satu memorandum khas membantah rancangan2 propaganda yahudi nasara ini. Juga kepada mahasiswa-mahasiswi yang masih menuntut, perbanyakkan risalah-risalah di IPT berhubung ancaman-ancaman hiburan ini.........Wallahu'alam

Bookmark and Share

    


  Member Information For mujahadatunnafsiProfil   Hantar PM kepada mujahadatunnafsi   Quote dan BalasQuote

haniff
Warga 1 Bintang
Menyertai: 23.07.2003
Ahli No: 2549
Posting: 27
Dari: Johor

Johor  


posticon Posting pada: 08-07-04 16:02



tq 4 da info
rupenyer itu maksudnya yek...
Ingatkan idola
Orang barat...diorang akan buat aper saje untuk menyeln orang islam......
Justeru kita kena berhati2......
Pastikan setiap tindakan kita itu cermat dan bijaksana........
ok.

Bookmark and Share

    


  Member Information For haniffProfil   Hantar PM kepada haniff   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.126245 saat. Lajunya....