Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 21-09-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Kita seringkali melihat bagaimana jemaah-jemaah haji mengikuti kursus-kursus yang diadakan sebagai persiapan untuk menempuhi suasana haji yang sebenar, begitu juga dengan pelajar-pelajar yang akan menempuhi peperiksaan, dilatih dengan pelbagai tuisyen dan kelas tambahan untuk menempuhi peperiksaan, maka kehidupan akhirat dan peperiksaan di padang mahsyar lebih patut lagi diadakan kursus persediaan dan kelas tuisyennya yang tersendiri..Persediannya ialah iman serta amalan soleh dan kelas tuisyennya ialah majlis-majlis ilmu.
-- Tuan Guru Nik Aziz (Menteri Besar Kelantan)

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 72
Ahli: 0
Jumlah: 72




  Yang Masuk Ke Sini
HIKAL: 22 jam, 40 minit yang lalu


Suara Hatiku
Topik: Teguran Buat Muslimin dan Muslimat


Carian Forum

Moderator: Administrator, zulman
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Suara Hatiku
    »» Teguran Buat Muslimin dan Muslimat

Please Mendaftar To Post


Oleh Teguran Buat Muslimin dan Muslimat

sufi_anis
Warga 1 Bintang
Menyertai: 18.02.2004
Ahli No: 7365
Posting: 36
Dari: KingDOm Of Far Far Away

Melaka  


posticon Posting pada: 11-06-04 18:10


Assalamu'alaikum WRT…

Bismillahirrahmanirrahim.

Muqaddimah.

قُلْ لِلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ذَلِكَ أَزْكَى لَهُمْ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ#وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلا مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ وَلا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبَائِهِنَّ أَوْ آبَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُولِي الْإِرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَى عَوْرَاتِ النِّسَاءِ وَلَا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِنْ زِينَتِهِنَّ وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَا الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ# (النور: 30-31)

30] Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.

[31] Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.

وَلا تَقْرَبُوا الزِّنَا إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاءَ سَبِيلا(الإسراء: 32


[32] Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).


وَإِذَا سَأَلْتُمُوهُنَّ مَتَاعًا فَاسْأَلُوهُنَّ مِنْ وَرَاءِ حِجَابٍ(الأحزاب: 53

[53] "apabila kamu meminta sesuatu yang harus diminta dari isteri-isteri Nabi maka mintalah kepada mereka dari sebalik tabir."

Ana mengajak kepada semua ahli ukhwah.com agar kita sama-sama bermuhasabah, dalam semua aspek pelaksanaan perjumpaan, dari awal perjumpaan hingga sekarang, adakah ianya benar-benar selaras dengan kehendak al Quran dan as Sunnah, atau pun sekadar menjadi laungan-laungan "kembali kepada al Quran dan as Sunnah".

Seperti yang telah dimaklumi, ukhwah.com adalah merupakan kuminiti yang berdasarkan kepada al Quran dan as Sunnah. Ruang komuniti untuk mengeratkan Ukhwah Islamiyah, menjadi identiti kepada komuniti ukhwah.

Perjumpaan yang akan di adakan dan yang telah di adakan, setidak-tidaknya telah menggambarkan, adakah komuniti ukhwah.com ini, telah benar-benar menterjemahkan "kembali kepada al Quran dan as Sunnah", atau pun, "berkongsepkan Islamik" ke dalam kehidupan ahli ukhwah, dan juga memberikan gambaran minda pihak-pihak yang melaksanakan.

Atau pun, "kembali kepada al Quran dan as Sunnah" hanya sekadar mainan sebutan, sekadar 'menjaja' kalimah "ukhwah Islamiyah" untuk meraih simpati pengunjung web, membolehkan tuntutan nafsu untuk "mempertemukan antara muslimin dan muslimat", seperti tidak punya perbezaan antara web komuniti berkonsepkan Islamik, dan juga komuniti sosial yang lain.

Al Quran dan as Sunnah, bukan dilihat dari beberapa sudut kehidupan sahaja, tetapi mestilah dalam kesemua cabang kehidupan seorang muslim, dari sekecil-kecil perkara sehinggalah sebesar-besar persoalan kehidupan. Kesemuanya mestilah di atas landasan al Quran dan as Sunnah.

Janganlah, "kembali kepada al Quran dan as Sunnah", sekadar menjadi 'perhiasan' sahaja di web komuniti ukhwah.com. Tetapi di alam yang nyata, tidak ubah seperti mereka yang hidup tidak berlandaskan al Quran dan as Sunnah.

Oleh yang sedemikan, dengan serba kekurangan, ana mengajak kepada semua ahli ukhwah, dari pihak admin, sehinggalah ke ahli biasa, menyedari dan menginsafi bahawa, perjumpaan yang di rancang, bukanlah untuk mempertemukan antara lelaki dan perempuan. Jangan dengan mudah, menjaja "Ukhwah Islamiyah" untuk kepentingan nafsu, tetapi, pelaksanaanya, sedikit pun tidak menggambarkan identiti seorang muslim.

Natijahnya, seolah-olah, mengajak kepada ahli agar menjerumus ke arah pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan; seorang lelaki menegur seorang perempuan tanpa sebab syar'ie, di akhir perjumpaan dan seterusnya berlaku, dan terus berlaku.

Ana ingin memberikan beberapa teguran dan juga cadangan agar program yang akan dilaksanakan, benar-benar berlandaskan kepada al Quran dan as Sunnah.

1) Ikhtilat.

Ikhtilat adalah merupakan suatu bentuk pergaulan secara bebas yang melibatkan lelaki dan perempuan yang ajnabi. Ia merupakan suatu ciri pergaulan masyarakat jahiliyah di mana ia juga berasaskan kepada nilai-nilai dan sistem hidup jahiliyah. Ia merupakan bentuk pergaulan yang telah ditolak oleh Islam semenjak kedatangan Rasulullah SAW yang membawa sistem dan nilai hidup yang dipandu al Quran dan as Sunnah.

Syariat Islam mengharamkan kepada lelaki melihat kepada perempuan lain yang bukan muhrim. Seorang lelaki tidak dibolehkan memandang kepada orang perempuan selain kepada isterinya dan wanita-wanita muhrimnya.

Seperti fiirman Allah:

قُلْ لِلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ...

وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ...


Oleh kerana menahan pandangan mustahil dapat di lakukan dalam bentuk pergaulan yang bebas (bercampur lelaki dan perempuan) maka sayugialah Islam bertindak mengharamkannya dan Islam menetapkannya kepada setiap lelaki dan perempuan yang ingin bermuamalat bahawa ia mestilah mengadakan sekatan yang menghalang penglihatan di antara keduanya. Firman Allah SWT:

وَإِذَا سَأَلْتُمُوهُنَّ مَتَاعًا فَاسْأَلُوهُنَّ مِنْ وَرَاءِ حِجَابٍ

Maksudnya: …apabila kamu meminta sesuatu yang harus diminta dari isteri-isteri Nabi maka mintalah kepada mereka dari sebalik tabir…

Al Imam Qurtubi di dalam mentafsirkan firman Allah ini berkata: "pada ayat ini terdapat dalil yang menunjukkan bahawa Allah mengizinkan perempuan mukminah menguruskan permasalahan mereka melalui belakang tabir sama ada masalah itu merupakan hajat-hajat yang mendatangkan atau masalah-masalah hukum yang memerlukan fatwa. Termasuk dalam perintah ini semua golongan wanita, berdasarkan asas-asas syariah.

Kecenderungan naluri lelaki dan perempuan adalah kecenderungan yang dalam sekali. Membangkitkan kecenderungan ini pada setiap saat akan menambah geloranya lagi. Pandangan mata meransang, gerak geri badan meransang, gelak ketawa meransang dan gurau senda membangkit hasrat. Jalan yang aman ialah mengurangi hal-hal yang membangkitkan hasrat tersebut, dan itulah jalan yang dipilih oleh Islam. Berdasarkan adab-adab yang kukuh ini memastikan berlakunya hubungan yang bersih, mulia dan terpelihara.

Sebagaimana yang telah dinyatakan oleh al marhum Abdullah Nasih Ulwan bahawa semua nas-nas al Quran dan nas-nas hadis Nabi SAW mengharamkan percampuran lelaki dan perempuan secara pasti, tidak syak lagi dan tiada jalan untuk dipertelingkahkan lagi. Seterusnya cara inilah yang telah dilaksanakan bagi umat Islam pada semua zaman sejarahnya pada abad-abad yang lalu. Oleh itu menjadi kewajipan setiap muslim menegah sebarang kemungkaran ikhtilat yang berlaku.

Perjumpaan yang akan di adakan, bukanlah menjadi kewajipan untuk dilaksanakan, bahkan hukumnya samada diharuskan, makruh dan juga haram.

Maka, diharuskan untuk mengadakan perjumpaan tersebut, selagi mana tidak ada unsur unsur haram yang ditegah oleh Syariat Islam seperti ikhtilat. Oleh yang sedemikan, beberapa perkara yang perlu diberi perhatian agar ianya selari dengan al Quran dan as Sunnah dan mempunyai adab-adab serta akhlak Islam yang dianjurkan Islam

Cadangan dan beberapa perkara yang perlu diberi perhatian.

-Agar kesemua ahli ukhwah, menjaga niat hati masing-masing, perjumpaan ini, bukanlah untuk mempertemukan antara lelaki dan perempuan, muslimin mengenali wajah muslimat atau sebaliknya.

-Adab-adab Islami hendaklah dipelihara; bermula dari mesyuarat untuk perjumpaan, program yang di adakan, hinggalah ke akhirnya.

Antara perkara utama yang perlu dijaga semasa mesyuarat adalah tidak berlaku ikhtilat. Sebolehnya, pihak akhwat hendaklah berada disebalik tadbir tanpa dilihat oleh pihak muslimin. Jangan bermesyuarat semeja Dan jika ada jamuan, tidak ada unsur-unsur makan semeja .Jika tidak mampu mencari tempat yang tirai, susunan kedudukan antara muslimin di hadapan dan juga muslimat dibelakang.

-untuk hari program.

Tidak dapat tidak, untuk mengelakkan dari berlakunya ikhtilat, program yang bakal di adakan ialah WAJIB di asingkan antara lelaki dan perempuan.

Permasalahan ikhtilat, tidak boleh diukur dan juga dipandang dari kacamata agama lain dan juga pandangan seorang yang bukan beragama Islam. Tetapi sebagai Muslim, hendaklah diukur mengikut pandangan-pandangan ulamak-ulamak Islam.

Oleh yang sedemikan, dalam tentatif program, WAJIB di susun program KHAS untuk muslimin dan juga KHAS untuk mulimat. Jadi, dalam jawatankuasa pelaksana program, hendaklah wujud AJK khas yang akan menyusun program akhwat, untuk sesama akhwat dan dilaksanakan oleh AJK akhwat sahaja. Tanpa campur tangan dari AJK Muslimin.

Tempat program hendaklah juga diasingkan. Jika hendak mengadakan tempat yang sama, kawasan pelaksanaan program hendaklah berjauhan sekurangnya pihak mulimin tidak boleh melihat muslimat dan juga sebaliknya. Jika mampu, pihak muslimat bolehlah mengadakan program di dalam dewan atau pun kawasan yang tertutup.

Jika program yang di adakan itu, melibatkan seperti ceramah atau pun forum, yang memerlukan muslimin dan juga muslimat berada dalam satu kawasan yang sama, hendaklah susunan kedudukan di hadapan kaum muslimin dan muslimat di belakang. Sewaktu inilah, pihak msulimat harus menjaga batasan dan juga adab, tidak bersuara tanpa perlu, seperti ketawa dan sebagainya.

Dan tidak boleh pengendali majlis terdiri dari seorang lelaki dan seorang perempuan. bermaksud, pengacara majlis ini berada atas pentas yang sama untuk mengendalikan majlis. Seperti yang talah di sebutkan, kawasan program WAJIB di asingkan antara lelaki dan perempuan.

Dan di akhir program, tidak ada pertemuan antara seorang lelaki dan seorang perempuan. Jika tidak punya alasan syar'i yang mengharuskan bercakap, jika ada, hendaklah ditemani beberapa orang dari muslimat.

Hendaklah di fahami muslimat, seperti yang telah di bahaskan di forum " wanita keluar tanpa mahram". Dalam mazhab Syafie RA, dibolehkan keluar tanpa muhrim, iaitu bersama dengan muslimah-muslimah yang thiqah, dalam lingkungan persoalan fardhu sahaja, termasuk juga menuntut ilmu.

Jika dalam persoalan ikhtiyari, iaitu selain daripada perkara fardhu, ijmak ulamak mengatakan ianya adalah haram keluar tanpa ditemani mahram.

Seperti di permulaan, ana kategorikan, perjumpaan ini adalah harus, bukan termasuk dalam perkada fardhu atau pun wajib. Oleh yang sedemikan, hendaklah di ambil perhatian dan mengaulakan hukum wajib iaitu keluar rumah untuk ke program tersebut mestilah ditemani muhrim.

2) Bergambar.

Ana ingin menegur kepada ahli , dan juga yang meluluskan gambar di ruang galeri, agar tidak memasukan gambar terutama gambar msulimat.

Ini adalah kerana, tidak ada nas-nas yang sorih dan juga perbahasan ulamak mengenai dibolehkan untuk melihat wajah akhwat selain daripada beberapa keadaan yang diharuskan syarak. Antara keadaan tertentu yang membolehkan untuk melihat wajah muslimat, adalah: sewaktu khitbah, penyaksian, muamalat dan dharurat (seperti waktu perubatan, itu pun hendaklah ditemani muhrim).

Jadi, dengan wujudnya galeri gambar dari kalangan muslimah, adalah DITEGAH, sebab tidak ada alasan syar'i yang megharuskan untuk melihat. Dan juga, komen komen dari ahli yang agak keterlaluan dan juga tidak punyai adab-adab islami sebagai seorang muslim.

Dengan ini, ana mengambil kesimpulan bahawa, sebarang gambar sama ada dari kalangan ikhwah dan akhwat adalah DITEGAH di dalam web komuniti, kerana tidak punyai alasan syar'i yang mengharuskan untuk melihatnya.

Ini adalah berdasarkan perbahasan ulamak di dalam beberapa buah kitab yang ana sebutkam:

1) المجموع – شرح المهذب الإمام النووي
في كتاب النكاح
جزء 17
صفحة: 292-293
دار الفكر

2) الفقه المنهجي على مذهب الإمام الشافعي
المجلد الثاني
د مصطفى الخن، د مصطفى البغا
دار القلم (دمشق
صفحة: 43 في حكم النظر الأجنبي إلى المرآة

3) حاشية إعانة الطالبين لأبي بكر ابن محمد شطا الدمياطي
الجزء الثالث
دار الفكر
باب النكاح
صفحة: 411


Oleh yang sedemikan, di harapkan, agar-agar ukhwah.com, benar benar berlandaskan al Quran dan as Sunnah, bukan sekadar melaungkan-laungkan sahaja, dan bukan sekadar di sudut yang tertentu sahaja, dan juga, biarlah komuniti ini, tidak seperti komuniti sosial yang lain, punya galeri ahli yang menonjolkan gambar-gambar ikhwah dan dan akhwat tanpa punyai alasan syara'i yang membolehkan. Biarlah ianya berbeza dari komuniti yang lain.

Penutup:

Teguran dan cadangan dari ana, adalah dari insan yang serba kekurangan. ana dengan randah hati, memberikan teguran dan cadangan agar komuniti ukhwah benar benar berlandaskan kepada al Quran dan as Sunnah dalam semua aspek.

Dan ana ulangi juga, pejumpaan yang dirancang, bukanlah untuk mempertemukan antara lelaki dan perempuan, biarlah, lelaki mengenali dan berprogram sesama lelaki, dan begitu juga dengan perempuan.

Hendaklah diingati juga, semua ahli , agar menjaga adab perhubungan antara lelaki dan perempuan. Hendaklah disedari juga, ruang cyber pada alaf kini seperti komuniti dan juga chating, adalah salah satu bentuk ikhtilat yang bertujuan untuk meruntuhkan akhlak Islam di kalangan pemudia-pemudi Islam. Biarlah berhubung sama ada melalui PM atau pun chating, di atas sebab yang benar benar perlu dan sebab yang dituntut syar'i. seperti firman Allah SWT:

وَلا تَقْرَبُوا الزِّنَا إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاءَ سَبِيلا(الإسراء: 32

Jadi, ukhwah, selaku yang mengajak ahlinya agar kembali kepada al Quran dan as Sunnah, menjejak salafus soleh, hendaklah lebih lebih lagi menonjolkan ciri ciri islamik dalam semua aspek kehidupan.

Membuat perjumpaan tidak menjamin akan membina akhlak ummat. Lebih lebih lagi, dengan "berselindung" di sebalik ukhwah islamiyah, tetapi mengharuskan ikhtilat antara lelaki dan perempuan.

Jika mampu, biarlah setiap perjumpaan, diketuai oleh mereka yang sudah berkahwin, setiap mesyuarat dan program di aturkan serta dilaksakan oleh mereka yang dah berkahwin.

Jika sesuatu perjumpaan itu, hanya di hadiri lima akhwat dan lima ikhwah, WAJIB tidak dapat tidak, hendaklah diasingkan juga antara muslimin dan juga muslimat. Tidak ada nas yang membolehkan bercampur antara lelaki dan perempuan, walau pun niat program tersebut "ukhwah Islamiyah".

Akhir sekali, ana mohon maaf atas kesilapan yang berlaku.

Waahua'lam.

** Ana mengambil teguran dari seorang sahabat untuk kebaikan dan renungan kita bersama...semoga dapat menerima dengan hati terbuka.Kita selalu terlupa...**



-----------------
~bulan sabit munculkan diri mengingatkan bumi agar menegur insan yang meremehkan~





[ Posting ini telah di edit oleh: sufi_anis pada 2004-06-11 21:37 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For sufi_anisProfil   Hantar PM kepada sufi_anis   Quote dan BalasQuote

alea13
WARGA SETIA
Menyertai: 05.01.2004
Ahli No: 6228
Posting: 1483
Dari: melaka

Melaka  


posticon Posting pada: 11-06-04 18:35




cuma ndak mencelah sket jerr.. sgtlah bersetuju ttg bab bergambar tuh.. bkn apa, bila baca komen2 yg dihantar oleh pengunjung, ader yg dah melalut-lalut.. mcm dah jadi ruang ndak mencari kenalan & mencuci mata la plak.. kan jauh terpesong tuh..

kalo muslimah ndak hantar gambar gak, hantar ler kat komuniti muslimah.. sbb komuniti tu dah dikhaskan utk kaum hawa saja..

Bookmark and Share

    


  Member Information For alea13Profil   Hantar PM kepada alea13   Pergi ke alea13's Website   Quote dan BalasQuote

nur_malam99
WARGA SETIA
Menyertai: 15.10.2003
Ahli No: 4371
Posting: 1239
Dari: bumi Allah

Sarawak  


posticon Posting pada: 11-06-04 18:35


.....


benar....
dan setuju dengan hujah hujah......

p/s teguran membawa kebaikan...

[ Posting ini telah di edit oleh: nur_malam99 pada 2004-06-11 18:37 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_malam99Profil   Hantar PM kepada nur_malam99   Pergi ke nur_malam99's Website   Quote dan BalasQuote

Martyr
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 31.10.2003
Ahli No: 4810
Posting: 1097
Dari: Hujung Sana

yemen  


posticon Posting pada: 11-06-04 19:52




Tempahan Kad Kenangan Bersama Ukhwah.com dan Hanan.com


[ Posting ini telah di edit oleh: Martyr pada 2004-11-19 11:57 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For MartyrProfil   Hantar PM kepada Martyr   Pergi ke Martyr's Website   Quote dan BalasQuote

yeop
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.05.2004
Ahli No: 9097
Posting: 199
Dari: Aalen

germany  


posticon Posting pada: 11-06-04 20:53



Terima kasihla kepada teguran saudara/saudari sufi anis yg sedikit sebanyak dapat memberi peringatan kepada diri saya dan ahli2 ukhwah.com yg lain.InsyaAllah.
Kita ni insan yang serba lemah dan mudah lupa.Peringatan demi peringatan harus diberi supaya apa yg kita pelajari dapat diterima hingga ke dalam hati,bukan sahaja di kepala.Memang tidak dapat di nafikan,mungkin banyak yg kita tahu.tapi ilmu tanpa amal apa gunanya.saya lihat suma ahli2 ukhwah.com ni hebat2 belaka memperkatakan sesuatu isu.Praktikkanlah apa yg kita pelajari dengan ikhlas.Terima kasih semua rakan ukhwah.Semoga Allah memberi kekuatan kepada hambanya yang lemah ini utk berámal dengan ilmu-Nya.InsyaAllah

-----------------

\Mudah-mudahan kita terdiri dikalangan golongan abdan syakura.


Bookmark and Share

    


  Member Information For yeopProfil   Hantar PM kepada yeop   Quote dan BalasQuote

nailahAl-farafisyah
Warga 2 Bintang
Menyertai: 06.06.2003
Ahli No: 1108
Posting: 44
Dari: bumi Allah

Terengganu  


posticon Posting pada: 11-06-04 21:27


....
Alhamdulillah Akhirnya ada juga dikalangan kita menyedari apa yang dewasa kini telah berlaku... saya juga memang bersetuju dgn pandangan yg telah dikeluarkan beserta dgn hujah-hujahnya sekali begitu tepat . moga-moga komuniti kita ini akan lebih maju diatas landasan Al-quran dan Sunnah.. sama-sama kita perbaikikan kelemah kita dan jgn lah kita memandang remeh terhadap benda yang remeh dimata kita..
wassalam

Bookmark and Share

    


  Member Information For nailahAl-farafisyahProfil   Hantar PM kepada nailahAl-farafisyah   Pergi ke nailahAl-farafisyah's Website   Quote dan BalasQuote

ana_syifa
Warga 1 Bintang
Menyertai: 07.10.2003
Ahli No: 4078
Posting: 40
Dari: skim lepasan graduan . melaka

Johor  


posticon Posting pada: 11-06-04 21:39


alhamdulilah ... benar islam itu indah ...

ana bersetuju dengan teguran ante ...
akhirnya kian lama ...
jika Allah ingin memberi taufiq pasti .. pasti akan
diberiNYA

p/s : ISLAM IS QUALITY , MUSLIMIN MUSLIMAH MUST QUALITY

Bookmark and Share

    


  Member Information For ana_syifaProfil   Hantar PM kepada ana_syifa   Pergi ke ana_syifa's Website   Quote dan BalasQuote

fahim
WARGA SETIA
Menyertai: 08.05.2004
Ahli No: 8869
Posting: 613
Dari: Morioka, Jepun

japan  


posticon Posting pada: 11-06-04 21:54


ana ucapkan kepada semua ahli. Ya! memang tidak dinafikan kita sebagai insan lemah memerlukan teguran. Kepada muslimin dan muslimat umumnya dan ana khususnya, semoga teguran ini telah membangkitkan diri kita semua dari lena yang lama... ana ni pon bukan baik sangat, tapi insyaAllah, dengan kesedaran kita sebagai umat islam meyakini bahawa amar maaruf dan nahi munkar itu adalah wajib, malah meredhai sesuatu maksiat itu bererti mendapat dosa yang sama dengan pemaksiat itu.
wallahu a'lam.


Bookmark and Share

    


  Member Information For fahimProfil   Hantar PM kepada fahim   Quote dan BalasQuote

ismi_safiza
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3152
Posting: 1368
Dari: PutraJaya

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 11-06-04 22:06



alhamdulillah..syukran jazilan kerana sudi untuk menegur warga ukhwah semua...termasuk ana...
komuniti ini adalah bersifat ilmiah dan teguran diperlukan untuk membina satu komuniti islam yg utuh di mata islam dan bukan islam.
wslm

-----------------
Lilypie 1st Birthday Ticker

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_safizaProfil   Hantar PM kepada ismi_safiza   Pergi ke ismi_safiza's Website   Quote dan BalasQuote

daquayza
Warga 4 Bintang
Menyertai: 29.12.2003
Ahli No: 6050
Posting: 153
Dari: sp

Kedah  


posticon Posting pada: 11-06-04 22:11




Syukran buat sufi_anis utk komen dan teguran anti... amat bermakna buat warga ukhwah.. sama-sama kita muhasabah diri, semak kembali akan niat kita bila berposting..moga-moga komuniti ini dapat menyumbangkan sesuatu utk perjuangan islam..

Bookmark and Share

    


  Member Information For daquayzaProfil   Hantar PM kepada daquayza   Quote dan BalasQuote

rebana
Warga 3 Bintang
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 149
Posting: 123
Dari: banting

Selangor  


posticon Posting pada: 12-06-04 04:02


aku dah agak...someone mesti bawak topik nih..dr dulu lagi.sejak ukhwah nk dibuat...masa nk gantikan sahabathijjaz..aku dah agak...tunggu gak...lama..setahun maa..ada gak yg terbukak ati..aku suka sgt..biasala..manusia..punya kebaikan dan keburukan..wlupun aku sendiri cam cakap tak serupa bikin..tapi aku harap..kau orang ikutla mana yg mesti..bukan yg wajar atau yg patut..hehe..korang faham ke..

Bookmark and Share

    


  Member Information For rebanaProfil   Hantar PM kepada rebana   Pergi ke rebana's Website   Quote dan BalasQuote

aniisa_tasnim
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 11
Posting: 441
Dari: bumi mutiara

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 14-06-04 19:05




alhamdulillah... syukran jazilan buat ukhtie sufi_anis... katakanlah kebenaran sekalipun pahit... ada dia antara teguran yg ana iakan terjadi di ukhwah, dan ada juga yg tak dapat ana terima... kerna ana hanya insan biasa... namun insyaallah kita semua akan mengambil mana yg baik di jadikan teladan dan yg buruk di jadikan sempadan...

cuma ana rasa ana nak jelaskan kekeliruan yg mungkin berlaku... memang matlamat tidak menghalalkan cara dan yg haram itu tetap haram, cuma cuba renung sejenak...

Quote:
Atau pun, "kembali kepada al Quran dan as Sunnah" hanya sekadar mainan sebutan, sekadar 'menjaja' kalimah "ukhwah Islamiyah" untuk meraih simpati pengunjung web, membolehkan tuntutan nafsu untuk "mempertemukan antara muslimin dan muslimat", seperti tidak punya perbezaan antara web komuniti berkonsepkan Islamik, dan juga komuniti sosial yang lain.



ada tak di antara muslimin dan muslimat bersalam atau berpelukkan ketika perjumpaan? ana pernah dgr kita boleh ambil kemudharatan yg kecil utk mengelakkan kemudharatan yg besar... jelas di sini ketika umat islam sedang sakit.. keruntuhan akhlak yg melampau... dgn cara bagaimana mahu berdakwah? dgn berdakwah sesama kita? dan membiarkan yg hanyut tetap hanyut? ukhwah.com bukan hanya terdiri drp ahli agama tetapi pelbagai jenis latar belakang... jadi bagaimana? tugas yg tahu mengkhabarkan kpd yg tak tahu... tapi bagaimana? tepuk dada tanya iman... di mana tahap kita? adakah kita di sini sekadar bersuka ria atau kita punya perjuangan yg lebih mencabar... cuba nilai dgn iman dan ilmu didada

segala salah dan silap ana pohon maaf... ana cuma insan yg masih belajar... jika ana silap... tegurlah ana... hanya padamu ya allah ku mohon taufiq dan hidayah... semoga ukhwah.com menjadi wadah menyampai wasilah dakwahmu... tunjuklah jalan yg kau redhai dan jauhkanlah kami dari jalan yg kau murkai... amin ya rabb

Bookmark and Share

    


  Member Information For aniisa_tasnimProfil   Hantar PM kepada aniisa_tasnim   Quote dan BalasQuote

SystemOfAdown
Warga 4 Bintang
Menyertai: 18.04.2004
Ahli No: 8466
Posting: 160
Dari: Selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 14-06-04 20:59


sufi_anis, tahniah kerana memberi teguran. Isu ikhtilat ini memang banyak pendapat di kalangan ulama'. Yang itu saya harap sufi_anis dan rakan-rakan lain yang arif dalam bidang ini boleh menerangkannya.
aniisa_tasnim, mungkin dalam perjumpaan ahli ukhwah.com tiada berpeluk, bersalaman dan sebagainya. Tapi yang menjadi masalah manusia ini, bila lelaki perempuan bercampur, maka perasaan untuk 'terkelepot' tidak dapat dielakkan. Harap semua orang faham maksud 'terkelepot'. Sudah menjadi lumrah manusia, hendak buat macam mana.
Sudah menjadi lumrah kita hidup sekarang, hidup dalam situasi ikhtilat. Pergi kelas ada percampuran, naik bas ada percampuran. Pergi kerja ada ikhtilat. Apa hendak buat, sistem sosial kita sudah begitu. Tapi, mengikut kajian pengkaji sains sosial muslim di laman web IslamQA, ramai Muslim lebih suka melakukan aktiviti harian seperti bekerja jika perpisahan jantina dilakukan. Wallhu'alam. Marilah merujuk kata-kata Rasulullah:

"Zina pada mata itu adalah melalui pandangan, zina pada lidah melalui kata-kata, pada hati melalui syahwat, dan kemaluan itu akan membenarkan semua ini atau sebaliknya. (Bukhari)

Diharap pihak tertinggi Ukhwah.com boleh menjawab persoalan ini.

Bookmark and Share

    


  Member Information For SystemOfAdownProfil   Hantar PM kepada SystemOfAdown   Pergi ke SystemOfAdown's Website   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 14-06-04 21:19


masyaAllah..bagusnya..
mmg tulah sebaik2 teguran[*]null

Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

alifmimyanun
WARGA SETIA
Menyertai: 19.06.2003
Ahli No: 1540
Posting: 2292
Dari: langit kujunjung bumi kupijak

Johor  


posticon Posting pada: 18-06-04 19:58


susahnye hidup.

Bookmark and Share

    


  Member Information For alifmimyanunProfil   Hantar PM kepada alifmimyanun   Pergi ke alifmimyanun's Website   Quote dan BalasQuote

muslimin23
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 678
Posting: 3083
Dari: ~senawang ~ dublin ~ kl~

iran   avatar


posticon Posting pada: 18-06-04 20:27


emmmm....

memang la susah hidup ni...nak masuk syurga bukannyer senang...jadi terima kasih daiatas teguran tersebut..dan sama-samalah kita ambil iktibar...

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimin23Profil   Hantar PM kepada muslimin23   Pergi ke muslimin23's Website   Quote dan BalasQuote

mujahidahakimah
Warga 1 Bintang
Menyertai: 05.01.2004
Ahli No: 6249
Posting: 22
Dari: BuMi AllaH...

brazil   avatar


posticon Posting pada: 22-06-04 04:09


...

ISLAM itu indah...
wallahualam...



Bookmark and Share

    


  Member Information For mujahidahakimahProfil   Hantar PM kepada mujahidahakimah   Quote dan BalasQuote

Pu3Dla
Warga 3 Bintang
Menyertai: 14.05.2004
Ahli No: 8977
Posting: 76
Dari: Johor ke N9

Johor  


posticon Posting pada: 22-06-04 11:41


Alhamdulillah...

Terima kasih ukhti di atas teguran tersebut...
Lebih baik bertindak awal sebelum ia melarat lebih kritikal kan...

Marilah kita sama-sama menjadikan "Islam, the way of Life"...insyaAllah

Bookmark and Share

    


  Member Information For Pu3DlaProfil   Hantar PM kepada Pu3Dla   Quote dan BalasQuote

Al_Basayuv
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.01.2004
Ahli No: 6563
Posting: 199
Dari: UkrainE

ukraine  


posticon Posting pada: 24-06-04 00:49




HEHEHE.... betul tu tau... jazalkallah lah pada suma.... kalau kita tak tegur menegur.... kita takkan jadi yang terbaik kan..... cuba baca surah al-asr...... disana terdapat segalanya.... hehe.... semoga Allah memberkati kita suma...... InsyaAllah......




Bookmark and Share

    


  Member Information For Al_BasayuvProfil   Hantar PM kepada Al_Basayuv   Pergi ke Al_Basayuv's Website   Quote dan BalasQuote

mukhasah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 19.05.2004
Ahli No: 9053
Posting: 109
Dari: atas bumi bawah langit

guineabissau  


posticon Posting pada: 03-07-04 06:36


assalamualaikum...

yerlah... memanglah tak pegang tangan... tapi lumrah nyer bila laki2 dan pompuan....em...satu lagi mata nie...pandangan nie adalah satu daripada panah2 iblis...

senang citerlah... saya kasi cadangan sikit kalau ada saper2 yang rasa dirinya terjebak dengan rasa nak nak lebih rapat dengan seseorang tu... ckp ngan pengarah ker... saper ker...orang kuat ukhwah.com nie lah senang citer .... terus aturkan diorang nie... supaya terus jer bersatu.... senang citer.... kira orang ukhwah .com nie jadi orang tengah ler...

sekadar pandangan jer .... maaf kalau ada yang tersinggung....

Bookmark and Share

    


  Member Information For mukhasahProfil   Hantar PM kepada mukhasah   Quote dan BalasQuote

kakciknah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3875
Posting: 165
Dari: kelantan

Kelantan  


posticon Posting pada: 17-07-04 00:32



satau teguran yg memberangsangkan..byk ilmu yg diperolehi..........

Bookmark and Share

    


  Member Information For kakciknahProfil   Hantar PM kepada kakciknah   Quote dan BalasQuote

amiratulizzah
Warga 2 Bintang
Menyertai: 04.07.2004
Ahli No: 9818
Posting: 57
Dari: seremban

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 24-08-04 10:08


alhamduliilllahh.....
terima kasih krn mengingatkan...

Bookmark and Share

    


  Member Information For amiratulizzahProfil   Hantar PM kepada amiratulizzah   Quote dan BalasQuote

sheikhLUTHFI
Warga 4 Bintang
Menyertai: 08.09.2003
Ahli No: 3412
Posting: 173
Dari: 'AQaBA,jORDAN

jordan  


posticon Posting pada: 24-08-04 10:49



alhamdulillah,masih ade lagi yg kuat mengingtkan diri ana ni......syukran...ana hrp lepas ni ade lagi yerk

-----------------
CINTAKU hanya milik ALLAH
KASIHKU hanya milik yg berhak

Bookmark and Share

    


  Member Information For sheikhLUTHFIProfil   Hantar PM kepada sheikhLUTHFI   Quote dan BalasQuote

sunan-faqih
Warga 5 Bintang
Menyertai: 15.07.2003
Ahli No: 2338
Posting: 366
Dari: ::Hulu Klang, Selangor::

Perak   avatar


posticon Posting pada: 24-08-04 16:13


wth wbh..
Dinukilkan dlm al-quran bahawa Ratu Balqis bermusyawarah dgn Nabi Allah Sulaiman A.S.:


قَالَتْ يَا أَيُّهَا الْمَلَأُ أَفْتُونِي فِي أَمْرِي مَا كُنْتُ قَاطِعَةً أَمْرًا حَتَّى
قَالُوا نَحْنُ أُولُو قُوَّةٍ وَأُولُو بَأْسٍ شَدِيدٍ وَالْأَمْرُ إِلَيْكِ فَانْظُرِي مَاذَا تَأْمُرِينَ
قَالَتْ إِنَّ الْمُلُوكَ إِذَا دَخَلُوا قَرْيَةً أَفْسَدُوهَا وَجَعَلُوا أَعِزَّةَ أَهْلِهَا أَذِلَّةً وَكَذَلِكَ يَفْعَلُونَ
"Berkata dia (Balqis), 'Hai para pembesar, berilah aku pertimbangan dalam urusanku (ini) aku tidak pernah memutuskan sesuatu persoalan sebelum kamu berada dalam majlis(ku).' Mereka menjawab, 'Kita adalah orang-orang yang memilih kekuatan dan (juga) memilih keberanian yang sangat (dalam peperangan), dan keputusan berada di tanganmu; maka pertimbangkanlah apa yang akan kamu perintahkan.' Dia berkata, 'Sesungguhnya raja-raja apabila memasuki suatu negeri, niscaya mereka membinasakannya dan menjadikan penduduknya yang mulia jadi hina; dan demikian pulalah yang
akan mereka perbuat." (Surah an-Naml: ayat 32-34)

Berikut ini percakapan antara Balqis dan Sulaiman:


فَلَمَّا جَاءَتْ قِيلَ أَهَكَذَا عَرْشُكِ قَالَتْ كَأَنَّهُ هُوَ وَأُوتِينَا الْعِلْمَ مِنْ قَبْلِهَا وَكُنَّا مُسْلِمِينَ
وَصَدَّهَا مَا كَانَتْ تَعْبُدُ مِنْ دُونِ اللَّهِ إِنَّهَا كَانَتْ مِنْ قَوْمٍ كَافِرِينَ
قِيلَ لَهَا ادْخُلِي الصَّرْحَ فَلَمَّا رَأَتْهُ حَسِبَتْهُ لُجَّةً وَكَشَفَتْ عَنْ سَاقَيْهَا قَالَ إِنَّهُ صَرْحٌ مُمَرَّدٌ مِنْ قَوَارِيرَ قَالَتْ رَبِّ إِنِّي ظَلَمْتُ نَفْسِي وَأَسْلَمْتُ مَعَ سُلَيْمَانَ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
"Dan ketika Balqis datang, ditanyakantah kepadanya, 'Serupa inikah singgasanamu?' Dia menjawab, 'Seakan akan singgasanamu ini singgasanaku, kami telah diberi pengetahuan sebelumnya dan kamõ adalah orang-orang yang berserah diri.' Dan apa yang disembahnya selama ini selain Allah, mencegahnya (untuk melahirkan keislamannya), kerana sesungguhnya dia dahulunya termasuk orang-orang yang kafir. Dikatakan kepadanya, 'Masuklah ke dalam istana.' Maka tatka1a ia melihat lantai istana itu, dikiranya kolam air yang besar, dan disingkapkannya kedua betisnya. Berkatalah Sulaiman, 'Sesungguhnya ia adalah istana licin terbuat dari kaca. 'Berkata1ah Balqis, 'Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah berbuat zalim terhadap diriku dan aku berserah diri bersama Sulaiman kepada Allah, Tuhan semesta alam.'"(Surah an-Naml: ayat 42-44)

Malah pada 2 solat eid, kaum wanita diperintahkan keluar spt yang disebut dlm hadith sahih muslim:
‏حدثني ‏ ‏أبو الربيع الزهراني ‏ ‏حدثنا ‏ ‏حماد ‏ ‏حدثنا ‏ ‏أيوب ‏ ‏عن ‏ ‏محمد ‏ ‏عن ‏ ‏أم عطية ‏ ‏قالت ‏
‏أمرنا ‏ ‏تعني النبي ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏أن نخرج في العيدين ‏ ‏العواتق ‏ ‏وذوات ‏ ‏الخدور ‏ ‏وأمر الحيض أن يعتزلن مصلى المسلمين
Meriwayatkan dari Abu Ar-Rabi’ meriwayatkan dari Hammad meriwayatkan dari Ayyub dari Muhammad dari Ummu Atiyyah r.a katanya: “Kami telah diperintahkan oleh Nabi s.a.w supaya keluar pada Hari Raya. Begitu juga kanak-kanak perempuan yang telah baligh, gadis-gadis pingitan dan diperintahkan juga wanita-wanita yang sedang haid supaya keluar pada Hari Raya serta diperintahkan agar mengasingkan mereka dari tempat sembahyang kaum Muslimin.”

Banyak lagi dalil2 tentang keharusan wanita dan lelaki berkomunikasi antara satu sama lain dgn syarat2 yang dibenarkan oleh syara'.

Kaum wanita juga menghadiri kuliyyah2 untuk mendapatkan ilmu bersama kaum lelaki di sisi Nabi saw. Mereka biasa menanyakan beberapa persoalan agama yang umumnya malu ditanyakan oleh kaum wanita. Aisyah r.a. pernah memuji wanita-wanita Anshar yang tidak dihalangi oleh rasa malu untuk memahami agamanya, seperti menanyakan masalah jinabat, mimpi mengeluarkan sperma, mandi junub, haid, istihadhah, dan sebagainya.

Ikhtilat

Allah Knows The Best...
Ya Rabb, Selamatkan Kami Dari Tertipu dengan Nafsu sendiri berlindungkan Islam...




-----------------
SEKRETARIAT K-FIQH
Layari www.k-fiqh.com
Like our page www.facebook.com/kfiqh"http://www.al-ahkam.com.my/forum2/album_picm.php?pic_id=40">

[ Posting ini telah di edit oleh: sunan-faqih pada 2004-08-24 16:25 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For sunan-faqihProfil   Hantar PM kepada sunan-faqih   Pergi ke sunan-faqih's Website   Quote dan BalasQuote

ibnuyahya

Menyertai: 15.10.2004
Ahli No: 11874
Posting: 574
Dari: Ampang, Selangor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 19-10-04 19:57




Teguran yang baik walaupun tidak di linkkan kepada laman web asalnya.dan terdapat sedikit perubahan ayat dari ayat asalnya. InsyaAllah, yang kurang..kita perbetulkan. Yang salah kita perbaiki.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnuyahyaProfil   Hantar PM kepada ibnuyahya   Pergi ke ibnuyahya's Website   Quote dan BalasQuote

INSPIRASI_HATI
Warga 4 Bintang
Menyertai: 20.09.2004
Ahli No: 11253
Posting: 258
Dari: Selangor....Perak.

Selangor  


posticon Posting pada: 09-11-04 12:00




syukran...teguran yang membina sebenarnya...itulah yang merisaukan....takut terleka dan terlupa..

Bookmark and Share

    


  Member Information For INSPIRASI_HATIProfil   Hantar PM kepada INSPIRASI_HATI   Quote dan BalasQuote

jundullah81
WARGA SETIA
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 331
Posting: 473
Dari: Bumi Allah Semuanya....

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 09-11-04 13:26




Ana harap kita semua terbuka untuk menerima teguran ini..

Bolehlah kiranya admin bermesyuarat untuk berbincang perkara ini.

Semoga komuniti ini terus mendapat hidayahNya..

Wallahu a'lam



-----------------
HAPPY Moments----- PRAISE ALLAH
DIFFICULT Moments- SEEK ALLAH
QUIET Moments------ WORSHIP ALLAH
PAINFUL Moments--- TRUST ALLAH
EVERY Moment------- THANK ALLAH

Bookmark and Share

    


  Member Information For jundullah81Profil   Hantar PM kepada jundullah81   Quote dan BalasQuote

jundullah81
WARGA SETIA
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 331
Posting: 473
Dari: Bumi Allah Semuanya....

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 09-11-04 13:32




Satu lagi, ana agak kurang senang dengan sikap sesetengah ahli yang terlalu ghairah berbicara tentang cinta. Macamana nak pikat lelaki la, macamana mencari cinta sejati la, macam2 lagi....

Sehingga kadang2, topik ilmiah kurang dibincangkan berbanding topik cinta2....

Bukan nak menidakkan fitrah semulajadi kurniaan Allah kepada manusia iaitu cinta, tapi seharusnya perasaan ini lebih dikawal.

Belajarlah mencintai Allah, nescaya akan datang cinta manusia kepada kita.....

Belajarlah menyayangi Allah, nescaya akan datang sayang manusia kepada kita....

Betulkan ana jika ana silap

Wallahu a'lam



-----------------
HAPPY Moments----- PRAISE ALLAH
DIFFICULT Moments- SEEK ALLAH
QUIET Moments------ WORSHIP ALLAH
PAINFUL Moments--- TRUST ALLAH
EVERY Moment------- THANK ALLAH

Bookmark and Share

    


  Member Information For jundullah81Profil   Hantar PM kepada jundullah81   Quote dan BalasQuote

alea13
WARGA SETIA
Menyertai: 05.01.2004
Ahli No: 6228
Posting: 1483
Dari: melaka

Melaka  


posticon Posting pada: 09-11-04 13:45


Quote:
Satu lagi, ana agak kurang senang dengan sikap sesetengah ahli yang terlalu ghairah berbicara tentang cinta. Macamana nak pikat lelaki la, macamana mencari cinta sejati la, macam2 lagi....



100% setuju ngan jundullah81.. wassalam..

Bookmark and Share

    


  Member Information For alea13Profil   Hantar PM kepada alea13   Pergi ke alea13's Website   Quote dan BalasQuote

nuraiman_khairunnissa
WARGA SETIA
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 23
Posting: 840
Dari: kluang

Johor   avatar


posticon Posting pada: 02-12-04 18:46




mmg inilah teguran yg dicari-cari. ana harap, ini bukan teguran yg sepatutnya dipuji shj. tapi mesti ada tindakan drpd mereka yg tlibat. ana sokong sgt pasal meletak gambar tu... mmg mbuka ruang utk mcuci mata... tak elok la kan...

wassalam..

-----------------
Dendam tak marak menyala dan membakar,
oleh putih salju yang berguguran,
kerna dosa itu lebih hitam dan kelam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For nuraiman_khairunnissaProfil   Hantar PM kepada nuraiman_khairunnissa   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.114792 saat. Lajunya....