Oleh |
persoalan ttg 'lelaki baik hanya utk perempuan baik' |
wawa_san
Warga Rasmi Menyertai: 23.08.2003 Ahli No: 3058
Posting: 15
Dari: Setapak
|
Posting pada: 04-06-04 15:12
 ,
nak minta pandangan sahabat2,
tak kira lelaki @ perempuan.
saya tak tahu jikalau persoalan ini pernah diungkit, tapi saya selalu berfikir ttg perkara ini.
"lelaki baik hanya utk perempuan baik"
adakah ia benar2 bermaksud, lelaki yang soleh hanyalah utk perempuan solehah??
dan lelaki yang tak soleh hanya utk perempuan tak solehah???
atau terdapat maksud tersirat disebaliknya?
apa yg menjadi persoalannya sekarang ialah jikalau yg baik hanya utk yg baik, siapa yg akan membimbing yg tak baik??
bagaimana hendak mencipta satu masyarakat yg bahagia,
sedangkan mereka2 yg 'tak baik' dibiar begitu sahaja tanpa bimbingan dan didikan drpd semua?
payahlah kalau begitu caranya, bagi kami2 yang kurang baik utk mencari lelaki2 baik yang mampu membekalkan ilmu dunia & akhirat.  apa pandangan semua??
TQ
|
MuSaFiR_SaYYaFF
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 03.06.2003 Ahli No: 905
Posting: 572
Dari: Daerah Perjuangan
|
Posting pada: 04-06-04 18:25
Ukhtah wawa_san.
Kalau mengikut ilmu yang ana ada, terlampau x layak untuk ana beri pandangan mengenai hal ni. Kerana ini adalah ayat Al Quran. Di dalam Al Quran sendiri ada mengatakan ayat2 Al Quran adalah ayat yang tidak boleh ditafsir mengikut aqal semata2 memandangkan Al Quran adalah kalam yang istimewa. Jadi, adalah baik untuk saudari ajukan soalan ini pada mereka yang lebih araf dan ahli dalam menafsir Al Quran ni. Nanti macam2 pula pendapat yang tersasau dari maksud sebenar ayat itu diturunkan. Apa kata kalau ukhtah ajukan di web yang betul2 arif dan totally focus pada soal agama. (al-ahkam?) atau lebih afdal kalau ukhtah tanya ustaz @ ustazah atau ahli Quran sendiri? Sekadar pandangan.. Salah silap ana harap ditegur dalam keadaan yang berhemah.. Wassalam.. ----------------- Genggam bara api, biar sampai jadi abu!
|
Hanan
 Menyertai: 13.05.2003 Ahli No: 4
Posting: 3991
|
Posting pada: 04-06-04 19:09
Ana pernah terbaca persoalan ini. Sebenarnya yang dimaksudkan agar semua berusaha untuk mencari pasangan yang baik dan juga menjadi pasangan yang baik. Allah tidak menetapkan bahawa semestinya yang baik itu adalah untuk yang baik sahaja dan begitu juga sebaliknya..
Ramai yang salah faham dengan ayat ini dan menyalahkan takdir apabila mendapat pasangan yang kurang baik..
Sama2 lah memperbaiki kelemahan diri untuk menjadi insan yang baik. Moga kita semua bertemu pasangan yang baik. wassalam ----------------- 
Hargai semasa ada....
|
din_arif
Warga 4 Bintang Menyertai: 19.04.2004 Ahli No: 8486
Posting: 166
|
Posting pada: 04-06-04 21:19
Betul tu... Menggalakkan kita berusaha menjadi lebih baik.
|
nur_malam99
WARGA SETIA Menyertai: 15.10.2003 Ahli No: 4371
Posting: 1239
Dari: bumi Allah
|
Posting pada: 04-06-04 21:49
 .....
betul apa yang diperkatakan itu....
kita hanya mampu berdoa agar dikurniakan jodoh yang baik yang mampu saling sama membimbing diri kita untuk mendekati ALLAH, dunia dan akhirat......
namun...ALLAH jua yang menentukan segalanya.....
redha dengan segala ketentuan qada' dan qadar ALLAH..... [ Posting ini telah di edit oleh: nur_malam99 pada 2004-06-04 21:55 ]
|
yeop
Warga 4 Bintang Menyertai: 21.05.2004 Ahli No: 9097
Posting: 199
Dari: Aalen
|
Posting pada: 04-06-04 22:02
Sesungguhnya Allah maha berkuasa.Segala ketentuan adalah hak milik Allah.Namun begitu Allah suka pada hambanya yang berusaha. ----------------- 
\Mudah-mudahan kita terdiri dikalangan golongan abdan syakura.
|
Nurr_Iman
Warga 3 Bintang Menyertai: 31.10.2003 Ahli No: 4821
Posting: 83
Dari: UiTM
|
Posting pada: 04-06-04 23:04
Ana setuju dengan kak hanan, ramai yg tersalah tafsir mengenai ayat nie.... w/pun, samalah2 berusaha dan bertawakal kepada ALLAH agar dikurniakan pasangan yg dapat bersama dengan kita dalam menggapai cinta ILLAHI. janganla bersangka buruk kepada ALLAH . Sesungguhnya DIA Maha Mengetahui...
|
ana_syifa
Warga 1 Bintang Menyertai: 07.10.2003 Ahli No: 4078
Posting: 40
Dari: skim lepasan graduan . melaka
|
Posting pada: 11-06-04 21:46
ALLAH BERKUASA MAKHLUK TAK BERKUASA
-  -
 Yakin pada ALLAH 100%  Hati manusia ALLAH yag pegang
 Usaha untuk menjadi terbaik jika mahu pasangan juga yang terbaik
 Bersama - sama kita berDOA semoga ana , ante semua memperolehi pasangan yang menjaga dan mengamal agama
AMIINN.. ----------------- Semoga diriku kembali ke pangkal jalan ILAHI -->aminnn
|
ismi_safiza
WARGA SETIA Menyertai: 28.08.2003 Ahli No: 3152
Posting: 1368
Dari: PutraJaya
|
Posting pada: 11-06-04 21:48
pernah terdengar..
jangan impikan teman sesoleh ali k.w jika diri tidak sesolehah fatimah r.a... -----------------
|
fahim
WARGA SETIA Menyertai: 08.05.2004 Ahli No: 8869
Posting: 613
Dari: Morioka, Jepun
|
Posting pada: 11-06-04 22:16
memang ayat al-quran ni susah ditafsir secara akal... tapi ia bermakna menggalakkan kita menuju kebaikan, dan bukan je stay... Ketahuilah hadith Rasulullah s.a.w. yg bermaksud: " sesiapa yang harinya sama dgn semalam dia sesungguhnya telah leka, dan sesiapa yang harinya lebih teruk dari smlm, maka celakalah dia"
Ini bukan kata hikmah dari saya... ini reality dari kata pemimpin kita Nabi s.a.w.. Yang penting sekali cuba kita renungkan bersama, bukankah Rasulullah murabbi terhebat utusan Allah di dunia fana ini? dan tetapi mengapakah baginda s.a.w. mengahwinkan puteri bongsunya dengan Ali r.a., bukannya mamat jalanan lain? bukankah pada waktu itu ramai lagi yang memerlukan tunjuk ajar ilmu agama???
sekian, wassalam.
|
nur_malam99
WARGA SETIA Menyertai: 15.10.2003 Ahli No: 4371
Posting: 1239
Dari: bumi Allah
|
Posting pada: 15-06-04 16:38
 .....
tiada jaminan di dunia ini untuk kita memastikan seseorang yang menyayangi kita akan menyayangi kita buat selamanya.
mungkin hari ini dia menyintai kita, esok mungkin dia telah berubah hati membenci kita.
dan mungkin seseorang yang kita benci hari ini, menyayangi kita pada esok harinya.
begitu juga dengan orang yang baik, mungkin menjadi jahat,
dan orang yang jahat akan berubah menjadi baik.
tiada apa yang pasti.
kerana hanya iman dan takwa sahaja yang mampu menjamin kasih sayang berkekalan dunia dan juga akhirat.
cintailah seseorang itu kerana dia juga mencintai ALLAH dan memegang cinta kita kerana mencari redha ALLAH. sayangilah seseorang itu kerana dia sentiasa mendekatkan diri kepada ALLAH, dan sentiasa berubah menjadi hamba ALLAH yang lebih baik dan meningkat iman,amal dan ibadah kepada ALLAH...
|
Pu3Dla
Warga 3 Bintang Menyertai: 14.05.2004 Ahli No: 8977
Posting: 76
Dari: Johor ke N9
|
Posting pada: 15-06-04 19:03
... Setiap insan inginkan pasangan yang terbaik buat dirinya... oleh itu, slalu² la muhasabah diri agar kite mampu menjadi yang terbaik buat pasangan kite...
InsyaAllah, jika kite slalu berusaha ke arah kebaikan... pasti ada pembimbing yang akan membantu yang telah Allah tentukan buat kite...
Sama² la kite berdoa agar Allah kurniakan pasangan yang dapat membimbing kite dunia akhirat...insyaAllah
Ya Allah...Kurniakanlah kepadaku cintaMu,
dan cinta orang yang mencintaiMu serta amalan² yang mendekatkanku kepada cintaMu...amiin wassalam
|
Jundullah_Al_Asad
Warga 3 Bintang Menyertai: 20.05.2003 Ahli No: 623
Posting: 93
Dari: Daerah Perjuangan
|
Posting pada: 15-06-04 20:48
ayat al quran yang jelas mempunyai persamaan dgn persoalan itu ialah ayat ke-3 surah annur yg bermaksud [/B] "lelaki yg berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrikah, dan perempuan yg berzina itu pula (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. dan perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada orang yang beriman" [/B]
ana melihat ini merupakan suatu cabaran dan peringatan ALLAH kepada kita semua.
semua orang normal semestinya mendambakan pasangan yang baik. inilah cabaran yg dimaksudkan. cabaran untuk kita menjadi soleh/solehah. orang yg baik akan menarik pasangan yang baik. itu fitrah insaniyyah.
peringatan pula bermaksud, larangan ALLAH supaya menjauhi perkara yang mendekati zina. ALLAH melarang kita memilih pasangan yg buruk akhlaknya dan tetap dalam keburukannya. lain pula halnya dgn mereka yg telah bertaubat. org yg telah bertaubat telah berhenti drpd perbuatan keji mereka dulu. maka mereka juga tergolong dlm kelompak baik.
oleh itu, andai kita mendambakan pasangan yg baik, kita hendaklah mengubah diri kita dahulu. ubahlah diri kita utk menerima kebaikan.
dan ingatlah, 5 perkara ghaib yg tidak diketahui manusia ialah : rezeki, jodoh, ajal, masa ajal, dan tempat ajal.
" to change the world, you must change first! " oleh itu, jadilah pasangan yg baik, moga kekal. insyaALLAH
wallahu'alammu bissowab... ----------------- "Dan berJIHADlah pada JALAN ALLAH dengan sebenar-benar JIHAD"
"Dan janganlah kamu menyangka sesiapa yang terbunuh pada JALAN ALLAH itu mati. Bahkan mereka terus hidup di sisi TUHAN mereka dan diberi rezeki"
|
Jundullah_Al_Asad
Warga 3 Bintang Menyertai: 20.05.2003 Ahli No: 623
Posting: 93
Dari: Daerah Perjuangan
|
Posting pada: 15-06-04 20:52
ayat al quran yang jelas mempunyai persamaan dgn persoalan itu ialah ayat ke-3 surah annur yg bermaksud " lelaki yg berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrikah, dan perempuan yg berzina itu pula (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. dan perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada orang yang beriman " ana melihat ini merupakan suatu cabaran dan peringatan ALLAH kepada kita semua.
semua orang normal semestinya mendambakan pasangan yang baik. inilah cabaran yg dimaksudkan. cabaran untuk kita menjadi soleh/solehah. orang yg baik akan menarik pasangan yang baik. itu fitrah insaniyyah.
peringatan pula bermaksud, larangan ALLAH supaya menjauhi perkara yang mendekati zina. ALLAH melarang kita memilih pasangan yg buruk akhlaknya dan tetap dalam keburukannya. lain pula halnya dgn mereka yg telah bertaubat. org yg telah bertaubat telah berhenti drpd perbuatan keji mereka dulu. maka mereka juga tergolong dlm kelompak baik.
oleh itu, andai kita mendambakan pasangan yg baik, kita hendaklah mengubah diri kita dahulu. ubahlah diri kita utk menerima kebaikan.
dan ingatlah, 5 perkara ghaib yg tidak diketahui manusia ialah : rezeki, jodoh, ajal, masa ajal, dan tempat ajal.
" to change the world, you must change first! " oleh itu, jadilah pasangan yg baik, moga kekal. insyaALLAH
wallahu'alammu bissowab...
----------------- "Dan berJIHADlah pada JALAN ALLAH dengan sebenar-benar JIHAD"
"Dan janganlah kamu menyangka sesiapa yang terbunuh pada JALAN ALLAH itu mati. Bahkan mereka terus hidup di sisi TUHAN mereka dan diberi rezeki"
|
muslimin23
WARGA SETIA Menyertai: 21.05.2003 Ahli No: 678
Posting: 3084
Dari: ~senawang ~ dublin ~ kl~
|
Posting pada: 15-06-04 21:04
jadi....pandai-pandai la kita ni memilih ye..jangan tersalah pilih sudah la....
|
Jackie_uniten7
WARGA SETIA Menyertai: 20.09.2003 Ahli No: 3664
Posting: 1845
Dari: Kuala Lumpur
|
Posting pada: 16-06-04 01:17
Saya terfikir gak persoalan ni. Macam mana ngan yg jahat2. kalau jahat kahwin ngan jahat. bertambahlah kaum yg jahat. yg baik ni seolah2 pentingkan diri.
|
alea13
WARGA SETIA Menyertai: 05.01.2004 Ahli No: 6228
Posting: 1483
Dari: melaka
|
Posting pada: 16-06-04 02:51
tak semua yg tak baik tu kawen ngan yg tak baik gak.. masih ada yg baik kawen ngan yg tak baik, tujuannya utk bimbing hamba Allah nih.. tp yg ndak membimbing tu make sure diri cukup kuat, takut nanti terikut2 lak pengaruh yg tak baik..
jodoh pertemuan tu kan dah ditentukan.. yg penting kita berusaha utk baiki diri kita drp semasa ke semasa.. insya Allah akan dikurniakan pasangan hidup yg baik juga..
|
Islamic_prince88
WARGA SETIA Menyertai: 25.05.2004 Ahli No: 9164
Posting: 587
|
Posting pada: 16-06-04 19:23
Actually ayat tue dipetik drpd ayat Al-Quran..
n ayat tue diturunkan bkn bermaksud lelaki baik tue HANYA utk perempuan yg baik.
tapi asbabnuzul(sebab2 penurunan ayat) ayat AL-Quran itu adalah
mengenai peristiwa aishah,
cerite ni lebih kurg mcm nih,
1 hari..Aishah terjatuhkan cincinya semasa dlm kenderaan ( apa tah nama kenderaan tue..alaa yg angkat kayu tue..raja2 china selalu gune lah ) .masa die nak ambil cincin tue..pembawa kenderaan tue x perasan yg Aishah tak de..yer la..org arab..yg mude..berat badan mereka ringan giler..so mereka pun tertinggalkan Aishah
kemudian ada seorg sahabat ,jumpe Aishah,enden die tumpangkan Aishah.so masa sampai kat bandar,tersebarlah fitnah mengenai Aishah n sahabat tue.
sampaikan ada riwayat Rasulullah hampir2 nak ceraikan Aishah,Rasulullah tunggu lama wahyu Allah.Akhirnya turunlah ayat tue..menjelaskan..perkara tersebut..
(kalau ada silap..correct me)
|
akakfizah
Warga 1 Bintang Menyertai: 20.06.2004 Ahli No: 9572
Posting: 37
Dari: selangor
|
Posting pada: 20-06-04 15:49
"cintailah seseorang itu kerana dia juga mencintai ALLAH dan memegang cinta kita kerana mencari redha ALLAH. sayangilah seseorang itu kerana dia sentiasa mendekatkan diri kepada ALLAH, dan sentiasa berubah menjadi hamba ALLAH yang lebih baik dan meningkat iman,amal dan ibadah kepada ALLAH..."
mcm mana pulak kalau kita dh jumpa org yg sebegitu rupa..yg hati kita betul2 yakin dia dpt mmbimbing saya yg kurang baik nie.. tapi, sya bukan pilihan dia, sbb dia fikir tidak sekufu ngan saya(dr segi keimanan yg dia miliki..)
|
tumpang
Warga 4 Bintang Menyertai: 19.04.2004 Ahli No: 8503
Posting: 224
Dari: perak
|
Posting pada: 22-06-04 09:35
setiap manusia diciptakan berpasang-pasangan...
penzina perempuan.. pasangannya adalah penzina lelaki... dan begitulah sebaliknya...
berusaha lah utk menjadi seorang yg baik.. mudah2an mendapat pasangan yg baik2 jugak...
|