Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Bila telah sampai di puncak tetapi meneruskan pendakian, bermakna anda sedang menurun, bukan lagi mendaki
-- Seminar "Creating Wealth"

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 227
Ahli: 0
Jumlah: 227




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 6 jam, 35 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu


Cerpen
Topik: PENGAJARAN:kalau dapat suami seperti...


Carian Forum

Moderator: Administrator, NaZa_FirmaN
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Cerpen
    »» PENGAJARAN:kalau dapat suami seperti...

Please Mendaftar To Post


Oleh PENGAJARAN:kalau dapat suami seperti...

nuraini
WARGA SETIA
Menyertai: 02.07.2003
Ahli No: 1900
Posting: 1110
Dari: ***Anti-KekejamaN WaNiTa***

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 03-06-04 09:52







Ini sebuah cerita... tentang suami isteri... boleh dijadikan pengajaran dan pengiktibaran... ..(terharu dan tersentuh bila baca sampai abeh!!!...uuwwaaaa...syahdu sunggoh!!!).

Shira memerhatikan jam di dinding, sudah dekat pukul 12.00 malam, argh ... dia lambat lagi malam ini. Akhirnya sofa itu jugak menjadi katilnya malam ini.

2.00 pagi. "Shira, Shira bangun sayang". Hilmi mengejutkan isterinya.

"Eh! abang dah balik, maaf Shira tertidur, abang nak makan?" tanya Shira. "

"Tak per lah abang dah makan tadi, Jomlah kita tidur di atas".
jawapan yang cukup mengecewakan Shira.

"Arrggh rindunya Shira pada abang, rindu nak makan semeja dengan abang, abang tak nak tengok ker apa Shira masak hari ni, ikan cencaru sumbat kesukaan abang," luah Shira dalam hati.

"Abang naiklah dulu Shira nak simpan lauk dalam peti ais dulu".
pinta Shira sambil menuju ke dapur. Gugur air mata isterinya menyimpan kembali lauk-lauk yang langsung tidak dijamah suami tercinta kecil hatinya sedih perasaannya. Shira ambil dua keping roti sapu jem dan makan untuk alas perut kerana dia sememangnya lapar, tapi selera makannya terbunuh dengan situasi itu. Shira menghirup milo panas sedalam-dalamnya dan akhirnya masuk bilik air gosok gigi dan terus menuju ke bilik tidur.

Sekali lagi terguris hati seorang isteri apabila melihatkan suaminya telah terlelap.

"Sampai hati abang tidur dulu tanpa ucapkan selamat malam tanpa kucupan mesra, tanpa belaian dan tanpa kata-kata kasih abang pada Shira", bisik hati kecilnya. Aargghh rindunya Shira pada abang.

" Shira rindu nak peluk abang, Shira nak kucup abang, Shira rindu abang".

Selesai solat subuh Shira panjatkan doa semoga dia sentiasa beroleh bahagia, dipanjangkan jodohnya dengan Hilmi tercinta, diberi kesihatan yang baik dan paling panjang dan khusyuk dia berdoa semoga Allah berikan kekuatan untuk menempuh segala badai. Selesai menjalankan amanat itu, Shira kejutkan Hilmi,
manakala dia bingkas menuju ke dapur menyediakan sarapan buat suami tersayang. Shira keluarkan ayam dan sayur dan mula menumis bawang untuk menggoreng mee.

"", sapa Hilmi yang sudah siap berpakaian untuk ke pejabat. ", sayang". Shira cuba bermanja sambil menambah, "abang nak kopi atau teh?" Shira tetap kecewa apabila Hilmi hanya meminta air sejuk sahaja, dia ada 'presentation' dan hendak cepat, mee goreng pun hanya
dijamah sekadar menjaga hati Shira dan tergesa-gesa keluar dari
rumah. Shira menghantar pemergian suami hingga ke muka pintu "Abang, Shira belum cium tangan abang, abang belum kucup dahi Shira", kata Shira selepas kereta itu meluncur pergi. Arrghh rindunya Shira pada abang.

--------------------------------------------------------------------

"Mi, semalam pukul berapa kau balik?" tanya Zikri.

"Dekat pukul 2.00 pagi". Jawab Hilmi acuh tak acuh.

"Wow dasyat kau, kalah kami yang bujang ni, woi semalam malam Jumaatl er, kesian bini kau". Zikri bergurau nakal.

"Apa nak buat, lepas aku siapkan plan tu, aku ikut Saiful dan Nazim pergi makan dan borak-borak, sedar-sedar dah pukul 2.00", aku balik pun bini aku dah tidur. "Balas Hilmi.

"Sorrylah aku tanya, sejak akhir-akhir kau sengaja jer cari alasan
balik lewat, hujung minggu pun kau sibuk ajak member lain pergi fishing, kau ada masalah dengan Shira ke?". Zikri cuba bertanya sahabat yang cukup dikenali sejak dari sekolah menengah, sampai ke universiti malah sekarang bekerja sebumbung.

"Entahlah Zek, aku tak tahu kenapa sejak akhir-akhir aku rasa malas nak balik rumah, bukan aku bencikan Shira, kami tak bergaduh tapi entahlah". terang Hilmi.

"Well, aku rasa aku perlu dengar penjelasan lebar kau, aku nak
dengar semuanya, tapi bukan sekarang. Lepas kerja jom kita keluar ok?". Usul Zikri.

"Ok." Ringkas jawapan Hilmi sambil menyambung kembali merenung plan bangunan yang sedang direkanya.

---------------------------------------------------------

Shira membuka kembali album kenangan itu. Tersenyum dia bila
melihatkan saat manis dia diijab kabulkan dengan Hilmi. Majlis ringkas, hanya dihadiri sanak saudara dan rakan terdekat. Maklumlah yatim piatu, kenduri ini pun mujur sangat kakak sulungnya sudi mengendalikan. Saat-saat sebegini Shira teringat
kembali alangkah indahnya sekiranya ibunya masih ada, akan diluahkan segalanya pada ibu tetapi sekarang, dia tidak punya sesiapa. Shira menangis sepuas hatinya. 5 tahun menjadi suri Hilmi, bukan satu tempoh yang pendek. Shira bahagia sangat dengan Hilmi, cuma sejak akhir-akhir ini kebahagiaan itu
makin menjauh. Shira sedar perubahan itu, dan dia tidak salahkan Hilmi. Makin laju air matanya mengalir.

"Abang sanggup menerima Shira, abang tidak menyesal?". tanya Shira 5 tahun yang lepas.
"Abang cintakan Shira setulus hati abang, abang sanggup dan Insya-Allah abang akan bahagiakan Shira dan akan abang tumpahkan sepenuh kasih sayang buat Shira,". Janji Hilmi.

"Walaupun kita tidak berpeluang menimang zuriat sendiri?". Tanya Shira lagi.

"Syyy... doktor pun manusia macam kita, yang menentukan Allah, Insya-Allah abang yakin sangat kita akan ada zuriat sendiri", Hilmi meyakinkan Shira.

Shira masih ingat saat itu, apabila dia menerangkan pada Hilmi dia mungkin tidak boleh mengandung kerana sebahagian rahimnya telah dibuang kerana ada ketumbuhan. Harapan untuk mengandung hanya 10-20 peratus sahaja. Tapi Hilmi yakin Shira mampu memberikannya zuriat. Tapi, itu suatu masa dahulu,
selepas 5 tahun, Shira tidak salahkan Hilmi sekiranya dia sudah mengalah dan terkilan kerana Shira masih belum mampu memberikannya zuriat. Walaupun Shira sudah selesai menjalani pembedahan untuk membetulkan kembali kedudukan rahimnya
dan mencuba pelbagai kaedah moden dan tradisional. Arrghh rindunya Shira pada abang.

-------------------------------------------------------------------------

"Aku tak tahu macam mana aku nak luahkan Zek, sebenarnya aku tidak salahkan Shira, dia tidak minta semuanya berlaku, isteri mana yang tidak mahu mengandungkan anak dari benih suaminya yang halal, tapi... " ayat Hilmi terhenti disitu.

"Tetapi kenapa? Kau dah bosan? Kau dah give up?" Celah Zikri.

"Bukan macam tu, aku kesian dengan dia sebenarnya, duduk rumah saja, sunyi, tapi sejak akhir-akhir ini perasaan aku jadi tak tentu arah, aku rasa simpati pada dia, tetapi kadang-kadang perasaan aku bertukar sebaliknya", terang Hilmi.

"Maksudnya kau menyesal dan menyalahkan dia?" tingkas Zikri.

"Entahlah Zek, aku tak kata aku menyesal, sebab aku yang pilih dia, aku tahu perkara ni akan berlaku, cuma mungkin aku terlalu berharap, dan akhirnya aku kecewa sendiri. Dan aku tidak mahu menyalahkan Shira sebab itulah aku cuba mengelakkan kebosanan ini, dan elakkan bersama-samanya macam dulu
kerana aku akan simpati aku pada dia akan bertukar menjadi perbalahan " Jelas Hilmi.

"Dan kau puas hati dengan melarikan diri dari dia? kata Zikri tidak
berpuas hati dan menambah, "apa kata korang ambil saja anak angkat?"

"Anak angkat tak sama dengan zuriat sendiri Zek, kau tak faham. Aku harapkan zuriat sendiri dan dalam masa yang sama aku tahu dia tak mampu, ibu dan kakak-kakak aku pun dah bising, mereka suruh aku kawin lagi, tapi aku tak sanggup melukakan hati dia Zek. Aku tak sanggup". Ujar Hilmi.

----------------------------------------------------------

Shira masih menanti, selalunya hujung minggu mereka akan terisi
dengan pergi berjalan-jalan, membeli belah, atau setidak-tidaknya mengunjungi rumah saudara mara atau menjenguk orang tua Hilmi di kampung. Kini dah hampir 5 bulan mereka tidak menjenguk mertua dia. Dia sayangkan mertua dan iparnya
yang lain macam saudara sendiri. Dia tidak punya ibu, maka dengan itu seluruh kasih sayang seorang anak dicurahkan kepada kedua mertuanya.

Sebolehnya setiap kali menjenguk mertua atau kakak-kakak iparnya dia akan bawakan buah tangan untuk mereka, biasanya dia akan menjahit baju untuk mereka, itulah yang selalu dibuat untuk menggembirakan hati mertuanya, maklumlah dia punya masa yang cukup banyak untuk menjahit. Selalunya juga
dia akan buatkan kek atau biskut untuk dibawa pulang ke kampung suami tersayangnya. Dan mereka akan gembira sekali untuk pulang ke kampung, tapi kini... aarghh rindunya Shira pada abang.

Shira tahu Hilmi pergi memancing sebab dia bawa bersama segala peralatan memancing, dan hari ini sekali lagi Shira menjadi penghuni setia rumah ini bersama setianya kasihnya kepada Hilmi. Shira masih tidak menaruh syak pada Hilmi, dia masih cuba memasak sesuatu yang istemewa untuk Hilmi bila dia pulang malam nanti, tapi Shira takut dia kecewa lagi. Arghh tak apalah,
demi suami tercinta. Aaarggh Rindunya Shira pada abang.

--------------------------------------------------------------------

"So you dah tahu I dah kawin, tapi you masih sudi berkawan dengan I kenapa? Adakah kerana simpati atau ikhlas?" tanya Hilmi pada Zati yang dikenali dua minggu lepas semasa mengikut teman-teman pergi memancing. Sejak itu Zati menjadi teman makan tengaharinya, malah kadang teman makan malamnya.

"I ikhlas Hilmi, dan I tak kisah kalau jadi yang kedua, I dah mula
sayangkan you". Zati berterus terang. Lega hati Hilmi, tapi Shira?

--------------------------------------------------------------------

"Abang,Shira tak berapa sihatlah bang rasa macam nak demam saja," adu Shira pagi tu, sebelum Hilmi ke pejabat.

"Ye ker? Ambil duit ni, nanti Shira call teksi dan pergilah klinik
ye, abang tak boleh hantar Shira ni." jawapan Hilmi yang betul-betul membuatkan Shira mengalirkan air mata. Tidak seperti dulu-dulu, kalau Shira sakit demam Hilmi sanggup mengambil cuti, bersama-sama menemani Shira. Arrgg rindunya Shira pada
abang. Disebabkan Shira terlalu sedih dan kecewa, dia mengambil keputusan tidak mahu ke klinik selepas makan dua bijik panadol, dia terus berbaring.

Sehingga ke petang, badan dia semakin panas dan kadang terasa amat sejuk, kepalanya berdenyut-denyut. Shira menangis lagi.

Malam tu, seperti biasa Hilmi pulang lewat setelah menemani Zati ke majlis harijadi kawannya. Shira masih setia menunggu dan dia rasa kali ini dia ingin luahkan segala perasaan rindu dan sayangnya pada Hilmi. Tak sanggup lagi dia menanggung rindu yang amat sarat ini, rindu pada manusia yang ada di depan
mata setiap hari. Aargh rindunya Shira pada abang.

Apabila Hilmi selesai mandi dan tukar pakaian, Shira bersedia untuk membuka mulut, ingin diluahkan segalanya rasa rindu itu, dia rasa sakit demam yang dia tanggung sekarang ini akibat dari memendam rasa rindu yang amat sarat.

"Abang, Shira nak cakap sikit boleh?" Shira memohon keizinan seperti kelazimannya.

"Shira, dah lewat sangat esok sajalah, abang letih," bantah Hilmi.

"Tapi esok pun abang sibuk jugak, abang tak ada masa, dan abang akan balik lambat, Shira tak berpeluang abang". ujar Shira dengan lembut.

"Eh..dah pandai menjawab,"perli Hilmi.

Meleleh air mata Shira, dan Hilmi rasa bersalah dan bertanya apa
yang Shira nak bincangkan.

"Kenapa abang terlalu dingin dengan Shira sejak akhir-akhir ni?
Tanya Shira.

"Shira, abang sibuk kerja cari duit, dengan duit tu, dapatlah kita
bayar duit rumah, duit kereta, belanja rumah dan sebagainya faham?" Hilmi beralasan.

Shira agak terkejut, selama ini Hilmi tak pernah bercakap kasar
dengan dia, dan dia terus bertanya, "dulu Abang tak macam ni, masih ada masa untuk Shira, tapi sekarang?" Ujar Shira.

"Sudahlah Shira abang dah bosan, pening, jangan tambahkan perkara yang menyesakkan dada", bantah Hilmi lagi.

"Sampai hati abang, abaikan Shira, Shira sedar siapa Shira, Shira tak mampu berikan zuriat untuk abang dan abang bosan kerana rumah kita kosong, tiada suara tangis anak-anak bukan? " dan Shira terus bercakap dengan sedu sedan.

"Sudahlah Shira abang dah bosan, jangan cakap pasal tu lagi abang tak suka. Bosan betul... "

Pagi tu, Hilmi keluar rumah tanpa sarapan, tanpa bertemu Shira dan tanpa suara pun. Shira makin rindu pada suaminya, demamnya pula kian menjadi-jadi.

Malam tu Hilmi terus tidak pulang ke rumah, Shira menjadi risau,
telefon bimbit dimatikan, Shira risau, dia tahu dia bersalah, akan dia memohon ampun dan maaf dari Hilmi bila dia kembali. Shira masih menanti, namun hanya hari ketiga baru Hilmi muncul dan Shira terus memohon ampun dan maaf dan hulurkan tangan tetapi Hilmi hanya hulurkan acuh tak acuh sahaja. Shira kecil
hati dan meminta Hilmi pulang malam nanti kerana dia ingin makan bersama Hilmi. Hilmi sekadar mengangguk.

Tetapi malam tu Shira kecewa lagi. Hilmi pulang lewat malam. demam Shira pulak makin teruk, dan esoknya tanpa ditemani Hilmi dia ke klinik, sebab sudah tidak tahan lagi.

--------------------------------------------------------------------

Abang pulanglah abang, pulanglah Shira ingin beritahu perkhabaran ini, pulang abang, doa Shira. Shira kecewa tapi masih menanti, bila masuk hari ketiga dia sudah tidak sabar lagi, dia menelefon ke pejabat. Dan telefon itu disambut oleh Zikri.

"Syukurlah Shira kau telefon aku, ada perkara aku nak cakap ni,
boleh aku jumpa kau? tanya Zikri.

"Eh tak bolehlah aku ni kan isteri orang, mana boleh jumpa kau
tanpa izin suami aku, berdosa tau", tolak Shira.

Pilunya hati Zikri mendengar pengakuan Shira itu. Setianya kau
perempuan, bisik hatinya.

"Oklah kalau macam tu, aku pergi rumah kau, aku pergi dengan mak aku boleh?" pinta Zikri.

"Ok, kalau macam tu tak apalah, aku pun dah lama tak jumpa mak kau, last sekali masa konvo kita 6 tahun lepas kan?" setuju Shira.

--------------------------------------------------------------------

"Eh kenapa pucat semacam ni? tegur Mak Siti. Shira hanya tersenyum penuh makna, dan membisik, "Allah makbulkan doa saya mak cik". Pilu hati Mak Siti dan betapa dia sedar betapa Allah itu Maha Mengetahui apa yang Dia lakukan.

Segera Mak Siti mendapat Zikri di ruang tamu dan khabarkan berita itu. Zikri serba salah.

"Shira, aku anggap kau macam saudara aku, aku tak tahu macam mana nak mulakan, aku harap kau tabah dan tenang, sebenarnya Hilmi dalam proses untuk berkahwin lagi satu, dan aku sayangkan korang macam saudara sendiri, dan aku tak sanggup rumah tangga korang musnah macam ni, kau tanyalah
dengan Hilmi dan bincanglah, cubalah selamatkan rumah tangga korang." terang Zikri.

Shira menangis semahunya di bahu Mak Siti, rasa hampir luruh jantung mendengarkan penjelasan itu. Patutlah selalu tidak balik rumah. Berita gembira yang diterima pagi tadi, sudah tidak bermakna. Shira menantikan Hilmi sehingga ke pagi, namun dia masih gagal.

Dua hari kemudian Hilmi pulang dan sibuk mengambil beberapa pakaian penting, dan masa ini Shira bertekad untuk bertanya.

"Ya, betul apa yang Shira dengar tu, dan kami akan langsungkan jugak, dan abang takkan lepaskan Shira, itu janji abang, mak ayah pun dah tahu dan mereka tak kisah asalkan abang tidak lepaskan Shira, kerana mereka juga sayangkan Shira, dan Shira kena faham abang inginkan zuriat sendiri, walau apa pun persiapan sedang dibuat, abang janji takkan abaikan Shira." Janji
Hilmi.

Shira sayu mendengar, dan bagaikan kelu lidahnya untuk berkata-kata. Dan segala perkhabaran gembira itu terbunuh menjadi khabar duka. Shira terlalu kecewa.

--------------------------------------------------------------------

Hilmi masih menanti di luar, rasa amat bersalah bersarang di kepala, sejak dihubungi Zikri, dia bergegas ke hospital apabila dimaklumkan Shira pengsan dan mengalami pendarahan. Doktor dan jururawat keluar masuk. Dia masih resah.

"Insya-Allah En. Hilmi, dua-dua selamat", terang doktor pada Hilmi.

"Dua-dua apa maksud doktor? tanya Hilmi.

"Dua-dua ibu dan baby dalam kandungan tu, tapi dia kena banyak berehat kerana rahimnya tidak begitu kukuh, saya takut banyak bergerak akan menyebabkan berlaku keguguran, tapi kami dah mulakan injection untuk kuatkan paru-paru baby dan jahitkan rahim dia dan bersedia untuk early delivery dalam kes macam ni," terang doktor.

"Ya Allah Shira mengandung, Ya Allah berdosanya aku pada Shira, kesal Hilmi. Malu rasanya untuk menatap muka Shira.

"Kenapa Shira tak bagi tahu abang yang Shira mengandung? kesal Hilmi.

"Shira memang nak bagitau abang tapi, bila abang cakap abang sudah bertunang dan akan berkahwin dengan perempuan Shira tak sampai hati bang, Shira tak sanggup abang malu dan keluarga abang malu." Jelas Shira.

"Shira sebenarnya, abang belum bertunang dengan budak tu, abang cuma sekadar berkawan sahaja. Belum pernah abang bincangkan soal kawin lagi, dan abang tak sanggup nak teruskan hubungan tu lagi kerana abang akan jadi ayah tidak lama lagi." janji Hilmi.

Kesal kerana mengabaikan Shira yang mengandung itu, membuatkan Shira risau dan akhirnya pitam di halaman rumah, mujurlah ada jiran nampak dan membawa ke hospital, dan mujur jugak Shira pengsan di halaman, dapat dilihat orang.

------------------------------------------------------------------------

"Mama, kenapa mama buat tu, biarlah mak yang buat," marah Hilmi bila melihatkan Shira cuba menyapu lantai. Sejak keluar hospital hari tu, mertua dia meminta supaya Shira tinggal saja di rumah sehingga bersalin kerana dia memang tidak dibenarkan doktor melakukan sebarang kerja, bimbang keguguran kerana rahimnya tidak kuat.

"Ala Papa ni, biarlah mama buat sikit sajalah." balas Shira. Itulah
panggilan manja mereka sekarang ni.

Dengan pengawasan rapi doktor, yang setiap dua tiga sekali akan melakukan pemeriksaan, dan bila usia kandungan mencecah 6 bulan, doktor mengarahkan supaya Shira hanya berehat di hospital, supaya senang mengawasi Shira dan
andainya apa-apa berlaku Shira akan terus dibedah untuk menyelamatkan nyawanya dan bayi yang dikandung. Setiap hari Shira akan dilawati oleh Hilmi. Shira amat bahagia, ternyata bayi yang dikandung membawa sinar, amat berharga kehadiran dia nanti, sebab itulah Shira sanggup tinggal di hospital, sanggup
menelan berjenis ubat, sanggup disuntik apa saja semuanya demi bayi itu.

Kandungan sudah di penghujung 7 bulan, Shira amat bahagia merasakan gerakan-gerakan manja bayi yang dikandungnya. Setiap tendangan bayi dirasakan amat membahagiakan. Doktor makin teliti menjaga Shira, kerana bimbang berlaku pertumpahan darah, dan akhirnya apa yang dibimbangi para doktor menjadi nyata apabila Shira mengalami pertumpahan darah yang serius,
lantas terus dia ditolak ke dalam bilik bedah dalam masa beberapa minit sahaja. Hilmi tiba bersama ibu dan ayahnya, dia panik sekali, namun cuba ditenangkan oleh kedua orang tuanya. Hampir 1 jam berlalu, apakah khabarnya Shira di dalam sana. Hilmi makin risau, setengah jam kemudian doktor keluar.

Hilmi meluru "doktor bagaimana isteri saya ?", Hilmi terus bertanya.

"Sabar, kami telah cuba sedaya upaya, tahniah anak encik selamat, encik dapat anak perempuan, seberat 2.1 kilogram, dan kini kami cuba sedaya upaya untuk selamatkan Puan Shira Ain." terang doktor.

"Apa maksud doktor? Tanya Hilmi yang sudah tidak sabar.

"Begini, dia kehilangan banyak darah, kami cuba sedaya upaya
menggantikan darahnya yang keluar itu, dan masih berusaha, namun rahimnya terus berdarah dan kami mohon kebenaran untuk membuang terus rahimnya demi menyelamatkan
nyawanya." jelas doktor.

"Buatlah doktor, saya izinkan asalkan isteri saya selamat."

--------------------------------------------------------------------

"Ermmm... lekanya dia sampai terlena." tegur Hilmi sambil membelai dan mengusap kepala Nur Syuhadah yang terlena akibat kenyang selepas menyusu dengan Shira. Shira hanya tersenyum. Hari ni genap seminggu usia Syuhadah. Shira Ain masih lemah akibat kehilangan banyak darah. Namun dikuatkan
semangat demi Nur Syuhadah buah hatinya. Dia mencium sepenuh kasih sayang pipi comel anaknya itu. Dia membelai sayu wajah comel itu. Entah kenapa dia rasa seperti terlalu sayu hari itu, hatinya terlalu sepi, semalam dia mimpikan arwah ibunya, datang menjenguk dia dan Syuhadah, tanpa suara, ibunya hanya tersenyum. Dan akhirnya berlalu begitu sahaja. Hari ini Shira
menjadi seorang perindu, dia rindukan ibunya, dan diceritakan
perkara itu pada Hilmi.

"Mungkin mak Shira datang tengok cucu dia, dan dia amat gembira". pujuk Hilmi menenangkan Shira.

"Abang... tolong Shira bang!!" laung Shira dari bilik air.

"Ya Allah Shira kenapa ni? Hilmi ketakutan. "Mak... tolong
mak... makkkkkkkkkkk" Hilmi menjerit memanggil emaknya didapur.

"Cepat, bawak pergi hospital, cepat Hilmi" perintah Mak Zaharah.

--------------------------------------------------------------------

"Maaf dia tidak dapat kami selamatkan, terlalu banyak darah yang keluar, dan kami tak sempat berbuat apa-apa, dia terlalu lemah dan akhirnya dia 'dijemputNya", terang doktor. Terduduk Hilmi mendengarkan hal itu.

Jenazah selamat dikebumikan. Syuhadah seakan mengerti yang dia sudah tidak akan menikmati titisan-titisan susu Shira Ain lagi. Syuhadah menangis seolah-olah ingin memberitahu dunia yang dia perlukan seorang ibu, seorang ibu yang bersusah payah, bersabung nyawa demi untuk melihat kelahirannya.

Demi membahagiakan papanya, demi membahagiakan neneknya. Syuhadah terus menangis seolah-olah tidak rela dia dipisahkan dengan ibunya hanya bersamanya untuk sekejap cuma. Semua yang hadir kelihatan mengesat mata, tidak sanggup mendengar tangisan bayi kecil itu. Semua terpaku dan terharu, Hilmi mendukung Syuhadah dan memujuk bayi kecil itu, akhirnya dia
terlelap didakapan papanya.

--------------------------------------------------------------------

Abang yang Shira rindui,

Abang, maafkan Shira kerana selama ini tidak mampu menjadi isteri yang terbaik buat abang. Saat abang membaca surat ini, mungkin Shira sudah jauh meninggalkan abang, Shira tak harapkan Shira akan selamat melahirkan anak ini, tapi Shira harap bayi akan selamat walau apa yang terjadi pada Shira. Itu
harapan Shira bang. Shira masih ingat, rumah tangga kita hampir runtuh kerana Shira tidak mampu memberikan zuriat buat abang, tapi bang, kali ni doa Shira dimakbulkan, dan untuk itu, biarlah Shira menanggung segala kepayahan demi zuriat ini bang.

Saat Shira menulis surat ini, Shira masih lagi menjadi penghuni setiap katil hospital ini. Baby kita makin nakal bergerak bang, tapi Shira bahagia merasa setiap tendangan dia abang, Shira bahagia, cukuplah saat manis ini Shira dan dia. Shira rasakan setiap pergerakannya amat bermakna, dan andainya ditakdirkan Shira hanya ditakdirkan untuk bahagia bersama dia hanya dalam
kandungan sahaja Shira redha bang. Siapalah Shira untuk menolak ketentuanNya. Shira tak mampu abang.

Cukup bersyukur kerana sekurang-kurangnya Allah makbulkan doa Shira untuk mengandungkan zuriat dari benih abang yang Shira cintai dan kasihi selamanya. Shira redha sekiranya selepas ini walau apa terjadi, Shira redha, kerana Allah telah memberikan Shira sesuatu yang cukup istemewa, dan andainya maut memisahkan kita Shira harap abang redha sebagaimana Shira redha.

Syukurlah sekurang-kurang Allah berikan nikmat kepada Shira untuk merasai nikmatnya menjadi seorang ibu walau cuma seketika.

Andai apa yang Shira takutkan terjadi, dan bayi ini dapat
diselamatkan Shira harap abang akan jaganya dengan penuh kasih sayang. Shira harap abang jangan biarkan hidupnya tanpa seorang ibu. Cuma satu Shira harapkan dia akan mendapat seorang ibu yang mampu menjaga seorang anak yatim dengan
baik dan menjaganya dengan penuh kasih sayang. Seumur hayat Shira, Shira tak pernah meminta sesuatu dari abang, dan kini inilah permintaan Shira, janjilah anak ini akan mendapat seorang ibu yang penyayang.

Abang yang Shira rindui...

Dulu sewaktu rumah tangga kita dilandai badai, Shira ingin sangat ucapkan kata-kata ini pada abang, tapi Shira tak berkesempatan, dan walaupun kini Shira tiada lagi, tapi Shira nak abang tahu yang...

Shira rindukan abang... ... Shira rindu sangat dengan abang... ..rindu
bang... rindu sangat... .

Sekian,

Ikhlas dari Shirani isterimu

Shira Ain Bt. Abdullah


--------------------------------------------------------------------------------

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal"-Surah At-Taubah ayat 129






Bookmark and Share

    


  Member Information For nurainiProfil   Hantar PM kepada nuraini   Quote dan BalasQuote

kaze
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 12.10.2003
Ahli No: 4270
Posting: 1592
Dari: Tawau - Seri Kembangan

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 03-06-04 15:33


wa.. panjangnya.. copy paste dulu baru baca hehe
-panjang... mmg macam cerita hehe..

-----------------
kaze tech

Bookmark and Share

    


  Member Information For kazeProfil   Hantar PM kepada kaze   Pergi ke kaze's Website   Quote dan BalasQuote

syafiq86
Warga 4 Bintang
Menyertai: 09.08.2003
Ahli No: 2897
Posting: 240
Dari: Batu Pahat

Johor  


posticon Posting pada: 04-06-04 07:17



Tak habis lagi baca cerita ni. Baru separuh jalan dah tak tahan, nak nangis je...
Kak nuraini buat sendiri ke? Sedih sangat...
Menjadi pengajaran buat diri ni untuk masa hadapan...

-----------------
KAWANLAH selagi ada hati. BERCINTALAH selagi ada yang sudi. GEMBIRALAH selagi ada teman di sisi.

Bookmark and Share

    


  Member Information For syafiq86Profil   Hantar PM kepada syafiq86   Quote dan BalasQuote

nuraini
WARGA SETIA
Menyertai: 02.07.2003
Ahli No: 1900
Posting: 1110
Dari: ***Anti-KekejamaN WaNiTa***

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 04-06-04 07:39




Oooo.....ini bukan dari akak dik.....
akak tak reti klu bab reka cerpen ni....
kalau setakat buat sajak bolehlah.........



Bookmark and Share

    


  Member Information For nurainiProfil   Hantar PM kepada nuraini   Quote dan BalasQuote

cahaya_pertama
Warga Rasmi
Menyertai: 06.07.2003
Ahli No: 2088
Posting: 20
Dari: bumi Allah

Johor  


posticon Posting pada: 04-06-04 23:23




Panjang sungguh... saya pun copy paste dulu baru baca... Kalau syafiq kata macam nak nangis...saya pulak dah menangis dah... dari mula..dah sedih... sampai kat tengah... ish2...tak tau nak kata.. maklumlah hati perempuan..memang banyak pengajaran....sesuai di baca oleh semua...para suami...dan bakal2 suami...

Bookmark and Share

    


  Member Information For cahaya_pertamaProfil   Hantar PM kepada cahaya_pertama   Quote dan BalasQuote

IrSyA_IsYqI
Warga 3 Bintang
Menyertai: 18.05.2003
Ahli No: 437
Posting: 134
Dari: Batu Pahat & IIUM

Johor   avatar


posticon Posting pada: 10-06-04 03:06



kak nuraini, ana pernah jgak baca cerpen nih dulu, kat ukhwah.com jugak, tapi bila baca lagi mmg sedih, menangis dah kat depan pc nih... sedihnye kalau perkara sebegitu menimpa kat isteri kan....

rindu tak terucap.. waa sedihnya!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For IrSyA_IsYqIProfil   Hantar PM kepada IrSyA_IsYqI   Quote dan BalasQuote

illy_najlaa
Warga Rasmi
Menyertai: 20.06.2004
Ahli No: 9568
Posting: 4
Dari: Jelapang Padi Malaysia

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 25-06-04 23:57



citer nie memang best....tapi kesianlaa....dkt shira


Bookmark and Share

    


  Member Information For illy_najlaaProfil   Hantar PM kepada illy_najlaa   Quote dan BalasQuote

NuruL_01
Warga 1 Bintang
Menyertai: 06.10.2004
Ahli No: 11682
Posting: 25
Dari: pekan,pahang

Pahang  


posticon Posting pada: 12-12-04 18:09


sedih tul citer ni.....sebak,pilu,nak nangis sume ade masa baca citer ni....isk...isk..

ape pun kak nuraini....citer ni memang best....

Bookmark and Share

    


  Member Information For NuruL_01Profil   Hantar PM kepada NuruL_01   Quote dan BalasQuote

itifa2
Warga 3 Bintang
Menyertai: 15.09.2004
Ahli No: 11138
Posting: 80
Dari: johor

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 12-12-04 18:44



rintihan hati seorang isteri yg kerinduan.... sedih nyerrrrr

Bookmark and Share

    


  Member Information For itifa2Profil   Hantar PM kepada itifa2   Pergi ke itifa2's Website   Quote dan BalasQuote

Syahmushroom
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 15.11.2003
Ahli No: 5132
Posting: 478
Dari: earth

japan  


posticon Posting pada: 12-12-04 18:50


para suami kena amik tauladan dengn cite ni .. insafnya

Bookmark and Share

    


  Member Information For SyahmushroomProfil   Hantar PM kepada Syahmushroom   Pergi ke Syahmushroom's Website   Quote dan BalasQuote

azian_flower
Warga Rasmi
Menyertai: 24.12.2004
Ahli No: 13268
Posting: 20
Dari: Melaka

Melaka  


posticon Posting pada: 27-12-04 13:09


terharunye..isk..isk..

Bookmark and Share

    


  Member Information For azian_flowerProfil   Hantar PM kepada azian_flower   Quote dan BalasQuote

cahaya_safi
Warga 3 Bintang
Menyertai: 22.09.2004
Ahli No: 11314
Posting: 137
Dari: sarawak

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 27-12-04 13:44


sedih nya............

Bookmark and Share

    


  Member Information For cahaya_safiProfil   Hantar PM kepada cahaya_safi   Quote dan BalasQuote

sabrina_elZehra
Warga 3 Bintang
Menyertai: 05.05.2004
Ahli No: 8793
Posting: 105
Dari: t.malim,perak

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 02-01-05 12:08



emmm...best gak jln xiter

waaa mmg sedihh

-----------------
kasih insani itu ….fitrah
cinta Ilahi itu….agung
sayangkan insan berpada pada…
kasihkan rasul sepenuh jiwa
cintakan al HaQ..
lautan kasih tak bertepi
Allah knows best…


Bookmark and Share

    


  Member Information For sabrina_elZehraProfil   Hantar PM kepada sabrina_elZehra   Pergi ke sabrina_elZehra's Website   Quote dan BalasQuote

farhanna
WARGA SETIA
Menyertai: 11.12.2004
Ahli No: 12997
Posting: 1672
Dari: Sabah

Sabah  


posticon Posting pada: 03-01-05 13:11




Sedih, tapi... ia cuma cerpen... Kalau reality camner?


Ya, Allah ampuni la aku, lindungi la aku, kasihani la aku.. sesungguhnya engkau Maha Berkuasa, berikan la aku kekuatan IMAN, untuk menempuh segala dugaan hidup ini



Bookmark and Share

    


  Member Information For farhannaProfil   Hantar PM kepada farhanna   Pergi ke farhanna's Website   Quote dan BalasQuote

lidya_haryati
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 01.07.2003
Ahli No: 1892
Posting: 255
Dari: temerloh

malaysia  


posticon Posting pada: 04-01-05 09:04


pengajaran buat bakal suami dan isteri...


Bookmark and Share

    


  Member Information For lidya_haryatiProfil   Hantar PM kepada lidya_haryati   Quote dan BalasQuote

QistinaHumaira
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.08.2005
Ahli No: 18078
Posting: 156
Dari: di bumi Allah

Johor   avatar


posticon Posting pada: 04-02-06 14:29


ish...sedihnye baca cerpen ni...meleleh sat air mata :-( :-(

Bookmark and Share

    


  Member Information For QistinaHumairaProfil   Hantar PM kepada QistinaHumaira   Quote dan BalasQuote

fizah_862000
WARGA SETIA
Menyertai: 07.08.2004
Ahli No: 10528
Posting: 844
Dari: seremban

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 04-02-06 16:58


cerita ni tak habis lagikan...ada lagi....dah pernah baca dah...
panjang lagi cerita ni sebenarnya...


-----------------
"Jika Allah menolong kamu, tiada sesiapa pun yang dapat mhalang kamu..."surah Ali Imran:129


Bookmark and Share

    


  Member Information For fizah_862000Profil   Hantar PM kepada fizah_862000   Pergi ke fizah_862000's Website   Quote dan BalasQuote

PUTERI_FUZA
Warga 4 Bintang
Menyertai: 03.07.2003
Ahli No: 1975
Posting: 201
Dari: Perth, Australia

australia  


posticon Posting pada: 04-02-06 17:49


kasihan syira......

Bookmark and Share

    


  Member Information For PUTERI_FUZAProfil   Hantar PM kepada PUTERI_FUZA   Quote dan BalasQuote

badshah78
Warga 3 Bintang
Menyertai: 08.12.2005
Ahli No: 20980
Posting: 80
Dari: Sabah

Sabah  


posticon Posting pada: 04-02-06 21:25


sungguh menyayat hati....semoga ana dikurniakan seseorang seperti shira amin...

Bookmark and Share

    


  Member Information For badshah78Profil   Hantar PM kepada badshah78   Quote dan BalasQuote

reflesia
Warga Rasmi
Menyertai: 16.02.2006
Ahli No: 22756
Posting: 6
Dari: selangor

malaysia  


posticon Posting pada: 27-02-06 15:05


wah...memang panjang tapi ada maksud yang tersirat dan tersurat. hargailah mereka yang masih ada di sisi kita. Jangan sampai mereka telah tiada baru nak menyesal....


-----------------
-ikutlah resam padi makin tunduk makin berisi-


Bookmark and Share

    


  Member Information For reflesiaProfil   Hantar PM kepada reflesia   Quote dan BalasQuote

sufti_ilham
WARGA SETIA
Menyertai: 12.09.2003
Ahli No: 3515
Posting: 1490
Dari: KL

malaysia  


posticon Posting pada: 27-02-06 15:26


naluri seorang ibu dan isteri..sanggup korban apa saja untuk insan tersayang..



ana: ku merinduinya..

Bookmark and Share

    


  Member Information For sufti_ilhamProfil   Hantar PM kepada sufti_ilham   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.108523 saat. Lajunya....