Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti :: Ukhwah.com
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Profil Liputan Media Impian & Harapan Hubungi Kami Laman Peribadi  








Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

Mutiara Kata
Jika tiada kereta kuda, naiklah kuda; jika tiada kuda, lebih baik berjalan kaki

-- Peribahasa Tionghua

Menu Utama

Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 136
Ahli: 0
Jumlah: 136




Yang Masuk Ke Sini
nasiruddin: 4 hari yang lalu
Kang: 22 hari yang lalu
lidah-penghunus: 24 hari yang lalu
muslimin23: 33 hari yang lalu


[ Mari BERSELAWAT kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Ukhwah.com ini ]




Jejak Mahasiswa
Topik: Maksiat Berleluasa Di Kalangan Pelajar


Carian Forum

Moderator: Administrator, istisafa
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Jejak Mahasiswa
    »» Maksiat Berleluasa Di Kalangan Pelajar

Please Mendaftar To Post


Oleh Maksiat Berleluasa Di Kalangan Pelajar

dakwah_ilahi
WARGA SETIA
Menyertai: 04.03.2004
Ahli No: 7735
Posting: 1108
Dari: Eropah

uk   avatar


posticon Posting pada: 30-05-04 13:04


Sekarang nie banyak berlaku perkara maksiat seperti zina, perlakuan yang tak ber moral dikalangan pelajar terutama di IPT.........

So, agak-agak nye ape yg harus dilakukan ke atas pelajar-pelajar yg seperti ini dan tindakan pencegahan

Bookmark and Share

    


  Member Information For dakwah_ilahiProfil   Hantar PM kepada dakwah_ilahi   Pergi ke dakwah_ilahi's Website   Quote dan BalasQuote

Ijah
Warga Rasmi
Menyertai: 30.05.2004
Ahli No: 9230
Posting: 3
Dari: Kedah

Kedah  


posticon Posting pada: 31-05-04 10:18


Saya bersetuju dgn awak. Di kampus saya shj masyaAllah... Jijik utk mata ini memandang. Kadang2 terfikir juga, merka ni tak tau ke halal haram. Apa yang mereka belajar selama ini. Bila kita cuba menegur dikatakan kita ni student junior. Mcm mana tu?

Bookmark and Share

    


  Member Information For IjahProfil   Hantar PM kepada Ijah   Quote dan BalasQuote

dakwah_ilahi
WARGA SETIA
Menyertai: 04.03.2004
Ahli No: 7735
Posting: 1108
Dari: Eropah

uk   avatar


posticon Posting pada: 31-05-04 11:14


Masalah disiplin -

HANYA 13 peratus kes serius salah laku pelajar dilaporkan oleh pihak sekolah kepada pihak atasan, sekaligus didakwa menyumbang kepada masalah disiplin yang lebih serius.

Perkara tersebut didedahkan oleh Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) dalam kaji selidik NUTP berhubung Isu Kemerosotan Tahap Disiplin Di Sekolah-Sekolah dalam buku Laporan NUTP 2004 : Disiplin Di Sekolah-Sekolah Malaysia.

Masalah disiplin juga menyumbang kepada pembaziran guna tenaga guru.

``Guru kini lebih banyak menghabiskan masa dengan mengendalikan hal-hal berkaitan disiplin berbanding pengajaran dan pembelajaran,'' kata laporan berkenaan baru-baru ini.

Kaji selidik itu melibatkan 1,305 responden yang terdiri daripada guru.

Perkara yang turut membimbangkan mereka ialah masalah disiplin lazimnya berpunca daripada pelajar yang lemah akademik.

Antara kes-kes disiplin yang dikategorikan kerap berlaku ialah masalah dalam kelas (31.8 peratus), masalah dalam kalangan pelajar yang lemah (23.8 peratus) dan masalah disiplin yang terpencil dan berkaitan dengan faktor-faktor tertentu (23.4 peratus).

Menurut NUTP, responden dari pelbagai sekolah yang disoal selidik memberi 12 punca utama pertambahan kes disiplin yang disebabkan perbuatan-perbuatan pelajar yang boleh diklasifikasikan sebagai penyebab masalah disiplin.

Puncanya ialah datang lewat ke sekolah, tidak menyiapkan kerja sekolah, tidak membawa buku teks dan latihan, tidak menumpukan perhatian terhadap subjek yang diajar, penggunaan bahasa kasar atau kesat atau lucah dan sikap kurang sopan terhadap guru atau pihak berkuasa.

Sikap

Turut dikategorikan punca utama ialah ponteng, mengganggu perjalanan pengajaran dan pembelajaran, mencuri, membuli, merokok dan merosakkan harta benda sekolah dan awam.

Responden juga berpendapat, masalah disiplin dalam kalangan pelajar berlaku disebabkan oleh sikap pelajar sendiri.

Ini kerana pelajar kurang bermotivasi ke sekolah atau tidak suka dengan cara pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.

Perkara tersebut juga merupakan pendorong utama terhadap gejala ponteng sekolah yang semakin berleluasa.

Para responden juga menyifatkan penggunaan kata-kata lucah dan kesat dalam kalangan pelajar adalah suatu perkara serius yang perlu ditangani.

Dalam pada itu kaji selidik itu juga mendapati kes-kes pelajar berkasar dengan guru berpunca daripada sikap pelajar yang mahu menunjuk-nunjuk kepada pelajar lain bahawa mereka lebih hebat daripada guru dan tidak mahu mematuhi arahan guru.

Kira-kira 33 peratus daripada responden berkata, kes sedemikian kerap berlaku di sekolah masing-masing.

Walau bagaimanapun, sebanyak 78 peratus responden menegaskan bahawa kurangnya kawalan ibu bapa dan pengawasan di rumah turut menjadi punca pelajar melakukan kesalahan di sekolah.

Di samping itu, faktor-faktor lain yang turut mempengaruhi masalah disiplin pelajar ialah pengaruh media massa dan tekanan rakan sebaya.





Bookmark and Share

    


  Member Information For dakwah_ilahiProfil   Hantar PM kepada dakwah_ilahi   Pergi ke dakwah_ilahi's Website   Quote dan BalasQuote

dakwah_ilahi
WARGA SETIA
Menyertai: 04.03.2004
Ahli No: 7735
Posting: 1108
Dari: Eropah

uk   avatar


posticon Posting pada: 31-05-04 11:16


SAYA ingin merujuk kepada kes-kes rogol yang berleluasa di negara kita sejak kebelakangan ini dan ingin menarik perhatian seluruh rakyat Malaysia terutama sekali pihak polis dan pihak berkuasa serta Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) terhadap kekerapan berlakunya kes rogol berkumpulan.


Saya ingin memaklumkan bahawa semasa saya belajar di Amerika Syarikat (AS) sepuluh tahun dahulu, saya mendapati bahawa jarang sekali berlaku kes rogol berkumpulan yang berleluasa di sana.

Ini adalah disebabkan rakyat di sana amat bimbang terhadap kawan-kawan mereka yang mungkin membocorkan rahsia bahawa sipolan dan sipolan telah melakukan jenayah rogol terhadap mangsa mereka seketika dulu.


Rakyat di AS kadang-kadang dibelenggu dengan perasaan salah laku terhadap jenayah yang mereka lakukan sehinggakan sanggup membongkarkan rahsia jenayah yang mereka lakukan bertahun-tahun dahulu bersama rakan-rakan. Akibat daripada perasaan salah laku ini, mereka melaporkan kes jenayah itu kepada pihak polis dan akhirnya penjenayah-penjenayah rogol itu dapat di berkas walaupun telah berlarutan beberapa tahun kemudian.

Walaupun mereka juga bersabit bersubahat kerana mengetahui tentang jenayah itu, pihak polis dapat meringankan hukuman terhadap mereka melalui plea bargain kerana memberi kerjasama menyelesaikan kes jenayah rogol.


Saya ingin menyarankan bahawa kita di Malaysia harus melaungkan rasa tanggungjawab ini agar sesiapa saja yang mengetahui tentang kes rogol yang dilakukan secara perseorangan atau berkumpulan harus melaporkan kepada pihak berkuasa dengan secepat mungkin.

Jika kes rogol kerap dilaporkan kepada polis dan media, penjenayah rogol akan memikirkan dua kali sebelum melakukan jenayah yang terkutuk ini.

Mereka tidak lagi akan berasa selamat jika melakukan rogol secara berkumpulan kerana seseorang daripada mereka mungkin akan membocorkan rahsia jenayah itu kepada rakan mereka yang lain atau kepada polis dan akhirnya perogol itu akan diberkas.


Untuk menggalakkan lagi rakan-rakan perogol berkumpulan melaporkan jenayah itu kepada polis, mungkin pihak polis harus mengiklankan bahawa hadiah sagu hati akan diberi sebagai imbuhan kepada sesiapa yang melaporkan kes jenayah rogol ini.

Mungkin hukuman akan diringankan jika pelapor itu sendiri telah bersubahat melakukan jenayah yang sama kerana mereka telah memberi kerjasama kepada polis dan kini berasa kesal atas perbuatan mereka itu.


Kita harus menghapuskan tanggapan di antara perogol kumpulan bahawa perbuatan rogol secara kumpulan itu adalah sesuatu yang dibanggakan sesama rakan-rakan mereka. Ini adalah kerana apa yang kita baca di akhbar tentang kes-kes rogol di negara kita ini adalah seolah-olah perbuatan merogol berkumpulan itu adalah bagaikan seorang pekebun terjumpa sebiji durian yang baru gugur dan terus menjemput kawan-kawannya menjamah durian itu kerana durian itu amat enak sekali lebih-lebih lagi jika durian itu adalah bukan dari kebunnya. -





Bookmark and Share

    


  Member Information For dakwah_ilahiProfil   Hantar PM kepada dakwah_ilahi   Pergi ke dakwah_ilahi's Website   Quote dan BalasQuote

Tiefia
Warga 2 Bintang
Menyertai: 17.07.2003
Ahli No: 2413
Posting: 63
Dari: Cheras

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 31-05-04 14:43




Sokong2.. kadang diorang ni kat dalam kampus punye la baik.. pakai tudung lagi.. tapi kat luar, siap pg clubbing tuh.. x faham ngan remaja zaman skrang.. harapnye x termasuk dlm golongan tu..

Nauzubillahiminzalik~~


Bookmark and Share

    


  Member Information For TiefiaProfil   Hantar PM kepada Tiefia   Pergi ke Tiefia's Website   Quote dan BalasQuote

telekung
Warga 5 Bintang
Menyertai: 28.07.2003
Ahli No: 2666
Posting: 386
Dari: pusat bandaraya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 31-05-04 18:46


tepuk dada tanya iman......kalau di kepala dah set nak jadi insan cemerlang x de ape yang perlu diragui lagi...tapi kalau ke sekolah nak x nak x serius dalam klas dan semata2 nak jumpa geng tu yang macam2 kes berlaku diluar jangkaan...

diri sendiri kene prihatin...sepatutnya bila namanya pelajar kene jadi contoh yang baik pada masyarakat walaupun sekolah tidak sehebat mana...

ape yang kita bawa ke sekolah sumenye datang dari didikan di rumah....so, parents pun kene aware perihal anak2...wallahualam

ps: siapa lagi nak sayang diri kita kalau bukan diri sendiri

Bookmark and Share

    


  Member Information For telekungProfil   Hantar PM kepada telekung   Quote dan BalasQuote

iman7
Warga 4 Bintang
Menyertai: 11.05.2004
Ahli No: 8907
Posting: 265
Dari: Gunung Ledang

hong_kong   avatar


posticon Posting pada: 20-06-04 22:12


....

Bookmark and Share

    


  Member Information For iman7Profil   Hantar PM kepada iman7   Quote dan BalasQuote

muslimin23
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 678
Posting: 3086
Dari: ~senawang ~ dublin ~ kl~

iran   avatar


posticon Posting pada: 21-06-04 13:25


emmm...

pening pakcik bila mengenangkan pelajar-pelajar ipta/s macam ni..lebih-lebih lagi yang beragama islam...macam tak ade agama je dorang ni...buat maksiat tanpa segan silu...agaknye bila dah mengandung..baru nak insaf kot...huh......

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimin23Profil   Hantar PM kepada muslimin23   Pergi ke muslimin23's Website   Quote dan BalasQuote

RuMaishaaa

Menyertai: 22.05.2003
Ahli No: 749
Posting: 1276
Dari: Kg.Batu Muda, KL

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 21-06-04 16:42




maksiat yg melanda mmg menakutkan..
rata-rata akan menilai dan mencari salah silap siapa yg layak dipersalahkan..

sbbnya..muda-mudi kita terdedah luas dgn pengaruh sekeliling..tambah2 lak sikap suka mencuba itu ini..dan suka ingin lebih drp org lain..ada pakwe/makwe..satu kelebihan bg mrk..bertukar-tukar pasangan pun suka jugak..ni satu masalah evergreen...

siapa yg perlu berubah??semua perlu terlibat..dr individu..keluarga..pemimpin..masyarakat!


Bookmark and Share

    


  Member Information For RuMaishaaaProfil   Hantar PM kepada RuMaishaaa   Quote dan BalasQuote

ismi_safiza
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3152
Posting: 1368
Dari: PutraJaya

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 21-06-04 22:23



sedih mengenangkan perilaku siswa siswi di ipt...
maksiat dah jadi santapan harian di depan mata setiap masa kecuali tido.
kat mana agaknya pesan mak ayah di kampung?


-----------------
Lilypie 1st Birthday Ticker

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_safizaProfil   Hantar PM kepada ismi_safiza   Pergi ke ismi_safiza's Website   Quote dan BalasQuote

mukhasah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 19.05.2004
Ahli No: 9053
Posting: 109
Dari: atas bumi bawah langit

guineabissau  


posticon Posting pada: 21-06-04 23:24


akum...

emm.... umat akhir zaman kan... sebab tu ramai orang kata ahli cendiakawan sekarang nie tak sehebat dulu.... kita berdoalah supaya kita suma tak terjebak ngan gejala yang tak baik.... dan ssmoga terselamat dari azab yang munkin akan menimpa... sedihlaa.... sebab kita ada kat sana kang tak pasal2 kita jgk kena kan... nauzubillahinzalik....

Bookmark and Share

    


  Member Information For mukhasahProfil   Hantar PM kepada mukhasah   Quote dan BalasQuote

aziera
Warga Rasmi
Menyertai: 04.02.2004
Ahli No: 6985
Posting: 1
Dari: klang

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 23-06-04 11:20



cerita pasal maksiat dikalangan pelajar ipt memang menakutkan...
langkah yang paling bijak dan menjadi kayu ukuran penting seseorang pelajar terutamanya pelajar islam, ialah iman. Ingat! ALLAH sentiasa melihat setiap perbuatan kita.Harap dijauhkan...INSYAALLAH.

Bookmark and Share

    


  Member Information For azieraProfil   Hantar PM kepada aziera   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 
 



Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.100961 saat. Lajunya....