Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 19-09-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
" Jika anda berada dalam jamuan di rumah orang hendaklah menjaga perangai dan menjaga mata; dalam solat menjaga hati; dan dalam pergaulan menjaga lidah."
-- Imam Al-Ghazali

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 77
Ahli: 0
Jumlah: 77




  Yang Masuk Ke Sini
izad: 60 hari yang lalu
the_brOtherz: 87 hari yang lalu


Cerpen
Topik: ~Andai Itu Takdirnya~AITN~


Carian Forum

Moderator: Administrator, NaZa_FirmaN
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Cerpen
    »» ~Andai Itu Takdirnya~AITN~

Please Mendaftar To Post


Oleh ~Andai Itu Takdirnya~AITN~

kasih_kekasih

Menyertai: 17.05.2003
Ahli No: 415
Posting: 1813
Dari: ....PeRMaTaNg PaUH.......

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 29-05-04 21:44


ANDAI ITU TAKDIR-NYA

Gerimis yang tiba-tiba turun petang itu meredupkan pandangan mata. Aku masih membatukan diri memerhatikan rintik-rintik hujan yang membasahi laman rumah. Daun-daun kering turut sama gugur ke bumi. Wani masih duduk di atas katil ku sambil membuka helaian demi helaian album gambar yang diambil sewaktu majlis pertunanganku dulu. Begitu cepat masa beredar, terasa baru semalam segalanya terjadi. Kegembiraan jelas terpancar di wajah mama dengan majlis yang sedang berlangsung itu. Namun segalanya menjadi kenangan kini. Kegembiraan yang mama rasa tidak kekal lama. Bahagia yang diimpikan tidak kesampaian. Mungkin itu adalah ketentuan yang telah ditetapkan olehNya.


Aku kembali ke sofa yang diletakkan bersebelahan dengan katil dan duduk sambil memeluk kedua-dua lututku. Menyedari kehadiranku, Wani lantas menutup perlahan album gambar itu dan diletakkan di atas almari kecil di sudut katil. Dia menoleh kearahku sambil tersenyum hambar.


“Syamin.., kau dah okey ke..? Akupun tak sangka begini jadinya. Kalau nak ikutkan logiknya, susah juga aku nak percaya yang Hazim sanggup mengambil tindakan yang begitu drastic sekali. Sebabnya, Hazim yang aku kenal tidak le sekejam itu. Atau kau sendiri yang dah buat sesuatu yang mengundang kemarahan dia tak..?”


“Wani. Kau kenal aku lebih dulu sebelum kau kenal dengan Hazim. Kau rasa aku ni teruk sangat ke..? Jahat sangat ke sikap aku selama ni. Seingat aku, aku tak pernah melakukan sesuatu lebih dari batasnya. Lagipun.., dalam hidup aku .., aku tak suka nak cari musuh. Aku tak suka nak berdendam sebab aku tahu kita semua tak sempurna. “


“Tapi aku rasa tentu ada sebab kenapa dia sanggup buat macam ni.. Kau rasa kau boleh maafkan dia tak dengan keputusan yang dia buat tu..?”


“Susah aku nak cakap Wani. Apa yang dah Hazim buat pada aku, terlalu pahit auntuk aku terima. Kalau ia hanya melibatkan aku seorang, mungkin aku boleh cuba untuk memaafkannnya. Tapi bila ianya sudah melibatkan family aku terutamanya mama dan abah.., susah untuk aku buat keputusan. Aku kesiankan parents aku. Jika aku sendiri terluka walau Hazim bukanlah pilihan aku, apatah lagi mereka yang betul-betul cuba meyakinkan aku bahawasanya Hazim adalah calon suami yang terbaik untuk aku. “

“Aku tahu sukar bagi mereka untuk menerima hakikat ini. Perasaan malu yang mereka tanggung akibat putusnya pertunangan antara aku dan Hazim di saat-saat terakhir sebelum berlangsungnya majlis perkahwinan kami betul-betul memberi kesan yang mendalam pada mereka terutamanya mama aku. Tiap hari dia menangis. Hampir dua minggu dia tak keluar rumah kerana malu pada masyarakat sekeliling yang seolah-olah menyalahkan aku atas apa yang terjadi. Mereka kata ada yang tak kena dengan aku sebab tu pihak lelaki minta putus. “

“Entahlah Syamin. Berat mata aku memandang, berat lagi bahu kau yang memikulnya. Sabar aje lah ye. Hmm…,kau tahu sebab apa Hazim mintak putus..? ”

“Dia tak nak bersemuka dengan aku. Kami cuma bercakap di talifon. Alasan yang dia beri cuma dia rasa yang dia belum cukup bersedia untuk memikul tanggung jawap sebagai suami. Dia masih belum puas dengan hidup bujangnya…”

“Habis tu kenapa dulu dia tak fikirkan benda-benda macam tu. Kenapa setelah hampir dengan hari nikah kamu baru dia nak bangkitkan soal tu. Kenapa.., dia takut kena queen control ke.. ?”

“Aku tak tahu apa nak cakap Wani. Yang buat aku geram sangat tu, bukannya aku tak minta dia supaya fikir semasak-masaknya sebelum bersetuju dengan permintaan kedua orang tua kami. Bukannya sekali dua aku cuba untuk menangguhkan hajat mereka. Lebih dari lima kali aku bersemuka dengan Hazim tentang perkara tu sebab kami belum betul-betul kenal lagi dan aku tak mahu sama ada dia atau aku terasa dipaksa dalam hal ini. Tapi tulah , setiap kali aku tanya, dia kata dia tak kisah. Janji aku ada mata, ada hidung dan ada sifat seorang wanita. Itu aje syaratnya. Alih-alih last minute dia yang ubah fikiran. Tak ke nampak macam aku yang terkejar-kejar dan tak sabar-sabar nak kawin. Dia ingat aku tergila-gila sangat dengan dia agaknya. “

“Dah lah tu Syamin. Bukan dia sorang saja lelaki. Ramai lagi kat luar sana yang boleh ganti tempatnya. Kenapa.., dia ingat kau tu tak ada rupa ke. Jangan nanti dia sendiri yang jadi gila ‘talak’. “

“Bukan itu masalahnya sekarang ni Wani. Akupun sebenarnya malas lagi nak fikir pasal hidup berumahtangga ni. Dan akupun sebenarnya bersyukur yang majlis ni dibatalkan. Cumanya , cara yang dia buat ni tak kena. Ia dah melibatkan maruah family aku dan aku sendiri sebagai seorang wanita. Tak tahu mana nak sorok muka ni lagi. Itu nasib baik tak ramai yang tahu. Aku rasa macam tak sedap saja sebab tu aku tak jemput lagi teman-teman yang lain kat office tu. Ingat nak buat surprise sebelum aku apply cuti. Tapi lain pula yang jadi. “

“So, apa kau nak buat sekarang ? Ni.., barang-barang hantaran ni semua kau nak buat apa.. ?”

“Aku ingat nak hantar kat muzium saja la Wani… “

Aku sendiri ketawa dengan usul itu. Entah macam mana perkataan tu boleh keluar dari mulut aku.

“Tapi untung juga kau ye. Walaupun tak jadi kahwin, Cincin, barang kemas dan yang lain-lain tu dia tak minta balik. Yang best tu, double lagi kau dapat.. “

“Untung apanya Wani. Semahal manapun harga barang-barang ni, ia takkan sama dengan harga maruah kami yang dah terjejas ni. Lagipun bukan aku yang minta . Kalau nak di ikutkan hati, aku tak mahu tengok barang-barang yang dia bagi ni. Buat sakit mata dan sakit hati saja. Tapi , Pak Long aku tu berkeras, sebab katanya pihak lelaki yang minta putus, so mereka kena tanggung kerugian ni semua. “

“Kalaulah aku ada adik atau abang, dah lama aku jadikan kau ipar aku. Tak le Hazim fikir yang kau tu tergila-gilakannya. Eee… geramnya aku dengan lelaki yang macam tu. Dia ingat dengan duit dia yang banyak tu, dia boleh beli semua termasuk harga diri kau…”

“Eh Wani..! Tadi kau suruh aku sabar. Tapi kenapa kau pula yang lebih ni…?”

“Ehhh , aku over ke.. ? Sorry lah ye. Aku bukannya apa, aku tak nak tengok kau sedih je.. Ehmm…, apakata kita pergi holiday hujung minggu ni ? Boleh juga kau tenangkan fikiran kau di sana. Mana tahu, kalau-kalau jumpa someone yang lebih baik dari ex kau tu.. Dan akupun mungkin boleh cari pengganti ex boyfriend aku yang dah jadi arwah tu… Nasib kita samakan…?”

“Sama , tapi tak serupa. Kau tu berpisah kerana ajal. Aku ni, senang-senang saja dia tolak ketepi. Macam tak ada harga diri… Ehmm, pasal holiday tu, aku minat juga. Kalau kau tak keberatan, kau carilah mana-mana travel agent yang ada package yang menarik. Kita cuba lari dari masalah yang tengah berserabut ni. Lagi jauh .., lagi baik.“

“Confirm ye…, kalau aku dah cari nanti , jangan tak jadi macam dulu pula. Duit hilang, cutinya entah kemana.. “

*******************

Aku turun untuk mendapatkan mama. Cuti yang aku apply untuk majlis perkahwinan ini akan aku habiskan bersama Wani di Langkawi. Nasib baik Hazim bukanlah pilihan hati aku, jika tidak mahu separuh gila aku dibuatnya. Tapi, kasihan mama. Dia masih rasa bersalah pada aku atas apa yang terjadi ini walaupun sudah berkali-kali aku katakan yang Hazim sudah ditakdirkan bukan jodohku. Dan aku tidak sesekali menyalahkan mereka dalam hal itu. Tuhan tu maha pengasih. Pasti ada sesuatu yang tersirat di sebalik apa yang telah terjadi ini.

Pintu bilik mama ku ketuk perlahan. Abah tidak ada di rumah kerana masih belum pulang dari surau . Mama masih di atas sejadah sedang berzikir. Perlahan aku duduk di tepinya. Ku lihat ada air jernih di wajah tua itu sebaik sahaja memandang wajahku. Air mata itu ku seka dengan hujung jariku.

“Ma …, sudah le tu. Jangan menangis lagi. Syamin pun dah tak rasa apa-apa. Nak buat macam mana, sudah di takdirkan perkara ini terjadi pada diri Syamin. Mama jangan fikir lagi pasal tu. Hari ni hari kita, mana tahu esok ke , lusa ke mungkin hari mereka pulakan… “

Aku berhenti bersuara seketika sambil merenung wajah mama yang sudah tidak seceria dulu.

“Ma…, hujung minggu ni Syamin nak pergi Langkawi dengan Wani. Dah lama pula tak pergi bercuti. Lagipun, semua masalah dah hampir selesai dan Syamin pun dah tak mahu ingat lagi benda-benda ni semua. Jadi Wani ajak Syamin beralih angin . Syamin harap selepas bercuti ni, keadaan akan kembali seperti sediakala. “

“Mama minta maaf ye Syamin. Mama kesiankan Syamin. Sepatutnya seorang ibu perlu memberi kegembiraan pada anaknya. Tapi mama…, bukannya bahagia tetapi derita yang mama hadiahkan untuk Syamin. “

“Ma.. kan Syamin dah cakap tadi. Syamin dah tak apa-apa. “

“Kalau orang tua-tua dulu cakap, pilihan ibubapa adalah pilihan yang terbaik. Tapi mama tak mampu nak buat macam tu pada Syamin. Kali ni, mama serahkan segalanya pada Syamin. Mama akan setuju siapa saja pilihan Syamin selepas ini. Mama dah gagal dalam tanggung jawap mama untuk melihat Syamin bahagia dengan lelaki yang mama dan abah pilih. “

Aku pantas memeluk mama agar dia tidak lagi meneruskan dengan kata-katanya. Sayu sekali hatiku bila mama meminta maaf pada aku hanya kerana aku tidak jadi berkahwin dengan Hazim. Hatiku tiba-tiba menjadi geram dan dendam pada lelaki itu. Aku sendiri tak pernah menyebabkan airmata mama menitis kerana kekecewaaan. Tapi kali ini hati mama benar-benar terluka kerana lelaki yang bernama Hazim itu.

“Ma.., barang-barang hantaran yang ada dalam bilik Syamin tu mama tolong simpankan ye. Duit tu…, kalau mama nak guna mama guna lah. Syamin tak nak ambil walau satu sen pun. “

Airmata mama kembali menitis. Antara sedar dengan tidak, akupun sama mengalirkan airmata. Entah mengapa hatiku jadi sayu tiba-tiba walaupun sebelum ini aku kuatkan semangat dan aku nekad yang aku tidak akan mengalirkan airmata hanya kerana lelaki itu. Tapi bila melihat keadaan mama, seolah hilang segala kekuatan yang telah aku bina sejak hari itu. Hari di mana wakil dari pihak Hazim datang untuk menyatakan hasrat mereka untuk memutuskan pertunangan kami lantas secara tak langsung membatalkan majlis pernikahan yang hanya tinggal beberapa hari saja lagi.

Masih tergambar di fikiranku bagaimana mama terjelepuk di atas lantai selepas wakil dari pihak lelaki menyampaikan hajat tuan yang empunya diri. Mama terus diam tidak bersuara. Hanya abah yang masih mampu bertahan. Tapi airmata abah mengalir juga selepas tetamu itu pulang. Abah hanya mengusap rambutku perlahan sebelum bangun dan menuju kebilik.


Hazim, aku tak akan berpuas hati selagi tidak bersemuka dan bertentang mata denganmu. Terlalu banyak yang hendak aku perkatakan tentang kita. Tapi di manakan sifat kelakianmu…? Kenapa kau takut untuk bertemu empat mata denganku sedangkan kau tak pernah takut untuk memalukan diriku. Tak semudah itu aku akan memaafkan kau dengan apa yang telah terjadi ini.

*************




Wani, kau dah confirmkan booking tu ke belum..?”

“Why..?”

“Kalau belum.., aku nak batalkan le. “

“Kenapa pula ni…? “

Ada sedikit nada kecewa pada suara Wani.

“Encik Zahid call aku tadi. Dia kata kalau aku dah batalkan majlis tu, dia nak aku ikut team dia ke Ipoh. Ada seminar pasal product baru. Sambil kerja sambil tukar angin. “

“Kau selalu macam ni tau. Kau selalu spoil kan mood aku. “

Nyata. Wani agak kecewa dengan keputusan yang aku ambil ini. Memang aku yang bersalah. Aku akui ini bukanlah kali pertama aku ambil tindakan sebegini.

“Wani, please………. “

Aku cuba meraih simpati. Aku tak mahu timbul rasa marah pada diri Wani. Aku cuba cari alasan agar dia tidak terus kecil hati dengan keputusan yang aku buat itu.

“Ha.., memandangkan kau dah ambil cuti, why not kau ikut aku sekali. Ada juga kawan.”

“Ye la tu. Habis bila you all attend seminar, aku nak buat apa..? Jadi Jaga hotel..?”

“Jangan le macam tu. Seminar tu bukannya lama. Sessi pagi dari pukul 10 hingga 1.00 tengahari. Sessi petang dari 3.00 hinga 5.30. Masa lunch tu bolehlah kita shopping.Tapi…, kalau kau nak jadi Jagapun apa salahnya. Ada juga side income..”

“Syamin..!!!!!”

“Sorry Wani! Aku harap kau tak ambil hati. Aku rasa cara ini lebih baik untuk aku lari dari masalah yang aku hadapi buat sementara waktu ni. Tapi aku tahu keputusan ini mungkin baik untuk aku tapi tidak bagi kau. Tapi aku betul-betul perlu isikan masa aku dengan sesuatu agar aku tidak terus mengingati hal tu. Aku perlu biarkan minda aku terus berkerja. Sekurang-kurangnya aku ada sesuatu untuk difikirkan.“

“Betul le tu. Pandai kau cari alasan. Aku yang rasa nak marah tadi pun terus jadi simpati. Aku sendiri pun tak tahu macam mana aku nak tolong kau dalam hal ni. Pengalaman yang kau lalui itu sedikit sebanyak dapat aku jadikan iktibar agar lebih berhati-hati dalam mencari teman hidup. Bermacam ragam manusia yang ada dalam dunia hari ni. Tersilap langkah atau tersalah pilih, sesal tak sudah nanti. “

“So…, kau dah tak marahkan aku lagi..?”

“Kalau aku marah sekali pun ianya tak mungkin dapat mengubah keputusan yang kau dah buat tu. Buat rugi suara aku saja. “

“Thanks Wani. Aku tahu aku boleh harapkan kau. Dalam keadaan macam ni aku sendiri tak tahu mana yang terbaik untuk aku. Lebih-lebih lagi aku tak mahu mama aku terus menyalahkan dirinya jika dia tahu apa yang bersarang dalam kepala otak aku ni. Sejak dari hari itu, aku terpaksa hidup dalam kepura-puraan. Segala apa yang nak aku lakukan, aku mesti fikirkan perasaan mama dahulu. “

“Syamin… dah le tu. Kau jangan buat aku sedih. Kalau kau sendiri masih memikirkan hal tu, macam mana kau nak aku tolong kau . Kau yang pesan pada aku supaya jangan ungkitkan hal tu lagi, tapi kau sendiri yang masih hidup dalam mimpi yang hadir untuk seketika cuma. Jangan terus mengejar pelangi Min walaupun ianya cantik. Jangan terus bermain dengan perasaan walaupun ianya indah dan jangan terus diulit mimpi kerana mimpi-mimpi itu akan terus membuatkan kau sengsara. “

“Entah le Wani, aku sendiri tak tahu kenapa perasaan aku tiba-tiba jadi begini. Aku rasa ada sesuatu yang sering bermain dalam minda aku. Dari sehari ke sehari, wajah itu sering hadir menemani tidur aku. Nama itu juga seringkali terlintas dalam hati aku. Semakin aku cuba melupakannya semakin kerap ianya datang bertandang. Kadang-kadang tu, seolah-olah terdengar suaranya memanggil-manggil lembut nama aku dalam deruan angin malam. Pelik kan! Sesuatu yang tak pernah aku rasa sebelum ni. “

“Syamin.., aku rasa apa yang sedang kau alami sekarang ni berada dalam keadaan separa kritikal. Lagi lama kau abadikan diri kau dalam igauan dan mimpi-mimpi tu, lagi parah kau akan rasa. Please Min.., kalau kau betul-betul nak cuba melupakan kejadian yang menimpa famili kau tu, perkara pertama yang kau kena lakukan adalah melupakan Hazim. Kau sendiri pernah kata kan, yang kau tak pernah ada apa-apa perasaan pada dia. Kau terima dia just because of your parents. Tapi apa yang aku nampak sekarang ni… kompas hidup kau dah tersasar lagi. Careful Min, jangan sampai memakan diri sendiri. Masa tu, bukan saja kau dan famili kau yang susah, aku juga akan susah sama. Dairy hati aku ni sarat benar dengan cerita-cerita sensasi kau, hinggakan nak letakkan cerita aku sendiri pun dah tak muat. “

“Thanks again Wani atas nasihat-nasihat kau tu. Apa yang kau katakan tu ada juga benarnya. Kadang-kadang aku terfikir juga, kenapa kau tak jadi kaunselor saja. Nowadays, you can earn a good income kalau kau pandai cakap, provided nasihat-nasihat tu boleh develop minda pesakit kau. “

“Kau jangan nak sindir aku pula. Kalaupun aku nak tukar profession sekarang dan nak involve dalam kaunseling, aku akan pastikan pesakit aku tak ada symptom penyakit macam kau ni. Silap-silap aku sendiri kena cari kaunselor lain. “

“Okey le. Selagi kau bahagia dengan cara kau tu, buat le apa yang kau suka. Tapi… kau ingat lagi ke topik asal perbincangan kita tadi..? Jadi ke tidak kau ikut aku ke Ipoh..?”

“Macam ni le Min. Kau bagi aku sikit masa lagi. Aku call kau semula..”


****************

Langkah demi langkah ku atur agar segera sampai ke tempat yang dituju. Panggilan talifon yang aku terima lewat tengahari tadi sedikit sebanyak mengundang debaran di dada. Walau sudah beberapa bulan suara itu hilang dari pendengaran, namun kedatangannya yang tanpa di duga membuatkan detik waktu terasa begitu lambat beredar. Akal dan hati berperang lagi tentang apa yang aku rasa pabila suara itu muncul dengan tiba-tiba. Aku sendiri tidak tahu apa yang aku rasa saat itu sehinggakan suara aku sendiri terasa tersekat di kerongkong. Hazim.., kenapa kau muncul tatkala rindu ku semakin menebal…? Kenapa kau hadir lagi dalam laluan hidup ku di ketika aku cuba untuk melupakan diri mu.. ?

Langkah ku seakan terhenti bilamana wajah yang mula mencuri ruang kosong di hatiku berdiri menyambut kedatangku tatkala aku menolak perlahan pintu kaca yang memisahkan aku dan dirinya. Wajah bening itu seakan cuba untuk tersenyum, namun senyuman itu mati pabila menyedari raut wajahku yang sengaja aku kelatkan.. Wahai hati, Walau apa sekalipun yang cuba kita lakukan, kau lebih tahu bahawasanya aku tidak akan dapat terus untuk membohongi hakikat yang kau sendiri tahu. Hakikat yang aku sebenarnya sudah mula merindui akan insan yang sedang berdiri di hadapan mata ku sekarang ini, juga hakikat yang insan ini sudah mula mendapat tempat yang istimewa di sisimu.


..”

Aku rasa itu saja yang mampu dia suarakan untuk menduga sejauh mana api kemarahan yang sedang membara di jiwaku.

.. !!”

Dan itu juga yang mampu keluar dari bibirku untuk detik pertemuan kali ini. Aku sendiri sudah kurang mengingati pertemuan ini entah untuk kali yang keberapa. Tapi yang aku pasti, pertemuan antara kami tak lebih dari bilangan jari tangan. Dan dari pertemuan-pertemuan yang sebelum ini juga, aku belum pernah merasakan apa yang sedang aku rasa pada tika dan saat ini. Lain benar perasaanku petang ini. Dan untuk aku menutup getar di dada, aku gagahkan juga untuk menyambung ayat yang sedari tadi sudah tergambar dalam fikiranku.

“Hmm, finally dapat juga kita berjumpa ye.. Kalahkan VVIP. Even kalau nak jumpa PM pun tak seteruk ni.”

“Sorry Min. I tahu I salah. Tapi itu bukanlah sebab utama kenapa I tak nak jumpa dengan you sebelum ni. Ada sebab lain..”

Dia memulakan bicara setelah aku duduk di hadapannya. Mungkin juga setelah dia cukup pasti tentang tahap kesabaran yang masih kuat aku pertahankan.

“Sebab apa Hazim.. ? You takut I ambil tindakan bodoh, you takut I akan malukan you atau you fikir I akan terus melutut dan merayu pada you di tempat public ni.? “

Aku bersuara mendatar, cuba seboleh mungkin untuk mengawal perasaan agar apa yang aku rasa tidak terzahir dengar kata-kata. Aku tidak mahu kelihatan bodoh di matanya. Aku masih punya harga diri. Dia tidak boleh tahu apa yang aku rasa.

“Min, one fine day, I akan ceritakan pada you kenapa I terpaksa ambil keputusan yang macam tu. I tahu you marahkan I kerana parents you menanggung rasa malu yang teramat sangat pasal kejadian tu. Tapi percayalah, apa yang I buat tu ada sebabnya tersendiri. “

“Mengapa perlu tunggu. Kenapa tidak sekarang. ?”

“I tak tahu macam mana nak mulakannya. I tak mahu you fikir yang bukan-bukan dan I juga takut you tak boleh terima alasan I nanti”

“Hazim, tak ada bezanya jika you ceritakan sekarang atau kemudian. Intipati ceritanya tetap sama melainkan jika you ada niat nak memperbodohkan I lagi. You dah pernah guris dan sakitkan hati I. You dah kecewakan perasaan I, so tak ada bezanya jika you nak tambah lagi rasa sakit dan kecewa tu kerana kesan luka dari gurisan tu masih pedih terasa. “

Dia merenungku seketika. Dahinya dikerutkan seolah sedang memikirkan sesuatu. Ada sedikit kelainan di wajah itu.

“Min.. maafkan I jika I salah dengar tadi. Are you saying that its hurt you so much..?
I ingatkan, you cuma sakit hati dan berdendam dengan I. Tak pernah pula I rasa yang keputusan itu membuatkan you betul-betul terluka… ”

Aku terdiam untuk seketika. Kenapa kata-kata itu yang keluar dari bibirku… Kenapa boleh jadi begini… Apa yang cuba aku sembunyikan sebelum ni terzahir juga akhirnya. Aduh…, perlukah dia tahu perasaan aku yang sebenar tika ini..? Perlukan dia tahu yang perasaan indah itu sudah lama hadir dalam diri ku…? Perlukah dia tahu bahawasanya tunas-tunas kasih itu sudah mula bercambah..? Lamunan singkat itu di kejutkan apabila jari jemarinya lembut menyentuh tanganku.

“Min… Tell me the truth… Adakah you betul-betul terluka dengan keputusan yang I dah buat tu…? Mungkinkah you dah mula rasa seperti apa yang I rasa ?”

Jari-jemarinya semakin kuat mencengkam. Peliknya aku sendiri tidak berusaha untuk membesaskan tangan ku dari cengkaman itu. Kehangatan dari sentuhannya umpama aliran arus letrik yang mengalir melalui urat saraf lalu menghasilkan getaran di dada. Bibirku seperti dikunci, terus membisu tanpa kata. Hanya mata terus merenung jari-jemariku yang semakin kemas dalam genggamannya.

“Min… say something please..!!”

Ah… mengapa aku boleh hilang kawalan diri hanya dengan sentuhan itu? Mengapa aku harus jadi bodoh dengan perasaan ku sendiri.? ‘Jangan terus bermain dengan api Syamin.. kelak kau sendiri yang akan terbakar..’ Hati ku berbisik sendiri. Ya… belum masanya untuk dia tahu apa yang aku rasa…. Belum masanya juga untuk aku berikan cinta yang satu ini padanya..

“Ya, I memang terluka dan I memang kecewa walaupun rasa cinta untuk you belum tumbuh mekar dalam hati ni. Namun rasa marah dan dimalukan lebih teruk lagi dari kesan calar dan terluka itu. Dan I rasa semua wanita akan rasa apa yang I rasa kalau perkara ni terjadi pada diri mereka sendiri.”

“Maafkan I Min. Kalau I diberi pilihan, menyakiti hati you adalah pilihan terakhir yang akan I lakukan. Masa I buat keputusan tu I cuma fikir yang you akan kecewa untuk seketika saja dan mungkin you akan lebih gembira selepas tu kerana you tidak perlu meneruskan hajat parents you. I tahu yang tidak ada secebis pun perasaan cinta dan sayang untuk I waktu tu. You hanya terima I di sebabkan itu adalah keputusan parents you. Jika I tahu keputusan tu betul-betul buatkan you terluka dan kecewa, sudah tentu I akan cuba cari jalan penyelesaian yang lain. Min, I’m so sorry. Kalau I tahu itu yang you rasa , I tak…..”


“Sudah le . Lebih baik kalau you jangan teruskan. I malas sebenarnya nak pasang telinga untuk mendengar alasan-alasan yang you dah karangkan tu. You simpan saja dalam hati you , mungkin you akan perlukannya untuk gadis lain nanti. “


Aku memotong percakapan Hazim. Lebih baik dia tidak terus bersuara jika ianya sekadar untuk menutup ego diri seorang lelaki. Aku dah sanggup untuk meluangkan masa untuk berjumpa dengannya pun sudah cukup bagus. Aku diam seketika sambil menunggu reaksi darinya. Dia juga diam, mungkin sedang cuba untuk mencari alasan yang lebih baik lagi. Lalu kesempatan itu aku ambil untuk meluahkan saki baki kemarahan aku pada nya.

“I masih percaya pada kententuan Ilahi. I masih waras untuk menerima qada dan qadarnya. Dia sendiri lebih mengetahui akan apa yang terjadi ni. Mungkin juga you bukanlah calon suami yang terbaik untuk I dan begitu juga sebaliknya. Lagipun ikatan antara kita bukan lahir dari penyatuan dua jiwa. Ikatan itu semata-mata untuk menyatukan dua keluarga yang sudah lama menjalinkan persahabatan. Jadi dalam hal ni, rasanya tak penting untuk you tahu apa sebenarnya yang I rasa. Cukuplah sekadar you tahu yang I sememangnya marah dan mungkin juga berdendam dengan you. Ianya bukan kerana apa yang I rasa, tetapi apa yang you dah buat pada family I. Perbuatan you tu benar-benar mengecewakan hati dan melumpuhkan semangat mereka . Dan secara tak lansung keputusan you juga telah menyebabkan ikatan persahabtan yang telah lama terjalin itu dihiasi dengan bunga-bunga keretakkan.“


“I tak nafikan sebab memang I yang menjadi puncanya kenapa perhubungan antara parents kita sudah tidak seperti dulu. I tahu itu semua salah I. Perhubungan yang telah terjalin lebih dari dua puluh tahun hampir musnah dalam masa tidak sampai dua bulan. Itu semua salah I. I tidak akan sesekali menafikannya. “

“You betul-betul dah buatkan mereka rasa bersalah sesama sendiri dan you juga dah bebankan perasaan mereka dengan masalah you. Mereka dah cukup tua untuk menerima kesan dari perbuatan you tu. I bukan bercakap pasal parents I saja, tapi parents you juga. Tidak sepatutnya you buat mereka macam tu sedangkan I yang tak pernah ada apa-apa perasaan pada you pun sanggup mengenepikan kepentingan hidup I semata-mata untuk mengembirakan mereka. Pada I, apa yang I rasa tidak penting lagi selagi keputusan itu dapat membuatkan mereka bahagia dan gembira untuk menerus dan melewati hari-hari tua mereka. “


“Tapi Min, I bukannya main-main dalam hal ni. Tak pernah terlintas langsung dalam hati I untuk buat mereka macam tu. You ingat I teruk sangat ke hingga tergamak nak melukakan hari mereka. Jadi, untuk melenyapkan buruk sangka you pada I, dah tiba masanya untuk you tahu what was the reason behind walaupun you tak nak tahu atau you tak nak ambil tahu. Memang tadi I belum cukup bersedia untuk meluahkan cerita yang sebenar. Tapi bila I dengar dan I tahu apa yang you rasa walaupun you masih cuba nak sembunyikan…, I seolah-olah beroleh kembali kekuatan yang hilang sebelum ni. Andai apa yang you rasa tu transparent untuk I dan andai I boleh baca gerak hati you…., “

“Sorry Hazim, I tak punya cukup masa untuk mendengar madah-madah you yang dah di susun indah tu kerana pada I ianya tak lebih dari satu cerita rekaan. I dah ingatkan you tadi, jika you lari dari tajuk asal pertemuan kita , lebih baik I balik. Hmmm….Tapi…, I mungkin interested kalau you nak beritahu I yang you dah jumpa calon isteri yang sesuai untuk you. Sebabnya, kalau dah jumpa, you have to think twice sebelum buat keputusan. Jangan you jadikan nasib dia sama seperti apa yang telah you buat pada I sekeluarga. “

“Min, berilah I peluang untuk menyatakan hal yang sebenar. Lagi lama I pendam , lagi teruk prasangka you terhadap I. Lebih baik I beritahu you sekarang dan lebih baik kalau you pun luangkan masa you untuk mendengarnya. I takut jika ada something happen to me sebelum you tahu cerita yang sebenar-benarnya dari mulut I sendiri, you mungkin akan terus terusan membenci dan mendendami I kerana hal tu..”

Aku akur dengan permintaannya itu kerana secara tak langsung aku juga boleh menggunakan waktu yang sedetik ini dengan secukupnya. Mungkin dengan cara ini saja dapat meleraikan rasa rindu yang aku pendam selama ini. Peluang ini mungkin tidak akan berulang lagi kerana aku sendiri tidak tahu dan aku pun belum cukup pasti apa yang akan terjadi selepas ini. Mungkin tidak akan ada pertemuan untuk kami lagi selepas ini. Jadi biarlah masa yang tidak seberapa ini aku gunakan untuk menatap wajah itu sepuas-puasnya agar raut wajah itu dapat aku potret dan bingkaikan jauh di sudut hati aku.


“Hmm… baik, tapi kalau alasan you tu tak jelas dan lebih besifat untuk mempertahankan ego you , I minta maaf kalau I terpaksa bangun sebelum you habis bercerita.”

Dia merenung terus ke dalam anak mataku lama sekali, mungkin cuba mencari apa yang tersirat dalam hatiku. Aku jadi agak gelisah dengan keadaan itu. Dia menarik nafas panjang sebelum mula bersuara .

“Min, I putuskan hubungan kita bukan sebab I dah jumpa calon lain. Even kalau adapun tak mungkin sama dengan you. Sama ada you percaya atau tidak, walaupun pertunangan kita diuruskan oleh our parents, tapi I memang dah lama meminati you. I ikut almost semua perkembangan diri dan kerjaya you. I really admire your courage dan sekarang ni I rasa kalau wanita lain yang ada di depan I, mahu perang besar juga jadinya. Silap-silap tangan yang lembut tu dah singgah di muka I ni. “

Dia menyedut perlahan jus mangga dari gelas di hadapannya. Mungkin juga untuk melancarkan suaranya yang agak tersekat di kerongkong. Sejurus kemudian, dia merenung kearah ku semula lalu pandangan mata kami terperangkap lagi. Agak lama kali ini sebelum aku melarikannya lalu pura-pura merenung pada jari-jemariku yang sedang bermain dengan titisan wap ais yang terhasil di sekeliling gelas minumanku. Aku takut sebenarnya. Aku takut dengan getaran di dada ku sendiri setiap kali bila mata kami bertemu. Aku tahu matanya masih lagi merenung tajam ke wajahku dan aku tidak mahu tewas dengan redup matanya. Seketika kemudian dia kembali bersuara setelah agak lama kami bermain dengan perasaan sendiri.

“Min, sebenarnya I dituduh menggelapkan wang syarikat. Semua paperwork yang ada mensabitkan I terlibat dalam kes tu. Macam ada mastermind di sebalik apa yang terjadi . I hilang kawan dan I almost hilang kepercayaan dari family I sendiri. Susah nak kembalikan rasa hormat dan kepercayaan orang pada kita selepas kejadian tu. I hampir putus harapan. Iman I hampir goyah. Nyaris-nyaris I ambil tindakan bodoh. Nasib baik Tuhan masih sayangkan I. Sekurang-kurangnya I dapat peluang untuk meneruskan kehidupan ni. Rasa macam mati hidup semula. “

Aku masih diam mendengar. Aku perlu tahu dan sememangnya aku nak tahu dan nak mendengar dari mulut dia sendiri pengakuan-pengakuan yang pernah aku tatap di akhbar sebelum ni. Dengan alasan ini jugalah aku gagahkan kaki ku ke sini.

“Sepanjang dalam pemerhatian polis tu, I betul-betul hilang arah. Walaupun dibebaskan dengan jaminan, I rasa malu sangat pada mak dah ayah. I malu pada kawan-kawan dan I malu pada masyarakat. Yang paling merungsingkan I saat itu adalah you. I takut kehilangan you dan I takut you tak boleh terima I pada waktu tu. I rasa macam tak ada harga diri jika berdepan dengan you. Siang malam I cuba mencari di mana silapnya sehingga I dituduh sebegitu. I dah tak malu nak menangis lagi.”

Aku lihat ada airmata yang bergenang di kelopak matanya saat itu. Dia melarikan pandangannya keluar seketika. Dia mengusap hidungnya perlahan. Aku kira dia cuba meredakan rasa sebak di dada. Aku membiarkan dia bermain dengan perasaannya untuk seketika dan di kesempatan itu juga aku cuba mencari peluang untuk memerhati setiap sudut wajah itu dari sisi. Sesuatu yang tidak pernah aku lakukan dulu bila kami berjumpa. Dia menarik nafas perlahan sebelum menoleh kearah ku semula. Aku pura-pura bersikap selamba bila pandangan mata kami bertemu lagi. Aku sendiri terperangkap dengan khayalan singkat ku tadi walau berkali-kali aku cuba mengelaknya.

“Min, sepanjang tempoh itu I lebih banyak bersendiri. I terus memikirkan kenapa I dihukum sebegini. I malu sangat Min. Tak tahu mana nak letak muka ni. Bila I keluar, I rasa macam semua mata hanya ditujukan kearah I. Pandangan mata-mata itu bukannya nak menghulurkan simpati tetapi lebih kepada umpat keji dan sindiran seolah-olah I dah disabitkan dengan kesalahan dan sedang menunggu hukuman. Masyarakat betul-betul tak adil pada I waktu tu. Mereka dah jatuhkan hukuman sebelum mahkamah buat keputusan lagi. Kawan-kawan yang sama-sama senang dulu hilang entah kemana. I insaf Min. Dalam keadaan tu baru I lebih dekatkan diri I dengan Tuhan, dan dalam jangka waktu tu lah I mula sedar di mana kesilapan I yang sebenarnya. I tahu yang I tak bersalah dalam kes tu tapi I lupa bahawasanya terlalu banyak kesalahan I dengan Tuhan selama ni. I leka dengan kesenangan yang Dia beri. I lalai dalam mengejar urusan dunia.“

Percakapannya terhenti lagi. Kali ini airmata itu gugur sebelum dia sempat melarikan wajahnya kearah lain. Dia tunduk perlahan memandang kebawah. Aku jadi agak terharu dengan keadaannya. Perlahan ku keluarkan tissue dari beg sandangku dan tissue itu ku hulurkan kepadanya. Dia menyambut tissue dari tanganku sambil cuba tersenyum. Satu senyuman dalam keterpaksaan. Aku cuba berfikir apa yang perlu aku lakukan untuk meredakan keadaannya agar dia tidak terus rasa dipersalahkan walaupun itu adalah apa yang aku inginkan sejak mula berjumpa tadi.

“Hazim.., jika betul you sememangnya tak terlibat dalam hal tu, mungkin apa yang terjadi ni adalah ujian dari Nya akibat kelalaian you sendiri. Tuhan nak uji sejauh mana keimanan you dalam menempuh dugaan hidup ni. Dah lama Dia bagi you kesenangan dan bila you diuji sebegini sekurang-kurangnya you tidak terlalu leka dengan kekayaan dunia ni. Jika tidak, siang malam you di office saja. You kerja untuk mengejar kesenangan duniawi semata. “

“Hmm, I mengaku yang I terlalu taksub dengan kerjaya I. I rasakan duit adalah segala-galanya dalam kehidupan ni. Tapi I silap. Kerana kejadian tu, I hilang segala-galanya walaupun sekarang sudah terbukti yang I tak bersalah. I hilang harga diri, I hilang kawan, I hilang kebebasan dan I hilang segala-galanya. Dan yang paling I kecewa, I mungkin akan kehilangan you juga. Dan waktu I fikir, lebih baik I sendiri yang putuskan perhubungan kita, kerana jika keputusan itu you yang buat, I belum tentu mampu untuk menerimanya kerana I betul-betul mengharapkan you akan menjadi milik I. “

“Sudah lah Hazim. Lupakan saja apa yang telah terjadi . Lagipun sudah hampir setahun kejadian tu berlaku. Masa dah keadaan sudah merubah segalanya. Pelbagai peristiwa pahit dan manis telah berlaku sepanjang tempoh tu. Kekecewaan dan kegembiraan datang dan pergi silih berganti. Kita tak mampu nak menahan atau mengubah takdir Allah. “

“Kalau tidak kerana tu, you dah pun jadi isteri I agaknya walaupun you tak pernah menyintai I dengan sepenuh hati. Betapa ruginya masa yang telah I persiakan. Andai masa itu boleh diulang semula…”

Aku berpura-pura tidak mendengar kata-katanya itu. Tapi dalam hati hanya Tuhan yang tahu betapa bahagianya bila ucapan itu lahir dari bibirnya saat ini. Aku sendiri dapat rasakan kelainan yang aku rasa sejak kebelakangan ini. Tapi seperti apa yang dibisikkan oleh hati ku seawal pertemuan tadi…, dia masih belum berhak untuk tahu apa yang ada dalam hati aku. Biarlah perasaan indah yang hadir ini aku rasai sendiri. Aku belum bersedia untuk berkongsi perasaan ini dengannya kerana aku belum bersedia untuk di kecewakan lagi dalam waktu yang terdekat ni.

Setelah agak lama membiarkan dia meluahkan apa yang terbuku di hatinya selama ini, aku meminta diri untuk beredar. Titisan hujan sudah mula turun membasahi bumi. Aku tak mahu terperangkap dalam kesesakkan lalu lintas nanti. Dan yang paling penting aku tidak mahu terperangkap dengan perasaan aku sendiri. Lebih lama aku bersama dengannya lebih sukar rasanya untuk aku cuba menjarakkan diri nanti. Aku tak mahu rindu yang aku pendam ini terlalu ketara di matanya. Biarlah masa yang akan menentukan hala tuju perhubungan ini.

*******************

Sudah hampir sebulan aku tidak mendengar sebarang berita dari Hazim. Bukan dia tidak cuba menghubungi aku tetapi aku belum bersedia untuk bertemu dengannya lagi dalam waktu yang terdekat ini. Talian talifon cepat-cepat aku matikan bila namanya tertera di screen kecil talifon bimbitku. Aku perlu menilai diri dan perasaan aku sendiri sebelum sebarang keputusan yang bakal aku ambil nanti sama ada untuk diriku sendiri mahupun apa-apa yang melibatkan Hazim juga.

Sejak pertemuan terakhir kami sebulan yang lalu, aku sentiasa pastikan waktu yang terluang diisi dengan sesuatu yang boleh membuatkan minda aku terus bekerja . Tiga set cross-stitch dengan lakaran yang berbeza yang tidak sempat aku habiskan sebelum ini, telah aku siapkan. Dan aku menambahkan satu lagi hobi yang kurang aku minati sebelum ini iaitu menanam dan menjaga pokok-pokok bunga . Semua yang aku lakukan ini adalah semata-mata agar aku tidak terus-terusan memikirkan Hazim. Mungkin juga ada kebaikan di sebalik apa yang terjadi ini. Sekurang-kurangnya kerja-kerja yang tertangguh sebelum ini dapat aku habiskan bila punya waktu terluang.

Setiap petang, setelah tiba di rumah, perkara pertama yang akan aku lakukan adalah melihat pokok-pokok bunga yang sedang membesar. Itulah kata orang tua-tua, berbudi pada tanah ada juga hasilnya. Walau pun bukannya tanaman yang boleh dituai akan hasilnya, tetapi aku tetap puas bila melihat pokok-pokok yang tumbuh segar itu adalah dari hasil sentuhan jari jemari aku sendiri. Bila pokok-pokok itu mula mengeluarkan bunga nanti, aku pastinya lebih gembira…Hmm.. tapi mampukan wangian dan keindahan bunga-bunga itu nanti menyaingi kerinduan ku padanya….?

Namun… satu hobi yang paling aku gemari sebelum ini terpaksa aku lupakan untuk waktu yang terdekat. Novel-novel yang telah dibeli masih lagi tersimpan dalam almari kecil di sudut katil. Ingin sekali rasanya untuk aku habiskan novel-novel itu, tapi aku tidak boleh. Bila sampai padai chapter-chapter yang tertentu, hati ku pasti akan terdorong untuk kembali mengingati Hazim. Ada masanya aku rasakan watak-watak yang digambarkan oleh penulis adalah mewakili watak aku dan Hazim sendiri. Ada juga jalan cerita yang di lakarkan menyerupai perjalanan hidup dan hubungan yang tak kesampaian antara aku dan dia.

Seringkali juga aku cuba memadamkan segala kenangan dan ingatan untuk lelaki itu, namun aku sering tewas. Semakin aku cuba untuk melupakan nama dan dirinya semakin dekat pula imbasan bayangannya melintasi kotak fikiran ku. Hazim.., mengapa begini kau corakkan perjalanan hidup kita….? Kalaulah aku mampu untuk melihat apa yang ada di depan, tak mungkin aku akan menerima permintaan mama dulu. Aku lebih senang dengan cara dan kehidupan aku sebelum kehadirannya. Aku boleh menyusun dan merencanakan segala masa depanku dengan teratur. Selebihnya aku hanya akan berusaha dan berdoa agar apa yang aku rencanakan akan mendapat keizinan dariNya. Namun kini, setelah kau hadir dalam laluan hidup aku, segalanya berubah. Setiap apa yang hendak atau yang akan aku lakukan, bayangan wajahmu pasti kan datang menyapa seolah engkau adalah sebahagian dari rancangan masa depanku.

Aku sendiri tidak mengerti apa sebenarnya yang aku inginkan. Mengapa perasaan aneh itu begitu payah untuk aku hindarkan. Mungkin begini agaknya perasaan insan-insan yang sedang bercinta. Tapi.. benarkah aku sudah jatuh cinta pada Hazim…? Adakah keresahan dan kerinduan yang aku rasakan ini adalah salah satu dari penyakit cinta…? Jika benar.., mengapa aku harus menafikannya. Memang tidak salah untuk jatuh cinta tapi yang salahnya aku sudah jatuh cinta pada orang yang tak sepatutnya aku cintai. Orang yang telah menjatuhkan maruah aku dan keluargaku dan kesan luka itu masih kami rasai walaupun dia punya sebab dan alasannya yang tersendiri….

Wani… kalaulah aku punya kekuatan untuk menceritakan pada kau apa yang sedang aku alami kini… aku pasti meluahkan segala apa yang terpendam agar keresahan yang aku rasa dapat dikongsi bersama. Namun, rasa malu mengatasi segalanya. Aku kira aku sudah boleh menjangka apa jawapan yang akan aku terima jika perasaan ini aku ceritakan padamu… Kau pasti meminta agar aku terus melupakan Hazim, atau paling tidak pun kau akan suruh aku buka pintu hati aku untuk lelaki lain. Sesuatu yang tak mungkin aku lakukan dalam masa yang terdekat ini.

Mama menghampiriku pada satu petang ketika aku sedang menaburkan baja untuk pokok-pokok kesayanganku. Rupanya, dalam diam…. , tanpa aku menyedari, segala tindak tanduk ku sejak kebelakangan ini menjadi perhatian mama. Mungkin lakonan ku masih belum cukup bagus untuk menutup segala yang bersarang di jiwa. Aku tidak mampu untuk terus berlakon bila mama tidak ada di depan mata.

“Min…, boleh mama cakap sikit..? “

Aku menoleh ke arah mama lalu bangun berdiri. Aku tidak pasti apa yang mama nak cakapkan dengan ku , tapi tentu ada sesuatu yang sedang bermain di fikirannya. Jika tidak masakan muka mama agak serious dan hanya senyuman hambar yang mama hadiahkan untuk ku tatkala aku memandang ke wajahnya.

“Ma.., Min cuci tangan dulu ye..!”

Aku berjalan kearah paip air yang ada di tepi pagar tak jauh dari tempat aku dan mama sedang berdiri. Mama menghulurkan tuala kecil apabila aku kembali mendekatinya yang sudahpun duduk di kerusi yang ada di taman kecil di belakang rumah kami. Aku duduk perlahan mengadap mama yang masih membisu.

“Ma.., ada hal penting ke yang mama nak cakap kan pada Min. Mama senyum le sikit. Takut juga Min tengok muka mama macam ni. Macam ada yang tak kena saja. “

Aku cuba berjenaka dengan mama agar suasana yang agak muram ini dapat aku ceriakan sedikit.

“Min masih berhubung dengan Hazim..?”

Aduh…, soalan pertama dari mama saja sudah membuatkan nafasku sesak. Aku pura-pura ketawa dengan harapan debaran di dada dapat aku sembunyikan dari mama.

“Apa ni ma.. Kenapa soalan tu yang mama tanya…?”

“Min, mama minta maaf. Tapi mama rasa Min patut belajar dari pengalaman lalu. Mama bukan nak melarang Min dari terus bertemu atau berkawan dengan Hazim. Tapi mama tak mahu Min dilukai lagi. Bukan mudah bagi mama untuk melupakan kenangan pahit tu. Mama tak sanggup lagi untuk menghadapinya. “

“Ma…, Min tak pernah lupa apa yang Hazim dah lakukan pada kita. Kalau sekalipun Min terus berkawan dengannya, Min tahu di mana kedudukan Min. Min tak akan sesekali memalukan mama lagi. Masih terbayang rasanya di mata Min sindiran-sindiran dan umpat keji masyarakat sekeliling hingga kita terpaksa jual rumah kesayangan mama dan abah lalu terpaksa menetap di tempat baru ni. Hmm…, mama jangan marah kalau Min pula nak tanya ye..”

“Tanya le Min.. Apa yang Min nak tahu ?“

“Mama masih marahkan Hazim pasal kejadian tu..?”

Mama tersenyum tawar dengan soalan ku. Dalam keadaan begini mama tidak mampu untuk menyembunyikan rahsia hatinya.

“Min rasa macam mana..? “

“Tidak le.. Min cuma nak tahu apa perasaan mama pada Hazim. Maksud Min setelah mama tahu kenapa dan mengapa dia buat keputusan macam tu.”

Mata bening mama masih merenung lembut kewajah ku. Sudah lama raut wajah itu tidak mempamirkan keceriaan. Segala tutur katanya kepada ku begitu lembut dan begitu berhati-hati sekali. Katanya dia tak mahu aku terluka lagi. Tapi aku tahu yang mama sendiri tidak mahu sejarah lama berulang.


“Entah lah Min. Susah mama nak cakap. Hati dan perasaan mama dah tak tahu nak bezakan lagi. Marah ke lagi mama pada Hazim… Dendamkah mama pada Hazim atau mungkin mama marahkan diri mama sendiri kerana buat keputusan untuk Min waktu tu. Kalau mama yang tak beria-ia nakkan Hazim jadi menantu mama, mungkin Min tak rasa apa yang Min rasa sekarang. “

“Ma! Min bukan nak ungkit pasal kejadian tu, dan Min tak nak mama rasa bersalah lagi. Min cuma nak tahu sama ada mama masih marahkan Hazim lagi. Lagipun mama yang selalu cakap kan…, semua tu dugaan dariNya. Alhamdulillah ma, kita sama-sama dapat mengharunginya walaupun kesannya amat pahit sekali untuk ditelan.”

“Min tak jawap lagi soalan mama tadi.. Min masih berhubung dengan Hazim ..?”

Aku terperangkap lagi. Aku kira mama sudah berpuas hati dengan penjelasan yang aku berikan.. Rupa-rupanya , soalan cepumas itu masih memerlukan jawapan.. Aku menarik nafas panjang dan melepaskannya perlahan, mencari sedikit kekuatan untuk menjawap soalan mama tu.

“Hmm.. Min memang ada berjumpa dengan Hazim.., tapi itu sebulan yang lalu. Lepas tu Min pun tak tahu di mana dia sekarang… Min dah tak hubungi dia lagi. “

“Hazim ada cuba call Min selepas tu..? “

Aku jadi tidak menentu tiba-tiba.. Mama seperti dapat membaca apa yang tersirat di hati aku. Aku tak salahkan mama jika perasaan ingin tahunya mengatasi segala-galanya. Mungkin pengalaman lalu banyak mengajar mama tentang tingkah laku Hazim. Mama pernah kata yang dia boleh menerima keputusan Hazim tu jika Hazim sendiri jujur dalam memberikan sebab-musabab mengapa keputusan itu perlu di ambil dan bukannya memutuskan ikatan tu tanpa alasan yang munasabah seolah aku, anak tunggalnya ini tidak punya harga diri.

“Min… mama sedang cakap dengan Min ni.. ?”

Aku tersentak dengan suara mama yang agak tinggi. Mengelamun lagi aku rupanya. Ini semua tak lain dari penyakit yang di sebabkan oleh lelaki itu. Mengenali lelaki itu banyak mengajar aku untuk bermain dengan perasaan dan berperang dengan minda aku untuk membuat dan menilai sesuatu dari sudut pemikiran ku sendiri.

“Hmmm, dia ada call, tapi Min tak jawap…”

“Kalau Min dah buat keputusan Min sendiri, lebih baik Min berterus terang dengan dia. Jangan sampai dia fikir yang Min sengaja nak mainkan perasaan dia atau Min nak balas dendam pasal kejadian yang lepas tu…”

“Nantilah.. biar Min fikir dulu. Tapi tak salahkan kalau dia rasa apa yang pernah Min rasa dulu. Setidak-tidaknya dia perlu belajar bagaimana nak menghormati hati dan perasaan orang lain. Jangan ambil mudah saja…”

“Min tak boleh buat macam tu, melainkan….. kalau Min nak dia terus bermalam di luar sana..”

Aku memandang mama dengan minta penjelasan. Kali ini ada secalit senyuman meniti di bibir mama.

“Min pergilah jumpa dia di depan. Dah lama dia tunggu tu…”

“Maksud mama…?”

“Hazim ada di hall. Dah lama dia sampai. Dia sendiri dah ceritakan apa yang Min beritahu mama sebelum ni. Dia nak jumpa Min. Pergilah… tapi Min jangan buat keputusan yang salah seperti apa yang mama buat dulu. ”

Aku memang agak terperanjat dengan apa yang mama cakapkan. Hazim dah kotakan apa yang dia katakan dulu. Dia akan datang berjumpa dengan mama dan abah untuk memohon maaf atas apa yang telah terjadi hampir setahun yang lalu. Dan kini dia telah berada di dalam rumah kami dan telah juga mendapat keizinan mama untuk bertemu dengan aku. Hazim… tindakan kau memang selalu di luar jangkaan...

Aku akhirnya bangun juga dari kerusi setelah mama turut sama bangun dan menuju ke pintu dapur. Fikiran aku agak bercelaru. Apa yang dia inginkan dari aku lagi…



********************

Aku melangkah perlahan keruang tamu. Mama masih di dapur. Abah pula masih belum pulang dari menziarahi kawannya yang sakit. Mungkin lebih selesa berbual tanpa kehadiran mama dan abah. Sekurang-kurangnya aku bebas meluahkan apa yang aku rasa jika perlu. Jika mama ada.., perbualan kami mungkin terbatas dan mama sudah tentu tidak suka jika aku mengeluarkan kata-kata yang mungkin pada fikiran mama tidak manis untuk dituturkan pada tetamu.

Dia berdiri menghadap ke jendela yang terbuka luas. Kedua tangannya dimasukkan ke dalam poket jeans hitam yang dipakainya. Agak lama aku diam berdiri di belakannya, memerhatikan sesusuk tubuh yang tanpa dia ketahui sudah berjaya mencuri sebahagian dari jiwa ragaku…, Arrgghhh…rindukah aku pada lelaki ini… ?

“Assalamua’laikum…”

Pantas dia menoleh setelah mendengar salam yang aku ucapkan. Satu senyuman terpancar dari wajahnya.

“Wa’alaikumsalam…! Hah…. Lega rasanya. Lama I tunggu, ingatkan you dah tak mahu jumpa dengan I lagi. “

“Kenapa you ke sini..?”

“Kenapa you tanya macam tu…? Kalaupun you masih marahkan I.., takan tak sempat nak tanya khabar I dulu.. Sihat ke , sakit ke, rindu ke.. “

“I tak suka tanya soalan yang I dah tahu jawapannya. Lagipun…, kalau you sakit, ubatnya bukan di sini..”

“Agak-agaknya di klinik tu ada tak ubat untuk orang yang sakit rindu macam I ni.. ?”

“Habis, you rasa di sini ada ke ubat untuk penyakit tu..?”

“Kalau I tak jawap pun ,, rasa-rasanya you sendiri dah tahu jawapan untuk soalan tu. Min.. segala-galanya ada di sini. Semua penawar tu ada pada you.”

“Hazim.., mungkin dulu segala penawar tu ada pada I. Tapi kini tidak lagi. Penawar yang I simpan tu dah lama menjadi racun. “

“Min.. I akan terima apa saja dari you, walau racun sekalipun. Yang penting.., I nak tebus balik segala kesalahan I pada you. “

“Ini bukan caranya. Lagipun.., I tak mahu kedatangan you ke sini membuka kembali lembaran lama. I tak mahu hati mama dan abah terluka lagi bila melihat you disini. Kasihanilah mereka Hazim... Mungkin hati mama terlalu lembut sehingga begitu mudah dia menerima kehadiran you , tapi I tak tahu sama ada abah boleh menerima you sama seperti mama tadi…”

“I sanggup terima apa saja. I pasrah andai itu kehendakNya. Tapi Min…,tidak sudikah you menerima I walaupun hanya sebagai tetamu …?”

“Bukan begitu maksud I. Tapi you tak sepatutnya datang kemari. I tak tahu apa yang you dah bualkan dengan mama tadi. Harap-harap tu, apa yang you bualkan tidak menyebabkan hati mama kembali terusik …”

“Kenapa begitu sekali you fikirkan.. teruk sangatkah sikap I di mata you. Please Min… Jangan jadikan sejarah lalu untuk you menilai diri I sekarang. I’ve told you before. Semua yang berlaku tu di luar kemampuan I. “

Aku membiarkan dia yang masih kelihatan serba salah. Sesekali ada peluang untuk melukakan hati dia mengapa harus aku biarkannya begitu saja. Setidak-tidaknya biar dia pula berperang dengan perasaannya sendiri. Aku tidak fikir perbuatan aku ini kejam jika nak dibandingkan dengan apa yang pernah aku alami dulu. Aku duduk di sofa dan membiarkan dia yang masih berdiri sambil memandang kearah ku. Dia akhirnya duduk di hadapanku tanpa dijemput. Mungkin dah penat berdiri agaknya.

“So… apa sebenarnya hajat yang membawa you kemari. Pandai juga you cari rumah I ni. But one thing for sure, this will be our last moved. Kami tidak akan berpindah lagi. I harap you faham apa maksud I..”

“Min.. apa lagi yang perlu I katakan untuk mengembalikan kepercayaan you pada I… Apa lagi yang boleh I buktikan tentang hati dan perasaan I terhadap you... Tolonglah Min, I datang ke sini bukannya nak mulakan sengketa baru. I ke sini sebab I perlukan seseorang untuk berkongsi kegembiraan yang baru I rasa. I nak you turut sama mendoakan agar separuh dari kegembiraan yang I rasa hari ni akan berterusan. I nak you sama berkongsi cahaya baru yang dah mula menyinari diri ini setelah hampir setahun hidup umpama pelarian di tempat sendiri. “

“Okey…, apa yang you nak kongsikan dengan I..? You dah jumpa pengganti I atau you dah jumpa mangsa baru…?

“Apa ni Min.. Tak puas-puas you nak sindir I. Tak pe la.., Apa nak buat. Dah nasib badan agaknya. You katalah apa saja, yang penting you dah ada di depan mata I. Syamin, yang sebenarnya I dah dapat kerja baru.”

“Hmm… Di mana..? I ingatkan you dah kerja dengan company lama you semula..?

“Tak mungkin I balik kesana semula. I tak nak perkara lama berulang. I belum cukup bersedia untuk menghadapinya buat kali kedua. I dah hilang kepercayaan pada mereka. Rasanya dah naik muak tengok muka-muka yang tak tahu malu tu.”

“So, which company ?”

“Company ni tak le sebesar company I yang dulu tu. Tapi InsyaAllah, rezeki Tuhan ada di mana-mana. I akan bina semula career I yang dah malap tu. I really hope I can go for it. Pray hard for me please.”

“InsyaAllah, I will. Semoga you berjaya.”

“So, you pula macam mana..?”

“Apa maksud you..?”

Dia diam lalu mengalihkan pandangan matanya keluar . Aku masih lagi menanti. Seketika kemudian, pandangan matanya dialihkan kepadaku semula. Lembut renungan matanya kali ini. Dia masih lagi diam. Ada sedikit kegusaran di wajah itu.

“Hazim.., apa sebenarnya yang you nak tahu ?”

Dia mendengus perlahan sebelum bersuara.

“Entahlah Syamin.., terlalu sukar untuk I luahkan segala apa yang terpendam dalam hati ni. I takut impian I yang satu ni tak kesampaian.”

“Apa lagi yang you harapkan..? You dah dapat apa yang you nak. Kerja baru, jawatan baru dan suasana juga baru. I rasa dengan apa yang you ada, you tak akan ambil masa yang lama untuk mulakan segalanya. Yang penting you kena percayakan diri you sendiri dan, kali ni do not work too hard hingga lupa tuntutan dan tanggung jawap yang lain. You tahu apa maksud I bukan..?”

“InsyaAllah, I tak akan lalai lagi. Tapi bukan itu yang buat I risau. Ada hal lain sebenarnya…”

“Hal apa..?”

“You..?”

“Me…, but why..?”

“Syamin, kalau boleh I nak jalinkan semula perhubungan yang tak kesampaian dulu.”

“Hazim….”

“No Syamin.., biarkan I habis cakap dulu, boleh..?”

Lembut sahaja suaranya merayu.

“Min, I tahu tidak semudah tu untuk you terima I semula. I tahu apa yang terjadi antara kita dulu tak akan pernah luput dari ingatan you. Dan mungkin, hingga akhir hayat I sekali pun, I tak akan dapat pulihkan semula apa yang you dan parents you lalui. I tak mungkin dapat memaafkan diri I atas semua penderitaan dan kekecewaan yang mereka alami. Jika itu adalah satu-satunya alasan untuk you tidak menerima I semula, I akur dan I faham. Tapi, jika you ada alasan lain, please consider it. I nak ikatan yang sudah putus itu dijalinkan semula. Dan I berjanji.., selagi hayat dikandung badan, ikatan kali ini akan disimpul rapi dan tidak akan terlerai lagi. “

“Hazim.., you sendiri dah tahu jawapan untuk soalan you tu. Tak semudah itu untuk I terima you semula. Jika you sendiri tak sanggup untuk kembali bekerja di tempat lama walau you tahu you tak bersalah, just because you tak mahu perkara yang sama berulang…, begitu juga I. Rasa macam baru semalam perkara tu berlaku. Walaupun kesan penderitaan dan rasa kecewa sudah lama berlalu, namun parutnya masih ada. Kita jadi kawan saja. I lebih selesa macam ni. I dah tak mahu sandarkan apa-apa harapan lagi. Lagipun, you terima I dulu pun kerana pilihan keluarga right ? Jadi, rasanya tak ada masalah bagi you untuk mencari cinta baru.”

“Min.. mengapa begini jadinya perhubungan kita…. Please Min, I akan beri you masa untuk fikirkan tentang hal ni. Ambillah sebanyak mana masa yang you perlukan. I akan tunggu. “

“Hah…, sanggup ke you tunggu walaupun untuk sepuluh tahun lagi…?”

“I sanggup Min. Walaupun you dah bongkok tiga.. “

Aku hanya tersenyum tipis dengan kata-katanya. Aku sememangnya belum cukup mampu untuk mentafsirkan akan keluhuran niatnya kali ini, tapi jika aku mahu api cinta yang sedang menyala di dalam hati ini membara dan beralun seiring dengan ombak kasihnya, mahu saja aku kembali bermain dengan rentak tari yang baru bersama dia. Mungkin hayunan langkah dan irama cinta dan kasih kami kali ini lebih mengasyikkan lagi. Dan jika aku cukup kuat untuk menghadapi badai gelora yang bakal melanda, mungkin aku akan akur dengan permintaannya kali ini…, dan demi kasih yang mula bersemi ini juga akan aku buang jauh perasaan marah dan dendam yang masih bersisa, akan aku sambut huluran tangannya dengan rela..… namun sedetik itu juga pesanan mama tadi kembali melintasi di ruang fikiran dan memaksa aku kembali kealam reality. Hati mama tidak mungkin aku sakiti lagi.

“Jangan buang masa Hazim. Carilah gadis lain. You hanya buang masa you saja kalau you tunggu I. Susah untuk I terima you semula dalam hidup I melainkan sebagai teman biasa.”

“Min, jangan berikan keputusannya sekarang. Fikiran you mungkin akan bertukar bila you bangun dari tidur esok. Tolonglah...! Pertimbangkan semula harapan dan permintaaan I ni. Jangan sampai ajal I tiba tapi hajat tak sampai. Merana I nanti Min. “

“Hazim.. , jodoh , ajal dan maut tu kan kerja Tuhan.. Walau setinggi gunung sekalipun harapan yang kita sandarkan…, segala ketentuan tetap ditanganNya. I lebih suka begini. Jika ikatan persahabatan yang you mahukan.., you sudah dapat persetujuan dari I. Tapi jika you mahu lebih dari itu…, sorry… I belum bersedia.”

Dia hanya mengusap muka beberapa kali dengan jawapan yang keluar dari bibirku. Walaupun bukan itu yang aku mahukan.., tapi aku belum punya kekuatan untuk menyambung semula ikatan yang terputus dulu. Walau perasaan rindu itu sudah ada untuk nya… namun aku belum cukup yakin untuk menyatakannya. Bukan kerana dendam.. tetapi mungkin aku takut jika dikecewakan lagi dan yang paling penting.. permintaan mama perlu aku dahulukan, kekecewaan yang mama rasa mungkin lebih teruk dari apa yang aku alami.

“Min.. walaupun lebih lama I di sini.., belum tentu I mampu untuk melembutkan hati you semula. Mungkin api dendam itu masih berbara. Walau selautan kasih yang I curahkan…, belum tentu bara itu dapat dipadamkan… I tetap akan bersabar Min. I akan tetap menunggu selama yang I mampu…, dan mungkin juga hingga nafas I terhenti.”

Kepulangannya petang itu aku iringi dengan perasaan yang berbaur. Aku sendiri keliru, dalam keadaan begini perasaan siapa yang perlu aku dahulukan. Melerai impian Hazim bermakna separuh dari diri dan impianku sendiri terpaksa aku korbankan. Mengingkari permintaan dan pesanan mama bererti aku umpama mengguris semula parut di hati mama yang pernah Hazim tinggalkan…. Arrrgghhh… hati aku berperang lagi entah untuk kali yang keberapa hari ini… Namun, yang pasti, kepulangannya petang itu membawa bersama secebis dari perasaan ku untuknya walaupun tanpa dia sedari. Dan yang pastinya juga, kedatangannya yang tanpa di duga petang ini meninggalkan seribu satu keindahan yang tidak mampu untuk aku ungkapkan.


*********************



-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For kasih_kekasihProfil   Hantar PM kepada kasih_kekasih   Pergi ke kasih_kekasih's Website   Quote dan BalasQuote

sanada_yukimura
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2004
Ahli No: 8184
Posting: 419
Dari: negeri matahari terbenam ( kedah )

japan  


posticon Posting pada: 29-05-04 21:46





karya sendiri ke?



Bookmark and Share

    


  Member Information For sanada_yukimuraProfil   Hantar PM kepada sanada_yukimura   Pergi ke sanada_yukimura's Website   Quote dan BalasQuote

kasih_kekasih

Menyertai: 17.05.2003
Ahli No: 415
Posting: 1813
Dari: ....PeRMaTaNg PaUH.......

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 31-05-04 08:01


kenapa..tak percaya yer...

-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For kasih_kekasihProfil   Hantar PM kepada kasih_kekasih   Pergi ke kasih_kekasih's Website   Quote dan BalasQuote

cik_ct
Warga 1 Bintang
Menyertai: 28.02.2004
Ahli No: 7610
Posting: 22
Dari: Bumi Allah

egypt   avatar


posticon Posting pada: 31-05-04 17:50


takat ni je ke ceritanya?xde sambungan ek?

Bookmark and Share

    


  Member Information For cik_ctProfil   Hantar PM kepada cik_ct   Pergi ke cik_ct's Website   Quote dan BalasQuote

itsjustme
WARGA SETIA
Menyertai: 22.08.2004
Ahli No: 10665
Posting: 790
Dari: Cheras KL

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 09-09-04 21:44


boleh dibuat novel ni....

Bookmark and Share

    


  Member Information For itsjustmeProfil   Hantar PM kepada itsjustme   Quote dan BalasQuote

nisa_annur
Warga Rasmi
Menyertai: 20.07.2004
Ahli No: 10171
Posting: 6
Dari: depan pc

Terengganu  


posticon Posting pada: 21-09-04 18:44



xde smbungannya ke kasih_kekasih?? nk tahu sgt kesudahannya.. cerita ni menarik.. smbungla lagi yeh..

Bookmark and Share

    


  Member Information For nisa_annurProfil   Hantar PM kepada nisa_annur   Quote dan BalasQuote

hakima
Warga 2 Bintang
Menyertai: 09.09.2004
Ahli No: 11033
Posting: 41
Dari: BUMI ALLAH

Sarawak   avatar


posticon Posting pada: 27-10-04 13:12


aik?takde sambungan ke?bestlah cerita ni.


Bookmark and Share

    


  Member Information For hakimaProfil   Hantar PM kepada hakima   Quote dan BalasQuote

kasih_kekasih

Menyertai: 17.05.2003
Ahli No: 415
Posting: 1813
Dari: ....PeRMaTaNg PaUH.......

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 27-10-04 13:29


maaf yer....

ni sambungannya.....

************************

Hujan lebat yang turun sejak petang semalam menyebabkan traffic agak teruk pagi ni. Air naik di beberapa kawasan yang agak rendah. Di tambah pula dengan sikap pemandu yang lebih mementingkan diri sendiri sehingga mengakibatkan lampu isyarat yang ada pun macam tidak berfungsi lagi. Masing-masing nak cepat, seolah-olah mereka saja yang ada tujuan. Kenderaan yang bergerak agak rapat di antara satu sama lain memaksa aku terus berhati-hati agar tidak ada perkara yang tidak di ingini terjadi.



Aku terlewat hampir satu jam pagi ini. Harap-harap tu mood Encik Zahid masih baik, jika tidak teruk juga aku hendak menyediakan alasan yang boleh dia terima kerana alasan traffic jam memang tidak masuk dalam senarainya. ‘You should know how to manage your time. Jalan raya tu bukan untuk awak saja. Kalau dah tahu traffic jam, sepatutnya awak keluar setengah jam lebih awal dan bukan sebaliknya.. ’ Ayat itu selalu benar aku dengar dari staf-staf yang lain bila keluar dari bilik beliau jika dipanggil kerana sering datang lewat.



Sesampai saja di kawasan parking kereta, mood aku yang terlebih dahulu bertukar rupa. Petak yang sudah hampir tiga tahun menjadi ‘milikku’ secara tak rasmi tu sudah diisi. Aku memerhatikan nombor pendaftaran kereta yang agak asing tu, rasa-rasanya kereta tu bukan kepunyaan staf-staf di syarikat ni. Mahu tidak mahu aku terpaksa ke tingkat lain kerana tidak ada petak kosong lagi di aras ini. Sabar.., sabar…, ku pujuk hati yang sudah mula panas. Lagipun, ini salah aku juga, sepatutnya aku keluar lebih awal pagi tadi kerana itu bukan pertama kali laluan itu aku lalui. Sudah lebih dari tiga tahun aku menggunakan jalan tu dan aku sepatutnya sudah arif benar dengan keadaannya bila hari hujan.



Aku menghampiri Umie, gadis manis berambut panjang yang sudahpun berbakti pada syarikat ini sebelum aku mula berkerja di sini lagi. Kedatanganku disambut dengan senyuman manisnya. Sedikit terubat hati ku lalu senyumannya aku balas mesra.



“Selamat pagi cik Syamin. Still early.., belum ada apa-apa surat atau parcel untuk you lagi. “



“Selamat pagi. I tahu masih awal lagi untuk si Anuar tu bawa balik surat. Tapi I nak tanya, ada staf baru ke yang start duty hari ni..? “



Umie tersenyum lagi dengan soalan ku itu.



“Okey, sebelum I jawap soalan you tu, I nak sampaikan pesan dari Pak cik Rosli. Dia kata dia minta maaf kerana tak sempat nak letakkan ‘sign’ kat parking lot yang dah jadi ‘milik’ you tu. Selalunya you datang awal dan jika you masuk lambat you akan tinggal pesan. Tapi pagi tadi, bila dia start duty pukul 7.30, kereta tu dah ada di situ. So, bila dia nampak I masuk, dia suruh I tolong confirmkan kereta tu kereta siapa. “



“So.. you dah tahu kereta siapa..?”



“Yup… itu kereta HR manager yang baru…?”



“Tapi kenapa dia tak masuk ke Manager’s Parking Lot..?”



“Entah.., Yuen cakap dia dah beritahu boss baru tu. Tapi boss dia cakap esok saja dia masuk parking yang dah di allocate untuk managers.”



“Tak pe lah Umie. Thanks for your infor. Lagi satu, kalau you nampak Pak cik Rosli, katakan yang dia tak perlu rasa bersalah. Lagipun, parking tu milik semua kat office ni. Bukan ‘milik’ I saja. Cuma kalau staf-staf lama tu mereka dah tahu I suka tempat tu dan so far tak ada yang nak bising. Orang baru tu mungkin tak kenal staf biasa macam kita ni dan kalau kenalpun mungkin dia takkan peduli.”



Aku berlalu meninggalkan Umie dan meneruskan langkahku sepantas yang mungkin agar segera sampai ke tempat ku. Aku melihat jam di tangan dan jarumnya sudah menunjukkan hampir ke pukul 9.45 pagi. Sesampai di tempat ku, aku lihat ada satu nota kecil ditinggalkan di atas meja. ‘Syamin, boss nak jumpa. Rina, 9.15 am ‘. Sudah hampir setengah jam berlalu dari masa yang tertulis di atas nota kecil itu. Aku pantas mendail extension Rina inginkan kepastian tentang tujuan sebenar Encik Zahid nak jumpa aku.



“Hello, Rina ! Syamin here. I lewat pagi ni. You tahu tak kenapa boss nak jumpa..?”



“Sorry Min. Kurang pasti. Kalau I tanya nanti dia ingat I nak busy body. You tahulah boss kita tu, jangan tanya lebih dari yang dia beritahu dan jangan jawap lebih dari yang dia tanya. You’d better go and see him now. Nampak macam mood tak baik je pagi ni..”



Kenyataan Rina buat aku bertambah kecut. Adakah ianya ada kena mengena dengan issue minggu lepas atau adakan ianya berkenaan dengan report yang ada sedikit kesilapan tu. Aku memperbetulkan apa yang patut pada penampilanku lalu menuju ke bilik Encik Zahid. Dalam hati tak henti-henti berdoa agar kemarahan nya cepat reda dan mood nya kembali normal. Pintu biliknya perlahan ku ketuk, lalu masuk dan memberi salam.



“Assalamua’laikum Encik. Maaf saya lewat masuk pagi ni…”



“Hmm. Waa’laikumsalam. Duduk. “



Walaupun salam yang ku beri berjawap dan nyata tidak ada apa-apa perbezaan pada suara itu, namun dia masih menumpukan perhatiannya pada file yang ada di depannya tanpa menoleh ke arahku. Dalam keadaan begitu, agak sukar juga bagiku untuk melihat air muka Encik Zahid sama ada marah atau tidak. Apa-apa pun memang aku bersalah. Kalau sekalipun dia nak marah, aku terima. Namun untuk memberi alasan kenapa aku datang lewat, tidak sama sekali kerana aku tahu alasan itu bukan dalam senarai yang dia boleh terima. Aku terus menanti dalam debaran sehingga dia mengangkat mukanya lalu menutup file yang disemaknya tadi.



“Syamin.., awak buat apa tengahari ni. Hmm.. maksud saya awak ada temu janji dengan sesiapa tak untuk Lunch nanti…?



Aku hampir ketawa dengan soalannya. Nada suara yang digunakan seolah mengharapkan sesuatu dari aku sedangkan aku yang sepatutnya bersuara dengan nada itu jika ditanya atau dimarahi. Aku yang sepatutnya menyusun rentak dan irama yang tidak sumbang agar api kemarahan itu cepat sejuk.



“Kenapa awak pandang saya macam tu…? Salahkah soalan yang saya tanya atau ada something yang tak kena pada saya dan nampak janggal di mata awak…?”



Mungkin merasakan ada sesuatu yang tidak kena padanya, dia lantas mengeluarkan sapu tangan dan mengelap keseluruhan mukanya. Ketawaku berderai juga melihatkan telatahnya yang agak melucukan itu. Aku tahu, dia mungkin takut jika skandal dia dengan seseorang di sini di ketahui staf-staf yang lain. Tapi itu bukan masalah aku, selagi aku tak nampak dengan mata aku sendiri dan selagi ianya tidak menjejaskan kerja-kerja yang aku lakukan, aku tidak akan sama sekali ambil tahu. Tapi.., kadang-kadang bila mood dia okey, aku akan selitkan juga dengan sindiran-sindiran ringan agar dia faham yang benda-benda tu sepatutnya dielakkan supaya ia tidak mengundang sebarang tanggapan yang serong.



“Sorry boss. There’s nothing wrong dengan apa yang boss pakai dan tak ada kesan so called dot dot dot kat muka boss. Saya sebenarnya takut jika boss marah kerana masuk lewat dan tak call pula tu. Dan bila masuk tadi, boss jawap salam pun tak nak tengok muka saya. Saya ingatkan boss betul-betul marah. So, saya dah susun macam-macam ayat yang boleh dikira logic kalau boss tanya. Tapi soalan yang keluar dari mulut boss tu betul-betul diluar jangkaan saya. Tu yang buat saya gelihati.



“Syamin.!! Awak betul-betul buat saya suspen. “



“Sebenarnya cara boss tu juga buat saya suspen..”

“So, macam mana denga tengahari ni…, boleh tak awak temankan saya…?”



Sambil membetulkan duduknya, dia kembali bertanya akan soalan yang tidak sempat aku jawap tadi di sebabkan aksi lucu yang secara tak langsung telah mengundang tawaku. Aku sendiri kurang pasti mengapa Encik Zahid jarang sekali menegur tentang tingkah laku mahupun tutur kataku yang kadang-kadang aku sendiri rasa agak tidak sesuai untuk dicakapkan pada seseorang yang seusia dengannya. Mungkin juga dia menyedari yang aku tidak pernah mengambil kesempatan di atas segala kebaikannya selama ini. Atau pun setidak-tidaknya, mungkin dia tahu apa yang aku cakapkan walaupun secara sindiran adalah demi untuk menjaga nama baik dia sendiri.



“Syamin.., saya tanya soalan dan saya perlukan jawapan. Kenapa awak asyik tersenyum saja ni. Tu lah orang muda zaman sekarang, bila bercakap dengan orang yang dah ‘berpengalaman’ macam saya ni…, selalu fikirkan yang negatif saja. Saya ajak ikhlas ni, tak ada apa-apa syarat pun. Lagipun ada hal sikit yang nak saya bincangkan nanti. “



“Ada hal yang nak dibincangkan ! Hal apa boss..?”



“Kan saya kata NANTI. Kalau nak tahu awak kena temankan saya. “


****************************

Aku kembali semula ketempat ku. Aku duduk di kerusi tanpa melakukan apa-apa. Pandangan mata aku arahkan pada teman-teman sekerja yang lain. Masing-masing sibuk dengan hal dan kerja sendiri. Aku yang masih buntu. Inilah salah satu sebab kenapa aku tak suka masuk kerja lewat. Rasa macam tak bersemangat nak mulakan kerja. Lagipun badan yang berpeluh buat aku rasa tidak selesa. Nasib baik tidak ada kerja yang memerlukan perhatian segera. Aku harus melakukan sesuatu agar tidak terus-terusan jadi macam orang bodoh.



Aku lantas mencapai tuala kecil dari laci meja dan menuju ke wash room. Badan yang berpeluh perlu segera aku bersihkan. Hai Hazim…, jika bukan kerana kedatangan kau petang semalam, pagi aku mungkin tidak lah seteruk ni. Semalaman berjaga dan cuba mencorakkan arah tuju perhubungan kita yang entah di manakah kesudahannya, menyebabkan waktu tidurku sedikit terbabas. Talifon yang berbunyi seolah mendodoikan lenaku. Kalau mama yang tidak kejutkan aku tadi, harus aku sudah ambil cuti kecemasan. Malunya kalau Wani tahu aku ambil cuti kecemasan kerana lewat bangun…



Pintu wash room sudah terbuka sebelum aku sempat menolaknya. Wani tersenyum mempamirkan barisan gigi yang tersusun cantik macam iklan colgate.



“Hai Min, apa kena denga kau ni, merah je muka. “



Wani mengekori langkah ku ke dalam semula.



“Traffic jam teruk sangat pagi ni. Kenderaan pula lebih banyak dari selalu. Mana datangnya aku pun tak tahu. Sesampai je di office tadi, encik Zahid pula panggil. Kecut juga aku ingatkan ada apa-apa yang dia tak puas hati pasal kerja aku. Tapi rupa-rupanya dia nak aku temankan dia lunch nanti. Ada sesuatu yang dia nak bincangkan katanya.”



“Ada sesuatu yang nak dibincangkan…? Hal apa..?”



“Mana le aku tahu. Bila aku tanya.., dia cuma kata NANTI. So, kenalah aku tunggu sampai tengahari ni kalau nak tahu hal apa yang mustahak sangat tu..?



“Kau tawakal sajalah Min. Bukan kau tak tahu encik Zahid tu. Kadang-kadang tengah marah pun dia boleh ketawa. Susah nak predict rentak dia. “



Aku hanya tersenyum mendengar kata-kata Wani. Walaupun dia ‘banyak mulut’, tapi dia bukannya yang jenis suka ambil tahu hal orang. Cuma dengan aku saja dia akan bercerita jika ada masalah.



“Min, nanti kau ikut aku balik tempat aku, ada beberapa document penting yang boss kau kena semak. Sambil-sambil tu kau boleh lah cuci mata tengok ‘ikan baru’ kat situ. Boleh tahan juga orangnya.”



“Haa…., hampir terlupa aku Wani. Tadi memang aku ingat nak call kau bila dah masuk office, tapi bila dah jumpa encik Zahid, aku dah terlupa.”



“Kenapa…, kau dah jumpa boss aku tu ke..?”



“Tak…, aku belum jumpa dia. Tapi aku memang teringin sangat nak jumpa dia. Sebabnya, dia dah jadi musuh aku yang tak rasmi kerana berani ambil parking aku. Kerana dia juga…, aku kena pusing dua tiga kali cari parking lain. “



“Itu salah kau sendiri juga. Kalau dah tahu hari hujan, kenapa tak keluar awal. “



“Sejak bila pula kau belajar guna ayat encik Zahid ni…? Sudah lah tu, aku ikut kau sekarang. Lagi lama di sini, lagi hilang mood aku nak kerja nanti. “



**********************
“Yuen, boleh awak tunjukkan saya sekitar office ni sekarang..?”



Suara yang kedengaran begitu hampir dengan ku ketika aku sedang menyemak beberapa set document yang Wani berikan, betul-betul membuatkan degupan jantungku seakan terhenti. Pandangan ku terus ku sorotkan kearah datangnya suara itu. Hampir terlepas file-file yang berada di tanganku bila terpandangkan wajahnya.



“Zaharin..!!”



Dia yang sedang menyatakan sesuatu kepada Yuen pantas menoleh kearahku bila mendengarkan namanya disebut. Wajahnya juga bertukar rupa. Mungkin dia juga seperti aku yang tidak pernah menyangka akan bertemu semula setelah terpisah lebih dari lima tahun. Lidah aku sendiri kelu tiba-tiba. Hanya mata kami yang masih berkata-kata. Dalam keadaan itu aku tidak pasti apakah yang ada di wajah Wani dan Yuen bila melihat aku dan Zaharin saling berpandangan begini.



Satu senyuman manis terpancar dari wajahnya tiba-tiba. Sanyuman itulah yang membuatkan Zalia tidak berfikir panjang untuk menyatakan cintanya kepada lelaki itu. Dan senyuman itu jugalah yang membuatkan Zalia mencurigai aku kerana kononnya senyuman itu hanyalah miliknya yang abadi dan tidak boleh dikongsi. Melihatkan senyuman itu saja, seolah kenangan lama menari-nari di depan mata.. Apa agaknya yang sedang kau lakukan sekarang Zalia…?



“Syamin…!!”



Suara Zaharin kedengaran juga akhirnya. Ingat lagi rupanya kau dengan nama ini ye.. Dia mara kearahku yang masih berdiri kaku di hadapan meja Wani. Tangan yang dihulur ku sambut. Tanganku erat dalam genggamannya. Aku dapat rasakan yang genggaman tangan itu seolah menceritakan ada maksud yang tersembunyi. Untuk meleraikan segala kekeliruan yang mungkin ada di setiap pasang mata yang menyaksikan drama singkat kami, aku paksakan diri untuk bersuara akhirnya.



“Hmm, you must be the new HR manager right…?”



Dia hanya mengangguk. Senyuman masih meniti di bibirnya. Aku ketawa perlahan. Aku sendiri tidak tahu apa yang lucunya. Mungkin juga bila mengenangkan ‘musuh’ yang baru aku declare tadi rupa-rupanya antara insan yang penah menemani kehidupan ku di perantauan dulu. Walau apa sekalipun, yang nyata, nostalgia lama pasti kan tersingkap semula. Semakin sempit dunia ini agaknya. Lima tahun kami terpisah dan lima tahun juga aku tidak pernah mengirim sebarang berita untuk mereka di sana. Bukan aku merajuk tetapi aku tak mahu ada hati yang terluka. Biarlah rahsia yang tersimpan sejak sekian lama itu tetap kekal menjadi rahsia hati aku sendiri.



“Tak apa lah Yuen. Saya rasa ada orang yang lebih sesuai untuk tunjukkan saya sekitar company ni. Itupun kalau cik atau puan Syamin ni boleh luangkan masanya sekejap.”



Dia menoleh kearah ku semula lalu menyambung kata-katanya.



“Syamin, kalau you tak keberatan, boleh kita berbual sebentar..?



Seperti dipukau, aku lantas memberikan persetujuan. Tidak terlintas langsung difikiranku saat ini yang aku sudah mengabaikan waktu kerja yang telah di amanahkan kepada ku. Walau apa sekali pun, detik ini seolah membuka lembaran baru dalam kamus hidup kami. Aku akan bertemu semula dengan sepasang kekasih yang paling ideal yang pernah mewarnai alam remaja kami dulu. Kerinduan aku kepada Zalia kembali memuncak. Persahabatan yang terlalu akrab antara kami dulu terlalu istimewa.



Aku menalifon Rina untuk memberitahu yang aku akan berada di HR office. Jika ada sesiapa yang cari aku suruh Rina menghubungi Wani. Dan kepada Wani, hanya satu senyuman yang aku berikan sebelum berlalu mengikut Zaharin ke biliknya.



“You tahu Syamin…, perkara pertama yang terlintas di fikiran I saat menjejakkan kaki di airport pada hari pertama I kembali ke sini adalah untuk menjejaki you. Tapi I tak tahu nak cari you di mana. Terlalu banyak cerita yang perlu kita kongsi bersama. Tapi tak sangka pula I yang kita boleh berjumpa di sini. “



“I sendiri pun rasa macam tak percaya bila mula dengar suara you tadi. Dan bila terpandang saja muka you, rasa macam masa terhenti untuk seketika. For a while, my mind was totally blank. Har…, apa sebenarnya yang membuatkan you all balik ke sini..?



“Nantilah I ceritakan. Memandangkan hari ni adalah hari pertama I di sini, I perlu lebih masa untuk meneliti sebanyak mungkin procedures yang bersangkutan dengan pengendalian syarikat. Lagipun I prefer kalau kita keluar ke satu tempat yang lebih selesa. Mungkin you boleh tunjukkan tempat-tempat yang menarik kat sini nanti. “





“I tak kisah. You dengan Zalia punya pasal, apa-apa hal pun I sanggup. Both of you dah jadi macam sedara I sendiri. Kita dah pernah susah dan senang bersama dulu. “



“So you sendiri macam mana..? You bahagia dengan jalan hidup yang you pilih ni…?”



“Of course I am! Kenapa pula tidak...? You sendiri boleh menilainya. I’m happy with what I am now. I cukup puas dengan cara kehidupan I sekarang.”



“You masih sendiri..?” Dada ku sedikit bergetar dengan soalannya itu.



“Hei… ! Come on le Har. You sendiri tahukan yang I tak suka buat dua kerja dalam satu masa. Kalau masa study dulu I letakkan pelajaran I di tempat yang pertama and my so- called social life as a second priority. Jadi, you sepatutnya tidak mengulangi soalan yang sama yang pernah I jawap dulu. Dan sekarang, sudah tentu I akan utamakan kerjaya I dari yang lain-lain.”



“Hmm.. you memang tak pernah berubah. Tapi siapa tahukan…, mungkin yang second priority tu boleh berubah jika takdir dan waktu yang menentukan….!”



“Mungkin ya dan mungkin juga tidak… Kalau hari ni I katakan tidak…, tapi esok ataupun lusa mungkin pula jawapannya ya… Ataupun mungkin juga sebaliknya. Atau mungkin juga jawapan ‘tidak’ tu akan kekal untuk selama-lamanya. Tak siapa yang tahu. Kita punya perancangan sendiri, tetapi ketentuan tetap di tangan-Nya, Takdir penentu segala. Kalau kita sendiri yang tetapkan takdir untuk kita, pastinya kita mahukan yang indah-indah saja dan serba-serbinya sempurna. Tak mahu sedikit pun yang ada cacat dan celanya. Kita juga pastinya mahukan segala apa yang diimpikan akan terlaksana bila tiba masanya. Namun semua itu pasti mustahilkan..?”



“Dah namanya pun manusia Min. Kemahuan dan kehendak melebihi segala. Yang diberi tu sedikit cuma, tapi yang diminta tu…., entahlah… kalau boleh semua yang ada dalam dunia ni kita nak. You mungkin bernasib baik dengan cara kehidupan yang you pilih ni. “



“You sibuk-sibuk tanya pasal I ni, kehidupan you sendiri macam mana…?



“Entahlah Min…, banyak sangat unexpected things yang jadi dalam kehidupan I. Apa yang terjadi tidak seperti apa yang I harapkan. Terlalu banyak dugaan yang melanda. Kalau I diberi pilihan, I dah tak nak kerja teruk-teruk. Kalau boleh.., celik saja mata, semua yang dihajati sudah terhidang di depan mata. Hati dan perasaan sentiasa gembira. Tak perlu ingatkan perkara-perkara yang menyedihkan. Tak perlu ada rasa kecewa, kehilangan atau ditinggalkan.”



“Lain je bunyi cakap you tu…, ada apa-apa yang I dah tertinggal ke ?”



“Tak ada apa yang lainnya…”



Ayatnya terhenti di situ. Satu keluhan berat keluar dari bibirnya. Tiba-tiba saja wajah yang ceria tadi bertukar rupa.



“Har…, are you okey..?”



“You masih ambil berat pasal I …?”



“Sudah tentu ya… Itupun kalau you masih lagi anggap I ni sebagai kawan yang paling rapat….? Maklum sajalah kan.., post you di company ni tak sama dengan I. Jawatan yang you sandang sedikit sebanyak mungkin akan jadi penghalangnya. Tapi kalau you sendiri tak kisah.., I biasa saja.“



“Thanks Min. Setidak-tidaknya I masih punya seseorang untuk berkongsi cerita. “



“Hmmm, dah berapa orang anak you sekarang..? Tentu comel-comel macam mamanya kan..? Tak sabar rasanya nak jumpa dengan Zalia. Tiba-tiba saja rasa rindu yang teramat untuknya. Har…, nanti petang I ikut you balik sama ye. Tapi you jangan call Zalia dulu. I nak buat surprise untuk dia. “



“Hai, tak takut ke nak ikut I balik..?”



“Kenapa nak takut..! bukannya I ada buat salah. Lagipun, you naik kereta you dan I akan naik kereta I sendiri. “



“Takkan dalam ramai-ramai staf lelaki kat office ni, tak ada satupun yang tak akan marah kalau nampak you ikut I nanti..?



“You jangan nak pandai-pandai buat serkap jarang. I tak ada apa-apa kat sini. Tapi jangan nanti I yang terpaksa jadi spy untuk Zalia . You yang kena jaga-jaga. I ni bukannya boleh simpan rahsia. Apa yang I tahu dan apa yang I nampak, Zalia pasti tahu. “



Kami sama-sama ketawa. Masa begitu cepat berlalu.Tanpa di sedari sudah hampir sejam aku dikuarantin dalam pejabatnya. Dalam diam, aku jadi cemburu dengan kebahagiaan yang mereka miliki kini. Cuma apa yang aku harapkan, jangka masa lima tahun yang sudah jauh di tinggalkan tu, akan menutup terus sejarah lama antara kami. Aku benar-benar berharap yang hubungan yang terjalin antara mereka kini tidak lagi dibayangi dengan kenangan silam.

****************************

~bersambung~


-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For kasih_kekasihProfil   Hantar PM kepada kasih_kekasih   Pergi ke kasih_kekasih's Website   Quote dan BalasQuote

Aqilah_Alwani
Warga 1 Bintang
Menyertai: 13.07.2004
Ahli No: 10013
Posting: 21
Dari:
~~Somewhere In K.L...~~

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 27-10-04 13:50


....

Masuk gak nama WANI dalam cerita kak kasih_kekasih ni yer.... samer lak namanya...


-----------------
[img]http://www.geocities.com/aqilah_alwani/kucing.txt[/img]

--- LiFe Is A LoNg JuRnEy If YoU DoN't KnOw HoW To ApPrEcIaTe It !!!!!! :::...



Bookmark and Share

    


  Member Information For Aqilah_AlwaniProfil   Hantar PM kepada Aqilah_Alwani   Pergi ke Aqilah_Alwani's Website   Quote dan BalasQuote

pu3_solehah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 21.06.2004
Ahli No: 9597
Posting: 136
Dari: seberang jaya

PulauPinang  


posticon Posting pada: 21-11-04 20:28


x sabar nak baca sambungannya.. macam mana agaknya ngan hazim.. ana suka kalau hazim ngan syamin tu berpasangan..

Bookmark and Share

    


  Member Information For pu3_solehahProfil   Hantar PM kepada pu3_solehah   Pergi ke pu3_solehah's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.097069 saat. Lajunya....