UTK PANDUAN BERSAMA
1. MENINGGIKAN SUARA
Tahulah mereka dikurniakan suara yang 'macho' tapi
kalau nak
meninggikan
suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini
antara kelemahan
lelaki
kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun
pasangannya tidak
bersalah.
2. MENGONGKONG
Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak
kontrol. Segala gerak-
geri
kekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus
ditentukan. Kalau
nak keluar ke kedai pun kena repot dulu, kalau tidak
mulalah
tercetusnya
pertengkaran kerana hal sekecil itu. Tetapi, mereka
akan melenting
pula
sekiranya aktiviti-aktiviti mereka di soal siasat
oleh kekasih
mereka...macammana tu?
3. CEMBURU BUTA
Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau
cemburu tak tentu
pasal
dan memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa
juga. Agaknya
lelaki
yang kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke
tangan kumbang lain
kot. Harus diingat, bukan semua perempuan suka
kekasihnya kuat
cemburu.
Tapi, ada juga sesetengahnya suka apabila teman
lelakinya cemburu
kerana
seolah-olah teman lelakinya amat menghargai dirinya.
Jangan cemburu
buta
sudahlah, malas jugak nak layan kadang-kadang!
4. PANAS BARAN
Aduiii...masalah yang boleh menimbulkan fobia
terhadap seseorang
gadis
apabila mendapat kekasih yang panas baran. Pantang
silap sikit, mahu
dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan
bermula dari diri
sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat
kena tengking
boleh
lagi diterima walaupun sebal satu badan tapi,
bagaimana kalau siap
sepak
terajang? Kalau nak sepak terajang carilah mereka
yang sepadan dan
janganlah berlawan dengan kaum yang lemah bang! Di
mana sifat
bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada?
Cuba-cubalah kawal kerana
setiap dari kita ada barannya, cuma kena
pandai-pandai mengawallah.
Kalau dah tak terkawal sangat, tak payah bercintalah
cik abang
oiii!!!
5. KAKI MEROKOK
Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan
wanita. Asyik berasap
sana sini, naik lemas dengan bau dan asap rokoknya.
Dalam sehari
adakalanya habis sekotak rokok. Kalau habiskan duit
dengan makan
benda
berfaedah tak apa juga, ini tidak...asyik menyedut
asap yang tidak
menyehatkan. Kalau asap tu membawa kesan pada diri
sendiri saja tak
apa
juga, ini tidak...membawa kesan juga pada orang
sebelah menyebelah.
Kadang-kadang teman wanita menegur bukannya apa, dia
sayangkan kita
juga
dan tak mahu kita jatuh sakit. Lagipun mereka juga
tak nak teman
lelaki
mereka membazirkan duit dengan merokok.
6. EGO
Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan
kaum wanita.
Keegoan
dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada
kalanya lelaki
menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka
bertindak tanpa
mempedulikan perasaan si gadis. Keegoan membuatkan
lelaki mempunyai
kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah
memimpin kaum wanita.
Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada
tempatnya.
7. MENIPU
Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu
ataupun memberikan
alasan
yang tak munasabah. Sanggup memungkiri janji dan
memberikan alasan
yang
mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan
padahal sebenarnya
mereka enggan melaksanakan janji mereka sendiri. Ada
juga yang sudah
berpunya tetapi mengaku solo. Berterus-teranglah
wahai kaum lelaki
kerana kaum wanita lebih menghormati mereka yang
memiliki sifat
berterus-terang ini. Sifat menipu dan suka
berdolak-dalih ini lama
kelamaan akan membuatkan semua gadis akan menjauhi
anda.
8. MAIN KAYU TIGA
Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun
dah ada kekasih,
mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda,
terus disambar
tanpa
mempedulikan perasaan kekasihnya.
9. SUKA 'CUCI MATA'
Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata
keranjang). Pantang jumpa
perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak
terkeluar.
Walaupun
sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli.
Bagi mereka tidak
salah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih
kenalah jaga
juga
cik abang!
10. PERASAN
Aduhaiii...lelaki ini cepat perasan terutamanya jika
mereka ini
berkerjaya baik, berpenampilan menarik dan mempunyai
wajah yang
hensem.
Boleh tu mengaku merekalah yang menjadi lelaki
idaman para wanita.
Tapi,
mungkin pada pandangan seorang wanita mereka ini
sederhana sahaja
tapi
mereka ini yang suka perasan lebih. Bukan semua
wanita memandang pada
paras rupa, kalau dah terlebih-lebih perasan
tuu...ada wanita yang
lebih
suka mengutuk dari memuji...hahaha sedarlah!
11. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI
Susah juga kalau dapat yang mementingkan diri
sendiri ni. lelaki
selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan
pendapat sendiri
tanpa mempedulikan luahan pasangannya. Mereka juga
suka mendahulukan
kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan
perasaan
kekasih...egolah
katakan! Tidak semestinya pendapat kaum wanita ni
tak boleh diguna
pakai.
12. KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN
Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan
kurang memberikan
perhatian tidak kira dalam apa jua urusan. Tetapi
kalau urusan yang
berkaitan dengan dirinya sendiri, pantas pula
melaksanakannya. Jika
berkaitan teman wanita, alamatnya...mereka kurang
mengambil
perhatian.
Mengapa ya? Kaum wanita sebenarnya bukan minta
diberikan perhatian 24
jam tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil
tahu akan dirinya
kerana sifat semulajadi seseorang wanita itu yang
ingin bermanja dan
dimanjakan.
13. MATA DUITAN
Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan atau pun
gelarannya 'lelaki
spedo'. Mereka tak kisah nak kikis duit kekasih
dengan 1001 macam
alasan
yang adakalanya tidak logik diterima dek akal
fikiran. Kalau kisah
perempuan mata duitan kita sudah biasa dengar, tapi
kalau lelaki pula
yang mata duitan...apa cerita ni?? Takkan masa-masa
macam ni keegoan
lelaki hilang pulak?!!
14. KOMITED TERHADAP KERJAYA
Susah kalau dapat teman lelaki yang terlalu komited
dengan
kerjaya.Mereka ni selalu sangat memberi banyak
alasan kerja apabila
diajak keluar. Kalau keluar bersama, selalu pula
bercerita tentang
kerja
dan merungut sering dibebani kerja yang menimbun.
Bukanlah tidak
boleh
lelaki mementingkan kerjaya tetapi pandai-pandailah
membahagikan masa
bersama teman wanita. Paling tidak pun, seminggu
sekali luangkan masa
menemaninya dan lupakan segala hal berkaitan kerja.
Bukannya kaum
wanita
ni tidak memahami kalau teman lelakinya pandai
membahagikan masa...
15. PENGOTOR
Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri
mereka ni ada yang
pengotor. Terutama bab meludah atau membuang kahak
merata-rata.
Yarkkk!!! Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai
baju yang sama
berulang kali, tidak memakai deodarant dan
macam-macam lagi sampaikan
badan sudah berbau semacam pun dia tak sedar.
Tidakkah mereka ini
terasa
segan apabila menyedari badan sudah berbau??
Entahlah...hanya kaum
lelaki yang bersifat pengotor ini saja yang dapat
menjawabnya.
16. GELOJOH
Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh. Macam 'food
machine'. Mereka
lemas melihat teman wanita mereka makan terlalu
sopan tetapi mereka
tidak sedar cara mereka makan yang gelojoh juga
melemaskan kaum
wanita.
Sepatutnya, samada lelaki mahupun wanita patutlah
makan dengan
bersopan.
Buat apa terkejar-kejar?
17. PENTINGKAN KAWAN-KAWAN
Sanggup membatalkan temujanji semata-mata hendak
bermain bola sepak
ataupun menonton WWF bersama kawan-kawan. Lelaki
juga selalu
mementingkan kawan-kawan dalam banyak hal.
Sekali-sekala bolahlah,
jangan pula selalu saja memberi alasan hinggakan
masa bersama teman
wanita tiada langsung semata-mata untuk menghabiskan
masa bersama
kawan-kawan. Apa guna bercinta kalau macam tu
gayanya? Kalau ada
masalah
pula, kawan-kawan sebagai tempat mengadu dengan
alasan tidak sesuai
bercerita dengan si dia. Kalau dah memilih si dia
sebagai kekasih,
mungkin satu hari si dia juga akan menjadi isteri
anda, jadi
takkanlah
anda selalu hendak merahsiakan sesuatu dari dia. Tak
eloklah berbuat
demikian, nanti si dia terasa seolah-olah dirinya
tidak penting buat
anda pula.
18. TIDAK TAHU MEGHARGAI
Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai
perasaan atau pun
perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura
tidak mengambil tahu
walaupun menyedarinya. Mereka seboleh-bolehnya mahu
si dia
terang-terangan menunjukkan sikap meghargai mereka
ini. Kalau setakat
sikit-sikit atau sekadar kiasan tu, alamatnya mereka
akan berpura-
pura
tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala,
tunjukkan sikap anda
yang menghargainya di atas apa yang cuba
dilakukannya terhadap anda
seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya
ucapkanlah terima
kasih
setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.
19. PUTAR BELIT
Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan
kenyataan walaupun
ternyata
sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka,
putar belit ini tak
mengapa asalkan si dia mempercayai alasan tersebut
dan mereka akan
terlepas dari kesalahan sendiri. Sekiranya anda
benar-benar menyintai
pasangan anda, perkara begini seharusnya tidak
berlaku kerana apa
akibatnya sekiranya si dia mengetahui juga tipu
helah anda suatu hari
nanti. Kalau anda tak pandai menyelamatkan keadaan,
melepaslah anda!
Jujurlah pada pasangan anda.
20. SUKA KONTROL MACHO
Peh! Nak dikatakan macho, ada juga yang tak. hancur
je yang lebih
kot!
Terutama bab sikap, mahu lebih gentleman,
berketrampilan dan hensem.
Seboleh-bolehnya mereka mahu menampakkan yang diri
mereka lelaki
sejati
dan ada elemen HERO. Tak perlulah nak merasakan diri
anda macho
kerana
wanita sahaja yang layak membuat penilaian terhadap
anda. Sekiranya
anda
rasa diri anda macho, tetapi pada mata wanita
tersebut anda tidaklah
semacho yang disangkakan, tak guna juga!
Sekian je hasil kaji selidik yang dilakukan...
Wassalam...
p/s: kalau tak percaya tanya la kat kaum hawa