Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai keunggulan hidup . Tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak dibajai dengan keberanian
-- Hukama'

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 208
Ahli: 0
Jumlah: 208




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Gara-gara gadis mahu terjun (Apa dah jadi ni!!!)


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Gara-gara gadis mahu terjun (Apa dah jadi ni!!!)

Please Mendaftar To Post


Oleh Gara-gara gadis mahu terjun (Apa dah jadi ni!!!)

dakwah_ilahi
WARGA SETIA
Menyertai: 04.03.2004
Ahli No: 7735
Posting: 1108
Dari: Eropah

uk   avatar


posticon Posting pada: 17-05-04 16:45


...........


PETALING JAYA: Beratus kenderaan dari arah Shah Alam ke ibu negara melalui Lebuh Raya Persekutuan, terkandas lebih sejam awal pagi semalam, gara-gara tindakan seorang gadis ingin terjun dari jambatan berhampiran kilang Motorola di sini




Kesesakan lebih tiga kilometer itu selepas polis menutup laluan berkenaan bagi membolehkan Pasukan Bomba dan Penyelamat membentang tilam yang diisi udara bagi menyelamatkan gadis berusia 18 tahun itu.

Jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 1 pagi daripada orang awam yang ternampak seorang gadis berdiri di atas besi papan iklan pada jambatan yang menghubungkan laluan antara Subang Jaya dan Kelana Jaya.

Jurucakap itu berkata, berikutan usaha bomba memujuk mangsa menemui jalan buntu, pihaknya terpaksa mendapatkan bantuan keluarganya bagi memujuk wanita berkenaan.

“Gadis itu berjaya dipujuk dan ditenangkan oleh bapanya sebelum diturunkan dengan menggunakan sebuah kren pada kira-kira jam 3 pagi,” katanya di sini, semalam.

Usaha menyelamat mangsa yang penuh dramatik itu disaksikan lebih 2,000 pengguna yang memberhentikan kenderaan mereka di sepanjang lebuh raya bagi melihat kejadian itu.

Difahamkan, gadis itu bertindak demikian kerana berpunca daripada masalah perselisihan faham dengan keluarganya.

.....Adakah dengan tindakan dan sikap seorang gadis dengan terjun dari jambatan adalah merupakkan tindakan yang terbaik dalam penyelesiaan sesuatu perkara.......Aper komen sahabat ukhwah semua.....??????????

Bookmark and Share

    


  Member Information For dakwah_ilahiProfil   Hantar PM kepada dakwah_ilahi   Pergi ke dakwah_ilahi's Website   Quote dan BalasQuote

pLatipus
WARGA SETIA
Menyertai: 23.12.2003
Ahli No: 5915
Posting: 863
Dari:

Bumi Allah Yg Suci

saudiarabia  


posticon Posting pada: 17-05-04 17:06



Begitulah kurangnya Iman didada dimana sanggup mengambil tindakan bodoh sebegitu..
jgn buat tindakan terburu-buru tanpa fikirkan org lain...
Wassalam

Bookmark and Share

    


  Member Information For pLatipusProfil   Hantar PM kepada pLatipus   Pergi ke pLatipus's Website   Quote dan BalasQuote

Jackie_uniten7
WARGA SETIA
Menyertai: 20.09.2003
Ahli No: 3664
Posting: 1845
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 17-05-04 21:22


Terjun je la. jangan la menyusahkan orang lain.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Jackie_uniten7Profil   Hantar PM kepada Jackie_uniten7   Quote dan BalasQuote

xrem2020
Warga 2 Bintang
Menyertai: 11.05.2004
Ahli No: 8908
Posting: 58
Dari: penang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 17-05-04 22:02


tak der keja lain ke...
tu mesti tak fikir panjang...


Bookmark and Share

    


  Member Information For xrem2020Profil   Hantar PM kepada xrem2020   Pergi ke xrem2020's Website   Quote dan BalasQuote

izu_din82
Warga 1 Bintang
Menyertai: 30.04.2004
Ahli No: 8712
Posting: 27
Dari: MiN NuTfAH IlAl InSaN

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 18-05-04 04:15



mmm...
tulah manusia sekarang nie.
suka mengambil jalan mudah untuk selesaikan masalah.
terjun mati selesai masalah.
tapi masalah tu selesai kat dunia ja, bagaimana pula kat akhirat, mmm.

lagi satu klu terjun tu mati terus kira oklah juga, tapi klu patah kaki ker tangan ker, sapa yang susah mereka dan keluarga juga.

di sini jelas menunjukkan kepada kita bahwa betapa kurangnya didikan agama daripada ibubapa pada anak2 sehingga boleh bertindak dengan membuat keputusan sedemikian.

mmm... apa nak jadi.
makin rumit masalah umat.
nak bagi kefahaman tentangan keindahan Islam secara menyeluruh, boleh. kerajaan, diri kita, masyarakat, ibubapa dan pihak yang terlibat perlu memainkan peranan.

klu satu pihak jer yg bersungguh2 tak jadi gak.

marilah kita sama2 memikirkan cara penyelesaian masalah umat yang semakin rumit diatasi.

ade jln mudah nak selesai: rujuk al-Quran, sunnah ijma' ulama' dan sebagainya....

tapi sejauh manakah pengamalan rujukan tersebut dlm kehidupan kita khususnya di malaysia...

klu masalah pengamalan apa yg ade dlm perkara2 tersebut dpt dipraktikan...
mmm rasanya selesai jugak masalah.

tapi... pasai tak beramal tu pun punca masalah, mmm....

sama2lah kita fikirkan...
wassalam

al-fakir il robbihi...
izu_din82


Bookmark and Share

    


  Member Information For izu_din82Profil   Hantar PM kepada izu_din82   Pergi ke izu_din82's Website   Quote dan BalasQuote

nuraini
WARGA SETIA
Menyertai: 02.07.2003
Ahli No: 1900
Posting: 1110
Dari: ***Anti-KekejamaN WaNiTa***

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 18-05-04 07:29



apabila nafsu menguasai akal...begitulah jadinya...
seperti yg kita pernah dengar....klu ikut nafsu maka binasalah kita....
klu ikut pada rentak mata akal dan mata hati...mustahil dia bertindak begitu...di luar kewarasan....

apa~apa pun...ilmu agamalah penawar segalanya...
bila jiwa kita resah....Al~Quran kan ada....tak pun...selalu~selalulah merenung alam....insya~Allah.....jiwa yang resah-gelisah itu akan beroleh ketenangan...cayalah....




Bookmark and Share

    


  Member Information For nurainiProfil   Hantar PM kepada nuraini   Quote dan BalasQuote

zilal
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 319
Posting: 317
Dari: btGajah~alorSetaq

Perak  


posticon Posting pada: 18-05-04 08:58


Isk isk isk...
selisih faham hal keluarga....smp libatkan 2000org yg tak de kaitan dgn family dia...
Apelah agaknye ye masalah dia smp fikir nak bunuh diri tu...
Itulah dia kalo agama dipandang sebelah mate, yg agama larang nak buat...
Yang agama suruh buat...tanak buat pulak..
Dunia...dunia...

Bookmark and Share

    


  Member Information For zilalProfil   Hantar PM kepada zilal   Pergi ke zilal's Website   Quote dan BalasQuote

nurilyana
Warga 3 Bintang
Menyertai: 31.10.2003
Ahli No: 4815
Posting: 142
Dari: Alor Setar

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 18-05-04 09:47


suke suke je nak terjun..dia ingat bila dah mati lagi senang kot..dia taktau yg bakal mendatang tu lebih dahsyat..
inilah akibatnya bila cetek ilmmu agama

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurilyanaProfil   Hantar PM kepada nurilyana   Pergi ke nurilyana's Website   Quote dan BalasQuote

tooyu
Warga 1 Bintang
Menyertai: 28.04.2004
Ahli No: 8671
Posting: 29
Dari: somewhere kat kdh

Kedah  


posticon Posting pada: 18-05-04 10:22


ekekekekke .... satu tindakan berani yang bodoh

Bookmark and Share

    


  Member Information For tooyuProfil   Hantar PM kepada tooyu   Quote dan BalasQuote

rahmat_hidayat
Warga 3 Bintang
Menyertai: 27.04.2004
Ahli No: 8654
Posting: 135
Dari: Johor Darul Ta'zim - UKM Bangi

Johor  


posticon Posting pada: 18-05-04 11:25




Tulisan yang dikemukakan oleh sahabat izu_din82 sememangnya nasihat dan pandangan yang terbaik.

Jika agama dijadikan landasan hidup yang terbaik....tak mungkin seseorang manusia itu dapat bertindak sebodoh itu.

Sebagai seseorang yang tidak mengetahui masalah yang dihadapinya, kita mungkin boleh membuat pelbagai andaian negetif. Setiap andaian mungkin ada benarnya dan ada silapnya. Sebelum kita menyalahkannya bertindak sedemikian, seharusnya kita bertanya pada diri sendiri...adakah masyarakat dan keluarga memahami permasalahan yang sebenar.

Bunuh diri sememangnya satu perbuatan keji. Kita semua tahu akan hal itu. Sesuatu yang meragukan dalam kejadian itu......mengapa dia tidak terus terjun sahaja sebaliknya masih terjerit-jerit melaungkan perasaan kesal. Sudah pasti dia juga tahu bahawa membunuh diri itu bukan jalan penyelesaian yang terbaik. Mungkin dia naik ke jambatan itu hanya sekadar untuk melepaskan tekanan dan bukannya untuk membunuh diri. Namun apabila hadirin yang melihatnya berasa cemas dengan mengandaikan bahawa dia hendak membunuh diri....maka dia mula bertindak seperti hendak terjun. Semuanya bermula apabila hadirin terlalu kecoh dan terpegun seperti melihat sebuah pertunjukkan sarkas!


Berfikirlah jika anda masih lagi mampu berfikir!

-----------------
IMAN ASAS KEHIDUPAN MUSLIM - 0192458410


Bookmark and Share

    


  Member Information For rahmat_hidayatProfil   Hantar PM kepada rahmat_hidayat   Pergi ke rahmat_hidayat's Website   Quote dan BalasQuote

waaz04
Warga 4 Bintang
Menyertai: 05.02.2004
Ahli No: 7020
Posting: 205
Dari: pahang

Pahang  


posticon Posting pada: 18-05-04 19:21


hmm entahlah macam mana nak komen tapi jelas semua orang melihat isu ni dari perspektif yang sama..melihat gadis itu bersalah dan tidak mempunyai pendirian agama yang kuat sehingga dia mengambil keputusan membunuh diri.
ok..satu sudut betul lah pandangan itu tapi dari sudut yang lain, apakah kita melihat ianya suatu isu yang mana gadis itu perlu diberi pertolongan? gadis yang megambil jalan yang salah itu perlu didekati dan diberi perhatian?
memang mudah untuk menghukum ..terjunlah..bodohnya dia...atau apa saja perkataan yang sewaktu dengannya..namun sedarlah wahai insan...bumi mana tidak ditimpa hujan? kita semua punya peranan sebenarnya dalam menyumbang kepada kejadian tersebut.
saya melihat sukarnya kehidupan masyarakat sekiranya yang alim dengan ego alim..yang berilmu dengan ego ilmunya..yang kuat dengan ego kuatnya..dan sebagainya. kalau ini berlaku..dimana yang bermasalah, yang susah, yang miskin mahu mengadu?
isu itu adalah suatu tekanan yang tidak dapat dikawal...tapi mana penilaian profesionalnya? mana bantuan profesionalnya? kita di ukhwah ni...bercakap pandai tapi dimana keperihatinan kita?
entahlah...fikirlah ..wassalam

Bookmark and Share

    


  Member Information For waaz04Profil   Hantar PM kepada waaz04   Quote dan BalasQuote

fuqaha
Warga 2 Bintang
Menyertai: 27.12.2003
Ahli No: 6026
Posting: 66
Dari: kota bharu

Kelantan  


posticon Posting pada: 18-05-04 20:01



dia nak pecah rekod dunia kot...he2. so, camtu la bila akal dah ditakluki dengan nafsu dan nafsi...nak buat keputusan yag betul pun tak buleh.ws

-----------------
belajar menghargai sesuatu....

Bookmark and Share

    


  Member Information For fuqahaProfil   Hantar PM kepada fuqaha   Quote dan BalasQuote

nuramirasarina
Warga Rasmi
Menyertai: 13.05.2004
Ahli No: 8961
Posting: 14
Dari: bumi Allah jua

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 18-05-04 21:13


assalamualaikum,...inilah dia manusia zaman sekarang, ada masalah, tdk tahu jln penyelesaian, maka ikut bisikan syaitan..bunuh diri!!...mengucap bebanyak.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For nuramirasarinaProfil   Hantar PM kepada nuramirasarina   Quote dan BalasQuote

rahmat_hidayat
Warga 3 Bintang
Menyertai: 27.04.2004
Ahli No: 8654
Posting: 135
Dari: Johor Darul Ta'zim - UKM Bangi

Johor  


posticon Posting pada: 21-05-04 11:41




Merujuk kepada sahabat waaz04 yang berkata "saya melihat sukarnya kehidupan masyarakat sekiranya yang alim dengan ego alim..yang berilmu dengan ego ilmunya..yang kuat dengan ego kuatnya..dan sebagainya. kalau ini berlaku..dimana yang bermasalah, yang susah, yang miskin mahu mengadu?"

Kenyataan beliau sememangnya merupakan intipati yang terbaik dalam kita mencari penyelesaian masalah sosial.

Dalam menimbulkan keprihatinan kita terhadap sesuatu isu...forum di ukhwah telah membuka minda kita untuk mengupas sesuatu isu daripada pelbagai aspek. Setiap manusia punyai pandangan tersendiri dan pandangan inilah yang harus diambil kira sebelum kita mengambil sesuatu tindakan.

Perlu diingat...tindakan bermula dari dalam diri kita dan bukannya terus terjun ke dalam diri orang lain. Kita HARUS dan WAJIB menjadi manusia yang pandai bercakap dan dalam masa yang sama apa yang kita cakapkan itu harus ada tindakan bermula dari dalam diri kita sendiri. Jika kita sendiri memahaminya...kita sendiri akan jadi lebih profesional dalam diri sendiri.

Fikirkanlah jika anda mampu berfikir!


-----------------
IMAN ASAS KEHIDUPAN MUSLIM - 0192458410


Bookmark and Share

    


  Member Information For rahmat_hidayatProfil   Hantar PM kepada rahmat_hidayat   Pergi ke rahmat_hidayat's Website   Quote dan BalasQuote

muslimin23
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 678
Posting: 3086
Dari: ~senawang ~ dublin ~ kl~

iran   avatar


posticon Posting pada: 21-05-04 12:35


huh...

best sangat ke terjun jambatan ni ha?????/

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimin23Profil   Hantar PM kepada muslimin23   Pergi ke muslimin23's Website   Quote dan BalasQuote

dakwah_ilahi
WARGA SETIA
Menyertai: 04.03.2004
Ahli No: 7735
Posting: 1108
Dari: Eropah

uk   avatar


posticon Posting pada: 24-05-04 22:54


Membunuh diri bukanlah jalan kepada sesuatu penyelesaian,sepatutnya si gadis terbabit mengajak keluarganya berbincang.Perbuatan seperti ini bukan sahaja menjatuhkan maruah sendiri,malah keluarganya.

Fikirkan dulu kemasalahatan sebelum bertindak membabi buta.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For dakwah_ilahiProfil   Hantar PM kepada dakwah_ilahi   Pergi ke dakwah_ilahi's Website   Quote dan BalasQuote

tumpang
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.04.2004
Ahli No: 8503
Posting: 224
Dari: perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 28-06-04 09:14


mesti pompuan tu glamer skang nih.. ye laa.. ramai yg tengok dia buat aksi mcm tuu....


ada sapa2 lagi nak glamer dgn cara mcm tuu..??



Bookmark and Share

    


  Member Information For tumpangProfil   Hantar PM kepada tumpang   Pergi ke tumpang's Website   Quote dan BalasQuote

dakwah_ilahi
WARGA SETIA
Menyertai: 04.03.2004
Ahli No: 7735
Posting: 1108
Dari: Eropah

uk   avatar


posticon Posting pada: 30-07-04 18:38


Tertekan punca bunuh diri, hukum diri


KUALA LUMPUR: Perasaan terlalu tertekan dan tidak mempunyai tempat bergantung harapan punca kebanyakan remaja perempuan mengambil keputusan membunuh diri, sungguhpun mengetahui pada hakikatnya perbuatan itu bertentangan dengan hukum agama.

Gejala membunuh diri ini bukanlah satu fenomena baru, malah ia berlaku sejak sekian lama dikalangan masyarakat Malaysia dan lebih membimbangkan lagi apabila mereka didesak dengan naluri untuk menghukum diri sendiri biarpun masalah dihadapi dilakukan insan lain.

Justeru bagi mendapatkan kepastian mengenai gejala membunuh diri yang sering dihadapi golongan remaja perempuan berpunca daripada keterlanjuran bersama pasangan, wartawan Harian Metro menemuramah dua penghuni Pusat Kebahagian Wanita dan Remaja (KEWAJA), yang hampir hilang pertimbangan diri.

Dalam temuramah bersama seorang mangsa yang hanya dikenali Nasha, 15, berkata kejadian yang berlaku setahun lalu, meninggalkan kenangan pahit dalam dirinya sehingga pernah berhasrat untuk membunuh diri.

“Kejadian itu berlaku sekelip mata, apabila seorang lelaki bermotosikal menghampiri saya ketika pulang ke rumah seorang diri.

“Saya ditarik ke belukar oleh seorang lelaki yang kemudiannya menarik kain dan tudung, sebelum memperkosa saya.

“Lelaki yang bernafsu binatang itu kemudiannya menyepak di pipi sehingga saya pengsan seketika dan mulai sedar apabila terdengar laungan azan Maghrib di surau berhampiran,” katanya.

Nasha berkata, ‘sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga’, apabila dia yang pada peringkat awalnya cuba menyembunyikan masalah itu daripada pengetahuan keluarga akhir berjaya di hidu.

“Selepas mengadu nasib dan meminta pandangan seorang rakan karib, saya meminta dia menghantar pulang ke rumah, bagaimanapaun ibu yang ketika itu berada di luar rumah menegur mengenai pakaian sekolah saya yang agak kotor.

“Saya cuba menyelindungkan perkara itu dengan memberi alasan aktiviti sukan di sekolah menjadi punca pakaian saya menjadi kotor, sedangkan ketika itu perasaan bimbang menyelubungi diri, sekiranya ibu mengetahui perkara yang sebenar.

“Selang beberapa bulan selepas peristiwa hitam itu, perubahan jelas ketara dalam diri saya, apabila tekak yang dulunya tidak pernah terasa loya, tiba-tiba saja berubah menjadi mual dan lebih memeranjatkan saya apabila kakak menegur bahawa perut saya semakin membesar.

“Biarpun berulang kali saya cuba menafikan daripada keluarga, akhirnya ibu mengajak saya pergi ke sebuah klinik berhampiran untuk membuat pemeriksaan dan laporan yang diterima juga menunjukkan ujian air kencing saya positif,” katanya.

Pelajar tingkatan tiga itu berkata, sejak disahkan mengandung, dia sering dibayangi rasa bersalah sungguhpun perbuatan itu bukan kerelaan sendiri dan pernah berniat membunuh diri.

“Saya seolah-olah hilang pertimbangan dan jiwa menjadi tertekan apabila cuba mencederakan diri sendiri, malah saya juga pernah berniat untuk membunuh diri.

“Sungguhpun begitu selepas mengkaji sedalam perbuatan terkutuk dan dibenci tuhan, akhirnya saya pasrah ketentuannya sehinggalah kini ditempatkan di rumah perlindungan ini,” katanya yang baru melahirkan anak perempuannya.

Seorang lagi mangsa, Geehan (bukan nama sebenar), 22, berkata perkenalannya bersama teman lelaki dan gaya hidup bebas di ibu kota menjadi punca dia terlanjur.

“Selepas menamatkan pengajian di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), saya mengambil keputusan untuk berhijrah ke Kuala Lumpur dengan pengetahuan keluarga kerana percaya akan mendapat peluang pekerjaan yang lebih cerah di sini.

“Bagaimanapun, disebabkan desakan hidup dan tidak mempunyai sumber kewangan yang mencukupi, saya kemudiannya mengambil keputusan untuk tinggal bersama teman lelaki yang ketika itu bekerja sebagai pelayan di sebuah pusat hiburan.

Geehan berkata, hasil keterlanjurannya bersama teman lelaki sepanjang beberapa bulan mengakibatkan dia tidak percaya apabila disahkan mengandung sehingga mengambil keputusan untuk menggugurkan kandungan.

“Saya memberitahu teman lelaki dan memintanya bertanggungjawab.

“Bagaimanapun teman lelaki saya meminta saya menggugurkan kandungan, kami tidak mempunyai kewangan mencukupi untuk melakukannya sehingga menimbulkan tekanan di dalam diri,” katanya yang baru melahirkan seorang anak lelaki.

Dia mengambil tindakan nekad meminta pertolongan badan kebajikan yang dapat membantu menyelesaikan masalah terbabit.

Bookmark and Share

    


  Member Information For dakwah_ilahiProfil   Hantar PM kepada dakwah_ilahi   Pergi ke dakwah_ilahi's Website   Quote dan BalasQuote

dakwah_ilahi
WARGA SETIA
Menyertai: 04.03.2004
Ahli No: 7735
Posting: 1108
Dari: Eropah

uk   avatar


posticon Posting pada: 19-10-04 14:48


Dirogol kekasih ketika 'dating'

Oleh Rahayu Mohd Salleh
[email protected]

DIROGOL waktu bertemu janji jarang sekali mahu diakui apatah lagi apabila pelaku itu teman lelaki. Mangsa yang rata-rata remaja perempuan lazimnya tidak mahu perkara itu diambil tindakan pihak berkuasa lantaran malu atau bimbang diri dipersalahkan.
Lebih malang apabila kejadian itu hanya menjadi rahsianya seorang kerana tiada siapa yang dirasakan dapat memahami situasi. Namun, pemikiran sebegini tidak seharusnya berpanjangan malah tidak mustahil jika kejadian tidak diingini itu terus berleluasa dalam diam kerana tiada siapa mahu menghalang.

Bilangan kes rogol menunjukkan peningkatan saban tahun seperti diketengahkan statistik Polis Diraja Malaysia. Jika pada 2002, sebanyak 1,431 kes dilaporkan, kejadian pada 2003 pula meningkat kepada 1,479 kes.

Berdasarkan 587 kes dilaporkan mulai Januari hingga Mei tahun lalu, 346 kes membabitkan pelaku di kalangan teman lelaki, kenalan dan kenalan baru.

Selebihnya membabitkan kes sumbang mahram serta pelaku di kalangan orang yang tidak dikenali dan pelaku lain seperti bomoh dan guru. Secara purata, dianggarkan 85 hingga 90 peratus kes rogol membabitkan pelaku yang dikenali mangsa.

Menurut Seksyen 375 Kanun Keseksaan, maksud rogol adalah luas termasuk persetubuhan yang bertentangan iaitu dengan paksaan dan tanpa kerelaan perempuan.

Berdasarkan satu kajian di Amerika Syarikat dijalankan oleh ahli psikologi, Mary Koss, mendapati 57 peratus kejadian rogol berlaku sewaktu bertemu janji manakala 84 peratus perogol enggan mengaku jenayah yang mereka lakukan.

Kajiannya turut menunjukkan 30 peratus daripada mangsa menimbangkan kemungkinan untuk membunuh diri manakala 42 peratus mangsa tidak memberitahu sesiapa mengenai kejadian berkenaan.

Sikap sesetengah remaja sukar meluahkan perasaan terutama hal peribadi kepada pihak yang benar-benar dapat membantu, menyukarkan lagi keadaan.

“Remaja yang menjadi mangsa rogol teman lelaki atau kenalan lazimnya jarang mahu bercakap mengenai kejadian yang menimpa mereka apatah lagi mahu ke hospital atau balai polis.

“Ada kalanya bukan salah mereka kerana tidak mahu mengenengahkan kejadian itu kerana banyak pihak termasuk ahli keluarga yang mungkin tak dapat memahami sebaliknya, menuding jari pada mangsa sebagai punca kejadian,” kata Pengarah Eksekutif Pertubuhan Pertolongan Wanita, Ivy Josiah.

Justeru, dia menyarankan supaya diwujudkan persekitaran di mana golongan remaja dapat meluahkan masalah mereka tanpa berasa diri sering dipersalahkan.

“Misalnya, penubuhan unit kaunseling rakan sebaya. Apabila membabitkan hubungan sesama teman lelaki atau wanita, remaja jarang bercakap hal sedemikian dengan ahli keluarga atau guru.

“Oleh itu, kehadiran rakan sebaya ini tentu memudahkan lagi keadaan remaja bermasalah khususnya mereka yang menjadi mangsa jenayah seksual,” katanya.

Remaja perempuan pula, menurutnya, sering menjadikan lelaki berimej ‘macho’ sebagai ikon mereka hingga ada kalanya membuatkan mereka terjebak dengan pilihan mereka itu. Lebih parah apabila sesetengah lelaki pula menganggap mereka ‘berhak’ ke atas teman wanita masing-masing hingga boleh memperlakukan mereka sesuka hati.

Tiada siapa berhak dirogol. Berada di dalam rumah atau kenderaan lelaki tidak bermakna seseorang wanita itu bersetuju melakukan hubungan seksual dengan lelaki terbabit. Malangnya, pandangan sebegini lazim dianggap sebaliknya.

“Apabila teman lelaki berbelanja mewah untuk teman wanitanya, tak bermakna wanita itu harus berasa terhutang ‘budi’ dan terpaksa melakukan hubungan seksual walaupun wanita itu enggan melakukannya,” kata petugas Persatuan Pergerakan Wanita, Che Nor Mohaini Abdul Aziz.

Mengawal hubungan sosial, menurutnya, juga antara langkah yang boleh dilakukan termasuk bertemu janji secara berkumpulan serta tidak memilih tempat yang sunyi dan terpencil.

“Hati-hati pada minuman diberikan, jangan sampai ia dibubuh bahan asing yang boleh memabukkan hingga mengakibatkan kejadian tak diingini.

“Malah jika keadaan dirasakan tak selesa, lebih baik tinggalkan saja tempat berkenaan daripada mendedahkan diri kepada risiko yang lebih buruk,” katanya.

Kejadian rogol, menurutnya, boleh berlaku kerana sebab yang mudah membabitkan beberapa aspek daripada perspektif pelaku seperti peluang, sasaran dan keupayaan.

“Lazimnya, pelaku menganggap diri mereka lebih berkuasa daripada mangsa kerana itu, ada kes rogol membabitkan mangsa di kalangan orang tua dan kanak-kanak. Mereka lazimnya lebih lemah daripada perogol dan golongan sebeginilah yang sering diambil kesempatan,” katanya.

Apa sekalipun, menyemai rasa hormat lelaki terhadap wanita bukan soal kecil dan segala asuhan harus bermula sejak seseorang itu masih di usia rebung lagi.



Bookmark and Share

    


  Member Information For dakwah_ilahiProfil   Hantar PM kepada dakwah_ilahi   Pergi ke dakwah_ilahi's Website   Quote dan BalasQuote

dakwah_ilahi
WARGA SETIA
Menyertai: 04.03.2004
Ahli No: 7735
Posting: 1108
Dari: Eropah

uk   avatar


posticon Posting pada: 06-02-05 20:29


BENARKAH bunuh diri bakal menjadi punca kematian terbesar rakyat Malaysia dalam tempoh lima hingga 10 tahun lagi? Benarkah angka kematian bunuh diri boleh mengatasi rekod korban kemalangan jalan raya, sakit jantung dan kanser yang kini menjadi pembunuh nombor satu negara?



Persoalan dibangkitkan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Chua Soi Lek itu kedengarannya seperti satu teori, lebih tepat hanya ramalan. Namun, ia mampu mencetuskan satu kebimbangan.

Memang sukar mengukur sehebat mana gejala bunuh diri menular di kalangan masyarakat Malaysia. Kita belum mempunyai satu rekod kaunseling penyakit jiwa yang lengkap dan teratur bagi menunjukkan kecenderungan perlakuan itu.

Berdasarkan anggaran Kementerian Kesihatan tahun lalu, tujuh kejadian bunuh diri berlaku setiap hari dengan unjuran 2,000 kematian setiap tahun membabitkan golongan muda dan tua.

Bunuh diri juga dilihat sebagai satu daripada tiga penyebab kematian kepada golongan berusia antara 15 hingga 44 tahun.

Angka yang diunjurkan Kementerian Kesihatan itu dibuat berdasarkan Kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang mendapati membunuh diri adalah punca kematian ketiga terbesar.

Kajian WHO juga mendapati, nisbah kejadian bunuh diri ialah 16 orang bagi setiap 100,000 penduduk dunia dan perangkaan itu meningkat 60 peratus sejak 45 tahun lalu.

Gejala bunuh diri di peringkat antarabangsa lebih menakutkan. Bunuh diri kini bukan sekadar perbuatan bersifat peribadi, ia membentuk satu rangkaian global menerusi internet.

Pendedahan paling mengejutkan ialah perbuatan membunuh diri sudah dibentuk menjadi satu pakatan atau aliran fahaman sesat antarabangsa. Laman web diwujudkan khusus bagi mereka yang cenderung untuk membunuh diri dan cara melakukannya.

Pakatan membunuh diri dikesan wujud di internet sejak penghujung 1990-an dan dilaporkan di merata dunia termasuk di Eropah dan Asia Timur.

Di Jepun, sebuah negara maju yang mempunyai rekod kes bunuh diri paling tinggi, remajanya mula berbincang cara paling berkesan untuk berbuat demikian.

Di Malaysia, kajian kecenderungan membunuh diri di kalangan rakyat negara ini masih terlalu sedikit. Malah, hingga 2002, Dr Marhaini Midin dari Jabatan Psikiatri Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), berkata tiada kajian rasmi dilakukan di negara ini mengenai kejadian bunuh diri.

Ketandusan kajian berhubung gejala bunuh diri yang semakin membimbangkan itu sudah meletakkan kajian Profesor T Maniam pada 1988 dan 1994 terhadap kejadian bunuh diri di Cameron Highlands, tidak lagi relevan dengan senario semasa.

Namun demikian, kajian beliau yang merumuskan kadar bunuh diri di kalangan kaum India lebih tinggi berbanding Cina dan Melayu masih lagi dijadikan sumber rujukan di universiti lantaran ketandusan penyelidikan dan penemuan baru.

Walhal, inti pati kajian Profesor Maniam yang wajib diberi perhatian utama ialah ‘kejadian bunuh diri di kalangan masyarakat pelbagai kaum di negara ini semakin serius dan perlu ditangani segera.’

Berbalik kepada kenyataan Dr Chua, beliau meramalkan bunuh diri bakal menjadi pembunuh nombor satu rakyat Malaysia dalam tempoh lima hingga 10 tahun lagi jika kesihatan mental diabaikan.

Menurut beliau, rakyat Malaysia tidak memberi perhatian serius terhadap kesihatan mental sedangkan ia boleh menjadi masalah utama dalam tempoh berkenaan.

Kenyataan Dr Chua itu sebenarnya sudah dibuktikan melalui kajian Pensyarah Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Aili Hanim Hashim yang dibuat di beberapa sekolah rendan dan menengah di Kuala lumpur, Kelantan, Johor, Selangor dan Pulau Pinang pada 2002/03.

Menurut kajian rambang Dr Aili, kira-kira 20 peratus menghidapi masalah kesihatan mental atau sewel tanpa mereka menyedarinya.

Sebanyak 13 peratus daripada mereka di tahap tenat dan jika tidak diatasi segera, mereka akhirnya terdorong membunuh diri.

Menurutnya, masalah itu dikesan bermula sejak mereka di sekolah rendah berpunca daripada tekanan emosi, masalah pembelajaran dan keadaan institusi keluarga di rumah masing-masing.

Beliau juga menggariskan lima hingga sembilan peratus pelajar yang ditemui menunjukkan tanda kekacauan emosi seperti kemurungan, sama ada akibat masalah peribadi atau keturunan.

Dr Aili Hanim berkata, hasil kajian menunjukkan secara purata hanya seorang daripada lima pelajar yang mendapatkan rawatan sedangkan jika mereka tidak dirawat akan menyebabkan pengambilan dadah, jenayah, perlakuan ganas serta bunuh diri.

Bersandarkan kajian ahli akademik yang berusia beberapa tahun itu, sampai masanya kita lebih serius dalam menangani gejala bunuh diri.

Ahli akademik yang membuat kajian dan penyelidikan sepatutnya tampil mendedahkan laporan masing-masing supaya dapat dikongsi bersama masyarakat.

Kertas kerja yang dibentang dalam seminar dan bengkel perlu dihebahkan melalui media supaya lebih banyak pihak dapat memberi makluman dan tindak balas.

Pelancaran Bulan Pencegahan Bunuh Diri yang dianjurkan Kementerian Kesihatan pada tahun lalu, perlu diperkembangkan supaya dapat dijadikan agenda tetap dan utama.

Gerakan besar-besaran program pencegahan bunuh diri di Malaysia dengan kerjasama universiti tempatan, Persatuan Psikiatri Malaysia, Befrienders, Persatuan Kesihatan Mental Malaysia dan Jabatan Kebajikan Masyarakat seharusnya dapat mencetuskan kesedaran di peringkat nasional.

Bookmark and Share

    


  Member Information For dakwah_ilahiProfil   Hantar PM kepada dakwah_ilahi   Pergi ke dakwah_ilahi's Website   Quote dan BalasQuote

ibnuyahya

Menyertai: 15.10.2004
Ahli No: 11874
Posting: 574
Dari: Ampang, Selangor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 07-02-05 07:38




err, wanita tu Islam ke?.

Nampaknya tugas kita belum selesai. Masih ramai lagi saudara kita yang memerlukan kita disini. Perlu perhebatkan lagi da'wah kita supaya semua orang faham dan kembali kepada Islam.

Jika wanita tersebut terjun, maka rugilah kita sebagai muslim. Kehilangan saudara yang sepatutnya duduk bersama dalam satu jemaah.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnuyahyaProfil   Hantar PM kepada ibnuyahya   Pergi ke ibnuyahya's Website   Quote dan BalasQuote

dakwah_ilahi
WARGA SETIA
Menyertai: 04.03.2004
Ahli No: 7735
Posting: 1108
Dari: Eropah

uk   avatar


posticon Posting pada: 22-05-05 13:15


KL: Perempuan 27 tahun bunuh diri. Emak lega dia sempat makan burger ayam




"Petikkan perkataan demi perkataan dari HARIAN METRO Jumaat 20hb Mei 2005:
" Saya reda dengan pemergian nya, kerana Tuhan lebeh sayangkan dia. Apa pun saya lega kerana dapat menunaikan hajat terakhir nya yang mahu makan burger ayam"

Inilah luahan isi hati seorang mak yang anak nya mati bunuh diri. Yang penting anak nya sempat makan burger ayam sebelum mati. Aku reda dengan kematian nya.

Ini bukan jenaka. Lihat HARIAN METRO muka 2.
.........................
KUALA LUMPUR: “Saya reda dengan pemergiannya kerana Tuhan lebih sayangkan dia. Apa pun saya lega kerana dapat menunaikan hajat terakhirnya yang mahu makan burger ayam,” kata ibu kepada Mazian Maarof, 27, yang maut dipercayai terjatuh dari tingkap bilik rumahnya di tingkat empat, Blok E10, Desa Pandan, dekat sini malam tadi.

Saadiah Mohd Syah, 54, berkata ketika kejadian kira-kira jam 7.30 malam, dia dan seorang lagi anaknya bersiap untuk menunaikan solat Maghrib, apabila tiba-tiba terdengar bunyi benda jatuh dan jeritan kuat dari bilik anak ketiganya itu.

Menurutnya, dia yang bimbang sesuatu berlaku terhadap Mazian, tergesa-gesa ke bilik anaknya itu, tetapi pintu biliknya berkunci.

“Saya mencari kunci untuk membuka pintu bilik, tetapi tidak sempat apabila seorang jiran memaklumkan anak saya itu sudah berada di bawah.

“Saya bergegas turun dan melihat anak saya sudah terbaring dengan kepalanya berdarah,” katanya ketika ditemui di rumahnya.

Saadiah berkata, dia yang terkejut melihat keadaaan anaknya itu, sempat memangku dan memanggil nama Mazian beberapa kali.

“Saya memangku dia di riba dan mengajarnya mengucap, tetapi dia sudah tidak bergerak lagi,” katanya.

Menurut Saadiah, sebelum kejadian, Mazian yang pernah mengikuti kursus Diploma Pengajian Perniagaan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Dungun, Terengganu, berkurung dalam bilik selepas bertengkar dengan kakak sulungnya.

“Disebabkan pertengkaran itu, dia mengamuk dan membaling kipas meja ke pintu bilik serta membuang papan katil ke luar tingkap.

“Dia kemudian mengunci pintu bilik dan enggan keluar kerana mungkin berkecil hati selepas dimarahi kerana menggunakan alat solek dan pakaian kakaknya,” katanya.

Turut berada di rumah ketika kejadian ialah ayah Maziah iaitu Maarof Abdul, 65, yang juga bekas aktivis Persatuan Penjaja Melayu Kuala Lumpur. Maarof yang dulu bergiat aktif membela nasib penjaja pada era 70-an, kini uzur kerana sakit tua.

Saadiah berkata, Mazian juga tidak menunjukkan sebarang perlakuan pelik sebelum kejadian itu, tetapi apa yang menghairankan ketika hayat Maziah, dia gemar mengasingkan gambarnya daripada album keluarga dan menyembunyikannya, seolah-olah tahu dia akan pergi buat selama-lamanya.

“Maziah ada meminta supaya membeli burger ayam di sebuah restoran makanan segera terkenal. Saya mengikuti kemahuan Maziah dan membelikan burger ayam dan air oren yang menjadi kegemarannya sejak dulu. Malah, saya memberikan separuh burger milik suami kepada Maziah selepas dia mengadu tidak cukup dan mahu lagi.

“Itulah kali terakhir saya melihat Maziah begitu ceria. Dia seorang anak yang baik, mendengar kata dan rapat dengan empat adiknya. Oleh itu, saya tidak menyangka dia akan pergi dalam keadaan begini,” katanya.

Jurucakap polis dari Balai Polis Pudu, mengesahkan kejadian itu dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk bedah siasat. Kes itu diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

"


Bookmark and Share

    


  Member Information For dakwah_ilahiProfil   Hantar PM kepada dakwah_ilahi   Pergi ke dakwah_ilahi's Website   Quote dan BalasQuote

as_samakandi
Warga 1 Bintang
Menyertai: 16.05.2005
Ahli No: 16564
Posting: 35
Dari: amerika syarikat

usa  


posticon Posting pada: 23-05-05 14:33


tadi ana tengok posting pendedahaan mastika keatas peljaq ipt..sekarang lak plejaq buang diri...sungguh sedih sedangkan allah melarang perbuatan cam ini......heee sedih

Bookmark and Share

    


  Member Information For as_samakandiProfil   Hantar PM kepada as_samakandi   Quote dan BalasQuote

sukri96
WARGA SETIA
Menyertai: 28.03.2005
Ahli No: 15374
Posting: 598
Dari: Kepala Batas

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 26-05-05 08:00


bunuh diri dah jadi satu penyelesaian kepada masalah nampaknya...
lebih teruk dari minum arak...

tp hairan yer... dahwah_ilahi
org tak nampak bunuh diri itu sebagai sesuatu yang besar...
sebaliknya asalkan hajat mereka tercapai mereka redha..

Bookmark and Share

    


  Member Information For sukri96Profil   Hantar PM kepada sukri96   Quote dan BalasQuote

pLatipus
WARGA SETIA
Menyertai: 23.12.2003
Ahli No: 5915
Posting: 863
Dari:

Bumi Allah Yg Suci

saudiarabia  


posticon Posting pada: 26-05-05 08:22


otak dah takde tu yg bunuh diri tu..
Bodoh btol

-----------------

Jom Pakat² Naik GununG CEO Penguis



Bookmark and Share

    


  Member Information For pLatipusProfil   Hantar PM kepada pLatipus   Pergi ke pLatipus's Website   Quote dan BalasQuote

aieyda
WARGA SETIA
Menyertai: 02.04.2004
Ahli No: 8177
Posting: 1241
Dari: jurassic park naungan puteri cik siti wan kembang

australia   avatar


posticon Posting pada: 26-05-05 09:07


mcm le tak ada cara lain nak selesaikan masalah.otak ada pakai la...

Bookmark and Share

    


  Member Information For aieydaProfil   Hantar PM kepada aieyda   Pergi ke aieyda's Website   Quote dan BalasQuote

SautulJannah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 14.04.2005
Ahli No: 15806
Posting: 153
Dari: ippm

Kelantan  


posticon Posting pada: 26-05-05 11:57


tu la yang selalu orang kata...belajar tinggi tapi pemikiran cetek....tak pernah nak fikir baik-baik....lupakan mak ayah dan orang sekeliling yang masih mengambil berat...

Bookmark and Share

    


  Member Information For SautulJannahProfil   Hantar PM kepada SautulJannah   Quote dan BalasQuote

srikandi_islam
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.10.2003
Ahli No: 4481
Posting: 260
Dari: BANGI + KB

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 26-05-05 12:10


berfikiran positif...
mesti coz ayah die xkasi join fear factor....
hahahahahahahah

-----------------
2 love some 1 is NOTHING,2 be love by some 1 is something,2 be love by same 1 U love is EXCITING,but 2 be loved by ALLAH

Bookmark and Share

    


  Member Information For srikandi_islamProfil   Hantar PM kepada srikandi_islam   Pergi ke srikandi_islam's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.141343 saat. Lajunya....