Array
Create An Account | Home · Topik · Statistik · Your Account · Hantar Artikel · Top 10 | 02-12-2024 |
|
Pengumuman Aktiviti
|
Moderator: Administrator, limah, istisafa |
Please Mendaftar To Post |
Oleh | KEM GEMPUR SPM & PMR (GENPRO&PIPUSM) | ||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
al-umari |
Posting pada: 16-05-04 22:54 Insya-Allah satu Program KEM GEMPUR SPM dan PMR akan dilaksanakan: (Program adalah usahasama antara GENPRO, PIPUSM, PPIPUSM & SMART SUCCESS) Pengenalan : Program ini merupakan program yang dirancang khusus untuk pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan PMR dan SPM... Program ini akan berlangsung semasa cuti sekolah iaitu pada 29, 30, 31 Mei, 1 & 2 Jun (5 hari 4 malam) Bertempat di : Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang Yuran Penyertaan: RM 200.... Program ini merupakan program peringkat nasional.. di mana pesertanya adalah dari sekolah-sekolah seluruh Malaysia.... Sehingga sekarang pihak penganjur telah menerima penyertaan dari sekolah-sekolah sekitar utara dan tengah... Antara sekolah yang paling ramai pesertanya adalah Sekolah Menengah Seri Puteri, Sek. Men Sains Syed Shahabudin, Maktab Mahmud dan banyak lagi.... tidak ketinggalan juga peserta persendirian dari seluruh negara.... Pengisian : Program ini adalah berbentuk Kem Akademik...90% program ini adalah pengisian berupa teknik menjawab dan kaedah pembelajaran... dan selebihnya adalah motivasi.... Pengisian akan diberikan oleh Guru-Guru Pakar matapelajaran yang dijemput khas dari seluruh negara... guru-guru ini dikenalpasti dari PPD dan JPN setiap negeri.... Peserta akan diberikan beberapa keistimewaan antaranya penginapan, makanan, T-Shirt, beg program dan banyak lagi..... Subjek yang ditawarkan melalui Program ini ialah: SPM ALIRAN SAINS Matematik Moden Matematik Tambahan Kimia, Fizik, Biologi English PMR Matematik, Sains English, B.M Sejarah SPM ALIRAN SATERA Matematik Moden Rampaian Sains Sejarah, Ekonomi English MOTIVASI âWelcome to Successâ âPulangnya Sang Bestariâ PERHATIAN!!! Kepada sesiapa yang ingin mengikuti program ini boleh menghubungi : Mohd Hafiz Bin Mohd Salleh (al-umari) 013-4593421 Zahrah Binti Zakaria (Azzahrawi) 012-5690150 Siti Noor Fauziah Abd Rahim (alfaqierah) 012-5671930 Penyertaan terhad... hanya 100 penyertaan sahaja lagi yang dibuka Mana-mana ahli ukhwah akan diberikan keutamaan CEPAT!!!! Dateline confirmation 25 Mei 2004... selepas itu penyertaan akan ditutup... (Pengurusan pengangkutan akan diuruskan setelah anda mendaftar) Atau emailkan kepada: [email protected] [email protected] [email protected] [ Posting ini telah di edit oleh: al-umari pada 2004-05-20 12:42 ] | ||||||
Hanan |
Posting pada: 16-05-04 23:47 Tahniah!! Satu program pertama GENPRO dengn kerjsama PIPUSM. Tahniah kepada penganjur terutama al-umari, alfqierah dan azzahrawi. Sesiapa yang bakal menduduki SPM atau PMR jangan lepaskan peluang ini. Bagi yang ada adik2 bolehlah hantar mereka untuk ke KEM GEMPUR ini... Good Luck Wassalam ----------------- Hargai semasa ada.... [ Posting ini telah di edit oleh: Hanan pada 2004-05-16 23:48 ] | ||||||
alfaqierah |
Posting pada: 17-05-04 03:06
Assalamu'alaikum wrt wbt
salam Kem Gempur SPM & PMR buat adik-adik dan sahabat2 seukhwah.com semua Alhamdulillah..spt yg kelihatan di posting di atas tu,akh al-umari dah war-warkan ttg satu lagi program terbaru dibawah GenPro dengan kerjasama PIPUSM (Persatuan Ilmu Pendidikan,USM).Ini merupakan program kerjasama GenPro yang pertama dan menjurus kepada menimba pengalaman dan ilmu utk mengendalikan program yg seterusnya..di bawah GenPro..insyaAllah. akh al-umari,adalah Pengarah Program ini,ana dan azzahrawi bertindak sebagai AJK.jadinya,sukalah kiranya,kami mengalu-alukan penyertaan dari ahli-ahli ukhwah.com utk sama-sama berkem di USM pada cuti sekolah yang akan datang.Maklumat dan butiran adalah seperti di atas. PERHATIAN Ana disini,nak listkan peralatan yang perlu dibawa utk kem selama 5 hari ni. 1.Niat yang iklas utk menimba ilmu 2.Wang secukupnya (utk urusan yuran,tambang dll) 3.Pakaian uniform sekolah (Untuk Perasmian pd 29 Mei 2004 shj) 4.Pakaian formal,kemas dan menutup aurat (cth:kemeja,t-shirt berkolar,baju kurung dan sebagainya) untuk slot-slot Ceramah,Motivasi dan LDK. 5.Pakaian dan kasut sukan utk slot Senamrobik dan aktiviti riadah di waktu Petang 6.Kelengkapan harian diri secukupnya *Cadar dan bantal akan disediakan Apa lg ye..rasanya setakat itu shj utk masa ini,andai ada pertambahan dan penguruangan,pihak kami akan maklumkan kemudian. jumpa lg! | ||||||
alfaqierah |
Posting pada: 17-05-04 03:25
Assalamu'alaikum wrt wbt
Bertemu kembali.. Maklumat terkini utk yang ingin menyertai kem Gempur SPM dan PMR. Cara utk menyertai Kem ini adalah seperti berikut: 1.Sila daftarkan diri anda dgn menggunakan borang di link hadapan.(InsyaAllah..borang ini akan disiapkan dalam jam-jam yg terdekat) 2.Isikan butiran didalam borang dengan selengkapnya..dan ianya akan sampai terus ke meja pengarah program dan secara automatik penyertaan anda akan direkodkan. 3.Pihak penganjur selepas itu,akan berhubung terus dgn anda utk memastikan cara kebolehsampaian anda di tmpt program. 4.Mengenai bayaran,yuran penyertaan ialah RM200 utk 5 hari meliputi semua aspek,kecuali tambang pergi dan pulang. *Bayaran haruslah dibuat secepat mungkin selepas mendaftar menerusi akaun: Mohd Hafiz B.Mohd Salleh BBCB : 0709-0061684-52-9 BSN : 02100-29-00006905-6 *sila simpan slip akaun utk pengesahan pd hari pendaftaran (29 Mei 2004) nanti. Adalah penting untuk anda mengikuti langkah-langkah diatas untuk memudahkan urusan pihak kami disini.Segala kerjasama amatlah diharapkan. Untuk tentatif program akan dimasukkan selepas ini.Sebarang kesulitan dan persoalan berbangkit bolehlah menghubungi nama-nama dibawah: Mohd Hafiz Bin Mohd Salleh (al-umari) [email protected] 013-4593421 Zahrah Binti Zakaria (Azzahrawi) [email protected] 012-5690150 Siti Noor Fauziah Abd Rahim (alfaqierah) [email protected] 012-5671930 Sekian.Harap Maklum. Welcome To Success..The Knowledges Are Key | ||||||
heris |
Posting pada: 17-05-04 03:33
Semoga Berjaya dan Sucses Insya Allah
----------------- [img]http://www.musleem.com/mysite/themes/Sunset/images/logo.gif[/img] | ||||||
Prof_Muslim |
Posting pada: 17-05-04 09:29
Tahniah....!!!!
Tak sangka dah bermula... Satu permulaan baik.....dari Exco GenPro.. Err...rasanya Prof nak ikut..sebab semangat nakambik PMR dan SPM balik..hehehe ----------------- ::> Produk Halal Tanggungjawab Bersama | ||||||
pLatipus |
Posting pada: 17-05-04 11:01 Tahniah akhirnya bergerak sudah jentera GENPRO yang dihebohkan selama ini.. Semoga Berjaya... p/s: Sampaikan Salam kepada Student USM ek? dah lama tak singgah USM semenjak dah tak jadi Facilitator Kementerian Belia... huhuhu | ||||||
BrotherMon |
Posting pada: 17-05-04 15:12 tahniah kepada penggerak utama..semoga anda sukses ! ahaks... This is our first project... Cepat cepat !! adik2 semua...tak teringin ke nak join ni ? [sign] [ Posting ini telah di edit oleh: BrotherMon pada 2004-05-17 15:13 ] | ||||||
Kang |
Posting pada: 17-05-04 17:39
Ini sebabnya Kang sayang betui dengan ahli Ukwah Utara (Alfaqierah & Team - alumari, azzahrawi, brothermon, paksu, dan lain-lain lagi). Depa ni... kerja teratuq, tangkas, ikut prosuder.
Tengoklah... meeting sekali terus jadi projek Genpro ni. Projek besaq pulak tu. Bukan meeting, meeting, meeting, 100 kali meeting tak jugak bergerak.... Sejak Mega JK lagi... dah dikesan bakat depa ni... Lantas... depa ni jadi anak emas Ukhwah.com. Ada sebab kenapa Faqierah & Team jadi anak emas Ukhwah.com Nota: satu lagi "alfaqierah" sedang dalam proses. Nak tau sapa? Dia sedang mengusahakan Koperasi Ukhwah.com bersama Hanan. Teringin sangat nak tarik Alfaqierah & Team masuk Koperasi tapi tak berani sebab tumpuan depa adalah pada GENPRO. ----------------- | ||||||
BrotherMon |
Posting pada: 17-05-04 18:37 "Thanks to all...specially Kang.Sebab percayakan team Genpro yang ada skarang." "All the best from ukhwah to ukhwah and ummah" "JIKA KITA BERMOTIVASI TINGGI,YANG MUSTAHIL PUN NAMPAK MUDAH.JIKA KITA TIDAK BERMOTIVASI TINGGI YANG MUDAH PUN NAMPAK MUSTAHIL..." Fikir-fikirkan....think positive...be positive... Kpd.adik yang nak amik exam pmr & spm..apalagas !! cepat daftar..peluag terhad..warga ukhwah diberi keutamaan! "Kecemerlangan,kesederhanaan atau kegagalan adalah pilihan diri sendiri" | ||||||
nur_indah |
Posting pada: 17-05-04 23:37 Tahniah!!! isk, rasa2 baru je tau pasal genpro ni masa mega jk dulu... tup2, dah ade projek... x dan nak ilang lagi cerita mega jk, ada dah projek baru ek... dasatt aahhh kome.... respek, respek!!!! so, all the best to all genpro team members... semangat kome sume nih susah org lain nak challenge... teruskan... so akak akan mengiringi dari kejauahn... cewahhh... p/s: kita nantikan siapa dia 'insan misteri' yg kang rahsiakan sgt tu... InsyaAllah, hasilnye kite same2 lihat...... ----------------- | ||||||
al-umari |
Posting pada: 18-05-04 02:12 Alhamdulillah persiapan dah dibuat dah hampir 90% dah... now hanya mennunggu peserta sahaja.. daftar je.. semuanya tersedia untuk anda.. marilah daftar sekarang..... ....DAFTAR jangan tak DAFTAR..... Program ini lain dari yang lain dan pihak kami berani berkata, Pengisian program pastinya akan ade kelainan dari yang biasa...Semuanya dijalankan berdasarkan prinsip Profesionalisme.... ----------------- Hidup Selesa Aman Bahagia, Dirahmati Selamanya. | ||||||
great_teacher |
Posting pada: 18-05-04 03:02
---------------------------------- | ||||||
irda82 |
Posting pada: 18-05-04 03:10 Dah bergerak ya.Tahniah. Buat adik2,abang2,kakak2, ibu bapa yang berminat,bolehlah Daftar di Sini. Program kedua (rasanya) dengan kerjasama luar...kenalkan ukhwah.com masyarakat luar... Wassalam. "Jadikan pengalaman sebagai guru" Syihab Firdaus Mansor | ||||||
nizam04 |
Posting pada: 19-05-04 14:06 | ||||||
Engku_Salina |
Posting pada: 19-05-04 15:15
utk student sekolah aje ke??? utk yg dah tua takde ke??? mrk ni pun perlu belajar gak prinsip profesionalisme... ----------------- Hai org-org yang beriman, jika datang kpdmu org fasik membawa suatu berita maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui kdaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu. (Al-Hujurat | ||||||
alfaqierah |
Posting pada: 20-05-04 01:50
Assalamu'alaikum wrt wbt
Sesiapa lg adik2 yg belum mendaftar dan ingin turut serta,sila berbuat demikian..hari ni dah 20 Mei..hanya tinggal 9 hari shj lagi. Mudah caranya,isikan borang dihadapan dan seterusnya uruskan urusan pembayaran spt yg dinyatakan. InsyaAllah..ada sesuatu yg bakal anda bawa pulang,kesan dan impak dari Kem Gempur ini!! Jgn lepaskan peluang..tak menyertai,anda tdk akan dpt apa yg terkandung didalamnya.. Jgn lepaskan peluang utk sama-sama berKem Gempur bersama kami disini. | ||||||
BrotherMon |
Posting pada: 20-05-04 02:01 | ||||||
darul_numan81 |
Posting pada: 20-05-04 10:21
eh???... dateline confirmation 21 Jun 2004 tapi aktiviti tu dah berlangsung dan berakhir pada 2 Jun 2004.. macam mana ni pihak penganjur? ada kesilapan teknikal ke? wassalam ----------------- Kehidupan adalah satu ujian... | ||||||
alfaqierah |
Posting pada: 20-05-04 13:51
kak lin, maaf la..kesilapan sewaktu menaip.akh al-umari tak perasan tu..kesilapan kecil tu.. boleh consider lah kan,tarikh program bulan jun,pastinya kena daftar sblm tu.. ape2 pun,maaf dr pihak kami.. nizam04,ttg persoalan akh tu,hmm..susah juga nak mnjawab.akan diperbincangkan dahulu.nanti ana akan inform kemudian. kak sal, buat kali ini,program hanya dibuat utk student sekolah dulu..insyaAllah..lepas ni akan disusun pula utk golongan2 dewasa.. *Buat student2 SPM dan PMR,andai berminat sila sertai kami disni. Welcome To Success..Knowledges Are Key | ||||||
Jundullah_Al_Asad |
Posting pada: 22-05-04 13:55 firstly.. congratulations a lot 4 diz beneficial program... isk.. isk.. siannyer.. ana x leh nak join la.. isk.. ruginyer.. taun ni spm.. aisey.. dah la jauh.. lg tu.. mahal la.. tp jauh tu yg paling penting... kalu wat kat usm kubang kerian x leh ker?? murahkan sket ek... ----------------- "Dan berJIHADlah pada JALAN ALLAH dengan sebenar-benar JIHAD" "Dan janganlah kamu menyangka sesiapa yang terbunuh pada JALAN ALLAH itu mati. Bahkan mereka terus hidup di sisi TUHAN mereka dan diberi rezeki" | ||||||
al-umari |
Posting pada: 22-05-04 17:24
Jundullah_Al_Asad... maaf lah nak bgtau ni... Program ini adalah yang ana rasa termurah dengan apa yang anda akan perolehi.... program ini dilaksanakan Selama 5 hari 4 malam.... dan perkara penting yang anda akan dapat ialah program ini menjuruskan kepada pendekatan Subjek bukan motivasi yang banyak seperti kem lain masa cuti.... untuk pengetahuan Jundullah_Al_Asad program ini akan menyenaraikan 5 Subjek untuk SPM iaitu subjek Saisn (Fizik, Kimia, Biologi), Sains Rampaian, Sejarah, B.I, Mate Tamb & Mate moden. Semuanya akan disampaikan oleh pakar dalam subjek tersebut yang diejmput dari beberapa negeri di Semenanjung. (Guru Pakar).... Then facilities memang yang terbaik kami sediakan.... iaitu penginapan di Desasiswa baru di USM induk dan merupakan desasiswa yang termoden dan tercantik di USM...... Then, tempat kuliah adalah yang terbaik di dalam USM... kami tempah tempat kuliah class A punye.... Then anda semua akan dapat sebuah beg bercetak program yang cukup unik designnye...... Lagi satu anda akan dapat sehelai T-Shirt program...memang lawa.....yang mahal nye ade logo USM dan GEnpro... Then dapat Sijil Penyertaan yang dikeluarkan dari USM dan GENPRO.... memang tak dapat cari kat tempat lain.... Makan anda adalah 6 kali sehari dan menu memang cukup speacial...hahahah.. nak tau menuy ape... datang baru terkejut tengok.... Then dapat lagi souvenier speacial khas untuk peserta program je.. nak tau ape? haaa.. datanglah.. Bukan tu saja.,.. dah boring belajar je.. aaleh berhibur.. ade persembahan nasyid lagi tu....dengar jelah...hehehhe pastu ade lagi.... yang paling penting input dan bahan2 dari penceramah yang mungkin anda tak dapat dari guru sekolah anda hanya dari guru pakar sahaja.... hmmm... kalau Jundullah_Al_Asad nak buat perbandingan.... cuba buat perbandingan dengan program consultants lain... HAssan Ali 3 hari dah RM 180 | ||||||
BrotherMon |
Posting pada: 22-05-04 18:50
persembahan nasyid oleh al umari dan al umari..turut diserikan dengan al umari.....ahaks!
kalau rasa mcm teringin sgt nak jumpe dengan brothermon ...dtang la usm...nanti bleh blanja makan ke..minum ke.. | ||||||
pLatipus |
Posting pada: 24-05-04 07:51 Aiceh Brothermoon happy je semenjak dua menjak nie... mengikut pandangan Lan la... Ada apa agaknya nie?? Ermm.... ----------------- | ||||||
BrotherMon |
Posting pada: 24-05-04 16:54
Biasa le lan.. kekadang happy.. kekadang pulak slow sikit.... hehe.....tiada rahsia disebalik semua ini....ehehks | ||||||
alfaqierah |
Posting pada: 24-05-04 16:55 akh al-umari,dah senaraikan keistimewaan-keistimewaan yg akan diperolehi oleh setiap peserta kem gempur ni.. macammana? nak sertai kami ke tidak? masih teragak2?..tak mengapa..masa masih ada utk berfikir..insyaAllah RM 200 yang dilaburkan akan mendpt ganjaran yang berpatutan. sesiapa yg ingin sertai,sila isikan borang dihadapan atau terus contact akh al-umari atau ana.tarikh makin hampir,cepat-cepat ye.
akh platipus, itula..ana pun dok fikir benda yg sama jugak...dia hepi sokmo sejak dua menjak tiga menjak ni..dalam firasat seorg kawan lama,zaman kanak2 ribena dan stawberi..dia hepi sbb......... mcm2 adaaa kita tunggu dia bg penjelasan skit..silakan brothemon..sila..oo..silaa.. okla..'ala kulli hal..kem gempur akan menemui student pmr dan spm ujung minggu ini..bg sesiapa ahli2 ukhwah.com yang nak sertai,di alu-alukan.program ini akan dihadiri hampir 200 pelajar dari seluruh negara..yg akan berkampung di USM selama 5 hari.kepada sesiapa sahabat2 ukhwah.com yg ingin melihat dan meninjau2 kem gempur ni..dipersilakan..mana la nak tahu,andai panjang umur boleh kita adakan jk kem gempur pula salam kem gempur. ilalliqa' | ||||||
BrotherMon |
Posting pada: 24-05-04 17:06
happy la...syukur sangat sebab...
dah lama hujan tak turun..panas... alhamdulillah hujan dah mula turun.. rasa la sejuk sikit... | ||||||
MuTTaQiN |
Posting pada: 24-05-04 21:01 teringin pulak nak join tapi jauh sangat... ermm baguslah adakan aktiviti2 camni...hihi teringat pulak kat kris.. apa2 pun ana sentiasa menyokong..dari atas bawah kanan kiri,dan dimana2 sahaja all da best oh ya motivasi untuk mereka dari aliran agama tak deke teringin pulak ----------------- | ||||||
Kang |
Posting pada: 24-05-04 22:12
TAHNIAH! TAHNIAH! TAHNIAH!
Hari makin dekat, cepat-cepat daftar. Jangan sangka yang murah itu tak ada kualiti. Murah sebab dijuruskan kepada amal jariah. Kualiti tetap No 1. Masuk dulu baru tahu impaknya! Bukan senang nak menembusi kerjasama dengan Universiti ternama seperti USM. Bukan perkara mudah. Penuh dengan protokol dan prasyarat. Tetapi dengan kekuatan, kebijaksanaan TEAM GENPRO, dalam masa yang sangat singkat mereka mendapat kerjasama dari USM! Wow!!! Ini pula tag untuk peserta dan AJK. Tak tahulah siapa yang buat tag ni. Kira boleh tahanlah: ----------------- | ||||||
BrotherMon |
Posting pada: 24-05-04 22:30 | ||||||
alfaqierah |
Posting pada: 25-05-04 11:07 Alhamdulillah...tag peserta dan ajk telah pun siap didesingnkan..menuggu ketika utk diprint out ,dilaminatekan dan diletakkan apa2 perlu dan dipakai sahaja..terima kasih kpd ayahanda kang yg telah mendesignkan tag2 ini .nanti boleh minta tlg lagi ye.
muttaqin...ala penang ngan kl tak jauh mana la..tambah2 naik flight..dekat aje.nak sertai,silakan..setakat ini..utk aliran agama..takda la dik..utk sains agama dan sastera adala..hmm..tp,so far..dlm pakej tu kbykkan ada yg menawarkan subjek teras kan..apa2 pun,terpulangla ye..andai nak sertai,kami menanti disini ok.
sudah terjawab mengapa brothermon hepi semenjak dua menjak ni...sbb di utara ni 2-3 hari ni hujan mula turun..dingin dan sejuk rasanya setelah panas berpanjangan dulu..alhamdulillah...seceria mentari pagi Apa-apa pun..utk yg masih nak sertai kem gempur ni,dipersilakan dan di alu-alukan. Bersama Mencipta Kecemerlangan Bersama Kami. Welcome To Success | ||||||
BrotherMon |
Posting pada: 25-05-04 14:39 | ||||||
IdzwanFirdaus |
Posting pada: 25-05-04 16:55 | ||||||
Hanan |
Posting pada: 25-05-04 17:32 Nampaknya idzwan pun berminat dengan program ini. Dengarnya idzwan ni juga berbakat dalam menganjurkan program.. Program ini tinggal beberapa hari lagi. Semoga segalanya dipermudahkan Allah SWT. Sedih tak dapat bersama ketika program Genpro yang pertama tapi ana cukup yakin dengan kemampuan warga Genpro.. Pastinya ada banyak kelainan yang akan dirasai oleh peserta.. Tahniah dari ana.. wassalam ----------------- Hargai semasa ada.... | ||||||
al-umari |
Posting pada: 26-05-04 21:50 TQ Idzwan, sibuk ke skrang/ kalau tak datanglah, boleh kongsi pengalaman bersama di sini... ----------------- Hidup Selesa Aman Bahagia, Dirahmati Selamanya. | ||||||
al-umari |
Posting pada: 27-05-04 19:55 Alhamdulillah segala yang dirancang berjalan dengan lancar. Kini Hanya menunggu ketibaan peserta sahaja.... Insya-Allah Majlis Perasmian akan diserikan dengan persembahan nasyid dari kumpulan Fairudz dengan dendangan pertama lagu baru....begitu juga dengan di akhir program akan diserikan dengan persembahan nasyid dari kumpulan Al-Irfan .... Semuanya yang tersedia untuk anda pastinya cukup menarik.... datang dan lihatlah bagaimana... semua yang terbaik untuk anda di USM ini....dengan harga yuran yang termurah di abad ini dengan apa yang anda akan perolehi... | ||||||
alfaqierah |
Posting pada: 28-05-04 01:07
Assalamu'alaikum wrt wbt
Salam Kem Gempur buat semua.. Alhamdulillah...seperti yg telah diposting oleh Tuan Pengarah..segala yg persiapan yg dirancang berjalan dgn baik.. Dan kini hanya menanti detik dan ketikanya sahaja..tinggal lg sehari. Sama-sama kita doakan mg Kem selama 5 hari ini berjalan dgn baik..Amin. ilalliqa' | ||||||
Prof_Muslim |
Posting pada: 28-05-04 19:28
Alhamdulillah ...akan terlaksana satu program dibawah gerak kerja GenPro...( yg pernah handle Mega JK )...
Sungguh Prof tumpang gembira.... Prof doakan agar majlis selamat dan dijayakan dengan ceria dan gembira walaupun jika sederhana.. Mcm Kang cakap..Kualiti... Prof juga yakin ...depa nie bukan Capap ..... Insya-Allaah.... Amin ----------------- ::> Produk Halal Tanggungjawab Bersama | ||||||
BrotherMon |
Posting pada: 28-05-04 22:57
alamak...
terlepak la nak tengok show fairudz ni...sure gempak ni... hurmm.. i'll be there on 1st of June insyaAllah... i'll there !! | ||||||
Hanan |
Posting pada: 28-05-04 23:02 Para penganjur pastinya sedang bertungkus lumus waktu ini. Semoga semuanya berjalan baik. Doakan mereka... Program akan bermula esok.. Good Luck warga Genpro!!! Prof, mereka yang sememangnya berkebolehan tak perlu mencapap.. Mereka yang kukenali adalah warga ukhwah yang low profile tapi hasilnya begitu membanggakan... wassalam ----------------- Hargai semasa ada.... [ Posting ini telah di edit oleh: Hanan pada 2004-05-28 23:06 ] | ||||||
de_riyadh |
Posting pada: 28-05-04 23:16 | ||||||
BrotherMon |
Posting pada: 28-05-04 23:29
ayuh !! sempat lagi kamu beli tiket ke penang bah...nanti brother boleh jemput kamu di airport bah.... | ||||||
aimanwan |
Posting pada: 29-05-04 16:20
tahniah!!!congratulation!!!
antum mumtaz!!! kepada semua pihak yangbertungkus-lumus untuk KEM GEMPUR SPM & PMR (GENPRO&PIPUSM) ana doakan supaya mencapai matlamat yang diredhai ALLAH. kita bekerja bukan untuk dapatkan upah di dunia.. biiarlah kita mendapat upah daripada ALLAH S.W.T. | ||||||
simpLe_sHida |
Posting pada: 01-06-04 20:42 al awal.. windunye pd ukhwah.com.. 2 weeks x jumpe pc.. bile buke je.. aik.. dah mcm2 yg berlaku.. congrates pd al umari..dik alfaqierah & dik azzahrawi..serta yg terlibat..well done...!! not much time.. kena permisi.. salam perjuangan..wsslm.. ----------------- ::prAy hArd+wOrk sMarT:: bAraKalLahu Lakum.. | ||||||
Prof_Muslim |
Posting pada: 01-06-04 20:54
Apa berita terkini..di sana ?
Sila khabarkan sedikit..yer? Seronok ..seronok juga... ambil peluang cari ilmu dan pengalaman ngan abang dan akak ( fasilitator ) Wassalam ----------------- ::> Produk Halal Tanggungjawab Bersama | ||||||
Hanan |
Posting pada: 02-06-04 00:34 Esok hari terakhir program.. Moga semuanya terus berjalan lancar.. ----------------- Hargai semasa ada.... | ||||||
kasih_kekasih |
Posting pada: 02-06-04 16:50
sempat jenguk adik2 ni...
tapi jenguk dari jauh jer... kat dalam kelas..intai dari jauh... lecterur ngajar kat depan..saya mengintai.... ----------------- | ||||||
littlemuslimah |
Posting pada: 02-06-04 18:05 Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar.... Sementara menanti kelibat bonda tersayang di Kompleks Kepala Batas ini, kesempatan yang ada ana gunakan untuk ke Cyber Cafe. Masa amat-amat tidak mengizinkan untuk kami memberikan laporan penuh. Ketika ini mungkin masih ada AJK Kem Gempur SPM & PMR yang tinggal di sana menguruskan para peserta yang masih belum pulang. Masa rasmi tamatnya Kem ialah pada pukul 3 petang tadi selepas jamuan tengahari... Di sini ana ceritakan serba sedikit yang mana terlintas di ingatan ana... Semalam, BrotherMon dan ma_N tiba dari satu lagi program motivasi yang mereka anjurkan pada Sabtu dan Ahad lepas, kalau tak silap ana. Pada malam semalam telah berlangsung Malam Bakat Pelajar Cemerlang yang telah dipengerusikan oleh BrotherMon... Istimewanya malam semalam ialah persembahan daripada kumpulan FAIRUDZ (maaf jika tersilap eja) yang anggotanya telah menjadi ahli ukhwah, salah seorangnya ialah penggerak GENPRO ini sendiri, al-umari. Tamatnya agenda utama malam itu, di tempat yang sama, dilakukan sedikit muhasabah untuk para peserta ini menilai diri masing-masing. Amat terkesan dalam jiwa mereka.. dan insyaAllah ianya akan berterusan... Dengan linangan air mata perpisahan, kem yang berlangsung selama lima hari ini telah membuktikan kekuatan ukhuwwah yang telah terbina sedari hari pertama. Masing-masing pulang dengan ilmu yang ditimba dan kenangan yang dibina serta persahabatan yang tercipta... Sekalung tahniah buat penggerak KEM GEMPUR SPM & PMR 2004 ini. Semoga peserta, adik-adik ini mendapat input yang amat berguna untuk kecemerlangan akademik dan sakhsiah mereka... ilalliqa' ----------------- Ya Allah. Permudahkanlah bagi kami segala urusan kami (lebih-lebih lagi urusan perjalanan rohaniah menuju Allah) berserta kerehatan bagi | ||||||
Abdullah |
Posting pada: 02-06-04 18:11
,
Alhamdulillah, solatan 'ala Muhammad, Tahniah buat semua tentera GenPro! Moga diberkati Allah segala usaha, insya Allah, Walhamdulillah, salaman 'ala Rasulillah, Wassalam | ||||||
ma_N |
Posting pada: 02-06-04 22:50 alhamdulillah...akhirnya selesai jugak program gempur spm dan pmr nih... walaupun saye tak sempat hadir dari hari pertama lagi,namun keletihan tu macam ikut lime hari program...hehehe...mmg seronok ikut program camnih...disamping dapat beri bantuan dan tunjuk ajar kat adik2 pare peserta,saye dapat gak timbe pengalaman yg cukup best...kalau tak caye tanya la kat alfaqierah...semoga program camni dapat diteruskan lagi dan mendapat respon yg baik dari semua pihak...semoga Genpro yg kita canang2 kan ini menjadi satu kenyataan dan bukan hanya menjadi bualan dibibir bibir insan sahaja...wassalam... ----------------- -=TakE iT oR LEavE iT=--=bE sErioUS oR jusT quiT=- | ||||||
BrotherMon |
Posting pada: 02-06-04 22:56 pertamanya....bro nak mintak maaf..sebab tak dpt nak sediakan laporan.....itu baru intro kepada laporan daripada cik wani.. insyaAllah..sama2 kita nantikan laporan penuh daripada alfaqierah dan littlemuslimah... dan dalam masa terdekat ni jugak...gambar2 daripada program akan diupload sebagai dokumentasi kepada program ni... Alhamdulillah....projek sulung genpro sukses... Nantikan projek ke dua GenPro !!! wassalam.. | ||||||
Hanan |
Posting pada: 03-06-04 13:50 Alhamdulillah, program sulung GENPRO dah berakhir.. Moga akan terus gemilang dan cemerlang Syabas untuk penganjur.. Mon, memang tak sabar nak tgk suasana program.. Mon jadi MC lagi ke.. Wassalam ----------------- Hargai semasa ada.... | ||||||
Prof_Muslim |
Posting pada: 03-06-04 14:34
Alhamdulillah...selamat dilaksanakan ..Kursus Gen-Pro. Tahniah....juga terima kasih atas kerjasama USM....
TAHNIAH!!!!!! p/s: Teruskan ada peningkatan [ Posting ini telah di edit oleh: Prof_Muslim pada 2004-06-03 14:35 ] | ||||||
alfaqierah |
Posting pada: 04-06-04 01:26 Pertama sekalinya,alhamdulillah..syukur kepadaNYA kerana akhirnya kem gempur yg dirancangkan telah dpt dijalankan dgn baik.. Laporan ini mungkin akan dilaporkan secara penuh oleh S/U terlantik GenPro buat masa ini iaitu,ukhti littlemuslimah (pinjam S/U komuniti jap) Kem Gempur selama 5 hari di USM ini telah disertai seramai 50 orang pelajar SPM dan PMR dari pelbagai sekolah di Semenanjung Malaysia.Alhamdulillah..nampaknya segala input dan inpati2 yang telah dicurahkan oleh guru2 pakar serta para penceramah dapat diterima baik oleh para peserta kem dan harapan yang amat besar agar mereka dapat mengaplikasikannya dan menggunkannya dengan baik utk kecemerlangan didalam peperiksaan yg bakal diduduki akhir tahun ini..insyaAllah. Pelbagai slot,ceramah,motivasi dan aktiviti telah disajikan serta diseimbangkan utk para peserta.Yang pertamanya,Motivasi "Welcome To Success" yang telah menampilkan 2 tokoh pelajar iaitu Mantan Presiden MPP USM sidang yang lepas serta Mantan YDP PIPUSM,iaitu Pengarah Kem Gempur..akh Al-Umari.Kedua-dua panel ini telah mengupas dan menberikan sedikit sebanyak pengalaman mereka dalam menempa kejayaan serta memberikan semangat dan pelbagai nasihat kepada para peserta utk terus mengorak langkah utk mencapai kejayaan. Terdapat 4 buah ceramah utk para palajar SPM dari aliran sains tulen (Matematik,Matematik Tambahan,Kimia dan Fizik,serta 4 buah ceramah utk pelajar SPM dari aliran sastera (Matematik,Matematik Tambahan,Sains dan Sejarah) dan 5 buah ceramah utk para pelajar PMR (Sains,Matematik,B.Inggeriss,Sejarah dan B.Melayu) yg telah disusun spnjang 5 hari program.Ceramah-ceramah ini telah disampaikan oleh penceramah jemputan yg terdiri dari guru2 pakar dan pembuat soalan peperiksaan di utara ini. Disamping itu,terdapat pelbagai aktiviti yg berbentuk riadah yg disediakan disebelah petang utk para peserta.Seawal jam 7 pg,para peserta akan ke Stadium USM utk aktiviti senamrobik manakala di sebelah petang mereka telah mengikuti aktiviti "Campus Walk" dimana para peserta telah dibawa berjalan2 makan angin dan menjelajah seluruh pelusuk USM utk memperkenalkan mereka suasana di USM disamping dpt membakar semangat mereka utk berusaha lebih gigih bg menempatkan diri mereka di universiti dan institusi pengajian tinggi.Pada hari kedua mereka telah mengikuti aktiviti "Sukaneka"di Tapak Kawat USM.Para peserta telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan serta menjalankan beberapa aktiviti sukaneka disana.Pada hari ketiga "Aktiviti TreasureHunt" menyusul dimana para peserta telah dilepaskan secara berkumpulan ke 7 buah checkpoint yg dijaga oleh para fasilitator.Amat menggembirakan melihat telatah mereka ketika melakukan tugasan yg diberikan Seterusnya,pada hari keempat,mereka membuat LDK iaitu membincangkan mengenai persembahan yang akan diadakan pd malam hr keempat di foyer DTSP USM.Mereka dibantu oleh para fasilitator yg terlibat. Pada malam hari terakhir program,telah diadakan Malam Bakat Pelajar Cemerlang.Para peserta telah mengadakan persembahan dalam pelbagai bentuk seperti lakonan,skesta,puisi dan sebagainya.Rata-rata mereka melakonkan suatu lakonan yg berkisarkan mengenai kehidupan seorang pelajar,mengenai cara pembelajaran dahulu dan sekarang,mengenai keluarga dan sebagainya.Mereka begitu komited dan excited pd malam tersebut dgn skrip2 lakonan dan dialog2 yg perlu dihafal.Majlis telah dipengerusikan oleh MC Jemputan GenPro iaitu brotherMOn .Selain itu,majlis juga di tambah serikan lagi oleh performance dari kumpulan Fairudz yg menampilkan pengarah Kem Gempur iaitu akh al-umari serta kumpulan Nasyid USM juga Irfan yang menampilkan Timbalan Pengarah Kem Gempur iaitu akh zamree.Dalam pada itu,terdapat juga persembahan dari fasilitator iaitu mendendangkan beberapa buah lagu menerusi petikan gitar dan juga nyayian lagu nasyid dari brotherMon.Apa yang pasti para peserta begitu terhibur pd malam itu dan masing-masing mendpt pengajaran dari cerita dan lakonan yg telah dipentaskan.Sesi penyampai hadiah manjadi penutup kepada Malam Bakat Cemerlang tersebut. Selepas Malam Bakat Cemerlang..para peserta telah dikejutkan dengan suatu slot yg tidak tercatat didalam tentatif program iaitu slot Muhasabah dimana mereka telah dikumpulkan didalam dewan didalam keadaan yg gelap.Para Fasilitator yg terlibat telah menggunakan kebolehan yg ada serta pengalaman2 diri utk membuatkan mereka menilai diri sepanjang 5 hari program.Disamping itu,mereka juga telah diingatkan mengenai tenggungjawab mereka dbg seorang pelajar,anak dan sebagainya.Maka,satu dewan senyap sunyi dan hanya yg dpt didengar esak tangis adik-adik Kem Gempur serta para fasilitator.Apa yang pasti,Slot Muhasabah ini telah memberikan kesan yg amat mendalam kepada mereka,para fasilitator dan ana sendiri.Diharapkan para peserta dpt terus bermuhasabah diri utk terus mencipta kecemerlangan diri mereka..insyaAllah. Hari terakhir tiba,iaitu hari semalam.Slot awal pagi ialah riadah tetapi digantikan dgn slot LDK membincangkan mengenai masalah para peserta.Para fasilitator dipecahkan utk mendekati adik2 peserta utk bersma-sama dgn mereka mendgr masalah dan apa yg terpendam dihati mereka terutamanya mengenai impak dr slot muhasabah semalam.Selepas LDK,para peserta disajikan oleh satu lg slot motivasi iaitu "Pulangnya Sang Bestari".Didalam motivasi ini,mereka telah diberikan suntikan kata2 semangat oleh seorang kaunselor jemputan.Wajah-wajah ceria para peserta dapat dilihat dikala ini.Wajah-wajah yg bersinar dan penuh ceria serta harapan utk memulakan suatu yg baru dgn cara menggunakan serta mengaplikasikan segala curahan ilmu dan input yg telah ditimba sepanjang 5 hari program. Setiap yg bermula pasti akan berakhir..Slot "Lambaian Perpisahan" menyusul selepas slot motivasi.Wajah yang ceria bertukar menjadi sayu dan sedih..tanpa diduga ramai yg menitiskan air mata...tersentuh hati..pabila ukhwah dan kasih sayang telah berputik,perpisahan memisahkan kami semua..tp,itulah hakikat yg harus diterima oleh semua.Selepas mendengarkan ucapan2 dari barisan fasilitator,pengarah kem Gmpur,Timbalan Pengarah Kem Gempur dan juga Cikgu Malek (Pengerusi Smart Success Training Consultants)..majlis salam terakhir menutup tirai Kem Gempur SPM dan PMR 2004 pd jam 2 petang. Alhamdulillah...para peserta telah bersurai dan pulang ke destinasi masing masing lewat petang semalam dgn membawa segunung harapan dan impian utk mencipta kecemerlangan didalam peperiksaan mereka. Begitulah secara ringkas perjalanan kem Gempur selama 5 hari di USM.Yang pasti,bagi kami team GenPro ini merupakan satu peluang bagi kami menimba ilmu dan pengalaman.Sekalung ucapan jutaan terima kasih utk PIPUSM,terutamanya akh al-umari dan akh zamree serta barisan akak2 dan abg2 fasilitator yg memberikan kami peluang keemasan ini.Sesungguhnya mengenali dan berkersama dgn abg2 dan akak2 semua adalah suatu pengalaman yg cukup manis dan berharga yg pastinya tidak kami lupakan. Buat team GenPro yg terlibat iaitu ana sendiri,azzahrawi,akh al-umari,brotherMOn,man dan S/U jemputan,littlemuslimah..kita akan terus mengajurkan kem sebegini dimasa akan dtg.Kita buat sama-sama ok Terima kasih atas segalanya.Terima kasih juga buat ayahanda Kang dan kak Hanan yg tak jemu2 membantu,menghantar sms bertanyakan khabar..begitu juga buat abg AM,nizam04,kak syura,nur_ilahi dan kak CT..terima kasih atas sokongan dan kata2 semangat yg diberikan sepajang kami mengendalikan program.Jutaan terima kasih buat warga ukhwah yg mendoakan progrm ini berjalan dgn baik dan atas sokongn yg diberikan. InsyaAllah..program GenPro seterusnya akan menyusul..Moga semuanya berjalan dgn baik..Amin. jumpa lg! | ||||||
kaze |
Posting pada: 04-06-04 02:45
waa.. tahniah kpd smua penggerak Genpro..
baca laporan terigt masa lalu.. terasa balik ukhwah sahabatÂČ lama.. //nnti cuba buat kem utk ahliÂČ pulak.. rindu nak join kemÂČ.. kem ibadah ke.. ----------------- | ||||||
nizam04 |
Posting pada: 04-06-04 02:55
Assalamaualaikum
Tahniah buat GenPro. Maaf xdpy pi jenguk antum smua,,, baguslah jika ada progm mcmni lagi teruskan... khairul nizam-0125619897 KUiTTHO | ||||||
Engku_Salina |
Posting pada: 04-06-04 12:19 Alhamdulillah... program ni tlh selesai dgn jayanya... tahniah atas usaha org kuat genpro... moga ada projek seterusnya yg akan menyusul... semoga berjaya... ----------------- Hai org-org yang beriman, jika datang kpdmu org fasik membawa suatu berita maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui kdaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu. (Al-Hujurat | ||||||
littlemuslimah |
Posting pada: 04-06-04 17:23 Maaf atas kelewatan laporan. Sebarang kekurangan harap dapat ditambah oleh rakan-rakan yang lain. KEM GEMPUR SPM & PMR 2004 Tarikh: 29 Mei â 2 Jun 2004 Tempat: Universiti Sains Malaysia Anjuran: Persatuan Ilmu Pendidikan Universiti Sains Malaysia Anjuran bersama: Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan Universiti Sains Malaysia, Smart Success Training Consultants & GenPro Tarikh: 29 Mei 2004 (Sabtu) 9.00 pagi: Pendaftaran dan penghantaran para peserta ke Desa Siswa Tekun 12.30 tengahari: Peserta-peserta menjamu selera di CafĂ© Desa Siswa Tekun 1.45 tengahari: Mendengar taklimat ringkas program 2.15 petang: Peserta bertolak ke Dewan Kuliayah A untuk upacara Perasmian dengan menaiki bas USM 2.30 petang: Para peserta berhimpun di Dewan Kuliyah A (DKA) ~ sementara menanti ketibaan VIP, suai kenal bersama saff penggerak kem diadakan ~ taklimat keseluruhan program turut diadakan Tempat: Dewan Kuliyah A, USM Tarikh: 29 Mei 2004 Acara: Majlis Perasmian Kem Gempur SPM & PMR 2004 3.20 petang: Ketibaan VIP 3.25 petang: Pembukaan majlis oleh al-akh Zahir 3.28 petang: Bacaan doa oleh al-akh Yusri 3.31 petang: Ucapan dari Pengarah Kem Gempur SPM & PMR 2004 Mohd Hafiz bin Mohd Salleh (al-umari) 3.36 petang: Ucapan perasmian oleh YBgh Prof Madya Dr Abdul Rashid bin Mohamed Pemangku Dekan Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan Universiti Sains Malaysia 3.50 petang: Simbolik perasmian 3.55 petang: Pemberian cenderahati kepada Prof Madya Dr Abdul Rashid bin Mohamed 4.55 petang: Majlis perasmian tamat 4.20 petang: Minum petang 4.45 petang: Taklimat dan penerangan Rules & Regulation Kem Gempur SPM & PMR 2004 5.00 petang: Pulang ke Desa Siswa Tekun 5.30 petang: Campus Walk ~antara tempat yang dilewati ialah, Dewan Tunku Syed Putra, Dewan Budaya, Perpustakaan, tasik-tasik USM dll. 7.15 malam: Tiba semula di Desa Siswa Tekun Menjamah juadah makan malam Khidmat diri Bertemu Pencipta 8.30 malam: Bertolak ke Dewan Kuliyah A untuk slot Motivasi 1 9.07 malam: Motivasi 1 ~Tajuk: âWelcome to Successâ ~Pengerusi Forum: En Mohd Zulzani ~Ahli Panel: i. En Mohd Hafiz bin Mohd Salleh mantan YDP Persatuan Ilmu Pendidikan Universiti Sains Malaysia ii. En Mohd Kamal mantan YDP Majlis Perwakilan Pelajar 2002/2003 Universiti Sains Malaysia 10.50 malam: Motivasi âWelcome to Successâ tamat 10.55 malam: Minum malam Pulang ke Desa Siswa Tekun Peserta tidur 11.45 malam: Post mortem hari pertama program oleh barisan AJK 12.45 malam: Post mortem tamat & sebahagian AJK menyiapkan hamper untuk program esok Tarikh: 30 Mei 2004 (Ahad) 7.30 pagi: Senamrobik 8.30 pagi: Sarapan 9.20 pagi: Bertolak ke Dewan Kuliyah 9.30 pagi: Tiba di Dewan Kuliyah ~para peserta dibahagikan kepada dua kumpulan, PMR dan SPM ~peserta PMR ditempatkan di SK I dan peserta SPM di DK A 10.10 pagi: Slot Ceramah I ~Slot Ceramah SPM I: âSKOR A MATEMATIKâ Penceramah: En Abdul Malek 11.00 pagi: Minum pagi 11.15 pagi: ~Slot Ceramah PMR I: âSKOR A SAINSâ Penceramah: Pn Maznah ~sambungan Ceramah SPM I 12.30 tengahari: Jamuan tengahari Pulang ke Desa Siswa Tekun Khidmat diri Bertemu Pencipta 2.30 petang: Bertolak semula ke Dewan Kuliyah Sambungan slot Ceramah I 4.30 petang: Minum petang Khidmat diri Bertemu Pencipta 5.30 petang: Sukaneka di Lapangan Kawat ~Peserta duduk dalam kumpulan ~Sukaneka yang dijalankan bukan sahaja untuk kecergasan fizikal malahan untuk kecerdasan mental juga ~Acara ini diungguli oleh kumpulan peserta lelaki yang mana turt disertai oleh Timbalan Pengarah program, al-akh Zamree 6.30 petang: Menjamu selera di CafĂ© Indah Khidmat diri Bertemu Pencipta 8.30 malam: Bertolak semula ke tempat ceramah iaitu Dewan Kuliyah 9.00 malam: Slot Ceramah II ~ sambungan âSKOR A MATEMATIKâ untuk peserta SPM oleh En Abdul Malek ~ Ceramah âSKOR A ENGLISHâ untuk peserta PMR oleh penceramah jemputan 10.30 malam: Minum malam Pulang ke Desa Siswa Tekun Khidmat diri Bertemu Pencipta Peserta tidur 12.00 tgh malam: Post mortem hari kedua program oleh barisan AJK Persediaan untuk program esok Rehat [b]Tarikh: 31 Mei 2004 (Isnin) 7.30 pagi: Senamrobik 8.30 pagi: Sarapan Bertolak ke Dewan Kuliyah 9.30 pagi: Slot Ceramah III ~ Slot Ceramah SPM III: âSKOR A FIZIKâ Penceramah: En Khairuddin yang merupakan Pen Kanan SM Sains Pokok Sena dan juga salah seorang Pengarang buku teks Fizik sekolah menengah ~ Slot Ceramah SPM III: âSKOR A SAINSâ Pembimbing âspecial touchâ slot ini merupakan pelajar cemerlang subjek ini yang kini sedang menuntut di salah sebuah IPT yang terkemuka di Malaysia ~ Slot Ceramah PMR III: âSKOR A SAINSâ Penceramah: En Abdul Malek yang merupakan pemilik Smart Success Training Consultants 11.00 pagi: Berehat sebentar sambil menikmati minum pagi 11.15 pagi: Sambungan slot Ceramah III 12.30 tengahari: Makan tengahari Pulang ke Desa Siswa Tekun Khidmat diri Bertemu Pencipta 2.15 petang: Bertolak semula ke Dewan Kuliyah untuk mengikuti sambungan slot Ceramah III 4.30 petang: Minum petang Khidmat diri Bertemu Pencipta 5.30 petang: âTreasure Huntâ di Tasik Harapan ~ antara nama aktiviti yang dijalankan untuk menguji ketahanan fizikal dan ketajaman mental serta kesatuan kumpulan ialah: i.kertas ajaib ii.benang emas iii.ting ting andalusia iv.lagu patriotik v.keBOTOLan vi.regu vii.lakonan spontan 6.15 petang: Pengumuman pemenang ~ pemberian markah adalah berdasarkan kekreatifan dan kesatuan semua ahli kumpulan Penyampaian hadiah oleh En Abdul Malek 6.30 petang: Makan malam di CafĂ© Indah Pulang ke Desa Siswa Tekun Khidmat diri Bertemu pencipta 8.30 malam: Bertolak ke Dewan Kuliyah untuk mengikuti slot Ceramah IV 9.15 malam: Slot Ceramah IV ~ Slot Ceramah SPM IV: âSKOR A MATEMATIK TAMBAHANâ ~ Slot Ceramah SPM IV: âSKOR A SEJARAHâ ~ Slot Ceramah PMR IV: âSKOR A SEJARAHâ 10.30 malam: Minum malam 11.00 malam: Pulang ke Desa Siswa Tekun Khidmat diri Peserta tidur (Post mortem tidak diadakan pada malam ini atas sebab-sebab tertentu) Tarikh: 1 Jun 2004 (Selasa) -Senamrobik tidak dapat dijalankan kerana hujan- 8.30 pagi: Sarapan 9.30 pagi: Slot Ceramah VI ~ Slot Ceramah SPM IV: âSKOR A KIMIAâ Penceramah: EN Abdul Malek ~ Slot Ceramah PMR IV: âSKOR A BAHASA MELAYUâ 11.00 pagi: Minum pagi 11.20 pagi: Sambungan slot Ceramah VI 12.30 tengahari: Makan tengahari Pulang ke Desa Siswa Tekun Khidmat diri Bertemu Pencipta 2.15 petang: Bertolak dari Desa Siswa Tekun untuk aktiviti Latihan Dalam Kumpulan -Lokasi LDK yang pada mulanya dirancang di Tasik Harapan terpaksa diubah ke Ruang Legar Dewan Tunku Syed Putra kerana cuaca tidak mengizinkan. -LDK ini adalah perbincangan dan latihan kepada para peserta untuk persedian mereka membuat persembahan pada malam ini, âMalam Bakat Pelajar Cemerlangâ. 2.30 petang: Latihan Dalam Kumpulan 5.30 petang: Riadah digantikan dengan latihan persembahan malam ini 6.30 petang: Makan malam Khidmat diri Bertemu Pencipta 8.30 malam: Bertolak ke Dewan Kuliyah untuk âMalam Bakat Pelajar Cemerlangâ 9.15 malam: Pembukaan majlis âMalam Bakat Pelajar Cemerlangâ oleh Mohd Ikrami Ahmad Shukri (BrotherMon) 9.20 malam: Persembahan pembukaan oleh kumpulan nasyid jemputan dari USM, Fairudz 9.45 malam: Persembahan bakat para peserta bermula ~Pelbagai ragam dan gaya yang dipersembahkan. ~Semua peserta memilih sketsa untuk dipersembahkan. Untuk menarik perhatian sidang hakim, mereka tampil dengan pelbagai konsep sketsa antaranya ialah; kehidupan seharian pelajar, hormati ayah, dan hargai pengorbanan guru. Ada diantara mereka menyampaikan sketsa sambil diselitkan sajak, pantun dan nyanyian. Tidak kurang juga yang turut memasukkan muzik latar dan komedi yang mencuit hati. ~Pembahagian markah berdasarkan ketetapan masa, kekreatifan dalam persembahan, kesatuan gerak kerja, dan mesej yang ingin disampaikan. ~Sementara menanti pengiraan markah, majlis ini diserikan dengan persembahan jemputan. 10.40 malam: Persembahan oleh kumpulan nasyid jemputan dari USM, Irfan 10.50 malam: Persembahan oleh wakil fasilitator-fasilitator 10.56 malam: Pengumuman dan penyampaian hadiah kepada kumpulan pemenang 11.05 malam: Majlis âMalam Bakat Pelajar Cemerlangâ tamat dengan jayanya 11.10 malam: Minum malam 11.20 malam: Peserta masuk semula ke SK I 11.22 malam: Slot Muhasabah ~slot ini dirahsiakan sebelum ini untuk menimbulkan rasa keinsafan yang sebenar-benarnya dalam diri para peserta pada waktu ini juga ~muhasabah menyentuh hal kesusahan ibubapa mencari rezeki, kedurhakaan anak-anak, kesyukuran dilahirkan dalam keluarga yang berada dibandingkan dengan keluarga yang susah, dan hubungan dengan Allah subhanahu wa taâala ~tangisan dan sendu mereka kedengaran. Fasilitator juga ada yang menitiskan air mata keinsafan dan muhasabah ini bukan sahaja untuk peserta kembali mengkoreksi diri, bahkan fasilitator-fasilitator juga. Tarikh: 2 Jun 2004 (Rabu) 8.30 pagi: Sarapan 9.30 pagi: Motivasai II di Dewan Kuliyah A ~Tajuk: âPulangnya Sang Bestariâ ~Penceramah: En Shahrom bin Sharif 11.00 pagi: Minum pagi 11.20 pagi: Pembukaan Majlis Lambaian Perpisahan 11.30 pagi: Ucapan dan harapan daripada Pengarah Kem Gempur SPM & PMR 2004 11.35 pagi: Kata-kata terakhir dan harapan buat para peserta daripada barisan fasilitator 12.10 tengahari: Ucapan dan amanat terakhir dari Encik Abdul Malek 12.30 tengahari: Kata-kata penutup oleh Timbalan Pengarah Kem Gempur SPM & PMR 2004 ~ dengan alunan suara yang mendayu dan sayu, akh zamree menyampaikan pesanannya untuk semua sentiasa mengingati Allah walau di mana dan ketika 12.40 tengahari: Salaman perpisahan 2.15 petang: Kem Gempur SPM & PMR tamat dengan rasminya 2.20 petang: Makan tengahari di CafĂ© Indah 2.50 petang: Pulang ke Desa Siswa Tekun Persiapan pulang 3.00 petang: Berpisah Tamat Alhamdulillah segalanya berjalan dengan baik sehingga tamat program. Walaupun terdapat serba sedikit kesulitan namun ianya dapat diatasi dengan sebaik mungkin oleh semua. Jika terdapat sebarang kesilapan dalam posting ana ini, sudilah sahabat sahabiah membetulkannya. WaLLahu subhanahu wa taâala aâlam ----------------- Ya Allah. Permudahkanlah bagi kami segala urusan kami (lebih-lebih lagi urusan perjalanan rohaniah menuju Allah) berserta kerehatan bagi | ||||||
al-umari |
Posting pada: 07-06-04 21:28 Alhamdulillah dah lama tak berposting ni.... baru je release segalanya.... abis je program 2 hb terus gerak ke Kelantan mlm tu juga... memang penat tak dikata, spjg prgram tido tak cukup, sampai kelate baru dapat tido cukup. anyway ana baru je sampai USM hari ni....baru menghirup nafas lega. Time kasih buat ukhti littlemuslimah selaku Setiausaha Jemputan di atas laporan lengkap program tersebut. Selaku Pengarah banyak perkara yang telah ditimba dan banyak kenangan pahit dan manis sepanjang program. Alhamdulillah antara banyak-banyak program untuk pelajar yang pernah ana kendalikan ana rasa inilah yang paling terbaik kesan dan hasilnya setelah berakir Kem. Setelah selesai program banyak sungguh SMS yang ana terima dari peserta2 kem yang mengucapkan terima kasih dan minta untuk buat lagi selepas ini. Sehingga ade yang SMS berulang kali minta jawapan dari ana.....alhamdulillah syukur pada Allah kerana mengizinkan program ini berjalan dengan jayanya selama 5 hari. Di sini selaku Pengarah ana nak ucapkan ribuan terima kasih yang teramat buat barisan penggerak Kem, samada dari PIP dan juga GENPRO. mereka sungguh sasa dan tabah dalam menjalankan kerja, walaupun arahan yang bertubi2 datang dari ana. Kami ibarat keluarga yang bersama menjalankan tugas dan peranan masing-masing. Tanpa kalian penat juga ana nak gerakkan segalanya. TQ juga buat orang yang paling kanan dengan ana sepanjang program akh Zamree atas kegigihan ana membantu walaupun diwaktu susah dan jerih kepayahan mengharungi masalah. TQ juga buat Ayahanda Cikgu Malek dan sekeluarga atas bantuan yang diberikan. nad tak lupe buat pengurusan tertinggi Ukhwah yang banyak memberikan sokongan dan dorongan walaupun bukan secara direct namun ia cukup membakar semangat untuk buat yang terbaik. Tahniah buat adik-adikku yang berani hadirakn diri ke kem 5 hari ini dan tahniah kerana anda semua berani pulang sebagai seorang yang membawa misi cemerlang. Insya-Allah jika dimurahkan rezeki kita akan berjumpa lagi untuk KEM GEMPUR FASA II...Insya-Allah. Di sini nak juga ana ceritakan perkara manis yang menyebabkan program ini berjaya. Bermula dengan pendaftaran yang datangnya adik2 dengan pelbagai reaksi. ade yang gembira ada yang sedih, ade yang hambar sahaja muka dengan keadaan letih datang dari jauh. keadaan sungguh membakar semangat kami untuk menjanjikan yang terbaik buat adik2....dengan semanagt yang ada....program diteruskan dengan perancangan rapi dan teratur biarpun terpaksa bersengkang mata hingga pukul 1,2 setiap malam berposmotem memikirkan cara nak selesaikan masalah-masalah yang timbul dan memperbaiki kelemahan yang ada. Alhamdulillah semuanya dapat dilaksanakan dengan jayanya..... daripada komen diakhir program banyak aspek yang diteliti dan dinilai.....dan hasil penilaiannya seperti berikut. Makanan...... Baik dan tiada yang tidak cukup makan, malah terlebih makan Penginapan.......Sangat baik...sebab pengipan di Desasiswa yang terbaru dengan fasiliti yang terbaik. Pengangkutan.......Baik...kemudahan bas USM yang baru....namun sedikit masalah kelewatan perjalan bas. Pengisian......Sangat baik.....sebab pengisian semuanya dari penceramah yang terbaik merupakan guru-guru pakar dan cemerlang Malaysia dengan persembahan yang cukup menarik. Sukaneka......Sangat baik .....sebab bukan sekadar menguji ketahan fizikal malah mental. Muhasabah......Sangat baik..... sebab ia meninggalkan kesan yang cukup mendalam... untuk slot ini, secara peribadi ana katakan ia amat berjaya, kerana malam tersebut ana sebagai Mastermind dan selepas itu memerhati keseluruh dewan....dan yang pastinya didapati seluruh isi mengeluarkan air mata....bukan sekadar pelajar yang menagis teresak2...malam barisan FC, kesemuanya menangis dan mengeluarkan airmat menginsafi diri.... tak kira samada yang ada berumur atau pun masih muda.. sungguh pilu suasana pada malam tersebut....hanya yang hadir tahu membicarakannya..... alhamdulillah segalanya dah berakhir dan pengakhiran itu bukan beerti berakhirnya ukhwah dan semangat semasa program... Insya-Allah akan menyusul selepas ini KEM GEMPUR FASA II yang lebih menarik dijanjikan untuk anda.... Sedey ana disini melihat kelibat adik2 dan barisan peggerak bergerak meninggalkan TEKUN... namun terpahat di hati setiap pertemuan pasti ada perpisahan.... dan setiap perpisahan pertemuan pasti muncul kembali.......hayati dan terimalah lagu PERTMUAN PERPISAHAN dari kumpulan fariudz......... Ok...sekali lagi Thanks to all....Insya-Allah nantikan KEM GEMPUR FASA II untuk tahun ini...Insya-Allah....wassalam ----------------- Hidup Selesa Aman Bahagia, Dirahmati Selamanya. |
Member Messages |
Forum Search & Navigation |
---|---|
Log in to check your private messages |