Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Never explain yourself to anyone, the one who likes you don't need it, the one who hates you won't believe it
-- -- Snickers (warga Ukhwah.com)

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 190
Ahli: 0
Jumlah: 190




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 17 jam, 11 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: 19 Keistimewaan Wanita Menurut Hadis


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» 19 Keistimewaan Wanita Menurut Hadis

Please Mendaftar To Post


Oleh 19 Keistimewaan Wanita Menurut Hadis

muslim_84
Warga 3 Bintang
Menyertai: 04.06.2003
Ahli No: 997
Posting: 128
Dari: Tanah Merah, Kelantan Darul Serambi Mekah

Kelantan  


posticon Posting pada: 08-06-03 19:27


Assalamualaikum.... Sesungguhnya bertuah seseorang wanita kerana mempunyai banyak keistimewaan.. Disini ana berikan 19 Keistimewaan Wanita Menurut Hadis:

1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , " Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.

5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.

9. Daripada Aisyah r.a." Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.


10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.


12. Aisyah r.a berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah SAW "Suaminya." " Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya."


13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.


14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.


-----------------
(Semulia-mulia manusia, adalah manusia yang merendah diri di kala dia berkedudukan tinggi, dan bersikap adil ketika berkuasa)

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslim_84Profil   Hantar PM kepada muslim_84   Pergi ke muslim_84's Website   Quote dan BalasQuote

SyAhEeDa
WARGA SETIA
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 207
Posting: 571
Dari: Kelate

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 08-06-03 19:46


Subhanallah... tak sangka terlalu banyak keistimewaan wanita... Semoga kita menjadi muslimah yg solehah dan tidak sia² Insya Allah

-----------------
++ 'Aish 'Azeezan au Mut Syaheedan ++ Live a glory life, or die a noble death ++

Bookmark and Share

    


  Member Information For SyAhEeDaProfil   Hantar PM kepada SyAhEeDa   Quote dan BalasQuote

ayang2roses
Warga 4 Bintang
Menyertai: 20.07.2005
Ahli No: 17405
Posting: 258
Dari: :: dari Kedah ke N9 ::

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 27-01-06 12:28


syukran.....
begitu banyak dan indah keistimewaan Wanita di sisi ISLAM

Bookmark and Share

    


  Member Information For ayang2rosesProfil   Hantar PM kepada ayang2roses   Quote dan BalasQuote

qudwah
WARGA SETIA
Menyertai: 12.09.2005
Ahli No: 18903
Posting: 1899
Dari: TERENGGANU

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 27-01-06 12:52


syukran

Bookmark and Share

    


  Member Information For qudwahProfil   Hantar PM kepada qudwah   Quote dan BalasQuote

mirwana_87
Warga 2 Bintang
Menyertai: 24.06.2005
Ahli No: 16829
Posting: 55
Dari: kuantan..pahang

Pahang  


posticon Posting pada: 27-01-06 14:59


sesungguhnya rasa syukur yang tidak terhingga di panjatkan ke hadrat illahi kerana lahirnya diri ini sebagai insan bergelar wanita.semoga allah memelihara diri ini agar menjadi wanita yang sentiasa terpelihara dari noda dan nista.


-----------------
pengertian hidup ini akan lebih indah seandainya diiringi dengan keikhlasan hati dan keindahan budi.. ....


Bookmark and Share

    


  Member Information For mirwana_87Profil   Hantar PM kepada mirwana_87   Quote dan BalasQuote

anmahar
WARGA SETIA
Menyertai: 22.02.2005
Ahli No: 14615
Posting: 703
Dari: Kedah Darul Aman

Kedah  


posticon Posting pada: 27-01-06 15:13


:-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For anmaharProfil   Hantar PM kepada anmahar   Quote dan BalasQuote

maizan
Warga 2 Bintang
Menyertai: 10.01.2005
Ahli No: 13637
Posting: 64
Dari: Putrajaya

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 27-01-06 16:45


Alhamdulillah.......begitu mulia seseorang wanita itu di sisi Allah SWT...

Bookmark and Share

    


  Member Information For maizanProfil   Hantar PM kepada maizan   Quote dan BalasQuote

marwanie
Warga Rasmi
Menyertai: 26.01.2006
Ahli No: 22265
Posting: 11
Dari: PakistaaNi

pakistan  


posticon Posting pada: 27-01-06 16:57


alhamdulillah..bersyukurlah kita kerana telah diciptakn oleh NYA untuk mendai seorang wanita....ingat la bahwa sebaik perhiasan dunia adalah wanita..jika terpelihara wanita itu....maka cantiklah dunia ini dihiasi wanita2 solehah...alangkah damainya....:)


-----------------
its not easy...2 b me..


Bookmark and Share

    


  Member Information For marwanieProfil   Hantar PM kepada marwanie   Quote dan BalasQuote

eme86
WARGA SETIA
Menyertai: 13.07.2005
Ahli No: 17258
Posting: 2026
Dari: Temerloh, Pahang.

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 27-01-06 17:46


8-) Assalamualaiikum....

:-) waaa.....banyaknyer.....lelaki pulak tak ada apa-apa keistimewaan kee.... :-P :-P


-----------------
Sungguh sukar perjalanan menuju MU, jadikanlah aku orang-orang yang bersyukur dan hampir dengan MU...


Bookmark and Share

    


  Member Information For eme86Profil   Hantar PM kepada eme86   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.474255 saat. Lajunya....