Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 08-10-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan seseorang untuk menyambut datangnya kesempatan.
-- Benjamin Disraeli

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 70
Ahli: 0
Jumlah: 70




  Yang Masuk Ke Sini
izad: 28 hari yang lalu


Sajak
Topik: Hujan di hati...


Carian Forum

Moderator: Administrator, kasih_kekasih
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Sajak
    »» Hujan di hati...

Please Mendaftar To Post


Oleh Hujan di hati...

Engku_Salina

Menyertai: 13.05.2003
Ahli No: 5
Posting: 462
Dari: Terengganu - KL

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 14-05-04 14:34


duhai awan...
kenapa membiarkan hujan turun...
tak bolehkah ditahan...
kelak banjirlah hati...

duhai hati...
kenapa bersedih...
mengapa ditahan air mata...
biarlah ia mengalir...
agar tenang hatimu...

duhai air mata...
kenapa begitu mudah mengalir...
krn dugaan yg memeningkan fikiran...
tabahkanlah hatimu...
bersabarlah atas setiap dugaan...

duhai fikiran...
kenapa keliru...
hanya krn seorg sahabat...
tenangkanlah hatimu...
basahkanlah bibirmu dgn zikrullah...

duhai sahabat...
kenapa berubah...
kenapa diri ini dilupakan...
mungkinkah diriku yg bersalah...

duhai sahabat...
maafkanlah diri ini...
hanya insan yg lemah...
yg sering membuat kesilapan...

p/s: sori... merapu aje... tak tahu nak tulis apa... ntah apa2 ntah...


-----------------
Hai org-org yang beriman, jika datang kpdmu org fasik membawa suatu berita maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui kdaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu. (Al-Hujurat

Bookmark and Share

    


  Member Information For Engku_SalinaProfil   Hantar PM kepada Engku_Salina   Pergi ke Engku_Salina's Website   Quote dan BalasQuote

sanada_yukimura
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2004
Ahli No: 8184
Posting: 419
Dari: negeri matahari terbenam ( kedah )

japan  


posticon Posting pada: 14-05-04 15:22




tajuk dah best dah... "hujan dihati"

Bookmark and Share

    


  Member Information For sanada_yukimuraProfil   Hantar PM kepada sanada_yukimura   Pergi ke sanada_yukimura's Website   Quote dan BalasQuote

nuraini
WARGA SETIA
Menyertai: 02.07.2003
Ahli No: 1900
Posting: 1110
Dari: ***Anti-KekejamaN WaNiTa***

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 14-05-04 15:24



Wahai sahabat…
Bukan merapu jadi taruhan…
Ini luahan sekadar coretan…
Baitan puisi memukau perasaan…
Agar bertaut ukhuwah kemesraan…


Wahai Sahabat…
bukan merapu jadi ntah apa~apa…
kerana itu lakaran jiwa…
terlahir dari kemelut rasa…
begitu indah seandainya kita…
terus berdakwah ke jalan syurga…
moga kita semuanya…
memupuk kasih...mengharap redha~NYA…






Bookmark and Share

    


  Member Information For nurainiProfil   Hantar PM kepada nuraini   Quote dan BalasQuote

amirul_mukminin2x
Warga 2 Bintang
Menyertai: 27.09.2003
Ahli No: 3783
Posting: 68
Dari: Toronto

canada  


posticon Posting pada: 15-05-04 05:19




Walaupun Kau Bukan Kekasih
Namun Bukan Sekadar Teman Biasa
Hadir Mu Membawa Bahagia
Dihati Nan Terluka

Diantara Cinta & Rindu
Mestikah Ada Ruang Pemisah
Sesungguhnya.....

Pergimu Bagai Satu Tanda
Untuk Ku Teruskan Melangkah
Mencari Sinar Bahagia
Berserah Hanya Kepadanya....

p/s: sori... merapu aje... tak tahu nak tulis apa... ntah apa2 ntah...

"Sorry Salah Masuk Forum...."
Wassalam!

Bookmark and Share

    


  Member Information For amirul_mukminin2xProfil   Hantar PM kepada amirul_mukminin2x   Pergi ke amirul_mukminin2x's Website   Quote dan BalasQuote

nur_malam99
WARGA SETIA
Menyertai: 15.10.2003
Ahli No: 4371
Posting: 1239
Dari: bumi Allah

Sarawak  


posticon Posting pada: 15-05-04 07:50




Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_malam99Profil   Hantar PM kepada nur_malam99   Pergi ke nur_malam99's Website   Quote dan BalasQuote

waaz04
Warga 4 Bintang
Menyertai: 05.02.2004
Ahli No: 7020
Posting: 205
Dari: pahang

Pahang  


posticon Posting pada: 15-05-04 10:50


duhai engku salina
tidak salah kalau mahu berbicara
tidak salah menyatakan rasa
tidak salah melahirkan kasih
tidak salah menzahirkan sepi
tidak salah meminta harapan
tidak salah....lakukanlah

buatlah apa saja kalau ianya megembirakan
kita manusia yang berada dibumi ini
berbumbungkan awan berlagukan bayu
kelemahan dicipta untuk kita bersatu

engku salina
kalau sahabat meninggalkan kita
mungkin bukan salah kita
tapi mungkin dia yang memula sengketa
atau dia punya sebab yang nyata
apapun kita berlapang dada
harapan dan doa sering bersama

engku salina
pesan hamba....
melihat mesti difikir
mendengar mesti difkir
merasa mesti difikir
berfikir juga mesti difikir


p/s kita mungkin tidak pernah berfikir bahawa selama aku hidup dalam sehari ini berapa banyak yang mampu aku fikir, apa patut aku fikir,untuk siapa, bagaimana nak ku fikir dan atas asas apa fikiran aku berlandas..

Bookmark and Share

    


  Member Information For waaz04Profil   Hantar PM kepada waaz04   Quote dan BalasQuote

BrotherMon
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 31.07.2003
Ahli No: 2708
Posting: 1087
Dari: Kuala Lumpur

congo   avatar


posticon Posting pada: 15-05-04 11:15


hujan di hati...
perlu lebih berhati-hati..
jangan sampai termakan hati...
jangan sampai hujan berhenti..
cepat-cepat la berhenti...
sebelum hujan lebat di hati.


p/s: sori... merapu aje... tak tahu nak tulis apa... ntah apa2 ntah...





Bookmark and Share

    


  Member Information For BrotherMonProfil   Hantar PM kepada BrotherMon   Pergi ke BrotherMon's Website   Quote dan BalasQuote

sanada_yukimura
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2004
Ahli No: 8184
Posting: 419
Dari: negeri matahari terbenam ( kedah )

japan  


posticon Posting pada: 15-05-04 15:32


hujan di hati,
siapa mngerti?



langit tersenyum cerah,
matahari menerangi indah,
lalu awan muncul kekar berarak,
membawa benih-benih jiwa bergelodak,

tika ini manusia riang tertawa,
mengejar-ngejar dunia seribu warna,
masing-masing dgn alamnya,
yg serba berbeza rupa dan rasa,
dari dunia ku yg pahit dan gelita.

siapa pedulikan hatiku yang gundah?
siapa mengerti gelodak jiwa yang resah..?

siapa sudi mendgr segala rintihan,
sesetia Kau telah mendengarnya Tuhan,
siapa lagi setia menghampiri ku membisik,
hingga semangat berdikari hati ini kembali berputik,
setelah seorang demi seorang mereka pergi,
menemui alam abadi,
sehingga itu,
biarlah ku pendam saja sendiri,
titisan sejuk yg xpernah berhenti,
setiap kali ku menyelami,
hujan di hati ini...



rizal hafizuddin


*tulis sekali imbas je. rasa nak jiwang skit..

Bookmark and Share

    


  Member Information For sanada_yukimuraProfil   Hantar PM kepada sanada_yukimura   Pergi ke sanada_yukimura's Website   Quote dan BalasQuote

ahmad_azhar
WARGA SETIA
Menyertai: 10.12.2003
Ahli No: 5593
Posting: 856
Dari: ~:dari zon 4 johor:~

Johor  


posticon Posting pada: 07-06-04 11:35




luahan kata


selembut semilir meniup
sekali ku berkata
tiada salahnya meluahkan kata,
walau dalam bentuk apa sekalipun,
pastinya ia karar dalam diari ingatanmu.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ahmad_azharProfil   Hantar PM kepada ahmad_azhar   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.095396 saat. Lajunya....