Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Yang meninggikan darjat seseorang ialah akal dan adabnya, bukan asal keturunannya
-- Hukama'

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 256
Ahli: 0
Jumlah: 256




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Cerpen
Topik: rintihan subuh


Carian Forum

Moderator: Administrator, NaZa_FirmaN
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Cerpen
    »» rintihan subuh

Please Mendaftar To Post


Oleh rintihan subuh

fajar_rusile
Warga 1 Bintang
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 94
Posting: 23
Dari: Manchester

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 07-06-03 18:21


Pada pagi itu, seperti mana pagi-pagi yang lain, aku menyambut kedatangan seorang tetamu tetapku.

" Assalamualaikum", seru subuh.

"Walaikumsalam", sahutku.

Dan kami terus berpelukan, tanda rindu serta kasih sayang. Kutanya khabar Subuh, bagaimana keadaannya mengembara dari satu tempat ke satu tempat.

"Tadi.. ", kata Subuh dengan sayu, "... aku beru sahaja melintasi satu tempat.
Ku cari tempat persinggahan, kuketuk rumah-rumah yang sunyi, tapi satupun tiada yang mahu menerimaku sebagai tetamu". Dan airmata Subuh pun berlinangan.

"Subuh, usah kau pedulikan mereka, bukankah aku menyambutmu dengan penuh rasa kegembiraan? Subuh mengangkat mukanya seolah-olah teringat sesuatu.

"Oh ya, tadi aku lalu di suatu tempat yang tanahnya disebalik sungai. Orang-orangnya sepertimu, menyambutku dengan penuh kesukaan, menjamuku dengan pelbagai hidangan yang lazat serta menggiurkan. Hidangan yang pali kusuka adalah buah Tahajjud, puas kucari di bumi lain, tapi jarang kujumpa. Di situ aku meratah buah Tahajjud dengan puas serta leka".

Dan Subuh merenung mataku mengharapkan sesuatu. Aku faham maksud subuh.

''Maaf Subuh, aku tiada menanam pohon Al-Lail, jadi aku tidak dapat menghidangkanmu dengan buah yang kau sukai. Tapi aku ada Roti Shiyam'', cadangku pada Subuh.

Subuh menolak dengan hormat. ''Roti itu sudah ada tuan punyanya'', kata Subuh.

''Adakah kau mahu manisan Zikir??'' rayuku pada Subuh.

''Baiklah, ambilkan aku sedikit, serta bawakan aku segelas Air Mata Tangisan'', pinta Subuh.

Aku agak sugul, bagaimana harusku beritahu pada Subuh, yang Air Mata Tangisan sudah hampir kekeringan akibat kemarau Maksiat yang berpanjangan. Namun aku tetap menjenguk ke dalam Perigi yang memuatkan Air Mata Tersebut. Aku terkejut. Perigi tersebut hampir separuh penuhnya. Dan aku berdetik di dalam hati, adakah ini tanda kemarau akan berakhir??? Tanpa berlengah lagi kubawakan Air tersebut pada Subuh, tetamu yang kusanjungi, dan kusuakan Manisan yang dipintanya. Selesai menjamah kesemuanya, Subuh pun melirikkan sebuah senyuman.

''Subuh.. '', seruku, ''.... nahukah kau tinggal selamanya denganku? Aku memerlukan teman dalam kesunyian. Akan kulayan kau dengan sebaiknya, wahai Subuh''. Subuh tersenyum lagi menandakan permintaanku tidak akan dipenuhi. ''Aku perlu menziarahi ramai orang, dan ramai lagi yang memerlukan kehadiranku untuk mengubati rindu mereka, sepertimana aku menguliti mimpimu''.

Dan aku akur dengan penjelasan Subuh. ''Subuh...'', seruku lagi bila melihat bersiap untuk pergi, '' Sudikah kau menziarahiku lagi esok hari?''

''InsyaAllah'', jawab Subuh, ''... bukankah aku kekasih yang kau rindui?'' Subuh berangkat dengan lambat tetapi tetap.

''Assalamualaikum'', seru Subuh.

''Waalaikumsalam'', jawabku kembali.

Dan mataku terus meniti langkah Subuh, yang semakin laju dengan setiap langkah. Dan akhirnya Subuh hilang dari pandangan... aku pasrah..... ''Semoga esok lebih mengembirakanmu...'', kata hati kecilku...........





----- al-muslimun----



Bookmark and Share

    


  Member Information For fajar_rusileProfil   Hantar PM kepada fajar_rusile   Quote dan BalasQuote

SyAhEeDa
WARGA SETIA
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 207
Posting: 571
Dari: Kelate

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 07-06-03 18:30


pandai nya akhi fajar_rusile buat cerpen.. ada bakat.. didalam keseronokan membaca cerpen ni.. ada seribu pengertian n pengajaran yg blh ana ambik.. semoga dpt post bnyk lagi cerpen

-----------------
++ 'Aish 'Azeezan au Mut Syaheedan ++ Live a glory life, or die a noble death ++

Bookmark and Share

    


  Member Information For SyAhEeDaProfil   Hantar PM kepada SyAhEeDa   Quote dan BalasQuote

nuriz
Warga 4 Bintang
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 128
Posting: 205
Dari: rumah

Perak   avatar


posticon Posting pada: 07-06-03 20:05


bestlah cerpen ni

-----------------
[img]http://smilies.networkessence.net/s/kao/otn/pbubbles.gif[/img]

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurizProfil   Hantar PM kepada nuriz   Quote dan BalasQuote

fajar_rusile
Warga 1 Bintang
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 94
Posting: 23
Dari: Manchester

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 11-06-03 00:45


hmmm....

thanks.. memang cerpen ni mengandungi maksud yang dalam dan memberi kesan kepada orang-orang yang dibuka hatinya oleh Allah..

ShaHeda jangan salah anggap.. mini cerpen ni hanyalah nukilan dari sorang sahabat yang tak mahu namanya disiarkan... maaf bebanyak yer..

Bookmark and Share

    


  Member Information For fajar_rusileProfil   Hantar PM kepada fajar_rusile   Quote dan BalasQuote

pencari_nur_ilahi
Warga Rasmi
Menyertai: 21.06.2003
Ahli No: 1590
Posting: 3
Dari: melaka

Melaka  


posticon Posting pada: 21-06-03 23:52


boleh masuk majalah ler cerpen nie
(tak menghina tapi menggalakkan)
....senyum sokmo....

Bookmark and Share

    


  Member Information For pencari_nur_ilahiProfil   Hantar PM kepada pencari_nur_ilahi   Quote dan BalasQuote

darul_numan81
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 239
Posting: 1548
Dari: Batu Pahat,Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 22-06-03 11:47


as'kum...sungguh syahdu jalan cerita ni.. sehening waktu subuh.. tapi yg pasti cerpen ni berjaya membuat hati ana berdetik dan merasa kedhaifan diri selama ni...thanx a lot pada penulis cerpen.
wassalam

-----------------
Kehidupan adalah satu ujian...

Bookmark and Share

    


  Member Information For darul_numan81Profil   Hantar PM kepada darul_numan81   Pergi ke darul_numan81's Website   Quote dan BalasQuote

isa-VR4
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 20
Posting: 571
Dari: Kemaman Terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 22-06-03 12:30


wah..best laa..

-----------------
Ya Allah !!! berikanlah kekuatan kepadaku untuk meneruskan jihad para shuhada'

img75.photobucket.com/albums/v228/acma_115/logo.jpg">

Bookmark and Share

    


  Member Information For isa-VR4Profil   Hantar PM kepada isa-VR4   Pergi ke isa-VR4's Website   Quote dan BalasQuote

nisaulfadhilah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 22.10.2006
Ahli No: 27084
Posting: 207
Dari: irbid

jordan  


posticon Posting pada: 10-01-07 18:48


bestnya cerpen ni..
menginsafkan dan dapat memuhasabahkan sesiapa yang membacanye..

Bookmark and Share

    


  Member Information For nisaulfadhilahProfil   Hantar PM kepada nisaulfadhilah   Quote dan BalasQuote

insyirah_hr
WARGA SETIA
Menyertai: 08.08.2006
Ahli No: 25700
Posting: 1249
Dari: Kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 10-01-07 20:18


banyak moral values...sebagai peringatan buat diri yang kadang-kadang terleka.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For insyirah_hrProfil   Hantar PM kepada insyirah_hr   Pergi ke insyirah_hr's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.095376 saat. Lajunya....