Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti :: Ukhwah.com
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Profil Liputan Media Impian & Harapan Hubungi Kami Laman Peribadi  








Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

Mutiara Kata
Kita bergerak ke arah apa yang difokus
-- Dari filem Kung Fu Panda

Menu Utama

Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 64
Ahli: 0
Jumlah: 64




Yang Masuk Ke Sini
Kang: 14 hari yang lalu
lidah-penghunus: 16 hari yang lalu
muslimin23: 24 hari yang lalu


[ Mari BERSELAWAT kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Ukhwah.com ini ]




Pengetahuan Am
Topik: Seksis Melampau!


Carian Forum

Moderator: Administrator, syemarly
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Pengetahuan Am
    »» Seksis Melampau!

Please Mendaftar To Post


Oleh Seksis Melampau!

rahmat_hidayat
Warga 3 Bintang
Menyertai: 27.04.2004
Ahli No: 8654
Posting: 135
Dari: Johor Darul Ta'zim - UKM Bangi

Johor  


posticon Posting pada: 05-05-04 10:59


( Tulisan ini diterbitkan di dalam Lembaran Pembaca Dewan Budaya April 2004 )

Kemunculan Anita Sarawak dengan lagu terbarunya berjudul Seksis, menarik perhatian peminat muzik di Malaysia. Kehebatan lagu ini terserlah apabila berjaya menjuarai carta lagu salah sebuah stesen radio swasta terkemuka tanah air selama sembilan minggu berturut-turut. Tidak diketahui golongan jantina yang memilih lagu tersebut untuk bergelar juara carta tetapi boleh dijangka bahawa majoriti yang memilih semestinya golongan wanita.

Jangkaan ini dibuat setelah mengambil kira mesej yang cuba disampaikan oleh lirik lagu tersebut. Secara keseluruhan, lagu tersebut membawa mesej ‘emansipasi’ golongan wanita untuk mendapatkan hak yang sama dengan lelaki. Lagu ini turut mengkritik golongan lelaki yang dianggap memonopoli kehidupan wanita di samping mempersoalkan beberapa hak dan tanggugjawab bersama. Jesteru itu, peminat lagu ini sudah semestinya golongan wanita. Sesuatu yang tidak masuk akal jika seorang lelaki menggemari lagu yang mengkritik jantina sendiri.

Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa lagu tersebut secara keseluruhan mengkritik habis-habisan golongan lelaki. Lelaki digambarkan sebagai jantina yang tidak adil, tidak boleh dipercayai dan suka memonopoli hak yang sewajarnya diberikan kepada wanita!.

Antara bait-bait lirik yang menarik untuk dibahaskan adalah persoalan wanita yang terpaksa menjadi seperti ‘peminta sedekah’ semasa meminta nafkah daripada suami. Amat lucu untuk kita memahami fenomena ini. Jika benar keadaan ini terjadi, mungkin hanya kes terpencil yang berlaku di mahkamah syariah atau mungkin berlaku sendiri kepada penulis lirik lagu tersebut. Realitinya, semua lelaki yang bergelar Muslim yang beriman pastinya mencuba sedaya upaya untuk menunaikan tanggugjawab sebagai suami dengan baik tanpa perlu si isteri meminta seperti ‘peminta sedekah’.

Selain itu, lagu tersebut juga turut menggunakan perkataan yang tidak mencerminkan kesopanan orang Timur. Secara jelas, dalam lirik lagu tersebut lelaki disebut sebagai ‘jantan’. Kita sedia maklum bahawa panggilan ‘jantan’ hanya layak digunakan untuk binatang. Apakah pertimbangan yang digunakan oleh penulis lagu tersebut untuk menggelar mereka sebagai ‘jantan’. Walaupun seseorang lelaki itu terlalu dibenci kerana sikapnya yang tidak bertanggugjawab terhadap wanita, tidak wajar kita menggelar mereka sebagai ‘jantan’. Nilai kesopanan dan kesantunan berbahasa seharusnya digunakan oleh penulis lirik sebelum menulis sesebuah lirik lagu. Apa yang pasti, jika ada lirik lagu yang menggunakan pula perkataan ‘betina’, sudah pasti golongan wanita akan terus naik berang.

Persoalan yang paling besar untuk diketengahkan adalah persoalan hak lelaki berpoligami. Persoalan ini sangat serius kerana secara jelas lirik lagu tersebut umpama mempersendakan sunah Nabi dalam hal berpoligami. Penyanyi dengan jelas menyebut perkataan ‘sunah’ ketika menyanyikan lagu ini bagi mengambarkan ketidakadilan yang telah dilakukan oleh lelaki yang berpoligami. Nada menyindir yang digunakan oleh penyanyi sebelum menyebut perkataan ‘sunah’ jelas mengambarkan mesej negatif terhadap poligami. Secara tidak langsung, lagu ini mempersendakan hukum dan ketentuan Allah S.W.T yang memberi kebenaran untuk lelaki berpoligami.

Masyarakat kita sudah semakin sedar tentang kepentingan golongan wanita sebagai sumber penting yang boleh digembleng untuk mencapai agenda pembangunan negara. Berdasarkan Banci Penduduk Tahun 2000, 11.4 juta (48.9%) daripada jumlan penduduk Malaysia ialah wanita. Golongan lelaki yang menyedari hakikat ini sudah pastinya tidak mampu lagi mempersoalkan hak dan tanggugjawab wanita dalam proses pembangunan negara.

Jesteru, mesej yang cuba dibawakan oleh lagu Seksis bukanlah suatu mesej yang boleh mewakili suara dan permasalahan wanita secara keseluruhan tetapi mesej daripada lagu tersebut bakal membawa impak negetif pada keharmonian jantina dalam masyarakat. Kita sedia maklum bahawa, “Tangan yang mengayun buaian boleh mengoncang dunia”, tetapi kita kurang sedia maklum bahawa “ Suara yang mengayun buaian juga boleh menyebabkan tali buaian putus!”.



-----------------
IMAN ASAS KEHIDUPAN MUSLIM - 0192458410


Bookmark and Share

    


  Member Information For rahmat_hidayatProfil   Hantar PM kepada rahmat_hidayat   Pergi ke rahmat_hidayat's Website   Quote dan BalasQuote

nuraini
WARGA SETIA
Menyertai: 02.07.2003
Ahli No: 1900
Posting: 1110
Dari: ***Anti-KekejamaN WaNiTa***

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 05-05-04 12:34



erm....sememangnyer betul apa yang saudara rahmat_hidayat katakan...

mulanya ana sendiri pun suka dengar lagu tu...

mungkin lagu tu ditujukan pada si suami/lelaki yang tidak bertanggungjawab...
apa~pun ....


...jadikan Rasullullah saw sebagai model/IDOLA dalam kerukunan alam rumah~tangga...






Bookmark and Share

    


  Member Information For nurainiProfil   Hantar PM kepada nuraini   Quote dan BalasQuote

mujahidah_317
Warga Rasmi
Menyertai: 19.12.2003
Ahli No: 5824
Posting: 10

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 06-05-04 13:09




ermmm......ana setuju dengan rahmat_hidayat
walaupun ana golongan perempuan ...tapi ana turut tak suka lagu tu....yang kebanyakkannya ana rasa salah ......

walaubgaimanapun.....seperti nuraini jadikan rasulullah sebagi role model....



-----------------
CoNfiDenCe iN YouRseLf is tHe fiRst sTep oN tHe rOaD tO SUCCES!!!!!!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For mujahidah_317Profil   Hantar PM kepada mujahidah_317   Quote dan BalasQuote

indah_hati84
Warga 3 Bintang
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 76
Posting: 136
Dari: kuala lumpur

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 09-05-04 01:30



saye setuju tu....
saye pun memang x suke lagu tu....
cara anita nyanyi...pastu lirik die yg melampau...
plik gak bile ade kwn saye yg suke..
ntah ape yg best sgt kat lagu tu ntahh...plik la..

pastu saye x gemar btul care pembawaan anita tu...stail die tu melampau gakk..ishhh...penyanyi yg dah hampir kebaratan...dengan warna rambut dah macam org putih..ape nk jadi la...

Bookmark and Share

    


  Member Information For indah_hati84Profil   Hantar PM kepada indah_hati84   Pergi ke indah_hati84's Website   Quote dan BalasQuote

muslimahsejati
WARGA SETIA
Menyertai: 06.06.2003
Ahli No: 1091
Posting: 1009
Dari: kota tinggi,johor

Johor  


posticon Posting pada: 09-05-04 11:51


.....ermmm memang tak gemar dengar lagu dia..sebab bukan jiwa rentak camtue......

-----------------
akal setipis rambutnya tebalkan dengan ilmu,hati separuh kaca kuatkan dengan iman,perasaan selembut sutera hiasilah dengan akhlak............................
hadapilah&#

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimahsejatiProfil   Hantar PM kepada muslimahsejati   Quote dan BalasQuote

fairuzah
WARGA SETIA
Menyertai: 15.02.2004
Ahli No: 7304
Posting: 440
Dari: negeri sembilan

syria   avatar


posticon Posting pada: 09-05-04 14:03


assalamualaikum wbt

i never liked this song....ehhe...nak² lagi tengok dia berjoget dlm tv...perghh....cepat² tukar channel lain...ahahakz....

well...dlm lagu ni ada juga kebenarannya....tapi tak semua lelaki macam tu kan kan kan....

lagu ni membangkitkan semangat feminisme....bahaya juga tu...heheheheh....org lelaki & perempuan takkan sama....mereka melengkapi antara satu sama lain....nak duduk sama rendah, berdiri sama tinggi tu...i think...tak dapat laa nak camtu...tol tak?

Bookmark and Share

    


  Member Information For fairuzahProfil   Hantar PM kepada fairuzah   Quote dan BalasQuote

sanada_yukimura
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2004
Ahli No: 8184
Posting: 419
Dari: negeri matahari terbenam ( kedah )

japan  


posticon Posting pada: 09-05-04 14:17




personally saya rasa org yg bangkitkan soal gender ni childish/kebudak-budakan.

saya tak suka kutuk pmpn coz saya tau laki pun ada kekurangan gak..



Bookmark and Share

    


  Member Information For sanada_yukimuraProfil   Hantar PM kepada sanada_yukimura   Pergi ke sanada_yukimura's Website   Quote dan BalasQuote

liya
Warga 3 Bintang
Menyertai: 08.01.2004
Ahli No: 6308
Posting: 86
Dari: kelantan

Kelantan  


posticon Posting pada: 16-05-04 23:20


Mengikut 1 laporan yg pernah disiarkan di TV3 (Jendela Dunia) statistik menunjukkan bilangan lelaki di China adalah jauh lebih tinggi berbanding wanita. kenapa? sistem di china yg mengamalkan 1 anak utk sepasang suami isteri. pilihannya? anak lelaki. andai kata dpt anak perempuan?... ada yg memilih utk membunuh mereka...... seimbas pandang seolah2 era jahiliyah kembali berulang. sememangnya benar terdapat sisitem diskriminasi dlm masyarakat antara lelaki dan ppuan. fikirlah secara terbuka. jgn cepat melatah hanya krn Edry tulis lirik 'seksis'. mgkn ada benarnya... dan mgkn juga ada silapnya!

Bookmark and Share

    


  Member Information For liyaProfil   Hantar PM kepada liya   Quote dan BalasQuote

rahmat_hidayat
Warga 3 Bintang
Menyertai: 27.04.2004
Ahli No: 8654
Posting: 135
Dari: Johor Darul Ta'zim - UKM Bangi

Johor  


posticon Posting pada: 17-05-04 12:52




Merujuk kepada tulisan saudara/i liya dari kelantan, saya tertarik untuk memberikan sedikit kenyataan.

Kritikan terhadap lagu Seksis bukan satu kritikan yang melatah. Kita harus berpijak kepada paksi yang benar. Hak wanita di negara ini sudah banyak terbela. Jangan kita melihat contoh diskriminasi yang berlaku di luar negara kerana ia tidak mengambarkan permasalahan kita yang sebenarnya.

Apa yang cuba saya bangkitkan di dalam artikel bertajuk 'Seksis Melampau!' hanyalah bertujuan menyedarkan kita betapa buruk, keji dan hinanya imej lelaki yang cuba digambarkan. Bukankah ini akan melahirkan ketidakharmonian jantina di dalam masyarakat kita?

Kita tidak bersikap diskriminasi terhadap penulis lagu baik Edry ataupun penulis lirik lain. Mungkin apa yang digambarkan oleh lagu tersebut sesuai untuk rakyat di negara China seperti yang di gambarkan oleh Saudara/i liya tetapi bukan untuk mengambarkan secara keseluruhan lelaki di negara kita.

Tidak ada sebab untuk kita membangkitkan masalah emansipasi wanita di negara kita. Wanita sudah mendapat pembelaan yang sewajarnya baik di kalangan NGO mahupun kerajaan. Sudah ada kementerian yang diwujudkan khusus untuk wanita. Di TV juga sudah banyak rancangan yang berfokuskan kepada wanita sahaja. Wanita juga mendapat pembelaan yang sewajarnya di mahkamah syariah terutamanya untuk kes-kes tuntutan cerai. Lebih daripada itu, wanita mendapat hak pendidikan yang sama tinggi malah lebih tinggi daripada lelaki. Tidakkah ini mengambarkan keadaan sebanar nasib wanita di negara kita?

Tidakkah kita malu jika lagu sebegini memberikan imej atau gambaran buruk masyarakat asing tentang kedudukan wanita di Malaysia?

Mungkin ada kebenaran tentang beberapa perkara yang cuba dinyatakan oleh lagu tersebut tetapi kita haru sedar bahawa itu semua kes-kes terpencil yang tidak berlaku secara meluas dan berleluasa di dalam masyarakat kita.

Fikir-fikirkanlah jika anda mampu berfikir!

-----------------
IMAN ASAS KEHIDUPAN MUSLIM - 0192458410


Bookmark and Share

    


  Member Information For rahmat_hidayatProfil   Hantar PM kepada rahmat_hidayat   Pergi ke rahmat_hidayat's Website   Quote dan BalasQuote

xrem2020
Warga 2 Bintang
Menyertai: 11.05.2004
Ahli No: 8908
Posting: 58
Dari: penang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 17-05-04 13:01


sy sejutu dgn pendapat ahli yg lain...samapai begitu sekali kaum kita diperli....

Bookmark and Share

    


  Member Information For xrem2020Profil   Hantar PM kepada xrem2020   Pergi ke xrem2020's Website   Quote dan BalasQuote

murnirah
Warga Rasmi
Menyertai: 17.04.2004
Ahli No: 8450
Posting: 20
Dari: bumi ALLAH yang indah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 19-05-04 11:22


..ana pun sangat tak suke lagu tuh..melampau tahap kronik!! ana sangat pelik n hairan kenape ade gak makhluk yang suke laguk nih..baru-baru nih mase jln2 ngan sahabat ana kat maju junction, kl..secara kbetulan anita sarawak ade wat show kat c2..tak tau pun sbenarnye..suami die pun ade skl..masyaALLAH..mengucap panjang ana nengok reaksi peminat2 die..rosak..rosak akhlak..ana trus keluar sebab tak tahan dengan cara die yang melampau!! gelisssssss!!!! hmm..ana ske dengar ikim..satu ari 2..tetibe ana terdengar lagu selingan die bunyik lain..dan biase dengar..rupe2nye lagu seksis..tension!! nape mesti lagu 2?? tapi sekarang dah xde rasenye..alhamdulillah..sebagai pesanan..dengarla ikim selalu yek..

Bookmark and Share

    


  Member Information For murnirahProfil   Hantar PM kepada murnirah   Quote dan BalasQuote

liya
Warga 3 Bintang
Menyertai: 08.01.2004
Ahli No: 6308
Posting: 86
Dari: kelantan

Kelantan  


posticon Posting pada: 19-05-04 23:05


Satu respon yg baik

saudara rahmat_hidayat.. bukan niat sy utk membangkitkan isu feminisme memandangkn sy tidak cenderung utk menegakkan isu tersebut.

memang wanita di msia cukup bertuah krn dilindungi hak2 mrk dari segenap aspek terutamanya dr sudut undang2.
cuma sejak lagu seksis yg baru2 ini tlh di ban (kemudiannya ditarik semula) oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia daripada disiarkan di corong2 radio kerajaan dan juga swasta, sy mula tertarik utk mendengar lagu tersebut krn sblm ini ia tidak pernah 'hinggap' di telinga sy ini.

first time dengar.. cukup terkejut. oh.. kasarnya bahasa! cuma ada juga sedikit bait lirik tersebut yg mmg diakui ada benarnya misalnya..bila wanita manis mulut, dikata menggatal.. ada ketikanya ia membuatkan sy tersenyum seorg diri tatkala mendengar 'kekasaran' penggunaan bhs lagu tersebut. apalagi dgn pembawaan seksis dgn jayanya oleh anita srwk.. (erk.. terus-terang imejnya itu benar2 tidak sy senangi).

cuma yg pasti.. lirik lagu tersebut tidak mewakilkan pendapat semua wanita di negara ini mahupun utk diaplikasikan atau diterjemahkan di negara2 lain.
mgkn boleh sy katakan.. lagu ini seakan menyatakan ketidakpuasan hati segelintir wanita.

hmmm.. yg ironiknya.. lelaki juga yg menulis lagu tersebut. adakah ia boleh dikata sbg kreatif keterlaluan ataupun.. mmg itu yg dikatakan sebagai cetusan rasa insan bergelar seni?

apa lagi lirik2 lagu skg sarat dgn tema cinta yg cukup memualkan untuk dihayati dan difahami maksudnya.. cuma kekadang.. pabila ia lari sedikit dr topik cinta..ia mula mencetuskan suatu fenomena baru dlm dunia seni tanahair yg kini kian mencemaskan...


[ Posting ini telah di edit oleh: liya pada 2004-05-19 23:09 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For liyaProfil   Hantar PM kepada liya   Quote dan BalasQuote

rahmat_hidayat
Warga 3 Bintang
Menyertai: 27.04.2004
Ahli No: 8654
Posting: 135
Dari: Johor Darul Ta'zim - UKM Bangi

Johor  


posticon Posting pada: 20-05-04 10:49




Sesuatu yang cukup baik jika kita dapat memahami sesuatu isu dengan minda yang terbuka dan bernas. Pendapat harus diberikan berpegang kepada paksi kebenaran dan bukan hanya fakta semata-semata.

-----------------
IMAN ASAS KEHIDUPAN MUSLIM - 0192458410


Bookmark and Share

    


  Member Information For rahmat_hidayatProfil   Hantar PM kepada rahmat_hidayat   Pergi ke rahmat_hidayat's Website   Quote dan BalasQuote

JoshuaIsfahan
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 701
Posting: 1577
Dari: Damansara

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 20-05-04 11:45


Tak suka jgn dengar..tutup radio,tukar channel lain ke,takkan IKIM ada lagu mcm tu....buka lah IKIM 24 jam...kan senang..tu Anita nak warna rambut dia mcm manapun dia punya pasal..nak tegur dia cakap depan...cakap belakang serupa juga mcm mengata...

p/s:tak suka lagu seksis...suka lagu lodeh mak lodeh..hehhe

Bookmark and Share

    


  Member Information For JoshuaIsfahanProfil   Hantar PM kepada JoshuaIsfahan   Quote dan BalasQuote

rahmat_hidayat
Warga 3 Bintang
Menyertai: 27.04.2004
Ahli No: 8654
Posting: 135
Dari: Johor Darul Ta'zim - UKM Bangi

Johor  


posticon Posting pada: 20-05-04 12:39




Bercakap belakang bukan hendak mengata tetapi hanya sebagai ingatan dan pengajaran bersama agar yang buruk dijadikan sempadan, yang baik dijadikan ikutan.

Apabila kita lihat pada sesuatu kemungkaran....kita ada banyak cara untuk menyatakan sikap dan pendirian kita. Jika tak berkuasa menghalang dengan tenaga / kuasa .....boleh gunakan nasihat.....tak boleh juga.....gunakanlah jalan yang serendah-rendah cara iaitu kebencian di dalam hati / berdoa agar diberikan petunjuk ilahi.

Kita bercakap / berforum bukan untuk mengata sesiapa. Kita ada pendirian masing-masing untuk diterjemahkan dengan perbuatan sendiri. Salah satu daripada caranya ialah meninggalkan yang maksiat dan beralih kepada yang lebih islamik seperti pendapat sahabat JoshuaIsfahan (Susah benor den nak menyebut namanya!)

Fikirkanlah jika anda mampu berfikir.

-----------------
IMAN ASAS KEHIDUPAN MUSLIM - 0192458410


Bookmark and Share

    


  Member Information For rahmat_hidayatProfil   Hantar PM kepada rahmat_hidayat   Pergi ke rahmat_hidayat's Website   Quote dan BalasQuote

JoshuaIsfahan
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 701
Posting: 1577
Dari: Damansara

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 20-05-04 15:35


Kan bagus u jumpa kak Nita and then cakap dengan dia....kak nita u shouldnt do this and that,tu kan lagi Islamik...menegur utk kebaikan.......gilah..gilah,dpd u all cakap belakang mcm ni......kata pendakwah....takkan nak berdakwah sesama sendiri je...

Bookmark and Share

    


  Member Information For JoshuaIsfahanProfil   Hantar PM kepada JoshuaIsfahan   Quote dan BalasQuote

din_arif
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.04.2004
Ahli No: 8486
Posting: 166

Johor  


posticon Posting pada: 20-05-04 15:57


Quote:

On 2004-05-20 15:35, JoshuaIsfahan wrote:
Kan bagus u jumpa kak Nita and then cakap dengan dia....kak nita u shouldnt do this and that,tu kan lagi Islamik...menegur utk kebaikan.......gilah..gilah,dpd u all cakap belakang mcm ni......kata pendakwah....takkan nak berdakwah sesama sendiri je...



Ler... Dh nama pun forum... Tulis... Eh... Taip jer la... Bukan nk ckp blkg2, nk berbincang jer... At least dpt saling mengingatkn sesama ahli forum. Tp kalau ahli forum sendiri rasa forum ni xdpt mendatangkn kesan (kpd diri sendiri), xyah susah2 berforum. Buat penat mata membaca, buat penat tgn jer menaip. Maaf terkasar bahasa.
p/selik gak. Apsal tiap kali ada perbincangan ilmiah @ agama, ada jer insan yang kondem?

Bookmark and Share

    


  Member Information For din_arifProfil   Hantar PM kepada din_arif   Quote dan BalasQuote

nuraini
WARGA SETIA
Menyertai: 02.07.2003
Ahli No: 1900
Posting: 1110
Dari: ***Anti-KekejamaN WaNiTa***

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 20-05-04 15:58



aduhai sahabat ku...pedas sekali bicaramu...

Bagaimana kalau nak berdakwah…seandainya maksiat di depan mata kita ini terus-menerus kita biarkan….setakat tengok & dengar sahaja….itu bukan cara yg terbaik untuk mencegah kemungkaran dari terus bervirus tanpa ada usaha untuk mengubatinya...

ini adalah suatu teguran nasihat....
kita taknak di akhirat kelak...terdengar-raungan jeritan yang apabila ditanya...
'tiada siapakah yg menyampaikan ilmu kebenaran sewaktu kamu hidup di dunia dahulu'...

sedangkan bila kita tegur...itu dianggap jaga tepi kain....jangan masuk campur.....biar ajelah....

bukan begitu sahabatku......




Takkan ku biar maksiat berleluasa…
Takkan ku rela ISLAM dipinggirkan…
Biar apa yg kau kata…
Demi dakwah…ampuhkan perjuangan…









Bookmark and Share

    


  Member Information For nurainiProfil   Hantar PM kepada nuraini   Quote dan BalasQuote

JoshuaIsfahan
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 701
Posting: 1577
Dari: Damansara

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 20-05-04 16:59


"elik gak. Apsal tiap kali ada perbincangan ilmiah @ agama, ada jer insan yang kondem? "

heheh..marah ke?bukan nak kondem..takkan nak jadi manusia"saya menurut perintah"namapun forum,kalau ada ketidak sefahaman tu maknanya posting tu bagus,kalau nak angguk je..baik berdiri tgh jalan tunggu trak langgar....Soal agama bukan perkara yg boleh buat main2......habis asyik nak mengeluh je kat forum,sampai bila nak jadi manusia mcm tu...tu maksiat,mengeluh,ni maksiat,mengeluh.....takkan diam tanpa berusaha,kalau nak jadi pendakwah,kat forum aktif,kat luar pun lakukanlah apa yg perlu....mengeluh2......ingat2 jugak apa2 pesanan dan nasihat,tapi nak tengok jugak yg kuat2 agama ni lakukan sesuatu....takkan masuk ISA nyer kalau tegur kak Nita...jangan singkat sgt.....bukannya saya kondem pasal agama....apa ingat awak sorang ke ada agama...rasa ulama PAS pun tak pernah cakap mcm tu pd org yg tak sekuat agama seperti mereka..awak je...

"Bagaimana kalau nak berdakwah…seandainya maksiat di depan mata kita ini terus-menerus kita biarkan….setakat tengok & dengar sahaja….itu bukan cara yg terbaik untuk mencegah kemungkaran dari terus bervirus tanpa ada usaha untuk mengubatinya"

Ha..mcm nilah bagus..nak buat sesuatu...bukan asyik tengok dan dengar...sampai bila nak jadi mcm tu....sahabat2 di zaman nabi pun tak mcm tu...kata nak ikut sunnah....dah tau byk maksiat...buatlah sesuatu....tul tak?






Bookmark and Share

    


  Member Information For JoshuaIsfahanProfil   Hantar PM kepada JoshuaIsfahan   Quote dan BalasQuote

din_arif
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.04.2004
Ahli No: 8486
Posting: 166

Johor  


posticon Posting pada: 20-05-04 17:53


Quote:

"Bagaimana kalau nak berdakwah…seandainya maksiat di depan mata kita ini terus-menerus kita biarkan….setakat tengok & dengar sahaja….itu bukan cara yg terbaik untuk mencegah kemungkaran dari terus bervirus tanpa ada usaha untuk mengubatinya"

Ha..mcm nilah bagus..nak buat sesuatu...bukan asyik tengok dan dengar...sampai bila nak jadi mcm tu....sahabat2 di zaman nabi pun tak mcm tu...kata nak ikut sunnah....dah tau byk maksiat...buatlah sesuatu....tul tak?




Yg ni saya setuju. Marilah bersama mencegah maksiat. Sebagai langkah pertama, niatkan kerana Allah. InsyaAllah, segala usaha kita dipermudahkan.

Bookmark and Share

    


  Member Information For din_arifProfil   Hantar PM kepada din_arif   Quote dan BalasQuote

rahmat_hidayat
Warga 3 Bintang
Menyertai: 27.04.2004
Ahli No: 8654
Posting: 135
Dari: Johor Darul Ta'zim - UKM Bangi

Johor  


posticon Posting pada: 21-05-04 10:57




Ternyata sahabat-sahabat ahli forum begitu bersemangat untuk membanteras maksiat dan kemungkaran. Saya akui, kita sememangnya lebih banyak mengeluh tanpa mengambil banyak tindakan. Jesteru itu, saya amat bersetuju dengan pendapat sahabat JoshuaIsfahan.

Hasil tulisan artikel saya ini telah diterbitkan di dalam Dewan Budaya April 2004...mungkin ada sahabat yang membacanya dan mungkin juga ada yang tidak membacanya...maklumlah majalah nie tak sepopular majalah hiburan. Hasil maklum balas yang saya perolehi daripada pembaca sungguh mengalakkan. Ada yang menyokong dan ada juga yang mempertikaikan.

Saya telah membangkitkan isu ini melalui e-mel KRU Record....jawapan yang diberikan cukup mudah dan ringkas......No coment!.....jangan jaga tepi kain org. Rasenya dalam hal ini mesej kesedaran telah cuba disampaikan tetapi tidak diterima.

Pembaca yang membaca artikel tulisan saya itu pastinya mempunyai pendapat dan kritikan yang tersendiri. Melalui forum ini sahaja, kritikan yang diberikan bukan sahaja berkisar mengenai mesej lagu tersebut tetapi turut berkisar tentang personaliti penyanyi yang tidak pernah saya sentuh langsung di dalam tulisan artikel tersebut. Saya hormati setiap pendapat dan kritikan sahabat. Itu adalah hak anda untuk bersuara.

Sebagai orang awam yang tidak punyai kuasa mengambil sebarang tindakan, pendekatan dakwah yang paling berkesan ialah dengan menimbulkan kebencian terlebih dahulu di dalam hati....dan kemudiannya sebarkanlah kebencian itu kepada kaum keluarga dan sahabat handai yang terdekat. Jika kita semua yang berfikiran anti maksiat dan kemungkaran ini diberikan peluang menjadi Perdana Menteri, mungkin agak mudah untuk kita menghalangnya dengan kuasa yang ada.Bila-bila masa sahaja kita boleh arahkan pengharaman lagu-lagu berunsur maksiat...menutup pusat hiburan....sarang pelacuran dan pusat perjudian. Tetapi itu tidak berlaku!

Seperti kata sahabat din_arif "Marilah bersama mencegah maksiat. Sebagai langkah pertama, niatkan kerana Allah. InsyaAllah, segala usaha kita dipermudahkan"......Apa yang nyata sebagai langkah pertama kita perlu ada niat mencegah maksiat dengan niat kerana ALLAH ditambah dengan menimbulkan kebencian terhadap perbuatan itu.

Apa yang baik itu datang daripada Allah...yang buruk itu datangnya daripada kejahilan diri kita sendiri.

Fikir-fikirkanlah jika anda mampu berfikir!



-----------------
IMAN ASAS KEHIDUPAN MUSLIM - 0192458410


Bookmark and Share

    


  Member Information For rahmat_hidayatProfil   Hantar PM kepada rahmat_hidayat   Pergi ke rahmat_hidayat's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 
 



Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.129637 saat. Lajunya....