Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 22-09-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Jika perjuangan itu adalah kerana perut, nilai perjuangan itu sama dengan apa yang keluar dari perut.
-- Imam Syafie

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 65
Ahli: 0
Jumlah: 65




  Yang Masuk Ke Sini
HIKAL: 2 hari yang lalu


Suara Hatiku
Topik: ...sedihnya cerita ini...


Carian Forum

Moderator: Administrator, zulman
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Suara Hatiku
    »» ...sedihnya cerita ini...

Please Mendaftar To Post


Oleh ...sedihnya cerita ini...

nuraini
WARGA SETIA
Menyertai: 02.07.2003
Ahli No: 1900
Posting: 1110
Dari: ***Anti-KekejamaN WaNiTa***

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 29-04-04 13:29


...

ingin saya sampaikan satu cerita yang diforwardkan dari Emel...
sekadar pengetahuan bersama....


Cerita di bawah adalah cerita sebenar dari Cik Hartini hartini ([email protected]). Ampun maaf dari saya kerana memanjangkan
cerita ini tanpa kebenaran terlebih dahulu. Tujuan saya agar ini dapat dijadikan pengajaran/iktibar buat kita semua. Moga Allah menempatkan ayah Cik Hartini bersama para nabi serta para solihin di syurga...amin!

"...assalamualaikum para netters saya baru sahaja terima message via alkohol daripada beberapa netters. Di sini ingin saya menceritakan suatu peristiwa yang amat menyayat hati. terutamanya pada diri saya
dan juga keluarga saya.

hari ahad 21/1/01 adalah merupakan hari yang paling malang bagi hidup saya sekeluarga, dimana saya turut kehilangan ayah tersayang.

pada hari yang malang itu lebih kurang jam 5:20 pagi ayah saya sudah bersiap sedia hendak ke surau berdekatan utk menunaikan solat subuh.
Selalunya beliau bertolak pada pukul 5 pagi (ayah adalah seorang ahli masjid dan sudah menjadi routine hariannya supaya awal ke
surau – utk membuka surau, membersih surau, berwirik dan mengaji quran sampai waktu solat subuh kemudian bersiap sedia untuk khutbah subuh pulak) tapi entah kenapa hari itu beliau terlewat sedikit.

setelah selamat menyeberangi jalan besar/utama ke surau dan sebaik
saja kaki ayah saya menyentuh kaki lima pejalan kaki (pedestrian pavement/kerb) entah dari mana tiba-tiba sebuah kereta satria pecut dengan kelajuan maksima terhoyong hayang terus melanggar ayah saya.
ayah saya terpelanting lebih kurang 20 kaki dan jatuh menghempap tiang pagar (tiang pagar corak 'L' tapi cuma tiang aje sebab
pagarnya memang dah lama dilucutkan).

mungkin akibat impact terlambung tinggi kepala ayah saya terbelah/terkopak 2 dan seterusnya ayah saya terguling jatuh ke
dalam parit di tepi kali lima jalan tersebut. tidak cukup dengan itu rupanya setelah melanggar ayah saya kereta satria itu terus
merempuh 7 gadis kilang yang ketika itu sedang menunggu bas kilang ke tempat kerja. mangsa gadis pertama yang dilanggar tersepit di bawah kereta dan diheret sehingga kereta tersebut merempuh sebatang pokok berhampiran (kecederaan di bahagian pinggangnya yang begitu teruk mengakibatkan beliau meninggal dunia lewat hari itu juga), gadis ketiga berada di dalam keadaan kritikal dan kecederaan yang
serius di bahagian otak, tulang belakang, tulang punggung, tulang kaki yang kesemuanya retak 8 sama sekali, paru-paru dan jangtung – mengikut jangkaan doktor yang merawat beliau kalau paru-paru dan
jantung mangsa masih lemah, kemungkinan pembedahan terpaksa ditangguhkan dan kemungkinan besar mangsa akan lumpuh separuh badan. mangsa-mangsa seterusnya mengalami kecederaan di mana kaki
dan tangan patah.

tetapi apa yang terjadi pada pemandu kereta satria dan penumpang- penumpangnya? oh mereka semua selamat cuma co-pilot mengalami kecederaan patah kaki. untuk makluman para netters semua pemandu
dan penumpang kereta satria ini semuanya melayu islam dan berada di dalam keadaan mabuk, di bawah umur (kecuali pemandunya) dan tidak mempunyai lesen memandu. mungkin keadaan mereka yang tidak sedar
(masih pening lalat) akan keadaan sebenar, mereka tidak berupaya melarikan diri dari tempat kejadian. Kata saksi mereka dibelasah
teruk juga oleh orang-orang yang menyaksikan insiden tersebut apatah
lagi setelah membunuh orang yang nak menunaikan solat subuh. tapi menurut laporan yang sediada pemandu dan penumpang kereta satria dengan tegas mengaku mereka tidak mabuk. bila di tanya kenapa memandu di dalam keadaan yang begitu merbahaya? mereka menjawab
dengan selamba yang mereka cuma berniat utk seronok-seronok aje dan utk makluman semua netters pemandu sebenarnya tidak tahu memandu kereta cuma di waktu itu keadaan terpaksa kerana 4 penumpang yang
lain sedang nyenyak tidur. Kata para saksi selepas saja kejadian berlaku pemandu keluar dari kereta di dalam keadaan melelong dan tidak stabil, daripada mulutnya sudah boleh terhidu arak.

menurut saksi yang juga menghala ke surau, beliau sempat menarik tubuh ayah saya keluar dari parit dan beliau mendapati ayah saya masih bernyawa dan beliau sempat menyuruh ayah saya mengucap dan
ayah terus meninggal dunia setelah mengucap. ayah pergi meninggalkan kami 9 beradik dan 3 cucu. Hari ayah meninggal ialah
hari ayah sepatutnya membawa anak saudaranya menuntut menjadi imam
dan janjinya kepada rakan-rakan masjid untuk mendengar khutbah di masjid yang lain cuma tinggal kenangan sahaja.

wahai para netters, apa yang saya ceritakan di atas adalah yang sebenarnya bukan rekaan semata-mata. sesiapa yang tinggal atau
berasal dari pulau pinang (kawasan bukit jambul) mesti tahu akan cerita malang ini. Pesanan saya ialah sesiapa yang kaki mabuk tu tolonglah insaf dan taubat tika peluang masih ada. kalau tak nak jugak mungkin peristiwa di atas akan berulang lagi dan siapa mangsa seterusnya pulak? lihatlah macamana alkohol boleh membawa maut bukan kepada pemabuk tapi kepada orang lain yang tidak berdosa.

AL-FATIHAH kepada ayah saya, EN RAMLI BIN YAACOB semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.


terima kasih.








Bookmark and Share

    


  Member Information For nurainiProfil   Hantar PM kepada nuraini   Quote dan BalasQuote

samirah
Warga 5 Bintang
Menyertai: 18.11.2003
Ahli No: 5227
Posting: 384
Dari: depan PC

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 29-04-04 14:12




isk..sedihnya cerita dia..betul eh?
semoga roh bapa nya dicucuri rahmat..amiin.



p/s: k.nuraini ske forward cerita sedih dan menginsafkan..syukran.

wassalam

Bookmark and Share

    


  Member Information For samirahProfil   Hantar PM kepada samirah   Pergi ke samirah's Website   Quote dan BalasQuote

Azizie
Warga Rasmi
Menyertai: 12.04.2004
Ahli No: 8353
Posting: 11
Dari: Tranung

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 29-04-04 15:49


Semoga Allah tempatkan mereka dgn golongan2 yg beriman..amin...

Bookmark and Share

    


  Member Information For AzizieProfil   Hantar PM kepada Azizie   Pergi ke Azizie's Website   Quote dan BalasQuote

epal_85
Warga 1 Bintang
Menyertai: 15.12.2003
Ahli No: 5703
Posting: 32
Dari: uia pj

Johor  


posticon Posting pada: 29-04-04 16:40


sedih dan x tau apa nak cakap..mereka sgt rude!

Bookmark and Share

    


  Member Information For epal_85Profil   Hantar PM kepada epal_85   Quote dan BalasQuote

yatim
Warga 1 Bintang
Menyertai: 03.11.2003
Ahli No: 4860
Posting: 22
Dari: perak

Perak  


posticon Posting pada: 03-05-04 02:49


then.. nuraini jadilah harta ayah yang bernilai iaitu anak yg solehah yang selalu mendoakannya.. Insya Allah

Bookmark and Share

    


  Member Information For yatimProfil   Hantar PM kepada yatim   Quote dan BalasQuote

miyuki
Warga 4 Bintang
Menyertai: 18.05.2003
Ahli No: 441
Posting: 249
Dari: Auckland

newzealand   avatar


posticon Posting pada: 03-05-04 07:19


Al-fatihah...

moga tabah menghadapi ujian Allah..

-----------------
~www.salwasaleh.blogspot.com/www.tazkirahonline.blogspot.com~

Bookmark and Share

    


  Member Information For miyukiProfil   Hantar PM kepada miyuki   Pergi ke miyuki's Website   Quote dan BalasQuote

norhanan
Warga 3 Bintang
Menyertai: 11.10.2003
Ahli No: 4218
Posting: 116
Dari: kelantan

Kelantan  


posticon Posting pada: 05-05-04 09:23



'Dari Allah Kita Datang Kepada-Nya Jua Kita Kembali'

AL-FATIHAH

Bookmark and Share

    


  Member Information For norhananProfil   Hantar PM kepada norhanan   Quote dan BalasQuote

fardina
Warga 3 Bintang
Menyertai: 23.12.2003
Ahli No: 5918
Posting: 125
Dari: Melaka

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 09-05-04 01:21




ana nak ucapkan takziah kematian ayah saudara/saudari

al- fatihah


Bookmark and Share

    


  Member Information For fardinaProfil   Hantar PM kepada fardina   Quote dan BalasQuote

liya
Warga 3 Bintang
Menyertai: 08.01.2004
Ahli No: 6308
Posting: 86
Dari: kelantan

Kelantan  


posticon Posting pada: 10-05-04 23:22


Moga2 d cucuri rahmat ke atas roh allahyarham.. amin

Bookmark and Share

    


  Member Information For liyaProfil   Hantar PM kepada liya   Quote dan BalasQuote

hannacool
Warga Rasmi
Menyertai: 05.03.2004
Ahli No: 7771
Posting: 9

Kedah  


posticon Posting pada: 15-05-04 17:24


AMIIN

Bookmark and Share

    


  Member Information For hannacoolProfil   Hantar PM kepada hannacool   Quote dan BalasQuote

nailah_miz
Warga 4 Bintang
Menyertai: 09.04.2004
Ahli No: 8296
Posting: 335
Dari: Universiti Utara Malaysia

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 16-05-04 12:55




"Dari Allah Kita Datang Kepada-Nya Jua Kita Kembali"

Semoga rohnya dicucuri rahmat...

AL-FATIHAH



-----------------
Beramal kerana Allah... :)

Bookmark and Share

    


  Member Information For nailah_mizProfil   Hantar PM kepada nailah_miz   Quote dan BalasQuote

PeNguin
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.04.2004
Ahli No: 8445
Posting: 190
Dari: miri, srwk

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 16-05-04 15:19


assalamualikum
hanyan kata takziah yg dapat diucapkan...harap kak NUrani menjadi Insan yg kuat...
Semoga rohnya dicucuri rahmat...

AL-FATIHAH



Bookmark and Share

    


  Member Information For PeNguinProfil   Hantar PM kepada PeNguin   Pergi ke PeNguin's Website   Quote dan BalasQuote

farabi
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.05.2004
Ahli No: 9005
Posting: 247
Dari: kelana jaya

Pahang  


posticon Posting pada: 17-05-04 16:40



assalamualaikum.....
buat saudariku , tabahkanlah hati dalam menerima ketentuan Ilahi ..Bersamalah kita berusaha untuk menjadi umat islam yang berjaya di dunia dan di akhirat..........

Bookmark and Share

    


  Member Information For farabiProfil   Hantar PM kepada farabi   Pergi ke farabi's Website   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 21-05-04 09:34



BESAR NYE MUSIBAH YG MENIMPA

tak sanggup aye nak mendegarnye.

tp moga Allah mencucuri rahmat kepada ayah awak.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

islamic_gil
WARGA SETIA
Menyertai: 24.02.2005
Ahli No: 14692
Posting: 427
Dari: SATU KAWASAN DI SATU MASA

Selangor  


posticon Posting pada: 01-03-06 14:20


aL-fATIHAH pada arwah...Moga di cucuri rahmat oleh Nya. Sesungguhnya Allah menyayangi umatnya..Amin!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For islamic_gilProfil   Hantar PM kepada islamic_gil   Quote dan BalasQuote

broshahir
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 16.02.2006
Ahli No: 22775
Posting: 3376
Dari: Nibong Tebal

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 01-03-06 14:37


salam takziah dari saya..
setiap yang hidup, pasti akan mati..
semoga Allah mencucuri rahmat ke atas ayah cik hartini..
semoga pelaku salah tersebut segera bertaubat...
dosa meminum arak dah cukup besar...apetah lagi dosa membunuh orang?!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For broshahirProfil   Hantar PM kepada broshahir   Quote dan BalasQuote

narato
Warga 3 Bintang
Menyertai: 14.05.2005
Ahli No: 16524
Posting: 143
Dari: jb...ukm,bangi

Johor  


posticon Posting pada: 01-03-06 14:46


ucapan takziah dr saya.
al-fatihah....semoga rohnye dicucuri rahmat.

Bookmark and Share

    


  Member Information For naratoProfil   Hantar PM kepada narato   Quote dan BalasQuote

arasy
Warga Rasmi
Menyertai: 22.01.2006
Ahli No: 22124
Posting: 18
Dari: alor star

Kedah  


posticon Posting pada: 01-03-06 14:48


Takziah pada keluarga beliau dan AL-FATIHAH untuk arwah.............sesungguhnya arak itu raja segala kejahatan.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For arasyProfil   Hantar PM kepada arasy   Quote dan BalasQuote

tirmidziy02
WARGA SETIA
Menyertai: 17.09.2004
Ahli No: 11209
Posting: 586
Dari: PULAU MUTIARA

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 01-03-06 15:11


Alfatihah.
Baru saya ingat kes ni. memang berlaku dekat rumah saya di bukit jambul.memang sedih sangat2.


-----------------
Mencari Keredhaan Ilahi
Merasa ketenangan Hakiki
Mencuit rasa Rendah Diri
Ya Rabbul Izzati
[ Telah diedit oleh: tirmidziy02 pada 01-03-06 15:11 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For tirmidziy02Profil   Hantar PM kepada tirmidziy02   Pergi ke tirmidziy02's Website   Quote dan BalasQuote

wardatul_syauki
Warga Rasmi
Menyertai: 17.02.2006
Ahli No: 22780
Posting: 18
Dari: tronoh

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 04-03-06 16:20


ampun maaf dari ana sebab ana fwd kisah ini di friendster.. harap mendapat izin empunye diri....

Bookmark and Share

    


  Member Information For wardatul_syaukiProfil   Hantar PM kepada wardatul_syauki   Quote dan BalasQuote

umminajihah
Warga 2 Bintang
Menyertai: 04.09.2005
Ahli No: 18690
Posting: 70

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 04-03-06 18:38


:-( takziah buat Tini. Banyakkan bersabar.. sedalam mana kita sayangkan Dia, ketahuilah bahawa Allah lebih menyayanginya.... al-fatihah.

Bookmark and Share

    


  Member Information For umminajihahProfil   Hantar PM kepada umminajihah   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.104878 saat. Lajunya....