Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 19-04-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Tidak ada sahabat yang setia melainkan kepentingan yang berpanjangan

-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 55
Ahli: 0
Jumlah: 55




  Yang Masuk Ke Sini
Kang: 13 hari yang lalu
lidah-penghunus: 15 hari yang lalu
muslimin23: 23 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: IPT tempatan tak bermutu ???


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» IPT tempatan tak bermutu ???

Please Mendaftar To Post


Oleh IPT tempatan tak bermutu ???

exshahianz
Warga 3 Bintang
Menyertai: 03.01.2004
Ahli No: 6202
Posting: 88
Dari: Selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 28-04-04 07:15


PETALING JAYA 27 April - Kualiti institusi pengajian tinggi (IPT) di negara ini yang meliputi pelbagai aspek perlu dipertingkatkan memandangkan keupayaan universiti tempatan masih lagi ketinggalan berbanding universiti lain di Asia.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Dr. Shafie Mohd. Salleh berkata, sehubungan itu kementerian berkenaan sedang berusaha mempertingkat kualiti pendidikan di IPT tempatan bagi membolehkannya mencapai taraf dunia.

``Kita kena kenal pasti usaha ke arah pendidikan bertaraf dunia itu meliputi apa? Adakah pelajar, pensyarah, institusi mahu pun aspek-aspek lain seperti penyelidikan,'' katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri majlis pelancaran Sidang Kemuncak Pendidikan Malaysia 2004 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di sini hari ini.

Bagi menjayakan matlamat itu, tegasnya, Kementerian Pendidikan Tinggi akan memastikan tidak wujud jurang mutu pendidikan antara sekolah rendah, sekolah menengah dan sehingga peringkat kolej dan seterusnya universiti.

Oleh itu, beliau mahu memastikan matlamat berkenaan dapat dicapai menerusi kerjasama erat antara Kementerian Pendidikan Tinggi dengan Kementerian Pelajaran.

Negara mempunyai 17 institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan 20 institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) selain jumlah kolej swasta yang mencecah bilangan melebihi ratusan.

Shafie memberitahu bahawa beliau telah menerima memorandum daripada IPTA dan IPTS mengenai pelbagai isu berkaitan pengajian tinggi dan perbincangan susulan akan dilakukan.

``Saya sedang meneliti semua memorandum yang dikemukakan,'' katanya.

Mengenai kedudukan universiti tempatan yang jauh ketinggalan berbanding universiti lain di Asia seperti dibangkitkan Abdullah sebelum itu, Shafie berkata, usaha sedang diambil bagi memperbaiki kelemahan itu.

Abdullah dalam ucapan perasmiannya sebelum itu menyentuh mengenai kedudukan universiti terbaik Malaysia yang hanya mampu berada di tangga ke-47 daripada 77 universiti di Asia.

Kedudukan reputasi universiti itu diperoleh berdasarkan `Kajian Penanda Aras Universiti-Universiti Asia 2000 Asiaweek'.

p/s : benar ke?? kalu benar maksudnya graduan malaysia masih blom bersedia utk jadi "global player" dan bersaing dalam era globalisasi nie...

Bookmark and Share

    


  Member Information For exshahianzProfil   Hantar PM kepada exshahianz   Quote dan BalasQuote

samirah
Warga 5 Bintang
Menyertai: 18.11.2003
Ahli No: 5227
Posting: 384
Dari: depan PC

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 29-04-04 00:27


Quote:

``Kita kena kenal pasti usaha ke arah pendidikan bertaraf dunia itu meliputi apa? Adakah pelajar, pensyarah, institusi mahu pun aspek-aspek lain seperti penyelidikan,'' katanya.




saya pun terfikir..kalau hendak bersaing dengan hebat dengan universiti lain..apa kriteria yang pelajar2 di malaysia perlukan?..hmm..mestilah belajar betul2..pas tu?
tentulah peranan institusi pendidikan memainkan peranan yang terpenting sekali.
saya rasa tak jugak..belajar kat universiti mana2 pun sama..yang penting kita menimba ilmu dengan seikhlas hati..betul tak?..

wrwb

Bookmark and Share

    


  Member Information For samirahProfil   Hantar PM kepada samirah   Pergi ke samirah's Website   Quote dan BalasQuote

teman_siber
WARGA SETIA
Menyertai: 18.06.2003
Ahli No: 1493
Posting: 644
Dari: Kuala Lumpur

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 30-04-04 14:55




rasenye kewujudan IPT yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan jugak berkemungkinan salah satu faktor IPTA/S kat malaysia mengeluarkan produk 'kurang bermutu'. yer laa walaupun saingan bayak, semestinya institusiĀ² akan bersaing utk mengeluarkan graduan yang berkualiti. tapi apa yang dapat diperhatikan sekarang kebanyakan IPT khususnya IPTS berebutĀ² utk mendapatkan pelajar belajar di institusi mereka. bila dah ramai sangat penumpuan kurang. ye la, kalau dalam sesuatu kelas ramai pelajar, camner nak tumpu. tapi pelajar itu sendiri perlu berusaha jugak kalau nak jadikan dirinya 'berkualiti' yer tak... sekadar pandangan...

Bookmark and Share

    


  Member Information For teman_siberProfil   Hantar PM kepada teman_siber   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.113767 saat. Lajunya....