Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 19-04-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Kejayaan sebenar adalah terletak pada tidak pernah jatuhnya seseorang....tetapi manusia mana yang tidak pernah melakukan kesalahan. Oleh itu kejayaan yang sebenar-benarnya adalah kesanggupan tegak kembali pada setiap kali jatuh...
-- Seminar

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 53
Ahli: 0
Jumlah: 53




  Yang Masuk Ke Sini
Kang: 13 hari yang lalu
lidah-penghunus: 15 hari yang lalu
muslimin23: 23 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: ROTAN; Jawapan Kepada Masalah Jenayah Remaja ??


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» ROTAN; Jawapan Kepada Masalah Jenayah Remaja ??

Please Mendaftar To Post


Oleh ROTAN; Jawapan Kepada Masalah Jenayah Remaja ??

exshahianz
Warga 3 Bintang
Menyertai: 03.01.2004
Ahli No: 6202
Posting: 88
Dari: Selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 28-04-04 06:58


PETALING JAYA 27 April - Kementerian Pelajaran bersedia mengkaji cadangan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) yang mahukan kuasa guru disiplin termasuk merotan diperluaskan kepada semua guru.

Menterinya, Datuk Hishammuddin Tun Hussein berkata, cadangan NUTP dalam usaha menangani masalah buli, gengsterisme dan ponteng sekolah itu, walaupun bukan perkara baru, tetapi tetap akan diputuskan secara kolektif oleh jawatankuasa disiplin peringkat kementerian.

``Yang lebih penting sekarang ialah saya hendak cadangan baru yang lebih konkrit untuk mengatasi masalah ini,'' katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri pelancaran Sidang Kemuncak Pendidikan Malaysia 2004 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di sini hari ini.

Hishammuddin mengulas laporan muka depan Utusan Malaysia hari ini yang memetik kenyataan Presiden NUTP, Ismail Nihat menggesa Kementerian Pelajaran memperluaskan kuasa guru disiplin itu.

Menurut Ismail, perluasan kuasa itu mampu meningkatkan kesungguhan guru untuk bekerjasama membanteras masalah samseng atau buli dan seterusnya menggerunkan pelajar bermasalah disiplin daripada terus terbabit dengan gejala sedemikian.

Hishammuddin yang mengalu-alukan segala cadangan daripada pelbagai pihak, berkata isu merotan adalah sebahagian daripada perkara yang bakal diputuskan oleh pihaknya nanti.

``Saya mengalu-alukan pandangan-pandangan sebegini dan kita akan pertimbangkan,'' jelasnya.

Menurut beliau, mesyuarat Jawatankuasa Disiplin yang sepatutnya diadakan hari ini telah ditunda bagi membolehkan lebih banyak pandangan dapat dikumpul oleh pihak kementerian.

Beliau juga berkata, Kementerian Pelajaran menerima 333 aduan daripada pelbagai pihak mengenai masalah-masalah di sekolah sejak talian khas diperkenalkan bulan lepas.

Sebanyak 193 aduan diterima melalui hotline, 124 melalui e-mail dan 16 melalui faksimile.

Daripada jumlah itu, sebanyak 142 membabitkan salah laku pelajar, 90 mengenai masalah pengurusan sekolah dan 101 berhubung pandangan dan pertanyaan orang ramai.

``Sebenarnya jumlah ini bukanlah terlalu besar sehingga menggambarkan isu ini terlalu berat dan tidak boleh ditangani,'' jelasnya.

Sehubungan itu, poster mengenai bagaimana aduan boleh disalurkan kepada kementerian akan ditampal di sekolah-sekolah di seluruh negara agar pelajar dan guru tampil memberikan maklumat tanpa rasa bimbang.

Dalam pada itu, Hishammuddin berkata, pembelajaran Bahasa Arab secara pilihan di beberapa buah sekolah kebangsaan sekarang bertujuan menyediakan pilihan terbaik untuk kaum Melayu yang mahukan anak-anak mereka mendalami agama Islam dengan baik.

Beliau bagaimanapun menolak sama sekali andaian pengajaran Bahasa Arab boleh menimbulkan ancaman puak pelampau.

``Yang pentingnya ialah Bahasa Arab untuk mengajar tentang maksud sebenar Islam, bukan sebagai alat politik,'' katanya menjawab soalan seorang wartawan agensi berita asing.

Sabtu lalu, Hishammuddin mengumumkan semua murid beragama Islam di sekolah rendah seluruh negara wajib belajar Jawi, al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain mulai tahun

Keputusan itu dicapai dalam usaha memperkukuhkan pendidikan Islam menerusi sistem persekolahan negara


Bookmark and Share

    


  Member Information For exshahianzProfil   Hantar PM kepada exshahianz   Quote dan BalasQuote

Engku_Salina

Menyertai: 13.05.2003
Ahli No: 5
Posting: 462
Dari: Terengganu - KL

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 28-04-04 10:53




Rotan bknnya jawapan atau penyelesaiaan kpd masalah remaja... ianya perlu sbg salah satu cara utk mendisiplinkan para remaja... mencegah lebih baik drpd mengubati... so, remaja ini perlu didik dgn cara hidup islam yg sebenar... jgn biar remaja rosak dulu, lepas tu baru sibuk nak tangani masalah tu... punca utama masalah sosial dan jenayah dikalangan remaja ialah pengabaian dlm aspek agama... so, aspek agama perlu diberi penekanan...

-----------------
Hai org-org yang beriman, jika datang kpdmu org fasik membawa suatu berita maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui kdaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu. (Al-Hujurat

Bookmark and Share

    


  Member Information For Engku_SalinaProfil   Hantar PM kepada Engku_Salina   Pergi ke Engku_Salina's Website   Quote dan BalasQuote

Engku_Salina

Menyertai: 13.05.2003
Ahli No: 5
Posting: 462
Dari: Terengganu - KL

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 28-04-04 12:00


Hukuman rotan terbukti berkesan beri keinsafan kepada pelajar

KUALA LUMPUR 27 April - Hukuman merotan pelajar yang melanggar disiplin terbukti mempunyai kesan positif mencetuskan keinsafan apabila ada di antara mereka berjaya dalam hidup sehingga menjadi warga korporat dan golongan profesional.

Perkara ini didedahkan oleh Pengerusi Persatuan Pengetua Zon Bangsar, Nordin Yaman yang memberitahu bahawa hukuman itu sebenarnya bukan bermaksud mendera tetapi menyedarkan pelajar terhadap kesalahan yang dilakukan.

Beliau ketika dihubungi di sini hari ini berkata, ada bekas pelajarnya yang pernah dikenakan hukuman seperti itu datang semula kepadanya dan mengucapkan terima kasih kerana telah merotan mereka.

``Bekas pelajar saya itu kini menjadi ahli korporat serta golongan profesional dan mereka datang untuk memberitahu bahawa mereka berjaya kerana hukuman itu telah menginsafkan mereka,'' katanya.

Muka depan Utusan Malaysia hari ini menyiarkan gesaan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) supaya Kementerian Pelajaran memperluaskan kuasa guru disiplin kepada semua guru termasuk merotan dalam usaha menangani masalah buli, gengsterisme dan ponteng sekolah.

Presiden NUTP, Ismail Nihat dilaporkan berkata, pemberian kuasa tersebut mampu meningkatkan kesungguhan para guru untuk bekerjasama membanteras masalah disiplin di sekolah.

Mengulas lanjut, Nordin yang pernah menjadi guru disiplin dan telah menceburi bidang perguruan lebih 20 tahun berkata, dahulu hukuman rotan dilakukan hanya ke atas pelajar yang telah mengaku salah dan dengan syarat ia tidak mencederakan mereka.

Bagaimanapun jelasnya, keadaan sekarang berbeza disebabkan sesetengah ibu bapa yang mempertikaikan tindakan guru apabila anak-anak mereka dirotan.

``Namun saya tidak nafikan ada juga ibu bapa termasuk mereka yang berkedudukan tinggi datang menemui pengetua dan meminta agar anak mereka yang melakukan kesalahan, dirotan,'' katanya.

Ketika mengulas mengenai tugas sebagai guru disiplin, Nordin menyatakan ia bukan tugas yang mudah kerana terpaksa berhadapan dengan kerenah pelajar.

``Guru disiplin juga menghadapi risiko seperti dipukul sekiranya pelajar tidak berpuas hati dengan tindakan yang dikenakan ke atas mereka selain ada juga yang berani membakar motosikal guru.

``Pelajar ini menjadi samseng kerana ingin menunjukkan kekuatan dan jika tidak dihukum, mereka akan berani melakukan perbuatan di luar dugaan,'' katanya.

Sumber : Utusan Online


Live needs sacrifice, Sacrifice needs fight, Fight needs courage, Courage needs confidence, Confidence determine success, Success lead us to happiness...



[ Posting ini telah di edit oleh: Engku_Salina pada 2004-04-28 12:05 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For Engku_SalinaProfil   Hantar PM kepada Engku_Salina   Pergi ke Engku_Salina's Website   Quote dan BalasQuote

muslimin23
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 678
Posting: 3086
Dari: ~senawang ~ dublin ~ kl~

iran   avatar


posticon Posting pada: 28-04-04 12:09


emmmm.............

kalau rotan salah satu penyelesaian..mengapa ramai lagi pelaja terlibat dalam masalah sosial....

apa yang harus kita ubah ialah dari segi minda mereka...bukan dengan penyiksaan..

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimin23Profil   Hantar PM kepada muslimin23   Pergi ke muslimin23's Website   Quote dan BalasQuote

zaidharisah
Warga 2 Bintang
Menyertai: 18.03.2004
Ahli No: 8057
Posting: 65
Dari: bangi

Selangor  


posticon Posting pada: 28-04-04 12:43


saya sungguh bersetuju kalau rotan dibenarkan semula oleh pihak kementerian. memang betul mencegah lebih baik drpd mearawat, so, cara nak mencegah dgn menggunakan rotan la. selain aspek agama yg perlu diberi perhatian khusus, merotan jugak merupakan satu mekanisme utk mendisplinkan remaja skrg. yg menjadi masalah skrg ialah, adakah ibubapa sanggup menerima perkara ni dgn terbuka? itu shj.

Bookmark and Share

    


  Member Information For zaidharisahProfil   Hantar PM kepada zaidharisah   Pergi ke zaidharisah's Website   Quote dan BalasQuote

JoshuaIsfahan
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 701
Posting: 1577
Dari: Damansara

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 30-04-04 15:14


My mom's once said,kalau boleh cucuh ngan ubat nyamuk kat budak nakal2 ni,memang dah lama dia dah buat,dan kalau ada pil jadi baik,lama dia dah beli.......bukannya mudah nak ajar budak sekolah sekarang jadi baik....nakalnya bukan main...rotan takkan memberi apa2 kesan yg mudarat pun....ia hanya satu medium untuk menjadikan mereka serik apabila disebat dihadapan pelajar2 lain terutama mana yg ada awek tu.....
Buat masa ni,rotan boleh membantu,tanyalah mana2 guru yg naik meluat bila ibu bapa selalu ingat anak mereka terlalulah baik...adik saya nakal...selalu bergendang dlm kelas bila cikgu mengajar sejarah,katanya nak hilangkan ngantuk,dan sometimes dia cabut kelas ......main lastik kertas,bawa mercun baling kat mana2 perempuan yg bermulut murai dan tiung...
Bila dah kena rotan..baru rasa insaf dan malu...dan serik sedikit.....sebelum ni rasanya dia dah masuk kaunseling lebih 5 kali tapi tak jalan,bila dah kena rotan..baru sedar..sebab tu muat masa rotan cukup praktikal.....kalau ada hanger baju lagi baik,saya takde halnya kalau adik saya kena sebat atau dihangerkan,asalkan tak masuk ICU....jika dia nakal....

Bookmark and Share

    


  Member Information For JoshuaIsfahanProfil   Hantar PM kepada JoshuaIsfahan   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.11647 saat. Lajunya....