Oleh |
Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang: Kisah Di sebalik Radikalnya?? |
mamat_com
Warga 3 Bintang Menyertai: 10.04.2004 Ahli No: 8315
Posting: 141
Dari: pendalaman sarawak
|
Posting pada: 25-04-04 00:27
Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang: Kisah Di sebalik Radikalnya?? TG haji hadi atau ayah chik ini selalunya dilabelkan oleh media massa sebagai radikal dan ekstrem...pemimpin ini dikatakan gemar kafir-mengkafir dan tiada toleransi..Tuan guru haji hadi adalah salah seorang ideolog pas yang menyuntikkan roh Islam murni ke dalam pas setelah sekian lama ditepukan oleh idea nasionalisme-islam... Dilahirkan pada tahun 1947 di kampung rusila...dididik oleh ayahnya haji awang, ulama setempat lulusan pondok....asas pengajian beliau adalah kitab pondok yang diajar di masjid rusila....pada tahun 1955 bersekolah rendah di sekolah rendah rusila....pada tahun 1961 memasuki sekolah arab marang dan seterusnya ke sekolah menengah agama zainal abidin, batu burok....tahun 1969 belajar di universiti Islam madinah dalam bidang syariah setelah berjaya mendapat biasiswa kerajaan saudi...pada tahun 1974-1976, mengambil master dalam bidang siasah syariah di universiti al azhar....beliau dididik oleh pemimpin ikhwan seperti said hawwa.... Kebiasaannya orang menuduh tuan guru haji hadi adalah punca penularan amalan kafir mengkafir terutamanya amanat haji hadi yang telah dipopularkan oleh media massa bn pada tahun 1980an....polemik kafir-mengkafir ini bermula selepas kewafatan Rasulullah...pimpinan gerakan islam seperti ikhwanul muslimin dan jamaati islam dituduh mengkafirkan orang...sebenarnya bukan dasar pas mengkafirkan orang....walaubagaimana pun tidak dinafikan ada tokoh-tokoh pas yang mengkafirkan orang atas sifat peribadi tokoh itu sendiri....yang celakanya, kebanyakan tokoh pas yang suka mengkafirkan orang inilah yang memasuki umno setelah membusukkan pas...sebenarnya tuduhan kafir boleh dinyatakan dengan hujah yang kuat dan tidak bersifat peribadi (contoh, tanpa sebutan nama) tapi tidak digalakkan. Oleh kerana tuan guru belajar di madinah dituduh pula ekstrem dan radikal yang terpengaruh dengan aliran wahabi.....tetapi mereka tidak tohmah ulama umno yang belajar Islam di UK dan USA...negara orang kafir dan orientalis....tak kafir atau orientalis kah mereka??? Sebagai murid tuan guru dalam kuliah mingguan Jumaat nya, saya cukup memahami beliau..ceramah politik dibezakan dengan kuliah agama...mungkin kelantangannya menyebabkan orang menuduhnya ganas dan radikal...sebenarnya saya mengakui beliau sangat keras dari segi pendirian Islam terutamanya yang berkaitan akidah.....hudud, kuasa politik islam....semua ini berkaitan dengan akidah..... persoalan akidah sememang tiada kompromi dalamnya....sebenarnya beliau tidak seradikal yang kita sangka.....kalau tak percaya datang kuliah Jumaatnya....yang radikal adalah media massa yang meradikalkannya.......dr. mahathir dan anwar ibrahim juga pernah ditohmah radikal...bahkan dr. Mahathir adalah ultra-nasionalis melayu yang ditakuti oleh cina dan antara tokoh kospirasi kejatuhan tunku.. p/s: untuk pengetahuan pembaca, penulis bukan ahli pas tetapi pencari ilmu dan seorang pengamat di majlis ilmu....selain masjid rusila...penulis juga mengunjungi madrasah Merbau patah, kuala terengganu dan madrasah kubang bujok, pusat tabligh kedua terbesar selepas sri petaling, kuala lumpur... marilah kita memenangkan islam..... mamat.com 24.04.04
|
SrikandiSejati
Warga 3 Bintang Menyertai: 12.04.2004 Ahli No: 8352
Posting: 110
Dari: Malaysia
|
Posting pada: 25-04-04 01:14
memang kita tak menyebelahi mana2 pihak... saya setuju dengan pendapat awak.. kita patut lihat seseorang itu dari hati, bukan dari rupa... betul tak??
|
Alqathrunnada
Warga Rasmi Menyertai: 18.04.2004 Ahli No: 8474
Posting: 17
Dari: KuAntAn
|
Posting pada: 09-05-04 22:13
 ...... Betul tu....ana kenal sangat ngan Tuan Guru Haji Abdul Hadi ni....dia seorang ulama' yg diiktiraf oleh dunia...maka kita jangan menafikan segala ilmu yg beliau ada....begitu juga dengan Tuan Guru Haji Nik Aziz Nik Mat....Haji Hadi juga pernah menjadi Pengerusi Para Ulama' sedunia semasa mengadakan sidang Fatwa maka seketika dahulu.... Maka mari kita sama2 fikirkan dimana letaknya kita ni di sisi Allah padahal kita hanya hamba biasa sahaja berbanding dengan Para Ulama' seperti beliau...jangan lah kita anggap penglibatan beliau di dalam politik sebagai satu kritikan pada beliau...dan kita jangan lupa bahawasanya di dalam Islam juga ada politik.... InsyaAllah...moga2 kehiduypan kiat didunia ini diredhoi oleh Allah S.W.T di dalam menegakkan agama (ad-din) di muka bumi ini.... Takbirullah........ALLAHUAKBAR! -wassalam-
|
mamat_com
Warga 3 Bintang Menyertai: 10.04.2004 Ahli No: 8315
Posting: 141
Dari: pendalaman sarawak
|
Posting pada: 12-05-04 12:00
|
Ibnu_muaz
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 30.09.2003 Ahli No: 3883
Posting: 349
|
Posting pada: 12-05-04 12:10
 , Memang tidak dinafikan kewibawaan Tuan Guru dan ana pernah dengar daripada kuliah Tuan Guru Nik Aziz yang Tuan Guru Haji Hadi telah beberapa kali mimpi berjumpa dengan Rasulullah SAW. Takbir!!!
|
nuraini
WARGA SETIA Menyertai: 02.07.2003 Ahli No: 1900
Posting: 1110
Dari: ***Anti-KekejamaN WaNiTa***
|
Posting pada: 12-05-04 12:17
Ana bangga dengan YB TUAN GURU HJ ABDUL HADI AWANG..... hanya orang-orang yg tahu and kenal saje yg tahu siapa dia sebenarnya......pastinya orang yg selalu pergi Kg Rusila yg biasa dengar ceramah dari beliau akan mengenalinya dgn lebih dekat lagi..... ana dulu sewaktu masih berada kat kampung bila tibanya hari jumaat memang tak pernah ketinggalan lah duk dengar ceramahnyer... alahai rindu pulaks kat kampung halaman.... yess.....Terengganu Kiter.... ...tetap hijau biarpun di dalam kebiruan...
|
zaidharisah
Warga 2 Bintang Menyertai: 18.03.2004 Ahli No: 8057
Posting: 65
Dari: bangi
|
Posting pada: 06-07-04 11:21
inilah pemimpin masa depan m'sia, insyaalah. m'sia dahagakan pemimpin yg sebegini... masa akan menentukan dan kita sebagai rakyat sabar menempuh dugaan krn kemengan islam tidak semudah yg disangka, perlu melalui jln yg penuh berliku. TAKBIR!!!
|
AINURZINNIRAH
Warga Rasmi Menyertai: 26.06.2004 Ahli No: 9685
Posting: 20
Dari: PULAU PINANG
|
Posting pada: 06-07-04 13:16
tapi sayangnya ramai yg menghina janggut ulama ni
|
waaz04
Warga 4 Bintang Menyertai: 05.02.2004 Ahli No: 7020
Posting: 205
Dari: pahang
|
Posting pada: 06-07-04 14:25
Tuan Guru Haji Abdul Hadi sah merupakan ulamak dan umarak yang sukar dicari ganti. p/s kenal beliau
|
mamat_com
Warga 3 Bintang Menyertai: 10.04.2004 Ahli No: 8315
Posting: 141
Dari: pendalaman sarawak
|
Posting pada: 06-07-04 23:50
|
yeop
Warga 4 Bintang Menyertai: 21.05.2004 Ahli No: 9097
Posting: 199
Dari: Aalen
|
Posting pada: 07-07-04 00:36
Jauh jugak kalau nak pi masjid kg rusilla ni.Tapi sesapa yg betul2 nak denga kuliah jumaat Tuan Guru Haji Hadi ni...jom kita pi dengaq di.. laman web ni insyaAllah semua...jom ----------------- 
\Mudah-mudahan kita terdiri dikalangan golongan abdan syakura.
|
waaz04
Warga 4 Bintang Menyertai: 05.02.2004 Ahli No: 7020
Posting: 205
Dari: pahang
|
Posting pada: 08-07-04 17:57
PENGAKUAN!!! SELEPAS SAYA POSTING MENGENAI TUAN GURU HAJI HADI...MALAM TU GAK SAYA MIMPI SAYA BERSALAMAN DENGAN BELIAU..DAN MENCIUM PERUT BELIAU....BELIAU SENYUM DAN MENYAMBUT MESRA KEHADIRAN SAYA. DEMI ALLAH DAN RASUL SAYA TIDAK BERBOHONG....TERPULANGLAH NAK TAFSIR MACAM MANA..SAYA HANYA NYATAKAN APA YANG BERLAKU. SAYA RASA BAHAGIA DENGAN MIMPI TERSEBUT.
|
alea13
WARGA SETIA Menyertai: 05.01.2004 Ahli No: 6228
Posting: 1483
Dari: melaka
|
Posting pada: 08-07-04 19:31
sokong tu.. dlm bab akidah tiada kompromi.. perlu pd ketegasan..
|
ansarullah
Warga 3 Bintang Menyertai: 23.07.2004 Ahli No: 10247
Posting: 110
Dari: Rusila
|
Posting pada: 30-11-04 13:33
Quote:
| On 2004-04-25 00:27, mamat_com wrote: Dilahirkan pada tahun 1947 di kampung rusila...dididik oleh ayahnya haji awang, ulama setempat lulusan pondok....asas pengajian beliau adalah kitab pondok yang diajar di masjid rusila....pada tahun 1955 bersekolah rendah di sekolah rendah rusila....pada tahun 1961 memasuki sekolah arab marang dan seterusnya ke sekolah menengah agama zainal abidin, batu burok....tahun 1969 belajar di universiti Islam madinah dalam bidang syariah setelah berjaya mendapat biasiswa kerajaan saudi...pada tahun 1974-1976, mengambil master dalam bidang siasah syariah di universiti al azhar....beliau dididik oleh pemimpin ikhwan seperti said hawwa.... 24.04.04
|
| fakta di atas tepat!!beliau telah berjaya melepasi tarbiyyah dari ikhwan muslimin semasa belajar di mesir...seorang lagi UStaz harun taib..
|