Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 21-09-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Kejayaan sebenar adalah terletak pada tidak pernah jatuhnya seseorang....tetapi manusia mana yang tidak pernah melakukan kesalahan. Oleh itu kejayaan yang sebenar-benarnya adalah kesanggupan tegak kembali pada setiap kali jatuh...
-- Seminar

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 29
Ahli: 0
Jumlah: 29




  Yang Masuk Ke Sini
HIKAL: 1 hari, 7 jam, 27 minit yang lalu


Sirah dan Tokoh Islam
Topik: Tuan Guru haji Nik Aziz Nik Mat: Kontroversi dalam berbahasa??


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Sirah dan Tokoh Islam
    »» Tuan Guru haji Nik Aziz Nik Mat: Kontroversi dalam berbahasa??

Please Mendaftar To Post


Oleh Tuan Guru haji Nik Aziz Nik Mat: Kontroversi dalam berbahasa??

mamat_com
Warga 3 Bintang
Menyertai: 10.04.2004
Ahli No: 8315
Posting: 141
Dari: pendalaman sarawak

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 22-04-04 00:29


Tuan Guru haji Nik Aziz Nik Mat: Kontroversi dalam berbahasa??

TG haji Nik Aziz masih hidup...oleh itu artikel ini ditulis setakat hidupnya tuan guru pada hari tulisan ini ditulis....21.04.2004 dan terfokus berkaitan kontroversi dalam konteks berbahasa beliau. Apabila TG nik aziz bercakap maka timbullah kontroversi.....si tua ni selalu bercakap sesuatu hujah di luar lingkaran keintektualan masyarakat malaysia dan mengelirukan rakyat bawahan....Tuhan samseng, tuhan mencarut, sokong pas masuk syurga(betul ke??), ulama barua dan banyak lagi bahasa yang kontroversi....begitulah hebatnya tuan guru nik aziz bermain mantiq dan kiasan...secara peribadi, saya tidak menyukai dengan mainan kata tuan guru kerana audien yang tidak mempunyai ilmu yang kuat dan yang tidak faham akan membuat tafsiran negatif dan ia akan memudahkan pihak musuh memanipulasi kata-kata beliau sebagai isu.... kenapa si tua ini selalu membuat kenyataan kontroversi??(media massa memainkan peranan besar mengkontroversikannya)...marilah kita mengenali tuan guru....
Tuan guru merupakan anak kepada tuan guru nik mat dilahirkan pada tahun 1931 di kampung pulau melaka, kelantan..pada tahun 1936, dihantar belajar ke sekolah kebangsaan kedai lalat....selepas itu ke pondok tok kenali....pada remajanya beliau blajar di pondok haji abas, besut....pada tahun 1952, beliau ke Universiti Darul ulom, deoband, india dan belajar di bawah pancaran ilmu pakar hadis di india maulana husain ahmad al madani..tamat pada tahun 1957 dan tahun berikutnya ke Lahore, pakistan untuk mempelajari ilmu tafsir al quran...selepas itu mengambil sarjana muda bahasa dan sastera arab di azhar, mesir...dan melanjutkan ke peringkat sarjana dalam bidang perundangan Islam...selepas itu tuan guru menyambung diploma tetapi terpaksa pulang ke tanah air pada tahun 1962 kerana terlalu rindukan keluarga....
Bagi menyiasat kontroversi yang timbul, seharusnya kita mengetahui pengalaman dan pendidikan tuan guru....pertama tuan guru pernah mengambil ijazah bahasa dan sastera arab dan pernah belajar di benua india yang terkenal dengan kawasan nilaian syair yang bermutu tinggi dalam bahasa seperti urdu atau parsi...sebab itu manusia melayu selalu lentok(bahasa t’ganu) mendengar lagu hindustan....permainan bahasa(dibantu oleh media musuh) inilah menyebabkan tuan guru dilanda kontroversi....bahasa perlu difahami mengikut keadaan, kawasan linguistik dan ilmu seseorang penyampainya....contoh apabila tuan guru bercakap di kelantan...audiennya ore(bahasa kelantan) kelate memahaminya tetapi semestinya manusia johor termasuk melayu johor sendiri tidak memahami penggunaan kata orang kelantan....maka berlakulah silap faham yang ditambah negatifkan oleh media massa yang keparat...
Begitulah secangkir diari kehidupan tuan guru dengan kontroversi bahasanya......moga Allah memanjangkan usia beliau dan dirahmati serta dikekalkan hidayah kepada tuan guru.....(semoga Allah mengampuniku)

Mamat.com
21.04.04


Bookmark and Share

    


  Member Information For mamat_comProfil   Hantar PM kepada mamat_com   Pergi ke mamat_com's Website   Quote dan BalasQuote

aymannur
Warga 4 Bintang
Menyertai: 04.06.2003
Ahli No: 1022
Posting: 212
Dari: irbed

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 10-06-04 19:04


sekadar teguran..tak perlu sebut si tua..sebut sajalah TG.

Hal ni sama juga dengan ayat2 al-Quran....org yg tiada ilmu tidak boleh tafsirkan al-Quran..ayat al-Quran ada menggunakan kiasan(balaghah) dan ada juga yang nyata. Org berilmu saja boleh tafsirkan ayat al-Quran.

Bagi saya, org yg tiada ilmu tidak patut terus melabelkan seseorang dgn sesuka hati...jika kita tahu seseorang itu seorang yg suka bermain bahasa, maka apa yg dikatakan tidak semestinya direct...siasat dahulu...

Sbb itu, kita mesti hormat org yg berilmu dan lebih tua....bukan senang nak dapat ilmu...dan org tua-masa yg lama bukannya tak terisi..pasti pelbagai pengalaman yg dirasai..pengalaman selalunya mematangkan fikiran..

Sebelum ini, saya memang kurang prihatin dgn nasihat `menghormati org yg lebih tua' ...tapi sekarang baru saya sedar dan faham.

wallahua`lam

-----------------
jangan matikan hatiku sebelum kematianku

Bookmark and Share

    


  Member Information For aymannurProfil   Hantar PM kepada aymannur   Quote dan BalasQuote

Islamic_prince88
WARGA SETIA
Menyertai: 25.05.2004
Ahli No: 9164
Posting: 587

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 10-06-04 19:26


ERmMm bagi saya kata kata TG tue tak de lah sukar sgt utk dipahami,saya rasa sapa yg mudah memahami tue pasti dapat faham apa yg TG nak sampaikan.

tapi pelek..asal isu bahasa plak yg dikecoh kecohkan ek skrg nih..

kenapa x kecoh isu rasuah...kenapa x kecoh isu salah gune amanah...kenapa x kecoh kekejaman..
dll

manusierr manusier..ahehe

wallahualam..

Bookmark and Share

    


  Member Information For Islamic_prince88Profil   Hantar PM kepada Islamic_prince88   Pergi ke Islamic_prince88's Website   Quote dan BalasQuote

SystemOfAdown
Warga 4 Bintang
Menyertai: 18.04.2004
Ahli No: 8466
Posting: 160
Dari: Selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 15-06-04 12:54


Memang Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat orang tua. Tapi dia bukan orang tua kutuk. Dia bukan seperti sesetengah orang tua kutuk yang di masa mudanya minum arak sampai boroi perut dan di masa tuanya berkhalwat di hotel bersama seorang penyanyi perempuan. Apabila hendak didakwa, gunakan kuasa dan pengaruhnya untuk memutar belit fakta. Bila dah tua, sibuk hendak memimpin pertahanan dan pendidikan negara. Ini baru orang tua kutuk. Ataupun orang tua kutuk yang menyebut "Tujuan menutup aurat ialah kerana di zaman Nabi, Arab Jahiliyyah mempunyai nafsu yang kuat sehingga sering menculik dan merogol wanita daripada kabilah-kabilah lain. Akibatnya ialah peperangan antara mereka yang tidak pernah tamat". Dan lagi menyebut ""Sapa tau janggut Nabi macam mana? Sapa biasa tengok janggut nabi, ada gambar? Kita tak tau. Ada pulak yang kata janggut mesti sampai ke pusat. Ada yang special sikit macam tu! (ketawa). Apakah kita nak jadikan ini ukuran agama Islam kerana kita berjanggut maka kita Islam. Kononnya Sunnah Nabi. Kita tak tau. Kita tak tau sebenarnya macam mana janggut dia (Nabi) (menahan ketawa). Di zaman itu nak cukur pun mudah ke? Dia bukan ada Gillette. Zaman nabi ada Gillette ke, tak dak. Pisau cukur pun tak dak masa tu. Jadi masalah macam mana nak cukur masa tu. Lepas itu, dia berjalan sana sini naik unta. Bukan nak dapat air banyak...(di) padang pasir". Ini cakap-cakap orang tua kutuk.
Lagi satu, kita ini hidup ada sistem. Dan Allah menjadikan manusia itu berbeza-beza, ada di antaranya diangkat tinggi kerana ilmunya. Maka tidak wajar memanggilnya orang tua. Begitu jugak Nabi Muhammad S.A.W, kita tidak kata Rasulullah mampus, tetapi wafat. Kita hormat dia. Takkan saya hendak berbahasa dengan Encik Mamat seperti ini:

"Apa la lu mamat, panggil Tuan Guru orang tua, lu ingat lu siapa, lu ingat lu bagus sangat. Wa orang karen pun tak panggil Tuan Guru camtula. Lu ingat lu siapa, orang seni ke? Macam Shahnon ke? Lu ingat lu intelektual sangat? Kalau lu berani, lu panggil la bos lu orang tua, kasi tengok sikit."

Tentu sekali saya tidak boleh bercakap begitu.
Tuan Guru memang orang tua, tapi perjuangannya tetap muda dan gagah di muika bumi ini. Insya Allah. Allahuakbar!

Bookmark and Share

    


  Member Information For SystemOfAdownProfil   Hantar PM kepada SystemOfAdown   Pergi ke SystemOfAdown's Website   Quote dan BalasQuote

nuraini
WARGA SETIA
Menyertai: 02.07.2003
Ahli No: 1900
Posting: 1110
Dari: ***Anti-KekejamaN WaNiTa***

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 15-06-04 12:57



Em....Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat...
My Idola...



Bookmark and Share

    


  Member Information For nurainiProfil   Hantar PM kepada nuraini   Quote dan BalasQuote

mamat_com
Warga 3 Bintang
Menyertai: 10.04.2004
Ahli No: 8315
Posting: 141
Dari: pendalaman sarawak

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 15-06-04 23:28


tima kasih daun keladi....


Bookmark and Share

    


  Member Information For mamat_comProfil   Hantar PM kepada mamat_com   Pergi ke mamat_com's Website   Quote dan BalasQuote

simba
Warga 4 Bintang
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 184
Posting: 251
Dari: BAnGi

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 15-06-04 23:41


Tuan guru best..tengok tenangjer..x macam ade pemimpin yang lain..pasal isu permit teksi,dah gelabah semacam..

Bookmark and Share

    


  Member Information For simbaProfil   Hantar PM kepada simba   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 23-06-04 19:41


ape ckp mcm tu.....tuk guru ulamak yang terbaik setakat ni..selaku umara....bahkan dia mengambil aliran bahasa arab dan sastera di peringakat BA beliau....kalau nak \tahu bagaimana susahnyanya aliran tersebut..cuma tanya ustaz2yang lepasan al-azhar aliran tersebut...lepas tu...ade pulak org kate dia tak pandai berbahsa...ape lagi yang salah bagi beliau???bahasa beliau cuma org yang jahil jer yang tak tahu apo maksudnya....tetap[i kalau org yang berilmu amat pasti mereka mengetahui maksud tersurat dan tersirat pada pertuturanya..samaada dia sebagai ulamak dan juga sebagai umara..wassalam

Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

Jundullah_Al_Asad
Warga 3 Bintang
Menyertai: 20.05.2003
Ahli No: 623
Posting: 93
Dari: Daerah Perjuangan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 23-06-04 20:53


" Adakah sama orangĀ² yang mengetahui dengan orangĀ² yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orangĀ² yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orangĀ² yang berakal sempurna " - Az Zumar 9

maaf.. ana tidak setuju dgn word 'orang tua'.. hormatilah orang lain supaya kita dihormati makhluk dan AL KHALIQ...

wallahu'alam

-----------------
"Dan berJIHADlah pada JALAN ALLAH dengan sebenar-benar JIHAD"

"Dan janganlah kamu menyangka sesiapa yang terbunuh pada JALAN ALLAH itu mati. Bahkan mereka terus hidup di sisi TUHAN mereka dan diberi rezeki"

Bookmark and Share

    


  Member Information For Jundullah_Al_AsadProfil   Hantar PM kepada Jundullah_Al_Asad   Quote dan BalasQuote

mamat_com
Warga 3 Bintang
Menyertai: 10.04.2004
Ahli No: 8315
Posting: 141
Dari: pendalaman sarawak

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 26-06-04 23:19


terima kasih



Bookmark and Share

    


  Member Information For mamat_comProfil   Hantar PM kepada mamat_com   Pergi ke mamat_com's Website   Quote dan BalasQuote

alea13
WARGA SETIA
Menyertai: 05.01.2004
Ahli No: 6228
Posting: 1483
Dari: melaka

Melaka  


posticon Posting pada: 08-07-04 18:55




diorang ni bkn tak faham aper yg TGNA cakap, tp saja2 buat tak faham..


Bookmark and Share

    


  Member Information For alea13Profil   Hantar PM kepada alea13   Pergi ke alea13's Website   Quote dan BalasQuote

Pdaus
WARGA SETIA
Menyertai: 03.12.2003
Ahli No: 5462
Posting: 468
Dari: International University of Africa Sudan

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 08-07-04 19:09


sokong TUAN GURU selagi nyawa dikandung badan dan selama mana TG dilandasan yang BENAR!
ALLAHU AKBAR!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For PdausProfil   Hantar PM kepada Pdaus   Quote dan BalasQuote

permata_islam
Warga 3 Bintang
Menyertai: 11.10.2003
Ahli No: 4241
Posting: 132
Dari: gombak

Selangor  


posticon Posting pada: 08-07-04 19:15


hai..akhir zaman ni...ulama' makin tandus...penjenayah pulak makin belambak.
jd...dah ada ulama' sebaik tok guru nik aziz ni...janganlah kita nk pertikaikan pulak....selalunya mcm tulah kan....org suka mengata org yg ingin menegakkan islam ni..org yg ingin meruntuhkan islam tu pulak makin diagung-agungkan.

Bookmark and Share

    


  Member Information For permata_islamProfil   Hantar PM kepada permata_islam   Pergi ke permata_islam's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.092886 saat. Lajunya....