Oleh |
Orang Terengganu kembali �kena cukai pintu�.... |
syed
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 29.10.2003 Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun
|
Posting pada: 21-04-04 02:48
Friday, April 09 @ 16:10:11 MYT Ketika kerajaan PAS Terengganu memerintah selama 4.5 tahun, cukai pintu dihapuskan bagi meringankan bebanan rakyat. Setelah hasil royalti minyak/gas dirompak, kerajaan PAS Terengganu masih boleh bertahan. Cukai pintu dikatakan akan terus lenyap selagi PAS memerintah. Rakyat jiran (Pahang) memang iri hati kerana terpaksa bayar cukai pintu setiap tahun. Bagaimanapun, dalam tempoh tak sampai tiga minggu kerajaan Umno ambil alih Terengganu, seluruh kediaman penduduk Taman Pak Dogol di Kemaman telah menerima penyata cukai pintu beserta tunggakan sekali melalui surat bertarikh 1 April 2004! Oleh kerana taraf Kemaman sudah naik kepada perbandaran, cukai pintu pun terikutlah naik berbanding semasa Umno memerintah dahulu iaitu sebelum 1999. Maka, seluruh kroni PAS ataupun Umno terpaksalah akur dengan pemerintahan sekarang. – PAK DOGOL, Kemaman/lanh hemm mcm mane ni????
|
nuraini
WARGA SETIA Menyertai: 02.07.2003 Ahli No: 1900
Posting: 1110
Dari: ***Anti-KekejamaN WaNiTa***
|
Posting pada: 21-04-04 07:54
alhamdulillah....sudah nampak satu perubahan.... perubahan yang 'melaratkan' lagi kehidupan rakyat.....kononya ingin memberi pembangunan...kemudahan.....keselesaan..... semalam ana call keluarga kat terengganu ..... just tanya khabar..... katanya sekarang sering bekalan air terputus..... malah ada sesetengah tempat...nak parking kereta sekejap pun dah kena bayar..... pelik dulu tak ada pun kena bayar itu~ini...... entah~entah jap lagi ToL 'dihidupkan' kembali.... kita tunggu....dan .... lihat apa lagi perubahan yang diberikan pada 'rakyat kite' nanti...... ********************************************** 'ya Allah...bantulah kami untuk menegakkan agama~Mu dan kebenaran yang dikhianati kini...'
|
zaidharisah
Warga 2 Bintang Menyertai: 18.03.2004 Ahli No: 8057
Posting: 65
Dari: bangi
|
Posting pada: 21-04-04 08:50
hai ape yg nak dipelikkan.. itu yg 'rakyat' terengganu nak. kite tgk lg nanti perubahan yg akan kerajaan t'ganu lakukan demi utk 'kebaikan' rakyat mereka.
|
muslimin23
WARGA SETIA Menyertai: 21.05.2003 Ahli No: 678
Posting: 3084
Dari: ~senawang ~ dublin ~ kl~
|
Posting pada: 21-04-04 12:00
emmmmm............ satu permulaan yang cukup menguntungkan kerajaan terenggnau tetapi membebani rakyat....saya harap rakyat yang undi kerajaan yang telah ditubuhkan tu selesa dengan kembalinya tol dan cukai pintu...jangan nak merungut pulak sebab memang kamu yang nak macm tu...
|
nuraini
WARGA SETIA Menyertai: 02.07.2003 Ahli No: 1900
Posting: 1110
Dari: ***Anti-KekejamaN WaNiTa***
|
Posting pada: 21-04-04 12:19
Tidak…bukan rakyat terengganu yang memilih kerajaan yang memerintah sekarang… Menangnya mereka kerana menipu…. Menang dengan cara menipu…..insya~Allah….. Akan datang jua petunjuk dari~NYA nanti…… Tunggu…dan….lihat………
|
muslimin23
WARGA SETIA Menyertai: 21.05.2003 Ahli No: 678
Posting: 3084
Dari: ~senawang ~ dublin ~ kl~
|
Posting pada: 21-04-04 13:13
hehehehehe....... nuraini......kalau nak dibangkitkan isu tu takut orang marah..ape nak buat nuraini...saye pun tak tahu macammana nanti bila saya study kat trg nanti...sedih tak terkira...sabar .......
|
epal_85
Warga 1 Bintang Menyertai: 15.12.2003 Ahli No: 5703
Posting: 32
Dari: uia pj
|
Posting pada: 21-04-04 13:17
tumpang simpati...If only i can help.Nantilah if org dah jadi lawyer org sue the govt of malaysia bagi pihak trenganureans yea..Anyway,hope korang dpt byk2 bersabar,Allah bersama2 hamba2Nya yg benar.Allah tu kan Maha Adil?
|
nuraini
WARGA SETIA Menyertai: 02.07.2003 Ahli No: 1900
Posting: 1110
Dari: ***Anti-KekejamaN WaNiTa***
|
Posting pada: 21-04-04 13:20
Tak perlu rasa sedih...kita bukan kalah pun... teruskan berjuang di medan ilmuan.... yang penting cahaya ISLAM itu takkan padam... ana lagilah....dah takde mood langsung nak balik kampung....
|
muslimin23
WARGA SETIA Menyertai: 21.05.2003 Ahli No: 678
Posting: 3084
Dari: ~senawang ~ dublin ~ kl~
|
Posting pada: 21-04-04 13:26
emmmm.... nuraini...kite bukan sedih sebab kalah..kite sedih sebab kita diperlakukan seperti sedemikian..kita ditipu...dorang anggap kita ni bodoh.... jangan sampai tak balik kampung sudah la...tengok mak ayah..nanti sedih pulak dorang...
|
nuraini
WARGA SETIA Menyertai: 02.07.2003 Ahli No: 1900
Posting: 1110
Dari: ***Anti-KekejamaN WaNiTa***
|
Posting pada: 21-04-04 13:37
tak pe.....kita kan ada Yang lebih Berkuasa.... kita buat solat hajat..berdoa selalu.....mohon belas kasihan...pohon pertolongan dari~Nya.... insya~Allah....DIA yang Maha Adil......Lagi Maha Mengetahui diatas apa yang tersembunyi di sebalik kerealitian kini.....ewah.... pasai bonda dan ayahanda...usah disebut~sebut.... kan hujan pulaks....
|
muslimin23
WARGA SETIA Menyertai: 21.05.2003 Ahli No: 678
Posting: 3084
Dari: ~senawang ~ dublin ~ kl~
|
Posting pada: 21-04-04 13:45
emmmmm...... wah pandai bermadah nampak...betul tu senjata orang mukmin adalah doa...saya harap segala-galanya berubah menjadi sediakala.... walaupun bukan kita yang mengubahnya..bukan bermakna kita adalah lemah...sehingakan kita tersungkur jatu ke tanah..sesungguhnya jatuh itu adalah satu rahmat yang pastinya kita akan berdiri semula..ceh.... tak apa hujan kan rahmat...
|
Prof_Muslim
 Menyertai: 15.07.2003 Ahli No: 2348
Posting: 3179
Dari: Terengganu
|
Posting pada: 21-04-04 18:50
Adala...hantu2 yg turut mengundi kena bertanggungjawab..sebab kerana `mereka` antara punca rakyat Terengganu kena cukai dan tol kembali..... Nak dekati rakyat camne gini kalau main dekat minta duit bukan bagi bantuan kepada rakyat... Tak cukup ngan royalti minyak lagi.. p/s: Hantu tetap hantu...
|
al-anshaary
Warga 3 Bintang Menyertai: 25.02.2004 Ahli No: 7544
Posting: 136
Dari: petaling jaya
|
Posting pada: 21-04-04 19:09
entah la...apa nak jadi dgn negeri...tempat tumpah darah ni...
|
and_nod
Warga 3 Bintang Menyertai: 04.11.2003 Ahli No: 4885
Posting: 121
Dari: Perhentian, Johor
|
Posting pada: 21-04-04 20:44
Rase2 la.. kalo ler x der cukai pintu nih.. ras2 ader tak jalan raya, balai raya, dan juga kemudahan2 awam lain.. nak bayar gaji kakitangan kerajaan yang menguruskan pentadbiran... abis duit nak dapat maner ek... kalo nak harapkan petroleum n gas sahaja x dapat ler...
|
Prof_Muslim
 Menyertai: 15.07.2003 Ahli No: 2348
Posting: 3179
Dari: Terengganu
|
Posting pada: 21-04-04 21:39
Taktaula..ka..yer and_nod ..mungkin betul..? Tetapi bab pasal byr gaji.. Prof nak explain..sikit.. pernah tak tanya org yg kerja ngan Kerajaan Pas Terengganu..gaji mereka tak cukup..walhal pembangkang PAS... rasanya takda..kan? Masa royalti dirampas...pun masih boleh bayar gaji.. Padahal tengok negeri lain byr gaji...Semua tanggungan kerajaan Pusat.. siap berhutang lagi.. p/s: Tak bersyukur tak bayar cukai..pintu yg bakal 2 kali ganda bayar... -----------------
::> Produk Halal Tanggungjawab Bersama
|
stefaisle
Warga 3 Bintang Menyertai: 15.05.2003 Ahli No: 220
Posting: 87
Dari: marang, terengganu
|
Posting pada: 21-04-04 22:56
 .... erm sejak bn ambil alih trg...terlalu byk nampak perubahan...dlm mase yg singkat je..sume berubah...mmg dasyat...ntahla... tgkla nanti ape pembangunan yg hendak dibuat spt yg diwar2kan... wallahua'lam ----------------- BiLa HidaYAh MeNyApa maJUsI LaUTan BeRgelOra sAnGgUp dIRenAnGI DeMi mENcaRi cINta YanG suCi Akan KUtabAhkan dIRi DemiMU YA RABBI!
|
Nur_Ismahani
Warga 1 Bintang Menyertai: 15.01.2004 Ahli No: 6491
Posting: 30
Dari: melaka
|
Posting pada: 21-04-04 23:04
Kalau betul lah tol ada semula, nampaknye kenalah save duit skit bayar tol. macam ni lecehlah setiap kali nak gi bdr KT kena tol. Nasib baiklah lagi setahun jek saya kat KUSTEM. Terengganu, ku kan merinduimu...
|
mafish_84
Warga 3 Bintang Menyertai: 12.10.2003 Ahli No: 4287
Posting: 120
Dari: serambi madinah
|
Posting pada: 21-04-04 23:56
 ........ aper khabar semua... bagus lah kalau tol ader balik, berape sen sangat tol tuuu... cukai pintu pun berape sangat setahun.... boleh menambah hasil negeri terengganu kan... nanti bagi balik lesen no ramaln and no ekor.... boleh menambah kan jugak pendapatan kerajaan ngeri tuuu.... bagus kan perancangan kerajaan bn sekarang niiii.... sentiase memikirkan keuntungan kepada negeri terengganu...lagi satu , diorang potong dana kebajikan dari rm 130 kepada rm 70 bagus jugak tuuuu untuk penjimatan.... bagus jugak diorang buat macam tuuuu.... nak tampung balik habiskan duit berbilion2 untuk pilihan raya hari tuuu.... nak bayar balik duit yang di bagi rm 200 sorang kat pengundi hantu, nak kedarah (bantai) sesama mereka, duit royalti nyer... duit yang banyk dapat tu bina istana besar2 untuk menteri besar....habis pinggan mangkuk hayung di tukar, ingat duit mak bapak dia ker... sampai meja mb pun tukar.... aper barang niiii... duit rakyat kikis habis2... masuk pokek sendiri... sekarang ni projek tak jalan , habuk pun tadak... makan roti looooo... penaja2 yang dulu sibuk menaja , sekarangi sibuk mintak projek... duit tak der maaaa maner projek mau jalan woooo.... kita jangan lihat pengundi hantu semata2... kekalahan kerajaan pas terengganu disebabkan sikap dalam sendiri...bila dah pegang jawatan tinggi ... perangai dah macam orang bn... sibuk ngan kereta syarikat... rakyat mintak bantuan pun belum tentu jugak dapat... memang kerajaan tak der duit... tapi jangan dok tayang kereta besar2 kat rakyat miskin niiiii.... tak ker sakit hatiiii.... anda leh lihat sendiri... saya bukan cakap kosong... oklah itu ajer dulu.... wassalam...
|
muslimin23
WARGA SETIA Menyertai: 21.05.2003 Ahli No: 678
Posting: 3084
Dari: ~senawang ~ dublin ~ kl~
|
Posting pada: 22-04-04 12:49
emmmmmm......... kembong la poket-poket pemimpin kat sana..macam ikan kembong..hahahahaha
|
nuraini
WARGA SETIA Menyertai: 02.07.2003 Ahli No: 1900
Posting: 1110
Dari: ***Anti-KekejamaN WaNiTa***
|
Posting pada: 22-04-04 13:03
he...he....kembong dengan dosa.... tak gitu.....?
|
muslimin23
WARGA SETIA Menyertai: 21.05.2003 Ahli No: 678
Posting: 3084
Dari: ~senawang ~ dublin ~ kl~
|
Posting pada: 22-04-04 13:39
emmmmm....... kembong dengan dosa satu hal..kembong dengan duit haram pun satu hal lagi.... marilah rakyat terngganu bersama kita insaf dan kembali kepada islam...
|
the_brOtherz
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 19.05.2003 Ahli No: 533
Posting: 242
Dari: International Islamic University Malaysia
|
Posting pada: 22-04-04 16:13
assalamua'laikum....., wah....hebat sahabat2 sekalian dgn kata2 masing ...,emmm sy pun berharap kalaulah perkara2 ini betul2 berlaku di terengganu skrg ni, agar Allah ta'ala membuka hati para pemimpin kembali kpd KalamNya dan as-sunnah sallallahua'laihiwassalam yg dithabitkan kpd Baginda sallallahua'laihiwassalam... dan saya berharaplah kpd sahabat2 sekalian...,apa yang dikatakan itu berdasarkan kpd fakta yang BENAR,supaya kata2 kita itu tidak menjadi atau menjerumus kepada FITNAH yang dilarang oleh Allah ta'ala dan Rasul-Nya. nanti kita yang bersemangat untuk menegakkan KEBENARAN bertukar menjadi menegakkan kpd KEBATILAN yang sudah pasti membawa kepada kesesatan yang nyata. -cuma peringatan- wallahua'lam .................................... "marilah mengikuti jejak salafus sholeh"
|
zilal
Warga 4 Bintang Menyertai: 16.05.2003 Ahli No: 319
Posting: 317
Dari: btGajah~alorSetaq
|
Posting pada: 23-04-04 09:55
ye same² kite nantikan perubahan demi perubahan yg bakal mencorak negeri terengganu...dengan pemerintahan yg 'mantap' dr kerajaan Barisan Nasional!
|
PeNguin
Warga 4 Bintang Menyertai: 16.04.2004 Ahli No: 8445
Posting: 190
Dari: miri, srwk
|
Posting pada: 23-04-04 10:07
ya Allah selamat negeri terengganu ini...dari golongan yang bencikan islam...Amin
|
muslimin23
WARGA SETIA Menyertai: 21.05.2003 Ahli No: 678
Posting: 3084
Dari: ~senawang ~ dublin ~ kl~
|
Posting pada: 23-04-04 11:12
emmmmmm.............. orang alim pernah berkata...pandanglah dunia ini dengan ilmu dan jangan pandang dunia ini dengan hawa nafsu... setiap hujah kami, kami dalami dan fahami dengan teliti dan betul....kalau ada kesalahan mohon dipinta...tapi dewasa kini banyak amaran-amaran dan pengringatan yang Allah telah turunkan supaya kita berfikir dimana kita...dan dimanakah mereka... bukalah minda seluas-luasnya...agar kebenaran menanti di depan mata...elakkan terpengaruh dengan pendusta...yang semata-mata mahukan dunia...
|
sahabat_ingatan
Warga 5 Bintang Menyertai: 23.05.2003 Ahli No: 808
Posting: 397
Dari: Melaka
|
Posting pada: 23-04-04 11:17
sedih sangat..apalah nak jadi DERIS JUSOH
|
raihanahfirdaus
Warga 4 Bintang Menyertai: 31.01.2004 Ahli No: 6910
Posting: 263
Dari: tawau,sabah
|
Posting pada: 23-04-04 17:18
selepas tahu BN menang kat Terengganu hari tu terus abang saya kata " alamat akan dikembalikan sistem cukai yang telah dihapuskan oleh PAS " kesian rakyat Terengganu
|
soff-one
Warga 2 Bintang Menyertai: 19.12.2003 Ahli No: 5828
Posting: 47
Dari: Bocholt, Germany
|
Posting pada: 25-04-04 07:46
naa...naa.naa.naa..tghanu kiteee naa.naa.naa... deris jusoh jage... teringat mase PRU dulu...sikap penyokong &pendokong sedikit sebanyak menyumbang kepada sebab Allah tak nak bagi kemenangan sekali lagi...(ana jadi observer saje....)
|
syafiq86
Warga 4 Bintang Menyertai: 09.08.2003 Ahli No: 2897
Posting: 240
Dari: Batu Pahat
|
Posting pada: 25-04-04 08:00
Agaknya apa lagi yang akan dibuka/dikenalkan semula di terengganu lepas ni ye? Pusat judi dibuka semula? Mungkin!!! Joget lambak? Semestinya( rujuk kenyataan Rais Yatim). Tol? Silap-silap naik bayaran(alasan nak cover 4 tahun pemerintahan PAS tanpa tol). Apa lagi yek??? 4 tahun PAS memerintah dan cuba menjalankan pmerintahan islam. Sekarang diorang ambik alih, dalam masa beberapa minggu maka hancurlah segala usaha selama 4 tahun yang lalu. Sama-samalah kita berdoa kepada Allah swt, memohon bantuanNya dalam menegakkan agamaNya. ----------------- KAWANLAH selagi ada hati. BERCINTALAH selagi ada yang sudi. GEMBIRALAH selagi ada teman di sisi.
|
Azizie
Warga Rasmi Menyertai: 12.04.2004 Ahli No: 8353
Posting: 11
Dari: Tranung
|
Posting pada: 25-04-04 15:43
tak tahulah ana nak cakap cam ner?? itu yang rakyat tranung nak...rasakanlah pemerintahan sekarang nie..tak sampai setahun dah kena cukai pintu...tak tahulah pulak mungkin tol pun beroperasi jugak...dah molek2 kerajaan dulu, tukar kerajaan baru...Kasian kat rakyat tranung.. kita tunggu dan lihat ape yang akan berlaku..
|
muslimin23
WARGA SETIA Menyertai: 21.05.2003 Ahli No: 678
Posting: 3084
Dari: ~senawang ~ dublin ~ kl~
|
Posting pada: 26-04-04 10:42
emmmmm.............. ape nak heran....terima je lah pembaharuan yang telahh dibuat oleh mereka....nak bangkang pun tak guna...
|
Alqathrunnada
Warga Rasmi Menyertai: 18.04.2004 Ahli No: 8474
Posting: 17
Dari: KuAntAn
|
Posting pada: 10-05-04 15:57
 ...... MasyaAllah.....apa dah jadi dengan negeri di bawah kepimpinan Tok Guru seketika dahulu.... Kami dibesarkan di bawah kepimpinan Ulama dan Tok Guru....tak terdaya kami melihat keadaan Terengganu dan Kelantan....hanya air mata mampu kami titiskan... Inilah dinamakan Mehnah Dan Dugaan di dalam perjuangan...bersabarlah wahai mujahed2 ku sekelian...janji Allah pasti berlaku.... Moga2 kehidupan kita dirahmati dan diredhoi oleh Allah s.w.t di dalam memperjuang kan agama Allah di muka bumi ini...-InsyaAllah- Takbirulllah........ALLAHUAKBAR!!
|
nurilyana
Warga 3 Bintang Menyertai: 31.10.2003 Ahli No: 4815
Posting: 142
Dari: Alor Setar
|
Posting pada: 10-05-04 18:43
shiannye ore ganu kite tertindas dinegeri sendiri...
|
al-Jawzi
Warga 1 Bintang Menyertai: 01.05.2004 Ahli No: 8722
Posting: 27
Dari: Sana nak ke Sana
|
Posting pada: 10-05-04 21:29
Quote:
| On 2004-04-25 07:46, soff-one wrote: teringat mase PRU dulu...sikap penyokong &pendokong sedikit sebanyak menyumbang kepada sebab Allah tak nak bagi kemenangan sekali lagi...(ana jadi observer saje....)
|
| Bismillahi Walhamdulillah... Betul soff-one kata. Alhamdulillah, semoga saudara seagama yang tinggal dibumi bertuah ini diberikan pahala yang besar atas kezaliman pemerintah sekarang(sekiranya boleh ditafsirkan sebagai zalim) sekiranya bersabar. Tapi jgn salahkan rakyat kerana memilih pemimpin yang tak betul sekiranya kita sendiri yang tidak mendidik rakyat untuk menjadi betul. Kita Merancang Allah Merancang,Sesungguhnya Allah Sebaik-baik Perancang. Mahasisiwa/i Tonggak Kepimpinan Negara. ----------------- Ibnu Al-Jawzi :Kekurangan ilmu disebabkan kelemahan cita-cita, dan kesudahan sesuatu ilmu ialah keupayaan untuk mengamalkannya.
|
nuraini
WARGA SETIA Menyertai: 02.07.2003 Ahli No: 1900
Posting: 1110
Dari: ***Anti-KekejamaN WaNiTa***
|
Posting pada: 11-05-04 07:53
apa cerita Terengganu kita sekarang... saya dah 2 bulan lebih tak balik kampung ni... ....RINDU~SERINDU~RINDUNYA PADA KELUARGA...
|
muslimin23
WARGA SETIA Menyertai: 21.05.2003 Ahli No: 678
Posting: 3084
Dari: ~senawang ~ dublin ~ kl~
|
Posting pada: 11-05-04 11:06
emmm.. entah..tak dengar berita pun
|
nuraini
WARGA SETIA Menyertai: 02.07.2003 Ahli No: 1900
Posting: 1110
Dari: ***Anti-KekejamaN WaNiTa***
|
Posting pada: 12-05-04 09:24
BN tukar penghulu besar-besaran Tuesday, May 11 @ 15:54:47 MYT KUALA TERENGGANU, 11 Mei (Hrkh) – Kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu melakukan pertukaran penghulu secara besar-besaran yang akan berkuatkuasa mulai 16 Mei ini. Pertukaran itu yang disifatkan tidak pernah berlaku dalam sejarah institusi penghulu di negeri ini melibatkan 53 daripada 63 penyandang jawatan sekarang. Pekeliling mengenai Pertukaran Penolong Pegawai Tadbir (Penghulu) Gred N32 dan N27 yang bertarikh 29 April lalu itu ditandatangani oleh Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan (SUK) negeri, Haji Mohamad Muda. Di dalam pekeliling SUK.TR.590/14 Bhg. 7 – (57) itu dinyatakan bahawa gaji mereka mulai tarikh kuat kuasa pertukaran hendaklah dibayar oleh pejabat yang menerima pertukaran. Seramai 52 penghulu yang terlibat dengan pertukaran yang tidak membabitkan kenaikan pangkat dan gred itu berada pada gred N27 manakala seorang sahaja pada N32 iaitu Haji Mamat @ Awang Taib yang ditukarkan dari Pejabat Daerah Kuala Terengganu ke Mukim Hulu Jabor/Bandi Kemaman. Seorang penghulu yang terbabit dengan pertukaran itu memberitahu, langkah yang diambil oleh kerajaan BN itu bukan bertujuan untuk menyusun semula institusi penghulu yang dikatakan tertekan di bawah kerajaan Barisan Alternatif (BA) pimpinan PAS yang lalu. “Pertukaran ini dilihat untuk menekan penghulu-penghulu tertentu yang melaksanakan tanggungjawab dengan baik dan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada kerajaan lalu bagi menyelesaikan masalah masyarakat setempat,” ujarnya yang tidak mahu didedahkan identiti. – KAM/ayu
|
syed
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 29.10.2003 Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun
|
Posting pada: 29-05-04 17:05
Beku permit hiburan: Arahan Idris hanya omong kosong Friday, May 28 @ 11:11:14 MYT Oleh Azmi Yusuf BESUT, 28 Mei (Hrkh) – Arahan kerajaan negeri kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) supaya membekukan pengeluaran permit hiburan termasuk persembahan dikir barat yang menampilkan penyanyi wanita tidak dipatuhi. Ini kerana tinjauan Harakahdaily mendapati beberapa persembahan dikir barat yang diadakan di sekitar daerah ini masih melibatkan penyanyi wanita. Para penyanyi wanita itu bukan sahaja berpakaian tidak sopan bahkan turut menyampaikan lagu yang mempunyai lirik lucah dan mencarut. Lebih dikesalkan lagi, persembahan dikir barat yang juga dikenali sebagai dikir karut itu kerap diadakan pada masa sambutan Maulidur Rasul dalam bulan Rabiul Awal lalu sehingga dianggap oleh penduduk setempat dikir karut telah berjaya mengalahkan dikir maulud. Selain itu, dua persembahan dikir barat yang akan diadakan pada minggu depan di Pekan Jabi dan Beting Lentang dengan jelas memaklumkan penglibatan penyanyi wanita pada poster yang telah dipasang di merata-rata tempat. Persembahan 'Dikir Barat Sensasi 2004' di Pekan Jabi melibatkan penyanyi wanita yang menggelarkan diri sebagai Adek Rosalinda, Zaleha Bunga Raya dan Rohaya Ratong Keraja manakala 'Konsert Dikir Barat Alaf Baru 2004' di Beting Lentang menampilkan Mas Ayu, Norma Dahlia dan Adek Rosalinda selain Badol Si-Raja Mabuk. Sehubungan itu, arahan yang dikeluarkan oleh Menteri Besar, Dato’ Idris Jusoh melalui Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Ahmad Said dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Perindustrian dan Pelancongan negeri, Dato’ Mohamed Awang Tera dua minggu lalu dianggap omong kosong semata-mata. Laporan akhbar minggu lalu menyebut kerajaan negeri telah mengarahkan PBT membekukan serta merta pengeluaran permit untuk mengadakan konsert atau persembahan pentas terutama membabitkan kumpulan rock termasuk dikir barat yang melibatkan penyanyi wanita. Ahmad Said dalam laporan akhbar itu menyatakan rasa kesal kerana ada pihak mengaut keuntungan menjual tiket persembahan dikir barat melibatkan penyanyi wanita yang berpakaian menjolok mata. Menurutnya, semasa memohon permit, penganjur menyatakan persembahan dikir barat itu hanya melaibatkan penyanyi lelaki sahaja tetapi mengundang penyanyi wanita setelah permit diluluskan tanpa merujuk kepada PBT. Secara umum, tinjauan Harakahdaily mendapati masyarakat di sini menganggap kenyataan tersebut tidak sesuai untuk penduduk di daerah ini. Ini kerana penduduk Besut yang merupakan kawasan Idris Jusoh adalah penggemar persembahan dikir barat, lebih-lebih lagi melibatkan penyanyi wanita setelah `berpuasa’ lebih empat tahun di bawah kerajaan lalu. Sebelum ini, Kerajaan Barisan Alternatif pimpinan PAS hanya membenarkan persembahan dikir barat yang melibatkan penyanyi lelaki sahaja dan tidak terdapat unsur-unsur yang bertentangan dengan Islam dalam persembahan. - mks.
|
muslimin23
WARGA SETIA Menyertai: 21.05.2003 Ahli No: 678
Posting: 3084
Dari: ~senawang ~ dublin ~ kl~
|
Posting pada: 29-05-04 20:42
emmm... tak habis-habis lagi ke?????
|
nuraini
WARGA SETIA Menyertai: 02.07.2003 Ahli No: 1900
Posting: 1110
Dari: ***Anti-KekejamaN WaNiTa***
|
Posting pada: 17-06-04 08:14
MB Terengganu: Cukai pintu mungkin dikenakan semula Wednesday, June 16 @ 16:41:37 MYT KUALA TERENGGANU, 16 Jun (Hrkh) – Menteri Besar Terengganu, Dato’ Idris Jusoh membayangkan cukai pintu rumah kediaman akan dikenakan semula kepada rakyat negeri ini. Bagaimanapun, beliau meminta wartawan bertanyakan perkara itu pada minggu depan. “Dato’ SUK, royak (beritahu) ini, cukai pintu kita buat keputusan kutip balik lening (sekarang),” ujarnya semasa menjawab pertanyaan wartawan selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco, di sini, hari ini. “Eh, belum lagi, belum ada keputusan lagi, dia (cukai pintu) kena bawa ke jawatankuasa Exco dan tidak ada keputusan lagi,” kata Setiausaha Kerajaan negeri, Dato’ Muhatar Abdullah bagi menjelaskan pertanyaan Idris itu. Sehubungan itu, Idris belum lagi dapat membuat kenyataan berhubung perkara itu. “Tidak tahulah, hendak buat pun tidak reti lagi, tidak payah tanya lagilah. Check detail minggu depanlah,” katanya. “Minggu depan itu ‘confirm’ kita hendak tanya soalan cukai pintu itu, Dato’,” balas wartawan. Semasa persidangan Dewan Undangan Negeri pada 8 Jun lalu, Idris dalam jawapan bertulis kepada soalan Haji Mohd Abdul Wahid Endut (PAS-Wakaf Mempelam), memberitahu kerajaan negeri masih dalam kajian sama ada akan terus mengekalkan polisi untuk tidak mengenakan cukai pintu rumah kediaman. – KAM/ayu/zs
|
syed
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 29.10.2003 Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun
|
Posting pada: 19-06-04 23:24
inagt saya satu lagu yang di popularkan oleh trio santan berlada...antara liriknya.. DI BAWAH BULAN PURNAMA... TAK ADE CUKAILAH PINTU.. ..entahlah harap2.ianya takkan menjadi...
|
Firdaus15
WARGA SETIA Menyertai: 26.12.2003 Ahli No: 5978
Posting: 805
Dari: Kota Bharu
|
Posting pada: 20-06-04 03:11
na na na na na terengganu kite...
|
RuMaishaaa
 Menyertai: 22.05.2003 Ahli No: 749
Posting: 1276
Dari: Kg.Batu Muda, KL
|
Posting pada: 20-06-04 17:32
Kita sedia maklum...kerajaan Trg dah beralih arah dan kita kena akur dgn sistem kerajaan negeri yg selaras dgn kerajaan Pusat..kalau kita duk heboh..marah kat sini sekalipun..perkara ini takkan memberi hasil..sbb kita terpaksa menerima hakikat itu.. Namun begitu,sewajarnya..rakyat Trg perlu bermuhasabah dan membuat penilaian sewajarnya..setiap kejadian ada HikmahNya!!
|
syed
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 29.10.2003 Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun
|
Posting pada: 23-12-04 19:03
Cukai pintu: 'Hadiah istimewa' kerajaan BN Thursday, December 23 @ 13:13:20 MYT KUALA TERENGGANU, 23 Dis (Hrkh) – PAS Terengganu menyifatkan pengumuman Menteri Besar, Dato’ Seri Idris Jusoh bahawa kerajaan negeri akan mengenakan semula cukai pintu mulai tahun depan adalah `hadiah’ yang paling istimewa kepada rakyat negeri ini. KLIK DI SINI UNTUK ARAHAN PENGGUNAAN Bendahari Badan Perhubungan PAS negeri, Ustaz Kasim Ahmad berkata, tindakan mengenakan semula cukai pintu yang telah dihapuskan semasa kerajaan PAS sebelum ini adalah hasil daripada sokongan rakyat yang telah memberikan kemenangan besar kepada Barisan Nasional dalam pilihan raya umum ke-11 lalu. Beliau menambah, tindakan itu juga menunjukkan kerajaan negeri sekarang tidak mempunyai kewangan untuk menyediakan kemudahan infrastruktur kepada rakyat. “Apapun yang dibuat oleh kerajaan BN sekarang, rakyat kena terima termasuklah `hadiah istimewa’ cukai pintu yang akan dikenakan mulai tahun depan,” ujarnya kepada Harakahdaily. Beliau yang ditemui di pejabat perhubungan PAS negeri di sini, diminta mengulas kenyataan Idris berhubung perkara itu yang disiarkan dalam akhbar hari ini. Idris semasa bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di sini semalam, berkata kerajaan tidak bermaksud untuk membebankan rakyat dengan cukai pintu tersebut. Menurutnya, cukai pintu mulai dikutip pada tahun depan manakala yang tidak dibayar semasa pemerintahan PAS lalu tidak dikira sebagai tunggakan. Ustaz Kasim menambah, PAS semasa memerintah negeri sebelum ini memansuhkan bayaran cukai pintu rumah kediaman dengan mengambil kira royalti petroleum yang menjadi hasil negeri bagi digunakan untuk kemudahan rakyat termasuk menyediakan infrstruktur. Tambahnya, walaupun bayaran royalti itu telah ditarik balik, kerajaan PAS tetap meneruskan pemansuhan bayaran cukai pintu demi kesejahteraan rakyat. - AYU/lanh
|
aikal
WARGA SETIA Menyertai: 07.12.2004 Ahli No: 12868
Posting: 419
Dari: masa yang silam
|
Posting pada: 23-12-04 19:11
siapa yang memilih kerajaan Terengganu sekarang ? orang Pahang ke?
|
jundullah81
WARGA SETIA Menyertai: 16.05.2003 Ahli No: 331
Posting: 473
Dari: Bumi Allah Semuanya....
|
Posting pada: 23-12-04 19:37
Syabbas2 orang terengganu (syabas kat diri sendiri jugak)..... Tapi, bukanka termaktub dalam depa punya manifesto, kata takdak cukai pintu? Kompius2..... Macamana Islam Hadhari boleh membenarkan wanita menyanyi? Lain macam jer bunyi islam ni..... Islam Hadhari Terangganu 'Bestari' .... Wallahu a'lam ----------------- HAPPY Moments----- PRAISE ALLAH
DIFFICULT Moments- SEEK ALLAH
QUIET Moments------ WORSHIP ALLAH
PAINFUL Moments--- TRUST ALLAH
EVERY Moment------- THANK ALLAH
|
MuSaFiR_SaYYaFF
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 03.06.2003 Ahli No: 905
Posting: 572
Dari: Daerah Perjuangan
|
Posting pada: 23-12-04 23:59
Quote:
| On 2004-04-21 18:50, Prof_Muslim wrote: Adala...hantu2 yg turut mengundi kena bertanggungjawab..sebab kerana `mereka` antara punca rakyat Terengganu kena cukai dan tol kembali..... Nak dekati rakyat camne gini kalau main dekat minta duit bukan bagi bantuan kepada rakyat... Tak cukup ngan royalti minyak lagi.. p/s: Hantu tetap hantu...
|
|  .. Adeii Prof.. rakyat jugak tak pandai berfikir. Senang je nak menangi hati rakyat. Buka satu blok kedai.. Nah.. semua penduduk pakat dok puji @ puja.. Sampai masa, masuk tabung undi.. Kan senang.. Adeii.. Umno terus mempertikaikan kredibiliti PAS dalam memerintah.. Udahla.. Nah penduduk yang tak bijak berfikir.. p/s: haha.. Sekali kena income tax sampai puluh2 ribu. padahal gaji takdalah besar mana. Pak menteri nak jawab apa?? ----------------- Genggam bara api, biar sampai jadi abu!
|
aikal
WARGA SETIA Menyertai: 07.12.2004 Ahli No: 12868
Posting: 419
Dari: masa yang silam
|
Posting pada: 24-12-04 08:12
sendiri pilih sendiri jawablah......menyesal tak guna...
|
Faryzan_Islamic
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 29.11.2004 Ahli No: 12667
Posting: 1707
Dari: Bumi Allah Taala
|
Posting pada: 28-12-04 08:59
ana sokong semua kenyataan prof....takbir!!Allahu Akbar!!!! "MEMBANGUN MENURUT ISLAM"
|
apple85
Warga 2 Bintang Menyertai: 02.01.2004 Ahli No: 6178
Posting: 55
Dari: trg
|
Posting pada: 28-12-04 10:20
sye pun nk mengekspreskan ketidakpuasan hati sye nihh..sedih sye, balik kampung ade je perubahan yg mengejutkan.korang bace tak AL HAK.lagi menyakitkan hati tau....pedih pilu ade sme...ape lagi ek?korang tengokla pembangunan yg merke &kuarge merke buat k...espescially on the way K.TRG- K.BRG.LAIN MCM JE SYE tgk..
|
harakah
Warga 2 Bintang Menyertai: 28.09.2003 Ahli No: 3833
Posting: 45
|
Posting pada: 29-12-04 02:17
so....tindakan kite skrg yang mengaku ingin memenangkan perjuangan ISLAM, dan ingin menghapuskan perjuangan yg palsu. Haruslah bersama-sama bekerja keras untuk merealisasikannya. Agar kita tidak lagi di perbodohkan oleh musuh-musuh ISLAM.
|
shy_guy
Warga Rasmi Menyertai: 08.01.2005 Ahli No: 13613
Posting: 12
Dari: darul_eeman
|
Posting pada: 09-01-05 01:23
|