Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Mencari lilin lebih baik dari merungut bila kegelapan

-- Peribahasa Tionghua

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 212
Ahli: 0
Jumlah: 212




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Sirah dan Tokoh Islam
Topik: zinnirah..yang tabah


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Sirah dan Tokoh Islam
    »» zinnirah..yang tabah

Please Mendaftar To Post


Oleh zinnirah..yang tabah

rufaidah
Warga 1 Bintang
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 305
Posting: 23
Dari: perak

Perak  


posticon Posting pada: 06-06-03 23:20





Zinnirah adalah seorang gadis yang berasal dari Rome. Kehidupan keluarganya sangat miskin dan dalam keadaan serba kekurangan. Ketika berlaku satu peperangan besar di Rome, Zinnirah terpisah daripada keluarganya lalu menjadi tawanan perang. Sejak itu dia dijual sebagai hamba dan sering bertukar tangan. Sepanjang menjadi hamba abdi, Zinnirah dilayan dengan kasar dan adakalanya diperlakukan seperti binatang oleh tuannya.
Suatu hari Zinnirah berkenalan dengan seorang hamba yang senasib dengannya. Perkenalan itu akhirnya membawa Nur Islam dalam diri Zinnirah kerana hamba itu menerangkan ajaran yang disampaikan oleh Rasulullah. Penerangan yang tulus itu membuka hati Zinnirah untuk memeluk Islam. Namun, dia terpaksa melakukan ibadat secara rahsia kerana tuannya memusuhi Islam.

Nasibnya lebih malang apabila dia bertukar tangan kepada bangsawan Quraisy yang sangat berpengaruh masa itu, Umar Al-Khattab. Ketika itu, Umar belum memeluk Islam dan juga tidak mengetahui keIslaman Zinnirah. Umar yang sangat memusuhi Rasulullah terkenal dengan bengis dan kasarnya sehingga digeruni, baik lawan maupun kawan. Akhirnya, Umar mengetahui mengenai keIslaman Zinnirah apabila suatu hari dia mendengar gadis itu membaca al-Quran. Ini menimbulkan kemarahan Umar yang mahu menghukumnya dengan siksaan berat.

"Tahukah kamu apa hukuman yang layak untukmu?" Tanya Umar keras dengan wajah bak singa sambil mengheret Zinnirah ke tengah padang pasir. Di situ, Umar mengikat khaki dan tangan Zinnirah dan menjemurnya di tengah panas terik. "Inilah caranya supaya kamu insaf," katanya lalu meninggalkan Zinnirah di situ. Walaupun mukanya perit dipanah matahari dan kehausan, Zinnirah tabah menghadapi penderitaan itu sambil mulutnya tidak berhenti membisikkan Allah.. Allah...

Apabila melihat hamba abdinya belum insaf, Umar menyeretnya ke pinggir kota dan mengikatnya di tiang. Dia menyuruh orang mengorek mata Zinnirah sehingga buta. Walaupun darah bercucuran daripada matanya dan dia diejek oleh orang kafir Quraisy yang percaya dia dilaknat tuhan Latta dan Uzza, iman Zinnirah tidak luntur malah mampu berkata, "Sekalipun aku dibunuh, kepercayaanku masih tetap pada Allah yang Esa."

Penderitaannya itu akhirnya sampai ke pengetahuan Abu Bakar as-Siddiq yang membeli Zinnirah dengan harga tinggi. Sejak itu, dia tekun beribadat dan dengan kurnia Allah, kedua-dua matanya yang buta itu bercahaya semula. Peristiwa yang mengagumkan ini menyebabkan ramai orang Quraisy memeluk Islam.



Bookmark and Share

    


  Member Information For rufaidahProfil   Hantar PM kepada rufaidah   Quote dan BalasQuote

halawah_iman
Warga 3 Bintang
Menyertai: 17.05.2003
Ahli No: 355
Posting: 83
Dari: TaNaH

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 07-06-03 00:20


kerdilnyer raser diri ini disamping Allah. syurgakah aku..?

-----------------
DoN'T SToP aT THe ToP,
oR You WiLL DRoP!

Bookmark and Share

    


  Member Information For halawah_imanProfil   Hantar PM kepada halawah_iman   Quote dan BalasQuote

widad
Warga 4 Bintang
Menyertai: 20.05.2003
Ahli No: 647
Posting: 199
Dari: bumi allah

malaysia  


posticon Posting pada: 09-06-03 21:09


assalamualaikum...ermmm,bagus cerita nih...rufaidah,ceritalah ttg nusaibah kaab plak...mesti ramai sahabat2 kita nak tahu saper nusaibah kaab...

zinnirah mmg wanita tabh...imannya mmg tebal..tu tanda kasihnya dia pada allah tuhan maha pencipta..semoga iman kita bakal menyusuritebalnya iman zinnirah..amin..

-----------------
"haza fadlhu min rabbina"

Bookmark and Share

    


  Member Information For widadProfil   Hantar PM kepada widad   Quote dan BalasQuote

rufaidah
Warga 1 Bintang
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 305
Posting: 23
Dari: perak

Perak  


posticon Posting pada: 09-06-03 22:04


insyaallah widad..
Ana akan cuba datangkan kisah nusaibah pulak..tungguuu...

Bookmark and Share

    


  Member Information For rufaidahProfil   Hantar PM kepada rufaidah   Quote dan BalasQuote

sufi_musafir
Warga 3 Bintang
Menyertai: 22.05.2003
Ahli No: 731
Posting: 108
Dari: Pulau Mutiara

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 11-06-03 00:21


Alhamdulillah.....semoga kita mencontohi srikandi yg tabah ini!!!

-----------------
Alangkah sukarnya mendidik nafsuku,yg tidak dpt melihat kebenaranMu....Bantulah hambaMu dalam mendidik jiwaku ini........

Bookmark and Share

    


  Member Information For sufi_musafirProfil   Hantar PM kepada sufi_musafir   Quote dan BalasQuote

BEcons_iium1403
Warga 1 Bintang
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 294
Posting: 26
Dari: gombak

Perak  


posticon Posting pada: 10-10-03 18:12


Zinnirah (R) was an old lady, a slave of Abu Jahl, who was one of the worst enemies of Islam. He used to whip her every day, but she always said, “Allah is One! And Muhammad (S) is Allah’s prophet.”



One day, Abu Jahl poked her eyes with a sharp spear and blinded the poor old woman. Abu Jahl mocked her and said, “Our idols have made you blind.”



“Your idols are blind themselves,” she answered. “How could they make me blind?”



When Zinnirah (R) woke up the next morning she discovered that she could see. Allah had made her eyes see once again. It was truly a great miracle, but even this did not convince Abu Jahl. “Your prophet is a magician,” he scoffed. “He did this with magic.”




Bookmark and Share

    


  Member Information For BEcons_iium1403Profil   Hantar PM kepada BEcons_iium1403   Quote dan BalasQuote

amrul
Warga Rasmi
Menyertai: 29.09.2003
Ahli No: 3842
Posting: 8
Dari: kajang

Selangor  


posticon Posting pada: 10-10-03 18:45


alhamdullilah...

bertambah jugak pengetahuan sirah islam.

Bookmark and Share

    


  Member Information For amrulProfil   Hantar PM kepada amrul   Quote dan BalasQuote

muslimahsejati
WARGA SETIA
Menyertai: 06.06.2003
Ahli No: 1091
Posting: 1009
Dari: kota tinggi,johor

Johor  


posticon Posting pada: 14-10-03 22:16


kisah yang manarik ......memang bila dengar lagu yang di nyanyikan oleh kumpulan UNIC penuh syahdu ini rupanya kisahnya

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimahsejatiProfil   Hantar PM kepada muslimahsejati   Quote dan BalasQuote

dinulhuda1422h
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 19.07.2003
Ahli No: 2447
Posting: 793
Dari: Serambi Mekah

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 15-10-03 06:05


sesungguhnya terlalu jauh beza perjuangan nak tegakkan maruah Islam pada zaman sekarang dengan zaman dahulu. Apa yang pasti pengorbanan seperti yang dilakukan oleh hamba Allah Zinnirah tidak ada pada zaman moden sekarang....Moga2 kita ditetapkan iman dan masih segar dalam naungan Islamiah itu sendiri..

wallahua'lam...

-----------------
Keikhlasan teramat penting dalam mengatur kehidupan yang menyakinkan.

Bookmark and Share

    


  Member Information For dinulhuda1422hProfil   Hantar PM kepada dinulhuda1422h   Quote dan BalasQuote

izad
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 66
Posting: 427
Dari: Wakaf Bharu

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 15-10-03 10:22


bisakah diri ini mengharungi lautan cabaran sebegitu....
godaan kemewahan dunia terlalu sukar untuk dilumat.......

apakah aku bisa mendapatkan kisah setulus zinnirah..????

-----------------
AL-FIRQATU AN NAAJIAH

Bookmark and Share

    


  Member Information For izadProfil   Hantar PM kepada izad   Pergi ke izad's Website   Quote dan BalasQuote

zero_cool
WARGA SETIA
Menyertai: 07.06.2003
Ahli No: 1142
Posting: 586
Dari: TOYOME

japan   avatar


posticon Posting pada: 05-12-03 15:17


ni la citer zinnirah ruper nyer . best dan menyayt hati.

hnssss......

-----------------
[IMG]http://www.circles99.com/elements/album/circles/00031327/00050484/signukhwah3.jpg[/IMG][IMG]http://www.geocities.com/sutajio_76/motoku.txt[/IMG]

Bookmark and Share

    


  Member Information For zero_coolProfil   Hantar PM kepada zero_cool   Quote dan BalasQuote

honnney_mk
Warga 2 Bintang
Menyertai: 03.12.2003
Ahli No: 5444
Posting: 60
Dari: perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 08-01-04 15:38




oh... ni la kisahnya....

ade jugak dengar lagu ttg ZINNIRAH dlm radio.. sedap...

siapa tahu LIRIKnya..?

-----------------
" Bumi mana yang tidak ditimpa hujan...hidup mana yang tidak dilanda ujian...perjuangan mana yang tidak dipenuhi cabaran... kita PASTI diuji dengan ap

Bookmark and Share

    


  Member Information For honnney_mkProfil   Hantar PM kepada honnney_mk   Pergi ke honnney_mk's Website   Quote dan BalasQuote

IrSyA_IsYqI
Warga 3 Bintang
Menyertai: 18.05.2003
Ahli No: 437
Posting: 134
Dari: Batu Pahat & IIUM

Johor   avatar


posticon Posting pada: 08-01-04 16:05


baru laa ana tahu macam mana kisah zinnirah macam mana.. sebelum ni cuma dengar daripada lagu unic je...
semoga pengetahuan yg diberikan ni, dapat menambahkan rasa cinta terhadap islam....

Bookmark and Share

    


  Member Information For IrSyA_IsYqIProfil   Hantar PM kepada IrSyA_IsYqI   Quote dan BalasQuote

al-kauthar
Warga Rasmi
Menyertai: 28.06.2003
Ahli No: 1769
Posting: 20
Dari: Muar,Johor,D.T

Johor   avatar


posticon Posting pada: 10-01-04 10:33




syuran jazilan buat ukhti..

ana pun baru tahu cerite fasal zinnirah ni..

waAllahu'alam

Bookmark and Share

    


  Member Information For al-kautharProfil   Hantar PM kepada al-kauthar   Quote dan BalasQuote

nabsyaz
Warga 3 Bintang
Menyertai: 29.12.2003
Ahli No: 6070
Posting: 98
Dari: Bandar baru bangi

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 01-02-04 00:44


Best gak cite zinnirah ni...name pun best...

Bookmark and Share

    


  Member Information For nabsyazProfil   Hantar PM kepada nabsyaz   Quote dan BalasQuote

ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 14.12.2003
Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 01-02-04 03:14



syukran jazilan rufaidah.. baru ana tahu mengenai zinnirah ni..

mampukah ana mengharung kehidupan ini setabah zinnirah... yaAllah.. teguhkanlah iman hambaMu ini...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_atikahProfil   Hantar PM kepada ismi_atikah   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.098629 saat. Lajunya....