Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Kita hidup biar macam biskut Oreo, hitam di luar tak mengapa asal putih kat dalam, manis pula tu..
-- SHAMR (Warga Ukhwah.com)

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 206
Ahli: 0
Jumlah: 206




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 8 jam, 20 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu


Bincang Agama
Topik: ~*~*ISTIDRAJ*~*~


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» ~*~*ISTIDRAJ*~*~

Please Mendaftar To Post


Oleh ~*~*ISTIDRAJ*~*~

nuraini
WARGA SETIA
Menyertai: 02.07.2003
Ahli No: 1900
Posting: 1110
Dari: ***Anti-KekejamaN WaNiTa***

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 14-04-04 07:45


ISTIDRAJ

wbr....

Ianya adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya. Inilah yang dinamakan ISTIDRAJ.


Rasullulah s.a.w. bersabda :

"Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala
memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka), ketahuilah bahawa orang itu telah Diistidrajkan oleh Allah SWT."(Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)


Tetapi, manusia yang durhaka dan sering berbuat maksiat yang terkeliru dengan pemikirannya merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanya adalah kerana Allah berserta dan kasih dengan perbuatan maksiat mereka.

Masih ada juga orang ragu-ragu, kerana kalau kita hendak dapat kebahagian
di dunia dan akhirat kita mesti ikut jejak langkah Rasullulah saw dan berpegang teguh pada agama Islam.


Tetapi bagaimana dengan ada orang yang sembahyang 5 waktu sehari semalam, bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadhan sahaja, bahkan Isnin, Khamis dan puasa sunat yang lain. Tapi, hidup mereka biasa sahaja.

Ada yang susah juga. Kenapa? Dan Bagaimana pula orang yang seumur hidup
tak sembahyang, puasa pun tak pernah, rumahnya tersergam indah, kereta
mewah menjalar, duit banyak, dia boleh hidup kaya dan mewah. Bila kita tanya, apa
kamu tak takut mati? Katanya, alah, orang lain pun mati juga, kalau masuk neraka, ramai-ramai. Tak kisahlah! Sombongnya Mereka, takburnya mereka.


Rasullulah s.a.w. naik ke langit bertemu Allah pun tak sombong, Nabi Sulaiman, sebesar-besar pangkatnya sehinggakan semua makhluk di muka bumi tunduk di bawah perintahnya pun tak sombong! Secantik-cantik Nabi Yusof dan semerdu suara Nabi Daud, mereka tak sombong. Bila sampai masa dan ketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah Allah.


Manusia istidraj - Manusia yang lupa daratan. Walaupun berbuat maksiat, dia merasa Allah menyayanginya. Mereka memandang hina kepada orang yang beramal.

"Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli, sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah. Tak payah beribadat pun, rezeki datang mencurah-curah. Kalau dia tu sikit ibadat tentu boleh kaya macam aku, katanya sombong." Sebenarnya, kadang-kadang Allah memberikan nikmat yang banyak dengan tujuan untuk menghancurkannya.


Rasullulah s.a.w bersabda:

"Apabila Allah menghendaki untuk membinasakan semut, Allah terbangkan
semua itu dengan dua sayapnya"
(Kitab Nasaibul'Ibad)

Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batu atau merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak
membinasakannya, Allah berikan dia sayap. Lalu, bila sudah bersayap, anai-anai pun
menjadi kelkatu. Kelkatu, bila mendapat nikmat (sayap), dia akan cuba melawan
api.

Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, cuba hendak melawan Allah
swt.


Buktinya, Firaun. Nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit, bersin pun tidak pernah kerana Allah berikannya nikmat kesihatan. Orang lain
selalu sakit, tapi Firaun tidak, orang lain mati, namun dia masih belum mati-mati juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya tuhan. Tapi dengan nikmat itulah Allah binasakan dia.


Namrud, yang cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud?
Dia begitu sombong dengan Allah, akhirnya menemui ajalnya hanya disebabkan
seekor nyamuk masuk ke dalam lubang hidungnya.


Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya sahaja kena dibawa oleh 40 ekor unta. Akhirnya dia ditenggelamkan bersama-sama hartanya sekali akibat terlalu takbur. Jadi kalau kita
kaya, jangan sangka Allah sayang, Qarun lagi kaya, akhirnya binasa juga.

Jadi, jika kita kaji dan fikir betul-betul, maka terjawablah segala keraguan yang mengganggu fikiran kita. Mengapa orang kafir kaya, dan orang yang berbuat maksiat hidup senang /mewah. Pemberian yang diberikan oleh Allah pada mereka bukanlah yang diredhaiNya. Rupa-rupanya ianya adalah
bertujuan untuk menghancurkannya. Untuk apa hidup ini tanpa keredhaanNya?


Tetapi jangan pula ada orang kaya beribadat, masuk masjid dengan kereta mewah kita katakan itu istidraj. Orang naik pangkat, istidraj.

Orang-orang besar, istidraj. Jangan! Orang yang mengunakan nikmatnya untuk kebajikan
untuk mengabdi kepada Allah bukan istidraj. Dan jangan pula kita tidak mahu kekayaan. Kalau hendak selamat, hidup kita mesti ada pegangan. Bukan kaya yang kita cari, juga bukan miskin yang kita cari.


Tujuan hidup kita adalah mencari keredaan Allah. Bagaimana cara untuk menentukan nikmat yang diredhai Allah? Seseorang itu dapat menyedari hakikat yang sebenarnya tentang nikmat yang diterimanya itu ialah
apabila dia bersyukur nikmatnya. Dia akan mengunakan pemberian ke jalan kebaikan
dan sentiasa redha dan ikhlas mengabdikan diri kepada Allah. Maka segala limpah kurnia yang diperolehi itu adalah nikmat pemberian yang diredhai Allah.

Bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan Allah, niscaya selamatlah
kita di dunia dan akhirat.


Wallahualam.

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurainiProfil   Hantar PM kepada nuraini   Quote dan BalasQuote

centric
Warga 4 Bintang
Menyertai: 08.03.2004
Ahli No: 7819
Posting: 335

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 14-04-04 07:48




Very good info. APa yang ana tahu, pemberian itu adalah untuk menyesatkan lagi orang tersebut. sebab tu lah bila kita lihat sesetengah org even selalu buat maksiat dapat balasan ataupun kesenangan di dunia. Di akhirat kelak tak tahu lagi macam mana.

Bookmark and Share

    


  Member Information For centricProfil   Hantar PM kepada centric   Quote dan BalasQuote

pLatipus
WARGA SETIA
Menyertai: 23.12.2003
Ahli No: 5915
Posting: 863
Dari:

Bumi Allah Yg Suci

saudiarabia  


posticon Posting pada: 14-04-04 08:02


..... dan salam sejahtera kepada semua


Thanks nuraini for that information....
May Allah Bless Us All the Time

Wassalam

binalah cinta baerlandaskan keimanan dan ketaqwaan hormatilah wanita kerana wanita itu teman kepada lelaki, sayangilah mereka





Bookmark and Share

    


  Member Information For pLatipusProfil   Hantar PM kepada pLatipus   Pergi ke pLatipus's Website   Quote dan BalasQuote

jAiLuL_mAnsHuDaH
Warga 4 Bintang
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 170
Posting: 310
Dari: Di sana sini...

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 14-04-04 08:06



yer mmg betul istidraj adalah nikmat yg diberikan Allah utk menambahkan lagi kekufuran seseorg...
Allah ingin menguji sejauh manusia seseorg hambaNya itu bersyukur atas segala nikmat yg didapati.....
Wallahu'alam.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For jAiLuL_mAnsHuDaHProfil   Hantar PM kepada jAiLuL_mAnsHuDaH   Pergi ke jAiLuL_mAnsHuDaH's Website   Quote dan BalasQuote

Hanan

Menyertai: 13.05.2003
Ahli No: 4
Posting: 3991

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 14-04-04 10:20




Manusia istidraj akan terus leka dengan nikmat yang dikurniakan Allah. Mereka menyangka bahawa mereka adalah benar dan diredhai kerana dilimpahi nikmat sedangkan nikmat itu adalah azab dan ujian baginya..

Sama2 kita berdoa agar tidak termasuk dalam golongan ini
wassalam

-----------------



Hargai semasa ada....

Bookmark and Share

    


  Member Information For HananProfil   Hantar PM kepada Hanan   Pergi ke Hanan's Website   Quote dan BalasQuote

perantausepi
Warga 4 Bintang
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4762
Posting: 258
Dari: bumi bersejarah

Selangor  


posticon Posting pada: 14-04-04 11:08


syukran ya ukhti nuraini atas maklumat tersebut... mudah-mudahan Allah memberikan segala nikmat kepada kita semua bukan untuk menyesatkan atau menghancurkan kita... wal`iyazubillahi min zalik...

Bookmark and Share

    


  Member Information For perantausepiProfil   Hantar PM kepada perantausepi   Quote dan BalasQuote

achik252
Warga 1 Bintang
Menyertai: 03.04.2004
Ahli No: 8180
Posting: 25
Dari: pahang

bahrain  


posticon Posting pada: 16-04-04 10:41



maklumat yang berguna...
muslimin and muslimat sama2 lah kita bermuhasabah semoga kita sentiasa dibawah lindungan dan kasih sayangNya dan tidak sesekali termasuk dalam golongan ini...
Walahualam...


-----------------
mengeluh kerana tidak berkasut sebagai suatu kelemahan untuk berjalan adalah sangat mengaibkan pada pandangan seseorang yang lansung tidak berkaki..

Bookmark and Share

    


  Member Information For achik252Profil   Hantar PM kepada achik252   Quote dan BalasQuote

akhifaizul
Warga 1 Bintang
Menyertai: 24.01.2004
Ahli No: 6713
Posting: 23
Dari: Malaysia

blank  


posticon Posting pada: 18-04-04 13:48




Syukran ukhtie nurani for the nice explaination on istidraj ....

Kemewahan merupakan satu ujian daripada Allah.
Ujian kemewahan merupakan ujian yang lebih sukar berbanding ujian kesusahan.

Kemudian apabila mereka melupakan apa yang telah diperingatkan mereka dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala kemewahan dan kesenangan, sehingga apabila mereka bergembira dan bersukaria dengan segala nikmat yang diberikan kepada mereka, Kami timpakan mereka secara mengejut (dengan bala bencana yang membinasakan), maka mereka pun berputus asa (dari mendapat sebarang pertolongan). ( al-An'am:44)


Bookmark and Share

    


  Member Information For akhifaizulProfil   Hantar PM kepada akhifaizul   Pergi ke akhifaizul's Website   Quote dan BalasQuote

honey_qasryna
Warga 2 Bintang
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 108
Posting: 42
Dari: Darr at-Ta`zhiim

Johor   avatar


posticon Posting pada: 18-04-04 17:06


...

haa, istidraj nih.. bab dalam Pendidikan Islam form 3 an.. hehe, igt lagi blaja PI time tuh.. ustazah ana cakap, majoriti manusia hari ini tergolong dlm golongan istidraj.. sebab, pada zaman kegemilangan anbiya', balasan terhadap sesuatu kaum diturunkan oleh Allah on the spot.. tapi, untuk umat akhir zaman... balasan ditangguhkan ke yaumul hisaab malah diberi pula ni'mat dan ke'bahagia'an duniawi yang dilihat sebagai syurga di dunia dek mereka yang tertipu.. Sebab tu la wujud golongan yang memperlekehkan ulama' amilin... sebab mereka merasakan they are on the right path...sebab tidak diseksa dengan seksaan yang zahir.. sedangkan mereka sedang diuji tanpa disedari....

Na'uzubillahi min zaalik... Semoga kita semua tidak tergolong dengan mereka ini...

Wallahu a'lam..

-----------------
"Establish worship and enjoin kindness and forbid iniquity and persevere whatever may befall thou.."
Luqman:17
~Honey Qasryna a.k.a Rose Amarylis~

Bookmark and Share

    


  Member Information For honey_qasrynaProfil   Hantar PM kepada honey_qasryna   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.117176 saat. Lajunya....