Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Tidak semua yang kita mahu boleh didapat. Jika Allah tidak memberi sekarang, ia akan ditunda atau diganti yang lebih baik.
-- Dari Drama Kiamat Sudah Dekat

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 172
Ahli: 0
Jumlah: 172




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 11 jam, 16 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu


Bincang Agama
Topik: mengapa sukar kusyuk semasa sembahyang??


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» mengapa sukar kusyuk semasa sembahyang??

Please Mendaftar To Post


Oleh mengapa sukar kusyuk semasa sembahyang??

nurul_peace
Warga 3 Bintang
Menyertai: 03.04.2004
Ahli No: 8179
Posting: 149

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 09-04-04 20:49



saya ada masalah dlm kekusyukan dlm sembahyang....mcm mana nak atasi?? tolonglah....ustaz/ustazah ckp klau smyg mesti kene kusyuk baca surah quran....mcm mana nak kusyuk hingga rakaat terakhir??
YA ALLAH...tlg lah hambaMu nie...

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurul_peaceProfil   Hantar PM kepada nurul_peace   Quote dan BalasQuote

faizbukharyy
Warga 4 Bintang
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 15
Posting: 179
Dari: kuantan

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 09-04-04 23:29


asssalamualaikum....

sekadar berkongsi ....
klu boleh baca surah sambil fahami ... itu lagi bagus ... tapi utk peringkat permulaan ... tau makna apa yg dibaca ketika solat masa sujud rukuk iktidal .....n lain lain ..hingga la makna tahyiyat akhir ....

itu membantu khusyuk . solat ..

sekian...


Bookmark and Share

    


  Member Information For faizbukharyyProfil   Hantar PM kepada faizbukharyy   Quote dan BalasQuote

ain_mardziah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.01.2004
Ahli No: 6659
Posting: 188
Dari: kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 10-04-04 21:57




betul tu saya setuju ngan faizbukharyy.kalau kita faham maksud yg kita baca itu akan membuatkan kita lebih kusyuk.

sebelum sembahyang bersihkan diri dan tenangkan hati.hati mesti ikhlas ..insyaallah hati akan tenang dan kusyuk dlm solat.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ain_mardziahProfil   Hantar PM kepada ain_mardziah   Quote dan BalasQuote

nurul_peace
Warga 3 Bintang
Menyertai: 03.04.2004
Ahli No: 8179
Posting: 149

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 10-04-04 22:17


..
insyaAllah..sy akan cuber fahamkan maksudnyer... patutlah...slma nih sy pun x phm sgt apa yg dibaca sms rukuk,tahyat...dll...bacer jer yg dihafal...klau bleh...saper2 yg bacer artikel nih mitak tlg terangkan maksud setiap doa/surah yg dibaca.. trima kasih..moga2 Tuhan menerima solat kita..amin...

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurul_peaceProfil   Hantar PM kepada nurul_peace   Quote dan BalasQuote

achik252
Warga 1 Bintang
Menyertai: 03.04.2004
Ahli No: 8180
Posting: 25
Dari: pahang

bahrain  


posticon Posting pada: 14-04-04 09:03




Sembahyang merupakan suatu ibadat yang paling tinggi dan paling mulia antara bermacam-macam ibadat dalam Islam, malah ia merupakan pokok (tiang) dalam binaan agama yang memainkan peranan terpenting dalam kehidupan manusia untuk kebahagiaan dunia dan akhirat. Dalam konteksnya, ia merupakan sebesar-besar ibadat yang mendekatkan para ‘abid (hamba,ahli ibadah) kepada ma’budnya (Tuhannya) dan seteguh-teguh perhubungan yang menghubungkan anatara manusia ( makhluk yang paling mulia) dengan khaliqnya ( Penciptanya).

Menurut keterangan hadis,bahawa seseorang lelaki datang menghadap Rasullullah S.A.W dimana dia bertanya beliau tentang ibadat yang paling utama. Nabi S.A.W menjawab : “Seutama-utama ibadat itu ialah sembahyang.” Orang itu bertanya lagi : “Apa lagi?” Jawab Nabi : “Kemudian sembahyang.”Lelaki itu mendesak lagi:
“Lagi,apa ?” Jawab Nabi : Sesudah itu sembahyang” (diulanginya samapi tiga kali). Sungguhpun demikian dia masih menanyakan seperti itu juga, lalu Nabi S.A.W menjawab: “Ialah berperang ke jalan Allah (berjuhad)”.

Abu Ya’la meriwayatkan hadis Nabi S.A.W menerusi Anas :
“Sesungguhnya kewajipan yang mula-mula diwajibkan ALLAH ke atas manusia dalam agama mereka adalah “sembahyang”, dan sembahyang itulah yang petama sekali diperiksa (di hari kiamat). Di kala itu Allah berfirman : Lihatlah kepada sembahyang hambaKu: Jika sembahyangnya sempurna (kusyu’, dituliskan dia telah sempurna; dan jika sembahyangnya tidak sempurna , Allah bertanya :Adakah hambaKu itu melakukan sembahyang sunat?” maka jika dia bersembahyang sunat (mengiringi fardhu) maka disempurnakanlah sembahyang fardhu itu dengan sembahyang sunat tadi (jika tidak khusyu’ dan tiada pula sembahyang sunat, maka tiadalah amalan yang boleh menampung kekurangan itu).”

Khalifah yang kedua agung, Umar b. Al Khattab pernah berkata :
“Sesungguhnya sepenting penting urusan kamu di sisiku ialah “sembahyang” : maka siapa yang memeliharanya dan dia menjadi pemeliharanya, maka akan terpeliharalah agamanya, dan siapa yang mensia-siakannya maka dia akan lebih mensia-siakan lagi perkara yang lain (bukan sahaja sembahyangnya disia-siakan, tetapi juga ibadat-ibadat lain).”
( Rujuk “Al-Muwatta” oleh Imam Malik )

Ya, siapa yang tidak memperoleh ketenangan dalam sembahyang, maka tidaklah dia memperolehi ketenangan yang beerti dalam hidup ini, malah dia tidak akan mengecapi rahsia kebahagiaan hidup yang sebenarnya di dunia ini.
“ Sesungguhnya sembahyang itu seutama-utama ibadat dan sebagai tangga orang-orang mukmin untuk sampai kepada Tuhan mereka.”

Menurut hadis, kusyuk dalam sembahyang merupakan suatu perkara atau ilmu yang awal pertama dihapuskan daripada dada umat Islam. Keadaannya ini kita dapat saksikan gejala- gejalanya kini.

Junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W telah pun berkata :
“Awal pertama yang diangkat daripada manusia ialah khusyuk
(H.R At-Tabarani)

“Khusyuk itu merupakan suatu perkara mula-mula yang diangkatkan daripada manusia sebelum tibanya gerak gempa kiamat.”
(Al-Hadis)

Hudzaifah al-Yaman pernah berkata :
“Perkara pertama yang akan hilang daripada agama kamu ialah “kusyuk”. Manakala perkara yang terakhir akan lenyap daripada agama kamu ialah “sembahyang”
(R. Ibnu Abi Syaibah, Ahmad [dalam kitabnya “Az-Zuhd”] dan Al-Haakim menerusi Hudzaifah dimana dia menganggapnya sahih).

Ubadah b. As-Saamit pernah berkata :
“Tempat kusyuk itu dalam hati ; dia adalah ilmu yang awal-awal diangkatkan (dihapuskan) dari manusia.”

Di lain tempat dia berkata :

“Hampirlah apabila anda memasuki masjid, anda tidak akan mendapati di dalamnya seseorang yang bersembahyang dengan kusyuk.”

“Akan datang suatu masa, di mana masa itu banyaklah orang menyangka ada bersembahyang padahal sebenarnya mereka tidak bersembahyang.”

Meskipun ilmu atau perkara “kusyuk” itu akan terhapus daripada dada kita orang-orang Islam, akan tetapi kita perlulah mengawalnya dengan ilmu dan keyakinan. Bukankah sebab ketandusan kita dalam ilmu berhubung dengan kata “kusyuk” dan pegertian “kusyuk” disebabkan kita tidak mengetahui Bahasa Arab dan tidak pula cuba untuk mendalaminya, menyebabkan kita mundur dalam ibadah (sembahyang), sebaliknya tidak pula maju dalam bidang-bidang lain. Inilah suatu kegagalan, kemunduran dan keciciran umat Islam disebabkan kita hanya pandai menyebut kata-kata “kusyuk” sahaja sedangkan maksud dan pengertiannya yang tepat tidak kita mengetahuinya dalam bahasa asalnya (Arab).

Di samping kegagalan itu, di dalam sembahyang kita diganggu pula oleh dua gangguan iaitu :
i) Gangguan dari luar:
Syaitan, manusia dan perkara-perkara kesamaran.
ii) Gangguan dari dalam :
a. Hati yang buruk ; gilakan keduniaan, suka berangan-angan kosong dan berkhayal.
b. Akal yang tidak waras
c. Nafsu keinginan
d. Syahawanah (nafsu kejantinaan dan kebinatangan)

Tirai (hijab) antara kita dengan Tuhan akan tertutup bila kita mendapat gangguan-gangguan ini.
Kita hendaklah sedar bahawa ucapan-ucapan dalam sembahyang adalah merupakan peransang dari dalam jiwa ,bersifat rangkaian saran untuk membentuk cara berfikir dan bertindak manusia.Kerana itu amat pentinglah seseorang mengerti dan memahami segala apa yang diucapkan dalam sembahyangnya dengan penuh kusyuk.

Mengenai kusyuk dalam sembahyang Allah telah berfirman :
“sesungguhnya kemenanganlah orang-orang mukmin (iaitu) orang-orang yang dalam sembahyangnya mereka berlaku kusyuk.”
(Al-Mukmin : 1-2)



Di samping itu Rasulullah saw bersabda :
“Tiadalah seseorang yang apabila datang waktu sembahyang fardhu lalu dia mengembil wuduk dengan baik dan kemudian bersembahyang dengan kusyuk dan rukuknya (pun baik) melainkan sembahyang itu menjadi kifarat (penghapus) dosa-dosa sebelumnya (dari satu waktu ke satu waktu) selama dia tidak melakukan dosa besar; begitulah keadaannya dalam seluruh masa.”
(H.R Muslim)


Abdullah b.Qurt pernah menyebutkan sabda Rasulullah saw ;
“Sembahyanglah awal pertama amalan seseorang yang akan diangkatkan Tuhan di hari kiamat; seandainya dia bagus, maka akan (dianggap) bagus semua amalannya (yang lain); dan seandainya dia rosak maka akan (dianggap) rosaklah semua amalnnya (yang lain)
(H.R At- Tabrani)

Di samping Tuhan menggembirakan orang-orang yang kusyuk, Tuhan memberi peringatan atau amaran kepada orang-orang yang riya’ atau lalai dalam sembahyangnya dengan firmannya:
“Neraka Wail atau celakalah akan ditimpakan ke atas orang-orang bersembahyang. Iaitu orang yang lalai dri (menyempurnakan) sembahyang.”
(Al-Maun: 4-5)

Sembahyang yang diperintah mengerjakannya lima kali sehari semalam itu bukanlah semata-mata gerak laku luar sahaja, tetapi dilaksanakan dengan baik : lahir dan batin.

Allah berfirman:
“Dan jadikanlah kesabaran dan sembahyang sebagai penolongmu; dan sesungguhnya yang sedemikian itu sungguh berat, kecuali orang-orang yang kusyuk (iaitu) orang-orang yang menyakini bahawa mereka akan menemui Tuhannya, dan mereka akan kembali padaNya.”
(Al-Baqarah: 45-46)
Jelas bahawa sembahyang itu adalah sebagai tiang agama dan syiar islam yang paling besar; juga sebagai tali perhubungan antara seorang hamba dengan Tuhannya; dan sembahyang juga sebagai suatu pesanan terakhir daripada Rasullullah saw dan nabi-nabi sebelum baginda. Semuanya baru bererti bila dilakukan dengan sebaik-baiknya menurut sifat lahir dan batin yang dikehendaki AGAMA ISLAM sendiri.

Menurut pengkajian, kusyuk terbahagi kepada dua iaitu kusyuk batin dan kusyuk lahir. Di dalam mewujudkan sifat kusyuk kikta perlu melihat dari 2 segi :

1) Sembahyang seorang diri (individu) :
Dia bergantung kepada ilmu pengetahuan, gejala jiwa, perinngkat umur, panjangnya rukuk dan sujud dan lain-lain.
2) Sembahyang berjemaah :
Dia bergabtung kepada factor dan peranan imam, hal makmum dan lain-lain.
Faktor mengenai kedua-dua segi ialah mengertai dan memahami serta menyedari hikmat bacaan dan perbuatan sembahyang, masjid dan tempat sembahyang, masa dan suasana, factor pakaian, kesihatan dan sebagainya.
Kita yang berada di zaman hampir kegenpaan kiamat ini, memang merasa ketandusan ilmu berhubung dengan sembahyang. Apatah lagi berkenaan “kusyuk’. Tidak sedikit orang Islam yang menyuarakan bahawa sembahyangnya tidak kusyuk sehingga ia merupakan penyakit jiwa pula.

“HIDUP BERTAKWA”

Abdullah Al-Qari b. Hj. Salleh
Kenali Kelantan.
!2 hb. Rabiulawal 1400H.

sahabat2 sekalian pinta ana agar kita sama-sama berusaha mencari “ILMU KHUSYUK SEMBAHYANG” nie…ini merupakan ilmu yang sangat penting kerana hubungannya dengan pencipta kita Ya Rabb…ia sangat penting dimiliki oleh setiap orang yang menginginkan keredhaan Allah dan syurga firdausNya…

Erm…

Baginda Rasulullah saw bersabda :

“ Sesungguhnya tidak akan menyukarkan umatku, nescaya aku perintahkan mereka berwudhuk pada setiap kali sembahyang.”
(H.R Ahmad dengan sanad sahih)

Imam Al-Ghazali dalam bukunya “Minhaaj Al-Aarifiin” (Menuju Dia – terjemahan Al-Qari) pernah menulis : “Apabila anda bersuci maka hendaklah anda berfikir tentang kejernihan air dan kehalusannya juga keupayaannya menyuci dan membersihkan, kerana sesungguhnya Allah menjadikan dia berkat.
Allah berfirman :
“Dan Kami menurunkan dari langit, air yang diberkatkan.”
(Qaaf : 9)
Kerana itu gunakanlah dia sebaik-baiknya pada anggota-anggota yang difardhukan Allah menyucikannya dan bersihkan beserta (hati) anda kepada Allah seperti kebersihan air itu.

1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".
2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, putihkanlah mukaku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".
3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini".
4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".
5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, lindunglah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".
6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini".
7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan."Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".
8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat".
Penjelasannya:
1.Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah
2 Ahli syurga mukanya putih berseri-seri
3. Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan
4. Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri
5. Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala
6. Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dll
7. Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali
8. Qada' dan Qadar kita di tangan Allah Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmah nya yang tersendiri. Pernahkah kita terfikir mengapa kita mengambil wuduk sedemikian rupa?. Pernahkah kita terfikir segala hikmah yang kita perolehi dalam menghayati Islam? Pernahkah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita sebagai umat Islam? Bersyukurlah dan bertaubatlah selalu.

kepada saudari nurul_peace, ana ada download flash berkenaan dgn cara-cara bersolat...
saudari blhlah bagi email saudari pada ana...
insyaAllah ana blh fwrdkan...

wassalam...



[ Posting ini telah di edit oleh: achik252 pada 2004-04-14 09:07 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For achik252Profil   Hantar PM kepada achik252   Quote dan BalasQuote

ain_mardziah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.01.2004
Ahli No: 6659
Posting: 188
Dari: kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 14-04-04 21:01




ni maksud2 surah al-fatihah....
1.segala puji bagi Allah ,tuhan semesta alam
2.Maha pengasih lagi maha penyayang
3.Yg menguasai hari pembalasan
4.Hanya engkaulah yg kmi sembah dan kepada engkaulah kami memohon pertolongan
5.Tunjukilah kami jalan yang lurus
6.Iaitu jalan yang telah engkau anugerahkan nikmat kpd mereka,bukan jalan mereka yang dimurkai dan bukan pula jalan yang sesat.

baca dan cuba fahaminya sebelum kita sembahyang.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ain_mardziahProfil   Hantar PM kepada ain_mardziah   Quote dan BalasQuote

nurul_peace
Warga 3 Bintang
Menyertai: 03.04.2004
Ahli No: 8179
Posting: 149

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 14-04-04 21:58



terima kasih buat kawan2,akak2,abang2 sekalian..
thanks for advices and info..moga2 Tuhan membalas jasa kalian...mmg sukar nak khusyuk sembahyang esp. biler dlm masalah...sms tgh smbhyg pun boleh pikir hal2 dunia, betapa besar pengaruh syaitan...
emm...klau kiter tgh lalai dlm smbhyg...terpikir hal2 duniawi kan..klau kiter beristhigfar adakah solat kita batal? mcm kita istighfar dlm hati dgn menyebut subhanallah...blh tak?


Bookmark and Share

    


  Member Information For nurul_peaceProfil   Hantar PM kepada nurul_peace   Quote dan BalasQuote

Azizie
Warga Rasmi
Menyertai: 12.04.2004
Ahli No: 8353
Posting: 11
Dari: Tranung

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 25-04-04 15:58


kenape pulak tak boleh... kita juga digalakkan berzikir atau beristhigfar dalam sembahyang... kerana syaitan sentiasa menggoda kita semasa sembahyang..dengan beristhigfar atau menyebut subhanallah, kita akan ingat tentang kebesaran Allah s.w.t....Wassalam.

Bookmark and Share

    


  Member Information For AzizieProfil   Hantar PM kepada Azizie   Pergi ke Azizie's Website   Quote dan BalasQuote

alea13
WARGA SETIA
Menyertai: 05.01.2004
Ahli No: 6228
Posting: 1483
Dari: melaka

Melaka  


posticon Posting pada: 12-05-04 23:17




beristighfar di dlm hati.. tp kalo sampai dilafazkan dgn lidah dah termasuk berkata2 dlm solat (terbatal solat)..

wallahu a'lam..

Bookmark and Share

    


  Member Information For alea13Profil   Hantar PM kepada alea13   Pergi ke alea13's Website   Quote dan BalasQuote

Zuhairi
Warga 3 Bintang
Menyertai: 06.01.2004
Ahli No: 6256
Posting: 106
Dari: Selayang

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 24-05-04 01:46


assalamualaikum

nak kongsi sikit.. Briefly.. Imam Al - Ghazali berpendapat utk mencapai kekhusyukan ialah memahami dan menghayati setiap bacaan.. (ada sahabat dah mention alhamdulillah)..

Ni yg ana nak share sikit.. Sheikh Muhammad Abduh mengatakan cara utk mencapai kekhusyukan tu, antaranya.. ialah dgn memanjangkan ruku' dan sujud.. insyaAllah toma'ninah tu kasi lame sikit.. sambil tu berdoalah dlm hati, sambil menyedari kelemahan dan rendahnya diri kita sebagai hamba Allah.. jelas kita nampak sujud tu tanda rendah diri dan tanda pengabdian yg ketara dlm solat. Sujud pun mesti sempurna bukan hanya cukup dengan syarat.

insyaAllah dpt rase kesan ruku' dan sujud tu dlm solat sekaligus dpt menghindarkan pesongan fikiran ke perkara lain dlm solat.. biiznillah, wallahu a'lam..

Bookmark and Share

    


  Member Information For ZuhairiProfil   Hantar PM kepada Zuhairi   Quote dan BalasQuote

alea13
WARGA SETIA
Menyertai: 05.01.2004
Ahli No: 6228
Posting: 1483
Dari: melaka

Melaka  


posticon Posting pada: 24-05-04 02:37




saya pon ndak tambah sket lagi..

sblm solat pastikan perut kita tak terlalu kenyang (nanti rasa berat waktu solat) dan jgn solat dlm keadaan lapar/terlalu lapar (nanti asek ingat kat makanan).. kalo tak silap ada dinyatakan adab solat (tak pasti hadith ker bkn), jgn solat dulu kalo makanan dah terhidang, melainkan kalo mmg dah ndak habis waktu.. kalo silap tolong betulkan..

waktu berwudhu' jgn ingat perkara2 lain, start wudhu' tu fikiran kita mesti dah ingat ndak solat jekk.. wudhu' tu biarlah sempurna, bkn tergesa2 etc..

& masa ndak dah berdiri ndak angkat takbir tu, make sure kita dah betul2 ready.. fikiran mmg dah fokus kat solat jekk.. selalunya kalo kita tak fokus drp awal mmg akan terbawa2 sampai ke akhir solat.. elok gak kalo sblm solat baca surah an-Nas utk elak rasa was2 & gangguan syaitan waktu solat..

seelok2nya gunakan sejadah yg tak der corak2 dan tak colourful.. cthnya, bentangkan kain putih kat tempat sujud tuh..

dan mcm rakan2 ukhwah lain pesan gak, seboleh2nya fahami erti bacaan dlm solat.. panjangkan rukuk & sujud.. solat bkn dlm keadaan tergesa2..

allahu a'lam..

Bookmark and Share

    


  Member Information For alea13Profil   Hantar PM kepada alea13   Pergi ke alea13's Website   Quote dan BalasQuote

Belalang_kampung
Warga 4 Bintang
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 74
Posting: 255
Dari: Minden-Transkerian

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 24-05-04 14:48


warohmatullah..

Alhamdulillah dengan izin Allah swt dapat kita semua bermuhasabah berbincang mengenai topik yang dikemukan oleh nurul_peace nie..solat yang sempurna itu Insya Allah dapat mencegah kita dari fahsyar dan mungkar..sebagai perisai diri mukmin..solat yang sempurna adalah solat yang sempurna dari qauli dan fiqli dengan didatangkan khusyuk..

Ermm pada pengetahuan ana Insya Allah jika buat permulaan bagi sahabat yang masih sukar nk dptkan khusyuk dalam solat..Ustaz ana ada nasihatkan salah satu cara buat permulaan..kena latih-paksa diri bagi khusyuk..cubalah latih hadirkan dalam hati..dengan ikuti satu persatu bacaan bermula dari takbiratul ihram, doa Iftitah, Al-Fatihah, Surah2 lazim tu..maksudnya..kita 'sedar' dan kita tau apa yg kita tgh lakukan semasa solat tue..tidak 'terputus' tumpuan kita tu dengan fikir hal2 lain..

kita kena sedar dan mengikuti segala rukun fiqli dan qauli kita..biarpun mula2 tak faham lagi sebarang maksud..Insya Allah ini buat permulaan!!

Kemudian bila kita dah berjaya latih hati supaya ikuti segala bacaan dan perbuatan dalam solat..maka seterusnya dengan memahami bacaan dalam solat dan kemudian memahami hakikatnya..Insya Allah..! . Jika kita tak berjaya 'hadirkan diri, jiwa kita dalam solat..wpun kita seorang ahli tafsir yg memahami ayat Al-quran pun belum tentu solat kita kan khusyuk..

Untuk khusyuk dalam solat hakikatnya kita kena banyak berdoa pd Allah diberikan kekuatan dan hidayah..nak dapat khusyuk dalam solat bukan satu perkara yg senang2 semua org boleh dapat tanpa bermujahadah lawan nafsu...

Mulakanlah solat dengan wudhuk yang sempurna, pakaian yang bersih tempat dan suasana yg tenteram, melapangkan fikiran danhati sebelum mulakn solat,..ruh solat juga akan hadir dengan kita berjaya menjaga diri kita di luar solat..drp perkara2 yang mazmumah..menjaga segala pandangan dan tutur kata..dan sebaiknya bersolat kita di awal waktu secara berjemaah (bagi muslimin sgt dituntut bersolat jemaah di tempat azan dilaungkan..iaitu masjid/musolla..)

Sekadar ini yg ana dapat kongsikan ilmu Insya Allah semoga kita dipelihara dlm solat yg sempurna..AMINN..

"Sesungguhnya berjayalah orang2 yang beriman, iaitu mereka yang khusyuk di dalam solatnya.." (Al-Mukminun :1)

Wallahualam.



-----------------


"http://www.ukhwah.com/images/signbelalang.gif">





[ Posting ini telah di edit oleh: Belalang_kampung pada 2004-06-02 15:09 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For Belalang_kampungProfil   Hantar PM kepada Belalang_kampung   Quote dan BalasQuote

MuSaFiR_SaYYaFF
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 03.06.2003
Ahli No: 905
Posting: 572
Dari: Daerah Perjuangan

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 19-03-05 00:59


Quote:

On 2004-05-12 23:17, alea13 wrote:


beristighfar di dlm hati.. tp kalo sampai dilafazkan dgn lidah dah termasuk berkata2 dlm solat (terbatal solat)..

wallahu a'lam..



Salam alaikum.

Dalam bab ni ada khilaf. Ada yang berpendapat batal dan ada yang tidak sekiranya terlafazkan zikir atau sengaja melafazkan ucapan Ameen dalam bacaan doa iftitah.

Whateva, untuk tidak mengelirukan dan memudahkan kefahaman saudari, silalah rujuk kepada guru.

Wassalamun alaikum. <>

-----------------
Genggam bara api, biar sampai jadi abu!

Bookmark and Share

    


  Member Information For MuSaFiR_SaYYaFFProfil   Hantar PM kepada MuSaFiR_SaYYaFF   Pergi ke MuSaFiR_SaYYaFF's Website   Quote dan BalasQuote

pengembara_firdausi
Warga 4 Bintang
Menyertai: 28.02.2005
Ahli No: 14784
Posting: 185
Dari: dunia kemahasiswaan

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 19-03-05 04:18


pernah suatu cerita para sahabat...
3 atau 4 org sahabat pernah diuji oleh rasullah sendiri..urk solat secara khuyuk dan akan diberi ganjaran pada sesapa yg khusyuk..
sahabat pertama solat..solat punyer solat..teringat keluarga...kat rumah...
sahabat kedua solat....dah tahyat akhir...lalu teringat..apa yg rasullah nak kasik.,..
sampai sahabat yg last..dah selesai...lalu katapada nabi...aku dah selesai tunaikan solat..rasullah kata...ko dah khusyuk...
kata sahabat tuh lagi...apa yg ko janjikan rasullah?
kata rasullullah...ko sebenarnyer tak khusyuk kerana tidak ikhlas...
iman para sahabt dan kiter maybe berbeza...tapi kiter juga umat rasullah....
soal khuyuk dlm solat...adalah antaranyer..mengabdikan diri sepenuhnyer pada allah dengan apa cara sekali pun.kalau tidak khusyuk...tiadak buleh juga nak kata,,,..baik takyah sembahyang...pun takleh...
khusyuk bukan syrat sah..
tapi untuk respon soalan nih..
pada yg susah nak khusyuk....
saya pun susah nak bagi tips.memalui pembacaan..
pertama taqarrub sepenuhnye..jgn igt yg lain..kosongkan pemikiran..org selalu teringat kat awek kalau baru bercinta.,...semer takleh buat...
tapi utk allah...kenapa tak lakukannyer,,,
insyaallah....
setiap usaha pasti diredhai,...
wassalam
dalam surah mukminun....berjayalah org mukmin.....bagi mereka yg menjaga solat mereka......
"wallazina iza zukirallahu wajilat qulubuhum waiza
tuliyat alaihim ayatu zadathum imana
waala robbihim yawakkalun"


Bookmark and Share

    


  Member Information For pengembara_firdausiProfil   Hantar PM kepada pengembara_firdausi   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.113621 saat. Lajunya....