Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 22-09-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Tidak ada yang perlu kita takuti, kecuali ketakutan itu sendiri.
-- Franklin di. Roosevelt

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 59
Ahli: 0
Jumlah: 59




  Yang Masuk Ke Sini
HIKAL: 2 hari yang lalu


Cerpen
Topik: Warkah buat calon suamiku..


Carian Forum

Moderator: Administrator, NaZa_FirmaN
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Cerpen
    »» Warkah buat calon suamiku..

Please Mendaftar To Post


Oleh Warkah buat calon suamiku..

darul_numan81
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 239
Posting: 1548
Dari: Batu Pahat,Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 08-04-04 12:57


WARKAH BUAT CALON SUAMIKU

Assalamua'laikum ku memulakan bicara. Moga dirimu, sentiasa di dalam redha Ilahi walau di mana jua berada. Warkah ini ikhlas kucoretkan buat insan yang belum kukenali. Namun.. kutetapkan yakinkan diri bahawa kau pastikan hadir suatu hari nanti bagi menemaniku mengharungi hidup di dunia ini yang penuh dengan pancaroba.

Kepada calon suamiku…

Usiaku kini makin bertambah dari hari ke hari…Alhamdulillah..harapanku agar tahun-tahun yang berlalu, meski pun memudarkan keremajaanku, namun tidak akan pernah memudarkan ghirah Islamiah yang ada. Mudah-mudahan aku dapat tetap beristiqamah di jalanNya. Syukur jua kupanjatkan kerana pergaulanku tetap terjaga dan terbatas.

Pembelajaranku kini telah selesai. Tak lama lagi aku akan mula bekerja. Dalam masa itulah juga ada cuti panjang untuk aku mempersiapkan diri dengan mengambil kursus memasak, menjahit dan sebagainya. Dengan besar hati pula, ummi mesti mengakui, bahawa kemahirannya di dapur sudah ada pesaing.

Alhamdulillah, sekarang aku juga lebih aktif di dalam gerakan pengislahan di sini. Setiap ruang kesempatan yang ada akan aku penuhi dengan segala pengisian. Aku semakin yakin berhadapan dengan manusia pelbagai ragam dan rupa. Baru sedikit itulah yang boleh ku lakukan sebagai menandakan syukurku atas nikmatNya yang tidak terhitung.

Calon suamiku….

Aku maklum, bila sampai detik ini kau belum juga hadir. Permasalahan yang menimpa kaum muslimin begitu banyak. Kesemuanya membentuk suatu daftar yang panjang di dalam agenda kita. Aku yakin ketidakhadiran dirimu semata-mata kerana kesibukan dakwah adalah satu tugas yang mulia. Hanya sedikit sahaja yang terpanggil untuk ikut merasa bertanggungjawab. InsyaAllah, hal itu akan membuat penantian ini seakan tidak pernah ada.

Calon suamiku….

Namun jika engkau memang disediakan untukku di dunia ini, bila kau sudah siap untuk menambah satu amanah lagi dalam kehidupan ini, yang akan menjadi tanggungjawab di hadapan Allah (semoga), maka datanglah…

Calonku.. usah dikau khuatiri persediaan diri yang belum selesai, atau pekerjaan yang masih sambilan. InsyaAllah, iman akan menjawab segalanya. Serahkan semuanya pada Allah. Jika dia sentiasa memberikan rezeki, padahal kita tidak dalam keadaan jihad di jalanNya, lalu bagaimana mungkin Allah akan membiarkan kita, sedangkan kita sentiasa berjihad di jalanNya?!

Banyaklah berdoa calon suamiku, di manapun engkau berada. Insyallah, doaku sentiasa menyertai segala usahamu…

Semoga Allah memberkatimu…….

Ikhlas dari:
Calon isterimu..


* * * * *
p/s: diharap dapat fahami isi di sebalik 'warkah' yg ringkas ini. (ana ada hantar juga kat komuniti muslimah).
wassalam



-----------------
Kehidupan adalah satu ujian...

Bookmark and Share

    


  Member Information For darul_numan81Profil   Hantar PM kepada darul_numan81   Pergi ke darul_numan81's Website   Quote dan BalasQuote

nur_islami
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 28.05.2003
Ahli No: 858
Posting: 991
Dari: serambi mekah

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 08-04-04 13:06


erm..akhirnya akak dpt juga kekuatannya yer...

-----------------
hadiah yang paling berharga dalam ertikata sahabat yang sebenarnya ialah memberi yang terbaik dalam diri anda sendiri..

Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_islamiProfil   Hantar PM kepada nur_islami   Pergi ke nur_islami's Website   Quote dan BalasQuote

heris
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.05.2003
Ahli No: 388
Posting: 250
Dari: bumi Allah

yemen  


posticon Posting pada: 08-04-04 18:32


uiks....ingat surat betul²...apapun, semoga dapat suami yg soleh insya Allah...

-----------------
[img]http://www.musleem.com/mysite/themes/Sunset/images/logo.gif[/img]

Bookmark and Share

    


  Member Information For herisProfil   Hantar PM kepada heris   Pergi ke heris's Website   Quote dan BalasQuote

kasih_kekasih

Menyertai: 17.05.2003
Ahli No: 415
Posting: 1813
Dari: ....PeRMaTaNg PaUH.......

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 15-04-04 13:49


~moga diriku kan dikurniakan seorang suami yang soleh...yang bertanggungjawab pada diriku..yang memahamiku... yang menyayangiku..dan yang beriman...~



-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For kasih_kekasihProfil   Hantar PM kepada kasih_kekasih   Pergi ke kasih_kekasih's Website   Quote dan BalasQuote

nuraini
WARGA SETIA
Menyertai: 02.07.2003
Ahli No: 1900
Posting: 1110
Dari: ***Anti-KekejamaN WaNiTa***

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 15-04-04 14:12



insya-Allah...moga hamba-Mu ini dikurniai seorang insan yang soleh...mampu membimbing...memimpin diriku ini ke jalan kebenaran...

tapi....aii...payah juga ni nak jumpa ni...


Bookmark and Share

    


  Member Information For nurainiProfil   Hantar PM kepada nuraini   Quote dan BalasQuote

Iman_Hayati
WARGA SETIA
Menyertai: 24.10.2003
Ahli No: 4642
Posting: 940
Dari: Bumi ALLAH

Kelantan  


posticon Posting pada: 15-04-04 15:41




Smoga ALLAH mempertemukan daku dengan INSAN yang dapat membimbingku ke JALAN YANG DIREDHAINYA..

YA ALLAH, YA TUHANKU...SEKIRANYA DIA YANG TELAH DITAKDIRKAN BUAT KU, IKATLAH HATI KAMI BERDUA...SEKIRANYA BUKAN DIA YANG DITAKDIRKAN BUAT KU, JAUHKANLAH PERASAAN KU PADANYA...DAN TEMUKANLAH DAKU DENGAN PENGGANTINYA YANG LEBIH BAIK DARINYA DAN DAPAT MEMBIMBINGKU KE JALAN YANG BENAR.



[ Posting ini telah di edit oleh: Iman_Hayati pada 2004-04-15 15:43 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For Iman_HayatiProfil   Hantar PM kepada Iman_Hayati   Quote dan BalasQuote

nurul_peace
Warga 3 Bintang
Menyertai: 03.04.2004
Ahli No: 8179
Posting: 149

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 16-04-04 16:44





harap2 dapat jumpa suami yang soleh yang boleh membimbing untuk dunia dan akhirat, mampu berkongsi suka dan duka, sanggup menghadapi apa jua rintangan dan saling memahami jiwa ini..

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurul_peaceProfil   Hantar PM kepada nurul_peace   Quote dan BalasQuote

azrina
Warga Rasmi
Menyertai: 04.04.2004
Ahli No: 8206
Posting: 5
Dari: bandar tasik puteri , kundang

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 19-04-04 17:24



Teman...
kehidupan ini hanya sementara ,
kematian menanti dihujungnya,
jadi awasilah jejak masa,
jangan biarkan hati mati,
lalu terjerumus ke lembah dosa,

ya allah ya tuhanku ,kurniakanlah insan-insan solehah di muka bumi ini dengan teman hidup yang sejati, soleh,berperibadi dan kekuatan iman dan taqwa terhadapmu ya allah.AMIN.

aminlah untuk diri anda juga. wassalam.

Bookmark and Share

    


  Member Information For azrinaProfil   Hantar PM kepada azrina   Quote dan BalasQuote

kaze
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 12.10.2003
Ahli No: 4270
Posting: 1592
Dari: Tawau - Seri Kembangan

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 19-04-04 19:07


amin

-----------------
kaze tech

Bookmark and Share

    


  Member Information For kazeProfil   Hantar PM kepada kaze   Pergi ke kaze's Website   Quote dan BalasQuote

rina_emisya
Warga Rasmi
Menyertai: 09.04.2004
Ahli No: 8309
Posting: 3
Dari: pj selangor

Kedah  


posticon Posting pada: 20-04-04 11:46


Aminn.......

Bookmark and Share

    


  Member Information For rina_emisyaProfil   Hantar PM kepada rina_emisya   Pergi ke rina_emisya's Website   Quote dan BalasQuote

salleh_y
Warga 4 Bintang
Menyertai: 05.06.2003
Ahli No: 1068
Posting: 215
Dari: :: Tanah ++ ::

china  


posticon Posting pada: 20-04-04 12:14


..
oo..sape la penerima surat tu ek?
mesti seorg yg best kan..i-allah..
yg baik akan dpt yg baik...

-----------------
Senaraikan Laman Web Islam Disini


Bookmark and Share

    


  Member Information For salleh_yProfil   Hantar PM kepada salleh_y   Pergi ke salleh_y's Website   Quote dan BalasQuote

muslimah_solehah2004
Warga Rasmi
Menyertai: 19.04.2004
Ahli No: 8488
Posting: 12
Dari: UTM skudai

Kedah  


posticon Posting pada: 20-04-04 12:48



emm bagus surat ni......
semoga kita dapat sama2 amik iktibar.....
jadikan sempadan kita dlm berhubungan....
insyaAllah

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah_solehah2004Profil   Hantar PM kepada muslimah_solehah2004   Quote dan BalasQuote

pLatipus
WARGA SETIA
Menyertai: 23.12.2003
Ahli No: 5915
Posting: 863
Dari:

Bumi Allah Yg Suci

saudiarabia  


posticon Posting pada: 23-04-04 14:37




Khas kepada kalian
yang wanita menginginkan suami yang soleh begitu juga dgn Lelaki inginkan kehidupan diserikan dengan Isteri yang solehah... yang mampu menjaga maruah suami dan maruah dirinya...

lelaki juga inginkan seorang isteri yang mampu menyerahkan seluruh jiwa dan raganya untuk berbakti kepada suaminya... sanggup mengharungi kesusahan untuk membina keluarga...

lelaki juga amat takuti calon isteri yang kasih padanya hanya kerana harta aksesori pakaian dan sebagainya....

Lelaki inginkan kebahagiaan dalam rumah tangga yang disirami dgn cahaya kehadiran anak-anak....
anak-anak yang taat kepada ibu dan ayah...

bagi lelaki kehidupan berumahtangga adalah rahmat Allah... jadi, binalah rumahtangga berlandaskan keimanan dan ketaqwaan...

p/s : Jangan memilih sangat jodoh nie.... tak kira tua 2,3,4,5,6 tahun ker muda 2,3,4,5,6 tahun ker .... itu semua tak menjadi peranan. yang penting iman dihati itu yang menjadi ukuran....


Bookmark and Share

    


  Member Information For pLatipusProfil   Hantar PM kepada pLatipus   Pergi ke pLatipus's Website   Quote dan BalasQuote

ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 14.12.2003
Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 23-04-04 20:21




aminnn... mudah2an...

errmm.. betul tuh ayat platipus..

-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_atikahProfil   Hantar PM kepada ismi_atikah   Quote dan BalasQuote

mukmeen
Warga 1 Bintang
Menyertai: 07.04.2004
Ahli No: 8263
Posting: 31
Dari: perak

Perak  


posticon Posting pada: 26-04-04 14:15


assalamuaikum
wah menarik..gak surat ni...harap kita smeua cepat kawin agr terselamat dr mehnah

Bookmark and Share

    


  Member Information For mukmeenProfil   Hantar PM kepada mukmeen   Pergi ke mukmeen's Website   Quote dan BalasQuote

darul_numan81
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 239
Posting: 1548
Dari: Batu Pahat,Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 26-04-04 15:40




terima kasih kepada yg sudi membaca dan menghayati warkah dari ana ni. Siapa yg nak cetak rompak warkah ni, silakan.. ana tak kisah.. tapi ana sedih sebab ada yg kata ana cetak rompak warkah ni. Ikhlas ana katakan.. warkah ini adalah hasil tulisan ana sendiri.

harap maklum

p/s: saja buat karya dlm bentuk surat.. nak cari kelainan
wassalam

-----------------
Kehidupan adalah satu ujian...

Bookmark and Share

    


  Member Information For darul_numan81Profil   Hantar PM kepada darul_numan81   Pergi ke darul_numan81's Website   Quote dan BalasQuote

puteri_nur
Warga 1 Bintang
Menyertai: 31.12.2003
Ahli No: 6112
Posting: 26
Dari: Bumi Allah yang luas

Johor   avatar


posticon Posting pada: 26-04-04 15:52


sekiranya dia telah tercipta untuk diriku maka...
ikatlah hati kami untuk terus melayari bahtera kehidupan...
sekiranya ia bukan untuk dirioku...
tabahkan hatiku ini untuk menerima segala ujian dariMu ya Allah....

Bookmark and Share

    


  Member Information For puteri_nurProfil   Hantar PM kepada puteri_nur   Quote dan BalasQuote

Hanan

Menyertai: 13.05.2003
Ahli No: 4
Posting: 3991

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 26-04-04 17:20


Quote:
terima kasih kepada yg sudi membaca dan menghayati warkah dari ana ni. Siapa yg nak cetak rompak warkah ni, silakan.. ana tak kisah.. tapi ana sedih sebab ada yg kata ana cetak rompak warkah ni. Ikhlas ana katakan.. warkah ini adalah hasil tulisan ana sendiri.



Jangan sedih kak Alin, orang tu terpukau kot sebab tu tak percaya kak Alin ni berbakat besar.. Ana akan cetak rompak bila dah jumpa orang yang nak diberikan surat ni.. heheh

Platipus, tak sangka anta pun pandai bermadah ye.. di sebalik penguinmu, rupanya ada bakat terpendam..

-----------------



Hargai semasa ada....

Bookmark and Share

    


  Member Information For HananProfil   Hantar PM kepada Hanan   Pergi ke Hanan's Website   Quote dan BalasQuote

waaz04
Warga 4 Bintang
Menyertai: 05.02.2004
Ahli No: 7020
Posting: 205
Dari: pahang

Pahang  


posticon Posting pada: 26-04-04 17:22


rasanya cetak rompak kot...hmm pernah baca lah cerpen ni..kat mana ek ..nanti nak carik bukti dulu....

ahaaaa tau dah!!!!!1 pernah baca hasil nukilan darulnuman

sah dikata lawak bodoh ni

Bookmark and Share

    


  Member Information For waaz04Profil   Hantar PM kepada waaz04   Quote dan BalasQuote

ummuhatim
Warga 1 Bintang
Menyertai: 28.04.2004
Ahli No: 8668
Posting: 40
Dari: kedah,

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 28-04-04 16:30


....
ameeenn..sama-samalah kita berdoa...


JoDoH PeRTEmuAn DI tANgaN TUhaN...NaMun IKhTiAr Mesti ADa....

AllahummarzuknizaujanSholihan.... ameen

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummuhatimProfil   Hantar PM kepada ummuhatim   Quote dan BalasQuote

pLatipus
WARGA SETIA
Menyertai: 23.12.2003
Ahli No: 5915
Posting: 863
Dari:

Bumi Allah Yg Suci

saudiarabia  


posticon Posting pada: 28-04-04 17:50




Andai diriku ini seekor Penguin..
dimana ia berjalan terkedek-kedek...
namun ianya tetap mempunyai naluri kasih dan sayang.....
dimana-mana adanya kasih sayang.....
seperti kasihnya pLatipus kepada penguin, Harimau, Kuciin, Semut, dan Ukhwah.com...

Cinta dan Kasih yg tersemat dihati ini hanyalah untuk Allah.....
Aku ini hanyalah insan yg mempunyai background silam yg hitam....
masih mencari seseorang yang mampu memberikan sinar untuk aku meneruskan hidup yang masih tidak tahu hujung pangkal nya...


Bookmark and Share

    


  Member Information For pLatipusProfil   Hantar PM kepada pLatipus   Pergi ke pLatipus's Website   Quote dan BalasQuote

urbanlegend
Warga 2 Bintang
Menyertai: 06.04.2004
Ahli No: 8237
Posting: 45
Dari: -

Johor   avatar


posticon Posting pada: 04-05-04 12:37


tahniah........selangkah anda menapak ke alam kedewasaan.....sedikit sebanyak anda menyempurnakan matlamat hidup anda.....semoga anda bahagia di dunia dan akhirat.......

Bookmark and Share

    


  Member Information For urbanlegendProfil   Hantar PM kepada urbanlegend   Pergi ke urbanlegend's Website   Quote dan BalasQuote

muslimah_87
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.01.2004
Ahli No: 6527
Posting: 221
Dari: UM

Johor  


posticon Posting pada: 02-06-04 03:34


AMIN.....mintak2 dimakbulkan,permintaan saudari2...

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah_87Profil   Hantar PM kepada muslimah_87   Quote dan BalasQuote

ZahRaTuL_RaiHaNaH81
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 17.05.2003
Ahli No: 426
Posting: 861
Dari: .: SaBah :.

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 04-06-04 00:40




insyaallah tu..termakbul doa awak tu..





-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For ZahRaTuL_RaiHaNaH81Profil   Hantar PM kepada ZahRaTuL_RaiHaNaH81   Quote dan BalasQuote

Hanan

Menyertai: 13.05.2003
Ahli No: 4
Posting: 3991

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 04-06-04 00:48




Kak alin tak ada warkah baru untuk suamiku pula ke..
Tahniah setahniah2nya...

-----------------



Hargai semasa ada....

Bookmark and Share

    


  Member Information For HananProfil   Hantar PM kepada Hanan   Pergi ke Hanan's Website   Quote dan BalasQuote

anakhasanah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.02.2004
Ahli No: 7077
Posting: 259

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 15-08-05 01:25


ermmmm

Bookmark and Share

    


  Member Information For anakhasanahProfil   Hantar PM kepada anakhasanah   Pergi ke anakhasanah's Website   Quote dan BalasQuote

zulman

Menyertai: 22.12.2004
Ahli No: 13229
Posting: 2786
Dari: dunia ini hanya sementara

Perak   avatar


posticon Posting pada: 15-08-05 01:33


emmm satu warkah yang jujur..realistik dan penuh jawapan .. terutamanya golongan lelaki seperti ana ni....

Bookmark and Share

    


  Member Information For zulmanProfil   Hantar PM kepada zulman   Quote dan BalasQuote

lubaina
WARGA SETIA
Menyertai: 15.02.2005
Ahli No: 14387
Posting: 1007
Dari: AntARa LanGit DaN bUMi...entahlah....

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 15-08-05 17:14


moga bertemu...dan disatukan
dalam iktan yang sah..

Bookmark and Share

    


  Member Information For lubainaProfil   Hantar PM kepada lubaina   Quote dan BalasQuote

ZahRaTuL_RaiHaNaH81
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 17.05.2003
Ahli No: 426
Posting: 861
Dari: .: SaBah :.

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 20-08-05 14:47


:lol: assalamualaikum...

SEMOGA aku MNDAPAT SEORANG SUAMI YANG DAPAT MENERIMAKU DENGAN SEADANYA..AMIN.... :-)


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For ZahRaTuL_RaiHaNaH81Profil   Hantar PM kepada ZahRaTuL_RaiHaNaH81   Quote dan BalasQuote

laila_qaisy
Warga 3 Bintang
Menyertai: 23.07.2005
Ahli No: 17496
Posting: 74
Dari: punck perdana,u10

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 20-08-05 15:28


AMINNNNNNNNN

Bookmark and Share

    


  Member Information For laila_qaisyProfil   Hantar PM kepada laila_qaisy   Quote dan BalasQuote

wardahZaaba
Warga Rasmi
Menyertai: 02.08.2005
Ahli No: 17761
Posting: 7
Dari: marang terengganu

blank   avatar


posticon Posting pada: 21-08-05 10:44


kl kat nak yang terbaik jdkanlah dari kat yang terbaik sebab janji allah psti tiba yang baik untuk yang baik..ana nak yang terbaik untuk bmbing diri ke jlnNya tapi..sediakan dari sebagai yang terbaik..INSYA ALLAH

Bookmark and Share

    


  Member Information For wardahZaabaProfil   Hantar PM kepada wardahZaaba   Quote dan BalasQuote

srikandi_impian
Warga 2 Bintang
Menyertai: 03.09.2004
Ahli No: 10903
Posting: 52
Dari: UTM

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 21-08-05 11:37


"lelaki yang soleh adalah untuk wanita yang solehah...begitu juga sebaliknya"

mudah-mudahan ALLAH memberkati jodoh kita semua

Bookmark and Share

    


  Member Information For srikandi_impianProfil   Hantar PM kepada srikandi_impian   Quote dan BalasQuote

farhanna
WARGA SETIA
Menyertai: 11.12.2004
Ahli No: 12997
Posting: 1672
Dari: Sabah

Sabah  


posticon Posting pada: 22-08-05 10:48


jangan dapat suami Soleh atas nama saja : Soleh bin Ali :)

Bookmark and Share

    


  Member Information For farhannaProfil   Hantar PM kepada farhanna   Pergi ke farhanna's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.115593 saat. Lajunya....