Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 19-04-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Tiada apa yang paling berharga di dunia ini selain dari kebahagiaan..tiada apa yang paling memilukan selain dari kesedihan
-- Seminar

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 64
Ahli: 0
Jumlah: 64




  Yang Masuk Ke Sini
Kang: 13 hari yang lalu
lidah-penghunus: 15 hari yang lalu
muslimin23: 23 hari yang lalu


Pengetahuan Am
Topik: Silaturrahim…Panjangkan Usia


Carian Forum

Moderator: Administrator, syemarly
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Pengetahuan Am
    »» Silaturrahim…Panjangkan Usia

Please Mendaftar To Post


Oleh Silaturrahim…Panjangkan Usia

nuraini
WARGA SETIA
Menyertai: 02.07.2003
Ahli No: 1900
Posting: 1110
Dari: ***Anti-KekejamaN WaNiTa***

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 01-04-04 09:17


...

Silaturrahimi ibarat satu tali yang mengikat seorang Islam dengan orang Islam yang lain. Apabila silaturrahim terjalin, maka terbentuklah satu rangkaian besar umat Islam yang bakal mengukuhkan sesebuah komuniti Islam. Disebabkan itu, silaturrahim antara perkara yang diberikan keutamaan dalam kehidupan masyarakat.

Allah swt berfirman yang bermaksud,

“sebenarnya orang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu, dan bertakwalah kamu kepada Allah swt supaya kamu beroleh rahmat”. (al-hujurat)

selain itu, Rasulullah saw menegaskan dalam sabda baginda,

“Dan orang yang paling erat hubungan silaturrahimnya (sesama keluarga atau saudaranya). Dan orang yang paling banyak mengajak kepada kebaikan serta orang yang paling banyak dalam melarang berbuat kemungkaran”. (Riwayat At-Thabrani)

Inilah asas bersilaturrahim atau bersaudara dalam Islam kerana manausia tidak mungkin hidup bersendirian tanpa keluarga, kawan sahabat, jiran dan masyarakat. Malah ajaibnya silaturrahim kerana ia mampu memanjangkan umur seseorang…!

Diriwayatkan pada suatu ketika, Malaikat Maut datang kepada Nabi Daud. Pada masa itu, kelihatan seorang lelaki duduk di depannya. Malaikat Maut berkata:
"Enam hari lagi, orang ini akan dicabut nyawanya"… Bagaimanapun, selepas beberapa hari, Nabi Daud menjeguk lelaki itu yang ternyata masih hidup, bahkan keadaanya bertambah sihat. Lelaki itu kelihatan lebih muda berbanding sebelumnya. Nabi Daud pun bertanya kepada Malaikat Maut: “Mengapa demikian (dia masih hidup) sedangkan katamu tinggal enam hari saja lelaki itu akan dicabut nyawanya?”..malaikat Maut menjawab: “ketika itu, selepas beredar dari hadapanmu, dia sudah menyambung silaturrahimnya yang sudah lama terputus, maka Allah menambahkan umurnya hingga 20 tahun lagi”..




*********************************************
Sumber:- NUR



Bookmark and Share

    


  Member Information For nurainiProfil   Hantar PM kepada nuraini   Quote dan BalasQuote

qalbun_nisa
Warga 2 Bintang
Menyertai: 18.05.2003
Ahli No: 487
Posting: 63
Dari: ntah

Sabah  


posticon Posting pada: 07-04-04 12:21


bismillahir rahmanir rahim
assalamu 'alaikum w.b.r.

nak kongsi satu citer. saya pernah dengar dalam satu tazkirah, mengenai umat nabi musa, sesat di ladang anggur selama 40 tahun kerana dosa seorang daripada mereka. setelah sekian lama memohon ampun, Allah tetap murka kepada mereka dan mereka tidak boleh keluar dari ladang anggurtersebut. Nabi Musa memohon ampun dan bertanya kepada Allah kenapa Dia enggan mengampunkan dia dan kaumnya, tetapi Allah enggan menjawab soalan nabi Musa a.s. sampailah satu ketika, Allah berkehendakkan hidayah kepada nabi Musa, seekor semut menggigit baginda sewaktu baginda sedang tidur di atas sebatang pokok. Nabi Musa terjaga dalam keadaan marah dan terus membunuh semut tersebut, tidak cukup dengan itu nabi Musa terus mencari sarang semut tadi dan membakarnya. Allah bertanya kepada nabi Musa kenapa baginda membakar sarang semut tersebut. Setelah memberitahukan hal seekor semut yg telah menggigitnya tadi, fahamlah nabi Musa begitulah jua perihalnya baginda dan kaumnya. kerana seorang mereka semua kena. Bila kita kaitkan peristiwa ni dengan silaturrahim, kita dapati inilah antara kebaikan dan kepentingan silaturrahim, iaitu sama2 saling menegur dan ingat-memperingatkan..saling amik berat..sebab kita gak ada 'share'. macam dlm hadith baginda s.a.w. muslimin tu macam badan, klu demam, semua anggota lain pun takleh tido. kan? wallahu a'lam...

-----------------
Tuhan..
Dosaku menggunung tinggi..
Tapi rahmatMu melangit meluas...
Harga selautan syukurku...
hanya setitis NikmatMu di bumi...
Tuhan selangkah ku dekat padaMu...
seribu langkah Kau dekat padaku...


Bookmark and Share

    


  Member Information For qalbun_nisaProfil   Hantar PM kepada qalbun_nisa   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.099956 saat. Lajunya....