Hikmah Pengharaman Babi Dalam kesempatan ini, saya cuba bawakan kejadian yang berlaku ketika Imam Muhammad Abduh mengunjungi Perancis. Mereka bertanya kepadanya mengenai rahasia diharamkan babi dalam Islam. Mereka bertanya kepada Imam, "Kalian (umat Islam) mengatakan bahawa babi haram, kerana ia memakan sampah yang mengandung cacing pita, dan bakteria-bakteria lainnya. Hal itu sekarang ini sudah tidak ada. Kerana babi diternak dalam penternakan moden, kebersihan terjamin, dan proses sterilisasi yang mencukupi. Bagaimana boleh babi-babi itu dijangkiti cacing pita atau bakteria lainnya.?"
Imam Muhammad Abduh tidak langsung menjawab pertanyaan itu, dan dengan kecerdikannya beliau meminta mereka membawa dua ekor ayam jantan serta satu ayam betina, dan dua ekor babi jantan serta satu babi betina.
Mengetahui hal itu, mereka bertanya, "Untuk apa semua ini?" Beliau menjawab, "Penuhi permintaan saya, akan saya tunjukkan satu rahsia."
Mereka memenuhi apa yang beliau pinta. Kemudian beliau memerintahkan agar melepaskan dua ekor ayam jantan bersama satu ekor ayam betina dalam satu kandang. Kedua ayam jantan itu berkelahi dan saling membunuhbagi mendapatkan ayam betina untuk dirinya sendiri, hingga salah satu hampir tewas. Beliau lalu memerintahkan agar mengurung kembali kedua ayam tersebut.
Kemudian beliau memerintahkan mereka untuk melepaskan dua ekor babi jantan bersama dengan satu babi betina. Kali ini mereka menyaksikan keanehan. Babi jantan yang satu lagi membantu temannya sesama jantan untuk melaksanakan hajat seksualnya, tanpa rasa cemburu, tanpa harga diri atau keinginan untuk menjaga babi betina dari temannya.
Seterusnya beliau berkata, "Saudara-saudara, daging babi membunuh 'ghairah' orang yang memakannya. Itulah yang terjadi pada kamu sekalian. Seorang lelaki dari kalian melihat isterinya bersama lelaki lain, dan membiarkannya tanpa rasa cemburu, dan seorang bapa di antara kalian melihat anak perempuannya bersama lelaki asing, hanya membiarkannya tanpa rasa cemburu, dan was-was, kerana daging babi itu menularkan sifat-sifatnya pada orang yang memakannya."
Kemudian beliau memberikan contoh yang baik sekali dalam syariat Islam. Iaitu Islam mengharamkan beberapa jenis ternakan dan haiwan lain yang berkeliaran di sekitar kita, yang memakan kotorannya sendiri. Syariah memerintahkan bagi orang yang ingin menyembelih ayam, itik atau angsa yang memakan kotorannya sendiri agar mengurungnya selama tiga hari, memberinya makan dan memperhatikan apa yang dimakan oleh haiwan itu. Hingga perutnya bersih dari kotoran-kotoran yang mengandung bakteria. Kerana penyakit ini akan berpindah kepada manusia, tanpa diketahui dan dirasakan oleh orang yang memakannya. Itulah hukum Allah, seperti itulah hikmah Allah.
Penyakit yg boleh terkena Ilmu pengetahuan moden telah mengungkapkan banyak penyakit yang disebabkan memakan daging babi. Sebagian darinya disebutkan oleh Dr. Murad Hoffman, seorang Muslim Jerman, dalam bukunya "Pergolakan Pemikiran: Catatan Harian Muslim Jerman", halaman 130-131: "Memakan daging babi yang dijangkiti cacing babi bukan hanya berbahaya, tetapi juga menyebabkan meningkatnya kandungan kolestrol dan memlambatkan proses penguraian protein dalam tubuh, yang mengakibatkan kemungkinan terserang kanser usus, iritasi kulit, enzim, dan rheumatik. Bukankah sudah kita ketahui, virus-virus influenza yang bahaya hidup dan berkembang pada musim panas kerana medium babi?"
Dr. Muhammad Abdul Khair, dalam bukunya Ijtihâdât fi at Tafsîr al Qur'an al Karîm, halaman 112, menyebutkan beberapa penyakit yang disebabkan oleh daging babi: "Daging babi mengandung benih-benih cacing pita dan cacing trachenea lolipia. Cacing-cacing ini akan berpindah kepada manusia yang memakan daging babi tersebut. Patut dicatat, hingga saat ini, generasi babi belum terbebas dari cacing-cacing ini. Penyakit lain yang ditularkan oleh daging babi banyak di antaranya:
1. Kolera babi. Iaitu penyakit berbahaya yang disebabkan oleh virus
2. Keguguran nanah, yang disebabkan oleh bakteri prosillia babi.
3. Kulit kemerahan. Yang menyebabkan kematian dalam beberapa kes, dan yang kedua menyebabkan gangguan pada sendi.
4. Pengelupasan kulit.
Fakta lain Fakta-fakta berikut cukup membuat seseorang untuk segera menjauhi babi:
1. Babi adalah haiwan yang rakus dalam bab makan hingga tidak tertanding haiwan lain. Ia makan semua makanan di depannya. Jika perutnya telah penuh atau makanannya telah habis, ia akan memuntahkan isi perutnya dan memakannya semula untuk memuaskan kerakusannya. Tidak akan berhenti makan.
2. Ia memakan semua yang boleh dimakan di hadapannya. Memakan najis apa pun di depannya, tak kira najis manusia, haiwan atau tumbuhan, bahkan najisnya sendiri, hingga tidak ada lagi yang boleh dimakan di hadapannya.
3. Ia mengencingkan najisnya dan memakannya
4. Ia adalah haiwan mamalia satu-satunya yang memakan tanah, memakannya dalam jumlah besar dan dalam waktu lama, jika dibiarkan.
5 Kulit orang yang makan babi akan mengeluarkan bau yang tidak sedap.
6. Penelitian ilmiah moden di dua negara Timur dan Barat, iaitu Cina dan Swedan --Cina majoriti penduduknya penyembah berhala, sedangkan Swedan majoriti penduduknya sekular-- menyatakan: daging babi merupakan penyebab utama kanser anus dan kolon. Peratus penderita penyakit ini di negara-negara yang penduduknya memakan babi, meningkat secara drastik. Terutama di negara-negara Eropah, dan Amerika, serta di negara-negara Asia (seperti Cina dan India). Sementara di negara-negara Islam, peratusannya amat rendah, sekitar 1/1000.
Kesimpulannya Kini kita tahu betapa besar hikmah Allah mengharamkan daging dan lemak babi. Untuk pengetahuan bersama, pengharaman tersebut tidak hanya daging babi saja, namun juga semua makanan yang diproses dengan lemak babi, seperti beberapa jenis gula dan coklat, juga beberapa jenis roti. Kesimpulannya, semua hal yang menggunakan lemak haiwan hendaklah diperhatikan sebelum dimakan. wallahualam.
-----------------
Kehidupan adalah satu ujian...