Oleh |
Tolong la jawab... |
Zulhilmi
Warga 1 Bintang Menyertai: 11.03.2004 Ahli No: 7887
Posting: 23
Dari: Selayang Baru
|
Posting pada: 18-03-04 14:39
 ...
Buat warga ukhwah...
saya ada satu persoalan nak tanya...
Apa dia perbezaan antara Syiar dan Syariat islam? Adakah dedua-duanya saling berkait atau tiada langsung perkaitan antara keduanya?
Minta la siapa yang arif tolong jawab pasal saya tak tau jawapannya.
|
khalifah1928
Warga Rasmi Menyertai: 11.01.2004 Ahli No: 6384
Posting: 19
Dari: Perak
|
Posting pada: 19-03-04 04:36
ana hanya nak jawab ringkas sahaja, untuk permulaan.
Syiar tu contohnya macam Masjid. Misalnya, apabila terdapatnya masjid di sesebuah kampung, maka orang akan membuat gambaran bahawa adanya orang islam di kampung tersebut.
Manakala, Syariat pula adalah lebih merujuk kepada hukum-hukum agama, suruhan dan larangan ALLAH. Atau dlm erti kata yang lain sebagai garis panduan hidup, contohnya spt sembahyang, puasa, hukum hudud. ini semua adalah merupakan syariat.
Kedua-duanya memainkan peranan yang penting dalam perkembangan Islam.Seperti Masjid, ianya dapat menunjukkan bahawa kegemilangan Islam telah tersebar di sesuatu tempat. Makna kata, syiar ini adalah untuk menunjukkan kegagahan Islam kepada musuh2nya. Manakala, syariat lebih kepada perlaksanaan pengabdian diri kepada ALLAH SWT.
wallahu'alam
|
soff-one
Warga 2 Bintang Menyertai: 19.12.2003 Ahli No: 5828
Posting: 47
Dari: Bocholt, Germany
|
Posting pada: 03-04-04 22:17
ana stuju sedikit banyak2 ngan khalifah1928 tuuu.....
sini ana nak tambah sedikit,iaitu hikmah syariat@perundangan Islam:
1.mengenal,mengesa,memuji Allah swt.juga menyifatkanNya dgn sifat2 yang sempurna,sifat2 yang wajib bagiNya yang mustahil dan juga sifat2 yang harus padanya.
2.mengetahui cara dan bentuk pelaksanaan ibadah yang mengandungi tujuan2 seperti kaedah memuji dan bersyukur kepadaNya.
3.menyuruh kearah melakukan amal ma'ruf dan nahi mungkar disamping menghias peribadi diri degan akhlak islamiah,amalan2 sunat,dan berlumba-lumba dalam melakukan perkara tersebut.
4.menghapuskan perbuatan mungkar dan maksiat degan menerapkan undang2 jinayat bagi setiap amal kejahatan yg dilakukan dan juga menanam rasa takut@bersalah jika melakukannya.
selain itu hikmah bagi wujudya syiar bagi ana adalah seperti adanya logo bagi kumpulan2, jata@bendera bagi sesebuah negara,atau seperti adanya pakaian bagi manusia untuk menunjukkan bahawa dia itu masih 'orang'
|