Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti :: Ukhwah.com
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Profil Liputan Media Impian & Harapan Hubungi Kami Laman Peribadi  








Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

Mutiara Kata
Kita adalah kaum yang dimuliakan oleh Allah dengan Islam, jikalau kita mencari kemuliaan selain dari kemuliaan yang diberi oleh Allah, maka Allah akan menghinakan kita
-- -- Pesan Saidina Umar semasa pembukaan Kota Baitul Maqdis

Menu Utama

Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 49
Ahli: 0
Jumlah: 49




Yang Masuk Ke Sini
nasiruddin: 3 hari yang lalu
Kang: 22 hari yang lalu
lidah-penghunus: 24 hari yang lalu
muslimin23: 32 hari yang lalu


[ Mari BERSELAWAT kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Ukhwah.com ini ]




Cerpen
Topik: hembusan London....(2)


Carian Forum

Moderator: Administrator, NaZa_FirmaN
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Cerpen
    »» hembusan London....(2)

Please Mendaftar To Post


Oleh hembusan London....(2)

fauzah
Warga 1 Bintang
Menyertai: 21.01.2004
Ahli No: 6656
Posting: 21
Dari: bumi

Johor  


posticon Posting pada: 10-03-04 09:27


okey, say smbungkan

Sepanjang perjalanan aku hanya berdiam diri sambil menyaksikan pemandangan yang mengasyikkan. Masa Autumn menjanjikan panaroma yang boleh memukau sesiapa yang melihatnya, lebih-lebih lagi orang macam aku yang baru pertama kali menjejakkan kaki disini. Ah! Kenapa aku macam orang jakun ni? Aku melihat Idah. Dia hanya membatu sambil melihat keluar. Hmmm nampaknya bukan aku sorang. Fuh! Lega rasanya, tak adalah macam orang jakun, Idah pun terpesona dengan permandangan disini. Indahnya ciptaan tuhan buat hambanyauntuk difikirkan dan dirasakan.
“ Jauh ke rumah Idah?” aku memulakan perbualan setelah lama dihimpit kesunyian.
“tak adalah jauh sangat 15 minit lagi sampailah” jawab Idah.
“lupa pula nak tanya, Aini ambil kos apa?” tanyanya sambil menoleh ke belakang.
“kos kedoktoran” jawabku. “wow, kedoktoran di Oxford, memang pandailah Aini ni” kata Idah terkejut. “ Alaa awak tu apa kurangnya belajar kat Oxford juga kan? Bahagian pergigian” ujarku balik. Idah ketawa. “emmm, Izwan buat apa sekarang?” tanyaku kekok. Malu rasanya nak bercakap dengan dia, sebab peristiwa tadilah!!! “ oh, izwan sekarang kerja”
“kerja? Kat mana?” tanyaku lagi
Izwan tersenyum. Senyuman menawan…Alamak!! Boleh cair sesiapa yang memandang!!
“ kat bank Natwest disini”. Aku hanya mengangguk. Kerja di bank. kesunyian bertapak semula.
“Aini nak tanya satu soalan boleh tak?” tanya Idah. Aku mengangguk.
“Dulu dengar Aini dapat 3A jer, kenapa boleh masuk Oxford?”tanya Idah pelik. Aku tergelak. “Oh! yang tu” aku hanya tersenyum. “nanti Aini cerita ye” aku menjawab kembali. Aku memutar memori silam.

“ Ibu ayah, Aini dapat 3A je” laungku apabila sudah memasuki perut rumah. “Apa!!!” jerit ayahku. Aku membuat muka selamba. “Mana slip?” tanya ayahku lagi. “tak ambil” jawabku. “Macamana tak dapat 3A…Aini selalu main”geleng ibuku. Aku hanya membuat muka selamba. “ ni nak masuk u mana ni?” tanya ayahku kembali. Aku mengangkat bahu. Ayah menggeleng. Ibuku pula hanya tunduk.

Seluruh kampong tahu aku hanya mendapat 3A dalam masa sehari aja. kampunglah katakan.. Berita-berita memang cepat tersebar, lebih-lebih lagi aku ni anak ketua kampong.

Ada satu kali aku menolong untuk membuat persiapan kahwin sseorang penduduk kat kampong. “kau tau tak bedah anak si Aminah tu dapat 3A je” mula makcik timah seakan membisikkan pada telinga makcik bedah. Huh ! nak bisik konon, cakap punya kuat. Bisikku menyampah. Aku yang berada dihadapan mereka hanya mendiamkan diri.
“Tau, entah macamana si Aminah tu ajar anak dia” jawab mak bedah.
“tengok macam anak aku tu si Rizman, 4A lagi banyak dari anak aminah tu” sambung mak Bedah. berdesing telingaku pada waktu itu .

“Eleh kalau setakat 4A tu satu je lebih” akhirnya lancar juga mulutku untuk menjawab. Mak bedah dan mak cik timah merenungku bagai nak telan aku hidup-hidup. “Macamana mak awak ajar awak hah? Biadap terhadap orang tua” marah mak Bedah. Aku berbuat selamba. Semua mata tertumpu pada mak Bedah. “ dah lah tu bedah tak usah layan budak macam ni” pujuk mak cik zidah. Mak cik zidah memang baik…sayang mak cik zidah.”Hei kau jangan nak berangan nak kahwin dengan anak aku si Rizman tu tau tak, tak kuasa aku nak kau jadi menantu” marah mak bedah lagi sambil cuba melepaskan diri dari gengaman mak cik zidah. “Aku tau kau tergila-gilakan si rizman tu” sambung mak bedah lagi. Nafasnya turun naik.

“Aini tergila-gilakan rizman? Eh sebenarnya anak mak bedah yang tergila-gilakan saya tau, lagipun siapa kata saya nak kahwin dengan si Rizman tu, tak kuasa” jawab ku menyilangkan tangan. Tiba-tiba diriku ditarik sepasang tangan. “dahlah tu jangan lawan cakap dengan orang tua-tua” bisik ibuku. “pergi balik rumah” suruhnya lagi. Aku mengangguk lalu meniggalkan tempat itu. aku menysuri denai-denai untuk sampai kerumahku. Selepas itu aku tidak tahu apa yang berlaku yang pastinya malam itu ayahku balik terus memarahi aku. Aku hanya mendiamkan diri. Ibu cuba untuk menenangkan keadaan dengan membela diriku.Ini semua pasal mak bedah tulah, kalau tak, tak adalah aku nak menjawab.Aku menyampah betul.

Tiga minggu selepas kejadian tersebut tiba-tiba ada surat tawaran sampai kerumahku. Ibukulah orang pertama melihat surat tersebut. Dan terus berlari menuju kebilikku. Aku pada masa itu baru bangun tidur. “Aini, Aini tengok ni ada surat tawaran” ujar ibuku gembira. “hmmm…” aku yang baru bangun tidur teramat terkejut dengan kedatangan ibuku. “ni surat tawaran bacalah” desak ibuku lagi.”yelah” jawabku smbil menguap. Setelah beberapa lama aku membaca tiba-tiba mataku terbeliak. “Ibu ni surat tawaran untuk ke universiti Oxford” aku menjerit kegembiraan. “Oxford??” ibuku pelik. “tapi keputusan Aini” Aku terrgelak. Ibu bingung.

“ macamni ibu… “ aku menarik nafas dalam-dalam. “ sebenarnya Aini dapat 12A1, bukan 3A” terangku. “12A1? Ibuku menjerit seakan tidak percaya. “ tak percaya?” tanyaku. Ibu menggeleng. Aku terus bangkit lalu menuju ke meja belajar. Setelah lama aku menyelak fail-fail yang berada diatas meja akhirnya aku terjumpa slip SPMku. “nah ibu tengoklah” aku menunjukkan pada ibuku. “12A1 betullah” ujar ibuku setelah lama meneliti slip tersebut. “Kenapa Aini tak beritahu awal-awal?” tanya ibuku. “Saja” ujarku selamba. Ibu terus memelukku erat. “Eh ibu Aini tak boleh bernafas ni” ujarku. Ibuku melepaskan pelukannya. Ibu menangis? “ibu kenapa ibu nangis?” tanyaku. “ni nangis gembiralah Aini”ujar ibuku. Aku tersenyum lalu memeluk ibuku. Sayang ibu!! Ayahku terus membuat majlis kesyukuran setelah mengetahui kedudukanku yang sebenar.Puas hatiku apabila melihat muka mak bedah pucat. Baru dia tahu sekarang.

Idah tergelak. “kenapalah Aini cakap dapat 3A je”
“saje” jawabku. “oh ya, bila daftar?” tanya Idah setelah habis ketawanya. “seminggu lagi” jawabku. “okey seminggu tu boleh kite pergi bersiar-siar di London ni” anjur Idah. “boleh juga tapi esok ye mula bersiar-siar” kataku. “ yelaa kalau Idah bawa Aini bersiar-siar sekarang ada nak kena marah mak”
Aku menuju ke tingkap. Suasana diluar sunyi. “nanti petang baru ada budak-budak main” kata Idah seakan faham apa yang kufikirkan. “sekarang ni semua kat sekolah” sambungnya lagi. “Best tak duduk sini?” tanyaku. “best, Cuma tak sebest kat tanah air sendiri” jawab Idah. “mestilah, hujan emas dinegeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri” ujarku. Idah tersenyum.

“Idah, Aini, turun makan tengahhari” laung makcikku.
“jom” ajak Idah.
“makan apa untuk tengah hari?” tanyaku.
“nasilah”
“nasi?”
Bersambung…



Bookmark and Share

    


  Member Information For fauzahProfil   Hantar PM kepada fauzah   Quote dan BalasQuote

Engku_Salina

Menyertai: 13.05.2003
Ahli No: 5
Posting: 462
Dari: Terengganu - KL

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 10-03-04 11:08




tolong sambung kat topik yg sama ya...
tak perlu buka topik baru...
harap maklum!!!

-----------------
Hai org-org yang beriman, jika datang kpdmu org fasik membawa suatu berita maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui kdaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu. (Al-Hujurat

Bookmark and Share

    


  Member Information For Engku_SalinaProfil   Hantar PM kepada Engku_Salina   Pergi ke Engku_Salina's Website   Quote dan BalasQuote

fauzah
Warga 1 Bintang
Menyertai: 21.01.2004
Ahli No: 6656
Posting: 21
Dari: bumi

Johor  


posticon Posting pada: 10-03-04 11:24




okey tq 4 de reminder....

Bookmark and Share

    


  Member Information For fauzahProfil   Hantar PM kepada fauzah   Quote dan BalasQuote

alabrar
Warga 1 Bintang
Menyertai: 21.01.2004
Ahli No: 6654
Posting: 39
Dari: bumi

brunei  


posticon Posting pada: 18-03-04 21:13


bile nak sambung nie???



[ Posting ini telah di edit oleh: alabrar pada 2004-03-18 21:15 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For alabrarProfil   Hantar PM kepada alabrar   Quote dan BalasQuote

fauzah
Warga 1 Bintang
Menyertai: 21.01.2004
Ahli No: 6656
Posting: 21
Dari: bumi

Johor  


posticon Posting pada: 18-03-04 21:16


sambungan.....

Selama seminggu tersebut kami berpusing-pusing di kota London. Kesibukan disini tidak ubah seperti di Kuala Lumpur. Kami melawati safari zoo yang menepatkan pelbagai binatang, legoland, dan pelbagai tempat lagi. Seminggu tidak cukup untuk berpusing di sekitar London. Setelah seminggu berlalu tiba masa untuk mendaftarkan diri di universiti oxford.

Aku mula mengenali hati budi orang orang di sini.Semuanya amat peramah. Tidak sesekali aku berasa terpinggir walaupun aku hanyalah seorang pendatang asing di negara ini.
Setelah seminggu aku menjadi siswi oxford, aku mengetahui bahawa lelaki yang menegurku di lapangan terbang tempoh hari adalah ketua siswazah disini. Ibrahim namanya. Idah mengatakan bahawa Ibrahim memang diminati ramai. Hmmm kalau ada rupa memang ramai peminat.

Tiba-tiba pada suatu hari tanpa kusangka Ibrahim menyapaku.
“assalamualaikum”
aku tergamam. Idah disebelah ku kelihatan terkejut. Setelah agak lama aku dan Idah terdiam. Akhirnya…….
“waalikumussalam” jawab aku dan Idah. Dia tersenyum lalu memandang kearahku.
“Aini ya?” tanyanya
Aku hanya mengangguk sambil menjeling kearah Idah.
“salam perkenalan” katanya lalu menghulurkan tangan.
“ermmm…” aku sebenarnya kekok bersalam dengan lelaki. Aku memandang kearah Idah. Idah memandangku. Akhirnya Ibrahim faham situasiku lantas dia menarik balik tangannya yang tidak bersambut.

“Ibrahim…” tiba-tiba suara manja kedengaran memecah kebisuan antara kami. Seorang perempuan inggeris merangkul tangan Ibrahim dari belakang. Sarah rupanya. Hmm siapa tak kenal Sarah, siswi paling pintar disini, rupanya tak usah cakap memang cantik. Pasangan Ibrahim dan Sarah memang aku akui amat secocok. Jika nak dibandingkan dengan aku ni, dah lah berkulit sawo matang bukan macam Sarah yang putih melepak., mata sepet lagi senang dikalahkan oleh mata yang bulat dan bundar yang dimiliki oleh Sarah.

“You promise nak jumpa I kat café kan? Kenapa lama sangat” sambungnya dalam nada yang manja dan bahasa melayunya masih pelat. Aku hampir termuntah dengan gaya manjanya itu. Aku menjeling kearah Idah. Idah menangkat keningnya.
“hmmm, yes I know tapi tadi prof panggil so lambat sikit okey” jawab Ibrahim melayan Sarah. Huh! Dengusku. Nama sahaja Ibrahim tapi….
“okey, saya pergi dulu ya, assalamualaikum” ujar Ibrahim tapi kenapa dia merenungku semacam. Aku buat tidak tahu sambil menjawab salamnya. Setelah pasangan tersebut turun kebawah, aku memandang Idah.

“ meluatnya aku!!!!!” perkataan pertama keluar dari mulutku.
Idah mengangkat bahu. “dah pasangan kekasih memanglah macam tu” jawab Idah sambil memulakan langkah.

“pasangan kekasih? Ibrahim tu nama je macm nama nabi tapi….”

“dahlah biarkan jelah, pasangan tu memang famous seluruh universiti ni tau, lebih-lebih lagi Sarah tu anak pengarah” Idah memotong cakapku. Aku terdiam.

“tapikan Idah rasa semacam je bila Ibrahim renung Aini tadi” langkahnya terhenti lalu memandangku.
Aku mengangkat bahu.

“hari tu dia pernah tegur kat airport” jawabku.

“Airport???” tanya Idah kembali
aku mengangguk.

“tapi dia sebut nama Aina”

“kenal tak siapa Aina?” tanyaku.
Idah mengetap bibirnya, setelah beberapa lama memikir erlahan-lahan dia menggelengkan kepalanya.

“mungkin adik dia ataupun……….” Idah memandangku. Dia tersengih.

“kenapa pandang macamtu?”

“….mungkin kekasih lama dia” Idah menyambung kata-katanya.
Aku menggeleng.

“apa-apa jelah awak ni” aku terus memulakan langkah.

“mana tau, entah-entah dia muka awak lebih kurang sama dengan si Aina tu….” Idah cuba membuat teori.

“dahlah, mulalah tu” aku memintas.

“awak dengan teori awak” aku menggelengkan kepala.
Idah ketawa.

“biasalah” jawabnya kembali.

“macam tu lebih baik awak jadi penyiasat tak payah jadi doctor gigi” ujarku.
Idah ketawa lagi. Aku menggelengkan kepalaku.



“Idah nak pergi library tak?” tanyaku apabila memasuki bilik yang dikongsi bersama Idah. Aku melihat Idah yang sedamg baring. Perlahan-lahan dia membuka matanya.

“emmm…Ain pergi sendiri ye…Idah rasa tak sihatlah hari ni”ujarnya.
Aku mengangguk.

“rehat tau” aku berpesan sebelum keluar dari bilik.
Idah mengangguk lemah. Bila masa pula Idah ni sakit? Tadi pagi okey jer. Entahlah.

Aku hanya berjalan kaki ke perpustakaan negeri. Jarak rumah tidak jauh dari perpustakaan. Sepanjang perjalanan aku memerhati persekitaran sekeliling. Kanak-kanak bermain disana sini. lelaki kebanyakkannya bermain skateboard dan rollerblade. Perempuan pula lebih berminat skipping road atau bermain patung.

Aku tersenyum sendirian. Teringat waktu kanak-kanak dulu.

“Aduh….” Aku terlanggar sesuatu ataupun seseorang, aku tidak pasti, yang pastinya aku terjatuh tersungkur kebelakang.

“err sorry…” satu suara kedengaran.
Aku membuka mata. Seorang lelaki inggeris mencangkung dihadapanku..

“sorry about the crash” dia memohon maaf. Aku lantas berdiri dan membuang kekotoran dari bajuku.

“sorry ..” ini kali ketiga dia memohon maaf!!!
“it’s allright” aku segera memaafkan. Lelaki tersebut tersenyum.

“oh. Err … here is your bag” lelaki tersebut menghulurkan begku.
“thank you” aku menjawab lalu mengambil beg tersebut dari tengannya.

Kanak-kanak yang bermain disitu berhenti bermain dan memandang kearah kami.

“ no, we should say sorry” tiba-tiba seorang kanak-kanak perempuan muncul dari belakang lelaki tersebut.
“we?” tanyaku.
Kanak-kanak tersebut memanggil beberapa orang kawannya yang lebih kurang sebaya dengannya.
“we’re sorry, because we chase Ben” katanya lagi.
Aku memandang kea rah lelaki tersebut.
“no,no it’s me, I didn’t look in front” ujarnya.

Aku tersenyum. “it’s allright, I forgive all of you”

Kalmia-lima kanak-kanak tersebut melompat-lompat kegembiraan. Aku ketawa.

“I’m Benjamin and you are….”

“Nuraini, just call me Aini” aku menjawab

“oh! Nice to see you, Aini” katanya.

“my pleasure, well got to go, bye, nice meeting you guys” aku meneruskan perjalananku.
Mereka melambai-lambai kearahku. Aku melambai balik.

Nampaknya aku mempunyai kawan baru lagi selain kawan di universiti.sesampai di perpustakaan aku memilih tempat yang agak tersorok supaya aku lebih menumpu perhatia kepada kerjaku.

Setelah sejam aku menghadap buku aku berehat. Rasa sengal seluruh badan. Aku melihat sekeliling. Perpustakaan ini amat besar. Banyak rujukan boleh didapati.

“assalamualaikum” satu suara menyapa.

Ibrahim????

bersambung lagih....









Bookmark and Share

    


  Member Information For fauzahProfil   Hantar PM kepada fauzah   Quote dan BalasQuote

cik_ct
Warga 1 Bintang
Menyertai: 28.02.2004
Ahli No: 7610
Posting: 22
Dari: Bumi Allah

egypt   avatar


posticon Posting pada: 19-03-04 22:20



bile la nak tggu fauzah abehkan cite ni ek?xsabo nk tggu samapi abeh


Bookmark and Share

    


  Member Information For cik_ctProfil   Hantar PM kepada cik_ct   Pergi ke cik_ct's Website   Quote dan BalasQuote

marinaosman
Warga 1 Bintang
Menyertai: 05.03.2004
Ahli No: 7750
Posting: 33
Dari: scotland

uk   avatar


posticon Posting pada: 20-03-04 08:08


isk isk isk....aduhhh siksanye menunggu....

Bookmark and Share

    


  Member Information For marinaosmanProfil   Hantar PM kepada marinaosman   Quote dan BalasQuote

namirah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 23.12.2003
Ahli No: 5920
Posting: 232
Dari: Ardhillah

singapore  


posticon Posting pada: 27-03-04 22:38


sambung lagi

-----------------
Our readiness strengthens our security
Our adaptability ensures our success
Our unity strengthens our nation
Total Defence S'pore

Bookmark and Share

    


  Member Information For namirahProfil   Hantar PM kepada namirah   Quote dan BalasQuote

soleha86
Warga Rasmi
Menyertai: 28.02.2004
Ahli No: 7608
Posting: 12
Dari: kl

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 03-04-04 21:02


huaaaaa nak lagi, bila lagi ni

Bookmark and Share

    


  Member Information For soleha86Profil   Hantar PM kepada soleha86   Quote dan BalasQuote

cik_ct
Warga 1 Bintang
Menyertai: 28.02.2004
Ahli No: 7610
Posting: 22
Dari: Bumi Allah

egypt   avatar


posticon Posting pada: 03-04-04 22:35



waaa bile la nak abehkan cite ni... siksanya nunggu

Bookmark and Share

    


  Member Information For cik_ctProfil   Hantar PM kepada cik_ct   Pergi ke cik_ct's Website   Quote dan BalasQuote

fauzah
Warga 1 Bintang
Menyertai: 21.01.2004
Ahli No: 6656
Posting: 21
Dari: bumi

Johor  


posticon Posting pada: 06-04-04 22:07




maaf lambat sambung, agak sibuk 2 minggu nih.

Ibrahim tersenyum.
“can I sit here?” tanyanya sambil merenungku. Aku buat tidak endah pertanyaanya.

“terima kasih” ujarnya lalu duduk dihadapan ku.

Eh! Bila masa pula aku bagi dia duduk???!!! Menyampah betul!!! Getusku didalam hati.

“mana Idah?” tanyanya setelah mengambil posisi yang selesa. Aku melihatnya sesaat. Lalu menjawab

“ sakit”

“eh! Ada pula suara, bagus la sekurang-kurangnya tak adalah aku ni bercakap dengan orang bisu” ujarnya berseloroh.

Eh! Ingat seloroh kau tu kelakar sangat ke? Aku makin skit hati adalah !!!! aku manyumpah didalam hati. Aku makin tunduk membaca buku, isyarat aku sedang khusyuk membaca dan tidak ingin sebarang komunikasi. Ibrahim bermain dengan pennya sambil beberapa kali menjeling kearahku. Dia nampak seperti tersenyum puas.

Ish!! tak selesa betul aku nak mengulang kaji hari ni. lebih baik aku balik, sekurang-kurangnya tak adalah berhadapan dengan lelaki ni. aku lantas meyusun buku.

“dah nak balik ya. Biar saya temankan” ujar Ibarahim lantas mengemas buku-bukunya.

Tanpa menunggu Ibrahim untuk bersiap aku memulakan langkah. Apabila aku sudah berada di tangga library Ibrahim mengejarku.

“kenapa tak tunggu?” tanyanya. Aku makin laju berjalan.

“buat apa nak tunggu” ujarku kembali tanpa melihat.

“yelaa, takkanlah nak tinggalkan….”

Percakapannya terhenti apabila satu suara memanggil namanya. Kami menoleh kearah panggilan itu.

Sarah!! Bagus waktu yang betul Sarah. Thank you !!! aku meneruskan perjalananku. Ibrahim sudah tidak dapat mengejarku kerana terpaksa bertemu dengan Sarah. Aku tersenyum puas.


*************************************

“Ibrahim buat apa you jalan with that girl?” sarah meminta penjelasan setelah dia berada dihadapan Ibrahim.
“ you know me, if there is a beautiful girl come to Oxford, I have to know them better” jawab Ibrahim selamba.

“you memang gatal” jawab Sarah manja sambil mencubit lengan Ibrahim yang memeluknya.

“what is so beautiful about that girl anyway, kan I lebih cantik” tanya Sarah lagi , tidak berpuas hati.

Ibrahim merenung gadis inggeris di sebelahnya. Sarah tiada cacat cela dari segi fizikal. Ibrahim mengiyakan didalam hati. Sarah, kulitnya putih, pipinya gebu, dahinya licin dan memang cantik. Semua tergila-gilakannya namun aku jadi pilihan. Aku orang asia juga menjadi pilihannya.

“you memang cantik, don’t worry that” jawab Ibrahim setelah lama merenung mata biru Sarah. Tetapi kau tak tahu kecantikan dan keayuan perempuan Melayu kata Ibrahim didalam hatinya. Kau juga tidak tahu bertapa sopannya perempuan Melayu. Ah !! terlalu jauh beza antara kau dangan Aini.

“Ibrahim, let’s go to the café, I’m hungry” manja suara Sarah memujuk.

“hei, how many stomach do you have?” tanya Ibrahim. Sarah mencebik mulutnya lalu berpaling dari Ibrahim.

“okey,okey, sorry, please” pujuk Ibrahim apabila melihat Sarah berpaling darinya. Ish!! dia ni cepat sangat terasa getus Ibrahim. Sarah tersenyum.

“I tak akan pergi kalau you yang lapar. Now who have banyak stomach?” ujar Sarah lalu berlari sambil ketawa.

“why you” lantas Ibrahim mengejar Sarah.


**********************************

“ hello” aku menoleh kearah suara yang menyapaku. Seorang budak kecil lebih kurang berumur 4 tahun sedang duduk di tangga rumah.

“hi” ujarku balik tersenyum lalu mendekatinya.

“you’re ben’s friend right?” tanayanya. Aku mengangguk mengiyakan pertanyaan budak kecil itu.

“I’m Naomi” katanay lalu menghulurkan kecil. Aku menyambut tangan yang comel itu.

“you’re cold” ujarku setelah mendapati tangan Naomi sejuk. Dia mengangguk.
“why don’t you stay inside you’re house? Everyone has already gone to their house” tanayaku risau.

“I’m waiting for Ben, he said he’ll come back”.

“where?”

Naomi mengangkat bahu. Aku memikir sebentar. Kesian budak ni kesejukan. Lantas aku mendapat idea.

“here I’ll give you my jacket, wear it” aku memberi jaketku untuk memanaskan badan Naomi yang sejuk.

“thank you” sambut Naomi lalu memakai jaketku. Aku tergelak kecil. Budak kecil memakai jaket orang besar amat melucukan. Naomi tersenyum menampakkan lesung pipit di kedua-dua belah pipinya. Comel budak ni getusku dalam hati.

“okey, I have to go now, bye” ujarku.

Naomi mengangguk lalu melambai kearahku. Aku melambai kembali sambil meneruskan perjalanan menuju kerumah.

Apabila aku sampai kerumah, aku terkejut apabila melihat Khairul berada di ruang tamu.

“ermm, Khairul kenapa?” tanyaku

khairul seakan terkejut dengan kedatanganku.

“nasib baik Aini dah sampai, ni Idah masuk hospital” terang Khairul.

“hospital??”

“hm, Idah pengsan tadi, kereta Khairul tak boleh start, nasib baik ada seorang pemuda tolong hantarkan”

aku terkesima sebentar. “mana makcik?”

“di hospital. Jom naik teksi” ajak Khairul. Aku mengangguk lalu meletakkan bukuku di atas meja.

*************************
sepanjang perjalanan kami hanay membisu.
sampai sahaja di hospital, kami bertanaya tentang Idah. Jururawat yang berada di bahagian pendaftaran menunjukkan bilik tempat Idah berada. Apabila kau masuk kedalam bilik Idah. Aku terus meluru kearah Idah. Makcik yang duduk disebelah Idah hanya mendiamkan diri.
“kenapa Idah makcik?” tanyaku. Mata makcik kelihatan bengkak.

“Idah….Idah…pendarahan otak” jawab makcikku lalu menangis. Aku lantas memeluk ibu Idah. Khairul kelihatan sedang berbual dengna seseorang. Aku tidak pasti siapa kerana dia berada di bahagian gelap bilik itu. Setelah bebrapa lama Khairul berbual dengan pemuda tersebut , kelihatan pemuda tersebut meminta izin untuk keluar.

Kini baru aku dapat megenali muka itu. Benjamin!!!. Aku meleraikan pelukanku lalu aku meminta izin untuk keluar dari makcikku. Mak cikku mengangguk perlahan. Di luar aku melihat Khairul bersalaman dengan Ben. Ben melihatku. Khairul lalu masuk ke bilik.

“so you are the one that help my friend cousin?” tanyaku.

Ben mengangguk.

“thank you” ujarku. Ben mengangguk lagi.

“erm, I think you have to get your sister now” ujarku kembali.
“you meet my sister?” tanyanya. Kini giliranku pula untuk mengangguk.

“poor her, she’s so cold” aku menyambung.

“okey, thank you, got to get my sister now, bye” ben melambai kearahku.

Aku melambai kembali.

“siapa tu”

aku terkejut lalu menoleh kebelakang. Khairul !! buat orang terkejut je.

“hmm ,kawan” jawabku.

“kawan univeriti?”

aku menggeleng. “Baru jumpa hari ni” jelasku.

“hm” lalu Khairul masuk kebilik. Aku merenung pintu bilik itu. Kenapa suara khairul tadi ada berbaur cemburu? Ish!!! merepek lah aku ni, entah-entah perasan je . aku menampar lembut pipiku lalu menggelengkan kepalaku. Huh!!

Aku menarik nafas lalu memegang tombol pintu.

*********************************

berambung...



Bookmark and Share

    


  Member Information For fauzahProfil   Hantar PM kepada fauzah   Quote dan BalasQuote

adlan
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2003
Ahli No: 1053
Posting: 467
Dari: Planet Pumpkin

uk  


posticon Posting pada: 06-04-04 22:22




menarik jalan ceritanya..
ana akan tunggu kisah selanjutnya..

-----------------
"Perjuangan Ibarat Mata Rantai.. Kita Bukanlah Orang Yang Pertama Dan Kita Bukanlah Orang Yang Terakhir...Wallahua'lam"

Bookmark and Share

    


  Member Information For adlanProfil   Hantar PM kepada adlan   Pergi ke adlan's Website   Quote dan BalasQuote

fauzah
Warga 1 Bintang
Menyertai: 21.01.2004
Ahli No: 6656
Posting: 21
Dari: bumi

Johor  


posticon Posting pada: 12-04-04 15:05


assalamualaikum,
sambungan...

Aku melihat bilik itu. Hatiku sungguh sayu apabila melihat sekujur tubuh yang amat aku sayangi terbaring kaku. Idah….

Malam itu kami mengambil keputusan agar aku menjaga Idah pada malam itu, memandangkan esok kau tidak ada kelas. Aku merenung kosong muka pucat Idah. Sekejap lagi Khairul akan dating membawa pakaianku.

Ah! Diwaktu sebeginilah muka 2 orang insan yang paling ku sayangi menjelma di ruang mata. Aku akhirnya menangis.
Kesian kau Idah , terpaksa menanggung derita ini.
Setelah beberapa lama aku menangis aku terlelap.

**********************

“Idah naiklah” jeritku.

Idah yang berada dibawah pokok rambutan menggelengkan kepalanya.

“Pak mat, tengoklah Idah ni, tak nak panjat pokok rambutan” aku menjerit kearah Pak Mat, tuan punya kebun ini.

“Biarkanlah dia, kan lagi bagus macam tu keperempuanan sikit” jawab Pak Mat yang sedang berehat dipondok. Aku kecewa kerana Pak Mat menyebelahi Idah. Aku mencari idea agar Idah naik juga diatas pokok ini. Ha! Dapat.


“hmmm, sedapnya….” Ujarku.

Idah yang sedang menguis-guiskan kakinya terhenti lalu memendang keatas. Berjaya!!! Sorakku didalam hati.

“sedaplah rambutan ni…rugi tak makan…”sambungku lagi. Idah melihatku dengan mata coklat cairnya.

“nak sikit” Idah menghulurkan tangannya kepadaku.

“tak boleh!! Kene naik atas pokok dulu baru dapat” jawabku.

Idah menundukkan kepalanya, berfikir.

“baiklah Idah akan naik” laungnya dari bawah. Aku tersenyum puas.

Sedikit demi sedikit Idah cuba memanjat pokok rambutan yang kududuki. Idah sememangnya lambat kalau memanjat pokok , bukan macam aku yang sudah pakar. Setelah beberapa lama.memanjat, Idah menjerit ke arahku.

“Aini, letihla panjat pokok, Idah duduk kat ranting ni ya” laungnya. Aku memandang kebawah.

“Idah!!!!! Jangna duduk di ranting tu!!!!!” jeritku. Namun aku terlambat.

“Aaaaaaaaaaaaaaaaaaa………”Idah jatuh.

Pak Mat yang tidak berada jauh dari kami terus berlari mendapatkan Idah. Manakala aku segera turun dari pokok rambutan.

“Ya Allah. Idah berdarah ni Aini, panggil mak ayah Idah” gesa Pak Mat. Aku akur lalu terus berlari. Idah jangalah mati!!!!


“Aini, Aini”

Aku terbangun. Khairul.

“oh maaf, tertidur” ujarku lalu membetulkan duduk ku

“tadi Khairul ada dengar Aini menjerit, kenapa?”

alamak!!! Malunya!!!

“oh tadi, takde apa-apa, mimpi ngeri aja” jawabku

“hm” Khairul mengangguk.

“pergi dulu ya” ujar Khairul. Aku mengangguk. Mimpi rupanya aku tadi. Tapi..bukankah peristiwa itu pernah berlaku. Aku berfikir kembali. Ya! Kenangan pahit yang hampir aku lupakan. Idah terjatuh dari pokok rambutan. Sebab itukah Idah ada pendarahan otak?
Aku merenung muka Idah.

**************************
sori pendek2, bz sangat insya-Allah fauzah cube utk tulih pnjg2, next time...

Bookmark and Share

    


  Member Information For fauzahProfil   Hantar PM kepada fauzah   Quote dan BalasQuote

adlan
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2003
Ahli No: 1053
Posting: 467
Dari: Planet Pumpkin

uk  


posticon Posting pada: 17-04-04 22:29




xpe enti..ambil masa...
nanti2 enti dh free, bole terus sambung berkarya..
ana akn sokong dan terus menunggu..

-----------------
"Perjuangan Ibarat Mata Rantai.. Kita Bukanlah Orang Yang Pertama Dan Kita Bukanlah Orang Yang Terakhir...Wallahua'lam"

Bookmark and Share

    


  Member Information For adlanProfil   Hantar PM kepada adlan   Pergi ke adlan's Website   Quote dan BalasQuote

zilal
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 319
Posting: 317
Dari: btGajah~alorSetaq

Perak  


posticon Posting pada: 23-04-04 10:48


alalalalalala
cepatlah...
cepatlah...
cepatlah sambung....

Bookmark and Share

    


  Member Information For zilalProfil   Hantar PM kepada zilal   Pergi ke zilal's Website   Quote dan BalasQuote

cik_ct
Warga 1 Bintang
Menyertai: 28.02.2004
Ahli No: 7610
Posting: 22
Dari: Bumi Allah

egypt   avatar


posticon Posting pada: 28-04-04 19:28


awat xsambung lg? bz ka?

Bookmark and Share

    


  Member Information For cik_ctProfil   Hantar PM kepada cik_ct   Pergi ke cik_ct's Website   Quote dan BalasQuote

fauzah
Warga 1 Bintang
Menyertai: 21.01.2004
Ahli No: 6656
Posting: 21
Dari: bumi

Johor  


posticon Posting pada: 28-04-04 19:43


assalamualaikum,

alamak sori yer semua..mmg busy ....

hehe kene jadi guru pengganti..

lepas ni masuk matrik pulak....bile le cite ni nak abis yerk....sampai temimpi-mimpi....

insya-Allah fauzah akan cube habiskan cite nih secepat mungkin.....terima kasih atas kesabaran anda semua......

erm...ni sambungan die...

Pada pagi itu aku tidak putus-putus mendapat ucapan takziah. Aku hanya mampu mengangguk . petang itu aku berjalan sendirian balik ke rumah. Terasa sunyi tanpa Idah .

“Aini”

Aku menoleh. Ibrahim kelihatan berlari-lari anak kearahku. Ah! Malas nak layan sorang ni. getusku dalam hati lalu terus berjalan tanpa mengendahkan panggilan ibrahim.

“Aini, tunggulah.”

Aku berhenti berjalan lalu meoleh kearah Ibrahim.

“betul ke Idah masuk hospital.?” Tanyanya.

Aku mengangguk lalu meoleh kehadapan.

“takziah.”

“erm..” anggukku.

“aini pergi dulu kalau tak ada perkara penting” ujarku lalu terus berjalan tanpa sempat Ibrahim membuka mulutnya. Ah! biarkan dia, malas nak layan orang macam tu.

Sampai sahaja didepan pintu aku menekan lonceng.

“Aini”
aku menoleh ke belakang.

“oh, Ben, nice to see you” ujarku. Ben hanya tersenyum.

“Can I speak with you for a moment?” tanyanya.

“of course, why not” jawabku.

“come with me at my house” ajaknya.

“your house?” tanyaku agak ragu-ragu.

“yup, don’t worry, I won’t hurt you”

aku mengangguk lalu mengikuti ben menuju ke rumahnya. Rumah mak cik ku dengna rumah ben tidak berapa jauh. Hanya dipisahkan 6 buah rumah. Dihadapan rumah ben kelihatan seorang gadis berambut perang. Cantik…macam sarah getusku.

“this is Rebecca, my girlfriend” ben memperkenalkan perempuan tersebut kepadaku.

“oh, nice to meet you Rebecca” ujarku lalu menghulurkan salam. Rebecca tersenyum manis lalu menyambut salam ku.

“what is your purpose ben?” tanyaku.

“I hope khairul isn’t angry with me, you know, I , as your friend” ujar ben.

Aku tergelak. jadinya tujuan ben memperkenalkan Rebecca untuk menyangkal cemburu khairul..

“don’t worry, he won’t be mad at you just because you are friend with me”

ben nampak lega dengan kenyataanku. Setelah beberapa lama aku, Rebecca dan ben berbual akhirnya aku meminta izin untuk pulang.


Bookmark and Share

    


  Member Information For fauzahProfil   Hantar PM kepada fauzah   Quote dan BalasQuote

fauzah
Warga 1 Bintang
Menyertai: 21.01.2004
Ahli No: 6656
Posting: 21
Dari: bumi

Johor  


posticon Posting pada: 29-04-04 10:56


erm..
alhamdulillah fauzah boleh lagi sambung...

ini sambungannya...

Sebaik sahaja aku dihadapan rumah belum sempat aku menekan lonceng, pintu sudah dibuka.

“oh, kahirul bagus time awak” ujarku tersenyum.

“memang la , tadi ada orang tekan lonceng, bila dah dibuka orangnya hilang” jawab khairul acuh tidak acuh.

Aku tergelak.

“kenapa gelak?” Khairul tanya kehairanan.

“tak…, tadi Ben ajak Aini jumpe makwe die.” Ujarku.

“makwe??” tanyanya.

Aku tergelak lagi..alamak! lupa pula Khairul dah lama duduk di England.

“girlfriend” ujarku.

“oh.” Khairul mengangguk kecil.

“mak cik ada?” tanyaku.

“tak, mak cik pergi hospital. Khairul pun dah nak pergi ni” jawabnya.

“oh ok, biar Aini jaga rumah”

khairul mengagguk lalu menuju keretanya yang baru dari dibaiki.


*******************************************

“Alhamdulillah, Idah makin sihat” aku memegang tangan Idah.

Idah tersenyum.

“macam mana hidup Aini?”

“ok” jawabku.

“Iibrahim?”

“Idah!!!” aku mencubit lengan Idah. Idah ketawa kecil.

“bila Idah sembuh sepenuhnya?”
“doktor kata sebulan lagi Idah ok” jawabnya

“malas betul Idah duduk dihoapital ni, dah 5 bulan..boring..” sambungnya.

Aku tersenyum.
Idah, idah kau tidak tahu selama 5 bulan tulah aku mula berbaik dengan Ibrahim. Macam mana hati ni boleh lembut untuk menerima Ibrahim pun aku tak tahu. Tengok-tengok dah mula terjalin persahabatan. Sarah pun sudah mula mencemburui persahabatan kami.

Tiba-tiba handphone ku berbunyi. Aku tersentak. Siapa yang call ni?
Aku melihat handphoneku. Ibrahim..

“jap ya Idah, kawan call” ujarku.

Idah angguk.

“”

“waalaikumussaalm” jawab Ibrahim

“kat mana ni Aini?” tanyanya

“kat hospital, jenguk Idah” jawabku sambil menoleh kea rah Idah yang sedang membaca buku.

“ok, nanti jumpa tau kat café biasa” sambungnya.

“ok, pukul berapa?”

“er…pukul 10 pagi boleh?”

aku melihat jam. 45 minit lagi.

“ok”

“ok, assalamualaikum”

“waalaikumussaalam”

aku menutup handphone. Lalu berjalan kearah Idah.

“siapa telefon?”

“er…ben” jawabku. Idah mengangkat kening.

“ben jawab salam dan beri salam?”

alamak!!! Nak tipu pun tersalah.

“er…” aku mengetap bibirku. Idah tersengih.

“alaaa, cakap je lah Ibarahim telefon” katanya. Aku merenung tajam mata Idah. Idah gelak.

“kalau dah tejalijn persahabatan dengan Ibrahim, mana boleh sembunyikan.” Idah sambung sambil tergelak.

“lelaki tu kan famous kat Oxford” Idah merenung mataku kembali. Aku tunduk. Aduh! siapa pula beritahu Idah ni??

“oklah nak pergi dah ni” ujarku.

“ok pergilah jumpa buah hati tu” jawab Idah. Aku mencubit lagi lengna Idah. Idah gelak.

“assalamualaikum”

idah mengangguk lalu menjawab salam.


Bookmark and Share

    


  Member Information For fauzahProfil   Hantar PM kepada fauzah   Quote dan BalasQuote

zilal
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 319
Posting: 317
Dari: btGajah~alorSetaq

Perak  


posticon Posting pada: 05-05-04 11:00


sambunglah lagi...!
sambunglah lagi...!

Bookmark and Share

    


  Member Information For zilalProfil   Hantar PM kepada zilal   Pergi ke zilal's Website   Quote dan BalasQuote

aliafatiha
Warga Rasmi
Menyertai: 27.01.2004
Ahli No: 6815
Posting: 2
Dari: melaka

Melaka  


posticon Posting pada: 05-05-04 12:10


best la...
bila nak sambung lagi

Bookmark and Share

    


  Member Information For aliafatihaProfil   Hantar PM kepada aliafatiha   Quote dan BalasQuote

aliafatiha
Warga Rasmi
Menyertai: 27.01.2004
Ahli No: 6815
Posting: 2
Dari: melaka

Melaka  


posticon Posting pada: 05-05-04 12:13


best la...
bila nak sambung lagi

Bookmark and Share

    


  Member Information For aliafatihaProfil   Hantar PM kepada aliafatiha   Quote dan BalasQuote

zilal
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 319
Posting: 317
Dari: btGajah~alorSetaq

Perak  


posticon Posting pada: 11-05-04 15:38




bile ek saudari fauzah nak smbg nih...

Bookmark and Share

    


  Member Information For zilalProfil   Hantar PM kepada zilal   Pergi ke zilal's Website   Quote dan BalasQuote

marinaosman
Warga 1 Bintang
Menyertai: 05.03.2004
Ahli No: 7750
Posting: 33
Dari: scotland

uk   avatar


posticon Posting pada: 13-05-04 03:31


.....isk....siksanye menunggu

Bookmark and Share

    


  Member Information For marinaosmanProfil   Hantar PM kepada marinaosman   Quote dan BalasQuote

pLatipus
WARGA SETIA
Menyertai: 23.12.2003
Ahli No: 5915
Posting: 863
Dari:

Bumi Allah Yg Suci

saudiarabia  


posticon Posting pada: 13-05-04 07:58



Benarlah kata orang penantian itu suatu penyeksaan....

-----------------

Jom Pakat˛ Naik GununG CEO Penguis



Bookmark and Share

    


  Member Information For pLatipusProfil   Hantar PM kepada pLatipus   Pergi ke pLatipus's Website   Quote dan BalasQuote

fauzah
Warga 1 Bintang
Menyertai: 21.01.2004
Ahli No: 6656
Posting: 21
Dari: bumi

Johor  


posticon Posting pada: 01-10-04 17:12


alamak..sori tersangat2 buat semua!!!!!

ana sekarang tgh study...x lama lagi nak final exam...doakan semoga ana ada ruang yang cukup untuk menghabiskan cerpen ini...

segala kesalahan n kelambatan amat2 dikesali..

wassalm

Bookmark and Share

    


  Member Information For fauzahProfil   Hantar PM kepada fauzah   Quote dan BalasQuote

hajidah_aiman
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 17.05.2003
Ahli No: 358
Posting: 542
Dari: Perlis Indera Kayangan

Perlis  


posticon Posting pada: 02-10-04 04:39


alamak....berhenti laa pulak cerita ni....hehe nak buat mcmana pencerita nak exam

Bookmark and Share

    


  Member Information For hajidah_aimanProfil   Hantar PM kepada hajidah_aiman   Pergi ke hajidah_aiman's Website   Quote dan BalasQuote

fauzah
Warga 1 Bintang
Menyertai: 21.01.2004
Ahli No: 6656
Posting: 21
Dari: bumi

Johor  


posticon Posting pada: 28-10-04 20:48


assalamualaikum,

sambungan...

Aku meninjau keadaan café yang sesak itu. Hurm..mana ibrahim ni?? tiba-tiba kelihatan ibrahim melambai-lambai tangannya. Aku lantas menghampiri meja yang berada di tepi tingkap.

“sorry lambat” ujarku sambli duduk dihadapan ibrahim.

“no problem, im faham” jawabnya. Im panggil manja ibrahim, kenapa sarah tidak memanggilnya dengan panggilan manja yer? Pelik gak.

“ok, kata nak tolong ajarkan bahasa france” sambung ibrahim. Aku tersentak. Ish! aku mengelamun ke tadi?? Malunya!!!

“err…ok..kita mula kan ek” kataku.


*************************************************

“aini, ni idah nak tanya betul-betul nih.apa hubungan antara aini dengan ibrahim sebenarnya?” tanya idah pada petang ahad itu.

“kawan biasa” jawabku selamba sambil menikmati pemandangan spring yang indah.

“tak mungkin kawan biasa..”sambung idah musykil.

“kawan biasa” aku mengulang jawapanku.

“yer ke kawan biasa??? Ni kene tanya ibrahim ni..kamu tu lebih dari kawan nampaknya” ugut idah.

“tanyalah” ujarku acuh tak acuh walaupun sebenarnya dadaku mula resah.

“alaa..susah la nak tanya..idah tak kenal sangat ibrahim tu” keluh idah
waaa…lega rasanya idah kata macam tu.

“alaa..ibrahim nak kitaorang kawan biasa…walaupun sebenarnya aini ada simpan perasaan kat dia” aku sendiri mengaku.

Idah terkejut.

“waa…ni pengakuan exclusive” ujar idah tersengih.

Aku tersenyum.

“yup, tapi ibrahim hanya menganggap kami ni kawan biasa”

“taklah , lain bebenar cara dia layan awak aini”

“entahlah” aku mengangkat bahu lalu melepaskan keluhan kecil. Tiba-tiba handphoneku berbunyi. Ibrahim telefon. Idah tersenyum apabila melihat nama ibrahim pada handphoneku. Aku menggeleng lalu menjawab.

“assalamualaikum”

“waalaikumussalam” jawab ibrahim.

“fuh! Nasib baik aini angkat. Im tengah tension sesangat ni”

“yer?” tanyaku

“a’a, nak lepaskan tension jap.tu yang telefon aini.” Ibrahim gelak.
Ah! Riang hatiku mendengar dia gelak.

“apasal tension?” tanyaku

“ni haa..banyak tol nak kene baca. Esok ada test.” Ngadu ibrahim.

“aini tengah buat apa?” tanyanya.

“jalan-jalan ambil angin” jawabku.

“oo ..mesati best jalan-jalan spring ni..errr..…tak kacau kan ni?” tanya ibrahim.

“tak” jawabku lalu memandang kearah idah. Idah menjeling kearahku sambil tersengih.

“eh! Oklah, nak sambung balajar la..ada 6 bab lagi ni, thanks sebab ada masa untuk im” katanya

“ok, no problem.” Ujarku

“that’s what’s friends are for kan?” tanya ibrahim.

“yup” jawabku lambat , pada waktu itu aku seakan hampa dengan kenyataan ibrahim.

“ok,bye, salam”

tup! Telefon disebelah sana ditutup. Aku mengeluh kecil. Aku tak sepatutnya mengharap sangat, ibrahim memang menganggap kami sekadar kawan.

Aku berjalan perlahan menuju kearah idah yang sedang tersengih.


************************************


Bookmark and Share

    


  Member Information For fauzahProfil   Hantar PM kepada fauzah   Quote dan BalasQuote

pu3_solehah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 21.06.2004
Ahli No: 9597
Posting: 136
Dari: seberang jaya

PulauPinang  


posticon Posting pada: 21-11-04 19:40


dah habis ker?? rasanya belum kan?? macam mana ngan khairul? and sarah??

Bookmark and Share

    


  Member Information For pu3_solehahProfil   Hantar PM kepada pu3_solehah   Pergi ke pu3_solehah's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 
 



Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.283392 saat. Lajunya....