Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 18-08-2022  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Kalau tak pernah bersiap sedia untuk memilikinya, pasti anda tidak mungkin memperolehi walaupun ia mendatang ke depan anda.
-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 46
Ahli: 0
Jumlah: 46




  Yang Masuk Ke Sini
wakjaman: 18 hari yang lalu
muslimiman: 23 hari yang lalu
tornado: 43 hari yang lalu


Pantun
Topik: ~~Sekolah Pantun Ukhwah.com~~


Carian Forum

Moderator: Administrator, Maricella
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Pantun
    »» ~~Sekolah Pantun Ukhwah.com~~

Please Mendaftar To Post


Oleh ~~Sekolah Pantun Ukhwah.com~~

nur_tinta
WARGA SETIA
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 81
Posting: 409
Dari: Malaysia

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 07-03-04 12:36


bicara dimulakan,
dari nur_tinta buat semua,
Ahlan wa Sahlan dialu-alukan,
marilah bersama kite imarahkannya.

buat semua cekgu pantun,
mari kemari pendaftarkan diri,
penuhkan kedatangan sekolah pantun,
bawak sekali murid-murid kemari.

kepada semua sahabat tinta,
yang hendak mahir berpantun,
bersama kite berkongsi bersama,
bertukar bicara seraya berpantun.

~~wallahualam~~

-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_tintaProfil   Hantar PM kepada nur_tinta   Quote dan BalasQuote

Prof_Muslim

Menyertai: 15.07.2003
Ahli No: 2348
Posting: 3179
Dari: Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 07-03-04 13:10


Quote:

On 2004-03-07 12:36, nur_tinta wrote:
bicara dimulakan,
dari nur_tinta buat semua,
Ahlan wa Sahlan dialu-alukan,
marilah bersama kite imarahkannya.


dijawab oleh Prof pula,
Tak sangka dan memang dah jangka,
Sekolah pantun nur_tinta yg buka,
Pasti sambutannya banyak tak terkira,

Quote:

buat semua cikgu pantun,
mari kemari pendaftarkan diri,
penuhkan kedatangan sekolah pantun,
bawak sekali murid-murid kemari.


Guru Besar nur_tinta sudah menunggu
Prof dengan gembira mendaftar,
Maaflah jika lama cikgu besar dok tunngu,
Rasanya bila kita boleh mula mengajar,

Quote:

kepada semua sahabat tinta,
yang hendak mahir berpantun,
bersama kite berkongsi bersama,
bertukar bicara seraya berpantun.


Pantun jangan tak pantun,
Yg tak mahir atau separuh mahir,
Diminta juga berpantun,
Kita pakat pantun sampai mahir

~~wallahualam~~
[/quote]



[ Posting ini telah di edit oleh: Prof_Muslim pada 2004-03-07 13:31 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For Prof_MuslimProfil   Hantar PM kepada Prof_Muslim   Quote dan BalasQuote

darul_numan81
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 239
Posting: 1548
Dari: Batu Pahat,Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 07-03-04 17:21




numan di sini garu kepala
melihat tajuk tulisan tinta
cuma suruh buka kelas saja
tapi degil nak buka sekolah juga

pengetua sudah sedia ada
sudah tentu tintalah orangnya
prof sudi nak jadi guru pula
biarlah numan jadi pelajar saja

wahai pengetua dan guru budiman
anak murid nak bertanya ni
bila agaknya bermula pelajaran
apa pula subjek pertama nanti?

p/s: takutlah kalau dapat cikgu yg bengkeng
wassalam

-----------------
Kehidupan adalah satu ujian...

Bookmark and Share

    


  Member Information For darul_numan81Profil   Hantar PM kepada darul_numan81   Pergi ke darul_numan81's Website   Quote dan BalasQuote

nur_islami
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 28.05.2003
Ahli No: 858
Posting: 991
Dari: serambi mekah

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 07-03-04 18:27


hehehe....nak jgk berpantun....tapi tersgt xpandai nak berpantun...

-----------------
hadiah yang paling berharga dalam ertikata sahabat yang sebenarnya ialah memberi yang terbaik dalam diri anda sendiri..

Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_islamiProfil   Hantar PM kepada nur_islami   Pergi ke nur_islami's Website   Quote dan BalasQuote

Prof_Muslim

Menyertai: 15.07.2003
Ahli No: 2348
Posting: 3179
Dari: Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 07-03-04 18:41


Quote:

On 2004-03-07 18:27, nur_islami wrote:
hehehe....nak jgk berpantun....tapi tersgt xpandai nak berpantun...



nur_islami.. tunggu jap..boleh?,
nanti Prof gi jawab soalan kak Numan,
Kalau betul nak belajar pantun boleh,
Nanti Prof boleh tunjuk ajarkan,

-----------------


::> Produk Halal Tanggungjawab Bersama

Bookmark and Share

    


  Member Information For Prof_MuslimProfil   Hantar PM kepada Prof_Muslim   Quote dan BalasQuote

Prof_Muslim

Menyertai: 15.07.2003
Ahli No: 2348
Posting: 3179
Dari: Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 07-03-04 18:59


Quote:

On 2004-03-07 17:21, darul_numan81 wrote:
numan di sini garu kepala
melihat tajuk tulisan tinta
cuma suruh buka kelas saja
tapi degil nak buka sekolah juga


Garu kepala mungkin banyak kutu,
Apalah Kak Numan nak hairankan,
Tajuk Cikgu Besao macam tu,
Dia nak juga buka sekolahkan,
Quote:

pengetua sudah sedia ada
sudah tentu tintalah orangnya
prof sudi nak jadi guru pula
biarlah numan jadi pelajar saja


Dengan seorang pengetua dan cikgunya,
Manalah bermakna adanya sekolah,
Kenapa kak Numan nak jadi murid saja,
Meh sama kita jadi caikdu sekolah,
Quote:

wahai pengetua dan guru budiman
anak murid nak bertanya ni
bila agaknya bermula pelajaran
apa pula subjek pertama nanti?


Eh..takdalah mana bolah kak Numan,
Sekolah Pantun pertama baru siap dibina,
Belum umum lagi apa subjek pelajran,
Tarikh pendaftaran juga belum dibuka,

p/s: takutlah kalau dapat cikgu yg bengkeng
wassalam

......Cikgu mana bekeng pulok......nie?
[/quote]

Bookmark and Share

    


  Member Information For Prof_MuslimProfil   Hantar PM kepada Prof_Muslim   Quote dan BalasQuote

miyuki
Warga 4 Bintang
Menyertai: 18.05.2003
Ahli No: 441
Posting: 249
Dari: Auckland

newzealand   avatar


posticon Posting pada: 07-03-04 19:25




waa..bukak sekolah pantun?bagus la.ade inisiatif utk mengembangkan budaya bangsa yang semakin terpinggir dikalangan remaja hari ini.

saya ada sedikit sebanyak ilmu yang boleh dishare dgn komuniti ukhwah.kepada mereka yang berminat.

banyak jugak benda yang kene belaja kalau nk hasilkan pantun yg bermutu tinggi.

in sya Allah..boleh sama2 kongsi idea dgn ahli ukhwah yang lain...

mari berpantun diwaktu pagi,
sama berhibur madah pusaka;
seni bersantun dijulang tinggi,
tkkan terkubur di tanah merdeka.



-----------------
~www.salwasaleh.blogspot.com/www.tazkirahonline.blogspot.com~

Bookmark and Share

    


  Member Information For miyukiProfil   Hantar PM kepada miyuki   Pergi ke miyuki's Website   Quote dan BalasQuote

kaze
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 12.10.2003
Ahli No: 4270
Posting: 1592
Dari: Tawau - Seri Kembangan

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 08-03-04 11:34


budak-budak ke rumah atan
ke rumah atan menonton kartun
kerana pantun menjadi pembelajaran
marilah semua berlajar pantun



-----------------
kaze tech

Bookmark and Share

    


  Member Information For kazeProfil   Hantar PM kepada kaze   Pergi ke kaze's Website   Quote dan BalasQuote

nur_islami
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 28.05.2003
Ahli No: 858
Posting: 991
Dari: serambi mekah

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 08-03-04 12:19


terima kasih banyak2 kalau prof sudi menghulurkan bantuan....

bila nak start ngajor tu prof...?ana dah xsabar nih...

-----------------
hadiah yang paling berharga dalam ertikata sahabat yang sebenarnya ialah memberi yang terbaik dalam diri anda sendiri..

Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_islamiProfil   Hantar PM kepada nur_islami   Pergi ke nur_islami's Website   Quote dan BalasQuote

nur_tinta
WARGA SETIA
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 81
Posting: 409
Dari: Malaysia

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 09-03-04 08:56




terkejut tinta tgk sambutan,
sekolah pantun jadik perhatian,
ahlan wasahlan tinta ucapkan,
kepada semua sahabat dan taulan.

buat kak numan cekgu pantun,
asal nak jadik student pula,
kak numan dah dilantik jadi cekgu pantun,
harap dijalankan tugas dgn segara.

buat prof cekgu pantun,
setia di sini penjadi pemantau,
terima kasih atas bantuan,
sebagai pemantun serta pemantau.

kepada semua student pantun,
teruskan berpantun di arena ini,
moga ukhwah sentiasa terjalin,
dengan rahmat dari Illahi

buat nur_islami,kaze dan miyuki,
selamat datang ke arena ini,
berbalas pantun aktiviti kita pada hari ini,
kiranya ada kemusykilan harap2 sudi bertanya kami

buat semua sahabat tinta,
yang ada bakat nak jadik cekgu,
harap lapor diri dgn segara,
sebab tinta nak tambah bilangan cekgu.

bukan apa sekadar persediaan,
takut kami tak menang tangan,
:-O jugak tgk sambutan,
tak sangka sekolah pantun jadik perhatian..



salam ukhwah fillah dari tinta

-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_tintaProfil   Hantar PM kepada nur_tinta   Quote dan BalasQuote

darul_numan81
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 239
Posting: 1548
Dari: Batu Pahat,Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 09-03-04 17:29




tersenyum simpul numan di sini
melihat prof punya jawapan
memang berdedikasi dia ni
boleh dapat anugerah 'guru harapan'

alahai pengetua tinta tersayang
mengapa numan perlu jadi cekgu
andai itu sudah terbayang
nak panjat bukit utk cari ilmu

p/s: cekgu prof nampak bersemangat tu..
wassalam

-----------------
Kehidupan adalah satu ujian...

Bookmark and Share

    


  Member Information For darul_numan81Profil   Hantar PM kepada darul_numan81   Pergi ke darul_numan81's Website   Quote dan BalasQuote

istisafa

Menyertai: 16.12.2003
Ahli No: 5723
Posting: 626
Dari: Kelana Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 09-03-04 22:51




ana pun nak berpantun juga...

rasa hati nak masak budu
pergi pasar membeli ikan
ana ni student baru
kalau salah tolong tunjukkan



Bookmark and Share

    


  Member Information For istisafaProfil   Hantar PM kepada istisafa   Quote dan BalasQuote

anaf23
Warga Rasmi
Menyertai: 29.02.2004
Ahli No: 7626
Posting: 14
Dari: johor negeriku..

Johor  


posticon Posting pada: 10-03-04 05:28


Ana tak pandai berpantun...tapi still nak cuba.


Sekolah pantun baru dibuka
Cikgu dan cikgi pun dah ada
Bila pelajaran boleh bermula
Opss kena tunggu anak murid penuhkan kerusi dan meja



Bookmark and Share

    


  Member Information For anaf23Profil   Hantar PM kepada anaf23   Quote dan BalasQuote

Prof_Muslim

Menyertai: 15.07.2003
Ahli No: 2348
Posting: 3179
Dari: Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 10-03-04 10:43


Cikgu Besao agak sibuk nampaknya,
Baru masuk Cikgu terkejut gembira ,
Setelah seketika tidak nampaknya.
Sampai mulut tak tahu nak kata apa.

Prof bukannya pandai sangat,
Setakat ayat pantun kaw2..bolehlah,
Lainlah kak Numan yg berbakat,
Gelaran tu akak ambil ajelah,

Cikgu Besao minta ngajar kat sekolah,
Kak Numan nak panjat bukit cari ilmu,
kan dah terbinanya kat sekolah,
Ke sekolah kita kat atas bukit tu?.hehe..

harap lapor diri dgn segara,
sebab tinta nak tambah bilangan cekgu

Kini jawatan kosong masih dibuka,
Kepada sesiapa yg berminat nak jadi cikgu.

Quote:

rasa hati nak masak budu
pergi pasar membeli ikan
ana ni student baru
kalau salah tolong tunjukkan


rasa jantung pula makan belacan,
baru ngan makan ngan ikan,
masuk2 tu carilah rakan,
Bolehlah ajak sekali kawan makan,

Quote:

Sekolah pantun baru dibuka
Cikgu dan cikgi pun dah ada
Bila pelajaran boleh bermula
Opss kena tunggu anak murid penuhkan kerusi dan meja


Sekolah pertama alam cyber ni,
Cikgu dan cikgi pun berpengalaman belake,
Oklah sebelum start belajar ni,
Dah bayar yuran pendaftaran ke?

p/s: amacam boleh?

-----------------


::> Produk Halal Tanggungjawab Bersama

Bookmark and Share

    


  Member Information For Prof_MuslimProfil   Hantar PM kepada Prof_Muslim   Quote dan BalasQuote

nur_tinta
WARGA SETIA
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 81
Posting: 409
Dari: Malaysia

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 10-03-04 14:59



Quote:

On 2004-03-10 10:43, Prof_Muslim wrote:
Sekolah pertama alam cyber ni,
Cikgu dan cikgi pun berpengalaman belake,
Oklah sebelum start belajar ni,
Dah bayar yuran pendaftaran ke?



Sekolah pantun sekolah cyber,
khas buat ahli ukhwah semua,
mana ada yuran pendaftaran utk member,
cukup sekadar memeriahkan saja.

sekolah pantun tempat bertemu,
bertukar idea dan juga ilmu,
tak payah tggu subjek pertama dulu,
sahabat bertanya kami sedia membantu.

pantun melayu pantun warisan,
warisan dari si orang lama,
tujuan sebenar sekolah pantun,
utk kekalkan warisan budaya lama.

berbalas pantun dengan gembira,
sebagai ubat mengganti duka,
moga kalian gembira sentiasa,
diarena pantun kita bersemuka.

wallahualam.....

-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_tintaProfil   Hantar PM kepada nur_tinta   Quote dan BalasQuote

Engku_Salina

Menyertai: 13.05.2003
Ahli No: 5
Posting: 462
Dari: Terengganu - KL

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 10-03-04 15:22


hehehe...

amboi-amboi prof kita ni...
bkn main lg...
sakan berpantun...

sungguh hebat sekolah pantun
dibarisi cikgu dan cikgi yg berwibawa
hamba ingin kemukakan soalan
bolehkah hamba menumpang sama




Live needs sacrifice,
Sacrifice needs fight,
Fight needs courage,
Courage needs confidence,
Confidence determine success,
Success lead us to happiness...



[ Posting ini telah di edit oleh: Engku_Salina pada 2004-03-10 15:23 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For Engku_SalinaProfil   Hantar PM kepada Engku_Salina   Pergi ke Engku_Salina's Website   Quote dan BalasQuote

Prof_Muslim

Menyertai: 15.07.2003
Ahli No: 2348
Posting: 3179
Dari: Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 10-03-04 15:53


hhmm.sekali lagi Cikgu Besao bersuara,
Ala..Prof saja acah nak tanya jer,
Bukan nak betul yuran pendaftrannya,
Cikgu Besao jangan marah yer?

Quote:

sungguh hebat sekolah pantun
dibarisi cikgu dan cikgi yg berwibawa
hamba ingin kemukakan soalan
bolehkah hamba menumpang sama ?


Terima kasih kerana beri pujian,
Niat kami para cikgu dan cikgi ikhlas,
Jika itu tuan hamba bertanyakan,
Sudah pasti boleh tumpang pasal ia bebas,

Dua tiga ekor itik berjalan-jalan,
dengan selamba melintas bawah kereta,
Siapa lagi nak tanya soalan,
Insya-Allaah akan dijawab sebaiknya

-----------------


::> Produk Halal Tanggungjawab Bersama

Bookmark and Share

    


  Member Information For Prof_MuslimProfil   Hantar PM kepada Prof_Muslim   Quote dan BalasQuote

miyuki
Warga 4 Bintang
Menyertai: 18.05.2003
Ahli No: 441
Posting: 249
Dari: Auckland

newzealand   avatar


posticon Posting pada: 10-03-04 16:39




[ Posting ini telah di edit oleh: miyuki pada 2004-03-10 16:43 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For miyukiProfil   Hantar PM kepada miyuki   Pergi ke miyuki's Website   Quote dan BalasQuote

miyuki
Warga 4 Bintang
Menyertai: 18.05.2003
Ahli No: 441
Posting: 249
Dari: Auckland

newzealand   avatar


posticon Posting pada: 10-03-04 16:41




selama ni saye selaku pemerhati..ari ni nak kongsi sikit la ilmu yang ade.sebelum tu saye mintak maaf sgt2 kepada tinta,prof,kak alin dan cikgu2 yang lain kerana saye ni anak murid aje.tp kalau tk beritahu kang,tk sedap ati jadinya.anggaplah ini sebagai ilmu..ye?

pantun sebenarnya mmg telah lama wujud dalam kehidupan masyarakat melayu sehinggakan pada zaman kepahlawanan hang tuah,pantun acapkali digunakan sebagai kiasan dalam berbahasa.

selain pantun,terdapat beberapa lagi 'mainan bahasa' yang kerap digunakan.saye amik contoh kat sini seperti seloka,gurindam,syair dan puisi.
namun..terdapat perbezaan ketara antara pantun dan semua elemen yang saye nyatakan tadi.

apakah ciri-ciri pantun yang membezakannya dengan puisi yang lain?

rima pantun seharusnya dalam bentuk a-b-a-b.apa yang saye maksudkan dalam bentuk a-b-a-b ini adalah seperti berikut;

pulau pandan jauh ketengah,
gunung daik bercabang tiga;
hancur badan dikandung tanah,
budi yang baik dikenang jua.


jika ahli ukhuwah perhatikan pantun ini, pada baris pertama ianya diakhiri dengan huruf h begitu jua pada baris ketiga (ini mewakili a) dan pada baris kedua dan keempat diakhiri dengan huruf a (mewakili b).inilah yg dimaksudkan dengan a-b-a-b didalam pantun.

kebanyakkan pantun yg dipostingkan kesini berakhir dengan rima a-a-a-a dan inilah adalah SALAH!!! jika satu perenggan di akhiri dengan a-a-a-a secara amnya ianya tidak lagi dikira sebagai pantun tetapi sudah termasuk kedalam kategori syair,gurindam mahupun seloka(saye tkkan ulas bagaimana nak kenal pasti ketiga-tiga puisi ini since kite dalam sekolah pantun!! )

satu lagi kesilapan yg sering dilakukan oleh mereka yg berpantun adalah kesilapan dalam beranggapan bahawa pantun cukuplah sekadar sama pada huruf diakhir baris.ini adalah salah kerana pantun cukup menitik beratkan suku kata bagi memadankan setiap baris didalam satu rangap pantun.sebagai contoh,saya ambil satu pantun lama yg cukup sempurna;

dalam semak ada duri,
ayam kuning buat sarang;
org tamak selalu rugi,
bagai anjing dengan bayang-bayang.


perhatikan pantun ini.pada baris pertama dan ketiga,diakhiri dengan suku kata 'ri' manakala bagi baris kedua dan keempat diakhiri dengan suku kata 'ang'.ini berlainan dengan pantun yg sekadar menggunakan huruf yg sama tapi jauh dari segi suku kata dan bunyinya.sebagai contoh;

pagi hari minum kopi,
kopi diminum diwarung pak man;
jangan bersedih hajat tak sampai,
carilah kawan sebagai teman.


kalau diperhatikan,baris kedua dan keempat menepati ciri pantun dengan suku kata 'an' namun terdapat kecacatan pada baris pertama dan ketiga.dengarkan kembali.terdapat kejanggalan yang mmg nyata antara sebutan 'pi' dan 'pai'.mmg pada hakikatnya huruf 'i' merupakan pengakhiran namun kerana suku kata yang berbeza,pantun ini tidak sempurna.

jadi,harap dapat ambil perhatian khusus kerana pantun punyai karakter yang tersendiri.utk ulasan lanjut boleh rujuk pada buku-buku pantun terbitan dewan bahasa dan pustaka atau boleh rujuk pada komponen kesusateraan melayu menengah atas kerana terdapat percirian khusus pantun yang boleh dipelajari.

saye mohon maaf sekali lagi andai ada yang terasa dan menganggap saya terlalu 'rigid' dalam bab-bab macam ni.
menjadi tugas saye nk betulkan ape yg salah. kalau tak nanti saye tk sedap ati utk tgk kesalahan dalam pantun berulang-ulang.budaya ni..sayang kalau tk dpt betulkan kepada yg sebetulnya.
kalau ade sebarang pertanyaan boleh lah tanye saye..in sya Allah saye jawap sebaiknya dan sgt-sgt sudi membantu sesiapa yg nk belajar buat pantun yg berkualiti.


serangkap pantun dari hamba;

akar keladi melilit selasih,
selasih tumbuh tepian taman;
tautan budi junjungan kasih,
mekar UKHWAH sepanjang zaman.


wallahua'lam


-----------------
~www.salwasaleh.blogspot.com/www.tazkirahonline.blogspot.com~

Bookmark and Share

    


  Member Information For miyukiProfil   Hantar PM kepada miyuki   Pergi ke miyuki's Website   Quote dan BalasQuote

Prof_Muslim

Menyertai: 15.07.2003
Ahli No: 2348
Posting: 3179
Dari: Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 10-03-04 16:57


Senyumlah dengan hati yg riang,
Pasti orang lain turut gembira,
Nampak miyuki bukan calang-calang,
Seorang serikandi yg cakna,

Adat dijaga budaya disanjung,
adab sopan berbudi bahasa,
Maaf jika ada yg tersinggung,
Bukan niat Prof sengaja rosakkan bahasa,

Gurau-senda perkara biasa,
Terbawa-bawa perangai lama,
Prof bersalah merosakkan bahasa,
Insya-Allah takkan ulang perkara sama,


Bookmark and Share

    


  Member Information For Prof_MuslimProfil   Hantar PM kepada Prof_Muslim   Quote dan BalasQuote

miyuki
Warga 4 Bintang
Menyertai: 18.05.2003
Ahli No: 441
Posting: 249
Dari: Auckland

newzealand   avatar


posticon Posting pada: 11-03-04 09:23


indah didamba si batik rawa,
bersama sarung jadi hiasan;
bukanlah hamba srikandi wibawa,
sekadar pendukung budaya warisan.

menguntum biasan seri puspa,
berbunga indah ditepi lokan;
adat insan sering terlupa,
salah dan silap kita betulkan.

hidup bersatu damai sentosa,
baru harmoni adat bersantun;
prof bukannya merosakkan bahasa
cuma tersilap skill berpantun.



-----------------
~www.salwasaleh.blogspot.com/www.tazkirahonline.blogspot.com~

Bookmark and Share

    


  Member Information For miyukiProfil   Hantar PM kepada miyuki   Pergi ke miyuki's Website   Quote dan BalasQuote

darul_numan81
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 239
Posting: 1548
Dari: Batu Pahat,Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 11-03-04 10:48




hinggap bangau tepi perigi,
hilangkan lelah buat sementara,
terima kasih dik miyuki,
ilmumu itu cukup bermakna...

**********
nak tambah sedikit dari apa yg dik miyuki sebutkan tu.. ramai yg tidak memberi perhatian kepada suku kata. bilangan suku kata yg baik utk sebaris ayat dlm pantun adalah antara 9 hingga 12 sukukata. penggunaan sukukata yg melebihi jumlah ini akan hanya merosakkan pantun.

contoh:
buah cempedak di luar pagar - 10 sukukata
ambil galah tolong jolokkan - 9 sukukata
saya budak baru belajar - 9 sukukata
kalau silap tolong tunjukkan - 9 sukukata

p/s: teringat waktu sekolah rendah dulu..
wassalam


-----------------
Kehidupan adalah satu ujian...

Bookmark and Share

    


  Member Information For darul_numan81Profil   Hantar PM kepada darul_numan81   Pergi ke darul_numan81's Website   Quote dan BalasQuote

istisafa

Menyertai: 16.12.2003
Ahli No: 5723
Posting: 626
Dari: Kelana Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 12-03-04 10:57




terbang hinggap si burung kedidi
terbang megah si burung kenari
terima kasih daun keladi
kerana ingatkan kami disini



Bookmark and Share

    


  Member Information For istisafaProfil   Hantar PM kepada istisafa   Quote dan BalasQuote

aidilshah
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 22.05.2003
Ahli No: 760
Posting: 642
Dari: New Castle

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 12-03-04 14:36


pergi berjuang perwira perkasa
demi berbakti kepada pertiwi
hebat sungguh tuan hamba berkata-kata
izinkan hamba mencelah diri

buai laju-laju sampai pokok sena
apa dalam baju sekuntum bunga cina
adab resam orang kita
menarik jiwa yang bekelana.


maafkan hamba jika tersalah, niat di hati cuma ingin bertanya tidakkah salah cara hamba?

siapa sudi sila betulkan.

-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For aidilshahProfil   Hantar PM kepada aidilshah   Pergi ke aidilshah's Website   Quote dan BalasQuote

istisafa

Menyertai: 16.12.2003
Ahli No: 5723
Posting: 626
Dari: Kelana Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 10-04-04 09:07




Quote:
pergi berjuang perwira perkasa
demi berbakti kepada pertiwi
hebat sungguh tuan hamba berkata-kata
izinkan hamba mencelah diri



para pejuang tegak berdiri
selamat berjaya harapan si isteri
apa salahnya mencelah diri
memeriahkan lagi suasana disini

doaku pohon pada yang esa
agar perwira bahagia disana
andai kataku menyinggung jiwa
maafkan diriku insan yang hina...


Bookmark and Share

    


  Member Information For istisafaProfil   Hantar PM kepada istisafa   Quote dan BalasQuote

nur_tinta
WARGA SETIA
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 81
Posting: 409
Dari: Malaysia

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 11-04-04 19:38


pembuka bicara,
dari tinta buat semua,
dah lama tinta tak kunjung tiba,
kini tinta muncul semula.

kerna sibuk dek tiap kerja,
tinta jadi terlalu lka,
sehingga tinta hampir lupa,
pada skolah pantun kita.

terima kasih daun keladi,
buat kak alin dan juga mayuki,
kerana ilmu yang sudi dikongsi,
bersama teman-teman ukhwah disini.

pada semua sahabat ukhwah,
rajin-rajinlah jenguk kami,
berkongsi ilmu ke jalan Allah,
moga tiap ilmu dirahmati Illahi.

sampai disini kucoretkan kata,
dilain masa ketemu lagi,
moga ukhwah kekal bahagia,
bersama dgn keredhaan Illahi.

wallahualam...

-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_tintaProfil   Hantar PM kepada nur_tinta   Quote dan BalasQuote

nur_tinta
WARGA SETIA
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 81
Posting: 409
Dari: Malaysia

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 07-09-04 11:44


Quote:

On 2004-04-11 19:38, nur_tinta wrote:
pembuka bicara,
dari tinta buat semua,
dah lama tinta tak kunjung tiba,
kini tinta muncul semula.



buat semua sahabat ukhwah,
kemana menghilang sahabat semua,
semakin sunyi sekolah pantun ukhwah,
kerna tiada yang kunjung tiba.

mungkin salah tinta sendiri,
membuka sekolah tapi tak muncul diri,
namun hairan di dalam hati,
kemana menghilang prof dan kak alin yang di kasihi.

sekolah pantun sekolah bersama,
berkongsi ilmu itu tujuannya,
kiranya hamba terkasar bahasa,
ampun dan maaf hamba pinta.

dari kuala lumpur ke bumi melaka,
tujuan memenuhi ilmu di dada,
belajar pantun kita bersama,
moga tradisi tak hilang selamanya.

dua tiga kucing berlari,
manakan sama si kucing belang,
dua tiga komuniti telahku pergi,
tiada yang sama komuniti ukhwah tersayang.

kalau ada sumur diladang,
boleh hamba menumpang mandi,
kalau ada umur nan panjang,
dilain masa ketemu lagi....

wallahualam...................

salam kasih nan mesra,


-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_tintaProfil   Hantar PM kepada nur_tinta   Quote dan BalasQuote

pLatipus
WARGA SETIA
Menyertai: 23.12.2003
Ahli No: 5915
Posting: 863
Dari:

Bumi Allah Yg Suci

saudiarabia  


posticon Posting pada: 07-09-04 12:26




nihaaa Lan pun nak join jugak

Waktu petang duduk termenung
Seorang diri di tepi pantai
Hajat hati nak peluk gunung
Apakan daya tangan tak sampai.

Buah jambu tiga serangkai
Masak sebiji letak di peti
Apa kan daya hajat tak sampai
Duduk sendiri menghitung hari.

-----------------

Jom Pakat˛ Naik GununG CEO Penguis



Bookmark and Share

    


  Member Information For pLatipusProfil   Hantar PM kepada pLatipus   Pergi ke pLatipus's Website   Quote dan BalasQuote

Prof_Muslim

Menyertai: 15.07.2003
Ahli No: 2348
Posting: 3179
Dari: Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 07-09-04 14:26


Balas bicara Pengetua Sekolah,
Kini kembali datang bertugas,
Izinkan Prof datang mencelah,
Kembali beraksi lebih cergas,

Bukan salah Cik Nur_Tinta,
Sekolah pantun jadi sunyi,
Kan biasa dalam musimnya,
Pasti sudah musim cuti,

Bersama duka ceria ketawa,
Sekolah pantun bukan biasa,
Tak kira siapa semua dipelawa,
Bersama menceriakn bahasa,

Kalau cik Tinta pergi Melaka,
Hajat ingin penuhi ilmu di dada,
Jalinan ukhwah sesama kita,
Tetap sampai bila-bila,

Kalau kucing sibuk berlari,
Prof sibuk taip pantun ni,
Memang Portak Ukhwah dihati,
Pasti usaha terus ingin berbakti,

Kalau dah kering sumur ladang,
Tak jadi hamba pula nak mandi,
Insya-Allaah jika umur panjang,
Pasti kita akan jumpa lagi,
...

p/s: Tunggu pantun Kak Lin... pulak..
ayuh....!!!!! We go back to school !!!!

-----------------


::> Produk Halal Tanggungjawab Bersama

Bookmark and Share

    


  Member Information For Prof_MuslimProfil   Hantar PM kepada Prof_Muslim   Quote dan BalasQuote

nur_tinta
WARGA SETIA
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 81
Posting: 409
Dari: Malaysia

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 21-09-04 10:42


kata pembuka,
salam bicara dari saya,
moga sahabat sihat semua,
bersama rahmat Allah hendaknya.

berbalas pantun kita bersama,
menceriakan lagi suasana duka,
tersenyum membaca pantun semua,
ada pelbagai gaya dan bahasa.

membeli pau di tanjung malim,
singgah sebentar di tanjung jati
kepada kak alin dan prof muslim,
terima kasih daun keladi.

buat sahabat ukhwah semua,
usah malu atau gundah gulana,
sekolah pantun sekolah bersama.
tak pandai pantun, kesinilah jawabnya..

wallahualam.....

-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_tintaProfil   Hantar PM kepada nur_tinta   Quote dan BalasQuote

Prof_Muslim

Menyertai: 15.07.2003
Ahli No: 2348
Posting: 3179
Dari: Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 24-09-04 22:56


Semalam hari telah berlalu,
Menanti tiba pula hari baru,
Kadatangan tetamu amat dialu,
Jika hajat datang nak berguru,

Bersama Kak Lin dan Cik Tinta ,
Cuba mencipta pantun tersendiri,
Sekiranya berminat nak serta,
Silalah antum berpantun sekali,


..................
Prof_Muslim





-----------------


::> Produk Halal Tanggungjawab Bersama

[ Posting ini telah di edit oleh: Prof_Muslim pada 2005-04-11 23:34 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For Prof_MuslimProfil   Hantar PM kepada Prof_Muslim   Quote dan BalasQuote

nur_tinta
WARGA SETIA
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 81
Posting: 409
Dari: Malaysia

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 15-04-05 11:24


pembuka bicara,
buat sahabat ukhwah semua,
wah sudah lama benar rasanya,
sekolah pantun diam sahaja.

berenang-renang sampai kekuala,
sambil mengkagumi kuasa yang ESA,
kini semester baru bermula,
marilah kita berpantun bersama.

buat semua sahabat pantun
tak kira dimana anda berada
ke arena ini ku mulakan pantun,
harap ada yang sudi menjawabnya.

dari online ke offline pula,
sahabat aukwah beramah mesra
dari alam cyber ke alam nyata,
ternyata ukhwah semkin utuh adanya.

dari seorang kini berdua,
bertemu diukwah di alam cyber,
moga ikatan semakin mesra,
bila dah bertambah menjadi lima (khas buat siapa2 yang berkenaan)

cukuplah setakat ini dahulu,
dilain pantun kita bertemu,
salam mesra kasih dariku,
salah dan silap ampunkan daku...



-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_tintaProfil   Hantar PM kepada nur_tinta   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 29-12-06 21:56


Cikgu Tinta,

Izinkan hamba menuntut sama..
Teringin pula hendak berseloka
Dengan Kalian yang bijaksana...

Ambil sopan pecahkan santun
Mari kita berkarang pantun

Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

ad-din
WARGA SETIA
Menyertai: 19.09.2005
Ahli No: 19148
Posting: 648
Dari: terengganu-

Johor   avatar


posticon Posting pada: 29-12-06 22:08


hamba juga ingin berguru disini..

Bookmark and Share

    


  Member Information For ad-dinProfil   Hantar PM kepada ad-din   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 29-12-06 23:07


Banyak nabi antara nabi
Tidak semulia Nabi Muhammad
Banyaklah hari antara hari
Tidak semulia hari Jumaat

Wuquf kali ini jatuh pada hari jumaat...dah jadi haji Akbar..
Pintu langit dibuka seluas-luasnya

Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 29-12-06 23:31


Buah cempedak bentuknya bujur
Sangat disukai oleh semua
Jika kita bersikap jujur
Hidup kita dipandang mulia

Rimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama dan sentiasa dikenang

Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

nur_tinta
WARGA SETIA
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 81
Posting: 409
Dari: Malaysia

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 05-11-09 08:39


Assalamualaikum pembuka bicara,
memecah kembali suasana sepi,
kini nur_tinta kembali bicara,
disekolah pantun yang ceria ini.

Terbang tinggi sikupu-kupu,
terbang kesana mencari teman,
diforum ini kita bertemu,
di arena ini kita berpantun.

Terbang tinggi si burung kedidi,
Terbang sampai ke pekan lama,
sepuluh jari kususn rapi,
atas kesilapan lama tak bersua.


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_tintaProfil   Hantar PM kepada nur_tinta   Quote dan BalasQuote

sadiqah

Menyertai: 14.04.2005
Ahli No: 15800
Posting: 684
Dari: Tawau_KL_tawau_pjaya

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 05-11-09 11:25


wah..hampur 3 tahun baru topik ini di buka semula..

kepada puan nur_tinta, semoga kehadiran semual ke portal ini memeriahkan lagi topik pantun ni...segan nak berpentun dengan sifu nur_tinta...kalau ada kesilapan mohon diberi tunjuk ajar ya..

jauh merindu orang di sayang,
khabar di kirim tiada balasan,
siang malam wajah terbayang,
entah bila akan dipertemukan.

indah tersergam puncak himalaya,
berbagai hidupan ada padanya,
ciptaan Allah tak terkira nikmatnya,
jangan lupa bersyukur padaNYA,

kain songket tenunan warisan,
indah dipakai jejaka rupawan,
walau jauh diperantauan,
jangan dilupa asal kelahiran..

untuk nur tinta..

ukhwah disemai kasih terpaut,
salah silap mohon di ampun,
salam seikhlas tangan di sambut,
tanda kita hidup serumpun..
:-D :sopan:


-----------------
hIdUP mEsTi TeRuS..


Bookmark and Share

    


  Member Information For sadiqahProfil   Hantar PM kepada sadiqah   Quote dan BalasQuote

nur_tinta
WARGA SETIA
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 81
Posting: 409
Dari: Malaysia

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 05-11-09 12:01


Pada 05-11-09 11:25 , sadiqah posting:

!!! QUOTE !!!

wah..hampur 3 tahun baru topik ini di buka semula..

kepada puan nur_tinta, semoga kehadiran semual ke portal ini memeriahkan lagi topik pantun ni...segan nak berpentun dengan sifu nur_tinta...kalau ada kesilapan mohon diberi tunjuk ajar ya..


Assalamualaikum buat sahabatku sadiqah,

ek eh bila masa pulak saya sifuu nya.
saya sekadar pemantun biasa.
tak mengapalah...kita sama-sama betulkan yang salah dan kita sama-sama belajar benda baru ok ;-)

Pada 05-11-09 11:25 , sadiqah posting:

!!! QUOTE !!!


jauh merindu orang di sayang,
khabar di kirim tiada balasan,
siang malam wajah terbayang,
entah bila akan dipertemukan.

indah tersergam puncak himalaya,
berbagai hidupan ada padanya,
ciptaan Allah tak terkira nikmatnya,
jangan lupa bersyukur padaNYA,

kain songket tenunan warisan,
indah dipakai jejaka rupawan,
walau jauh diperantauan,
jangan dilupa asal kelahiran..

untuk nur tinta..

ukhwah disemai kasih terpaut,
salah silap mohon di ampun,
salam seikhlas tangan di sambut,
tanda kita hidup serumpun..
:-D :sopan:



siang malam wajah terbayang,
entah bila akan dipertemukan,
kira ada jodoh yang panjang,
kelak pertemuan akan diadakan.

ciptaan Allah tak terkira nikmatnya,
jangan lupa bersyukur padaNYA,
Allah memberi tak kira waktunya,
panjatkan kesyukuran diatas pemberianNYA.

walau jauh diperantauan,
jangan dilupa asal kelahiran,
tempat terjatuh takmahu kukenangkan,
tempat berukwah di lupa jangan.


salam seikhlas tangan di sambut,
termetrai ikatan cinta yang indah,
salam ukhwah salam ku sambut,
salam termetrai kasih tak sudah.


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_tintaProfil   Hantar PM kepada nur_tinta   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.125573 saat. Lajunya....