harapnya belum terlambat utk tolong nur_tinta hadapi kawannya yg free thinker nih.. kalo ada memana yg silap tu harap ada rakan2 ukhwah yg tolong betulkan..
soalan 1:
"klau tuhan @ALLAH dah tau bila kiamat nanti ader manusia@org islam yang akan masuk nerakaapsal allah tetap cipta manusia pastu nak hukum manusia masuk neraka sebab deorg ingkar perintahNYA masa kat dunia.bukan ke tu semua ketentuan dia." --> Allah SWT bekalkan manusia dgn akal fikiran, utk membezakan antara perkara yg baik dan buruk. peringatan Allah tlh byk kali dinyatakan dlm al-Quran dan al-Hadith (in fact zmn sekarang ni lagi mudah, info boleh dapat melalui media cetak & elektronik jer. tak perlu nak tunggu org dtg berdakwah drp rumah ke rumah mcm zmn dulu-dulu), maka terserah pd individu tersebut utk menilai dgn akal fikirannya setiap perbuatan yg dilakukan. kita dimasukkan ke syurgaNya dgn rahmat Allah, dan dimasukkan ke neraka juga kerana keadilan Allah. Allah mengetahui setiap apa yg tersembunyi dlm hati manusia. apabila kita berniat utk melakukan sesuatu kebaikan, maka dgn izin Allah kebaikan itu dapat dilaksanakan dan kita akan mendapat ganjaran yg baik juga dgn izinNya. begitu juga bila seseorang itu memilih utk ingkar, Allah dgn kudratNya mengizinkan perkara itu berlaku, tetapi akan diberi balasan buruk atas apa yg dikerjakan, bertepatan dgn ingatan yg telah diturunkan dlm al-Quran.
di manakah keadilan Allah dlm hal ini? Allah telah berlaku adil dgn
memberikan anugerah akal fikiran kpd manusia, satu anugerah yg amat istimewa utk manusia, supaya mereka dpt menilai setiap yg dilihat dan didengar. tiada sesiapa yg memaksa seseorang utk melakukan kejahatan, setiap perkara yg dilakukan adalah atas kehendak dan pilihan mereka sendiri bersesuaian dgn firman Allah SWT:
"(Kerana keadaan itu tidak mencukupi, maka) sesungguhnya Kami telah menunjukkan kepadanya (melalui akal dan Rasul) akan jalan-jalan (yang benar dan yang salah; maka terserahlah kepadanya) samada dia bersyukur (dengan beriman dan taat), ataupun dia berlaku kufur (dengan mengingkari kebenaran atau menderhaka). " [al-Insaan: 3]
"klau org tu dah berusaha gila babai nak jadi baik tapi tak dapat(sebab ketentuanNya TU) salah manusia tu ker?" --> contohnya: anda telah berusaha sebaik mungkin dlm peperiksaan. tetapi bila keluar keputusan, anda masih gagal mendapat keputusan yg baik, atau mungkin juga gagal dalam ujian tersebut. adakah anda akan menyalahkan guru anda kerana tidak memberikan markah yg baik dlm peperiksaan tersebut?? adakah anda akan menyalahkan silibus pelajaran anda?? adakah anda akan menyalahkan skema jawapan yg telah disediakan oleh guru anda?? tentu anda akan menyalahkan diri sendiri, kerana merasakan usaha anda masih tidak mencukupi.. ataupun anda gagal memahami kehendak soalan, lalu gagal menjawab dgn baik..
begitu juga dgn amalan manusia, 'berusaha gila babai' tu mungkin anda jer yg rasa. hakikatnya amalan dan usaha anda masih belum mencukupi, atau masih ada yg kurang (beramal dgn cara yg salah, tidak sempurna, tidak berusaha utk menambah ilmu dan melakukan amalan dgn cara yg betul, tdk bertepatan dgn syarak, tak ikhlas dlm beramal dsb.) syurga Allah amatlah mahal harganya, bukan boleh diberikan kpd sesiapa dgn sewenang-wenangnya. bukan dgn berusaha sedikit dan bila diuji anda dah melatah, anda merasa layak untuk mendapatkannya. firman Allah SWT lagi:
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.." [al-Ankabut: 2-3]
hatta utk memiliki sebuah rumah pd zmn sekarang pon membuatkan kita terpaksa bertungkus lumus dan berhutang hingga bertahun-tahun utk membayar harganya, apatah lagi harga syurga Allah yg kekal abadi, yg hanya diberikan kpd hambaNya yg benar-benar ikhlas, tunduk dan patuh padaNya. ingatlah, tiada jalan mudah utk mencapai kesenangan dan kemenangan. jgn disebabkan kegagalan dan kesalahan anda sendiri, anda hendak menyalahkan taqdir Allah sdgkan sbg manusia anda tlh diberikan akal utk berfikir dan menilai setiap perbuatan anda.
"habistu klau kita dah ingkar kat dunia,dah mmg tu takdir kita pastu kena masuk neraka diseksa,Adakah itu salah kita kat dunia?" --> adakah kita tahu taqdir yg telah ditetapkan ke atas kita?? sbg hamba Allah kita hanya disuruh berusaha utk melakukan amal kebajikan dan bersangka baik terhadap Allah, selebihnya kita serahkan pada Allah. kenapa kita mesti prejudis dan buruk sangka pada Allah??
kalo dah mmg kita sengaja memilih utk ingkar, apakah logik utk kita mempersoalkan balasan Allah, sdgkan telah sampai peringatan dan amaran Allah atas keingkaran kita itu??
contohnya: anda tahu mencuri itu salah, jika tertangkap akan dimasukkan ke dlm penjara. tapi anda masih mencuri & ditakdirkan anda tertangkap. anda dipenjarakan atas kesalahan anda itu. adakah salah pihak yg menangkap anda, atau kesilapan anda sendiri?? adakah anda akan menyalahkan pihak yg berkuasa yg menangkap anda kerana mencuri sedangkan anda telah sedia maklum akan hukumannya??
soalan 2:
"macam maner plak ngan org kafir yg dah mmeng jadi keturunnya kafir sebab tak dpt hidayah dr allah w/p dah berusaha sepjg hidup disebabkan takdir allah dia tak dpt hidayah maka keturunnya pun masuk neraka?" --> jika org kafir tu yg tak dpt hidayah, apa pula dalil yg melepaskan keturunannya dr tanggungjawab utk mencari kebenaran? setiap jiwa bertanggungjawab atas apa yg diusahakan, tiada kaitan dgn org lain.
jika nenek moyangnya kufur, tidak semestinya dia memilih utk kufur juga. spt yg dikatakan, Allah mengurniakan akal fikiran kpd setiap manusia utk menilai kebaikan dan keburukan. maka alasan keturunan bukanlah alasan utk melepaskan diri drp mencari hidayah Allah. adakah org2 kafir ni dipaksa oleh sesiapa utk mensyirikkan Allah?? tentunya tidak!!
contohnya: seorang lelaki yg keturunannya mmg dari kalangan pencuri atau perompak. apakah dgn akal yg dikurniakan, dia tidak dapat membezakan antara kebaikan dan keburukan hingga memilih utk menjadi pencuri dan perompak spt. ayahnya, datuknya dan moyangnya??
ataupun jika seorang lelaki tu berasal drp keluarga yg miskin, cthnya petani. apabila dia berusaha menuntut ilmu dgn bersungguh-sungguh, bukankah kelak ilmunya itu dapat membantu dia mengubah nasib dirinya dan keluarganya??
begitu juga dgn hidayah Allah. jika manusia memanfaatkan anugerah akal yg diberikan utk mencari kebenaran, dgn izin Allah dia akan menemui kebenaran. firman Allah:
"Sesiapa yang diberi petunjuk oleh Allah (dengan sebab persediaannya) maka dialah yang beroleh petunjuk dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah (dengan sebab keingkarannya) maka merekalah orang-orang yang rugi.." [al-A’raaf: 178]
"Maka ketika mereka menyeleweng (dari kebenaran yang mereka sedia mengetahuinya), Allah selewengkan hati mereka (dari mendapat hidayat petunjuk) dan sememangnya Allah tidak memberi hidayat petunjuk kepada kaum yang fasik (derhaka).." [as-Saff: 5]
p/s: tambahan utk golongan yg kafir, firman Allah:
"dan tiadalah Kami mengazabkan sesiapapun sebelum Kami mengutuskan seorang Rasul (untuk menerangkan yang benar dan yang salah).." [al-Israa': 15]
orang yg belum sampai kepadanya Rasul dinamakan ahlil fitrah. ahlil fitrah ini juga akan disoal oleh Allah berdasarkan keadaan mereka ketika itu.
Dalilnya dari Sahih Muslim di mana seorang lelaki bertanya Nabi SAW akan status ayahnya (yg meninggal dlm keadaan belum terutusnya Nabi SAW. Nabi menjawab, ia sama seperti ayahnya, berada dlm Neraka. ini kerana orang Quraisy sudah biasa dgn agama Ibrahim AS dan Ismail AS. maka kenapa mereka menyembah berhala akan menjadi hujah buat Allah walaupun jarak antara Ismail dan Muhammad SAW itu tiada Rasul.
jadi orang2 yg belum sampai ajaran wahyu, maka mereka tidak diazab kecuali telah datang hujah kepada mereka. bukti yg lain ialah kanak2 atau bayi orang kafir yg meninggal dunia, maka mereka masuk syurga kerana mereka adalah ahlil fitrah. (Fatwa Mufti KSA, Ben Baz, Majmu' Fatawa: 1/419)
begitu juga dgn mereka yg tidak waras, mereka tidak akan dipertanggungjawabkan atas apa yg dilakukan semasa hayatnya. Allah menciptakan manusia. kita dianugerahkan
akal utk berfikir dan menilai setiap tindak tanduk kita. jika kita melakukan amal soleh, Allah Maha Mengetahui dan dgn izinNya amalan tersebut dapat dilakukan dan memperoleh redhaNya. jika kita memilih utk ingkar dan melakukan maksiat, Allah juga Maha Mengetahui dan dgn izinNya juga perbuatan tersebut dilaksanakan, tetapi akan mengundang kemurkaanNya. maka bukankah Allah SWT itu Maha Adil??
Allahu a'lam..
Rujukan: 1)
Al-Ahkam 2) Al-Qadha' wal Qadar (Syeikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin'). Terjemahan:
Media ISNET 3) Apa Ertinya Saya Menganut Islam (Ust. Fathi Yakan). Terjemahan:
Al-Islam[ Posting ini telah di edit oleh: alea13 pada 2004-05-26 08:51 ]