Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti :: Ukhwah.com
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Profil Liputan Media Impian & Harapan Hubungi Kami Laman Peribadi  








Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

Mutiara Kata
Kalau tak pernah bersiap sedia untuk memilikinya, pasti anda tidak mungkin memperolehi walaupun ia mendatang ke depan anda.
-- Kata Bijaksana

Menu Utama

Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 110
Ahli: 0
Jumlah: 110




Yang Masuk Ke Sini
nasiruddin: 4 hari yang lalu
Kang: 23 hari yang lalu
lidah-penghunus: 25 hari yang lalu
muslimin23: 33 hari yang lalu


[ Mari BERSELAWAT kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Ukhwah.com ini ]




Komputer dan IT
Topik: Akta perundangan siber


Carian Forum

Moderator: Administrator, ibnuyahya
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Komputer dan IT
    »» Akta perundangan siber

Please Mendaftar To Post


Oleh Akta perundangan siber

Engku_Salina

Menyertai: 13.05.2003
Ahli No: 5
Posting: 462
Dari: Terengganu - KL

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 03-03-04 14:03


Tiga lagi akta perundangan siber akan digubal

KUALA LUMPUR 2 Mac - Perundangan siber di negara ini akan diperlengkapkan lagi dengan penggubalan tiga lagi akta yang bakal menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang terkedepan dalam perkara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, akta-akta tersebut ialah Akta Perlindungan Peribadi, Akta Transaksi Elektronik dan Akta Aktiviti Kerajaan Elektronik.

Katanya, jika semuanya berjalan lancar, ketiga-tiga rang undang-undang tersebut akan dibacakan pada persidangan Parlimen akan datang dan jika diluluskan kelak ia bermakna ada tujuh akta kesemuanya yang berkaitan perundangan siber.

``Pencapaian tersebut amat membanggakan dan ia dicapai kerana didorong secara langsung oleh penubuhan Koridor Raya Multimedia (MSC) serta penekanan yang diberikan oleh kerajaan di bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

``Kejayaan Malaysia sebenarnya diakui di peringkat global,'' katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmi serta menyampaikan ucaptama di Persidangan Undang-Undang Siber Antarabangsa Ketiga anjuran bersama Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDC), Majlis Peguam dan Institut Kepimpinan dan Strategi Asia (ASLI).

Turut hadir ialah Pengerusi MDC, Tan Sri Abdul Halim Ali, Presiden Majlis Peguam, Kuthubul Zaman Bukhari dan Ketua Pegawai Eksekutif ASLI, Datuk Dr. Michael Yeoh.

Menurut Rais, ada beberapa perkara yang harus diberi perhatian untuk mengekalkan pencapaian dan yang paling penting ialah memastikan mutu dan penguatkuasaan undang-undang siber di Malaysia selaras atau lebih dari standard yang ditetapkan di arena antarabangsa.

``Jika kita tidak boleh berbuat demikian maka standard negara ini tidak akan sama seperti yang digariskan di Eropah.

``Kunci untuk mencapai arah tersebut ialah dengan penguatkuasaan yang cekap serta memastikan pengamal undang-undang mahir di dalam bidang yang baru ini,'' jelasnya.

Tambahnya, walaupun perundangan siber di negara ini diakui ramai sebagai yang paling menyeluruh, namun keberkesanannya masih belum teruji sepenuhnya.

``Ini kerana masih belum ada kes jenayah siber yang serius didakwa di mahkamah.

``Sebenarnya keadaan ini berlaku di semua negara kerana ia melibatkan undang-undang yang baru dan hanya Eropah sahaja yang sedikit ke hadapan kerana mempunyai protokol-protokol tertentu,'' jelasnya.

Sumber: Utusan Online

-----------------
Hai org-org yang beriman, jika datang kpdmu org fasik membawa suatu berita maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui kdaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu. (Al-Hujurat

Bookmark and Share

    


  Member Information For Engku_SalinaProfil   Hantar PM kepada Engku_Salina   Pergi ke Engku_Salina's Website   Quote dan BalasQuote

budihost
Warga 3 Bintang
Menyertai: 05.06.2003
Ahli No: 1055
Posting: 90
Dari: Malaysia

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 03-03-04 20:59


ada gak dengar pasal badan yang kawal selia aktiviti perniagaan di internet di Malaysia pada masa akan datang.. yang saya dengar, sume company yang jalankan perniagaan di internet ni kena ada kelulusan dari organisasi tu la.. sure kena cekik giler2 ni..

salam

-----------------
http://www.budihost.com
http://www.myblogarea.com
Bookmark and Share

    


  Member Information For budihostProfil   Hantar PM kepada budihost   Pergi ke budihost's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 
 



Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.086035 saat. Lajunya....